Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 30, 2013

Dlm wad

Wah...Rupanya dah 3 hari saya tak update blog.
Bukan tak nak update tapi saya berumah di wad.
Ni pun masih dalam bilik C1, Wad 8.
Ja dah tido.
Saya dah ngantuk tapi bila teringat kat Blog saya yg terbengkalai,
saya cuba jugak type sebaris dua.
Okey, cerita sama, pasal Ja.dan saya
Ja nampak ok, saya?
Tak berapa ok.
malam tadi sakit kepala.
alah, sakit sikit jer kalau nak di bandingkan dengan sakit yg Ja tanggung.
Telan panadol 2 bijik, beres.Problem solved.
Esuk Ja kena puasa ,
Doktor nak buat PEG.
Semoga segalanya berjalan dengan baik, InsyaAllah.
Ngantuk nyerrrr...........
Selamat malam...Semoga esuk lebih baik dari hari ini buat kami.

Thursday, June 27, 2013

Wan temankan Ja, Mummy balik rumah jap

Balik rumah for a couple of hours.
Masa ni saja saya sempat ngadap laptop.
Sempat jeruk hati dan nangis jugak.
2 in one...Nangis sambil Update blog.
Dua2 terapi jiwa kan.
Macam tak de kerja lain.
Tu pun kalau bukan hujung minggu.
Esuk niat nak duk spital dan tak balik rumah langsung.
Papa dan Anis tak bersekolah esuk jadi saya akan teman Ja sepanjang hujung minggu.
Urusan kat rumah boleh KIV.
Sekarang ni pun rumah saya persis negara di langgar garuda.
Tunggang langgang.
(Bik, bila la ko nak sampai nih...)

 Malam tadi malam kedua di Bilik wad 8
Beralaskan tikar plastik harga rm12, saya lelapkan mata.
(Tidor atas katil emas tilam baldu pun belum tentu dapat lena kan?)
Nasib baik ada selimut sbb aircond sejuk sgt.
Kepala berlapik kusyen.
Bila perlu sendal Ja dgn kusyen, saya alas kepala guna sejadah/telekung.
Nyenyak walau sentiasa terbangun untuk awasi keadaan Ja.
Nyenyak sebab badan penat dan otak kerja over time.
Nyeyak sebab malam semalam tak tido.
Nyenyak sebab Ja ada dekat.

 Keadaan Ja hari ni biasa2 saja.
Masih ada low grade fever.
Dia banyak tidor.
Tersedar hanya bila secretion banyak.
Dia dah boleh batuk2 dah,
perkembangan yg positif rasa nya ni.
Tapi mata dia masih tak mau pandang saya.
Tak focus.
Panggilan belum berjawap jugak.
Ja kurus sangat dah.
Cengkung.
Small n fragile.
My darling baby is what she is.
Tak per, slowly Ja yer, be strong and prove that the doctors r wrong.
Petang semalam yang berkunjung semua cakap Ja nampak ada improvmnt .
Yer ke...Ke awak nak sedapkan hati tua saya ni aje?
Ok, got to stop now, nak breakfast dulu.
By the way, am I really that thin?
semua orang duk komen cakap saya susut badan.
Ker tu ayat nak sedapkan hati saya jugak?
Whatever!





Wednesday, June 26, 2013

Janji saya sihat dan panjang umur.

Semalam Ja di pindahkan dari ICU ke wad biasa.
Rutin harian saya pun turut berpindah.
Kelmarin saya seharian kat hospital dan sempat juga ke hulu hilir selesaikan urusan keluarga yg lain.
Awak mungkin tak percaya kalau saya kata saya pakai baju yg sama dari pagi semalam sampai ke pagi ni.
Nak mandi pun tak sempat.
Semalam saya bermalam di bilik Ja.
Banyak sungguh yg perlu di buat.
Feeding 3 jam sekali dgn bantuan Misi lagi.
Ubah position 4 jam sekali
Bukak sarung kaki every 4 hours for 2 hours, lepas tu pakaikan balik.
Cuci Double lumen (Inner tube) tu every half an hour sbb baru tukar.
Suction in between all this,
Fisio di semua limbs paling kurang 3 kali sehari.
Conclusion nya saya langsung tak de masa untuk tidor pun malam tadi.
Selepas subuh bila Wan dtg tukar shift, saya berkejar2 untuk hantar Anis dan papa ke sekolah.
Ni kat rumah sedang tunggu washine machine bunyi 'ding dong ding dong'...
sempat la update blog dan lipat kain yg dah berkedut seribu dlm bakul tu.
Badan pun segar sikit sebab dah mandi.
Dalam sink pinggan mangkuk gelas tunggu kalau2 ada yg simpati nak tolong cuci.
Nak kadha tido? Impossible.
Dari tido kat rumah baik saya ke hospital.
Lagi pun kesian Wan tuh, pagi tadi masuk shift tanpa breakfast lagi.
Lepas ni kuar beli breakfast buat Wan dan terus ke hospital lagi dan rutin ni akan berulang lagi.
Penat?
Takkk...InsyaAllah kalau Ja dapat pandang ke dalam mata saya,
10 kali ganda penat dari ni pun saya sanggup.
Ding dong ding donggg.....
Kita jemur kain dulu!

Tuesday, June 25, 2013

Adakala.kadang kadang...

Sebenarnya tak nak type apa2 hari ni
Saya rasa otak saya tak berapa betul.
Otak penuh sampah.
Minda bertoxic
Kalau saya type pun apa yg tersurat hanya akan buat semua orang kutuk saya.
Saya sendiri pun rasa nak kutuk diri saya nih apa lagi orang lain.
Tapi makin di usir setan pergi jauh2 makin byk pula yg mengetuk getuk pintu hati.
InsyaAllah mereka tak dapat bertuan di hati saya pun, setakat bertamu sekejap tu nak buat macam mana kan, nama pun saya ni manusia yg lemah.
Saya ngaku lemah tapi saya bukan hipokrit.
Mustahil kalau saya kata yang saya tak pernah terfikir begini.

Yang duk bertubi tubi asak batu jemala patek ni,
ialah aura negatif yg saya kutip di tepi jalan kot.
Mana tak kutip, itu saja yg saya nampak di kiri kanan saya.
Tadi waktu berhenti di persimpangan traffic light tadi,
saya tgok kereta di kiri kanan saya, depan belakang saya.
Tau apa saya fikir?
Ramai nya orang, tapi hanya saya saja yang dalam kepayahan yang begini dasyat.
Hanya saya yang bertalu talu di duga.
Hanya saya yang sentiasa di rundung malang.
Kan saya dah cakap, mesti ada pembaca nak cakap
"Sabar lah Hani, Tuhan bagi dugaan sesuai dgn kemampuan masing2..."
Habis tu kalau saya kata saya tak mampu, do I have a choice?
Tell me, what r the choices that I have?
None.
Nak sedapkan hati saya, saya pun cakap macam tu kat diri sendiri.
Setiap dugaan tu ada ganjaran yg lebih besar yg menanti..
Ada hikmahnya...
Hmm...
Kalau di beri pilihan, awak nak tak di duga sebegini rupa?
Kenapa tak nak?
Kenapa awak sentiasa berdoa semoga di jauhi bala dan musibah?
Kan bala dan musibah tu menghapuskan dosa dan tanda Tuhan sayangkan kita..
Kan?
Kan?
Kan?
Okey, Maaf sebab otak saya tak betul.
Stress dan semakin hari semakin stress.
Maafkan saya,Duhai Tuhan Rabbullalamin...
saya hanya mengikis daki dari hati.
Semoga selepas ni saya mampu mengadap Mu dengan lebih tenang.
Hanya Engkau lah yg mampu memberikan aku kedamaian.
Bantulah aku kerana tanpa bantuan Mu aku hilang arah tujuan.

Monday, June 24, 2013

Soalan Bodoh saya.

Doktor, boleh tak saya pangku dia?
Saya nak dia tidur di ribaan saya.
Saya nak  dia dekat di dada saya, jantung saya.
Saya nak peluk dia kemas kemas sekejap.

Doktor,
Dia anak saya,
dia pernah berkongsi nyawa dengan saya
Saya nak rasakan kehangatan nafas dia.
Boleh tak saya kongsi sakit dia?


Doktor,
Saya mak dia.
Jantung dia pernah bergetar dalam rahim saya.
Boleh tak saya dakap dia dan merasa kembali getaran itu?

Doktor,
Maafkan saya.
Abaikan soalan2 bodoh saya tu.
Saya hanya seorang ibu yg terlalu rindu.

Today

Secara fizikal Ja is getting better.
Cuma my 'Sleeping Beauty' belum bersedia untuk 'sedar '
Those in charge of the ICU are making a plan to move her out.
Yer lah, dalam ICU kuman banyak,
kuman yg dasyat2 pulak tu.
Badan pesakit yg lemah mudah di jangkiti kuman2 ganas tu.
Have to move her away as soon as posible.
So,
According to latest news,
She will be moved out to Wad 10.
But before that, kena pasang PEG dulu.
Agak saya lah, by the end of this week boleh pindah kut, or even earlier than that.
Tahun ni Ramadhan di Wad 10 lah kita.
InsyaAllah.
Pihak hospital amat ambil berat.
Semalam satu mesyuarat khas telah diadakan khas membincangkan soal Ja oleh pihak hospital.
Arahan pengarah lagi.
Betul kan Ja, mummy dah cakap yang semua orang duk tunggu Ja bangkit semula,
Semua orang duk doakan Ja.
Alhamdullilah, syukur amat sangat kerana ramai orang2 yg baik hati di sekeliling kita..
Bunyi khabar Datuk Pengarah Hospital duk pantau Ja setiap masa.Semalam dia call Misi in charge bertanya khabar dan pesan supaya keep him well inform..
Tengok lah Ja, Tuhan permudahkan kita.
Dah cukup byk payah yang kita lalui.
Tuhan tahu kekuatan dan kelemahan kita.
Nanti kalau pindah duk Wad 10 senang lah sikit,
Masa lawatan tak terhad dan suasana lebih 'home friendly'
Kita tunggu dan lihat dulu camna progress Ja hari ni.
Jap lagi nak gi jenguk Ja dan beritau dia..
"Ja, assalmualaikaum, mummy datang ni. baru lepas subuh,hari ke 35 dah ni..."
Ja, can you really hear me dear?
InsyaAllah.

Tuhan ku...




“Ya Allah Tuhanku Pemilik nikmat, tiada ada yang bisa memberi nikmat atasMU. Ya Allah Pemilik kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah Tuhanku, jika sekiranya Engkau telah menulis dalam buku besarMU bahwa aku adalah orang yang tidak bebahagia atau orang yang sangat terbatas mendapat nikmatMU,orang yang dijauhkan daripadaMU atau orang yang disempitkan dalam mendapat rezeki, maka aku memohon dengan kurniaMU, semoga kiranya Engkau pindahkan aku kedalam golongan orang-orang yang berbahagia, mendapat keluasan rezekiMu serta diberi petunjuk kepada kebajikan.
Sesungguhnya Engkau telah berkata dalam kitabMU yang telah diturunkan kepada RasulMU, dan perkataanMU adalah benar, yang berbunyi: Allah mengubah dan menetapkan apa-apa yang dikehendakiNYA dan padaNYA sumber kitab.
 Ya Allah, pada malam Nisfu Sya’ban yang mulia ini, Engkau tetapkan dan Engkau ubah sesuatunya, maka aku memohon semoga kiranya aku dijauhkan dari bala bencana, baik yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui, Engkaulah Yang Maha mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.
Dan aku selalu mengharap limpahan rahmatMU ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.”

Sunday, June 23, 2013

Nak saja saya dodoikan dalam dakapan...



Pagi ni Ja nyenyak tidur.
Setenang wajah bayi perempuan yg saya lahirkan 28 tahun dulu,,
dia masih begitu di mata dan di hati saya.
Nafasnya turun naik, mata nya mengerdip.
Tidurlah anakanda cahaya mata bonda...

Tidurlah nanda tidur

Tidur lah nanda cahya mata bonda

Lena lah dalam hembusan udara yg nak membawa

Anakanda masuk ke dalam alam impian

Beranika warna

Tidur lah nanda tidur

Dewa dewi kayangan

berterbangan dengan penjelmaan bagai

bintang yg punya keinginan

Hendak membawa anakanda ke awan

Pulang lah,

Telah sedia buaian nan keemasan

Bagai takta anakanda berayun

dengan impian yg ria memeluk di jiwa

Tidur lah nanda tidur

Tidur lah kau cahaya mata bonda

Lena lah dalam henbusan udara

Yg nak membawa anakanda masuk ke alam impian

beranika  warna

Tidur lah nanda tidur….

Sebak bila saya teliti senikata lagu ni..
'Buaian keemasan' telah tersedia buat Ja di sana 
tapi di sini mummy menanti penuh harapan semoga
Ja menoleh ke sini dan kembali ke pangkuan mummy.

Kita merancang saja...

Jamgan nanges lah duhai kawan2 dan yg singgah di blog saya ni.
Biar saya saja yang menangis dan kamu jadilah bahu untuk saya sandarkan kepala.
Saya tahu ramai ibu2 yg dapat merasakan kesedihan saya, terima kasih kerana memahami..

Okey, ni nak cerita plan kami yg terkini.
Tak mo sedih2, janji yang kamu semua akan senyum buat saya.
Kami plan nak bawa balik Ja ke rumah bila dia betul2 pulih.
Maksud kami biar ja sambung tidur di rumah saja.
Tu pun kalau dia nak tidor, mana tau kot kat rumah ni dia pilih untuk bangun kan?
Jadinya,
Papa mulalah renovate bilik khas buat princess dia ni.
Firstly semua perabut masuk store. Sendat store kami tu.
Langsir cuci bersh, seluruh bilik bau dettol.
Tadi Electrician dtg tambah plugs..Ke per benda org panggil yg kat dinding tuh?
Esuk tukang paip nak letak sink pulak.
Reclining bed dah di tempah..Katil baru Ja wei!
Ripple Matress on the way.
Sofa bed dan TV lekat di dinding buat Si peneman pun ada.
( Siapa nak tidur di sini Q dulu ok )
Kabinet utk letak keperluan Ja dan siap di lap dengan dettol lagi.
Bila bau dettol, rasa bersih sgt dah..
Satu lagi,
Papa cadang nak tukar pintu dgn pintu kaca.
Supaya telus pandangan.
Mummy dah cakap suruh tukang pintu yg ukur,
Papa cakap dia lagi pandai dari tukang pintu.
Go ahead lah Papa, jgn kata mummy tak larang.
Rasa2 lah,
Siap pintu nanti, kucing pun boleh masuk kut bawah...
Kalau tak pun, panjang pintu dari rangka pintu..
Eh, betul awakkkk, macam tu lah selalunya.
Opsss....! Sorry Papa.I am talking thru experience jer.
Saya cakap kalau Ja ada sah Ja cakap..
"Papa sokmo gitu!"
Tapi Papa kata kalau dah Ja ada dan boleh cakap gitu,
tak perlu dah bilik ni.........
Papa tilik setiap inci ruang di bilik Ja.
Papa kesat mata..
Mummy x nak nangis tapi keluar air mata tanpa sengaja..
.

Saturday, June 22, 2013

Lelaki ini yg menyayangi mu..Tanpa Jemu



Lelaki ni
Besan saya.
Ja panggil dia ‘Abah’
Tak banyak cakap
tapi bila sya tengok air muka nya waktu dia memandang Ja saya tau hati dia.
Sekali sekala dia pandang ke arah lain seperti menyembunyikan sedu pilu seorang abah.
Walau kaki dia tak berapa kuat, dia gagahi juga untuk dtg ke wad.
“Ja, abah datang….”
Air mata abah tertumpah di sini.

Lelaki ini,
Anak sulung saya.
Ja panggil dia ‘Abe’
Satu satu nya abang tempat ja bermanja.
Jarak tidak menjauhkan.Pantang ada cuti dia pulang.
“Abe balik ni Ja….”
Tu kata Abe setiap kali dia menjengguk adik nya di katil hospital.
“Esuk Abe nak balik ke KL dah, Ja cepat sembuh k”
Harapan seorang abang menggunung.

Lelaki ini
Suami saya.
Ja panggil dia ‘Papa’
Uzur dan lemah pergerakan.
Ja anak perempuan dia, buah hati papa.
Papa usap dahi Ja setiap kali berada di birai katil.
“Papa nak Ja kuat, Bangun lah Ja, Ja kan janji nak rawat papa…”
Sebagai bapa dia rasa sungguh tak berdaya, berserah kepada yg Esa.

Lelaki ini,
Menantu saya
Suami Ja.
Lelaki yang tabah ini sentiasa di sisi Ja.
Sentiasa cuba untuk nampak kuat
Hati di dalam hanya dia yg tau.
Wajahnya sentiasa tenang 
Ketenangan itu lah yg menyokong saya utk terus berdiri.
Bacaan surah yasin nya menemani tidur isteri.
Hembusan doa di telinga Ja meruntun hati saya.
InsyaAllah Wan, Ja dengar tu…

Lelaki berdua ini cucu saya.
Dua cahaya mata Ja, belahan hati Ja.
Tak tahu apa apa.
Tak faham.
Ja, demi mereka berdua,
Kuatkan semangat dan bukak lah mata.
Anak2 Ja ni sangat2 perlukan seorang ibunda.
Tak sanggup rasanya nak lihat mereka tanpa Ja,
di usia semuda itu..

Lelaki lelaki ini,
Gagah perkasa berurat dawai, bertulang besi.
Kerana Ja, dawai besi bisa saja hanyut bersama emosi.
Berombak dada keluli kamu bila kamu cuba sembunyikan tangisan.
Tak apa, sebak itu tanda kamu lelaki yg punya perasaan.
Kamu lah lelaki kesayangan Ja dan menyayangi Ja.
Kerana sayangkan Ja, lelaki ini perlu ku pesan berkali kali,
If I may break down and crumble, its becoz I'm her mother, I am a woman, I am weak but you guys...
You r her heroes.
Be strong.
Be strong.
For the sake of Ja.

Bau

Pagi2 seawal 4 pagi saya update blog.
Early worm,
Hari ni nak cerita pasal bau.
Setiap malam saya di kejutkan dari tidur oleh satu bau yg lain dari yg lain.
Bukan bau perfume.
Bukan juga bau busuk.
Dalam tidur pun bila terbau saja, saya terjaga.
Dalam jaga, bila bau macam ni hati saya miss a beat.
Seriau.
Bau ni mengekori saya kemana mana saja.
Bau ni buat saya terhenti dari buat apa yg saya sedang buat.
Terkedu dan hati berdebar debar.
Resah.
Nak nangis pun ada.
Kadang2 bau ni datang bersama rasa sepi sangat2.
Bau bilik ICU.
Betul, bilik tu ada satu bau yg unik.
entah bau apa tapi bila dah lebih sebulan duk hidu bau bilik tu,
saya terbawa2 bau tu ke rumah.
Bila ter bau haruman bilik ICU,
Kecut rasa hati,
dan rindu pada Ja menjadi jadi.
Ja,
was that you Ja?
Did U come over to make sure that Mummy waz alright?
I miss U so much Ja.


Friday, June 21, 2013

Monolog buat Nawwal

Assalmualaikum Nawwal,
Dah banyak hari mummy  tak menangis.
Hari ni tiba tiba rasa nak menangis.
Nawwal punya pasal lah.
Bila baca komen Nawwal di facebook tadi tu,
Mummy was choking with tears,
Apa tidak nya, dah lama sgt tak dgr ja langgil Mummy,
tiba2 Nawwal sapa mummy..
Mummy ni Nawwal, mudah sangat tersentuh hati.
Dulu tak macam ni,
Lately hati rapuh.
agaknya kena tampal dgn gam UHU baru hati jadi heavy duty sikit.
Nawwal,
Bertuah lah mummy kerana mengenali Nawwal.
Bertuah nya Ja dapat kawan yg bernama  Nawwal ni.
Dari zaman persekolahan lagi persahabatan terjalin.
Di bibir Ja kalau tidak Nawwal, Najwa,
Kalau tidak Najwa, Nawwal.
3 sekawan.
Di hari perkahwinan Ja dulu pun Nawwal ada sama.
Nawwal share bilik dgn nenek Ja, Nawal tak kisah pun.
Hari2 terakhir Ja sebagai ibu mengandung pun Nawwal sempat jenguk Ja lagi.
Mummy ingat sgt betapa happy nya Ja bila tau Nawwal nak singgah lunch.
Nawwal janji akan dtg lagi untuk tgok baby Ja selepas Ja bersalin.
Janji telah dikota.
U come again and again to see her.
But Nawwal, she did not smile at you any more.
She did not tell me to cook lunch for you
She did not answer when you called her name
She did not even look at you.
Forgive her Nawwal, she tried.
She is still trying....
Nawwal,
The silence is heart breaking.
For all of us it is.
Astaqfirullah....






Time melawat pulak tak panjang mana...

Sukanya bila mereka jenguk Ja.
Kalau Ja tau, Ja lagi suka.
Bukan saja jenguk, tapi mereka turut mendoakan kesejahteraan Ja.
Ramai sungguh kenalan Ja, kawan baik Ja,sedara2 dan yg kerja sebumbung dgn Ja.
Mereka rak putus2 datang.Mewah nya doa buat Ja.
Alhamdullilah.
Kawan2 saya dan kawan2 Papa pun sentiasa datang dan bertanya khabar.
Yang tak kenal Ja pun ada juga yang datang jenguk.
Hari2 tak putus pelawat buat Ja sampai 'Si Jaga' pun pening dah.
Mungkin sebab cerita ja dah tersebar ke seentaro ceruk kot.
Bekas pesakit Ja pun ada yg datang.
Boss Ja jugak ambil tahu.
Ketua unit O&G Negeri, Dr Rahman sangat ambil berat.
Pengarah Hospital Dr Ghazali ada juga melawat.
Pengarah kesihatan negeri Datuk Dr Razim dah lebih dari sekali jenguk Ja.
Semalam Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia datang buat lawatan rasmi.
Bila tengok Papa, dia terkejut besar.
Mana tak nya, Datuk Dr Azmi Shafie adalah kawan kami semasa di London dulu.
Ja ni dah macam nak angkat dia (kebetulan dia tak ada anak perempuan)
Pernah makan sepinggan dgn Ja pun.
Terkedu dia sekejap bila yg di lawati nya ialah Si Pija yg dulunya kesana sini bersama keluarga dia.
Kalau lah Ann (isteri Datuk) tgok Ja macam ni, sah Ann akan buat saya menangis lagi.
Tak apa lah Ann, dah sebanyak ni rezeki Ja, kami redha saja lah ..
Tapi dalam ramai2 pelawat..
Lega hati saya bila saya lihat mereka ni..
Najwa, Dr Nawwal, Lina, Dr Fatin, Dr Illa,, Emi mokhtar,Nani, Ela dan Nisa,
Saya tau,Pija amat menantikan kehadiran mereka.
Mereka orang yg sgt dekat di hati Pija
Mereka sentiasa datang.
Bersama mereka saya bergantung di tali harapan.
Kalau putus pun, sama2 kami tersungkur.
Sama2 merasakan payah nya menggapai mimpi.

Thursday, June 20, 2013

Di tepi katil Ja

"Wan, tengok stokin makcik kat katil sebelah, warna lain2.."
-Kuk kik kuk kik, Wan dan saya gelak.

"Mummy, kalau Ja tiba2 bangun, siapa yg pengsan dulu, mummy ke Wan?"
-kik kik kikkk...kami gelak.

"Wan,Kalau lenguh berdiri lama, wan pakai saja lah alat yg misi pasang kat betis Ja tuh, pinjam sekejap"
- Kah kah kah kah...Wan dan saya ketawa.

"Mummy, kalau Jaga halau kita, kita pura2 jadi doktor nak?"
-Kik kik kik kik... kami gelak sambil mata intai Jaga.

 "Wan, tadi Misi tu ingat mummy ni kakak Ja.." Hehehehe...
"Ja, bangun lah cepat, mummy dah perasan tu..." Bisik Wan di telinga Ja sambil gelak.

Wan, kita berdua cuba sehabis baik untuk pamerkan senyum tawa.
Remuk redam hati di dalam tak siapa yang faham.








Benda baru

Baru lepas bincang pasal pemasangan PED di perut Ja.
Fening saya la, pasal 'Double Lumen Trach' pun belum khatam lagi belajar,
ni nak kena belajar benda ni pulak.
Banyak nya kecanggihan teknologi sekarang ni.
Macam macam benda ada untuk mudahkan cara penjagaan orang sakit.
Pesakit macam Ja ni, perlu penjagaan rapi.
Nanti ada lah  team yg akan ajar saya cara2 penjagaan/nursing care.
Harap2 mereka bersabar dengan saya yg 'Benok' nih.
Perkara paling penting ialah untuk tidak biarkan paru paru dia penuh.
Kena belajar sedut guna alat sedut tu.
Kena acap buat ni untuk elakkan Ja choking again.
Saya juga pastikan sendi2 dia sentiasa bergerak agar tidak kaku.
Ini saya pandai dah, dah belajar dari Physiotherapist baru ni.
Ja juga perlu di alih kedudukan setiap dua/tiga jam.
Ini masih di buat oleh Misi di ICU.
Nanti balik rumah, saya dan bibik lah yg akan balik2kan posisi dia..
Kalau tak diubah sekali sekala bimbang takut dapat 'Bedsore'
Well, so many new things to learn and my old brain is trying hard to cope.
But I will try, lama2 dah biasa buat tu ok kot.
Sebenarnya saya takut untuk hadapi kehidupan baru saya ni.
Takut nak melangkah ke depan tapi tak leh undur dah.
Takut saya tak dapat buat yg terbaik untuk Ja.
Tapi takut pun saya kena buat jugak, kena cuba jugak.
Ja, jangan risau, selagi mummy ada dan sihat, mummy jaga Ja.
We have each other.
I love you all the same although you can no more call me 'Mommy'

My Sleeping Beauty Ja masih tidor.

Tidor lah dulu semau mu.
Pulihkan semangat mu
Rawat lah setiap luka dan sakit
Tenang lah dalam mimpi mu.
Semalam sewaktu saya tinggalkan dia di Kamar beradu,
dia nampak sangat tenang.
Mata pejam rapat.
Seperti bayi yg bebas dosa,
damai di wajah nya.
Anggota badan nya amat lemah.
tapi dah cukup stabil untuk bekerja tanpa bantuan mesin.
Cuma yg merisaukan Misi dan Doktor yg merawat dia,
tekanan darah dan degup jantung yg masih tak sekata.
Tekanan darah dia tak hiraukan ubat yg di masukkan ke badan.
Naik turun seperti dia cuba untuk beritau sesuatu.
Kalau di ubah posisi tidur, darah akan naik mendadak.
Kalau kena posisi tidur, maka tidur lah dia dgn tekanan darah yg sangat cantik.
Agaknya dia tak suka posisi tertentu atau ada kesakitan yg tak kita tahu.
Wallahualam.
Semalam dia demam.
Suam sikit badan dia.
Tapi mata nya berkelip2 seperti mengerti tutur bahasa.
Wan tak jemu2 berbicara di telinga dia.
Cerita pasal anakanda, pasal mimpi mereka berdua.
Saya kadang2 buat2 tak dengar untuk mengelakkan tumpah air mata saya.
My Sleeping beauty,
Bangun lah...
Dah lama sangat Ja tidor.
Kan Ja janji pada mummy dulu,
Ja nak jaga Papa yg uzur, Ja nak pastikan Papa dapat rawatan yg terbaik.
In fact Ja kata Ja nak belajar lagi utk jadi Pakar Jantung.
Demi Papa.
Ja, mummy masih ingat,
 Ja sertai kursus mandikan mayat dulukan?
Kata Ja kalau mummy sampai waktu di panggil kembali oleh Nya,
Ja akan urus jenazah mummy.
Anak mummy yg akan mandikan mummy, sukanya mummy dengar.
Kalau Ja terus tidor begini, siapa yang akan urus jenazah mummy nanti?
Ja bangun lahhh...
Tak apa lah kalau pun Ja tak boleh uruskan jenazah mummy,
Mummy akan jaga Ja selagi Ja perlukan penjagaan.
Cepat lah bangun ok,
Kita semua tunggu ni...

Wednesday, June 19, 2013

Penipu

Sama ada saya ni penipu
atau pun saya ni optimis.
Mana satu saya pun tak tahu.
Nak kata saya ni penipu,
kenapa ramai pula yang sepakat dengan saya?
Ramai juga yg sokong saya jadi penipu.
Penipu yg menipu diri sendiri.
Nak sedapkan hati sendiri.
Cuba gula gulakan hati dan perasaan.
Atau mungkin kah saya ni hanya cuba bersikap optimis?
Think positive.
Sejauh mana saya perlu think positive?
Perlukah saya terus optimis dan buat tak tau apa yg saya dah tau?
Perlukah saya tutup telinga bila dgr perkara yg saya tak suka?
Nak dgr yg baik2 saja biarpun cerita tak sahih.

Kalau saya tanya Hubby saya,
Perlukah saya ni menipu diri sendiri atau terima kenyataan,
Sah2 kena marah sebab dia langsung tidak percaya pada statistics.
Those r only numbers kata dia.
She is different, she is my daughter.
Alangkah baik nya kalau saya boleh segagah dia,
tak berganjak dari dulu sampai la ni.
Kalau saya tanya pendapat Wan, anak2 lain atau sedara rapat,
semua orang asyik suruh saya terus berdoa dan bersabar.
Siapa kata saya tak berdoa?
Cuma tang sabar tu saya tak tebal mana..
saya ibu dia,
saya lah yg paling nak lihat dia kembali semula sebagai sedia kala.
Tapi saya rasa tak salah kalau saya tidak panjat pohon harapan tu tinggi sangat.
Lagi tinggi panjat, lagi sakit kalau terlucut dari genggaman.
Perlu bersedia untuk kemungkinan yg tak sanggup saya nak sebut pun.
Kan?
Sedia macam mana tu?
Saya tak kan mampu bersedia walau sedia tahu apa yg saya mungkin akan hadapi.
Yang mampu saya buat hanya lah berdoa
Fikir lah sebanyak mana pun, akhir sekali saya balik ke titik mula.
Berserah pada Dia, Tuhan yg maha kuasa.
Saya hanya insan yg lemah, semakin hari semakin lemah rasa nya...
Tak berdaya.


Di keheningan malam..

Pukul 1 pagi.
Terjaga dari tidor.
Tik tok tik tok...
Kenapa...
Mengapa...
Jika...
Kalau..
Agaknya..
Malang nya nasib saya.
Tik Tok
Tik Tok
Kul 2
Tik Tok
Tik Tok
Solat,
Doa
Bukak Quran, baca sekejap, nangis lama.
Diam dan tergolek atas sejadah.
Malangnya nasib saya.
Tik Tok
Tik Tok
Kul 3
Tik tok, tik tok..
Lambatnya pagi.
Malang nya nasib saya
Kul 4
Senyap sunyi.
Orang lain di buai mimpi.
Mimpi saya hanya mimpi ngeri.
Malangnya nasib saya.
Kul 5
Okey, boleh bangun bersiap siap utk Subuh dan saya nak ke Hospital.
Tidak ada yg lebih di tunggu2 dari waktu melawat Pija di ICU.
I'm comingggg......Ja, Mummy datang ni!
Sian Ja, malangnya nasib kita.

Tuesday, June 18, 2013

Misi

Di wad lain mereka beruniform putih.
Di ICU mereka berbaju biru, seluar biru dan berselipar getah.
Duduk di hujung katil, mencatat dan memerhati.
24 jam silih berganti.
Setiap kali saya masuk ke wad itu, mereka hadiahkan senyuman.
Manis.
Lembut tutur kata, indah budi bahasa.
Misi zaman sekarang memang mesra alam.
Rajin dan banyak membantu.
Setiap soalan saya di beri perhatian.
Bukan jawap ala kadar saja tapi panjang penerangan.
Semua misi macam ni ke?
Misi di wad biasa macam ni jugak ke?
Saya tengok misi di ICU tidak ada masa untuk duduk2 sembang2
Usahkan nak lelepkan mata, nak rehat pun macam tak ada masa.
Sekejap buat tu, sekejap buat ni..pesakit tak di biarkan berseorangan walau sekejap.
Saya tabik la...Saya pun tak boleh jadi misi sebaik mereka tu.
Kalau lah Pengarah Hospital tu kawan saya,
saya nak saja bagitau kat pengarah tu..
Tahniah lah, kakitangan awak di wad ICU Teratai, Hospital Raja Perempuan Zainab 11 sangat rajin.Semua sekali patut dapat APC tahun ni.
Oleh kerana saya tak kenal Tuan Pengarah tu maka saya hanya mampu berdoa...
"Ya Allah ya Tuhan ku, Kau murahkan lah rezeki mereka yg telah menjaga/merawat anak ku dengan baik, semoga keikhlasan mereka mendapat ganjaran pahala dari Mu.Aminnn...."

Semenjak bercuti dari menjadi Ticer.

Lepas subuh ke hospital.
"Assalmualaikum Ja, Subuh dah ni, bangun lah...."
Tu ayat wajib selain tanya Misi keadaan Ja malam tadi.
Pukul 7.15 hantar anak bongsu dan Papa ke sekolah .
9.00 pagi terconggok di Hospital sekali lagi bila ada urusan dgn Doktor/ Doktor Pakar dan sebagainya.
Kalau kebetulan tak ada urusan di hospital saya balik rumah.
Kalau balik rumah, lagi banyak kerja yg menanti.
Bukan kerja rumah, tapi kerja hati.
Masa duk sorang2 di pagi hari ni lah saya layan hati.
Saya menangis,kalau boleh rasa nak teriak guling guling.
Saya meraung dalam bilik air ke, saya meraung dalam bilik Ja ke, tak siapa nak saman.
Puas meraung saya solat hajat, baca Yasin dan buat apa yang patut.
Yer, saya masih waras dan masih percaya Tuhan sedang memerhati.
(Bab layan hati tu dah peel saya..Saya lebih lega selepas nanges guling2 gitu..)
Pukul 11 saya breakfast, tolak makanan masuk ke perut.
Mesti makan. Ajar mulut supaya nganga bila tangan suap.
Kadang2 roti yg lembut pun rasa macam batu bata.
Takper, push down dengan air susu.
(Ja hari2 di beri air susu pun tak komplen)
Kul 12 start enjin kereta utk fetch Papa dari sekolah.
Terpaksa fetch awal; sebab kul 1 dah nak jengok Ja.
Tengahari bersama Ja,buat fisio utk legakan urat saraf Ja.
Bercakap sikit sebanyak dgn Ja.
Wan join sekali, tgok Wan hati saya menangis didalam.
Sabarlah Wan, dah ini nasib kita.
Wan kena jadi gagah supaya mummy tumpang gagah Wan k.
Kul 2.30 tinggalkan hospital utk ambik Anis dari sekolah.
Mujurnya Anis tak byk soal kalau pun saya lewat ambik.
Dia amat memahami, terima kasih Anis.
Setelah lunch balik rumah solat zohor.dan tunggu asar.
Lepas asar terus ke hospital lagi.
Magrib baru balik...
Kadang tu kami balik dgn rasa lega,
Kadang tu pulang dgn menggalas resah yg panjang.
Bergantung kepada keadaan/perkenbangan Ja.
Malam kami adalah malam yg panjang
Kami menunggu pagi esuk nya, pagi yang tak pasti.

Sebulan sudah.


Mereka pohon saya meng'update'kan keadaan/perkembangan Ja yg terkini.
Mereka ni adalah orang2 yg mendoakan Ja dan sekaligus mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga.
Mereka ni juga lah yg bersama saya mengumpul sisa harapan yg masih ada.
Mereka mengheret saya untuk melangkah ke depan.
Gagah saya kerana mereka.
Mereka ambil berat, mereka ambil peduli.

Ok, saya cuba update.
Tapi kalau nak tau yg lebih tepat kena lah ke facebook/blog kawan2 Ja yg bergelar doktor.
Ulasan mereka lebih tepat.
Saya hanya update berdasarkan mata hati seorang ibu tua.
Yang saya tgok dan yg saya rasa.

Hari ni sebulan lah Ja terbaring di katil ICU.
Kalau nak di bandingkan dari hari pertama Ja diadmitted,
memang banyak sangat perkembangan positif.
Sekarang organ2 ja dah kembali bekerja tanpa bantuan mesin.
Jantung dah kuat untuk pam darah.
Buah pinggang dah boleh cuci kotoran.
Usus sudah berhenti bleeding,
Luka jahitan dah kering.
Paru paru dah hampir pulih sepenuhnya.
Ja sudah bebas dari mesin ventilator.
Dah bernafas sendiri dgn bantuan oksigen yg minima.
Cuma sekarang tekanan darah ja dan degup jantung masih tinggi.
Selain dari semua tu, yg paling saya harapkan ialah,
Ja sedar semula.
Tapi buat masa sekarang Ja masih belum mau kembali kepada saya.
Masih perlu masa untuk itu.
Semoga rezeki dia untuk menjadi ibu masih ada.
Itu saya serah pada Allah Taala.
Kita tunggu dan terus berharap dan berdoa sahaja.

Monday, June 17, 2013

Saya sedang belajar hadapi segalanya dgn redha.

Double Lumen Tracheostomy.
Kalau dulu saya tak tau pun apa ke benda ni.
La ni sejak hospital jadi rumah kedua saya,
saya dah tau dah.
Hari ni Ja akan di pasang benda ni menggantikan trache yg dia pakai sekarang.
Ni kira permenant lah, khas buat pesakit yg di jangka koma berpanjangan.
Koma Berpanjangan?
Haah?
Buat2 terkejut jer, walhal dah sedia maklum dan redha..

Pesanan buat Ja...
Ja, U better wake up before those people attach this to u...
God, Please wake her up.

Nak buat macam mana kan, ikhtiar selagi boleh.
Benda ni perlu di beli dari ENT Clinic.
Beli tak jadi masaalah, janji Ja dapat rawatan yang terbaik.
Saya pun kena lah bersedia untuk belajar handle alat ni.
Siapa sangka, bercuti dari menjadi Ticer, saya sandang jawatan Misi pulak.
Banyak yg saya dah belajar sebenarnya.
Segala istilah pasal perubatan dah saya hafal.
Silap hari bulan ngalahkan doktor..
Aduhh...Tersenyum dalam tangisan.

Sunday, June 16, 2013

Jangan cakap macam tu!

-Puan ibu pesakit yg bernama Dr Saidatul?
-Ya, saya.
-Ada doktor beritau puan mengenai keadaan anak puan?
-Ya, ada.
-Puan faham bagaimana serius nya keadaan dia?
-Ya, saya faham.
-Anak puan Dr Saidatul ni begini begini begini...
Puan perlu begini begini begini...
Bla bla bla bla bla bla blaaaa.....


Tuan Doktor, boleh saya cakap sikit?
Doktor,
Dok tor bukan Tuhan.
Doktor bukan Tuhan! 




Imaad dan Iyaad..2 pasang mata yg tak sanggup saya tatap lama lama.

Kamu berdua,
perlu kuat bukan kerana kamu lelaki,
tapi,
kamu lahir dari kekuatan seorang ibu yg cekal.
Imaad dan Iyaad,
Di depan mu sudah tersedia kepayahan.
Kamu berdua harus gagah ubah payah itu menjadi mudah.
Tidak mustahil.
Kamu boleh.
Kamu tidak menjunjung langit sendiirian, kami ada bersama mu.
Kamu juga tidak menapak di bumi ini tanpa sayang, kami sentiasa menyayangi mu.
Daddy, Grandma, Grandmummy, TokBah,Atok, Aunties and Uncles menjadi tulang belakang mu.
Urat nadi kami adalah urat nadi kamu berdua.
Kita sama sama lakar masa depan.
Imaad, berhenti lah bertanya di mana Mommy mu.
Iyaad, damai lah dalam pelukan nenek.
Mommy kamu ada bersama kita,cuma dia perempuan terpilih,
Perempuan yang dekat dengan Penciptanya, kita harus redha.
Jangan risau kedua cucu ku,
Yang paling utama,
Tuhan ada.

Saturday, June 15, 2013

Saya tak kuat...Tak reti nak kuat.

Betul sangat lah.
Betul saya sudah teramat tertekan.
Kehidupan saya sudah bernoktah sebaik dugaan ini melanda.
Apa lagi yg mampu saya buat?
Saya tak perlu menipu diri sendiri dengan terus terlalu mengharapkan keajaiban Tuhan.
Saya perlu bersedia untuk hadapi segalanya, rela atau tidak, suka atau tidak.
Pilihan tidak di tangan saya.
Allah sudah tetapkan begini percaturan hidup saya.
Betul sangt lah .
Saya tidak tebal Iman.
Saya jahil.
Kerana itu lah kesabaran saya dlm menghadapi ujian dari Nya tidak sehebat orang lain.
Sudah banyak ujian lain yg mampu saya hadapi dengan berlapang dada.
Selama ini pun saya sering di uji.
Tapi ini adalah ujian yg amat berat. Terlalu berat.
Kalau awak rasakan awak lebih pandai mengurus stress dari saya,
Kalau awak rasa awak lebih bertakwa dan beriman dari saya,
Awak mungkin lebih redha, lebih sabar dan lebih pandai berkata kata,
maka apa kata awak cuba menjadi saya.
Cuba berada di tempat saya.
Bukan hanya ini saja dugaan yg perlu saya hadapi,
segala macam komplikasi yg berkaitan dgn nya pun saya kena fikir dan urus juga.
Benda lain dah tak kuasa saya fikir dah.
Urusan dunia yg lain dah tak ada dlm senarai dah.
Tak sempat otak saya nak timbang tara.
Jiwa saya bercelaru, hati dan minda bercakaran.
Sabar Hani,
Solat hajat Hani,
Doa banyak2 Hani,
Baca Yasin Hani,
Buat tu Hani,
Buat ni Hani,
Dah penuh telinga dah.
Dah cuba segala ikhtiar.
Saya masih yakin Tuhan ada, Dia mendengar.
Kerana keyakinan itu lah saya masih boleh menaip walau haru biru
Kerana yakin Tuhan tidak lupakan saya lah saya boleh terus mendoakan kesejahteraan anak saya.
Cuma sebagai manusia biasa yang byk kekurangan, saya ada kala merasa putus asa.
Contohnya sekarang,
Waktu ini dan saat ini,
saya amat kesaorangan dan memerlukan tempat kongsi rasa.
Mengadu pada Tuhan tu memang lah,
tapi ada kala nak juga mengadu pada manusia yg ambil peduli.
Tapi pada siapa?
maka ini lah jadinya, blog saya menjadi mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...