Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 31, 2009

Dari lina untuk Ja

Ja, Wish u were here..Lina kirim salam..Cantik Lina. Ayu dan sopan berbusana warna pink.
Aunty Norma nampak tension, maklumlah seorang lagi anak bakal berpindah tangan..Dia nak bergambar pun tak sempat..tak per mummy posing wakil ibu pengantin..
Uncle Yie kata, Lina cantik macam mama dia masa muda dulu...yer ke? Senyum panjang la Aunty norma....Hilang penat kn..















Orang kata beauty is in the genes.....yer ke?

Hanya Permainan Insan




Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku kira jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dimanis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban
Ini kah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Friday, January 30, 2009

TERPENJARA..

Wahai kau burung dalam sangkar
Mengapa nasib mu
malang benar...?
Tak seorang pun ambil tahu
Luka dan lara di hati mu
Wahai kau burung dalam sangkar
Dapatkah kau menahan siksa
Dari kekejaman dunia
Yang tak tau
menimbang rasa
Batin menangis hati patah
Riwayat tertulis penuh dengan
Titisan air mata
Sungguh ini
satu ujian
Tetapi hendaklah kau bersabar
Jujurlah
kepada tuhan

Wednesday, January 28, 2009

anak ku yang 'tomboy'

Kuat lagi semangat


Dua
tiga
hari
ni
usaha
saya
untuk
jaga
berat
badan
tergendala
sebentar
kes
kenduri.
Tapi hari ni saya tekad untuk sambung balik..
Terima kasih bagi yang selalu menyokong saya, selalu bagi moral support..
Kepada yang selalu mengatakan saya lebih 'cute' begini, terima kasih jugak..manalah tau kalau usaha saya gagal, sekurang kurangnya ada yang menerima saya seadanya..
Kepada yang selalu goda saya dengan makanan kegemaran saya tu terima kasih jugak..Sikit saya tak marah..teruskan lah dengan godaan kalian tu..sesekali termakan, boleh lah saya salahkan awak2 semua...hehehee...
Ok...lets wait n see the final result.....

Tuesday, January 27, 2009

Macam tau tau Ja ni...

Penat. Tido seharian. Bukak blog dengan otak yang kosong..Tak kuasa nak menulis..Letih sungguh.
Tapi segalanya berubah..Hah, ada article baru dari my daughter ? Just the right time. So, now problem solved. Thank you Ja. Does this mean that Mummy can go back to sleep??

From Ireland

Monday, January 26, 2009

Tukang Sibuk

Sibuk...
Sibuk
hias
meja
pengantin
















Sibuk
buat
back
drop
























Sibuk
susun
cendera
mata







Sibuk
masak
untuk
hidangan
pengantin














Paling
tak lupa,
sibuk
untuk
pose
istimewa..






Sibuk ke, menyibuk ke, buat buat sibuk ke..kami tak kisah kerana kami lah 'Tukang Sibuk' yang
dah terkenal ni..
Hah, mana2 anak sedara kami yang belum kawin tu, kalau nak kan khidmat kami syarat nyer senang jer..Sediakan earplugs..untuk apa? Jangan tak tau, sound pollution!
Cik Zah tu kalau dah khutbah, tak terhad pada hari jumaat jer..
Cik Su pulak kalau dah gelak susah nak tekan brake..
Cik Cho tu ada saja cerita dia...pot, pet, pot, pet..
Kalau tambah Aunty kita sorang lagi, yang patut siap pagi, entah petang pun dalam dua lagi,siap ke tidak...

Sunday, January 25, 2009

Adegan yang tak ingin kita lihat...

Posing dgn Along n kimi.
Ku rasa kurus sertamerta.
Itu lah..
Suruh diet tak nak.
Ayat 'power' dari Kimi,
"Mummy diet pun..
Tak slim2 jugak!!"
Kwang kwang kwang...
Dengan susah payah

Nak juga panjat nih..

Tak dapat dapat!

Anak2 dah gelak giler dah..

Silap hari bulan,

jatuh belah sana..

terkial kial...

Alahai...






Dengan bantuan anak,dapat jugak lah.

Dah..jom posing.

2 gajah atas pagar..

Mau nyer runtuh..

Adus!!!!

Retak lah lantai.

Hehehehee..

Selamat Pengantin Baru


Selamat datang anak ku Farahiyah
Selamat melangkah ke alam baru mu
Kehadiran mu kehadiran yang bersambut
Selesa lah di rimbun kasih kami
Terimalah kekurangan kami
Jadikan langkah pertama mu ini
langkah yang berkat..
Selamat bergelar 'Isteri'
Selamat bergelar 'Menantu'
Selamat bergelar "Kakak Ipar'
Perkahwinan ini anak ku
menjadikan kamu
anak saudara ku
yang ke lima puluh satu.





Saturday, January 24, 2009

Masuk Dapur...

Rosak la diet I hari ni..Semalam kenduri, hari ni kenduri lagi..Esuk dah promise my sister nak sandang jawatan 'Chef' bagi majlis menyambut menantu di Terengganu..Kalau dah masak yang special2 tu mustahil tak terlior...Happy sangat dapat bagi sumbangan buat my sister ni. Masa kat majlis perkahwinan my daughter dulu Kak Mah siap amik cuti dan bermukim kat umah I lagi..Sampai bengkak kepala kes terjatuh tukul kecik masa buat 'Flower arch' tu...Itulah kata orang budi baik tetap di kenang..
Hari ni otak berputar ligat duk scan menu apa yang nak di ketengahkan nnti..May be ikut permintaan ramai..kalau ikutkan si pengantin, apa2 pun dia makan sebab tau ajelah Ayie tu..Tak gitu Ayie?? Abe, Fuad, Farhan and the gangs sure waiting nih.Entah2 side orders yang lebih lebih nanti.Sapa rasa nak suruh Cik Su masak dish lain tu, tunggu lain hari lah, takut tak sempat siapkan meja pengantin tu... tak ke nangis mama nanti..Don't worry u guys, Cik Su akan prepare enough for everybody....Ini yang Cik Su suka, u all ni kalau Cik Su masak apa pun tak pernah tolak...sekurang kurangnya ada jugak yang membuat Cik Su rasa dihargai kan..
So kak Mah, nak menu apa..??? U say it and I'll cook it.

Friday, January 23, 2009

Email yang ku terima..


Kata hidung yang tak mancung,
janganlah pipi yang tersorong sorong
Kalau dah pinggan tidak retak
masakan nasi jadi dingin..
Silapnya mengukur baju
bukan dibadan sendiri.
itu lah,
Kalau kail hanya sejengkal
Kenapa dasar lautan
mahu di terokai..
Cerminlah wajah
Tiliklah diri..
Dah tau hina bagai pipit
kenapa enggang jugak yang
kau harapkan??
Tempat jatuh lagi di kenang
ini pula dambaan hati.
Sayangkan kepayang
ditelan pahit dibuang sayang
Jika sudah sekali menyeluk pekasam,
biar terpalit hingga ke lengan
Kalau takut dilambung ombak,
pindah lah...
Jangan berumah di tepi pantai
Kau melihat saja burung yang terbang,
lada ditangan sudah kau pipiskan
Dengar saja guruh,
air tempayan dah kau curahkan
Hani yang ku kenali..
belajarlah untuk tidak
menjolok bintang..

( Tterima kasih..Betullah tu...Kita seringkali tersilap membuat tafsiran..........)

Thursday, January 22, 2009

Thanks Ja...

Can't wait...Feb, March, April, May...and Jun.
Yes, this week has been one of my 'full of frustrations' week. Things just didn't go as planned. I was so upset with everything and there was no one I could turned to..Those were the days when you felt like hating urself and your bad karma..U know the feeling..Everybody knows it..The time when you just want to shut the world up.The time when you felt that you had made a fool of urself...Being silly and stupid.
Today I'm much better...I hope so. I'll be more positive and not expecting too much any more..People have limits and I should be aware of the limits. I have to bear in mind that life is not always about smiles, a little tear will spice it up and makes the rainbow colourful..
Talking about rainbow, when is the last time you see a rainbow? Yup, its very rare now and I don't know why but I do miss the rainbows...
So dear Ja and Wan, InsyAllah see both of you in Jun.........
Love,
Mummy.

updates;p

i can sense some gloominess here...
here's something that might cheer u up a lil' bit;)

a sneak peak at your present,coming home in june;p
hope u'll like 'em...






love,
ja

Wednesday, January 21, 2009

Where is everybody????

Minggu yang paling memboringkan. I am alone this week because everyone else is buzy, buzy, buzy...Semua orang ada saja benda yang perlu di beri perhatian, perlu di bereskan, perlu di dulukan dan perlu entah apa2 lagi...What about me? What should I do when this boredom is killing me...I am buzy too, but there are empty spaces here and there...Yesterday, I browsed the mall..did some window shopping and at last no where to go, I went back home to loneliness. Silence is in the air and I wondered what will it be like to be alone like this forever? Betul lah kata orang..time gini lah kita dapat merasai siapa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup.. yang paling dekat dihati kita lah yang akan selalu berada di minda....Diwaktu kita berdiri sendiri begini kita dapat menilai sejauh mana kita memerlukan dan diperlukan...Sememangnya lah, yang paling membuat kita merasa sepi ialah bila kita merasakan kehadiran kita tidak menambah dan kehilangan kita tidak akan mengurangkan....And so, here I am, like always, alone and loneliness is with me. Forever???

Doa

Khas untuk seorang teman...

Monday, January 19, 2009

3rd birthday of the month..



Along,Happy 26th birthday.My first child and the first grandson for my parents. You are the first nephew to your aunties and uncles too..You grow up with so much love and attention. Remember your late granpa whom u called 'Abah'? He adores you...When we were away, he even make an efford to booked a ticket to London just to come and see you since I know that he missed you so much..If he were to be here today, he must be so proud of you..And son, so am I. I am proud to be your mum, proud to have a ason like u. God bless u son.

Sunday, January 18, 2009


Kak Tie,
Kami akan merindui hari hari bersama mu.
Kami akan terkenangkan lembut ayu wajah mu.
Kami akan merasa sepi tanpa manis sopan bicara mu.
Kami akan tercari cari bayangan diri mu
Hari ini Kak Tie, kami kehilangan seorang rakan, teman, kakak dan tempat mengadu..
Kak Hayati, kami tidak akan melupakan budi jasa mu.
Semoga Kak hayati bahagia dengan dunia baru nya..
Selamat bersara dari tanggung jawab di sini dan meneruskan tanggungjawab yang selain nya..
Salam sayang dari kami semua....

Saturday, January 17, 2009

hello kitty


Today a friend gave me 2 kittens. Its a typical tabby, young and playful..My daughters are so delighted to see the new cute kittens. So now I have 2 extra kittens to take care apart from 11 others.........

My Capricorn friend...



Hari ni hari jadi awak yang ke berapa?? Tak silap yang ke....Rahsia! hehehe..kata orang dah tak muat nak atur lilin. Sama la kita. Anyway, Happy birthday Za,many happy returns. Thank you for being a friend, being a councelor,being an image consultant, being a decision maker and being someone I can turn to when I need a shoulder to cry on.

Za, bila la kita nak jadi kenyataan apa yang kita rancang dan mimpikan tu...Ingat plan kita yang dulu, yang telah menjadi kenyataan..Best kan. Setiap kali tengok rakaman kat video masa tu Kak Hani akan tersenyum..Happy giler hari tu..Next time u go to the Kelantan Golf Club, do remember the time that we spent there..Itulah the last time kita buat reunion and the best reunion of all..thanks to u..the planner.

So Za dearest, go enjoy urself today coz its ur birthday..Jangan gi Singapore dah laa, sebab kita jeles...Kalau nak gi jugak boleh, belikan saya semua kasut kat Orchard Road tu...Haah, pengsan awak!!

Friday, January 16, 2009

After 20 days...











Boring nyer hari ni..Sapa nak join jamu selera? Jom laa....
Ops! Lupa, I'm on diet.Uwaaaaa!!!!!

Thursday, January 15, 2009

Begitu lah hidup ini

Begitulah hidup ini..
seringkali tidak seperti yang dijangkakan.
Apa pun kau tidak apa apa...
tidak akan apa apa...
Aku disini hanyalah seorang dari berjuta
yang mendoakan mu
semoga kau tabah dan redha
semoga ini tidak melemahkan mu
malah kau kan lebih kuat
kerana Rose yang ku kenali
tidak lemah
meski tangisan melimpahi hati
namun senyuman mu
tetap berseri...

Smile Rose Anita smile...

U r going to smile
no matter what
no one can take that smile away from you
they have no right to
You are strong, I know you.
You just sit back
and be yourself.
I am always with you
always by your side,
always here to share the laughter
and share your sorrows too.
If I can do it,
there is not reason for you to say no.
Yes, it won't be easy,
But life have to go on.
So dear sista..,
Smile Rose Anita smile.

KIMI

Dik, u r 19 today.
So, it has been 19 years I'v been telling you to brush your teeth n solat eh?
Or should I go on doing that?
Film box office kat cinema pun ada tempuh ulang tayang jugak...
Since today is your birthday,
Mummy is going to give you the warmest birthday wish of all.
2 in 1 wish..U get free 'tazkirah' as well..
Dik, of all ur siblings, u r the most gifted one.
U r bright and your grades r promising
that was years back...
Now u r being very mischievious..
Very hard to get..
Blame it on ur friends eh?
Mixing with the wrong group?
Nah..., I know u better than that..
Its all up to you
Whether you want to use your head
or you just want to let yourself down..
I really2 wish....
On your birthday
I wish I can stop worrying about u
and ur wellbeings
so will u please stop being too playful,
and get serious with your life,
study smart,
U can do it.
and last but not least,
Mummy loves u n misses u,
and.............
berus gigi tu!!!!!!
Solat!!!!!

Tuesday, January 13, 2009

HENDAK GUGUR LAH NANGKA,
JANGAN MENIMPA SI DAHAN PAUH...
HENDAK TIDOR, TIDOR LAH MATA,
JANGAN MENGENANG ORANG YANG JAUH...

Dear God, If this happiness is just a dream
then please
do not wake me up..,
just let me sleep.
But if this is my reality
then please keep me awake
coz I don't want to miss a single minute of it...




Monday, January 12, 2009

WANNA HUG ???


Kalau dah best friend...

Kami gelak besar hari ni..Apa tak nya, bila sampai jer sekolah I tengok my friend Zini ni pakai tudung sebijik sama dengan tudung yang I pakai...
Kan kalau dah sehati sejiwa tu......

Sunday, January 11, 2009

Teman Baik Wanita



Mana ada wanita tak ada beg tangan?
Berbagai warna, jenama dan saiz..
Apalah agaknya yang ada dalam handbag tu..
Tengokkan saiz nya tu, sekor kambing pun muat nih!
Ok I nak declare apa yang ada dalam handbag I..
Biasa saja, tak ada yang menyalahi akta pun..
-Purse isi duit dan kad2 nyawa
-Handset
-Pendrive
-Pen
-Cermin mata
-Bedak,gincu,lotion dan perfume
-Tissue
-Ketip kuku
-Kunci
-Panadol/Actal
-Brooch/cincin
-Floss/gums
-Getah ikat rambut
-Buku memo
-Sweets

Itu barang yang di 'declare'..
'Undeclared items' banyak lagi...
-Buku kecik buat tulis hutang atau no hset dan alamat teman yg terserempak kat mana2..
-Resepi yang di koyak dari majalah mana entah..berlipat lipat
-Catalog direct selling pinjam dari kawan semalam, untuk study malam ni.
- Resit supermarket dah kuning di makan usia..nak buang ada no hset kt belakang.
-Bil talipon n kad kredit yg tak nak didedahkan jumlah nya..shhhy!!!!!
-Slip gaji dari bulan sepuluh lagi..
-Slip gaji kawan yang entah cmna boleh ada dalam beg kita..
-Senarai barangan yang perlu dibeli..time beli tu tak tengok lak senarai..hentam jer!
-Aksesori yang nak bawak pegi kedai untuk di baiki
-Sarung kaki anak yang dah dipakai kesekolah semalam, ke the day before?
-Sarung kaki mak ada jugak...
-Tissue yang dah di gunakan..
-Sanitary pad untuk emergency..
-Cenderamata dari tempat kenduri..dah seminggu dah..
-Asam boi yg dah di bukak paketnya..separuh dah tergolek kat dasar beg
-Hair brush..sebesar2 hairbrush, ambik dalam kereta sementara nak simpan balik.
-Kueh yang tak habis di makan,bungkus dalam tissue...kueh bila nih?
(Padan la dari semalam meriah benar semut2 berulang alik kuar masuk beg i nih!!!

Muat lagi ke kalau nak isi 'Pistol' barang sepucuk?????




My Allergic




Kalau I cakap orang akan kata I ngada ngada. I ni sebenarnya alah pada habuk dan debu. Minggu pertama masuk kelas ni u all tahu la camna keadaan kelas yang dah ditinggalkan berbulan tu..Berhabuk dan debu merata rata..Memang I dah agak I akan dapat 'Allergic' ni tapi nak buat camana kan, dah kewajipan kita...Tanggung sendiri la!
Masaalah nya bila dah start naik ruam tu bukan satu hari mau nya berminggu duk rasa gatal dan tak selesa. The worst part is bila mula tak boleh tidor that leads to sakit kepala...
Allergic kali ni lain sikit. Tak pernah macam ni..Ia lebih banyak di kawasan muka,leher dan tangan...Selalunya kat tangan kaki jer sebabnya itu lah kawasan yang terdedah dengan habuk sewaktu I membersihkan kelas hari tu. Agaknya sebab I selsema, tangan berhabuk duk sentuh hidung..Betul lah tu. My face ni dah jadi macam udang kena bakar, merah dan berbedam bedam..leher pun.
Ada orang cadangkan petua orang tua2...katanya lumur garam kunyit..Eee.., tak nak la I buat camtu. Rasa macam ikan kembung lak. Silap hari bulan di suruhnya I masuk dalam minyak masak tak ke jadi ikan goreng nanti...'Ikan Buntal Goreng'? Gelak laa, awak tak rasa tak tau....
Lagi baik I stick to 'claratyne' or 'clarinese'...Betul kan Dr. Seri?
Tapi itu lah hakikat yang terpaksa I hadapi sepanjang hayat I ni..Dah lapan tahun begini. Bermula semenjak I dapat sumbangan darah 8 pints atas sebab2 kecemasan dulu. Alhamdullilah kalau dibandingkan dengan dulu now dah ok sikit ni..Dulu sampai dapat MC kalau allergic menyerang...Hrmm, ke lebih baik gitu?? best jugak dapat MC ni...I wonder????

Saturday, January 10, 2009

Merah, Biru, kuning, hijau.....pink mayb???


Do you know that you can read someones personality just by their favorite colour....Watch out, people can read you like a book..Bila tanya, katanya dia suka merah..tak tanya pun tahu sebab segala yang sewaktu dengan nya memang sah merah..merah itu, merah ini....Begitu jugak yang meminati warna lain..memang sah camtu jugak!
Merah simbol berani, lambang darah. Sah ada keturunan pendekar ni. Merah juga menandakan dia seorang yang sukakan lime light..someone that likes to be notice, all the time..You r a good leader if ur colour is red. Red is passion.... a very passionate lover....Sometimes those who love this colour can be persuasive too..And I heard they say that red lovers are a good hunter but never meant to keep their game....In another words, seorang yang tidak setia gitu....Is this true?? Nasib baik laa bukan kita...
Ada yang suka Biru...Sejuk dan mendamaikan..Slow and unpredictable! like to keep their feelings inside...low profile and sometimes they are known as the boring type...well, not me either!
Yellow? This is the sensitive kind of creature.This type of people needs extra attention..The manja2 type and childish at times...U never know what is in the yellow lovers mind coz they r good pretenders..The best part is they can be loyal friends and someone to turn to...I pun suka this colour but I am not manja k..
What about green?? Well, of course it goes well with jealousy and hard headed! Degil!..but, they are considered hardworking and always aim high..They will do whatever it takes to get what they aim to get...and most of the time success is with them. So, for sure this is not my colour..
Last but not least...PINK? Heheheee...Tak kan nak buka pekung di dada kannnn???Its for u to guess what pink people are like and for me to enjoy the most beautiful colour on earth..Dah favorite kita nak buat camna....

Thursday, January 8, 2009

Anugerah tanpa pingat

Macam macam....
'Papan' gelaran bagi kawan ku yang sangat kurus.
Ada orang tu di gelar 'Nyamok' sebab kalau bercakap tak tahu hujung pangkal..
Adik ku dapat gelaran 'Acong' sebab rupa dia sebijik macam berketurunan tionghua
Ada orang tu dipanggil ' MatBata' sebab apa aku pun tak tau..
Ada jugak yang dipanggil 'MatJuta' sebab projek dia tak ada yg kecik2..semua mega
Orang tu dapat gelaran 'MatYaman' walau pun nama dia bukan Yaman...
Ada yang dapat gelaran 'Syed' tapi bukan keturunan dari arab pun..
Ada lah seorang yang ku kenali, hehehe....(nak ketawa guling guling nih.)
Kata nya dia di kenali sebagai..............DEV ANAND..Wah, Kelas gitu u!!!
(Dev, jangan marah..kalau marah2 nanti dapat gelaran 'Prem Chopra'...Kwang, kwang, kwang)

U n U n U are just the same..

If Hypocrites glow in the dark, I don't need to pay for the electric bills any longer...I got enough lights already...So will u please stop being one of those..............

Wednesday, January 7, 2009

Jangan tak ada...

Buku ringkasan mengajar..
Sukatan pelajaran..
Beg alat tulis..
Pen merah.
Kesabaran....

Hset?
Jam tangan?
Air minuman?
Oxygen?
Sokongan?
Penghargaan?
Ingatan?
Kasih sayang?

Kami jugak lnsan biasa..

"To err is human, to forgive is divine"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...