Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 29, 2012

Tidurlah wahai permaisuri...Kata Si bertanduk..

Pejam.....Celik.
Pejammmm....Celik!
Baru pukul 2 pagi.
Pejam.....Celik.
Pejammm......Celik!
Baru pukul 3 pagi.
Pejam.....Celik.
Pejammm.....Celik!
Baru pukul 4 pagi.
Pejam...Celik.
Pejammmm...Celik!
Dah nak pagi, kul 5 dah.
Pejam.
Pejammmmmmmmm.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Celik?
CELIK.
CEPAT BANGUN WOI!

Makkkkkkkkkkkkkk....,dah pukul berapa ni?
Subuh gajah la pagi ni.

Tuesday, February 28, 2012

Suka yang pendek.

Wan Mohammed Adam Rafiequllah Al Adzim b. Wan Abdullah Solihin.

Adoiiiii..........
Kamu tak kesiankan Ticer ke?
Mau patah jari Ticer tulis nama kamu ni..

Monday, February 27, 2012

Kaya bintat.

Bila garu, timbul lah berbintat2 seluruh badan.
Merah, sembab jadi muka..
sehari dua ok, surut sekejap pas tu mula balik.
Kalau tak garu kulit ok jer, licin.
Tapi kegatalan yg teramat buat jari tak henti nak menggaru.
Ikut hati nak garu dengan garfu..adoiii,teramat gatal!
Ruam yg timbul dari saiz kecik mula melebar sampai jadi macam peta kat badan nih.
Dah pergi Klinik, katanya Allergic.
Allergic per benda tah.
Bukan baru hari ni macam ni, acap sgt dah.
Dah penat duk menggaru2 ni, kadang sampai tak leh tido.
Dah bercupak ubat allergic saya telan.
Ada tu, bila telan, tido tak ingat hapa..berat kelopak mata.
Cream, bedak, sabun dan segala dah saya guna.
Tak tenteram betul lah.
Seingat saya semua ni bermula lama dulu.
Badan saya pernah menerima darah sebanyak 8 pint atas sebab keuzuran.
Ke darah tu yg menjadi puncanya?
Siapa lah empunya darah tu ..
Tak pasal2 saya dapat darah perisa gatal.
Agak2 laa.....
Dracula pun naik ruam jugak ke kalau hisap darah saya?

Saturday, February 25, 2012

Apa lah saya nih!

Rupa rupanya semenjak berjinak jinak dgn 'online shop' ni,
saya mula mengabaikan blog saya ni..
Ni perkembangan tak bagus ni.
Asyik belek pakaian,kasut,handbag dan benda2 yg sewaktu dengan nya.
Blog kawan2 pun tak sempat nak singgah dah.
Ada masa tilik barang dagangan di blog2 shopping online.
This has got to stop.
Ok...Janji pada diri sendiri,
no more online shopping.
No more.
Promise!
Boleh caya ke?

Wednesday, February 22, 2012

Mama dia?

Danial, knapa acap buat silap ni..?
Cer tulis eluk eluk.
Sebelum mula jawap soalan tu baca Bismillah dan AlFatihah dulu.

" Ticer, Danial mana pandai baca Al Fatihah, dia tak ngaji pun.."

Eh, pandai lah awak ngata org yer Hanif.
Jangan sibuk, sudahkan kerja awak tu Hanif.

Danial,
Betul Danial?
Betul awak tak tau baca Al Fatihah?
Habis tu awak solat baca apa?
Awak solat tak?

"Tak."
"Papa kita pun tak solat."

Kwang kwang kwangggggggggggg.....................

Friday, February 17, 2012

Mereka kata saya cari penyakit...

Memang cari pun.
Bukan cari penyakit tapi
belajar benda baru.
cuba, testing, try..
Tak cuba tak tau,
Dah cuba tu ketagih pulak!
Setakat ni ok jer,
tak de problem.
Tapi dah penuh telinga saya ni.
Semua suku sakat duk larang...
Tapi oleh kerana saya ni dari kecik lagi tersohor dgn kedegilan saya,
maka saya tak nak berhenti.
Nak teruskan jugak.
Dah terantuk nanti saya tengadah lah..
Setakat ni apa yang semua orang duk kata penyakit tu,
merupakan terapi bodoh bagi saya...
Heheheheee...Problem masaalah nya,
Dompet makin tiris, poket acap bocor.
Boss, kasi tambah elaun boleh tak?

Monday, February 13, 2012

Chau San aaa........

-yat
-yi
-sam
-sei
-ng
-luk
-chat
-pat
-kau
-cap
......Adoiiiiii....

Semenjak dua menjak ni, otak tak berapa betul...
Bukan apa, kes dapat tiket ke 'Benua Besar' lah ni.
Tak sabar nak bercuti di sana nanti.
Tapi masaalah nya saya ni tak tau langsung pasal tempat tu.
Ada siapa2 tau tak macam mana Guangzhou tu?
Chou meng aaaaa..............!!!

Sunday, February 12, 2012

Buat buat sibuk...

Semalam majlis maulidurRasul di sekolah.
Sekor lembu tumbang.
Kami pakat2 masak gulai dan nasi.
Jamu anak murid.
Penat? Mestilah penat.
Dari malam tadi duk lapah dan siang daging, bawang dan sebagainya.
Seronok juga dapat kumpul dan riuh hilai tawa.
Apa yang menjadikan kenduri lembu ni sedap hingga menjilat jari?
Jawapan nya semestilah 'Semangat kerjasama' dari guru2.
Tak kira, pandai ke tidak masak, semua rajin bantu.
(Yer lah, sekolah rendah mana boleh nak mintak bantuan murid2 bab masak memasak ni.)
Syabas Cikgu2 SKPPG.
Tahun depan kita kenduri lagi..

(Balik dari sekolah, saya tido hingga ke petang...Adoiii, penat sungguh walau saya (yg bertudung hitam tu) hanya buat buat sibuk jer...)

Friday, February 10, 2012

Kek Birthday yang termahal di dunia.

Ni dia.
Kalau banding dgn 'Cake Boss' kat Astro tu memang lah langit dengan bumi.
Tapi jangan tak tau,
Kek ni dibuat dari ramuan yang termahal.
KASIH SAYANG.















Anis dari semalam nak buat kek hari jadi untuk anak saudara nya.
Saya nak tempah saja tapi dia beria ia nak buat sendiri.
Ni lah hasil nya.
Tak cantik di mata orang lain tapi di mata saya kek ni perfect.
Runtun hati saya bila tengokkan kesungguhan dia untuk buat kek ni.
Dari mula sampai akhir dia buat sorang2, tak nak saya ganggu.
Akhirnya..
Ini lah hasil nya.
Imaad,
Letih la Imaad nak habiskan kek yg Aunty Anis buat ni...
Meh, kita makan ramai ramai..TQ Anis.

Tuesday, February 7, 2012

Bila tirai sudah di labuhkan..

Cukup lah,
tidak perlu terus bertanya khabar jika sapaan2 itu,
sekadar rutin yg memenatkan.
Sebenarnya kita tidak pernah hirau,
samaada aku begini atau engkau bagaimana.
tidak ada bezanya walau jawapan apa pun.
kerana soalan itu bukan dari hati.
Kita ini sudah lama mati rasa.
diantara kita harus ada yg berani buka mata.
Sudah sudah lah lena dalam khayal.
Celik dan hadapi kenyataan.
Cukup lah,
Kita langkah lah ke arah yg bertentangan.
Biar semakin jauh dan tidak menyesakkan.
Kau tidak perlu hafal nama ku,
sebagaimana aku juga tidak akan berbuat begitu.
Masa akan merawat segalanya.
Bukan payah mana pun
kerana sebenarnya kita hanyalah
boneka di pentas pura2
yang kita reka.

Khas buat kawan baik saya Nor..

Sunday, February 5, 2012

Tukang paip yg pakar pun dah buntu ni..

Sebut saja tukang paip dari mana,
yang tempatan?
yang import?
Bangla?
Semua surrender.
Paip Bocor tahap gaban nih..
Basah pun basah lah.
Nak buat camna dah tukang paip semua tak leh handle.
Banjir dah ni...ish ish ish,,











Bukan paip ni...
Tapi............

Paip ni..
-
-
-
Dah lama bocor pun.

-
-
Dah dua tiga bulan
-
-


Meleleh leleh...
-
-
Menitik nitik
-
-
-
Lenjun.










Plumber mana boleh baiki ni?
-
-
-
Masaalah negara juga ni.
-
-
Pembaziran air.






Pesanan dari Kerajaan malaysia 'Jimatkan Air'















Takper lah, bocor pun, nenek sayang jugak!

Thursday, February 2, 2012

Kisah sebenar lagi hebat dari Drama Korea.

Tak suka siaran ni, amik remote contro tukar channel lain.
Lepas tukar, tukar lagi..
Kalau perjalanan hidup boleh di tukar ikut sedap hati kan best..
Tak suka- tukar.
Tak sanggup- tukar.
Tak rela-tukar!
Kalau dah bosan sgt dgn citer sama, tekan butang, padam terus siaran.
Sedozen remote control setahun pun tak cukup kalau macam ni.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...