Huhuhuuu..
Sedih la pulak.
Ada orang acap duk komplen/komen pasal blog saya.
Mula tu nak biarkan saja tapi lama2 jadi berkudis juga.
Pasal bahasa.
Betul juga kata mereka saya tak nafi.
Bahasa saya tak betul, banyak salah penggunaan bahasa kata nya.
Tepat! Saya pun tau tapi nak buat macam mana sebab saya bukan pakar bahasa.
Bahasa melayu saya tunggang langgang.
Betul lah saya cikgu tapi saya bukan mengajar bahasa melayu. Saya 'Ticer'.
Maaflah bila saya campur aduk bahasa melayu dan inggeris dalam posting2 saya.
Tak leh nak elak sebab begitu penggunaan bahasa saya sehari hari.
Malah saya campur 'mother tongue' saya juga iaitu dialek kelanatan.
Nasib baik saya tak reti berbahasa tionghua seperti datok nenek saya, kalau tidak habis saya rojakkan.
Maaf berlori lori wahai pembaca yg disayangi, Muah muah muahssss..jgn marah I lab U.
Terima lah kekurangan saya.
Walaupun saya bukan sasterawan, saya suka menulis.
Lintang pukang pun lintang pukang lah.
Janji apa saya nak luahkan terbebas dari hati.
Jangan banding blog saya dgn blog orang lain yg hebat hebat..
Saya pun kagum dgn blog orang lain tapi saya tak mampu nak sehebat itu, nak buat macam mana.
Ok ok....macam ni saja lah...
Terima saya seadanya..boleh laaaar.
Maaf saya tak dapat baiki penggunaan bahasa saya sebab terus terang cakap SAYA TAK RETI.
Saya ' banyok baso' kata orang kelantan.
Ni duk belajar bahasa arab, nanti nak belajar bahasa siam pulak....
Koho la banyok baso ....aiseymennn!
Aku ini hanya lah batu di sungai.
Menumpangkan lumut
Sejuk dingin air menerjah seharian.
Menjadi nyanyian hati.
Di jeram payah ini aku kekal begini
Namun tidak berselut dendam
Tidak kusam walau dimamah sepi.
Batu sungai dipenjuru jeram.
Menambah cantiknya pandangan.
Hati hati bila pijak untuk menyeberang.
Jangan tertipu dengan keras kaku ku
kerana batu ini mampu menggigit kaki mu.
Jangan salahkan aku atas luka itu.
Tanya telapak kaki mu yang halus mulus,
kenapa tidak terlebih dahulu melembutkan batu.
Menyantuni batu agar menjadi baldu.
Luka mu bukan dosa ku
Aku hanya lah batu di sungai.
Hanya batu sungai.