Suka kerusi ni.
Bangku.
Suka sangat.
Mana nak cari kayu lama macam ni ek?
Soalan yg lagi menyenakkan otak saya,
"Mana nak cari orang yg pandai buat bangku ni?"
Yang mengaku pandai tu biasa lah, ramai.
"Eleh, setakat bangku mcm tu, pejam mata pun saya boleh buat"
Cakap senang,
Tu almari yg awak cat tahun lepas tu, naper tak siap2 lagik?
Tak berani nak take the risk,
Silap hari bulan habis sepohon balak.
Nanti2 lh, kalau saya dpt tukang yg handal buat bangku,
angan saya untuk memiliki bangku ni kan tercapai,
Sementara tu,
Duk diam2 dan memuja dari jauh dah la
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, February 28, 2014
Suka laa....
Tuesday, February 25, 2014
Try to be happy dear , please try...
Wan,
Tidak tahu ucapan apa yg perlu mami ucapkan, kerana apa pun bahasa yg mami guna, mami tau duka di hati wan tidak mampu mami usir.
Namun mami tetap mau selitkan sedikit luahan rasa,
Di hari ulangtahun kelahiran Wan,
Mami tak lupa doakan Wan segala bahagia.
Kita yakinlah yg Allah tidak menzalimi hambanya.
Esuk2 adalah tu bahagia menanti.
Tak kira lah dalam bentuk apa bahagia itu datang,
Asalkan Wan lebih bahagia dari sekarang.
Tuhan,
Cukuplah derita buat dia,
Ubatilah hati dia
Pulihkan senyuman dia yg punah
Tamatkan lah gundah yg bersarang di hati dia.
Tapi Tuhan,
Jika permintaan ku itu keterlaluan,
Ampunkan aku hamba Mu yg lemah ini.
Jika Kau rasa dugaan ini masih belum perlu ditamatkan,
Kau berikanlah dia kesabaran,
Kau tetapkanlh iman dia dan kau jadikan dia seorang lelaki yg redha dan tabah menerima segala ketentuan dari Mu,
Hanya Engkaulh yang maha pemurah dan maha penyayang.
Wan,
HAPPY BIRTHDAY.
On behalf of Ja, mummy wish you all the best.
I'm sorry Ja won't be celebrating with you but as mummy whispered to her, telling her its your birthday today, I'm so sure that she is aware of it.
Astaqfirullahilazim.....
Monday, February 24, 2014
zoo di mana2...
Nak tau?
Haiwan ni, kalau yg ganas tu,ganas sangat sangat.
Tengok rimau singa masa memburu.
Tak kira dah, janji mangsa dlm genggaman.
Zalim sesuai dengan nama- binatang.
Bezanya manusia ni,
Ganas zalim macam mana pun, pandai sorok niat.
Pandai berpura pura.
Alim kucing
Hypokrit
Jahatnya simpan dlm kulit, dlm minda, dlm hati.
Janji orang nampak yg baik2 saja..
Haiwan memburu mangsa hanya bila lapar.
Manusia memburu mangsa tak kira masa.
Jadinya.........
Manusia atau haiwan yg lebih ganas?
Saya rasa lah, sejahat jahat manusia bukan lah
manusia yg semua orang tau dia jahat,
Tapi
Yang paling jahat ialah manusia yg semua orang duk puji dia baik sedangkan jahatnya disembunyikan di sebalik manis tuturkata dan baik budi bahasa.
Hanya mangsa nya yg tau siapa dia sebenarnya.
Cuba lihat di sekeliling kita...
Ada haiwan kah atau manusia kah......
Atau specis apa?
Kita?
Saya?
Saya ular sawa yg tak ada bisa, janji perut kenyang...........
Sunday, February 23, 2014
Nak tutup telinga.
Kalau rahsia, biar saja rahsia.
Saya tak suka ambik tahu rahsia orang.
Saya cukup tak suka bila ada orang cakap...
"Jgn spread yer, rahsia ni,..."
Aduhhh....
Yang awak bagitau saya tu knapa?
Kalau siang2 cakap benda tu rahsia,
Tobat saya tak hingin dengar.
Saya ni jangan awak tak tau,
Phantang datuk nenek ku,
Bila ada rahsia dlm dada,
Mula lah gelisah..
Mulalh nak luah.
Makin di larang, makin mengelepar di dalam mulut
Itu pasal lebih baik tak tau dari tau,
Seksa jiwa saya tau
Seksa sgt2 nak jinakkan rahsia biar duk diam2 dlm dada.
Entah2 kerana nak simpan rahsia saya sakit kepala.
Sakit pulak, dpt penyakit free pulak.
Please laaa....
Jangan gitau rahsia kat saya yer.
Jangan.
Saturday, February 22, 2014
Syurga dunia di ruang ini..
Bukan payah mana pun
Faktor rajin atau malas saja.
Siap masak, pakat jamu selera
Kalau time tak ramai AJK
call kenalan dtg makan.
Tak pun isi bekas, gi hntar rumah jiran atau sedara.
Atau bawa saja ke tempat kerja..
Janji masakan menjadi dan suka tgok org lain makan.
Masak ni bagi saya terapi minda.
Itu pasal lh dapur merupakan syurga dunia saya.
Dapur adalah jajahan takluk saya, negeri saya.
Oleh itu......
Do not mess with my kitchen, I don't like it.
Sebenarnya ini N3 buat Tukang2 yg sedang siapkn dapur saya.
Sah mereka x baca blog ni tapi 'Menteri Kewangan' sekali sekala jengok juga.
Please la, jangan alter lay out saya, jgn pandai2 ubah itu ini,
Kitchen designer pun x tau keperluan saya.
So be it.
By the way, apasal lambat sgt siapkn surga dunia saya tu?
Sepatutnya paling awal siap.
Barulh boleh saya jamu segala tukang2 ni..
Kesian, hari2 beli nasi bungkus aje.
Ok, hari ni nk gi inspect pemasangan tile.
So you guys, don't forget your earplugs.
You might need them.
One for the boss too.
Friday, February 21, 2014
Kena transfer lagi?
ditukarkan ke tempat kerja yg lebih jauh dari tempat kerja sekarang.
Kenapa yer?
Kenapa dia dan tidak orang lain?
Sebabnya.....
-dia dah lama di tempat kerja lama tu.
-dia tak pandai ampu boss?
- dia sayap kiri?
-dia ada musuh yg lebih berkuasa di tempat kerja?
Atau mungkin kah...,
- ada orang lain yg ada kabel besar peha nak duduk di kerusi dia?
-ada kroni2 boss yg perlu duduk bawah dagu boss?
-ada berlaku pilih kasih?
Atau.....
- hasil kerja dia tak bagus?
- selalu cuti?
-tidak bekerjasama dan payah nak di tegur?
-musuh di tempat kerja?
- scandal?
Apa pun alasan yg di beri oleh orang atas,
Apa pun sebab musabab yg di reka..
Perpindahan yg tidak di minta dan tidak di jangka,
Membuatkan hati terluka.
Walau cuba sehabis baik untuk berfikiran positif,
Sedikit sebanyak terasa bagai
Jasa tidak di hargai.
Tambah2 bila pindah luar musim dan lebih jauh jarak.
Rasa kecik hati sangat2
Saya duk teringat pasal dia,
Kalau saya jadi dia ini yg saya akan rasa.
Tapi kawan saya tu tabah tenang hadapi segala.
Dia akan tetap kerja kuat walau di mana dia berada.
Saya kenal sgt dia, tau dia tidak apa apa,
Tak pasal2 saya pulak yg jadi batu api.,
Forget what I said,
Just remember, where ever you are,
Be yourself,
Stay like that.
Always.
Awak, meh la join ambo isi borang pencen,.End of problem.
(Saya ni cakap sorang2, dia x pernah baca blog saya pun)
Projek yg mendapat byk sokongan ,
Entah apa pasal tiba2 rasa nk kumpul bunga kertas.
Saya x nak yg dah cantik rimbun.
Saya nak mula dari awal, kepuasan bila pokok tu lahir dari titik peluh sendiri.
Dengan berbekalkn muka tak malu ni,
Saya mintak ranting bunga dari kawan2.
Kebetulan kawan saya Ros ada baka bunga kertas yg lawa2,
Apa lagi, saya singgah rumah dia semalam dan bermula lh proses pertama projek saya ni.
Sekampit old soil, hormon galak akar dan plastik hitam .
Ranting dari Ros dn peluh besar kecik saya.
Taraaaa......ni hasil nya.
Just wait n see.
Kalau sejuk tangan saya, berakar lh nanti.
Kata org bila celup penggalak akar tu pokok lebih aktif .
Yer ke?
Nak celup rakyat jelata dlm negeri ni jugak lah,
Mana tau kot aktif jugak...
By the way, tu ada 4 anak pokok cili yg Syam bagi.
Tq tq tq.
Bila dgr khabar saya nk mula berkebun,
Meriah moral support dari kawan2..
Kakyah dah janji nk bekalkn bermcm jenis pokok bunga.
Sukanyerrrrrrrr...
Ada jugak orang yg masih ambil peduli.
Wednesday, February 19, 2014
Jeragat
Makin tua jeragat makin byk,
Lengan tempat paling meriah jeragat.
Faktor keturunan kot.
Mungkin darah tionghua dlm diri saya yg
menjadikan kulit saya macam ni.
Arwah nenek memang macam ni jugak.
Tak apa lah, saja nak cerita.
Bukan niat nak cari ubat ke hapa.
bukan sakit pun, biarlah...
Tanda2 penuaan yg perlu di terima dgn redha
Jeragat, uban dan kedut seribu
Normal lah tu...
But deep inside I am still me,
No matter how I look like.
Tua ke muda ke,
Saya masih saya yg sama.
Tuesday, February 18, 2014
penat
Aku hanya ada dua tangan dan dua kaki
Bukan 4 tangan, bukan 6 kaki.
Jari2 ku hanya sepuluh di tangan dan sepuluh lagi di kaki
Jari2 ku bukan beribu....
Dalam kepala ku ada otak yg kecil, hanya muat di telapak tangan,
Bukan sebesar purnama di dada malam.
Kecil dan sudah penuh sarat.
Sudah lebih muatan.
Untuk menapis, mentafsir dan mencongak fakta dan mimpi
teasa seperti sudah tidak mampu lagi.
Apa lah yg mampu 2 tangan dan 2 kaki lakukan,
Sentiasa kerja lebih masa, mendera tangan kaki secara rela
Adakala tangan kaki nak juga di belai manja tapi
sedia tahu itu semua hanya dlm mimpi.
Khabarkan kepada awan, kepada ombak, kepada unggas di hutan
Kemungkinan mereka akan faham
Khabarkan pada hujan pada mentari pada bulan
Kemungkinan ada simpati buat ku
Sentiasa ku khabarkan pada mu Tuhan,
Mengharapkan belas ehsan.
Kadang2 aku ini,
terasa amat penat dan tertekan.
Monday, February 17, 2014
pentas ku
Heheheheheeee........
Wakakakakakahhh....
Kadang2 perlu buat2 gembira.
Perlu berlakon riang ria
Biar terselindung mata yg redup di sebalik ketawa.
Kadang2 hidup perlu berpura pura.
Berlakon semata mata
Tak ada apa apa
Jadilah udara yg nyaman dan
penuhi ruang kosong ini ......
Sesungguhnya,
Ku gapai bayu yg menampar pipi,
Singgah lh di sini dan
Kutiplh rasa ini.
Kosong,
Beku angin malam menjadikan hati
penuh melimpah dgn kosong,
Kosong
Kosong
Sepatah kata yg dihembus
Cukup untuk
Mengusir kosong ku,
Saturday, February 15, 2014
bahu yg memikul...
Sememangnya bila kesanggupan untuk teruskan langkah ke depan terhenti, mata mengintai intai jejak tempang orang lain, mana tau bila sama2 mengheret kaki, kita boleh saling ubat mengubati...
Masa depan hanya lah payah yg menunggu giliran untuk hinggap di bahu ku,
Esuk bertambah lelah, bertambah resah, bertambah sarat duka merantai diri,
Takutnya untuk menyambut hari yg baru, takut hati sudah tidak mampu membendung segala rasa..
Duka apalah yg bakal di lalui nanti, sebesar mana kesabaran yg perlu ku sediakan dan cukupkah bekalan redha ini?
Sedangkan,
Kesal semakin menjadi liar dan meronta ronta minta dijunjung..
Harapan sudah mati dan putus asa bertakta.
Tuhan,
Tuhan,
Tuhan,
Aku semakin rebah, hanya Kau yg mampu menongkat ku untuk terus berdiri.
broken to bits
I want to disappear.
I want to vanish.
Let me alone,
Stop it
I do not need more pain.
I cant stand the hurt anymore
Forever being used and abused
Sometimes life sucks
Most of the time life sucks.
Always sucks
Nobody cares
Nobody notices
The pain is unbearable,
Heartbreaking
So God,
Please please please....
Rescue me.
This morning I am still not in my best mood. God knows whats in my mind.
Thursday, February 13, 2014
janji ke longkang
Cukup benci.
Nyampah.
Meluat.
Cakap berdolak dalik.
Kata berlapik alasan.
Dah tau tak boleh tunaikan,
Baik awal2 jgn cuba beri harapan.
Bila janji tak dapat di tepati,
Mudahnya melepaskan diri dgn reka alasan begitu begini.,
Sedangkan kita yg menanti janji di kotakan,
Terlopong dan hampa.
Bila janji punah, kepercayaan musnah.
Sampai mati pun tidak lagi percaya
Manusia yg tidak pegang pada kata2nya
Tidak ubah lembu kerbau, itik ayam.
Kalau tak nak disamakan dgn haiwan,
Hati2 bila nak berjanji...
Jangan janji makan diri.
Saya tak suka orang yg suka tabur janji
Paling tak suka,
Orang yg berjanji tapi tidak menepati.
Wednesday, February 12, 2014
Hepi besday Imaad
Cucu nenek Imaad,
Di hari jadi kamu,
Alangkah baiknya jika nenek
Dapat hadiahkan kamu kebahagian.
Tapi nenek bukan ada kuasa sakti untuk menentukan,
Kerana nenek hanyalah makhluk Tuhan yg lemah.
Hanya kepada Dia lh nenek memohon,
Supaya cucu nenek sentiasa dijauhkan dari segala kecewa.
Cucu nenek Imaad,
Di hari jadi kamu,
Alangkah baik nya jika nenek
Dapat hadiahkan kamu seorang ibu yg melahirkan kamu,
Yg sihat dan mampu menyikat rambut mu,
Yang mampu tersenyum dan menyapa mu dgn kasih sayang.
Yang tidak menjadikan kamu yatim sebelum waktunya.
Yang mampu membuatkan kamu tenang berada di sisi nya
Tapi apa daya nenek,
Apa daya nenek,
Apa lah daya ku seorang nenek,
yg robek hati nya.
Cucu ku Imaad,
Di hari jadi mu sayang,
jangan sekali kali kau menangis.
Kalau gugur lh walau setitik tangisan dari kolam mata mu,
Nescaya tangisan yg kami cuba bendung akan tiris
Basah lah mata kami, banjirlah hati kami.
Jangan.
Jangan menangis cucu belahan hati nenek
Bergembiralah bersama kami..
Hanya Imaad lh penawar duka nenek dan
Segala kasih sayang di persembahkan buat mu.
Ketawalah dan sama2 kita berdoa,
di hari ulang tahun kelahiran Imaad yg ke tiga ini,
Kita pohon,
Segala kesejahteraan.
Segala keberkatan.
Tuhan mendengar tu wahai cucu ku,
Nenek yakin begitu.
Tuesday, February 11, 2014
Isi perut seorang perempuan
Hahahaaa....silap tajuk tu.
'isi perut beg tangan seorang perempuan.' Tu baru betul.
Jangan tak tau, isi perut beg tangan ni melambangkan usia, personaliti dan sosial status seseorang wanita.
Ni isi perut handbag seorang wanita bekerja, usia lima puluhan, middle class and a very simple lifestyle.
Ada apa yer, let me take you all for a tour.
Well, yg wajib ada beg duit lah.
Next comes the 'cards' ..segala mcm card ada.nonsense hampir separuh.
Then the handset n the tab. Tab x de dlm photo sbb guna tab tu utk ambik gambar..
Pen is a must to and a small notebook for what not.
Medical pouch comes in handy now, dulu tak perlu.
Another pouch for syillings n keys n sometimes a brooch or two.
Lipstick n perfume? Of course.
Tissues.
Sweets
Hair band.
Nail clipper.
Gunting
Kapak
Chain saw.
Bom tangan
PATI, kalau nak nyorok kat sini pun boleh.
Haishhhhhh......!
Segala maknenek ada.
Kadang2 takut nak gali dalam2
Takut dah menetas anak ular yg di peram.
" mummy, mana kunci kereta?"
"Dlm hbeg mummy, ambik laa"
Sah, berani potong jari, sah tak jumpa kalau harapkan org lain cari.
Segalanya lemas dlm lautan harta pusaka di dalam handbag saya.
Handbag awak pun sama kannnnnnn?
bicara hati
Banyak dan sarat dan berat dan sesak!
Takut untuk melangkah ke depan,
Takut lebih byk lgi yg perlu di galas,
nak undur pun mustahil.
Maka boleh kah biarkan saya kiam di sini.?
Tidak mampu melurut semua payah,
Sudah sebati berakar umbi
Puas mengikis,
Tetap bertimbun dan makin menimbun.
Di waktu begini,
alangkah baik nya jika masa dapat di ulangi,.
Saya mau kembali ke alam remaja
dan membuat pilihan yg berbeza
Biar perjalanan ini di lebuhraya lain nya
Bagasi dan penumpang pun tak sama
Di waktu begini,
Saya tidak tau lgi kemana harus di tuju.
Sesat dan bersendirian di belantara duka
Di waktu begini,
Saya buntu.
Mengharapkan bantuan dari mu Tuhan.
Memohon diberi kesabaran,
Meminta rahmat restu
Menagih keberkatan
Mengemis simpati dari Mu ya Rabbi,
Allah hu Akhbar,
Stress nya saya ni!
Sunday, February 9, 2014
Pesen baru.
Oleh kerana dah penat cari tapi tak jumpa2 saya sarung saja selipar anak saya yg kebetulan ada di situ.
Saya nak keluar dgn iffah dan dia dah tunggu dlm kereta.
Sewaktu memandu dan kereta saya berhenti menunggu lampu hijau di persimpangan, saya terpandang selipar saya ada di kaki anak saya.
Itu pasal lah selipar pink tu tak ada masa saya nak pakai tadi.
"Iffah, bukak selipar tu mami nak pakai. Iffah pakai saja selipar crocs Iffah ni."
Dia akur.
Iffah hulur selipar tu di kaki saya tapi kerana saya sedang memandu maka saya hanya sarungkan yg sebelah kiri dulu.
Niat saya nanti sampai ke destinasi, saya sarungkan yg sebelah lagi.
Iffah dah siap pakai selipar saya yg satu lagi yg kebetulan ada dlm kereta.
(Sebenarnya dlm kereta ni dah mirip kedai kasut)
Bila kelihatan kedai runcit saya perlahankan kereta kerana nak turun beli gula. Tiba2 saja teringat gula dah habis pulak.
"Iffah tunggu dlm kereta. Mummy turun sekejap jer k"
Sedang saya menuju ke kedai tu saya dgr hon kereta di bunyikan.
Iffah lah tu, ada lh tu nak saya belikan apa2 ..
Saya buat derk saja sbb saya dah tau sgt perangai dia, last minute baru nak suh beli itu ini.
" mummy, look what you r wearing....."
Iffah teriak dari kereta.
Weilaweiiiii.......
Mujur Iffah make an effort to warn me like that.
Di kaki saya sebelah selipar warna pink dan sebelah lagi crocs warna grey.
Saya terbang ke kereta untuk tukar selipar.
Iffah gelak guling2
Gelak laaa....kamu tua esuk2 mcm ni la jugak.
Nasib baik tak ada org lain di situ.
Kalau tidak, malu berganda2..
Biarlh tak rahsia...
Dah tak rahsia lgi.
Ni lah hasil nyer....
Dulu,
Showcase ni warna cream...
Gatal tangan saya, dah jadi hitam dah...
Dulu nak rahsiakn sbb takut tak menjadi.
Dah siap baru boleh sohor.
Hasil kerja tangan saya.
Suka tu suka lah,
Tapi jgn tak tau,
Lepas mengecat tu jari kebas rasa nak putus!
Tak tido saya mlm tu.
Tapi mana boleh bising ngadu sakit..
Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung lh.
Ada siapa2 nak cat perabut tak?
Hubungi saya tapi upah kasi double.
Upah termasuk tanggung makan sekali.
Nak ke tak nak ni?
x lena
Pukul tiga setengah pagi
Orang lain tgah diulit mimpi
Saya sedang terkebil kebil layan hati.
Sunyi nya sekeliling
Sepi
Hanya saya dan Ja.
Ja yg diam bisu tidak byk membantu
Bila renung wajah dia,
Lagi tambah rasa kosong dlm dada.
Dah hampir 9 bulan Ja tak sadarkan diri.
Dia lebih sepi didalam dunia dia sndiri
Saya tak tau dah apa yg perlu saya pinta dari Tuhan.
Cuma berharap yg terbaik dari Dia yg berkuasa.
Dia berkuasa merubah segalanya.
InsyaAllah.
Saturday, February 8, 2014
Terasa
Kerana kamu begitu banyak kelebihan maka kekurangan saya menjadikan kamu merasa saya tidak cukup baik buat kamu..
Maafkan saya.
Wednesday, February 5, 2014
Walau Tuhan kita berbeza.
Tadi singgah di kedai kawan lama saya Pn.Yang.
Terkejut dia tengok saya sebab dah hampir 3/4 tahun saya tak jengok kedai dia.
Dia mengusahakan kedai menjual peralatan berkebun 'Yang Garden' nama nya.
Dah lama x jumpa tu tak cukup mulut nak cerita ceriti.
"How's your doter..kat spital mana sekarang?"
Dia tak tau yg anak saya sakit dan on medical leave.
Bila saya cerita segalanya pasal Ja dia menangis.
She saw Ja grow up thats why.
Tapi yg saya nak cerita ni ialah sikap dia sebagai seorang kawan.
Berlainan agama dan bangsa, tapi dia memahami apa yg saya lalui.
Kata nya...
" Nie, you solat hajat tiap2 malam, mintak dari your God to make her be on her feet again.Do not hesitate to ask from Him, He is listening.And if worse comes to worst, be thankful of the time both of you spent together, cherish the moments.."
Saya hampir menangis bila dia peluk saya.
I told her that I wanted to do some gardening just to take my thought away from the hurt.
"Yes Nie, you should do that.you nak pokok apa? Baja? Pasu?"
Beria dia bagi sokongan moral.
"Yang, I nak yg ni, yg tu...yg tu jugak plus, tanah, baja dan alat berkebun.you kira dulu k, kalau cukup budget I nak pasu gantung jugak"
Guess what?
Saya keluar dari kedai dia dgn muatan penuh satu kereta.
How much did I spend?
In another words, kira mcm free jer.
Dia kata kalau dia cakap free surely saya tolak, so she charged a small sum..rm 100 saja..harga 2 bijik pasu besar pemeluk saja tu.
Why did she do that?
Kenapa dia baik sangat?
Itu lh sokongan moral dari seorang sahabat.
She knows I need the moral support more than anything.
TQ dear old friend,
Ni baru betul2 persahabatan 1 Msia.
Tak perlu masuk paper, masuk berita primetime.
Deep inside I know,
I found a friend in her.
Gong Xi Fa Cai to both Ah Seng and Madam Yang,
Siang malam serupa saja
Serupa.
Semua urusan tidah ada beza siang atau malam.
Nikmat tidur sudah lama tidak saya rasa.
Priority hanya untuk urus kebajikan anak.
Sedap juga kalau hutang tidor dapat di bayar di siang hari, tapi tak dapat juga tidor siang.
Siang pun saya urus dia juga.
Kecuali waktu pagi sewaktu saya ke sekolah.
Masa tu private nurse yg jaga.
Istilah 'Rehat' tak ada dlm kamus hidup saya.
Waktu senggang antara urus anak tu ada lh.
Kadang time tu lh rasa nak baring sekejap tapi
tak boleh jugak...
Ding donggg....bunyi loceng pagar.
Ada tamu maka layan tamu dulu.
Tidak pun ada saja kerja yg perlu dibereskan.
Tipu lah kalau saya kata saya x penat,
Penat tu makin terasa tambah2 dgn usia macam saya ni.
Tu pun nasib baik saya x ada tekanan darah tinggi.
Ja, bangunlahhh..
Dah sampai masa nya Ja pulak yg urus mummy.
Kan itu yg Ja selalu sebut2.
Entah la Ja..
Kadang2 mummy rasa mcm dah tak ada langit nak junjung,
Tak ada bumi nak pijak..
Semoga Tuhan gandakan kesabaran saya,
Sangat2 perlukan zat sabar dan vitamin tabah.
Ngantuknyerrrrrr.......
Tuesday, February 4, 2014
Mati hidup semula.
Saya ingat dia dah mati.
Bila tukang kebun saya tutup terowong rahsia dia, saya andaikn dia mati tertimbus. I cried my lungs out. Kesian sungguh2. Nak marahkan Pakmat pun tak boleh juga sbb dah tugas dia kemaskan taman tu.
Tiba2 hari ni dia ada. Makcik Nab ni betul lah, buat saya rasa brsalah saja.Nasib baik saya tak cakap kat Pat Mat tu "you r fired!"..
Baru saya tau yang arnab ni bijak. Tau dia keluar dari kubur nya sendiri.Sori Makcik Nab deh, next time kami hati2...Tu lah siapa suruh gali lubang macam tu...Tidur bawah pasu ke, bawah pokok bunga ke, tak boleh ke.?Nyaris2 saya nak carikan bini baru buat Pakcik Nab.
Wei Pakcik Nab wei,
Yang ko murung bini ko mati hidup balik ni naper?
Hamboi, dah berangan dpt bini muda ke?
Dasyat la ko ni Paknab, tak patut tau!
Cian Makcik Nab tu...
Ok lah untuk sambut kepulangan Makcik Nab,
Saya bagi dia makan carrot dan brocoli.
Biar awet muda gitu..
Pakcik Nab jgn nyesal kalu Makcik Nab lebih lawa dari Kak Ton.
Apa2 pun hati saya amat lega....
Terlepas dari sabit kesalahan membunuh dgn x sengaja.
Sejuk ke?
Pagi2 terasa kesejukan menggigit tulang.
Gigit lemak tepu dan tak tepu.
Sedap sejuk.
Saya suka.
Sejuk membekukan hati.
Yang peliknya hati yg beku boleh lagi membara.
Terbakar seperti api dalam sekam.
Api dlm sekam hangus diam diam
Wahai sejuk di pagi Februari,
Jinakkan lah marah yg bergelora ini
Mandikan dengan sabar,
Bilas rasa geram itu dgn akal fikiran
Sebenarnya orang yg bijak pun boleh bertindak bodoh dalam keadaan marah, ini pula saya yg dah sememangnya bodoh.
Sejuk...damaikan lah hati,
Semat di hati..Makan nasi belauk pagi ni lebih sedap dari makan orang!
Aummmm......Aummmmm....!
(Kalau dah anak kucing, mengaum mcm rimau pun orang wat derkkkk jer)
Monday, February 3, 2014
Kuda
Tahun kuda tak per.
Jangan kita jadi kuda dah la.
Zaman dulu lumba kuda menjadi kegilaan org yg suka berjudi.
Sekarang masih mcm tu ke?
Kuda.
Lagu kuda hitam tau?
Saya nak kuda putih yg bertanduk satu di dahi
Unicorn.
Memang la mustahil.
Sebab mustahil lh saya nak sangat tu.
Dah perangai macam tu dari kecik lgi..
Peel hodoh!
Semua keinginan saya adalah yg mustahil.
Itu pasal lah keinginan saya tak ada yg tertunai.
Ada benda lain yg saya nak, lebih nak, nak sgt2 selain dari kuda unicorn.
Tapi sebab saya tau dah sah mustahil maka lebih baik saya berhenti berharap.
Belajar menerima saja segalanya seadanya...
Pasrah.
Tahun kuda katanya tahun yg dinanti nanti...
Entahlah, dtg la tahun apa pun, saya masih begini...
sibuk bin lorat
Ja tau tak yg mummy happy sangat sekarang ni.
Walau pun mummy sibuk urus itu ini dan selalu terpaksa tinggalkan Ja, namun mummy tau ni yg terbaik buat keluarga kita.
Ja,
Tak lama lagi kita akan pindah tau.
Mummy sedang siapkan bilik Ja sebaik mungkin agar Ja lebih selesa nanti.
Sekarang ni rumah kita yg papa renovate tu belum siap lagi.
Finishing part lah yg paling makan masa.
Ja pun tau sangat perangai mummy ni kan,
Fussy dgn Si Tukang2 tu...
Bukan apa, mummy tak nak rumah siap nanti pahat, tukul, gergaji berbunyi....
Maka lagi baik mummy berbunyi siang2.
Ja,
Sekarang hari2 mummy duk ulang alik ke sana.
Kemas mana yg patut, susun mana yg patut disusun.
Buang mana yg patut d buang.
Penat dan sakit2 urat dawai tulang besi mummy ni...
Agaknya urat plastik saja bukan dawai pun...
Tak apa lah Ja, sakit pun rela asal kita dapat keluar dari sini.
Rumah lama kita ni terlalu byk kenangan suka duka.
Banyak sgt.
Di sini Ja membesar, Ja menjadi remaja dan menjadi dewasa juga.
Dinding ini saksi detik manis Ja bergelar isteri dan bergelar ibu.
Selain dari kenangan bersama Ja , byk juga kenangan lain yg mummy nak lupakan...
Selagi kita di sini, selagi itu lah ulangtayang cerita lama bersiaran.
Astro pun tak ulangtayang seacap siaran dlm batu jemala mummy ni
Mummy harap kita semua menemui kedamaian di sana nanti.
InsyaAllah Ja...Kita mulakan kehidupan baru di sana.
Sementara tu, Ja duk dgn private nurse dulu yer...
Mummy dapat kerja baru
Kerja baru selain cikgu dan misi.
Kerja jadi Tok mandur di tapak pembinaan lah.
Get ready Tukang cat, tukang pasangtile, tukang grill, plumber dan sebagainya
Better ger ready...
I'm cominggggggg.........!
Sunday, February 2, 2014
Saturday, February 1, 2014
tadah tangan hari hari....
Di mana kau duit?
Siapa yg tak pernah hitung keluar masuk duit tak tau seksanya nak seimbangkan yg masuk dgn yg keluar.
Bertuahlah orang yg tak perlu fikir pasal duit.
Ada ke orang macam tu?
Permaisuri raja saja kot.
Orang kaya melangit pun kena kira juga
Kita kira ratus2 ribu2,
mereka kira juta2..
Nenek saya kata,
Kalau tak nak fikir pasal duit,
Jadilah orang yg terlampau kaya atau
orang yg terlampau papa.
Kita yg kaya jauh sekali, miskin pun tidak ni yg sentiasa sakit kepala kerana duit.
Kenapa yer?
Sebab nak macam2 sedangkan kuasa beli terhad, tu pasal laaa....
Kenapalh tak jadi permaisuri yer....
Kenapalah tak kawin dgn anak raja....
Dulu, muda2 yg saya kenal hanyalh anak rajagopal.
Tu pasal laaa....
Tak baik tau persoalkan jodoh,
Astaqfirullahilazim...
Tak perlah tak jadi permaisuri Agong pun,
Cukup lah kalau dapat jadi permaisuri di hati dia..
Check dulu status tu, permaisuri ke tidak.....entah2 dayang atau Hang Kebun saja..
Ampun tuanku, patek nak duit sikit, nak ke pasar ni....
Adehhhhh......kes nak ke pasar dan Tok Agong belum bangun saja ni....
.