Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 30, 2023

Mengemas

Pantang tilik ruang mula terlintas nak ubah kedudukan perabut.
Heret perabut ni ke sana
Heret perabut tu ke sini.

Suka tengok ruang berubah rubah.
Biarpun perabut sama perhiasan sama
Bila dah alih kedudukan tu terasa seperti rumah baru.
Penat toksah cerita la. Berpeluh peluh. Sakit urat tua saya. Tapi demi minat, buat jugak
Puas! Lega! Bersih tersusun itu mendamaikan. Rumah itu syurga duniaku..



Thursday, September 28, 2023

Wat?

Apa yang lebih menyedihkan dari pakai jubah corak sama dengan karpet masjid?
Rasa nak balik tukar jubah lain.
Orang kiri kanan dah gelak gelak dah.
Saya dah hilang fokus dah.
Entah apa ustaz bagi kuliah dah tak masuk dlm otak saya dah.

Nasib baik ustaz tak gelakkan saya jer.
Kalau ustaz turut gelak saya sah bangun dan balik terus!

Siapa AJK masjid?
Please tukar karpet nih!





 

Tuesday, September 26, 2023

Penawar hati

Mereka tau makan berak tido
Semua tanggung beres
Kadang kesian
Kadang rasa nak tembak sekor sekor.
Tapi merekalah yang menjadi penawar duka.
Yang Si Datin ni dah sarat dah..Bakal dapat cucu lah saya dlm masa terdekat ni..agak2 berapa ekor la nanti..bapak nya siapa..entah baka apa..hentam saja la labu.
 
Si Joni ni ada fungus. Terpaksa kena cukur bulu dia. Vet dah sapu ubat dah selepas cukur. Haduhh Joni, kamu tak lawa la bila buat lion cut gitu. Buruk nar!

Wei Jj...kan dah obese. Makan aje kerja kamu ya! Jom kita pakat diet..aku pun gemuk gak. Ini kucing nurun tuan ke tuan nurun kucing nih?

Sunday, September 24, 2023

Takoood!

 

Tarikh yang di tunggu tunggu.
Penuh debaran di dada

Hari ni appointment spital.

Tajuk nya ' Gula'

Bukan dessert, bukan ice cream..

Gula dalam darah.

Ayoyoyooo...Cukup takut nak hadap kenyataan.

Tau takut tapi selera makan tu kemain lagi.

Harap2 hari ni adala berita baik buat saya.

Mana tau nasib baik bacaan gula turun.

Kata orang kurangkan manis dalam darah, biar manisnya di senyuman.

Adeh tua2 ni senyuman pun dah tawar hebeh.

Wish me luck uolsss!

Kalau good fedback dari doktor nanti, keluar jer bilik doktor nak terus gi celebrate.

Nak gi makan makan..Opssss! Ke takleh?

Huhuhuhuhuuuu..! 

Wednesday, September 20, 2023

My sista

Kakakku
Pengganti ibuku
Sudah berusia 70an
Sudah uzur tapi masih mampu bertahan
Kelmarin kami ke taman berdekatan untuk santai santai.
Briskwalking
Dia dengan tongkatnya menapak perlahan lahan
Berpeluh peluh jugak la
Sebenarnya bukan nak exercise sangat walau tau itu penting utk kesihatan kami.
Lebih kepada nak tenang2 tengok kehijauan taman.
Happy kami berdua di situ.
Hibur hati sepi kami
Usir resah yang menghuni dalam diri
Tua dan bersaorangan seperti kami ni
adakalanya kesepian menjerut hati
Rasa macam terabai
Rasa tidak diambil peduli.
Siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang ubati rasa?
Nak mengadu tak bertempat melainkan di ribaan Allah
Semoga kakakku sentiasa dalam rahmatNya. Jom kak, kita pusing trek laluan pejalan kaki ni sekali lagi..Larat tak? Tak larat duduk jer kat bangku tu. Buat exercise mata- tgok orang lalu lalang!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...