Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 24, 2012

Kalau kena batang hidung saya yg kemik ni, jaga awakkk.......

Pergi lah kemana sekali pun,
Tak kan dapat lari dari 'senang di dengki, susah di benci'
Menjadikan kita sesak nafas.
Dengki..
Kuman yang sekongkol dgn Fitnah.
Lahir fitnah sebab dengki.
Dengki pun merebak dan membawa wabak fitnah.
Kaki umpat adalah pembawa virus yg aktif.
Kesian mangsa yg tak berdosa,
dapat habuan 'benci' pula.
Yer, betul sangat lah, Tuhan bagi dia pahala yg berganda.
Tapi kalau kita di tempat dia,
Apa rasa?
Yang antibody 'sabar' banyak tak per...Diam jer..Alhamdullilah.
Kena yang dari kecik lagi 'peel huduh' macam saya ni,
Mau nya diam...
Ada serangga perosak yang nak kena sembur Ridsect nanti.
Kalau buat macam tu kat saya, ada yang akan menangis rasanya.
Siapa,menangis?
Saya lahhh.....
Samseng Kg Dusun memang macam ni
Berani di belakang jer...Huhuhuhhuuu....!

Wednesday, May 23, 2012

Saya bergelar juara hari ni..Tahniah Tahniah Ticer Hani..

Kalau dah kaki bangku tu, sampai ke tua pun masih kaki bangku.
Zaman sekolah saya memang terkenal kerana tak pernah sertai acara sukan.
Bila di maktab perguruan dan sukan itu satu kewajipan, saya cuba cuba juga hanya untuk meluluskan diri.
Tu pun pensyarah puas bebel sebab memang saya lah yg selalu tak lepas ujian saringan .
Lari tak pandai, lompat tak pandai..hantar bola tak pandai, sambut bola tak dapat..
Memang failed bab ketangkasan.
Bila jadi cikgu ni, saya lebih tumpukan ke bidang ko yg lain.
Tapi bila hari guru..Ada acara padang, saya lah yg paling menggelabah.
Semua orang tak nak geng dgn saya..
Saya ni punca pada kekalahan orang lain, memang pun.
Tapi tadi saya main bowling sempena hari guru..
Jeng jeng jenggggg...Saya dapat juara lah awak.
Juara Bagi kategori 'Bola Paling  Banyak Masuk Longkang"
Saya lah tu.....

Tuesday, May 22, 2012

WGX 1184, jadikan lah ini satu pengajaran.

Saya baik hati tadi.
Tu pun kerana saya tengok dia sebaya dengan anak gadis saya.
Kesian pulak rasa nya nak minta dia bayar ganti rugi.
Tak terniat sikit pun nak mintak ganti rugi.
Cuma saya nak ingatkan dia jer,
Lain kali kalau bawak kereta tu biar berhemah..
jangan main bedal ikut suka macam tu.
Kan dah kena kereta orang lain, kereta saya lah.
Dah calar dan kalau saya minta bayaran tak ke nanya?
Berkali kali awak mintak maaf,
Makcik tau awak takut.
Semua tu tak penting wahai anak.
Makcik bebel panjang bukan kerana tak maafkan awak,
bukan kerana nak ambil tindakan undang undang.
Sekali2 bukan kerana nak minta duit dari awak.
Bukan,
Makcik cuma terbayangkan kalau lah anak makcik yg berada di situasi anak tadi,
alangkah takut nya dia bila buat kesalahan jalan raya dengan bersaksikan banyak mata.
Kerana itu lah makcik pot pet pot pet pot pet.
Marah? memang lah marah,siapa pun yg duk di tempat saya akan merasa marah.
Tapi marah saya, marah seorang emak kepada anak sahaja.
Menasihati kamu dan berharap kamu lebih patuhi undang2 jalan raya.
Eh yang kamu menangis tu naper?
Tazkirah ni free tak berbayar pun.
Saya yg sepatutnya menangis, tak pasal2 kena kuar duit baiki kereta lak ni..


Berkata lah hati...

Nak nonton TV boleh, banyak channel ada.
Nak ngadap Laptop pun boleh, masa sentiasa ada.
Nak senbang kosong pun boleh, kawan2 sentiasa ada
Nak gi ngaji Quran dan lepas tu makan2, santai2 dgn geng  pun bisa aje.
Nak masak, nak main dgn cucu, nak window shopping, nak melancong,
nak apa sebut saja........
Semua boleh...
Tapi kenapa ada ketika nya dalam keriuhan, kehidupan ini terasa sangat2 sunyi?
Amat sunyi.

Monday, May 21, 2012

Orang penakut yg sakit gigi

Siapa tau ada tak Dentist yg boleh bius saya sampai saya tak rasa apa apa, biar saya pengsan terus pun tak per..Dah saya pengsan tu hentam jer lah nak simen ke, nak cabut ke ..Saya takut sungguh ni..
Please, bagi saya no dentist tu, nak call jam ni jugak......

Sunday, May 20, 2012

Testing kesabaran mak dia..

Nenek bawak Imaad jalan jalan.
Singgah minum2 kat Cafe yg cantik ni.
Tapi Imaad tak nak duduk kat meja, dia nak meneroka setiap penjuru Cafe.

 Dah siap keluarkan motor yg baru di beli.
 Usung kesana kemari..Brooomm...broomm..Bising!
 Makin di saman makin menjadi jadik..
 Kan dah siap panjat dinding dah motor tu..Sabor jer laaa Nek.
 Mummy Imaad cuba skill pujuk yg tak menjadi.
 Makin meronta ada lah..Nasib baik tak nangis guling2..
 Aunty pun sedaya upaya awasi setiap langkah Imaad..Makin laju lari nya.
Nenek rasa lah Mad, tak lama lagi ada yang nak kena cubit dengan mummy Imaad ni...

Berangan angan nak masuk TV jadi host masakan lah ni..

Ok puan2 dan penonton yg di hormati,
hari ni kita akan masak kueh tradisional pulak yer.
Bahan2 nya ialah..

Mula2 blend semua bahan tu sampai halus.
Biarkan selama 3 jam atau kalau blend ni waktu subuh,
Solat dan tidur balik, dan bermimpi satu bab lagi cukup lah.
Dah cukup masa, bangun dan mandi dulu,
(tu pasal lah Chef dah tukar baju,,)
Lepas tu cepat2 gi tengok adunan tadi.
Dah kembang kan puan2?
Kalau tak kembang buang jer(sambil marahkan resipi)..
Kalau kembang masukkan pewarna dan 'Eno'
Opss..!, Panaskan kukusan sebelum buat tu..
Pakai kuali mcm saya ni pun boleh.
Maaf kuali cap apa tu rahsia..hehehe
Tuang ke dalam acuan dan kukus.
Tunggu 15 minit...Taraaaaaaaaa.....?
Jadi tak?
Ala frust nyerrrrr...Tu ayat boleh di pakai guna kalau tak menjadi.
Kalau menjadi, hidang dengan kelapa parut.
Panggil lah sekelian anak negeri menjamu selera.
Yang tak best nya ada orang cakap,
"Tak best la breakfast kueh ni, nak burger."
Pulakkkkk dah!

Saturday, May 19, 2012

Yang tak minat tu, duk diam diam kat rumah...

-Kimi, tolong kuar beli daging jap.
-Mana ada Kimi, semalam dia dah ke Kl, tgok bola
Ok, kena kuar ke pasar sendiri lah ni
-Mail, nak daging sekilo..Ops, MokNik jual daging hari ni?
-Mail gi Kolumpo, tengok bola.
Hmm...
Singgah beli 'Nasi Dagang'.
-Eh Kak Dah, sorang ke?
- Apa nak buat Hani, yang kaum Adam kat rumah tu semua dah ke Kl, tgok bola. Tinggal lah saya dgn Si Aisyah tu.
Hmm....


Hari ni kaum Adam di tempat saya hampir pupus.
Bola punya pasal.
Esuk.
Balik rumah hati hati,
kang makan 'Sup Bola'
Siapa nak resipi, saya ada.


Friday, May 18, 2012

Tadi iklan bedak, Ni iklan acah aje tau...

Raya belum, Puasa pun belum,
tekak rasa nak makan biskut raya.
Semperit.
Hapa susah, dah tak der siapa nak ambik tempahan, sendiri buat lah.
Ini 'semperit Ulat Bulu', kes serupa ulat bulu.
Biar pun ulat bulu rasa nya sedapppp...
Ada siapa2 nak tempah?
SORYYYYYYY.......!
Buat untuk makan jer...
(Kalau buka untuk tempahan pun tak siapa hingin nak tempah biskut macam ni rupa!)

Iklan Free.

Pernah tengok bedak ni?
Pernah pakai tak?
Saya suka bedak ni.
Sangat sangat suka.
Walau hanya dalam tin empat segi yg tak lawa,
this is the best!
Tak berjenama pun, bedak yg di jual di kaki lima saja.
Beli kat sempadan masa shopping dgn kawan2 hari tu.
Kat sini pun ada cuma harga x serupa, tapi masih katagori murah.
Betul murah..Tak caya?
Ok kalau awak tak pakai bedak murah, abaikan iklan ini k.
Bagi saya bedak ni amazing lah.
Bau nya segar..Bau macam sabun.
Bila pakai lepas mandi, rasa segar, sejuk/cooling.
Macam berangin2 gitu..
Sebenarnya ia untuk melegakan ruam.
Kalau gatal2 ruam di badan memang cepat sgt lega.
Tapi tak ada ruam pun saya pakai jugak.
Memang tak leh tak pakai..suka sangat.
Acu Cuba try test...Betul kan?


Wednesday, May 16, 2012

Mereka lebih kenal saya dari yang saya jangka..

Hari Guru memang lah meriah.
Tahun ni persembahan guru kira on the spot.
Main hentam saja tanpa rehersal dulu..
Tapi tak per, tgok murid2 terhibur sudah cukup.
Nak cerita juga bab hadiah dari murid2.
Walau pun saya ni terkenal garang tapi anak murid saya masih lagi hulurkan cenderahati buat saya.
Bila bukak saja pembalut hadiah2 tu saya tersenyum sendiri.
Pandai mereka cari hadiah yg memang menepati citarasa saya.
Budak2 ni rupanya tidak hanya melihat saya sebagai specis yg masuk kelas dan keluar kelas.
Mereka mengkaji saya sebenarnya..
Mereka tau saya suka warna Pink..
Maka di hadiahkan sepasang kain dengan tona warna pink.
Selalu sangat tgok saya pakai warna ni kot.
Pen pula semua warna hitam dgn merah jer.
Setahun tak beli pen lah Ticer kali ni.
Mutiara pun ada?
Kamu tau tangan Ticer kosong jer kan..
Esuk sah Ticer pakai ke sekolah.
Selipar getah?
Owh, kes Ticer selalu sakit tumit lah ni ..
Esuk bila sakit tumit Ticer tukar high heels Ticer dgn selipar ni k.
Yang ni Ticer suka sgt.
Chocolate.
Macam tau2 saja yang Ticer ni hantu chocolate.
Yes...Thank You Kids.

Sebenarnya kita orang dewasa ni lebih banyak belajar dari anak2 yang amat jujur sifatnya itu.

Tuesday, May 15, 2012

Tercapai jugak cita cita saya..

Bila besar nanti nak jadi apa?
Saya nak jadi Jururawat.
Saya nak jadi hakim
Saya nak jadi Polis
Saya nak jadi Kerani
Saya nak jadi Model
Saya nak jadi Pekebun
Saya nak jadi Tok Imam
Saya nak jadi Artis
Saya nak jadi Kaunselor.

Alhamdullilah.
Sekarang saya dah jadi 'cikgu'
dan semua jawatan di atas tu saya pegang jugak.

Sunday, May 13, 2012

Mommy is ok, don't worry kids.

Anis, have I told you before that mommy loves you very very much?
The same goes to Along, Farah, Kakak, Wan, Chik n KakNik.
So,
Mothers day or not,
come rain or shine,
the most important thing is
whether you all like it or not,
I am your mommy,
for the rest of your life, no spare parts.
Bear with me k.

Saturday, May 12, 2012

Penumpang tegar di hati mu.

Di hari  hari begini.Di saat2 jambangan sayang
dan kiriman cinta sesak memenuhi udara
Ingatan2 buat Bonda mengingatkan aku,
Aku juga punya 'Ibu'.
Aku melewati awal kehadiran diri.
Datang ku tanpa di rancang,
bak tetamu yg tak di undang,
tidak diperlukan.
Kasih bertukar tangan,
tumpang berteduh di redupnya simpati orang.
Tumpang bermanja..Tumpang membesar
Dan tumpang menjadi dewasa.
Sehinggalah
Satu hari dia hulurkan salam pertalian.
Aku tidak pernah lupa dari rahim siapa,
yang pernah ku huni 9 bulan lamanya.
Berkongsi rasa.
Berkongsi nyawa..
Takdir memisahkan dan Tuhan menentukan.
Aku yakin Tuhan tahu yg terbaik buat ku..
Tidak mau menyalahkan sesiapa,
Mungkin sudah demikian perjalanan cerita ku.
Sentiasa menumpang, sekarang pun masih menumpang.
Selamanya pun menumpang di hati orang.
Tidak pernah bermukim..

'Selamat Hari Ibu' buat semua yg bergelar ibu.
Buat Ibu ku.
Simpan lah sisa kasih sayang mu yang masih ada,
sekiranya masih ada.
Selagi nafas masih memerlukan nyawa,
Selagi itu lah aku perlukan sedikit tempias kasih sayang dari mu..... Ibu..

 

Friday, May 11, 2012

Tengok lah...

Kasih sayang tak perlukan 'Hagen Dass'
Cukup dengan ais krim kampung yang tak berjenama.
Di jaja rumah ke rumah setiap kali matahari condong ke barat.
Datuk dan nenek ini tidak perlukan 'Baskin Robbins'
Dengan melambai ke arah bunyi loceng Si penjual ais krim,
Sudah cukup membahagiakan hati cucu cucu
Ais krim dalam kon perasa strawberry melimpah berlengas di baju.
Melekit dan melekatlah kenangan ini sampai bila bila.
Tak per, makan lah cucu.....Atok pun nak satu.
Kasih sayang atok nenek sudah cukup mewah gula cinta..
Amat manis....Melekat kemanisannya di hati setiap yg memandang.
Bertuah nya cucu2 berdua.
Makan lah cucu dan makan lah datuk.Sejuknya pandangan mata.
Seperti ais krim yg cair di tangan mereka,
Cair hati saya melihatkan kemesraan Atok dan cucu ini.

(Cikgu Haslina, maaf curi dari album Na tanpa izin terlebih dahulu...)


Thursday, May 10, 2012

Tak pasal2 saya rasa terhina pulak...

Cuba baca komen pasal video penderaan kanak2 yg masih hangat di perkatakan tu...

wawa May 9, 2012 at 9:50 pm
rupanya mak budak tu sakit mental kesan dari kena rogol
then baby tu sebenarnya hasil benih anak luar nikah dari si perogol
maybe sebab itulah betina tu gila mereng jer ngan anak dia
kalau trauma sekalipun jangan ler diseksa baby tu camtu
dia kan boleh kasi kat orang lain
mmg gilaaaaa….
dengar cerita betina ni orang kelantan
kalau kelantan no wonderlah perangai buruk macam itu

Wahhhh.....Assalamualaikum Wawa, awak ni tak sayang mulut nampak nya.
Saya anak Kelantan dan bangga jadi anak Kelantan.

Tuesday, May 8, 2012

Hari ni hari 'Bekeng' saya...

Huish...Memang saya naik hantu tadi.
Mau nya tidak,
Dah dua hari duk ajar dua ayat yg sama.
Ulang ulang sampai penat dah mulut nih.
Masih tak boleh.
Masih duk sebut entah hapa hapa, ikut sedap mulut nak sebut jer.
Segala mak nenek cara dah saya cuba.
Suruh balik baca di rumah, dia tak baca pun.
Hari ni masuk kelas dengan tergagap gagap.
Saya ni punya lah frust..
(Hanya seorang cikgu saja tau besar mana frust kalau yang di ajar tak lekat dlm kepala budak)
Cuba ajar sekali lagi, malah ulang2 entah berapa kali lagi.
Mulut pun dia tak nak bukak, kalau tak de cikgu dlm kelas bising nya bukan main.
Garang? memang saya garang sangat2 tadi. Menyinga.
Geram tahap gaban.
Kerana ingatkan budak ni anak orang lain,
saya urut dada, sabar ticer sabar...cool sekejap.
Aduhhhh....Bila marah2 macam ni,
esuk mula lah ada yg tak datang sekolah takutkan cikgu garang.
Mak bapak pun mula lah calling2 Guru Besar..
Sudah nya kita yg berhempas pulas nak anak dia orang boleh membaca jugak la yang salah.
Di biarkan salah,
Di ambil peduli pun salah.
Saya ni kerana sayangkan anak2 orang lah yang cuba juga tanpa putus asa.
Kalau saya tak sayang, saya peduli hapa dia org boleh ke tidak, gaji tetap jalan.
Itu lah, saya paling kecik hati kalau ada orang kata cikgu garang sebab cikgu bukan ngajar anak sendiri.
Awak nak tau, awak datang tgok sendiri macam mana saya ngajar anak saya.
Nasib baik anak saya tak call 'teledera' jer...

Tanya siket boleh?

Kamera murah
Fotografer pula tak mahir.
Kalau tidak sah lah foto ni laaaagi cantik.
Tapi bagi saya dah cukup memukau dah.
Agak agak laaa...
Kalau guna kamera mahal,
dan tukang snap foto ni 'Pro',
'Model' kat dalam foto di bawah ni,
boleh nampak sikit kurus tak?
Kalau tua pun nampak sikit muda kot?
Kalau muka tak lawa?
Boleh ubah jugak?
Heheheheee...tanya aje, tak salah kannnn?

Sunday, May 6, 2012

Makin hari makin besar.
Makin hari makin berdenyut denyut.
Terletak dekat mulut lak tu, kalau bercakap mesti jadi perhatian orang.
Muda2 dulu tak pula ada benda ni kat muka.
Dah tua macam ni baru nak ada.
Habis tu nak buat macam mana?
Picit?
Sakit woii..
Biarkan?
Ni tak boleh jadi...
Esuk nak gi sekolah pun malu kat anak murid.
Saham merudum nanti.
keh keh keh..macam lah murid kesah sangat cikgu ada jerawat ke tidak.
Ok murid2 esuk belajar tajuk bentuk muka bumi.
Ni contoh batu.
Jerawat batu.
Tolong la awak, nak buat camna nak bagi cepat sembuh ni?
Buruk tul lahh...

Saturday, May 5, 2012

Di hujung minggu ini jentayu beterbangan..

 Jentayu yg patah sayapnya..Tetap terbang membelah angkasa. Di Pantai Batu Buruk ini ombak menjadi teman..
 Pasir pantai yang menyapa kaki ku.. bawa lah daku hanyut ke lautan biru...
 Indah nya mentari yang pecah di pagi ini..Keindahan pemandang yg terganggu dek 'MODEL' yg hidung tak berapa mancung, itu pasal lah pipi nampak tersorong sorong...
Dah puas bermain pasir saya jejaki kaki langit Ampang..Di jendela senja ini, hati saya temui traffic jem...Pulak!

Friday, May 4, 2012

Tuhan pinjamkan dia untuk ku sayangi..

Dah nak sama besar dengan kasut saya
Baru semalam rasanya dia lahir ke dunia.
Dia lah teman saya, satu2 nya anak yang masih berada di bawah bumbung yg sama.
 Anis, nanti siapa nak temankan mummy bila Anis tak ada?
Sunyi lah mummy.

Wednesday, May 2, 2012

Memperkenalkan.....

Ini Debu.
Yang putih tu Susu.
Susu Debu
Kejap baik, kejap bergusti
Dua dua saya sayang.
Kucing tau menghargai kasih sayang.
Tau setia pada tuan.
Tak macam orang.
Ini pula Tiger.
Tiger tak sihat.
Sakit perut
Susut badan Tiger..
Dah bawa ke klinik.
Cian Tiger kena makan ubat.
Tiger tak suka makan ubat.
Payah sungguh.
Ada 3 ekor lagi kat luar.
Tak perlu diperkenalkan.
Saya dah perkenalkan mereka dulu.
Esuk, saya nak perkenalkan sekor lagi.
Esuk saja yer.
Kenapa tak leh perkenalkan hari ni?
Cer teka kenapa..
 

Tuesday, May 1, 2012

Dah orang suruh bercuti..

Pejam
Celik
Pejam
Celik.
Tak buat apa apa.
Anggota badan lesu tak buat apa apa
Kelopak mata saja bekerja di 'Hari Pekerja'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...