Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 31, 2019

Banyak sungguh soalan.




Hari ni hari menjawap soalan.
Tak ada apa nak disorokkan pun.
Kenapa nak sorok?
Ni bukti saya ikhlas, segala nya yg benar.
Terima kasih kerana bertanya.




Betul, ini lah saya yg terkini.
Mereka panggil saya Hani, Nie, Ning, Mummy, Kaklong, 
Ciksu, Toksu, Ciknin, Toknin, Kaknie, Aunty, Ticer.
Setiap panggilan itu ada tempat tertentu di hati saya.
Saya seorang wanita di usia 58+, dua bulan lagi 59 lah.
Dah tua dan sentiasa menerima tua itu seadanya.
Saya pesara guru.
Bersara atas pilihan, dah lama dah bersara.
Saya seorang ibu pada 5 orang cahayamata.
Seorang mertua pada 3 menantu
Seorang nenek pada 6 cucu.
Ya, saya seorang balu yg kematian suami setahun lepas.
Adik beradik dan ipar duai saya ramai.
Anak2 saudara tak cukup jari nak kira.
Belum kira cucu sedara lagi.
Ramai.
Keluarga saya besar. Sangat besar.
(Saiz pun besar besar...hehehe, jgn marah nanti kena jual)
Saya sayang setiap orang dalam keluarga besar ni.
Mereka lah sokongan moral dan penguat semangat saya.

Hobby?
Saya mewarisi bakat seni dari arwah ayah saya.
Maka kegemaran saya berkarya dan arts/craft.
Saya suka benda2 cantik, kemas dan ada nilai seni.

Personaliti?
Saya ni pemalu bagi orang yg tak rapat dgn saya.
Saya tak reti nak break the ice.
Kadang tu orang anggap saya sombong, tu kalau belum kenal lah.
Bagi yg mengenali saya tau saya ni kuat gelak, suka melawak. 
Outgoing and bubbly.
Saya berkawan dgn semua orang yang nak berkawan dgn saya.
Tak pilih bulu.
Laki perempuan tak kisah, janji menghormati status persahabatan.
Saya suka makan.
Tapi sekarang dah kena pilih makanan.
Dah tua2 ni kena jaga.
Demi kesihatan.
Suka masak. Sangat2 suka.
Lagi suka masak kalau ada yg makan.
Suka jamu orang sekeliling.
Suka ajak orang makan.

Kelemahan saya?
Banyak. Teramat banyak.
Saya pemboros.
Nak, saya beli tanpa fikir panjang.
Saya rasa saya ada sedikit ciri OCD kot.
Semua benda saya nak kemas dan teratur.
Anak cucu paham sgt cuma kadang2 tak larat nak keep up dgn saya.
Siang malam saya mengemas, dari muda sampai ke tua.
Tak puas hati kalau org lain buat, mesti nak baiki jugak.
Nak betulkan jugak.
Saya kuat membebel, tau tu tapi dah saya macam tu...hehehe
Banyak la kekurangan saya kalau saya nak senaraikan tak kan habis.
Tapi saya rasa kelemahan dan kekurangan saya yg paling ketara ialah
Saya mudah percayakan orang maka acaplah saya ditipu.
Kesiankan orang tak bertempat. 
Tapi jangan tak tau, 
Saya payah nak lupakan perkara2 yg pernah melukakan hati saya.
Pendendam? Mungkin.
Saya maafkan tapi tak lupa sampai mati.

Apa lagi nak tanya?
Saya orang biasa biasa.
Tak berpangkat atau berharta.
Kuli gomen yg hanya mengharapkan pencen.
Harta yg ada hanya lah anak anak.

Impian saya?
Tak ada impian dah.
Go with the flow.
Menerima ketentuan dari Tuhan dgn redha.
Dah byk sgt dah ujian dan dugaan yg saya lalui,
malas dah nak bermimpi mimpi ni.
Buat frust jer.
Lebih baik begini.
Hadapi segalanya dengan sabar dan tenang.
Cuba.
Masih mencuba.
Ok, dah kenal saya kan?
Ke ada lagi persoalan?

Lupa pulak...
For your information...
Saya menulis di blog hanya suka suka.
Dairi kehidupan saya.
Terima kasih kepada yg sentiasa ikuti perkembangan saya.
Tak ada niat lain selain untuk kongsi pengalaman hidup.
Di sini ada saya dan keikhlasan saya.
Terimalah saya dan penulisan saya seadanya.
Wassalamualaikum.

Tuesday, July 30, 2019

Opss....lesen dah lama mati, padan la berbau..

Sejak dapat lesen memandu berpuluh tahun dulu,
saya dan kereta berpisah tiada
Memang sentiasa memandu.
Jadi drebar
Hulu hilir , kemana saja saya tak pernah susahkan orang lain.
Stering di tangan saya, suka hati saya nak memandu kemana
Nak laju ke perlahan ke tepuk dada tanya selera.
Memandu dlm bandar tu biasa lah.
Kalau memandu di kota raya, bandar besar atau ibu kota, saya main redah saja.
Sesat? Biasa.
Tak jumpa hala tuju? Pun acap macam tu.
Dulu mana ada waze ke, gps ke...
Ikut peta atau gerak hati saja
Seronok juga sesat ni
Dapat tengok kawasan, tau jalan baru.
Saya memandu di semua negeri di malaysia.
Sewaktu menetap di London pun saya memandu.
Di Ireland pun saya memandu.
Kalau lintas sempadan di Pekan Golok tu biasa la..
Ya, pernah disaman kerana melebihi had laju.
Acap sangat dah.
Tak serik serik.
Kalau memandu jarak jauh memang mengumpul saman.
But lately dah insaf, berhemah dah.
Saya selalu pesan kat anak2..
Bawa kereta hati hati jangan laju sangat.
Alert like me.
Focus like me.
Speeding? That, never drive like me!

Hahaha...Dont underestimate a woman behind the wheels.
Especially this grumphy old lady.

Pesanan buat JPJ.
Baru perasan lesen saya dah tamat tempuh..
Jap lagi nak gi renew.
Sib baik tak kena saman!
Ampunnnn.....


Monday, July 29, 2019

Tak ada markah

Tak sedap
Makanan tak sedap
Minuman pun tak menepati citarasa
Layanan ke laut
Presentation entah hapa hapa.
( Ada ke fish n chips di bagi sudu garpu?)
Harga tak mahal tapi x berbaloi cuba.
First n last

Serik
Kalau nak serve western food, biar betul2 western.
Kalau tak pro, baik tak yah.
Baik jual nasi lemak jer.


Sunday, July 28, 2019

Tua macam kita...

Betul juga kata kawan saya.
Kita ni bila anak2 dah dewasa,
Kerja pun dah pencen,
Kudrat dah surut,
Kehendak dah menipis,
Tidur pun tanpa mimp indah lagi dah.
Terjaga di dingin subuh hanya terlintas..
Alhamdullilah, hidup lagi aku pagi ni.

Apa lagi yg ada buat kita?
Apa lagi keseronokan hidup yg bersisa?
Ada?
Ke dah tak seronok hidup, ingat nak mati saja.
Mati ni, kita nak ke tak nak, tetap datang juga.
Tak payah tunggu..
Bersedia yg macam mana?
Amalan nak di bawa dah cukup?
Tobat ke belum?
Dosa bertimbun tuh.
Mungkin juga kita belum mati sebab Tuhan nak bagi kita masa untuk berubah.
Kalau muda dulu kita leka, sekarang kita lebih peka.
Kalau dulu fikir pasal nak kumpul harta saja,
Sekarang kita mula lah cuba kumpul pahala.
Saya ni pandai cakap saja...
Niat tu memang lah nak yg baik baik saja.
Sedang mencuba, masih mencuba..
Esuk...
Kalau pun nafas terhenti,
Nyawa sudah tak berbaki,
Dah tak boleh buat apa dah..
Pulang saja lah ke ribaan Pencipta
Mengharapkan keampunan kerana
Dia maha pengampun...

Saturday, July 27, 2019

Saja saja nak cerita.

Kan dah cakap,
Kalau nak snap photo tu tunggu kita ready dulu.
Tunggu kita tgok kamera.
Tunggu kita senyum.
Ini tidak,
Main terus snap.
Lain kali bilang satu dua tiga dulu tau!
Aiseymannn.....
Maka ni la hasil nya.
 Yang ni baru betul
Kan sempat senyum biar pun senyum kurang manis.
Dah tawar perencah perasa semua dah terhakis oleh usia.
Tak kisah lah, janji happy.
 Ni sedara saya.
Kami ni selain sedara, rapat sejak kecik.
Kawan sepermainan pun.
Tempat mengadu.
Dulu masa kami kanak2,
Sekejap baik sekejap perang.
Sekarang tak mcm tu.
Dah dua2 pun tua, musim sudah berubah.
Kami ni sedang tunggu mak saya dan kakak2 saya.
Nak pergi jengok cucu saya di rumah besan.
Cucu baru...ikut hati nak pergi hari hari.
Ni satu lagi....
Tangkap gambar tak warning dulu.
Kita tak ready jugak.
Sokmo gitu...
Kenapala suka sgt ambik gambar candid nih?
Mujur model tua, tak ready pun hentam saja lah.
Sebenarnya kalau ready pun lebih kurang saja, tetap model purba.

Yes!
Kan lebih baik macam ni..
Sempat la posing sikit.
Bestnya dapat posing dgn cucu baru.
Tapi tak nampak wajah cucu pulak.
Ish, jurukamera ni nak kena ni..
Ni aktiviti tetap kalau ke rumah besan.
Makan makan.
Tak sah kalau tak makan.
Ok, stop di sini dulu.
Hari ni saya update blog tanpa tajuk khusus.
Janji update seperti selalu.
Hahahahaa......
Tq kerana sabar membaca.
I lab U.

Friday, July 26, 2019

Muafakat membawa berkat

Sehari suntuk duk jejaki pejabat2 tanah yg berkenaan.
Perkara sepatutnya mudah saja tapi
Jadi payah tu sebab dokumen yg diperlukan tak lengkap
Banyak benda perlu di kumpul.
Kena cari dokumen yg missing
Yang hilang perlu di ganti dulu
Check dan check..
Mujur lah akhir nya siap bahagian pertama.
Esuk2 akan ke bahagian ke dua pula.
Semua ni kerja wajib.
Dah lama sgt tertangguh.
Harapkan orang lain urus, entah bila sudah nya.
Jadi saya serah pada  my elders son untuk buka langkah pertama.
Mujur lah anak2 pakat bantu mana yg patut
Menguatkan jiwa saya.
Membantu memudahkan lagi urusan ni.
(Credit to my doter too for making things easier)

Esuk esuk
InsyaAllah kami akan terus sempurnakan pasal ni
Wajib.
Bukan mudah tapi kena buat juga.
Pesan saya pada yg belum berada dlm situasi saya.
Pasti satu hari awak akan hadapi juga kalau panjang umur.
Soal harta pusaka ni ambik masa.
Byk perlu disediakan.
Jadi,
Sebelum kita mati, kita sediakan segala fail harta pusaka.
Letak tempat yg selamat.
War warkan kepada waris di mana supaya senang nak cari.
Dan yg paling mustahak...
Sentiasa jelaskan siapakah yg diwariskan harta2 itu.
Senang kalau dah tahu awal2.
Dalam kes saya ni mujur lah arwah dah selalu duk sebut2
Siapa akan dapat yg mana..
Terang dan nyata.
Bila semua orang dah setuju dan sedia maklum.
Tak ada masaalah.
Bersesuaian dgn kita beragama islam,
Ikut faraid.
Dan bila semua waris bersetuju seia sekata..
Arwah tenang di sana kerana insyaAllah kehendak dia kami turuti.
Settle bab tu.
Sekarang hanya buat ikut prosidiur, satu satu.
Sekarang baru peringkat kumpul dokumen.
Semoga Tuhan permudahkan urusan seterusnya.
InsyaAllah.
Terima kasih atas sokongan mak mertua, ipar duai dan anak2.
Terima kasih kerana tidak memayahkan.
Terima kasih Tuhan.

Thursday, July 25, 2019

Nak mengadu

Tau dan yakin
Hanya Allah sebaik tempat mengadu.
Sentiasa mengadu pada Dia.
Tapi
Sebagai manusia yg byk kelemahan,
byk kekurangan...
Ada ketikanya,
hati nak mengadu pada sesama insan.
Boleh pandang ke dalam mata
Boleh menangis bersama
Bukan untuk selesaikan apa yg kusut,
sekadar nak telinga yg mendengar.
Nak rasa ada yg ambik peduli.
Tu aje....
Tapi takper lah...
Dah tak ada tempat mengadu ni,
Mengadu pada blog pun boleh.
Nama pun blog, tempat bercerita kannnn.
Ok, hari ni nak mengadu satu jer.
Duhai blog,
Aku ni sedang lapar tapi dah dekat 1 pagi ni.
Tak eluk la makan waktu ni.
Lagi pun malas nak masak, kotorkan dapur.
Perut asyik signal nak mogok jer..
Haduhhh...patut makan ke tidak?
Peti ais dekat jer tuh...
Hai la perut.....

Wednesday, July 24, 2019

Pantai Irama Bachok

Di sini ada sesuatu yg best.
Cendol.
Laksa penang.
Sedap sungguh, tak tipu.
Saya share foto food truck tu
Sepasang suami isteri berniaga
Ramah dan pandai ambil hati pelanggan
Cendol dia.....best in the world.
Yang steamboat tu sos dia sedap.
Memang tak nyesal cuba baru ni
Sekali cuba bila dah tau sedap,
acap la singgah.
Nak tau betul ke tidak cuba singgah.

 Perhati betul2 food truck tu
Jangan silap pilih pulak
Dia sediakan bangku duduk2 makan2 tepi benteng  ngadap laut cina selatan.
Di bawah bayangan redup pohon rhu.
Memang tenang jer.

 Ni pilihan fishball, dan mcm2 lagi
Serta sos merah yg pekat
Murah, rm1.50 sebatang.

Saya iklan free ni.
Bukan apa, bila sedap kena lah share.
Semoga Tuan punya perniagaan murah rezeki
Berkat mereka rajin dan jaga kebersihan
Pelanggan pun suka makan sini.
Semoga Tuhan berkati titik peluh mereka dlm usahakan food truck ni

Tuesday, July 23, 2019

Siapa makan cili, dia terasa pedas..

Pedas tak?
Pedas baru sedap.
Saya suka lebih cili, lebih pedas, lebih ump!
Keluarga saya semua suka pedas2 walau kami pure kelantanese.
(Selalunya org kelantan dikaitkan dgn makanan manis2 saja)
Ni kebun cili yg diusahakan oleh adik ipar saya.
Sebagai hobby saja.
Suka suka sambil tu boleh juga makan cili hasil titik peluh sendiri.
Nak kata free tu tidak lah sbb byk modal yg dikeluarkan.
Kena beli peralatan dan upah pekerja.
Kos agak tinggi tapi
Pulangan nya menguntungkan.
Alhamdullilah.
 Sekarang cili dah matang, dah boleh dijual.
Pekerja akan kutip cili dan dibawa ke pasar borong.
Jual murah2 saja, janji habis.
Memang habis pun
Seronok.
 Adik beritau bila habis musim ni dah tak nak tanam dah.
Nak cuba tanam tanaman lain pulak.
Nak tanam apa ya...
Kaklong rasa eluk tanam melon.
Sebab kaklong suka melon..Hahahaha!
Tanam apa cepat dapat hasil?
Apa yer....
Jap kita pakat pikir.
Tu yg ber Tshirt putih kat belakang tu adik ipar saya lah tu.
Kami posing depan kamera jer, buat2 pungut hasil.
Walhal pekerja yg buat..
Dik, tak gi main golf ke pagi ni?
Dah duk dalam kebun cili ni nampak macam tokey sayur kat Cameron la pulak.
Saya nampak macam apa?
Macam buruh asing, pendatang tanpa izin tuh.
Haduhhh....hentam jer la.
Janji happy

Monday, July 22, 2019

Cucu.

Luruh segala duka.
Terusir sepi seketika
Hadir mu
Bersama beribu restu
Bersama berjuta doa
Semoga bawa berkat buat kami
Semoga murah rezeki 
Semoga dirahmati

Sunday, July 21, 2019

Friday, July 19, 2019

40 hari

Halia
Kunyit
Lada hitam
Tiga bahan wajib
Menu orang dalam pantang
Yang baru jadi ibu mana tau.
Jangan kata tak sedap, sedappppp!
Menu untuk menantu.
Saya masak seperti mertua saya masak untuk saya dulu.
Nasi panas2 letak daging goreng halia,kunyit dan lada hitam di atas.
Nasi berasap, bau daging semerbak.
Sayang sekali makan tak leh bertambah.
Kalau ikut hati, hari2 mcm ni pun takper
 Ibu dan anak
Semoga cepat sihat..
Berpantang makan tu biar betul.
Kena makan buah jugak,
Sayur jugak.
Kena balance diet tuh.
Kalau yg bisa kita jauhkan..
Yang sejuk2 kita hindarkan..
Yang berangin tak payah..
Biar luka cepat sembuh.
Biar perut tidak kembung.
Biar air susu lancar.
Biar baby tidak meragam.
Baby baru 2 hari.
Tau nangis dan tido saja.
Menyusu pun belum kena teknik.
Asyik lapar saja.
Ibu baru perlu bimbingan.
Takper, belajar pelan pelan.
Nanti ok jer.
Untuk Si bapak nya...
Kamu dah jadi ayah manusia.
Pandai pandai la besarkan anak
Be a good provider.
Be smart
Be there for your son, always.
Tengok arwah papa kamu,
Seorang papa yg terbaik.
Kamu perlu jadi lebih baik.
Juga untuk isteri kamu, jadi lah suami yg terbaik.
Bukan senang nak keluarkan seorang manusia dari rahim nya.
Pengorbanan dia kamu kena hargai.
Jaga kebajikan mereka berdua.
You make them happy
You make me happy son.

Thursday, July 18, 2019

Terjebak penyakit ni...



Semua ni tak betul
Kesan edit
Boleh jadi apa saja, tua ke muda.
Yang realiti nya hanya satu
Ni, foto last ni
Kat bawah ni
Ini lah empunya diri yg sudah di mamah usia
Kedut sana sini
Tua.
Dulu muda2 pun hodoh sekarang makin hodoh dan
 esuk2 entah buruk macam mana tak tau lah.
Tak kisah.
No problem.



Wednesday, July 17, 2019

Mak Long

Tadi visit Mak Long.
Lama sungguh tak jumpa dia.
Dia dah house bound, uzur sangat.
Dalam rumah pun tak mobile mana
Setakat duduk sekejap2 depan tv dan byk baring.
Terketar ketar.
Parkinson.
Tapi penglihatan masih baik
Masih kenal saya.
Masih ingat saya.
Alhamdullilah.
Masa kecik2 dulu kalau cuti sekolah saya ke rumah dia di Datuk Keramat
Rumah dia dekat lombong.
Seronok main lombong dgn cousins.
Sekarang Maklong balik duk di rumah arwah nenek.
Berdua dgn AyahSin suami dia.
Ayahsin takes care of her like a princess.
That is pure love.
Kagum tgok kasih sayang seorang suami.
Urus keperluan isteri yg sakit.
So loving.
Nice couple.
Maklong, I 'll come again next time insyaAllah.
Semoga Maklong dan Ayah sin di panjangkan usia dan
dipermudahkan segala urusan.
Aminn.


Tuesday, July 16, 2019

A bundle of joy

Rakyat baru dalam negeri ku
Rakyat termuda
Baru 6 jam
Welcome to the family dear grandson.
Soon you will get to know us
I am your grandmummy.
Your cousins see me as a monster with firely head.
Soon you will have an equal share of my daily tazkirah.
Your anuties n uncles see me as a hard to please mum.
But I am sure you will disagree with them coz u can please me in everyway possible.
Look at you.
With your eyes shut u already melts my heart.
That small nose
That sagging cheeks.
I love you cucu.
Dont grow up too fast.
Be a baby with the baby smell and the baby smile.
Luv it luv it luv it

Monday, July 15, 2019

Sakit itu rahmat

Menanti orang baru
Rakyat baru dalam negeri is on the way.
Semoga Tuhan permudahkan.
Semalam masuk wad, sakit dah sikit2
Ni katanya masih sakit ,makin sakit.
Jap lagi nak ke hospital.
Moral support.
Sabar lah anak...
Nak luruh dosa bukan senang.
Sakit itu rahmat.
InsyaAllah segalanya akan selamat.
Grandmummy tak sabar dah nak tengok cucu baru.
Cepat laaar...cepat larrr....
Yg menanggung sakit nya seorang,
Yang excited nya ramai..
Mak2, pak2 sedara sibuk duk suruh update
Nenek dua belah pihak pun kalut..
This is happiness!
Lailla hailla anta
Subhanaka inni
Kuntum minazzolimin..
Nabi ayub dalam perut ikan lagi Tuhan permudahkan dia keluar.
Inikan seorang bayi yg mahu melihat dunia.
Dengan izin Nya, insyaAllah.
Jom pakat doa.

Sunday, July 14, 2019

Setuk angin..

Geram
Marah
Terasa
Soal hati bukan boleh di buat buat.
Rasa macam tu boleh bawa ke peringkat kedua.
Tawar hati
Merajuk
Undur.
Dan seterusnya jadi....
Putus ikatan
Terlerai hubungan
Kawan jadi lawan.
Sedara berpatah arang.
Cerai berai.
Dendam
Bermusuh dalam diam.

Ikhlas cakap itu yg saya rasa.
Terhina.
Kehadiran seperti tidak diperlukan.
Kehadiran tak semestinya bersua mata,
Tegur, orang buat derkkk, bukan sekali, acap wei!
( Rajin sgt hadir tu kenapa? Sapa suruh?)
Terhegeh hegeh mcm la saya tak ada kerja lain.
Hadoiii...berasap kepala.
 Tapi semenjak saya dah tua ni, tak berbaloi dah ikut perasaan.
Malas dah nak berkudis dengan tindakan orang.
Walau hati koyak rabak,
Tetap sabar, cuba sabar.
Berkali kali memaafkan orang hanya untuk tidak kehilangan.
Siapa tak sayangkan kawan, byk kenangan bersama.
Sayang sokmo sokmo walau hati sering cedera.
Rindu masa lalu walau tau mustahil dah nak diulangi.
Sisa usia yg ada sedikit ini tak nak lah bermusuhan.
Orang suka, alhamdullilah.
Tak suka tak apa.
Orang sayang, kita laaaagi sayang.
Orang benci, kita tak benci pun.
Nak hadir dalam kehidupan saya, saya terima seadanya.
Nak keluar, pintu sentiasa terbuka.
Tak ada sistem paksa.
Yang penting, Tuhan masih sayangkan saya.
Lantak lah orang nak cakap apa, buat apa pun..
Tetap tenang hadapi segalanya.
Hadam jer dan anggap semua tu tak penting.
Kalau difikirkan buat stress tak pasal pasal.
Biarkan luncai terjun dgn labu nya.
Orang kelantan cakap...
" Malah nok basso!"
Nota kaki : Bedil mana bedil? Beraso nak tembak orang jah ni.

Saturday, July 13, 2019

Sakit sikit saja.

Selalu pun macam ni.
Kalau tak sihat sikit, tekanan darah cepat turun.
Pastu mula la rasa pening, berpeluh peluh dan mcm confused gitu.
Kena baring, kalau paksa diri bergerak sana sini rasa nak pitam.
Pernah pitam pun.
Bukan penyakit baru ni, zaman sekolah lagi..
Saya lah juara pitam kalau assembly lama sangat.
Kalau berjemur di padang tengah panas, sukan ke, saya la yg rosakkan majlis.
Sampai sekarang kalau jumpa kawan yg berpuluh tahun tak jumpa,
Ayat mukadimah mereka mesti lah..
"Ohh, hani yer...ingat ingat lagi..yg selalu pitam tu kan?"
Takper lah sekurang kurangnya ada trademark.
Hani si kurus pucat yg suka pitam!
La ni tak kurus dah..
Pucat pun kurang dah...
Hanya pitam tu yg sekali sekala ada.
Kelmarin ni tekanan darah saya..
Tido sepanjang hari.letih.mual.
Anak2 suruh makan, mana boleh makan asyik nak muntah jer.
Makin tak makan makin susah tekanan darah tu nak stabil semula.
Mujur pagi ni rasa lebih baik dari semalam.
Syukur, Tuhan bagi uzur sekejap saja.
InsyaAllah hari ni kena qadha kerja2 tertunggak.
Dalam otak duk berkira kira, cerah tanah nanti kena buat ni, ni ni....
Sehari tergendala kerja cukup buat saya resah.
Ni baru kul 4 pagi, sambil tunggu subuh nak ngemas dapur dulu.
Ok, bye....Happy boleh berkhidmat semula hari ni.
Lalalalalala......

Friday, July 12, 2019

Salah makan

Hari ni takleh tulis panjang panjang.
Perut meragam.
Memulas
Penat ulang alik ke toilet.
Dah...dia datang lagi.
Adoi mak, sakit nya.
Bersambung..

Thursday, July 11, 2019

Sepatutnya beli dua.

Beli specs harga rm10.
Ya, rm10.
Saja saja beli.
Tua tua ni pakai specs rm10 ke, specs branded ratus2 ke, sama jer.
Tak penting mana dah tentang harga
Tak merubah apa apa
Anak saya komen
Tak malu ke pakai specs beli tepi jalan?
Malu apa nya...
Macam mummy ni kalau pakai specs branded asli pun,
Orang anggap pakai yg fake, yg rm10.
Baik terus pakai yg fake.
Lagipun pakai specs apa pun,
Kalau muka 10sen, tetap 10 sen.
Kalau hidung senget tetap senget.
Kalau pipi melayut tetap melayut.
No difference at all.
Kan?
Ok, bagi saya cantik jugak specs ni...
Kejap pakai, kejap tgok cermin..
Cantik tak specs? Sesuai tak dgn muka?
Hentam saja laaaar
Jom, kita gi jalan jalan dgn specs rm10.
Opsss....apasal longgar dah sebelah kiri ni..
Tercabut screw?
Takper, rosak pun tak kisah.
Pakai sekali cukup.
Padan dgn harga, tak rugi apa apa pun.
Menang membeli alah memakai.
Biasa lah.

Wednesday, July 10, 2019

Amaran: Berjaga jaga

Rasa nak tergelak pulak
Habis seluruh jajahan takluk saya berjaga jaga.
Semua orang dalam mode 'AWAS!'
Siap plan A dan plan B
Kes apa?
Hahahaha...jap nak sambung gelak sekali lagi.
Hahahahahahahaaaa...!
Gini cerita nya...
Menantu saya preggy, dah sampai bulan,
 malah dah lebih due, overdue.
Kami semua ternanti nanti, sulung la katakann..
Mata duk perati dia saja...
Kot kot ada tanda2 sakit nak bersalin.
Marin tu lawak sungguh.
Anak saya bisik kat telinga saya.
"Mummy, I think my sister in law is hiding her tummy ache"
Meaning dia agak kakak ipar dia ada contractions la kot.
When I asked her, she told me that she is fine, just too tired to move around.
Memang la dia nampak mcm dah tak larat nak bergerak pun.
Si suami which is my son dah siap cuti tak gi kerja.
Saya perhati mak buyung tu diam diam.
Acap nampak keluar masuk tandas.
Nampak macam resah jer..
Well this is what we should do if she goes into labour.
Siap briefing kat semua anak negeri..
Atur tugas dan what to do and what not to do.
Anak saya yg belum mandi, cepat2 gi mandi, kot2 nak ke hospital jugak.
Ready dgn beg telekung dia, power bank dan keperluan jaga pesakit.
(Brg newborn dah lama masuk dalam bonet kereta.)
Anak yg duk jauh dah sibuk wassup, duk tanya perkembangan.
Excited giler.Happy. Nak dpt anak sedara baru.
Bunyi azan jer, semua berebut wudhuk, solat tak bertangguh.
Preparation utk up and away ....ready, siap siaga.
Saya pun risau gak, mana tau dah sampai masa kot.
Dah call sedara dtg tgok2kan rumah bila saya ke hospital.
Dah call overtime nurse dtg jaga anak saya yg sakit tu
Dah well prepared...
Tunggu.
Perhati
Dup dap dup dap....
Sekali mak buyung cakap....
Alah mummy dont rush...
Sakit perut salah makan jer ni...
Memulas dan tu pasal ulang alik ke toilet.
Laaaaaaa......
kita orang punya la ready nak angkut dia ke hospital
Frust jugak sbb ingatkan mlm nanti dah boleh tgok mata cucu baru.
Ok....penantian itu penyiksaan.
Wait.
Still waiting.
Semoga Tuhan permudahkan.....


Tuesday, July 9, 2019

Isi masa lapang

Kelas bahasa arab.
Khas buat makcik2 pencen.
Jadi anak murid semula
Seronok.
Ulang2 pelajaran sama.
Asyik lupa.
Otak beku.
Tak apa lah,
Hadam sikit2 sehari.
Entah sempat habis silibus ke tidak.
Kot usia terlebih dulu tamat.
Tak sempat khatam.
Tak apa.
Mati dlm belajar.
Puas dapat juga ilmu baru.
Muda2 dulu sibuk, byk komitmen, tak ada masa.
La ni masa ada tapi kudrat pula kurang.
Sel otak kurang berhubung kot.
Tak jadi masaalah...
Semoga cikgu sabar dgn kerenah kami org tua2 ni.
Byk soal, payah paham dan sentiasa tak ingat.
Dah tu sibuk berselfie dlm kelas.
Cikgu buat tak nampak jer
Agaknya malas dia nak kata apa pun.
Sorry cikgu.....
Kami ni masa sekolah dulu 'back benches'
La ni pun macam tu lah...
Habits die hard.


Sunday, July 7, 2019

Semoga tak apa apa..

Semenjak dapat tarikh appointment dari hospital,
saya tak senang duduk..
Dup dap dup dap saja hati ni..
Begitu lah, setiap kali perlu bawa dia ke hospital
saya jadi risau...
Saya tak nak dia di usung kesana sini
Tak nak dia tak selesa...
Kadang2 prosidiur di hospital tu sampai berjam jam
Sehari suntuk pun pernah..
Kesian dia terbaring saja begitu..
Rasa nak cepat2 bawa balik dan kembalikan dia
ditempat yg tenteram, di bilik dia semula.
Stressful sungguh.
Tapi nak buat macam mana kan, dah terpaksa.
Wajib.
Demi kebaikan dia juga.
Maka pagi ni, sekejap lagi ambulance akan datang.
Nurse peribadi dia akan iringi dia ke hospital.
Segala persiapan dia dah disediakan malam tadi lagi.
Harap2 segala urusan dia dipermudahkan.
Cepat siap dan cepat boleh pulang semula ke rumah.
Tolong doakan dia ya....
Ja, sabar k...
Sekejap jer.
Mummy tau Ja tak selesa tapi dah terpaksa.
Nanti ramai kawan2 Ja akan jengok Ja di sana.
Mereka suka sgt jumpa Ja semula.
Hospital tu tempat kerja Ja dulu
Anggap la Ja bertandang bertemu muka dgn rakan sekerja.
Mereka sentiasa mendoakan Ja.
Semua orang pun begitu...
Tuhan jaga dia...

Saturday, July 6, 2019

Tak sakit dah

Tak sakit gigi dah.
Terima kasih pada yg share tips utk hilangkan sakit gigi.
Tak yah gi klinik , boleh kiv dulu.
Ada orang tanya saya,
mana lagi sakit, sakit nak beranak ke sakit gigi?
Hmm...
Bagi saya yg penakut ni...
Jawapan saya tentu lah sakit gigi laaaagi sakit.
Melahirkan sorang manusia pun sakit.
Sakit tak serupa sakit gigi.
Entah lah, dua2 sakit ....
Tapi
Ada yg lebih sakit dari dua kesakitan ni.
SAKIT HATI.
Kan?
Bila hati disakiti, ingat sampai mati.
Ingat macam mana cara hati di gores
Ingat siapa yg menggores
Tak lupa.
Sakit hati tidak kan sembuh.
Kalau sembuh pun tetap ingat.
Jadi kalau di beri pilihan nak sakit apa, nak pilih yg mana?
Opss..! Sakit bukan pilihan laaaa, sakit itu ujian.
Ujian yg menipiskan dosa dan memberikan pahala jika redha.
Redha jer lah.
Kelmarin sakit gigi satu hari bad mood.
Redha ke macam tu?
Haishhhhh!


Friday, July 5, 2019

Tolong laaa

Aduh mak sakit nyer..
Rasa2 esuk makin sakit
Lusa sah menggelupur sakit.
Jangan suruh saya jumpa dentist.
Takooooooot!
Selagi boleh tahan saya tahan.
Kecuali bila sakit dah nak pecah kepala,
baru saya gi ngadap dentist lah
Nak buat camna ni selain cabut?
Cabut gigi tu last sekali..
Sebelum tu tolong laaaaa
Apa nak buat?
Ubat apa?
Kalau boleh nak yg boleh sembuh terus.
Hari ni baru mula sakit berdenjut dan ngilu yg amat.
Gigi geraham yg tercabut tampalan.
Berlubang.
Please please please.......
Ubatkan gigi saya ni...
Kalau dah sakit gigi tak leh buat kerja lain.
Punah mood.
Wahai insan2 yg baik hati, tolong laaaa
Apa ubatnya?
Apa penawarnya?
Jgn sebut klinik pergigian.
Tu saya pun tau tapi
TAKOOOOOTTTTTTTTTTTT!

Thursday, July 4, 2019

Jawatan tetap

Tanpa pencen
Tanpa gaji
Dari muda sampai ke tua
Mungkin juga sampai akhir nyawa
Atau bila sakit dan kudrat surut
Baru boleh berhenti

Siapa suruh kerja?
Siapa paksa?
Ish, mana ada....?
Sukarela nih
Hobi.
Tak suka tengok benda bersepah
Tak kira dalam rumah atau luar rumah
Ada maid pun saya buat sendiri
Pembantu bantu mana patut saja
(Nama pun pembantu kannnn)
Tak puas hati orang lain buat
Tak serupa selera sendiri atur susun itu ini
Jadi padan muka saya lah cerewet sangat.
Kan dah kena buat segala nya sendiri.
Takper....Bahagia begitu
Suka bila tengok segalanya tersusun.
Anak menantu tau, cucu pun tau...
Faham benar perangai saya ni..
Cucu cakap...
"Kalau sepah2 kepala grandmummy naik api, macam monster"
Haa...tau takper!

Wednesday, July 3, 2019

Kelas kami

Dah mula semula
Baru ni cuti panjang
Ramadhan baru ni kelas KIV
Kelas bahasa arab kami
Aktiviti kami orang2 pencen
Seronok
Walau otak tua ini payah nak hadam benda baru
Tapi tak kisah
Selain dapat belajar bahasa alquran,
kami dapat isi masa
Dapat kawan baru
Dapat hilai tawa
Dapat kongsi masa tua.

Orang tua ni kalau dah berkumpul
Jadi macam budak budak semula
Dalam kelas riuh
Ini dah lama bercuti, ilmu beku dlm kepala
Kena soal semua ternganga
Sambil tu sempat lagi selfie
Ustazah buat2 tak nampak
Layan jer perangai warga pencen ni
Mujurlah..
Masih sihat untul menimba ilmu
Masih upaya untuk mengisi masa dgn aktiviti sihat begini.
Masih ada sisa usia
Alhamdullilah.

Tuesday, July 2, 2019

Jumpa semula.

Geng bas sekolah.
Tahun 70an.
Zaman berkawan tanpa sempadan.
Zaman tu tak ada internet.
Tak ada unsur2 negatif yg mempengaruhi minda.
Betul2 good friends nothing more.
Alhamdullilah tadi jumpa semula.
Selepas 40 tahun terpisah ruang kehidupan.
Sebenarnya dah lama jumpa semula tapi
hanya jumpa di fbook.
Tak berkesempatan jumpa mata.
Tadi best sangat2, boleh bersua.
Tau aje lah bila geng bas sekolah bertemu, riuh!
Tu pun tak cukup korum tadi tu
Kalau semua ahli kelab ada tak tau laa..
Well, see u again some other time uols.
Panjang umur jumpa lagi insyaAllah.



Monday, July 1, 2019

Memperkenalkan....


Ke dah kenal?
Ini rakyat kaki empat saya.
Yang perangai mcm samseng kg Dusun ni nama nya Pattah.
Pattah ni suka mulakan pergaduhan dgn mafia2 tepi rumah.
Mulakan aje tapi tak cukup kaki lari masuk rumah bila lawan menyerang.
Dulu ada gf nama Pajura tapi gf pun dah dikebas orang.
Penakut! Buat malu kompeni saja lah!

Yang bawah ni pulak Si Owk.
Asal nama Daud sebab ingatkan jantan.
Sekali rupanya kucing betina maka tukar jadi Siti NurOwk.
Panggil Owk cukup.
Dia sangat pemalu dan jarang dengar suara.
Dia tak suka budak budak.
Kalau cucu2 saya datang dia akan menyorok.
Tak suka di belai belai.

Yang dua ni adik beradik
Sangat2 nakal
Suka tangkap betis orang yg lalu tepi mereka.
Anak kucing lagi ni, belum sampai setahun.
Satu tu garang, bunyi mcm rimau kalau kita dekat.
Satu lagi manja suka di riba.
Itu lah Sudu dan Garpu.

Mereka ni sebenarnya kucing jalanan yg saya pungut dari baby.
Dulu kurus, berpenyakit dan hodoh jer.
Sekarang dah sihat, gemuk dan dah gebu.
Cute kan?
Tu baru kucing, belum tgok tuan nya lagi.
Orang kata, if you think the cat is cute, wait till you see the owner!
Kannnnnnnnnnnn...........
Ya tau, terperasan la pulak!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...