Payah saya nak terangkan.
Tapi saya cuba..
Sudah lama ada niat di hati cuma saya pendamkan saja.
Setelah hampir 15 tahun berblog saya rasa sudah sampai masanya saya noktahkan aktiviti yang sangat saya suka ni.
Usia saya dah terlalu banyak untuk terus bercerita di blog. Cerita dari orang tua sudah tidak menarik. Asyik asyik tajuk yang sama. Ulang ulang cerita itu itu jugak ..
Saya sebenarnya mencari ruang untuk saya luahkan segala apa yang saya hadapi sepanjang perjalanan hidup saya. Bila saya berblog saya rasa saya mampu ukir setiap cerita suka duka hidup saya secara kekal.
Cukuplah setakat itu...Akhir akhir ini tidak ada apa lagi untuk saya kongsi. Hidup pun sudah berada di hujung ranting usia.
Pernah terdetik di hati untuk saya membukukan blog saya. Bukan untuk dijual. Hanya untuk di hulurkan kepada anak cucu dan kenalan. Mana lah tau bila saya dah tidak ada lagi di dunia ini, buku saya menjadi pengganti diri.
Sekarang ni dengan izin Tuhan saya ditemukan dengan seorang kawan yang bakal menterjemahkan mimpi saya..InsyaAllah bakal menjadi realiti harap nya..Terima kasih Tuhan kerana hadirkan dia dalam hidup saya di waktu yang tepat.
Maka hasrat saya untuk berhenti berblog mungkin akan menjadi satu kenyataan bila terhasil nya buku AKU KAH ITU......
Doakan mimpi saya akan menjadi nyata juga satu hari nanti...
Doakan saya
Doakan saya.