Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 30, 2012

Apa salah budak ni?

Anak murid saya di tangkap mencuri Hset guru pagi tadi.
 Dia seorang kanak2 perempuan berusia 9 tahun.
Ibu bapa tidak mengenal tikar sembahyang, puasa pun jarang2.
Bapa tidak bekerja dan kaki judi.
Kasut yg dia pakai koyak dan baju lusuh dan comot.
Wajah nya menggambarkan kemiskinan.
Apa kah yg menjadikan anak ini panjang tangan?
Kurang didikan agama kah?
Kepincangan hidup kah?
Kerongkong saya tersumbat bila dia mengalirkan air mata...
Apa pun alasan nya, mencuri itu tetap salah.
Perlu di ambil tindakan.
Tapi nak denda anak ke nak denda mak bapak ni?
Entah lah, tak tau nak cakap apa dah ...

Ku berseru pada mu...

Hiburkan lah hati ku..
Dendangkan lah jiwa ku...
Huhuhuhuhhuuuuu...........
Jiwa Kacau.

(Entah hapa hapa saja lah pagi pagi buta ni...)

Wednesday, August 29, 2012

Bantu orang yg tersepit...Kita pulak yang terperangkap.

Merayu macam ni boleh ke?
1. Awak, bila awak nak bayar hutang awak ni?
2. Awak, cukup bulan ni awak jelaskan semua hutang awak ok?
3. Awak, saya tak de duit nih, boleh tak awak bayar hutang awak tu?
4. Awak, saya nak minta awak jelaskan hutang awak, itu pun kalau awak ada duit.
5. Awak, awak jelaskan dulu hutang2 lama tu, nantikalau awak kesempitan,saya bagi pinjam lagi.

Ke patut saya jadi brutal dan cakap macam ni...
1. Wei, hutang bila mau bayar a?
2. Wei,bayar lah hutang lapuk tu,apa awak ingat, duit tu baaaapak awak punya ke?
3. Wei, awak nak bayar ke tak nih?
4. Baik bayar cepat, saya tiru stail Along baru awak tau!
5.Awak ingat saya ceti yg dapat untung dgn bunga hutang ke? Illek!

Ke saya patut ambik jalan mudah dan bertindak begini...
 Hutang? Bila pula saya bagi awak pinjam duit saya? Forget it lah. 

Tak tau.
Buntu.
Dunia sekarang ni dah terbalik.
Kita yg bagi pinjam duit pula yg jadi serba salah.
Dia relax jer.
Silap hari bulan kita yg kena sembur.
Aduiihhhh....Nak buat macam mana nih?
Fenin.
Yang berhutang tak fenin, kita pulak yg fenin kepala jadi nya.

Tuesday, August 28, 2012

Mengemas otak

Mengemas rumah sudah.
Mengemas laman sudah.
Hari ni sudah tiba masa nya saya nak mengemas otak.
Kena asingkan apa yg perlu di simpan dan apa yg perlu di buang.
Semak dah ni.
Harap harap lepas mengemas nanti otak lebih lega.
Ruang lebih bersih.

Monday, August 27, 2012

Siapa kah 'Dia' ?

Dia nak rasa di perlukan, bukan di pergunakan.
Sebab dia bukan lah 'Toys' atau permainan.
Dia bukan juga perhiasan yg di letakkan di dalam almari kaca.
Bukan juga quran buruk yang berdebu dan usang.

Dia nak rasa di sayangi seikhlas nya, bukan di cemari dusta.
Jangan pura pura, sekadar mengambil hati,
sekadar untuk menyembunyikan perasaan benci
Dia bukan nya akar yg hanya berguna bila tidak ada rotan.
Dia manusia.

Dia nak rasa di hargai, bukan nya di beli.
Hentikan rasuah hati, sudah sudah lah mengumpan puji.
Pandanglah dia dengan kasih sayang,
Renungkan lah ke dalam jiwa.
Ubatilah luka.

Hidup ini sementara.
Sebelum dia menutup mata, dia memang sentiasa berharap
di suatu hari yg indah berseri,
Dia akan dicintai.

Sunday, August 26, 2012

Kucim kucim ini sudah mandi..Awak dah?

Susu, Debu dan Tiger.
Baru mandi.
Harum.
Hari ni beraya dengan kucing.
Susu tu baru tumbuh bulu selepas sakit baru baru ni.
Tiger pula dah jadi kucing dewasa..
Debu macam biasa lah gemuk menjadi jadi
mereka ni kalau dapat keluar dari kandang, happy sungguh.
Berlari berkejaran.....
Nikmat bebas yg tidak di rasakan oleh yg terkurung.



Saturday, August 25, 2012

Tanda2 penuaan yg tak dapat di ubati dengan krim anti penuaan.

Nak keluar beli susu cair.
Singgah kedai cat beli varnish.
beli berus cat.
Balik rumah.
Susu cair tak beli pun.
Karang keluar lagi.
Nak beli susu cair.
Sampai kedai runcit jumpa kawan.
Dia cakap nak dtg beraya kat rumah ptg nih.
Saya beli kue tiaw nak goreng dgn kerang.
Beli sayur, telur dan tauhu.
Balik rumah nak masak buat tamu.
Susu cair tak beli jugak.
Siapa nak keluar tolong belikan mami susu cair.
Mami nak buat apa lagi dengan susu cair,
kan mami dah beli hari tu, ada dlm kabinet tu...
Oh yer ke?
Lupa.

Yang ni masuk sini, yg tu letak sana....

Dalam ramalan Nujum Pak Belalang lah,
Seluruh malaysia, semua ibu2 muslim di waktu ini..
sedang mengemas...
Betul tak?
Dapur yg tunggang langgang sempena masak memasak marin,
perlu di kembalikan ke keadaan asal.
Raya tu raya jugak,
masak tu masak jugak.
Tapi sekarang masa untuk acara berkemas.
Pinggan mangkuk perlu dilap, disusun,di simpan balik dlm kabinet.
Periuk belanga jangan pula terbang melayang, susun eluk2.
Bahan dan kelengkapan memasak lain nya semua perlu di caturkan kedudukan.
Budak2 dah habis cuti, assistant dah tak ada.
Tinggal lah bibik yg terpaksa kerja lebih masa membantu saya.
Aduhhh...Ni lah hasil dari beraya sakan, masak sakan dan enjoy sakan.
Tak per, penat pun rela.
Setahun sekali jamu sanak sedara dan kenalan apa salahnya,
.
Janji bahagia.

Friday, August 24, 2012

Tanda Raya dah habis...

Sepi di setiap penjuru ruang.
Tamu datang tamu kembali
Syawal masih di sini tapi kemeriahan sudah surut.
Ruang yang kelmarin penuh riuh dengan saudara dan taulan,
kembali kaku dan beku.
Rupanya penyaman udara boleh juga membekukan hati.
Yang tinggal hanya sisa kenangan pertemuan.
Yang ada hanya ingatan berkekalan.
Yang tinggal hanya kosong.
kosong
kosong
kosong
Dan saya kembali menjadi saya.
Ngadap TV dan Laptop
Esuk2 panjat tangga sekolah seperti selalu
Kembali menjadi 'Ticer' yang sentiasa sakit tumit.
Kembali menjadi ibu tua yg rindu.
Itulah rutin kehidupan saya sebelum kembali mengadap Dia.

Thursday, August 23, 2012

Pelik ke saya ni?

Hari ni saya nak cuti masak.Harap2 tak ada yg bermasaalah dengan tindakan saya ni.
OK, cuti masak tapi makan tak cuti.
Boring benar dah asyik rendang, ketupat, sate, lontong, dan kuah kacang..
nasi lemak, nasi minyak, nasi segala jenis nasi dan mee segala jenis mee..
Kek, puding dan 1001macam juadah dah takleh telan dah rasa nya.
Saya dah nekat, pelik ke tidak saya nak makan GCB hari ni.
Hello....
1300 13 1300..........
Apa?
Harap maaf, panggilan anda akan di sambung sebentar lagi..
Sibuk?
Ramai juga orang lain yg pelik macam saya rupa nya.

Wednesday, August 22, 2012

Ni yg tak best ni....

Time raya tu semua anak menatu ada.
Macam macam peel.
Bising. Riuh. Seronok.
Kelmarin yang ni dah mula kerja.
Tadi yang ni dah bertolak balik ke KL
Esuk2 yang ni pula akan balik ke asrama.
Segala keriuhan akan menjadi kenangan
Senyap sunyi lah hati ibu tua ini.
Ni yang tak best ni...
Raya adalah keriangan yang sementara.

Saturday, August 18, 2012

Main lah dengan saya..........

Nenek sibuk buat kueh
Atuk sibuk menjawap panggilan /ucapan .
Mama sibuk cucuk sate
Abah sibuk mengecat
Uncle Chik sibuk agih buah tangan kepada jiran
Aunty Anis sibuk mengemas
Aunty Anik sibuk menyibuk
Bibik lebih2 lagi la sibuk nya
Habis tu siapa nak main dengan saya?
Boring nya saya ni.....

Friday, August 17, 2012

Jadi ke raya ni?

Ada 1001 perkara yg sudah buat.

Masih ada 1001 perkara yang perlu di buat.

Cuma satu perkara ni saja yang tak kan saya buat setiap kali beraya.

BERDIET

Katakan 'TIDAK'  pada berdiet.

TIDAKKKKKKKKKKKKK...!

(Lepas raya nanti N3 mengenai lebihan timbangan berat badan pasti menyusul..Sesal kemudian berguna juga, sekurang kurangnya dapat mendaulatkan selera makan..Biasa lah tu )

Thursday, August 16, 2012

Pulanglah perantau...


Camar yang beterbangan,
pulang mencari sarang.
Lautan itu kadang kala terlalu luas,
Pantai juga yang setia menanti.
Hinggaplah di dada ku ini,
Rindu adalah butiran pasir yang terdampar.
Ombak menyapa walau sementara
cukup untuk membasahkan mata
seorang ibu tua
Pulang lah anak,
Pulanglah berhari raya.....
..

Wednesday, August 15, 2012


Papa Ku Pulang dari Kota...Papa Ku Belikan Kereta

Teruk la saya ni.
Orang lain sibuk nak beli baju raya saya sibuk nak beli dot dot dot.
Nak tergelak jugak, soal hati ni payah di jinakkan.
Tak per,
Saya tak marah pun tak der baju raya.
Saya okey jer pakai kasut lama
Langsir tak berganti pun tak kisah.
Tapi saya sedang mengharapkan dot dot dot ni..
Rindu nak bertemu sebelum raya.
Rindu nak bersama di hari raya.
Dulu sebelum dia ada untuk saya, saya tak rindu pun.
Dulu kenal pun tidak.
Nama pun saya tak tau.
Tapi bila dah tgok tu hati terpikat.
Alhamdullilah, Syukur.
Saya yg stering kereta sentiasa di tangan ni merasakan kereta adalah keperluan,
jangan pula kaitkan dgn kemewahan.
 Bukan milik saya pun,
Milik orang.
Hak milik CIMB,
Kereta loan lah awak.
He he he...
Soalan cepumas,
Ada orang nak tolong bayar cash ke?



Tuesday, August 14, 2012

Mereka yang saya tidak lupakan...

Kepada semua yg singgah di sini,sama ada tinggalkan jejak atau pun tidak.
Tak kira lah yg bernama atau yg Anonymous.
Saya cukup terhibur bila baca komen2 di sini.
Penggunjung lah nyawa bagi blog saya ni.
Menjadikan saya bersemangat kembali
setiap kali mendapat perangsang dari pembaca,
mood malas bertukar rajin.
SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.
Sekiranya ada luahan saya yang menyentuh perasaan,
mengguris dan melukakan,
maafkan saya dan anggap lah saya tidak sengaja.
memang pun saya tak sengaja
dan
terus lah memimpin tangan saya
dan kita sama2 mengejar pelangi.

wan rusnah

dan ramai lagi yang sentiasa singgah...TQ.

Monday, August 13, 2012

Elok la tu...

Tak ada sangkut paut dengan Aidilfitri ni.
Dengan Bulan Ramadhan pun tak kena mengena.
Nak cerita pasal  apa yang saya lihat dan dengar.
Tak, bukan gosip..Puasa2 ni mana boleh bergosip kann..
Ni pasal sesuatu yang tumbuh..
Bukan pokok tapi rambut.
Mahkota wanita.
Zaman mak saya dulu jarang2 yg bertudung.
Kepala terdedah tanpa rasa bersalah.
Sanggol ala2 sarang lebah gitu.
Gaya Matterhorn.. sempena nama bukit Matterhorn kot.
Zaman Saloma, maka semua orang ikut gaya Saloma.
Sekarang masa berubah.Ramai dah bertudung.
Alhamdullilah.
Dah bertudung tu tak payah fikir pasal pesen rambut lagi.
Selain dari menjaga aurat, boleh jimat kos mendandan lagi.
Dapat juga sorok uban bila bertudung kan?
Alhamdullilah, mujur lah saya tua di zaman ini.
Mujurlah anak2 perempuan tutup kepala.
Sejuk hati bila anak bongsu saya cakap
"Mummy, raya nanti Anis nak pakai tudung."
Alhamdullilah...


Sunday, August 12, 2012

Seminggu lagi nak Raya....


Ada orang dah mula sibuk tak cukup tangan.
Ada orang curi tulang dan ada ilmu ghaib.
Ada orang dah ada baju raya tapi tetap istihar status 'tak ada'
Pancing undi ke pancing simpati..Taktik kotor.
Ada orang berharapkan timbangan turun sikit supaya muat kebaya.
Ada orang lemak degil, jubah saja lah pesen tahun ni.
Ada orang ngemas rumah bagai nak rak.
Ada orang jadi tok mandur bagi arahan itu ini.
Ada orang tak habis2 lagi nipiskan poket.
Ada orang lupa lepas raya masih perlu berbelanja.
Ada orang duk jadi mat jenin membilang duit raya yg bakal di terima.
Ada orang siap warning duit raya tahun ni syiling kuning jer.
Ada orang berjela senarai benda perlu buat dan benda perlu urus.
Saya lah tu, bertimbun urusan dalam batu jemala patek nih,
Sibuk dah terasa.
Sakit tumit pun terasa juga.
Aduhhh.....






Friday, August 10, 2012

Tak larat nak bernafas tanda nya nak mati..

Kadang kadang saya rasa terlalu penat menjadi saya.
Rasa macam dah tak larat nak melangkah
Tak larat nak terus bersabar.
Tak larat nak marah marah
Tak larat nak terus senyum
Tak larat nak menangis.
Tak larat nak semai harapan
Tak larat nak kuburkan kenangan..
Tak larat berpura pura
Tak larat hadapi realiti.
Tak larat  
Tak larat
Tak larat sangat sangat...
Tapi tak lah sampai tahap tak tarat nak bernafas.

Thursday, August 9, 2012

Ada yang macam ni..

Kesesakan jalanraya mula menjadi jadi.
Tu perantau belum mula bawa balik kereta mewah lagi tu.
Tengok jer lah minggu depan.
Segala macam kereta akan muncul di jalan raya.
Segala macam orang yang bersalut kemodenan mula memenuhi ruang.
Wahhh...Hebat betul lah mereka yang dah bersalin kulit ni.
Barang Branded dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Cakap pun dah stail org kolumpor...
Cerita yang di bawa balik pun hebat hebat belaka.
Ribu2 dah tak main, juta you!
Projek depan belakang habis di senaraikan.
Yang tadah telinga pun ternganga dan kagum.
Mak bapak senyum lebar, anak menantu hebat dah balik.
Kalau boleh nak suluh dgn spotlight biar satu kampung tau.
Tapi bukan semua macam tu, segolongan kecil saja.
Selalu nya yg betul2 berjaya di perantauan tu tunduk bak padi berisi.
Yang tebal iman nya kemana pun tetap merendah diri.
Yang pukul tin kosong tu sebenarnya tak nak kalah jer
Tak berbaloi lah tinggalkan kampung kalau kurang kelas.
Walhal, orang kampung tak kisah semua tu,
dapat berkumpul setahun sekali pun dah seronok sangat2.
Aduhai, siapa lah kita nak sekat 'angin' orang kannn..
Biarkan lah mereka bercerita penglipur lara..
Kita tumpang gembira kalau mereka bahagia.
Pak Long yg kebun berekar tu senyum penuh erti.
Dan Pak Kaduk dari kolumpur terus mengayam mimpi.


Wednesday, August 8, 2012

Cerita sedih saya sempena Ramadhan yg hampir tamat..

Baju anak anak dah siap.
Tinggal baju saya saja lagi.
Bila la tailor ni nak call suruh ambik baju.
Tak sabar dah ni.
Tapi kan,
Cerita sedih saya bermula malam tadi.
Sedih sangat sangat.
Nak meraung pun tak ada guna dah.
Begini lah nasib ku yg malang.
Huhuhuhuhu........!
Dalam duk mengemas almari,
terpandang beg plastik tesco.
terperosok kat bawah baju2 yg di gantung.
Apa isi nya?
Uwaaaaaaa........Makkkkkkk, tak berbaju baru lah saya tahun nih!
Saya lupa bawa kain2 tu  ke Tailor.
Padan lah Tailor tak call2 pun.
Cian kat saya laa...Cian kat saya laaaaa..........



Tuesday, August 7, 2012

Harta yg kita bawa bersama...

Seorang kenalan di facebook post foto ni kat wall dia.
Sangat berkesan.
Bila perhatikan foto ni, hati terdetik.
Penat2 kita kejar dunia, ini aje keperluan terakhir kita?
Keluar kerja hari hari ni aje yg kita dapat akhir nya?
Tu, Harta bertimbun tu untuk siapa?
Pangkat dan kedudukan tu dah tak bermakna.
Baka keturunan tu akan kita tinggalkan juga.
Apa yang kita nak bawa pulang selain dari ni?
Amalan?
Pahala?
Dosa?
DOSA?
TAKUTNYA MENGHADAPI MATI TAPI MATI ITU PASTI.

Sunday, August 5, 2012

Sampai hati............





Di mana letak otak dan hati orang yg isi lembu dalam lori sampai sesendat ini?
Dah lah panas dan perjalanan mungkin juga jauh.
Kesian sungguh..
Zalim nya manusia.
Kalau yer pun nak untung, jangan sampai buat macam ni kat binatang.





Tuhan memerhati....

Saya telah berikan syiling yg salah sewaktu membuat pembayaran.
Ingatkan 50 sen tapi rupanya 20 sen.
Bila balik rumah baru saya perasan.
Duit baru, saya masih tak mahir guna.
Tadi saya ke gerai dia untuk tambah baki 30sen yg terhutang tu.
Makcik tu se baya mak saya.
Bila saya jelaskan dan pohon kemaafan atas kesilapan saya tu,
dia nampak kabur..
Dia tak perasan pun saya silap hulur duit dulu.
"Alah tak per lah, makcik halalkan..Simpan sajalah duit tu"
Dan dia masih senyum kearah saya.
Sekarang saya tidak berhutang duit lagi dari dia,
tapi saya terhutang budi..
Dia hulurkan sebungkus kueh untuk saya.
Segan saya nak ambik tapi tak ambik kang dia terasa pulak.
Terima Kasih Makcik,
Semoga makcik murah rezeki dan di diberkati Allah sentiasa.


Saturday, August 4, 2012

Kehilangan yang sementara...

d
Panik.
Atuk cari.
Nenek cari.
Mummy cari.
Aunty cari
Bibik pun puas cari.
Kalut mencari cari..
Intai di setiap bilik,
tandas,
dapur,
Tak ada.
Pintu tertutup rapat,
jadi sah dia tak dapat keluar rumah.
lega sikit sebab yakin dia mesti ada.
Tapi kat mana ni, 
di panggil namanya pun tak jawap.
Mummy gelabah, nak cari di luar rumah jugak
Mana lah tau kot ada yang 'ter' bukak pintu.
Bila mummy nak sarung selipar,
terpandang lah budak ni,
sedang makan keropok,
sambil tengok2 pemandangan di luar rumah.
Tersenyum.
Terhibur kerana di sini sajalah dia dapat tengok kawasan.
Tengok kucing,
tengok ampaian kain,
tengok dunia luar.
Imaad nih,
Lain kali jangan masuk lagi belakang rak kasut nih.



Friday, August 3, 2012

The Mood is on.






Cari.
Gali.
Kumpul.
Yang rosak ganti baru.
Yang tak ada, cepat beli.
Bahan dah ready
Alatan dah keluar dari kabinet.
Resipi di ulang kaji.
Mentelaah mengalahkan orang nak ambik periksa.
Asisten saya Si Anis dah lama bersedia masuk gelanggang.
Mood dah ada.
Cuma,
Awal sangat lagi laaa...
Baru 14 hari berpuasa.
Kita tunggu lagu raya berkumandang di udara dulu lah.
Sabar Anis yer....



Thursday, August 2, 2012

Saya kalah malam ni...

Dari mula lagi saya perhatikan dia.
Hanya tabir jarang yg membatasi kawasan saya dengan dia.
Saya berada di barisan paling depan bagi kaum hawa.
Dia berada di bahagian paling belakang bagi kaum adam.
Jadinya dia berada tepat di depan saya.
Mula tu dia ok lagi.
Saya tumpu perhatian pada niat saya dan kenapa saya di sini.
Tak ada masaalah.
Tapi tak lama.
Dia mula berlari lari,
Bermain dengan sejadah,
bergurau dgn kawan sebelah yg seusia dia.
Bising.
Saya rasa sikit terganggu, mak dia yg kebetulan berada di sisi saya nampak tenang.
Sewaktu rekaat ke enam dia selak tabir.
Botol air mineral saya yg ada di depan kiri saya di ambik nya.
Dia pandang saya seakan nak tengok respon saya.
Saya tenung dia, renungan harimau lapar gitu.
Kyusuk entah kemana.
Sah, batal dah solat sunat saya ni.
Dia perlahan lahan letak balik botol air saya tu.
Dia kalah dengan renungan saya tadi.
Minuman saya selamat tapi solat saya rosak.
Hanya kerasa seorang budak usia 4 tahun.
Lepas solat saya menyesal.
Saya kalah dengan bisikan Shaitan.
Hilang sabar dan hilang pahala Solat Terawikh .
Budak tu?
Eluk jer mak dia pimpin keluar selepas selesai solat.
Huhuhuhuh.....




Wednesday, August 1, 2012

5 perkara yang buat saya rasa nak telan hidupan yang bernama 'orang'.

1. Bila saya cari 'penyepit kuku'. Bukan tak beli, berdozen dah beli tapi ada orang tau guna tapi tak tau nak letak balik tempat yg sepatutnya. Dah tu ada yg pandai2 ambik yg saya sorok dlm hbag saya dan itu pun dihilangkan jugak.

2. Bila saya perlu buka mangga tapi kunci nya entah di mana. Geram tau bila kena ketuk setiap bilik yg berpenghuni dan jawapan yang di terima hanyalah 'tak tahu' dan 'tak ambik'

3. Bila saya lelapkan mata jer, ada lah yg nak tanya soalan2 cepumas seperti "Mummy dah lena ke tak ni?" Saya selalu jawap "DAH!"

4.Siapa yang last duk kat ruang ni ? Lampu, kipas dan TV tak padam dgn sendiri tau. Ke tak tau nak switch off or turn off benda2 ni? Kenal suis lampu? Yang kat dinding empat segi, warna putih tu..Yer, di situ sama jadi dgn rumah ni lagi..

5. Bila kita suruh solat dia kata jap lagi, bila kita ulang suara dia kata kita bebel ,bila kita ketuk pintu bilik stail James Bond, baru lah nak ke toilet ambik wuduk sedangkan masa dah nak habis..Hish,Angry bird pun tak se angry ni lah.

Bertahun dah duk bising benda yg sama..macam tu jugak la hari hari....Mana Gunting nih, bukan nak tikam orang tapi nak potong kuku. Adoiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...