Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 30, 2011

Jangan lah panggil buah ni 'Snakefruit'...Geli lah.

Buah Salak.
Tak pelik.
Buah salak ni besar sungguh.
Tak pelik.
Tadi ada setangkai kat atas kabinet.
Bangun dari tidur tengok2 dah tak ada.
Dah ghaib.
Pelik.
Siapa makan tak tinggal satu pun untuk mummy nih?
Batu belahhhhh....Batu bertangkuppp...

(Nasib baik mummy ni bukan mcm mak Si Pekan tu..)

Wednesday, June 29, 2011

Hello Jentayu..Dah bersawang ke?

Sessi pertama kursus dah beres.
Kerja kursus bertimbun harus di bereskan sebelum bermula sessi kedua minggu depan.
Assignment ada 3, essays and lesson plans.
Kena buat practical kat sekolah lagi ni.
Hari ni ke sekolah macam biasa.
Mengadap kerja sekolah pulak.
Aduyai, fening kepala patek ni tuanku!
Tapi tak per..My experience will be my guidence.
Jangan tak tau, masa kursus tu, saya lah di antara peserta yang paling senior.
Being in teaching line for almost 30 years now.
Seronok jugak jadi orang lebih tua ni.
A living dictionary, a living history in teaching.
Kira macam artifek kat muzium lah,
Bahan pamiran dan rujukan.
Ish, tiba tiba rasa macam dah jadi mummia pulak!

Sunday, June 26, 2011

Berkursus lah saya hari ni dan hari2 seterusnya...


Hari ni hari pertama saya menghadiri kursus dalam perkhidmatan.
Macam biasalah kalau sampai surat panggilan kursus yang paling saya risaukan ialah macam mana kalau saya tak dapat kawan nanti?
Macam mana kalau saya jadi kera sumbang yang payah nak fit in.
Macam mana kalau sorang pun orang2 yg saya sedia kenali tidak ada dalam senarai peserta kursus.
Macam mana itu macam mana ini..
Mungkin bagi orang lain semua ni small matter tapi bagi saya its not a small matter.
Saya tau siapa saya dan saya sering mengalami masaalah ni.
Jangan awak tak tau saya ni seorang yg pemalu dan tak reti nak break the ice.
Saya cepat rasa inferior kalau berada dalam crowds tambah2 kalau dikalangan orang asing.
Nak cuba2 senyum pun tak menjadi, nak tegur2 orang saya tak reti, takut.
Dari kecik sampai ke tua saya macam ni, lebih suka mendengar dan memerhati.
Saya ambik masa untuk study orang dahulu.
Tapi kalau dah dapat kawan dan boleh blend in, saya cepat bersalin kulit.
Mula lah macam murai pot pet pot pet tak kira masa.
Hari ni setelah seharian menghadiri kursus, saya selesa dah.
Alhamdullilah, bila dah tamat the first day tu, lega rasanya untuk kembali lagi ke sini esuk2.
Saya dah dapat kawan dahhhh....

(Sehari dua ni acara Blogwalking tergendala lah...)

Saturday, June 25, 2011

Kurang Asam sungguh orang ni..

Tiap tiap bulan dia datang ke kejiranan kami.
menekan loceng hampir setiap rumah dan meminta minta.
Datang dari daerah yg jauh hanya kerana nak minta sedekah.
Senang nya cara dia cari duit.
Macam kerja gomen jugak, cukup bulan pungut gaji.
Dia lebih muda dari saya dan sihat lagi,
kalau tak sihat tak kan dia boleh berjalan dari rumah ke rumah.
Dia tak berminat untuk cari duit guna tulang empat kerat.
Dia lebih suka mengemis dan menagih simpati orang.
Kita pun bukan menggalakkan tapi kadang tu kalau nak suruh dia cepat2 beredar itu saja lah caranya..Hulur duit dan dia akan blah.
Selagi kita tak hulurkan duit, selagi itu lah dia tercegat kat luar dan memicit2 loceng.
Tadi dia dtg waktu saya tak ada di rumah.
Dah anak saya cakap mummy tak ada pun dia nak juga duit.
Bibik hulurkan rm1.00 melalui pagar.
Dia marah2, dia suruh Anis cari rm 10.00.
Dia tipu Anis dgn mengatakan kalau mummy ada, mummy selalu bagi sebanyak tu.
Tak pernah pun saya bagi sebanyak tu.
Penipu!
Sampai hati tipu budak kecik!
Dah lah pemalas, busuk hati pulak.
Maka oleh kerana takut, Anis pun korek tabung, bagi jugak apa yang di minta.
Lurus bendul betul lah Si Anis ni.
Bibik cakap pengemis tu siap ngadu panas kena berdiri lama kat pagar tunggu Anis carikan duit.
Biar betul ni...Awak ugut anak saya?
Jaga awak...
Berani awak tipu anak saya yer.
Bulan depan saya akan tunggu kehadiran awak lagi.
Kalau awak tak tekan loceng pun saya akan sekat awak tepi jalan.
Nak bagi tazkirah free sikit.
Geram sungguh...
Anis punn, tak leh ke cakap tak de duit dan biarkan saja dia kat pagar tu,
Belajar lah menipu sikit..
Aik? Saya mengajar anak saya menipu pulak nih!
Habis tu saya nak buat macam mana lagi ni..

Friday, June 24, 2011

10 budak hitam, main di sempadan, kalau satu kena tangkap baru padan muka!

Bab nak habiskan duit memang kepakaran kami ni.
Ada saja plan yg terlintas di kepala setiap kali tiba musim gaji.
Semalam dah pakat2 dgn kekawan nak menyeberang ke pekan di sempadan.
Paspot tak perlu, permit dari roomate aje yg membolehkan kami ke sini.
Jadinya pagi pagi lagi kami dah drive ke Pasir Mas dan ke Jeram Perdah.
Menunggu perahu untuk menyeberang ke pekan Munduk di selatan Thai.

Senyum panjang lah kami ibu2 yang terlepas dari bapa2 hari ni.
Siap menyeberang sempadan secara haram lagi.
Kat sini memang bebas..tak bahaya mana pun
Kalau ada tembak menembak pun mati sekali seorang saja,,Tak gitu?
Selisih malaikat 44 kata org..


Happy nya kami hari ni.
Seperti burung yg bebas dari sangkar..
Bye bye Malaysia, welcome Thailand..
Berani2 takut ni...Air nampak dalam walau sungai nya tak lebar mana.
Ada buaya tak?
Ada Penguatkuasa tak?
Berani buat berani tanggung lah kan..
Janji kami happy..Senyiummm...tak perlu kata apa2


Dah sampai pun.
Kecut perut jugak ni.
Buatnya terjatuh dalam sungai camna la agaknya.
Orang lain kami tengok relax jer.
Kami yg tak biasa ni nampak sangat penakut tapi control ayu gak.

Mulalah acara membeli apa saja yang terlintas depan mata,
Sheila tu buat2 berat tu..
Walhal masih banyak yg nak di isi.
Hentam saja lah labu.

Penat dan dahaga sebab panas.
Singgah minum ABC, Mee Cambo dan Kueh Tepung Pelita.
Sedap dan murah,rm4.00 seorang.

Sekarang nak beli apa lagi.
Bakul plastik baru 15 buah.
Mangga Siam baru satu tong.
Seluar anak2 berkodi kodi dah ni.
Kain tudung, blouse,barang dapur..Segala!


Dah lah, jom kita balik.
Bayar tambang pergi balik rm2.00.
Puas dapat outing dgn teman2 sekali sekala.
Alhamdullilah, bila jejak kaki ke tanah tumpah darah hati berasa lega.
Apa tak nya, kalau tertangkap tadi siapa nak jamin?
Roomate siang2 dah warning..
Pandai menyeberang, kalau berlaku apa2, pandai2 lah berenang balik.
Huhuhuhhuhuuuu....!

Thursday, June 23, 2011

Hello, is it me you are looking for....?

-" Mummy, tadi kawan mummy call"


-"Siapa?"


-"Dah acap dia call mummy."


- " Siapa yer? Anis tanya nama dia tak?"


-" Tanya. Dia cakap dari HSBC"


_"Oh, Si dia buah hati. intan payung mummy tu...ala cayang, busyuk2 cayang!"

_But I do not miss you Darlingggggggg...Sory!

Rindu saya lah tu.
Kawan saya yg sorang ni memang..... Setia sungguh!
Rasa rasa dia lah satu2 nya orang yg selalu teringatkan saya,
tambah2 kalau hujung bulan dan saya lambat buat bayaran.
Yer lah, yerlahhhhhhhhhh..Tunggu masuk gaji saya gi bayar lah wokeyyyy?

Tuesday, June 21, 2011

Maaf tok, boleh bayar secara ansuran tak ni...

2/6/2011
Somewhere kat Duke expressway.
Sebelum masuk lebuhraya utara selatan.
Dlm perjalanan ke Cameron la nih.
Kena lagi.
Walhal dah beringat.
Dah serik buang duit hampir 2k tahun lepas untuk saman speeding.
Dalam beringat kena jugak.
Bukan laju mana punnn....
Adoiii...!
Berapa kena bayar ni tok?
Haah?
Banyak tu...
Sama byk dgn kos sewa Apartment kat Cameron Highland.
(Ni tertangkap kering dlm perjalanan la ni...)
Tau pun banyak, pastu sapa suruh speeding?
Ampunnnn...!!!!

Harap2 bila siap bangunan baru, lebih effektif lagi perkhidmatan..

Lepas Asar ke bahagian kecemasan Hosp Sains Kubang Krian.
Hubby tak sihat lagi.
Dah familiar sangat dah suasana kat situ.
Hospital ni rumah kedua hubby.
Lama sungguh,byk prosidur.
Tapi penyakit hubby ni mcm biasa lah, lebih dahulu di beri rawatan.
Pesakit ramai tapi kakitangan tetap ramah dan murah senyum.
Cara kerja mereka memang profesional.
Terbaek gitu!
Tahniah Husm Kubang Kerian.
Cuma satu,
Duk menanti rawatan tu azan Magrib bergema.
Kakitangan ada tempat solat.
Pesakit dan yg meneman ni amat payah.
Kena ke surau yg jauh nunnnn.
Nak masuk balik ke bilik rawatan kalau dah kuar tu payah pulak.
Seksa. Terpaksa rela tinggalkan si sakit.
Pukul 1o malam baru dapat keluar dari bilik kecemasan.
Alhamdullilah, dapat balik berehat di rumah kali ni.
Ok, thank you everybodih,
Saya balik ngadap meja makan, hmm, baru boleh berbuka puasa.
Lega.

Monday, June 20, 2011

Pengalaman bergambar dengan 'dia'...Teringat cerita ni pun boleh meremang bulu roma ....


Saya bercuti di Bandung bersama 9 org kawan.
Kami ke Kg Daun yang terkenal dgn tempat makan malam yang lain dari yang lain.
Dalam hutan tanah tinggi.
Suasana kelam..
Cahaya hanya bergantung pada lampu hiasan yg malap dan unggun api tempat memanaskan badan/tangan.
Sunyi dan kesejukan menggigit tulang.
Pukul 2 pagi kami pulang ke hotel.
Walau mengantuk dan penat saya tak sabar nak tengok gambar2 yg dah di rakam.
Kami hurung komputer riba dan gelak2 mengulas setiap wajah kat foto2 tu.
Sekali semua orang terdiam.
Mata terpaku kat sekeping foto yg kami ambil ni.
Kat foto tu semua biji mata kami jadi 'red eye'
Biasalah tu kann, kena edit lah tu.
Tapi berdiri bulu roma kami dan kering tekak di buatnya bila tengok 'dia'
Rupanya di antara saya dan kawan sebelah,
ada tetamu yg tak di undang.
Pandai dia menyelit ikut posing bersama kami.
Merah sungguh matanya,bundar lagi.
Tepat memandang kamera.
Tinggi lebih kurang saya cuma wajah nya tak ketara sangat.
Kalau ketara, rasa2 cantik lagi saya kotttt...Lawak takut nih!
Pandai jugak posing dia ni yer...
Ok, tutup laptop..Macam tu pun takut ko org ni yer.
Dah, berus gigi,tutup lampu dan masuk selimut.
Malam tu kami tidur 5 orang satu katil.

(Maaf, foto tu dah kami delete jadi tak dapat nak share..)


Ni lah masaalah kalau jadi orang perempuan macam saya.

Bukan tak ada kain tudung.
Ada. Banyak pun.
Dah pilih dan gosok baju,
tapi nak pakai tudung mana nih?
Merah byk macam merah,
Hijau byk macam hijau
Kuning pun sama
Biru lagi payah
tak senaraikan warna2 lain lagi.
Haiyalaaa...
Ini macam kena keluar beli tudung lagi nih.
Ke patut beli baju yg matching dgn tudung yg dah ada?
Masaalah...Masaalah...

Saturday, June 18, 2011

Pesanan dari penaja buat Faqrouls dan Saidatuls.

Pernah kah kamu terfikir..
Kalau belum pernah cuba fikir sekarang.
Siapa lagi kalau bukan dia..
Dia
lah,
- Mesin Cetak Duit yg bekerja 7 hari seminggu yang setakat ni belum pernah rosak lagi mesin nih.
- Kamus Bergerak yang sentiasa ada jawapan bagi setiap soalan dari kamu.
- Polis yang memerhatikan segala gerak geri dan memantau setiap tindak tanduk kamu
- Badan Kebajikan yang menyediakan atap untuk berteduh, pakaian yang membaluti badan dan sentiasa memastikan pinggan kamu berisi..Itu pasal lah kamu semua gemuk!
-Perantara yg memastikan TNB, TMnet dan Astro mesra alam dengan kamu semua..
-Agen Pelancongan yg bawa kamu jalan jalan cari makan ke merata dunia...Mummy pun join sekaki.
- Raja yang mentadbir republik kamu dan tolong jgn berebut remote control dgn nya.

Siapa dia?
Faqroul Hafeez Bin siapa ?
Saidatul Hafeeza Binti siapa ?
Faqroul Afiq Mustaqeem Bin siapa ?
Saidatul Afifah Auni Binti siapa ?
Saidatul Anis Qistina Binti siapa ?
Kamu semua berbinkan/berbintikan dia.
Di IC kamu tercatit nama dia,
Di luh mahfuz pun sudah tertera.
Selagi itu lah kamu jgn lupa..

JANGAN LUPA,
UCAPKAN LAH
SELAMAT HARI BAPA
BUAT PAPA

YANG SENTIASA MENYAYANGI KAMU LEBIH DARI SEGALA GALANYA.

( N3 bodek boss yang paling class di dunia...hikhikhikkk)

Bila baca ni saya teringatkan 5 org anak saya yang mempunyai 5 ragam yg berlainan.

Duk belek belek N3 lama2. Terbaca balik puisi yang entah saya dapat dari mana tapi sangat berkesan di hati bila membacanya. Ok, kita kongsi sekali lagi...

Anak anak ku,

Jika kau tak mampu menjadi
seperti air hujan
yangmenyegarkan tumbuhan,
yang menyuburkan tanaman,
cukup lah jika kau menjadi
seperti air di pancuran
yang menyihatkan fikiran.






Jika kau tak mampu menjadi
seperti bulan
yang menyinari alam,
yang menerangi malam
cukuplah jika kau menjadi
seperti dian
yang menyuluh kelam
yang membunuh seram





Jika kau tak mampu menjadi
seperti rumput permaidani
yang memberi kelembutan,
yang memberi kecantikan
cukuplah kau menjadi
seperti lumut di perigi
yang memberi kehijauan
yang menjadi makanan
ikan ikan





Jika kau tak mampu menjadi
seperti bunga di jambangan
yang menghias laman
yang menyeri taman
cukuplah jika kau menjadi
seperti bunga di hutan
yang mengindahkan
persekitaran
yang menyamankan
pandangan






Anak ku,
Jika kau tidak dapat menjadi apa apa pun
cukuplah jika engkau menjadi anak anak
yang tidak melukakan hati kedua orang tua.

Friday, June 17, 2011

Jawab secara butol2 ikhlas ni..janji jawapan seikhlas ikhlas nya..

Hubby tanya
" Buat apa nak ke pasar, lauk kan dah ada dlm freezer?"
Saya jawap,
"Nak beli kepala ikan untuk buat kari saja."
Itu saja.
Bawa balik penuh 2 bakul rotan barangan.
Hubby jeling dan sempat lak komen
" Kata nak beli kepala ikan saja"
Dalam dunia ni ada ke orang pergi pasar beli satu benda sahaja?
Pilih kepala ikan, aqad jualbeli, terus balik..Ada orang buat camni?
Pernah awak beli satu perkara saja?
Betul pernah?
Tak cayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Thursday, June 16, 2011

Pantun di bulan Rejab.

Berbuka puasa di sini.
Makin puasa makin berisi.


Bulan Rejab pakat2 berpuasa.
Order macam2 air sampai dua.



Orang tak puasa tumpang sekaki.
Kenyang perut, gemuk menjadi jadi.


Sudah makan balik ke rumah.
Alah apa susah, esuk diet lah...

Pendapat pakar puan : Emosi terganggu sebab hormon tak seimbang.Pendapat saya : Hati tua cepat terasa.

Sebuah luahan hati seorang perempuan yang bernama Nor.

Pusara mimpi pengejar pelangi

Sekiranya mati itu sudah dapat ku duga saatnya,
Aku sudah tidak mau memohon di perlewatkan walau seketika.
Biarlah datang nya bersambut.
kerana di sini pun nyawa sudah tidak byk membantu.
Sudah penat berlari mengejar mimpi.
Kehidupan semakin tidak ada apa apa
Bahagia hanya pakaian harian untuk tontonan
sedangkan hati didalam,
remuk redam.
Biarlah, kau katalah apa saja,
sememang nya aku sudah berputus asa.
Semakin aku ukir senyum dan tawa
semakin tawar dan aku sudah jenuh berpura pura.
Lakonan ku sudah basi.
Tirai ini perlu di labuhkan.
Penonton masih bertepuk tangan.
Sebenarnya primadona ini sudah lama tidak bernyawa.
Babak2 akhir ini adalah babak pengkebumian jiwa.
Biarkan saja rasa ini berpusara di lubuk hati.
Bersemadi di dalam diri.
Semalam aku pernah ingin hidup seribu tahun lagi
tapi hari ini jika Tuhan takdirkan mati itu lebih baik buat ku,
Aku redha.

Wednesday, June 15, 2011

Maafkan kekasaran bahasa saya hari ni tapi hati saya yg baik ni ada kala terbakar jugak!

Benggong!
Tersangatlah benggong!
Saya tengok dia dah loaded dah.
Cuti baru ni dia ke KL naik kapalterbang,
Saya pandu kereta 7 jam, sakit satu badan.
Dia shopping segala mak nenek,
Saya nak shopping giler2 pun beringat sebab lambat lagi cukup bulan.
Saya call dia.
"Mek, cukup bulan ni boleh tak ko jelaskan hutang ko tu..?"
Dia hang up!
Pas tu dia SMS kat saya yang malang nih.
"Apalah ko Hani, mcm ceti..Esuk aku bayar, mcmlah byk sgt rm2000 tu.."
Ok, sikit bagi dia sbb dia dah kaya.
Banyak bagi saya yang miskin ni.
Saya nanti dan menanti...
Tak bayar pun.
Selama 3 tahun dia berhutang, ini kali kedua saya mintak dia jelaskan.
Cubaan pertama dulu dia sampai tak tegur dan ngelak dari jumpa saya.
Saya andaikan masa tu mungkin dia tak ada duit lagi.
Tapi sekarang saya tgok dia mewah jer.
Kelmarin dia jumpa saya.
Dia cakap dia bukan tak nak bayar tapi tangguh dulu lah.
Ok, Saya baik hati, tak per.
Hubby saya cakap saya bodoh.
Saya singgah beli burger Si Samdol depan mini market sewaktu balik dari sekolah tadi,
Saya tengok kereta dia masuk McD drive thru,
Benggong!
Benggong bin Benggong
Siapa benggong ni...Saya ke dia?

Tuesday, June 14, 2011

Nenek zaman cyber.....


Sabor jer la Imaad yer....

Tak ada bahagian yang rosak, lebam jer tapi malu sebesar dunia...

Siapa sangka..
Ribut tidak....
Gempa bumi pun tidak..
Tiba tiba...
Bedebab!!!!!!!
Opssss!!!!
?
?
Nangka gugur.
Aduhhhhhhhh...du du du du du duuuu.
Aduh mak sakitnya.
Sakit sikit saja tapi malu nya tergolek bersaksi ni.
Entah macam mana boleh tersadung benda apa tah masa nak turun dari kereta.
Walau kat bawah porch sendiri,
tapi rumah tepi jalan ni ramai jugak la penonton.
Percayalah, ramai awakkk.
Apa tengok tengok?
Tak pernah tengok orang jatuh ke?
Tertiarap atas tile macam budak kecik yg baru belajar berjalan.
Kalau anak2 yg jatuh saya mesti tanya "Berapa ekor dapat tangkap katak?"
Cuba tanya saya begitu kalau berani???
Nak cover malu mula lah marah org tak pasal2.
Saya cepat2 bangun dan tak kutip pun barang yg jatuh bertaburan.
Sayur jer, kutip later lah..naik sapu minyak kat lutut dulu.
Cakap kat hubby yg saya tergolek kat bawah porch ni,
Dia tanya retak tak simen/tile tempat saya terhempas tu.
Ada ke patut???

Monday, June 13, 2011

Kalau lah hidup ni semudah ini...

Kalau tak suka kat siapa2 DELETE saja orang tu.
Kalau tak nak ingat2 lagi kenangan lalu, masukkan dlm TRASH.
Kalau perlu tengok sejarah hidup, cari saja kat HISTORY atau MY PICTURE/MY VIDEO
Kalau lama tak jumpa sedara atau kawan, BLOGWALKING atau ke FACEBOOK.
Segala yang berlaku boleh di AUTOSAVE, tak perlu panggil saksi.

Yang paling best,
Kalau saya nak jadi kurus, saya CROP saja mana area yg saya rasa kumpul lemak..
Kwang Kwang Kwangggg......

Sunday, June 12, 2011

Kenapa saya rasa macam ni pagi pagi ni...

Betul tak kalau kita rasa tak sedap hati, rasa serba tak kena, rasa resah dan hati tak tenang, maksudnya ada sesuatu yg tak di duga mungkin akan berlaku?Apa yerrr....?
Itu yang saya rasa sekarang.


Tuhan,
aku bukan lah tidak redha dengan dugaan mu,
tapi jauhi lah aku dari dugaan yg tak mampu aku tanggung
kerana aku tidak mau menjadi kufur kerana kelemahan ku itu..
Ampuni lah aku
dan berikan lah lebih kesabaran buat ku untuk aku hadapi segala cobaan dari mu.
Jadikan lah aku seorang yang kuat dan redha,
dan tingkatkan lah darjah keimanan ku...
Aminnnnnnn.


Saturday, June 11, 2011

Tidur lah wahai cucunenda...


Di ribaan saya dia tidor,
Lena dan damai kerana dia seorang bayi.
Adakah lena kita seperti dia?
Bebas resah dan sifar masaalah?
Tidur lah sayang buah hati nenek..
Mimpikan bahagia..

Friday, June 10, 2011

Bahasa jiwa bangsa..

Pelacur kelas 1?
Hahahaahhaaaa...
Pernah tak suami puan2 samakan puan puan dengan pelacur kelas 1?
Kalau belum pernah, dan puan2 sanggup suami puan2 samakan puan2 dgn pelacur kelas 1, maka belajar lah dari Dr Rohaya.
Lainlah kalau suami puan2 tak tau camna layanan pelacur kelas 1, maka camna nak buat perbandingan kannn?
Hati hati para suami..
Kang kerana nak puji layanan isteri pecah tembelang pulak.
Dr, Dr nak tanya sikit?
Suami doktor tau ke nak buat perbandingan?
Camna dia tau ek?
Komen saya : Menerima kelemahan pasangan dan mensyukuri kelebihan pasangan adalah kunci kebahagiaan..

Tak ke berasap kepala bila baca kenyataan beliau tu...?

Thursday, June 9, 2011

Cabutan nombor bertuah..ke tak bertuah?

Baru balik dari hospital.
Abang ipar saya kena serangan jantung.
First time kena.
Selain dari hubby yg dah lama ada masaalah jantung,
sekarang dia pula dapat sijil sah sakit dari hospital.
Abang ipar saya yg sulung seorang pengidap cancer dan dalam rawatan jugak.
2 abang ipar lain pun ada health problem.
Bukan nak bilang penyakit, tapi saya sedang buat kajian ni.
Betul tak, bila usia menjangkau 50an, ada lah penyakit yg menghampiri.
Jarang orang yang sihat dari muda hingga ke tua.
Mencegah tu lebih kepada melambatkan saja..tapi tetap kan datang masa sakit tu.
Bukan masaalah redha atau tidak.
Maksud saya, kita insan yg lemah ni seperti tunggu giliran.
Seperti ada cabutan nombor bertuah.
Tunggu nombor di panggil untuk di sahkan dapat penyakit apa.
Ada yang dapat sejenis penyakit saja, yg bertuah dapat 3 serangkai sekali gus.
Ni bukan soal mati lagi ni.
Mati lain cerita.
Sewaktu menaip N3 ni saya penat dan sakit kepala due to driving long distance.
Tapi saya tak boleh lelapkan mata untuk rehatkan badan.
Minda saya duk tertanya tanya...
Bila pula nombor saya akan di panggil untuk cabutan bertuah ni?
Hmm..Hanya Tuhan yg maha mengetahui dan
Dia tidak mempercepatkan atau melambatkan barang sesaat pun apa yang dikehendaki terjadi oleh Nya..
Kun Fayakun.

Wednesday, June 8, 2011

Saya mak budak baru nak belajar....

Saya ni kan tak pandai.
Baik ngaku kan?
So nak tanya lah siapa2 yg lebih tau.
Soalan 1 : Kenapa ada orang yg follow blog saya tapi bila saya nak follow dia balik tak dapat..x ada link.
Soalan 2 : Setengah blog yg saya follow pulak, bila dia org post N3 baru, saya tak dapat signal pun dari dashboard..Kalau tak check mmg tak terbaca..kadang tu seminggu kemudian baru saya terbaca.frust.
Soalan 3 : Kenapa ada org suruh kita type word verfctn bila nak komen? dia org tak suka kita komen ke? Risau gak kut mengganggu privercy.
Soalan ke 4 : Traffik2 ni hapa? Penting ke?
Sekian dulu soalan2 bodoh dari saya...Banyak lagi saya nak tanya tapi saya takut panjang sgt N3 ni nanti..Tolong lah bagi saya jawapan sebab kalau saya tanya penduduk di bawah bumbung saya ni dia orang mesti jawap....
" Mummy ni tak kan tu pun mummy tak tau..."
Apa dia orang ingat mummy dia orang ni bijak sgt ke ???
(Tu laaa...eksen sgt dgn anak2..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...