Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Wednesday, March 31, 2021
Kamceng
Tuesday, March 30, 2021
Suka nya hari ni..
Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia tak siapa tahu.
Kelmarin hari bertuah saya, alhamdudillah.
Hari murah rezeki.
Dari pagi ada saja rezeki yang hadir ke riba.
Dimulai dengan kehadiran seorang sahabat membawa seplastik buah mangga.
Mangga manis, sedap.
Tak sampai se jam, bunyi loceng pagar.
Bila saya jenguk, terpacak anak saudara di situ.
" Chenin, pizza."
Alamak anak, ni sudah bagus ni..Tq tq tq.
Sewaktu saya nak ke kereta ambil barang yg tertinggal kebetulan ada tamu di pagar.
Saya ajak maduk tapi dia menolak, singgah nak hulur ni saja kata nya.
La..makanan lagi.
Kali ni lauk kegemaran saya untuk makan tengahari.
Sukanya tak payah masak hari ni, cukup masak nasi saja. Lauk dah mewah.
Lepas zohor saya ke kedai depan rumah nak beli keperluan sikit.
Langkah kanan saya hari ni.
Sehelai sejadah cantik dihulukan oleh orang yg tak saya kenali.
Buat solat terawikh kata nya, sedekah sempena nisfu Syaaban.
My God, suka nya. Pahala buat yg memberi.
Hati saya bunga bunga, sejadah saya peluk erat.
Last sekali, rezeki datang lagi..
Saya terpandang wassup...What??
Puan dijemput kemajlis Sayembara puisi tahunan.
Sajak saya dah di antalogikan dan akan diedarkan di majlis tu nanti.
Suka nyaaaaaaa.......
Alhamdullilah...
Begitu lah hidup ini,
dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang.
Inna maal usri yusra...
Monday, March 29, 2021
Nisfu Syaaban
Cepat nya..
Dua minggu lagi ramadhan lah.
Selepas magrib tadi catatan dosa pahala di kumpul.
Entah timbangan mana yg lebih berat.
Sudah cuba yg terbaik maka hanya mampu berdoa.
Semoga ada pahala buat ku.
Semoga dosa2 ku diampunkan juga.
Salam nisfu Syaaban buat semua yang sudi singgah di sini..
Semoga hari ni kita jadi lebih baik dari kelmarin.
Dan esuk insyaAllah kita jadi lebih baik dari hari ni.
INSYAALLAH.
Sunday, March 28, 2021
Apa nasib dia?
Wahh..Nama Taman Mesra jadi sebutan ramai lah
Famous.
Famous for the wrong reasons.
Tak lain tak bukan hanya kerana kes banduan terlepas.
Hadehhhh...takut sungguh!
Belakang Taman perumahan ni ada sebuah penjara sebenarnya.
Kelmarin seorang banduan lolos dari dinding tebal tinggi tu.
Maka satu kejiranan di kerumuni polis.
Habis ceruk kawasan rumah digeledah.
Riuh dan hingar bingar la jadi nya.
Suasana dah macam dalam drama 'Gerak khas'.
Last last banduan sempat sembunyikan diri dan menyusup ke bandar Kota Bharu.
Maka berduyun duyun lah polis2 ni menukar haluan ke sana pulak.
Masuk dalam berita jam 8 la awak.
Sib baik tak masuk muka saya yang sama kalut dgn polis tu jer.
Pengakhiran nya bagaimana?
Entah!
Nanti siang nak siasat.
Saturday, March 27, 2021
Nak kongsi apa yg membahagiakan saya.
Friday, March 26, 2021
Sorang sorang
Jumaat ini Jumaat yang panjang.
Bila sepi melanda diri, masa seperti merangkak.
Seperti mau ku putarkan saja jarum jam
Biar cepat2 masa berlalu.
Aku takut begini.
Sendirian.
Teman ku hanya dia yg terbaring lesu.
Kiri kanan ku senyap tanpa teman bicara.
Yang bertugas di luar daerah esuk baru pulang.
Yang cuti, kepergian bercuti di daerah jiran.
Yang tinggal hanya aku dengan rutin hidup ku.
Dengan kaki berantaikan payah ku lalui juga sepi ini.
Rasa takut bersendirian ini mengusir lena ku.
Telinga ku menangkap setiap bunyi..
Hati mentafsir bayang di jendela.
Jumaat ini cepatlah senja.
Ku tunggu Sabtu yg lebih ceria.
Thursday, March 25, 2021
Tu pasal la org gelar TokNebe Kale Cepo
Pasar tani Kale Cepo.
Khamis wajib ke sini.
Ada benda nak beli ke, tak ada apa nak beli ke, mesti jugak singgah.
Hobby...Hehe...
Singgah untuk jumpa mata. Suka suka buang masa dengan sengaja.
Tengok adik jual ayam gunting, berbalas senyum, cukup membahagiakan dah.
Happy.
Makcik jual solok lada dari jauh dah tanya nak berapa hari ni.
Regular customer kann...
Penjual ayam madu dah siap letak tepi bahagian yg saya suka. Dia tau saya pasti beli. Tq tolong simpan buat saya tanpa perlu booking.
Bila melewati gerai tudung, Si Nisah tokey tudung tarik tangan saya.." Nie, awak tau tak, betul lah cerita yang saya cakap hari tu...dah confirm dah". Lol! Sempat lagi membawang nih.
Apa apa lah janji aktiviti kita tak susahkan orang lain. Tak ganggu orang lain.
Duit kita, kaki kita, suka hati kita la kann..
Kadang2 jumpa org yg kita kenal, sapa menyapa sekejap.
Kadang2 jumpa orang yang minta derma, hulur jer lah sekadar termampu. Dia happy. Kita puas.
Awak tau tak kat pasar tani ada khemah barang reject.
My favorite place to browse.
Pernah ada kenalan lalu kot depan khemah tu dan menyapa..
" Wei Hani, wak gapo situ, tok malu ko org tgok? Meh la kita ke depan sana..."
Aik, knapa nak malu.? Bukan dia jual barang curi dan saya pun bukan nya nak free.
Jaga status? Kalau nak jaga status baik awal2 x yah dtg pasar tani.
Hai awak, saya ni hanya seorang ibu tua, nenek, tak ada gaji, tak ada tittle, serba kurang.
Dah sinonim lah pasar tani ni dengan gaya hidup saya ni.
Bagi yang tak tau, meh nak cakap...best tau kalau dah jejak kaki kat sini.
Rasa macam balik kampung, saling kenal....haha
" Cikgu, gi mana minggu lepas macam tak dtg kan?"
Laa...ada orang rindu ke..penjual air yg rindu kita pun cukup berbunga bunga dah hati ini.
Wahhh...famous jugak saya ni, Yb(yg bersara cgu tetap org panggil cgu tau) la katakan..
Jom, kita ke Pasar Tani Kale Cepo pagi ni, jommmm
Wednesday, March 24, 2021
Tuesday, March 23, 2021
Dah magrib.
Cepat sungguh masa berlalu
Saya ingat saya dah buat posting untuk hari ni.
Rupanya belum.
Rupanya kelmarin saya posting tu.
Sekelip mata saja hari berganti.
Takperlah hari ni tak ada berita nak dikongsi.
Hari ni saya tak happy, sugul saja.
Saya duk sorang2 hari ni, anak fly ke kl ada urusan.
Anak menantu yg lain kerja hingga lewat petang.
Saya tgok wassup pun tak aktif mana hari ni.
Group2 senyap sendu.
Tak best la hari ni, dah la mendung kat luar.
Ok lah, semoga esuk lebih baik dari hari ni.
Assalmualaikum.
Monday, March 22, 2021
Jimat kos.
Tak perlu suntik sana sini
Tak perlu sumbat filler bagai.
Senang jer.
Lukis.
Kalau tangkap gambar akan terakam setiap kedut dan tanda penuaan. Uban nasib baik boleh sembunyikan dg tudung.
Lukis.
Tepuk dada tanya selera nak nampak muda tahap mana.
Nak nampak remaja, lukis versi remaja.
Tiru macam saya.
Saya lukis wajah saya. Wajah yang di mudakan.
Di cantikkan. Di 'up grade' kan.
Hasil nya saya sendiri tak kenal wajah saya yg saya lukis tu..
Hai la belalang, nasib ko la belalang...
Sunday, March 21, 2021
Saturday, March 20, 2021
Bila dah takde pekdah langsung..
Tak berbaloi dah simpan sesuatu benda tu
Kalau dah tak boleh dimanafaatkan.
Menyusahkan ada lah.
Walau sayang macam mana pun,
Elok la di buang saja atau
Bagi orang yang lebih memerlukan.
Betul lah kalau dah lama kita miliki,
payah nak buang, sayang..
Tapi percaya lah, payah nya sebelum buang saja.
Dah buang tu akan rasa lega nanti.
Rasa bebas dari beban fikiran.
Cuba la buat seperti saya cakap ni.
Pejam mata, tetapkan hati dan humban saja ke tong sampah atau kemana saja asal bukan lagi dalam simpanan kita.
Ini bukan hanya pada barang atau benda tau.
Orang pun.
Perhubungan pun.
Sifir nya sama saja.
Diperlukan - simpan.
Tak berguna - buang.
Hahahaha...Sadis betul lah.
Friday, March 19, 2021
Wednesday, March 17, 2021
Buzy itu buat2 sibuk.
Buzy
Sibuk
Dalam dunia ni semua orang pun sibuk.
Masaalah nya bukan tak ada masa lapang.
Keutamaan
Keutamaan ada lah key word.
Kita sibuk untuk benda2 yg tidak ada keutamaan.
Kalau benda yang kita utamakan, tak ada istilah sibuk.
Kita cuba juga cari masa untuk hadap nya.
Sibuk adalah alasan untuk menolak, menjauhkan.
Malas nak layan, kita salahkan sibuk.
Walhal kita nak lari dari terpaksa hadap sesuatu yg kita tak suka.
Nak terus terang cakap tak suka rasa tak sampai hati.
Untuk jaga hati la kiranya ni...
Ok ok, saya pun sibuk.
Dulu tak sibuk, sentiasa cuba ada untuk yg memerlukan.
Tapi sekarang saya dah belajar untuk sibuk.
Belajar guna alasan sibuk.
Eh, menjadi laaaa...!
Patut dah lama guna alasan ni.
Saya belajar dari awak ni, terima kasih awakk.
Tuesday, March 16, 2021
Hidup ini pelik
Memang pelik.
Tak faham lah saya.
Dah lama saya duk kaji perangai dia.
Kaji tak bergaji, suka rela.
Dia seorang yang sangat warak.
Jaga aurat. Jaga pergaulan.
Menghidupkan malam dengan amalan2 sunat.
Setiap yang keluar dari mulut dia adalah nasihat keagamaan.
Saya ni jahil benar kalau duk sebelah dia, takut saya tau.
Tapi.....
Kenapa lah rumah dia bersepah sepah, kotor dan tak terurus?
Pakaian kotor dan bersih bercampur aduk.
Peralatan memasak dah berkulat dalam sink.
Sampah merata, tandas sampai licin berlumut.
Anak2 pun macam tak terkawal, hai tak berani saya nak sebut pun.
Macam mana lah dia beramal dalam keadaan yang bebegitu?
Kami nak tumpang solat di rumah dia pun terpaksa ubah fikiran.
Bukan ke kebersihan itu juga tuntutan agama kita?
Dan yang saya paling rasa pelik ialah...
Dia selalu menasihati kami ni dgn berpandukan nas dan ayat2 alquran tapi.....
Mulut dia kalau bab meninggi diri, kerbau pun boleh terbang.
Dia suka sangat bermegah megah dengan ilmu agama dia dan juga dengan kemewahan hidup dia.
Dengan lain perkataan, dia ni pantang orang lebih pada dia.
Betul lah dia selalu sebut pasal mendekati diri pada alQuran, kena jadikan alQuran sebagai teman.
Tapi hari tu masa kami ramai2 baca surah alKhfi di satu majlis tu, kenapa dia macam merangkak2, tak lancar bacaan dan akhir nya bangun ke tandas tanpa menyudahkan bacaan ramai2 seperti yg lain?
Yang saya takleh lupa ialah waktu kami singgah di masjid sebelum makan pagi di gerai berdekatan dulu.
Kami semua ambil wudhuk, solat sunatulmasjid dan dhuha.
Mana dia? Malas nak cerita tapi ini lah yg menjadikan saya rasa dia ni manusia pelik.
Pelik
Sangat2 pelik.
Betul kah dia hidup berpandukan amal makruf dan nahi mungkar?
Saya x nak tegur, tak nak cuba tunjuk pandai.
Biarlah saya simpan segalanya dalam pengetahuan saya saja.
Semoga Tuhan buka hati kita semua, perbaiki kelemahan kita dan terima taubat kita.
Aaminn.
Monday, March 15, 2021
Apa saya buat seharian.
Aktiviti kedua saya akhir2 ini ialah berkaitan tanah.
Sunday, March 14, 2021
Soal hati.
Penat tau tak?
Duk ulang2 pikir benda sama.
Duk tolak campur kebenaran dan kepalsuan.
Betul ke salah ni...
Ini persoalan yg paling acap timbul dalam kepala.
Soalan kedua yg selalu di ulangtayang ialah perlu diteruskan atau cukup lah setakat ini.
Letih.
Saturday, March 13, 2021
Thursday, March 11, 2021
Bestnya balik kampung
Wednesday, March 10, 2021
Kelas dewasa
Tuesday, March 9, 2021
Contengan hari ni
Monday, March 8, 2021
Murah rezeki
Siapa sangka kann
Hari ni saya langkah kanan.
Mulanya saja nak jalan2 ke nursery pokok2 bunga yg baru buka tu.
Nak lihat2 saja, cuci mata.
Sambil duk belek2 anak pokok kunyit hitam sambil tanya harga pokok tu pokok ni.
" Ni pokok apa ni dik? Macam pokok terung jer..." Saya halakan soalan pada budak lelaki yg sedang mengisi tanah dalam beg plastik.
"Ambik jer lah...free" Tuan kedai yg ada berdekatan cepat menjawap.
Free? Are you serius....
Kata tuan kedai tu anak2 terung tu dia semai suka2 saja, nak testing benih2 dlm paket tu masih ok ke tidak...
Selain terung, anak lada, bendi dan labu pun ada. Malah anak labu tu dah besar dah..
Dah dia nak bagi free, saya yang muka tak malu ni tersengih sengih, ambik lah satu.
Lol! Bukan satu yg dia bagi..2 plastik berisi semua jenis anak pokok sayuran di hulurkan kepada saya.
Alhamdullilah, saya doakan murah rezeki kamu wahai tuan punya nurseri.
Tapi saya tak nak byk, tak ada tempat nak ditanam nanti, rumah saya tak ada kawasan.
Kalau lah kebetulan ada orang nak tanam sayur, mesti suka sgt dapat sebanyak tu.
Saya ambik lah setiap jenis sayur satu pohon sahaja.
Suka sangat tau bila dapat free..
Dalam hati duk scan keliling rumah saya..
Mana lah saya nak tanam semua ni...hadehhhh...cari pasal pulak la.
Tiba2 teringat kat tanah lapang sebelah rumah saya, tanah orang yg terbiar.
Ok, tanam anak pokok orang bagi free kat tanah orang...
Kalau berbuah kira sedekah, siapa nak ambik jer lah.
Pakat2 kongsi rezeki.
Pahala buat Si pemberi benih dan Si tuan tanah.
Adil tak macam tu?
Saya? Saya hanya Si penanam dan penyiram pokok.
Saya dapat kegembiraan. Seronok. Cukup dah tu.
Saturday, March 6, 2021
Aib yang tidak perlu dihebahkan.
Makin hari makin masuk air otak ku ini.
Entah apa apa jer yang duk melintas dalam kepala
Dah la badan akhir2 ni asyik rasa macam tak sihat,
Otak pun turut jadi berserabut.
Ada sesuatu yang saya pendamkan, dah lama.
Makin berkudis adalah.
Niatnya nak bawa ke mati saja, tak nak kongsi dgn sesiapa pun.
Setakat ni ok lagi ni..boleh peram dalam hati lagi.
Harap2 begitu sampai akhirnya.
Jadinya..
Sambil tunggu subuh ni..
Saya muhasabah diri.
Banyaknya dosa saya dan kesilapan saya.
Sempat lagi ke nak taubat?
Sempat ke pohon maaf pada mereka yg saya lukai hati nya?
Boleh ke saya berubah ke arah yg lebih baik?
Mampu lah?
Allah hu Akhbar..Hanya kepada Tuhan saya berserah.
Sebenarnya rasa bersalah saya ni berkaitan dgn apa yang saya pendam itu lah..
Dosa2 saya.
Friday, March 5, 2021
Cerita Khamis
Thursday, March 4, 2021
Mulberi
Wednesday, March 3, 2021
Tuesday, March 2, 2021
Nikmat bebas
Syukur Alhamdullilah.