Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 31, 2024

9 hari lagi...


 

Teresek

Ni jantung pisang kapas
Sedap ni
Masak 'Sambal teresek'
Dah siap. Sooo sedappp! Sambal teresek kena pedas, manis sikit dan kering, naik minyak gitu.
Nak resipi? Boleh jer....

Saturday, March 30, 2024

Rantau Panjang

Tak suka
Benci
Rantau Panjang daerah yg paling saya tak nak pergi

Kalau jejak kaki ke sini...
Akan terbelilah apa yg tak perlu dibeli

Tu pasal tak suka ke Rantau Panjang
Rambang mata
Seksa poket
Balik menyesal
Esuk2 kena ajak kawan2 datang serang bandar ni sekali lagi.
Jangan biarkan barang dagangan tak terusik.
Beli
Beli
Beli.

 

Friday, March 22, 2024

Kukmung laa..


 Tua tua ni, bodo kalu baloh..Kukmung aa!

Tak call, takpo

Tak wassup, takpo

Tak tanya kaba, takpo

Tak peduli, takpo

Ore wak dok, aku lagi la malah nak baso! 

Mu ingat mu sapo?

Doh hebat sangat gak, lohla...

Aku ni ikhlas jah, ingat saing lama, sokmo duk kutip caro...

Tapi dok doh la, serik doh. 

Betul kata arwah ni, ambo ni bodo, lok ko ore pijak palo sokmo.

Thursday, March 21, 2024

Berburu

Misi berburu di hutan 'Batik' bermula kelmarin.
Kaftan, maxi dan baju batik adalah pakaian yg paling selesa untuk di pakai sewaktu nak buat persiapan raya di mlm 1 Syawal nanti.

Maka bermulalah misi berburu batik buat anak negeri saya.
Malam raya kena pakai baju baru biarpun nak habiskan masa dgn bersilat hanya di dapur

Saya ke kedai ni. Bagi saya kedai ni murah dan customer friendly.
Tokey kedai siap posing lagi tu..

Penat tokey kedai duk kira conggak kos pembelian saya dan kawan saya tadi..
Banyak dia bagi discount.
(Tanpa di minta)
Tq Za, Kakhani akan dtg lagi dan beli lagi.lnsyaAllah.

 Balik rumah rupanya misi berburu saya belum tamat. Ada lagi yg belum cukup ni..Anak negeri ramai macam ni laa..Esuk berburu lagi..Jom!

Wednesday, March 20, 2024

9th Ramadhan- down n depressed

 Life is like that.

One time you are so full of joys n fun.

Next you find yourself in a corner crying your heart out for nothing.

Thats how I am today.

Thats what I feel.

Down and depressed.

Dont ask me why.

The reasons are endless.

In time like this I just want to vanish.

Just to move a step forward is sooooo hard.

I dont want to move forward.

I have nothing to look forward to.


My life sucks

I just want to die.

The end.

If you are reading this whole nonsense, than please dont judge me..I have to express myself so that I can think straight.I am just letting go of what is in my stupid head! I hope I will feel much better after I  'voice out' my feelings. Its hard when you hv no one to turn to..no want who listens..So I turn to my ever loyal blog..Always.

God, I am not alone. You r always here for me. Help me.



Tuesday, March 19, 2024

Mama Imaad

Hari ini saya tujukan E3 ini khas buat anakanda Hany, mama kepada Imaad. Kerana hidup kita ini tidak lah sentiasa diterangi cahaya mentari, sekali sekala hujan ribut dan badai melanda..Hadap sajalah..Think positive..

Hidup ini Hany
Sarat dgn ujian
Dan setiap orang merasakan 
Ujian dia lebih berat dari orang lain.
Sebenarnya
Ujian tidak serupa
Tuhan tahu kemampuan kita
Dia uji kita dengan ujian yang
sesuai dgn kemampuan kita.
Lagikan kasut pun saiz tidak sama
Mana mungkin kita selesa memakai kasut orang
Sebagaimana org lain tak selesa memakai kasut kita.
Kita ini
Kena kuat
Sentiasa kuat
Kalaupun sudah terasa tidak larat
Paksa diri untuk gagah
Langkah sentiasa ke depan
Satu demi satu terus menapak
Dalam payah atau dalam susah.
Redha
Syukur
Tuhan sentiasa ada
Ada.


 

Monday, March 18, 2024

Imaad

Hari ni Imaad daftar diri ke sek men sains Faris Petra.Tingkatan 1. Dah besar ya cucu grandmummy ni. Kalaulah mummy Imaad tgok Imaad hari ni mesti dia bangga. Tak apa lah Imaad, grandmummy cukup bangga dah..Imaad belajar rajin2 tau, nanti jadi anak yg berjaya dunia akhirat. 
Tengok Imaad hari ni entah kenapa rasa sedih sgt hati tua ni...Allah hu Akhbar, Tuhan saja yg tau segalanya.
 

Saturday, March 16, 2024

5th Ramadhan

 Dah 5 hari puasa.

Niat nak khatam quran sempena Ramadhan dlm 10 hari Ramadhan gitu.

Saya baca 3-4 juz sehari. Setiap tahun pun saya khatam quran dlm 10 hari. Harap harap tahun ni Allah bagi kemampuan untuk saya teruskan bacaan hingga ke juz 30 seperti target.

Selalunya slepas khatam sekali di hari ke sepuluh Ramadhan, saya akan mula semula bacaan quran. Tapi kali ni saya tidak ada target, baca dan nikmati bacaan tu secara tenang. Kalau mampu khatam sekali lagi alhamdullilah. Kalau tak mampu tak apa sebab saya dah Khatam dah sekali.. 

Ini cara saya. Saya tak kata cara terbaik tapi kena dgn kehidupan saya, jadual hidup saya..Orang lain mungkin hebat tapi bagi saya yg jahil ni kemampuan untuk khatam sekali dlm bulan Ramadhan dah kira happy sgt dah. Syukur sangat2.

Satu lagi habit saya..hehe..saja jer nak suka suka tak salah kan? Bila saya khatam quran saya akan masak special untuk berbuka puasa. Biasanya saya akan masak nasi arab atau beriani..just to celebrate. Saya sorang yg khatam tapi seisi negeri makan besar. Tahun ni nak masak apa belum fikir sbb belum khatam. Hari ni hari ke 5 puasa dan saya baru di juz 22...Rajin lebih sikit tahun ni. Doakan saya mampu khatam kurang dari 10 hari ya...Rabbi yassir walatuassir.....

Saja nak cerita....Ni stand untuk Quran saya ni buat hal pulak. Dah patah kaki nya. Padan la goyang jer....haduhhhh..nak beli baru pun mahal jugak ni...sekarang terpaksa guna meja lipat kecik utk letak quran..Tak apa lah janji boleh baca dgn kedaan selesa.


Tuesday, March 12, 2024

1st Ramadhan

Sempena Ramadhan tahun ni
Anakanda Akim dan Syiqah hadiahkan sejadah 
Satu sorang.
Siap ada nama lagi
Alhamdullilah
Tq so much

 

Monday, March 11, 2024

Ambang Ramadhan

Esuk puasa.
Selamat berpuasa buat semua umat Islam.
Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan.
Sempena kita menjejak kaki ke bulan mulia ini, saya susun jari sepuluh memohon kemaafan. Saya juga telah memaafkan semua kesilapan yg tidak disengajakan mau pun yg disengajakan yg dilakukan oleh orang lain keatas diri saya.
Kita berbaik sangka sesama kita.



Sunday, March 10, 2024

Friday, March 8, 2024

Bff

Kami keluar hari ni
Jalan jalan tanpa tujuan
Saja nak buang masa.
Singgah di kedai ECO.Kedai berhantu..Tau tau penuh bakul..Entah apa apa yang kami beli..Takper, janji hati bahagia.
Pastu lunch kat kedai nasi kerabu.. Sedap sengoti wei..Lemak goreng dan bakar...Haduss...lupa pasal kolestrol sekejap!Ni nak tunjuk cincin. Cantik! Zila belikan. Satu untuk dia, satu utk saya. Terima kasih Zila. Balik rumah penat sangat tapi hati bunga bunga...

Tuesday, March 5, 2024

Kembar ke?

Nak gi mana mokcik? Jangok kemain..

 Aik...serupo burung la pulak. Hehe...takpo, serupo burung pun takpo ..janji happy



To be happy is easier than to explain why you are sad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...