Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, February 28, 2021
Good news guys...
Kiriman dari Tuhan.
Saya perhatikan tudung dia basah kerana peluh. Dia cuba memikat hati saya untuk beli kad discount yg dia tawarkan. Kami berdiri di tengah panas, dia di luar dan saya di dalam. Saya tak hadam pun apa yang sedang dia cuba terangkan. Saya asyik melihat bahasa badan dia.'Body language'. Dia nampak penat tapi senyuman nya manis sekali. Beg yang dia galas penuh berisi risalah2 yang bakal dia hulur di pagar2 rumah seterusnya.
Saturday, February 27, 2021
Boleh ke?
Friday, February 26, 2021
Maaf, hari ni terlebih emosi
Menyampah.
Sangat2 menyampah!
Ada manusia yang memang suka ambik kesempatan.
Tak berbaloi dibuat baik.
Takyah kenal lagi baik.
Pulisssss...mana pulis?
Tangkap orang ni.
Menyakitkan hati sungguh lah.
Saya ni walau marah, benci sebesar bukit hud pun,
tetap tunjuk tak apa apa...
Masih jaga hati orang.
Senyum memanjang.
Orang jaga hati saya tak?
Tak punn......
Senyiummmm.....sentiasa senyiuuummmmm!Thursday, February 25, 2021
Panas di luar
Dari jendela kamar ku intai terik panas di luar.Silau mata dan terasa bahangnya.Sekali sekala ada kucing liar melintas. Kucing pun tau mencari teduh di balik pasu2 dan bangku.
Wednesday, February 24, 2021
Vaccine
Nak ke tak nak?
Sendiri fikir.
Sendiri tanggung risiko ambik vaccine atau pun risiko tak ambik vaccine.
Jangan nak pengaruhi orang lain supaya setuju dgn keputusan kita.
Bebas tak siapa paksa.
Saya masih duk tengok macam mana, duk kaji dan timbang tara.
Banyak pros and cons, biasa la benda baru selalunya pun macam tu.
InsyaAllah kita ikhtiar dan tawakkal.
Kita doakan yg baik baik sahaja.
Tuesday, February 23, 2021
Yb
Ke empat2 ni dah bergelar yb dah.
Saya yg paling awal berundur dari dunia 'cikgu'
Mereka menyusul kemudian.
Sekarang kami sibuk jugak bukan tak sibuk.
Cuma sibuk dgn tajuk yg berlainan dari tajuk 'tugas2 rasmi seorang guru'.
Yang penting nya kami happy sebagai yb.
Yang bersara.
Bukan yg berhormat.
Selamat datang ke dunia 'yb' wahai kawan2 ku.
Yb Sham
Yb Pah
Yb Wyah.
Maaf..saya ni kalau lukis potret memang tak pernah siap.. Macam mana nak siapkan bila hati dah frust dgn hasil yg tidak menepati citarasa..sokmo2 failed bila lukis potret, bakpo laar....
Sunday, February 21, 2021
Kucing pun tak nak pandang
Saya memang tak pandai lukis potret.
Baik mengaku dari terus mencuba.
Failed.
Dah acap cuba dan rasa nak koyak jer kertas lukisan tu.
Tak pernah menjadi sebaik lukisan orang lain.
Jadi hari ni kebetulan kucing saya Si Owk duk manja2 di riba saya ni.
Saya ambil krayon dan black board.
Lukis, lakar.
Tunjuk kat Si Owk.
Dia pun tak nak pandang.
Alahai....
Malas dah nak cuba lukis potret.
Nyakitkan hati.
Hari ni saya nyakitkan hati Si Owk jugak.
Kesian Owk, redha jer la dgn tuan kamu ni..
Tak pasal2 kamu yg handsome jadi macam ni...
Uhuhuhuhuhhuu.......!
Ni senarai mereka yg pernah jadi mangsa percubaan saya dan gagal..Maaf yer, terpaksa guna wajah2 ni untuk asah skill yg memang tak pernah ada dlm diri ini..gatal tangan jer nak cuba..Ampunn! Taknak lukis dah....
Saturday, February 20, 2021
Musim tak kaya melanda ni...
Sepatutnya pencen masuk hari ni.
Tapi dah masuk awal sbb bulan ni ada perayaan.
Masuk awal pencen tu seronok la..
Jam tu seronok, hari ni x seronok dah.
Duit dah diusik, diguna dan dah hampir lesap dah.
Baru akhir bulan, patutnya hari ni kaya.
Hadoiii...paling benci kalau duit pencen masuk awal camni.
Cakap senang, jangan usik selagi belum waktu.
Tapi hati menderhaka.
Kan dah melopong hari ni..
Kena tunggu bulan depan pulak la.
Lambat lagi tuh...
Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la wei!
Apa2 pun bersyukur lah dgn rezeki.
Kaya bermusim pun tak apa.
Alhamdullilah.
Tapiiiiii.....
Hari ni miskin bermusim.
Tolonggggggggg!!!!
Friday, February 19, 2021
Bicara Sang Sampah
Sang Sampah ini pernah jadi berlian.
Tapi bila sudah tidak diperlukan,
berlian pun mampu jadi Sang Sampah.
Hanya menunggu masa ditolak ke luar
Dihapuskan.
Dilupakan.
Bila sudah tidak berguna,
Segalanya hilang nilai.
Menjadi sampah.
Tak beharga lagi.
Kehadiran hanya menyemakkan.
Layaknya Sang Sampah dihapuskira sahaja.
Tidak ada berbaki kasih sayang.
Biarpun sebelum bergelar Sang Sampah,
Sisa buangan ini pernah bertakhta di hati.
Mengadap Sang Sampah pagi tadi
seperti berdiri di depan cermin.
Sang Sampah itu...
Bicaranya seperti menyindir aku.
Thursday, February 18, 2021
Saja saja
Wednesday, February 17, 2021
Timur dan barat
Sos kastad epal yang lemak manis berkrim
Biasanya sambal pedas2 manis jadi pasangan ubi rebus.
Pasangan kekal dari dulu sampai la ni.
Selain kelapa parut gaul sedikit garam dan gula.
Tepuk dada tanya selera..nak makan style mana.
Saya peminat ubi kayu.
Apa pun sedap.
Monday, February 15, 2021
Layan hati
Siram pokok dulu.
Lepas tu menung..
Termenung layan hati
Kucing pun ikut termenung
Takper, sekali sekala buang masa termenung lama2...
Worrying is like sitting on a rocking chair.
It gives you something to do but takes you nowhere.
Kan?
Sunday, February 14, 2021
Hantu rm2
'Egg whisk' harga rm2 saya beli lebih dari 1.
(Segan lah nak cakap terbeli berapa)
Bukan untuk pukul telur pun.
Untuk gantung pokok janggut saya ni.
Senang, selit jer di situ dan gantung.
Hellooo...kedai rm2, tunggu!
Esuk2 aku serang sekali lagi.
Ya ke sekali? Betul?
( Beli ni masa mokcik2 dibenarkan masuk kedai ni lah..sekarang dengar khabar warga emas dah dilarang masuk..SOP katanya..huhuhuhuuuuu..!
Tapi anak saya kata elok la mokcik2 tak dibenarkan masuk, bukan sebab takut jangkitan covid ke hapa, tapi takut anak2 kena hantar lori bantuan untuk punggah hasil tangkapan mokcik2 dari kedai tu.. Ishhh, anak punnn...Tak paham jiwa tul lah!)
Saturday, February 13, 2021
Friday, February 12, 2021
Sibuk nak menyibuk
Makhluk Allah yang kenit ni memang suka menyibuk. Bila nak siram pokok berebut gardenhose dengan dia. Geram la weiii!
Wednesday, February 10, 2021
Tahniah Iffah.
Anak saya duk risau pasal potluck kat ofis dia esuk. Nak tergelak juga saya bila dengar dia duk luahkan kerisauan dia.
Dia nak bawa masakan ' homecooked '. The problem is dia bukan pandai sangat masak seperti adik dia yg sorang lagi tuh. Dia tau dia x pandai masak, tu pasal la dia risau. Saya boleh saja bantu dia masakkan apa2 yang sesuai. Tapi dia berkeras nak bawa masakan yg dia masak sendiri.
Ok, mummy bagi resipi dan bagi taklimat masak puding yg paling senag atas dunia ni. Senang dan sedap..U can do it dear.
Maka klung klang klung klang lah dia kat dapur. Saya kat dalam bilik berdoa panjang pendek agar dia berjaya hasilkan yg terbaik.
At last berjaya jugak la. Hasil nya terhidang lah Puding Roti dan sos kastad..Kan dah cakap masak ni mudah. Iffah happy. Mummy lega dapor tak terbakar dan of course la happy juga.
Tuesday, February 9, 2021
Pandangan 10 sen dari saya.
Saya dah mula jadi skeptical dgn PKP nih.
Opsss...maaf, mukkadimah dgn ayat beremosi sikit. Dada ketat tersumbat nih. Just nak luah di sini utk kita pakat2 pikir
Cukup cukup lah berPKP ni. Kita hanya perlu terus jaga SOP saja. Jaga betul2, ketatkan arahan. Saman dan hukum kalau engkar SOP. SOP yg penting. Lama sangat berPKP ni dah mula memudaratkan. Rakyat dah tersepit antara takut mati kerana penyakit atau takut mati kerana kebuluran. Mana lebih menakutkan?
Ekonomi makin teruk. Yang miskin tambah miskin. Yang bekerja jadi pengganggur. Yang boleh berdikari dah kena mintak bantuan. Ada yang terpaksa pindah kerana tak mampu bayar sewa rumah. Homeless. Hanya yang kaya tetap kaya raya. Bagi mereka no problem PKP ke tidak, duit masih juta juta.
Malam tadi ada cubaan nak pecah masuk rumah saya. Agak2 kenapa diaorang panjat pagar dan umpil tingkap nak masuk? Singgah nak tengok saya melukis ke malam2 buta? Ke singgah nak sama2 solat sunat tahajjud? Ke saja2 tak leh tido malam rasa nak exercise panjat pagar?Awak rasa?
Kalau lah tidak kerana anak menangis kelaparan...Kalau lah tidak kerana perlu bayar hutang...Kalau lah tidak kerana poket dah kosong..dah hilang sumber pendapatan....Kalau lah tak terdesak, terpaksa, takkan sanggup mereka gadai nyawa.
Betul lah mencuri merompak itu salah. Memang salah.Bukan itu cara cari rezeki. Ramai lagi orang yg susah tapi tak buat kerja salah begini.Tapi kalau dah 5 buah rumah di kejiranan yang sama dalam masa seminggu, ini satu petanda ni. Kesan sampingan bila rakyat makin susah.
Ada yang tak kena ni...I am not blaming it on the system but something should be done..Something is not right. Please la kaji semula kesan sampingan dari PKP ni.
I am terrified. Soooo takooot la wei. Malam tadi terkebil kebil tak leh tido. Duk teringat kalau lah pencuri/ perompak tu dapat masuk dan letak parang di leher seperti jiran saya alami 2 hari lepas..Haduhhh, mintak Tuhan jauh!
Now in this never ending PKPs I lost my peace of mind..I apologised for this emotional piece of thought. Many might disagree but I don't care. If you were in my shoes than only you know why I put it this way..Than only you will agree.
Sementara tu, kita teruskan PKP kerana itu satu arahan yang perlu dipatuhi. Kita berdoa semoga ada cadangan2 baru yang lebih baik timbul. Semoga cepat lah lenyap musim covid ni supaya kita semua boleh kembali ke kehidupan kita sebelum ini...Kita jaga kita.
Kes tak leh tido sampai pagi, otak masuk air. Dari duk berleber pot pet pot pet baik cuba tido. Hopefully bangun nanti fikiran lebih damai.
Monday, February 8, 2021
Senarai yg berjela
Dah hampir setahun kita berPKP.Banyak nak dibuat sepanjang PKP ni. Biarpun separuh darinya hanya beku di senarai. Tak buat2 jugak.
Dari asyik duk komplen bosan bosan bosan duk rumah, baik cari aktiviti yg boleh mengusir bosan tu. Aktiviti yang kita suka la, jangan aktiviti yg dipaksa paksa. Lagi stress nanti.
Aktiviti saya suka walau tak pandai mana buat ialah melukis..Tak kisah tak cantik macam orang lain lukis pun
Saya tahu saya bukan pelukis sekadar suka menconteng saja.Kelmarin cari warna2 yang anak cucu dah x pakai..kutip dan guna semula..ni lah hasil nya....taraaa....
Dah tu tiba tiba rasa nak lukis potret. Ini sesuatu yt saya paling takut. Dah byk kali buat tapi x berjaya.Entah kenapa hati degil ni rasa nak cuba lagi..Ni potret suami anak angkat saya nih. Happy nya dia bila siap potret tu. Walau tak hebat, hanya hasil dari seorang yg bergelar mak nenek, dia cukup suka dah. Saya pun happy bila dia terima kekurangan lukisan tu..
Esuk2 nak lukis apa pulak? Banyak ni, berjela dalam senarai 'nak cuba lukis'. Tengok la, ada kelapangan menjadi lah.
Nak gi beli warna lah...boleh keluar ke? Tak bahaya ke? Harap2 kedai stationary tak ramai orang..Lalalalaaa......happy wei!
Sunday, February 7, 2021
Saturday, February 6, 2021
Haduh du du du du du...
Dah sinonim dengan usia.
Sakit urat saraf.
Teringat lagu PRamlee yg ajis satar nyanyikan dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.
"....Bekerja kuat nanti reput tulang.."
Hahah..ni bukan reput tulang nih, ni jem urat saraf.
Zaman muda2 dulu ok lah, waktu urat dawai tulang besi semua pun boleh buat.
Sekarang ni yang kuat hanya lah 'Keng' istilah orang kelantan.
Keng atau Rahang maksud nya gagah di mulut saja, bab pot pet pot pet masih power.
Kalau paksa diri buat sendiri ni lah kesudahan nya.
Sakit urat pinggang lah, sakit tulang belakang lah, byk la tempat sakit nya.
Badan pun mulalah bau macam nenek kebayan, segala minyak urut, segala cream dan balm duk lumur kat badan.
Sedarla diri tu dah tua purba mokcik hani wei....
Sakit ni penghapus dosa2 kecil.
Redha lah ...
Sehari dua ni jalan dah macam robot. Duduk bangun seiringan dengan ucapan " haduhhhh"
Tapi jangan tak caya, kalau lah boleh keluar (bukan PkP), makan2, jalan2 atau shopping nyoping,
Sah sembuh jam tu jugak!
Talking thru experience ni awakk....
Friday, February 5, 2021
Dunia terpaksa
Thursday, February 4, 2021
Nak bagi jer.
Suka kaktus
Senang nak jaga
Tak perlu siram hari hari.
Satu saja yang buat saya rimas
Duri halus nya tu.
Kalau melekat kat kulit duk terasa ngilu nya
Tengok dengan mata tak nampak, halus sungguh.
Nak buang punya la payah..
Tambah2 kalau kat jari atau tapak tangan.
Asyik terasa duri tu ada.
Saya ada kaktus pemberian dari kawan2.
Dah besar dan membiak dah, cantik.
Ada siapa2 yg minat tak?
Meh la ambik, nak bagi free jer.
Dah beranak pinak penuh pasu dah ni...
Wednesday, February 3, 2021
Sambung lagi
Iya ke......
Hmm..2 minggu lagi la duk berkulat di rumah.
Bersawang berlumut.
Hampir habis segala aktiviti dah dijalankan.
Buntu fikiran tak tau nak buat apa lagi dah.
Bosan tahap dewa nih.
Orang lain PKP berani gak keluar2...
Saya ni rakyat yang patuh.
Keluar utk perkara wajib saja.
Maka duk terdampar lah di rumah di kebanyakan waktu.
Bila PKP baru ni dah nak tamat, dalam kepala duk plan macam2..
Pecah berderai lah mimpi, kena kurung lagi ni.
Sabar jer lah makcik Hani...
Makan tido, makan tido...ulang2 lagi begini.
Huhuhuhuhuuuu.....!
Dah bosan sangat ni kita belek album lah, tengok foto lama dan kenangan waktu2 bebas dulu.
Apa khabar pekan Munduk la ni? Dah jadi pekan mati ke? Best nya nasi khomok di Munduk.Dulu boleh rentas sempadan negeri. Boleh berkumpul anak cucu- bonding time.Nak balik jengok org tua di kampung pun boleh. Lama tak tengok kolam dan tangkap ikan.
Kelas2 agama di masjid pun banyak..seronok
Nak shopping tak ada masaalah. Keluar dgn kawan2 usir bosan..