Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 21, 2023

Just saying..


 

Akhir syaaban

Esuk lusa dah nak puasa
Kita ke Arra Milk house.
Lunch terakhir di sini, dah puasa nanti aktiviti keluar makan2 KIV dulu lah.
Ajak sepupu keluar lunch. Belanja dia, bukan selalu pun.

Makan berdua lebih sedap dari makan sorang kan?

Friday, March 17, 2023

Thank you

Thank you so much KakYah.
Lama tak jumpa.
Ingat sokmo tapi kekangan masa.



 

Thursday, March 16, 2023

Ning

Dah lama tak bertemu mata dengan kawan saya Ning ni.
Bila tau dia balik kampung saya cepat2 hubungi dia.
Ajak dia keluar 

 Kami berempat semua ni rakan sekelas.
Semua dah jadi mak nenek.
Semua bahagia dengan cara tersendiri.

Syukur Tuhan masih berikan kami kesihatan yang baik.
Bukan tak ada penyakit , ada.
Tapi masih boleh keluar dgn kawan2 dan makan2.
Untuk kali yg keberapa tak leh nak kira dah..memang ini kedai fav kami. Jom kita jamu selera di sini..Bismillah......

Wednesday, March 15, 2023

Punca bahagia






 

Tak sengaja

Kan dah pakai baju terbalik gi post office
Kan dah kena tegur
Kan dah termalu
Kan dah oyak sokmo2
Kan dah pesan
Jangan lorat gaduh
Cool hani cool
Ini tidak
Terkejar kejar
Tu pasal la...

 Kata orang kalau terpakai baju terbalik, ada orang nak bagi duit. Ya ke?

Monday, March 13, 2023

Musim

Kalau dah hampir Ramadhan macam ni lah.
Saya akan beli pakaian, kurma dan yang sewaktu dgn nya untuk di hulurkan kepada org2 yg dekat di hati saya.
Saya beli yg semampu saya saja. Harap2 mereka cikhlas menerima sebagaimana ikhlas saya menghulurkan nya.
Kelmarin beli 3 helai blouse ni.
Cantik kan?
Bagi kat org muda2 pakai lagi cantik.

 Saya posing dulu seround sebelum cuci baju2 tu dan lipat masuk beg plastik. Kira hadiah sempena puasa/raya la ni..Semoga tahun ni raya lebih meriah dari tahun2 sebelumnya..Semoga murah rezeki, sihat dan aman utk berkumpul dgn anak beranak..Aaminn.

Sunday, March 12, 2023

Realiti

Ini lah realiti
Baki usia semakin menipis
Masa depan sudah kurang makna.
Tak perlu dah kejar dunia.
Hidup sekadar kerana masih ada sisa nyawa.
Tak harapkan apa apa
Tak ada benda yang boleh merawat sepi hati tua
Anak menantu dan cucu hanyalah pameran bahagia yang menjadi tirai 
menutupi kesunyian hati ibu tua 
Kawan kawan masih ramai, masih sekali sekala menghabiskan masa bersama.
Tapi hakikatnya tidak ada yg terkesan di hati.
Sepi tetap sepi.

Hidup hanya menuju mati
Menunggu dipanggil untuk pulang ke ribaan Illahi.

 

Thursday, March 9, 2023

Kak Na

Siapa sangka nak terserempak dgn KakNa.
Dah hampir 5 tahun tak tgok dia.
Sooooo happy
Dulu kami ngajar di bawah bumbung sekolah yg sama.
Lama, 15 tahun kami cari makan bersama.
Tup tup kelmarin Tuhan temukan kami berdua
Riuh la Arra Milk house marin!
Byk nak cerita tapi tak tau dimana nak mula.
KakNa, I am so happy to see you again.

 

Wednesday, March 8, 2023

Sumbangan.

Semoga ada yang mendapat menafaat dari penulisan saya.
Semoga pengalaman hidup saya boleh dijadikan panduan atau pengajaran.

 

Kalau boleh nak hasilkan buku lagi tapi kudrat sudah tidak membolehkan saya untuk terus bergiat dalam aktiviti penulisan. Jari2 yg sakit ini byk menghalang saya dari terus aktif. Lagipun dgn usia warga emas ini saya perlu tumpukan ke aktiviti lain yang lebih memberi ketenangan bagi saya..Syukur dgn bantuan seorang sahabat lama iaitu saudara Ladin Nuawi buku sulung dan bongsu saya telah terhasil. Buku ini akan menjadi bukti untuk tatapan anak cucu nanti.Mereka perlu tau bahawa mummy/nenek mereka minat menulis dan mempunyai blog penulisan yg mengandungi lebih dari 2 ribu tajuk. Alhamdullilah.

Tuesday, March 7, 2023

Suwarin jinda

Kedai belum buka pengunjung dah bersusun menunggu di muka pintu.
Buka saja pintu depan, semua meja penuh dgn wajah2 lapar siap sedia nak order makanan.
(Termasuk saya dan anak2 lah).
Pengunjung yg tak dpt meja kena tunggu dulu di depan, duduk di barisan kerusi yg disediakan.
Bertali arus orang masuk tunggu giliran untuk makan.
Nak tau ilmu apa tuan kedai ni guna untuk melariskan jualan sebegini?
Ilmu pelaris nya ada lah ' sedap'
Consistant sedap.
Tak mengecewakan.
Orang dtg lagi dan lagi.

Yes! Makanan yang di pesan dah sampai. 
Kami order Phadthai yang sedap sangat..taklah pedas sampai berasap telinga. Cukup rasa. Superb!
Ni paling win. Nampak mcm tomyam tapi lain namanya, ala2 tomyam lah kira nya. Sedap ni, recommended buat you all.. Masam dan pedas yg umpp! Mewah lauknya. Rasa tak cukup semangkuk.

Somtam goreng lain dari lain.Sos dia tu 'something you will die for' kata mat salleh. Setambun! Kami siap bungkus bawa balik lagi. Tak termakan sbb byk sgt. Mujur tak order sorang sepinggan.

Kedai ni sohor dgn daging harimau menangis. Kami order juga tapi lupa nak snap foto. Saya bagi 7/10 saja. Not to say tak sedap, sedap tapi sebab saya pernah makan yang lagi sedap maka tak leh nak bagi perfect 10/10.
Kat mana lagi sedap? 
Yang mak saya buat lagi sedap.
Sorry...
Alhamdullilah syukur atas nikmat rezeki dan selera. Kami pulang dgn perut yang sendat. Of course kami akan repeat. Restoren ni dekat dgn rumah jadi tak ada masaalah untuk terpacak depan ni sebelum masa beroperasi. Satu ingatan buat yg tak biasa dtg. Make sure you all ada depan kedai setengah jam sebelum waktu buka kedai untuk elak beratur panjang dan memudahkan parking..Alah, menunggu itu satu penyiksaan tapi go with the flow laa...
Opss..bfor I forget. Wahai Suwarin jinda..Satu nak tegur..One of your waiteress yg bawak air laicikang ke meja kami tu handle minuman tu tak berapa 'nice' laaa...(maybe because Im a little fussy as what my daughter described) I had to reordered my drinks just for that mistake. Next time be extra carefull ok...Anyway the laicikang was sooo nice. Loads of condiments at the price of rm5. Cheap kan?
Well how much did I spend at suwarin jinda? This restaurant is not as expensive as those high ends restaurants..Affordable. A couple hundred bucks for the dining like a king is all it takes. Alah jgn kedekut la wei..duit takleh bawak mati punn. Of course laa the time spent with my daughters were priceless!
Last but not least...Mokcik sokmo kalu makan tak control ayu langsung...apolar mokcik nih!

Monday, March 6, 2023

Let it go


I have faced a number of loses. People dont stay forever in your life. Friends come and go. Even your own children doesnt have to stay forever in your life. They may be close at heart but so far in distance. Today you might be surounded by love ones but tommorrow who knows..
Lost by death is one hard thing to digest. Another kind of lost is so unbearable! Its losing someone when they start to change. They are right here beside you but they are not the same person anymore. You are being left on your own although in their presence. Being ignored. Feeling rejected and worthless.
But how bad you need that someone to stay, if you feel like you are being rejected, then go! Dont force relationship. Dont be desperate. Please consider your own selfworth rather than begging others to come close. Just go. 
Let go!


Saturday, March 4, 2023

Gudbye Toby

 Sian Si Toby. Sudah sampai ajal dia. Redha jer la. Taknak share foto Toby. Tak sanggup. Mati cara amat menyayat hati. Jahat betul Si boby. Dah la besar gedabak, sampai hati dia terkam Toby yg baru usia 3 bulan. Saya tak dapat nak selamatkan. Saya pun kena gigit berdarah darah.

Boby ni nak kena buka utk adoption dah. Dia memang tak leh nak berbaik baik dgn kucing2 lain. Taunya nak terkam dan gigit saja.

Rosak mood saya hari ni.


Wednesday, March 1, 2023

Sunday, February 26, 2023

Sri Tanjung floating market

Biarlah foto berbicara

 




Ada apa kat sini?
Ada sakit urat panjat boat yang tidak berhenti di jeti.

Saturday, February 25, 2023

Makanan minda

Pesta buku ' Big Bad Wolf'

 
Tak tau nak beli yang mana. Ikut hati beli semua.
Jap.....Jap.... Nak tanya. Bila kali terakhir awak baca buku? Bulan lepas? Tahun lepas? Sejak keluar dari bangku sekolah tak pernah sentuh buku?

Aiseyman...Ada ke orang yang tak suka membaca? Rasa2 la hanya yg buta huruf saja yg tak tergerak hati untuk tahu apa yg ada disebalik kulit sebuah buku..Mesti nak belek..paling2 nak baca 1st page...

La ni ada medsos..baca di medsos segala benda ada. Ilmu di mana2. Tak apa kalau dah x suka baca buku sejak terjebak dgn medsos. Ok la tu dari tak asah minda langsung.

Quran baca tak? Soalan cepumas jer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...