Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 31, 2010

Maiyah kesayangan kita

TQ Adik Maiyah..
Tuhan ku,
Kau berikan lah kekuatan buat adik ku Maiyah untuk terus tabah menghadapi hidup nya.
Kau jadikan lah dia seorang yang sentiasa redha bila berhadapan dengan dugaan dugaan dari Mu Allah.
Kau tebalkan lah iman di hati dia yang ku kagumi ini.
Kau lindungilah dia dari segala bencana yang tidak tertanggung oleh nya.
Kau limpahi lah dia dengan kesihatan yang baik dan rezeki halal yang melimpah.
Kami ini mata yang memandang, tak mampu merasai saratnya beban yang digalas di bahu dia.
Kami hanya mampu berserah pada mu dan memanjatkan doa dari hati yang ikhlas..
Doa untuk Maiyah...Untuk Maiyah di 10 Ramadhan yang terakhir ini..

Monday, August 30, 2010

Jangan ngada ngada...

Di siang hari di bulan Ramadhan.
Sebulan dalam setahun.
Saya merasai kelaparan,
dan dahaga juga..
Bila azan magrib berkumandang,
lapar dan dahaga saya terubat.
Jamu selera,
Kenyang.
Syukur.

Dia juga kelaparan macam saya.
Dahaga yang berganda ganda.
Bukan hanya di siang hari,
bukan hanya sebulan dalam setahun.
Tiap tiap hari dia merasa begitu.
Azan magrib nanti belum tentu dia dapat makan
Sampai bila kelaparan, tidak ada siapa yang tahu
Hanya pada Tuhan dia mampu berdoa.
Semoga cepat laparnya hilang.

Sewaktu berbuka puasa,
Sewaktu mengadap makanan
saya berpesan pada diri sendiri,
jangan ngada ngada!
Makan aje lah dan bersyukur.

Sunday, August 29, 2010

Raya dah dekat...

Lagu2 Raya dah mula berkumandang.
Itu menandakan raya dah hampir.
Suara Saloma, Sanisah Huri dan Ahmad Jais,
mengingatkan saya pada masa silam, zaman kanak kanak.
Zaman saya kanak kanak dulu kita orang main mercun jugak.
Tapi tak de yang sampai putus jari.
Bunga api sekadar yang cap kucing tu saja.
Kasut raya simpan bawah katil, nak tidor mesti testing dulu, pas tu simpan balik bawah katil.
Baju raya selalunya nak raya baru ambik dari tailor..
Seminggu belum raya kakak sulung saya mula buat biskut raya.
Bila saya buat muka welfare dapat la biskut yg reject sekeping dua..Sedap.
Mak selalu nya sibuk dengan persediaan ketupat,sate dan lauk pauk.
Semua buat sendiri, tak ada tempah menempah.
Kadang kdang mak saya suruh saya main jauh jauh sebab saya ni memang suka menyibuk.
Ayah lah yang menyelamatkan saya dengan mengajak saya membantu dia cuci kawasan rumah.
Itu pun dengan upah yang sepatutnya...hehehe..
Pagi raya saya lah tukang hantar juadah ke rumah sedara ( yang letaknya berdekatan)
Ini memang tugas yang saya nantikan.
Bukan apa, teruja nak tengok baju raya orang rumah sebelah.
Dalam hati memang yakin baju raya saya yang paling lawa..
Kat badan segala jenis barang kemas mak sarungkan.
Dulu mana ada kes ragut2 ni..biasa jer pakai barang kemas keliling kampung.
Tambah2 ayah saya seorang yang di segani dan di kenali ramai, tak ada la yang berani amik kesempatan kot.
Rumah saya memang menjadi tumpuan masa raya, meriah sungguh.
Bila ramai tamu, duit raya pun penuh saku..
Malam nanti tak de kerja lain la, bilang duit raya.
Yang paling best nya ayah saya selalu genapkan jumlah duit raya yang saya dapat.
Sekarang semua tu tinggal kenangan.
Bila dengar lagu raya, kenangan ini tak lupa untuk menjelma kembali.
Sukanya dengar lagu raya........

Friday, August 27, 2010

Resepi dari hati.

Ramai yang bertanya...
Untuk jadikan masakan tu sedap nak masukkan apa?
Nak tahu rahsia saya.......?
Senang jer, begini caranya.
Kalau kita masak apa sekali pun, kueh mueh atau lauk pauk,
Sama ada untuk kekawan atau untuk keluarga.
Bahan ini jangan lupa masukkan dalam masakan.
Memang saya tak pernah lupa
BAHAN UTAMA-KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN.
Itu rahsia saya.
Tak dinafikan,
masakan di tempat exclusif yg tersohor hebat lebih memikat.
Chef yg berpengalaman dan presentation yang 'Gah'..
Sedap dan pelbagai pilihan.
Lazat hingga menggigit jari...
Tapi keenakan nya tak serupa..
Bandingkan dengan ikan kembung yang mak kita goreng,
Cucur udang berminyak yg mak kita buat...
Pisang Sira hangit yang mak kita terlalai sekejap tu,
Milo yang mak kita bancuh..
Puding yang tak beku2, yang kakak kita try buat pertama kali..
Atau Roti Peanut Butter yang meleleh2 di hidang oleh adik kecil kita..
Kadang tu tak payah hidang, siap layan diri (ceduk sendiri dari periuk)
Walau tak sempurna, tetap sedap kan?
Kenapa?
Kerana disediakan dengan penuh kasih sayang. Caya tak?

Wednesday, August 25, 2010

Tahun ketiga Anis berpuasa..

Anis, hari ni dah 15 hari kita berpuasa.
Anis dah nampak tak selera masa berbuka tadi.
Seketul ayam pun tah tak tertelan..kueh pun tak sentuh.
Sabarlah anak, kita dah sampai di puncak bukit ni.
Esuk kita mula menuruni bukit Ramadhan menuju Syawal.
Raya pun dah tak lama dah..
Dua tahun kebelakangan ini Anis tak tinggal puasa.
Tahun ni mesti Anis boleh teruskan dengan izin Tuhan.
Anis kuat, mummy tahu Anis kuat.
Ingat masa kita pergi bercuti ke Europah baru ni.
Kita jelajah 3 negeri.
Anis tak komplen letih walau mummy tahu Anis dah penat.
Anis tak komplen bila makanan yang sempat di jamah hanyalh di sebuah stesyen transit ketetapi laju.
Anis faham bila mummy cakap susah nak dapatkan makanan halal jadi kena makan apa saja makanan halal yg kami boleh dapati.
Anis ceria sepanjang perjalanan itu..malah masa Anis jatuh, Anis bangun sendiri dan tidak apa apa pun.
Ingat masa kita ketinggalan keretapi dan kita terpaksa berlari ke syesen berdekatan untuk manaiki keretapi yg seterusnya,
Anis gagah betul angkat bag dan berlari tanpa merungut.
Kan Anis gagah menghadapi segala suasana tu.
Ini kan pula hanya untuk menahan lapar dan dahaga selama 13 jam..
Bukan payah mana pun.
Ok, Ok, esuk kita berbuka di fast food restaurant..itu yg Anis duk tunggu2 kan?
Kalau orang lain tak nak ikut, kita pergi berdua, mummy temankan anis.
Orang lain mana boleh di pisahkan dari hidangan Nasi dan lauk2 tradisi..
Mummy dua dua boleh...mula2 makan Pizza pas tu balik rumah makan nasi pulak.
Anis punya pasal...mummy apa apa pun boleh, janji Anis teruskan berpuasa cukup sebulan.

On Call.


Hari ke 15 Ramadhan ni kat rumah saya ada yang dah bangun.
Masak sahur dan makan sahur.
Anak saya bersahur di hospital lagi pagi ni.
Semenjak bulan puasa ni dia acap juga berbuka dan bersahur di hospital.
Dah tugas tu, redha saja lah.
Berkhidmat dengan ikhlas, berbakti pada yang memerlukan.
Kesian, dia berbadan dua...Mesti penat.
Semalam waktu saya ke wad tempat dia bertugas, saya tgok dia sedang bekerja.
Tu dah dekat waktu berbuka, orang lain dah tentu sedang mengelilingi meja,mengadap juadah yang tersedia.
Dia pula sedang mengadap fail pesakit dan stetoscope masih membelit leher.
Sabar lah anak, mummy bawa simpati dan doa semoga anak sihat dan tenteram.
Setelah bekal berbuka bertukar tangan, saya berpaling untuk pulang.
Seorang ibu yang sedang menunggu anak menyapa saya.
"Kenapa tak berbuka di sini saja..temankan anak?"
Adoiii Makcik, saya ni kalau boleh, bukan saja nak temankan dia,tapi nak tukar tempat, biar saya saja di wad ni dan dia di rumah bersama suami dan famili....
Kalau boleh.
Kalau boleh.

Tuesday, August 24, 2010

Kenderaan yg lebih timbangan saja yang JPJ saman....Orang tak.

Berat badan saya naik lagi. Tajuk yang paling acap saya paparkan.
Bezanya kali ini walau berat badan saya di luar kawalan, saya tidak risau pun.
Kalau muda2 dulu mmg la risau, yer la, baju kebaya dan body fitting dresses tu banyak,
buat la tak muat..sarung nangka jadi nyer.
La ni kalau kurus pun saya rasa saya harus berfesyen bersesuaian dengan usia.
Dah tak main sendat2 ni..bersederhana saja. grow old gracefully.
(Orang lain saya tak tahu, ini pendapat peribadi saya..)
Saya cuma bimbangkan risiko di hinggapi penyakit yang terhasil dari berat badan berlebihan,
itu saja.
Kalau pun saya ada hati nak turunkan sikit timbangan lemak saya ni, tak lain hanya lah demi kesihatan.
Saya dah tak kisah dah,
Asalkan saya sihat cukup lah.
Memang saya nampak hodoh bila bentuk badan tenggelam dibawah lemak
Waktu kurus dulu pun saya bukan lah tergolong dalam kategori wanita yang cantik menarik.
Tak pernah begitu dan dah tua2 ni lagi lah off the rack kata orang.
Gemuk atau kurus tetap tak lawa jugak. Tak kisahhh.
Maka kesimpulan nya..biarlah, kalau dah badan gemuk di usia tua ni, terima aje lah hakikatnya.
Tak perlu duk bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang lebih kurus.
Lihat cermin dan katakan pada diri sendiri..
"Yer saya gemuk...so what?"

Monday, August 23, 2010

Polis pun tak saman,tak kan saya nak saman.

Balik dari masjid selepas solat terawih, saya tidak terus balik rumah.
Saja pandu pusing pusing bandar tengok suasana malam di bulan Ramadhan, di Kota Bharu.
Kedai makan meriah sungguh. Ramai pengunjung sedang menjamu selera.
Agaknya lepas solat terawih tu perut mula ada ruang untuk di isi sedikit lagi.
Kebanyakan kedai di penuhi golongan kaum adam dari pelbagai peringkat usia.
Tak sah agaknya kalau tak keluar minum kat kedai.
Saya yakin makanan yang disediakan di rumah masih penuh meja.
Mungkin setengah juadah tu masih belum tersentuh.
Itu lah lambang kemewahan rakyat malaysia, tak ada yang kebuluran.
Tak apalah, masing masing punya cita rasa..biar aje lah.
Asal jangan sampai membazir, bersederhanalah dalam segala hal.
Sebelum balik, saya isi minyak kereta dan singgah beli roti di 7E.
Sampai rumah saya terus ke dapur, buat minuman dan keluarkan kueh untuk hidangan selepas terawih.
Tiba2 bunyi hon kereta di depan rumah.
Bukan tiba2..memang dah acap mcm tu.
Sekejap enjin kereta menderu, membawa bersama penghuni rumah saya yang sekapal dengan golongan yang saya sebut di atas tadi.
Tak senang duduk kalau tak keluar minum dengan kekawan.
Keluar makan 'collek' la tu.
Keluarlah saya pun tak kuasa nak melarang..
Nak saman pun rasanya dah tak makan saman.
Suka hati awak laaa...
Tapi,
Kopi O ais, pengat pisang dan collek buah yang kat rumah ni sapa nak habiskan?
Buah buahan yang dah dipotong dan hidang ni sapa nak sentuh?
Akuuuuuuuuuuuuu jugak la.

Sunday, August 22, 2010

Penyakit lupa

Saya pelupa atau memang hari ni bukan hari terbaik buat saya?
Kalau pelupa pun dah betul lah tu.
Sinonim dengan usia saya yang dah separuh abad.
Tadi saya lupa dimana saya letak 'pencil case' saya..Puas la anak murid tolong cari,last last rupanya saya belum bawak turun dari kereta..nasib baik saya pergi tukar kasut.
Kenapa tukar kasut?
Sebab saya terlupa pakai stokin dan kaki saya melecet bila tak berstokin.
Berselipar saja lah.
Masuk bilik guru saya terus ke meja saya.
Hmm, masih si atas meja tu lah lada yang kawan saya berikan semalam.
Saya lupa nak bawa balik ke rumah.
Nasib baik eluk lagi.
Saya terus masukkan dlm handbag dan harap2 saya tak lupa kuarkan bila sampai umah nanti.
Balik dari sekolah saya singgah kat pasar.
Nak beli ikan bilis sebab hari ni nak berbuka dgn nasi lemak.
Lupa beli kacang, terpaksa keluar sekali lagi.
Ni dah kul 6 petang, saya ngadap laptop sebab saya dah siap masak.
Harap2 tak ada benda lain yg perlu saya buat sebelum berbuka.
Takut juga last minute baru perasan saya terlupa.
Pernah gak masak lauk bagai nak rak, tapi lupa jerang nasi..
Maaf lah, mummy dah tua la nak.
Jap, nak pergi keluarkan lada dari dlm handbag, baru teringat.

Saturday, August 21, 2010

Tak pasal pasal kurus puasa ku...

Malas nak fikir panjang2 dan lama2.
Benda small matter saja ni.
Puasa puasa ni kena banyak bersabar.
Itu kata hati saya masa otak saya waras.
Tapi kalau ikutkan hati saya yang sedang terbakar ni..
Ni yang saya nak kata..
Hei awak,
Mulia sangat kah awak dan hina sangat kah saya?
Pandai sangat kah awak dan bodoh sangat kah saya?
Hebat sangat kah awak dan lemah sangat kah saya?
Walau pun saya banyak kekurangan tapi saya bersyukur dengan bahagian yang telah Tuhan peruntukkan buat saya.
Tolong sikit,
Saya tak nyusahkan awak maka awak pun tak payah ambik tahu hal saya.
Biarkan saya dengan dunia saya.
Awak nak naik ke langit dan terjun turun pun itu hal awak.
Saya tak larang dan tak suruh.
Kalau saya yang nak naik ke langit pun itu hal saya,
Awak tak berhak nak tahan tahan..
Saya dan awak tak sama.
Tolong jangan buat saya memusuhi awak.
Kali ni saya ngaku saya marah...
Tapi saya bukan benci.
Jangan paksa saya jadi benci.

Friday, August 20, 2010

Bumi menanti..


Awak lah helang yang menakluki angkasa..
Mendabik dada...Angkuh dan sombong.
Riak dan megah..
Helang tidak selamanya menebarkan sayap.
Bila tiba masa dan ketika,
terpaksa berpijak di bumi..
Hati hati Helang yang gagah..
kaki mu bisa terbakar
kerana api yang kau nyalakan semalam
masih belum padam...

Thursday, August 19, 2010

Subahat dengan hati.


Mata.
Tangan.
Dua sahabat hati yang bersekongkol buat badan sakit perut malam tadi.
Beli lauk itu, lauk ini..
Kueh itu kueh ini...
Walau dah plan nak masak,
tak sah kalau tak ke gerai gerai berdekatan.
Kan dah jadi tetamu tandas..
Nak tido pun tak boleh.
Wahai perut, terimalah akibatnya..
Kerana Hati, Mata dan Tangan yang tak nak dengar kata minda,
kau yang terpaksa tanggung risiko nya.

Tuesday, August 17, 2010

Jauh tapi dekat di hati...

Ramadhan ini membahagiakan.
Dengan izin Tuhan saya temui dia.
Seorang yang saya baru kenali.
Saya selesa bila berinteraksi dengan dia.
Bahasa yang telus dan jenaka yang bersahaja.
Samaada dia akan menjadi seorang teman sejati
Atau kawan masa senang saja, saya tak kisah.
Asal dia tidak menjadi orang yg memusuhi saya.
Teman, kawan, taulan atau sahabat,
apa apa saja, saya terima.
Yang penting hari ini saya gembira dengan kehadiran dia.
Dan saya harap dia juga menerima kehadiran saya seadanya.
Kata orang berkawan biar seribu..
Saya harap dia termasuk dalam bilangan itu.

Kalau dia gambaran masa depan saya..bagaimana?

Semalam sewaktu berterawih di masjid berdekatan, saya perhatikan seorang perempuan.
Mungkin dah 80an..duduk di penjuru masjid menunggu azan isyak.
ditepi dia ada gelas kosong dan beberapa biji kurma.
" Mak sorang ke?"
Tanya saya yang memang buzy body.
Manis senyuman nya..
Salam saya di sambut dgn peluk cium.
Dengan air mata juga.
" Sorang lah nak, berbuka di masjid, kalau berbuka di rumah pun sorang jugak, anak2 duk jauh semua.."
Tersumbat kerongkong saya..
Yang saya lihat bukan dia tapi masa depan saya.
Begitukah saya kalau di takdirkan usia saya panjang mcm dia?
Bersaorangan begitukah?
Di mata dia hanya kesepian seorang ibu yang terbayang.
Di mata saya kesepian itu jelas kelihatan.
Sewaktu turun dari masjid saya lihat dia perlahan melangkah.
"Mak duk kat mana?"
Tanya saya yang masih kalah dengan perasaan nak tahu.
" Tu..rumah dekat jer..InsyaAllah esuk jumpa lagi..Assalamualaikum."
Wahh...besarnya rumah..Kalau rumah tu saya tahu lah dia ni siapa.
Sebanyak itu harta dan setinggi itu gelaran yg dimilikinya,
hari ini dia papa...
Papa perhatian.
Dimana orang orang yang pernah di kandungnya?
Pernah di susui nya dan yang membesar di depan mata dia?
Takutnya saya....
Hanya Tuhan yang menentukan nasib saya nanti.

Saturday, August 14, 2010

Lain kali belajar bahasa perancis..


Bila teringat balik citer ni saya tersenyum sorang sorang. Gini kisahnya.
Sewaktu di Paris baru2 ni hubby saya sakit gigi dan bengkak gusi.
Saya keluar ke Mall bersaorangan dan masa nak balik ke hotel tu saya mencari cari farmasi.
Bahasa menjadi penghalang tapi akhirnya jumpa juga satu farmasi di pinggir kota tu.
Sekarang problem nya camna saya nak bagi tau ubat apa yang saya nak.
Puas la saya guna bahasa isyarat supaya mamat perancis ni faham.
At last dapat juga ubat sakit gigi yg saya nak tu..Ok., merci bien..
Balik ke bilik hotel, saya terangkan lah dengan panjang lebar kat hubby betapa payah nya nak berkomunikasi bila bahasa jadi penghalang.
Saya bagi tau hubby yang saya terpaksa berlakun sakit gigi dan guna bahasa isyarat.
Hubby diam saja...Ambil ubat tu dan telan kerana dia dah tak tahan sakit.
Satu ayat saja keluar dari mulut hubby saya dan buat saya ketawa guling guling...
" Nasib baik saya sakit gigi...Kalau saya sakit buasir macam mana agaknya yer..."

Nota buat hubby: Kalau awak sakit buasir, awak aje lah yg pergi ke farmasi tu dan tunjuk bahan bukti.

Friday, August 13, 2010

Jumaat pertama di bulan ramadhan ini

Pagi ni,
Ada yang masih tido, ambil kesempatan di hari minggu ni.
Ada yang berkira kira untuk sambung tido menggunakan alasan berpuasa.
Ada yang tak tido selepas sahur kerana bereskan apa yg perlu dibereskan.
Ada yang nak ke pasar kejap lagi..
Ada yang ngadap laptop.
Tengah hari..
Ada yang ke masjid solat Jumaat.
Ada yang sedang baca Quran sementara tunggu Zohor.
Ada yang rileks tak payah masak lunch..
Ada yang ngadap TV
Ada yang mengemas itu ini.
Ada yang layu..longlai..jelepek kat bilik..Macamla dia sorang yang puasa..Adoii!!!
Saya hari ni...,
Kejap tido kejap ke dapur,
kejap tgok TV, kejap ke dapur,
kejap ngadap laptop,kejap ke dapur,
kejap kuar beli barang yang lupa nak beli pagi tadi, kejap ke dapur,
kejap jawap panggilan talipon dan mengirim/menerima SMS, kejap ke dapur
dan menyiapkan hidangan berbuka...
Seronoknya hujung minggu di bulan puasa bagi saya dan orang2 yang sewaktu dengan saya...

Tuesday, August 10, 2010

My choir boys and girls

My little ones..
These are my little ones that sang the song 'Season in the sun' during the School Assembly last Sunday.
They may not be the greatest performers in town but they did their best and made me proud.
Look at them..
Now they are nine but soon they will become graduates, doctors, lawyers, engineers, professors, and may be teachers too..They are bright, cheerful, energetic and fun to be with..Good Luck.
Thank you, all of you..
Proud to be your teacher.

Tahun ketiga Anis ku berpuasa

Anis happy..Esuk nak puasa.
Bererti sebulan lagi boleh lah beraya.
Pengertian puasa bagi anak kecil ini..
Sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.
tak boleh lagi singgah di 'McD drive in' waktu balik sekolah,
Tak boleh beli air kelapa dan minum atas kereta.
Belajar puasa kerana kalau tidak,
tak dibenarkan bersama2 menyentuh juadah berbuka.
Bulan puasa bagi Anis,
bulan membeli baju raya dan kasut raya
bulan pesta makanan.
Bulan buat biskut raya.
Tak sabar nak bakar bunga api nanti..
Membilang bilang hari untuk menyambut raya.

Anak anak ini..
pengertian puasa di minda mereka yang belum baligh.
jauh berbeza...
Biarlah...apa pun tanggapan mereka.
Asal mereka belajar berpuasa dan berterawikh.
Menghormati bulan keberkatan ini.
Belajar menjadi dewasa..
Bagaimana dengan yang sudah tua tapi ponteng puasa?
Tak malu kah pada anak2?
Atau di bulan puasa ini..
Anak2 yang menjadi lebih dewasa....

Monday, August 9, 2010

Menyesal tak habis habis..

Menyesal saya buat apa yang dah saya buat.
Saya tak patut buat begitu.
Tidak ada apa apa yang saya dapat.
Tak berbaloi langsung.
Menyesal saya memperbodohkan diri sendiri.
Tak pernah ada orang yang menyesal dahulu.
Orang yang menyesal kemudian banyak termasuk saya.
Tapi apa nak buat, saya harap saya tak ulangi lagi
Buat lagi, menyesal lagi....Dah banyak kali menyesal.
Tak serik serik....
Inilah kelemahan saya.
Tidak tahu untuk berkata 'Tidak'.
Tidak belajar bahasa menolak.
Saya akan cuba perbaiki diri.
Supaya tak menyesal lagi..

Sunday, August 8, 2010

Sama macam dulu...cuma usia yg bertambah 35 tahun lagi..

Zie tiba tiba menalipon.
Dia ada kat kota bharu.
Saya pulak walau di sini tapi ada urusan.
Zie nak ajak keluar.
Ok, saya selesaikan urusan saya lebih awal.
bukan senang nak jumpa kawan lama ni.
Ajak Tie sekali.
Dah 35 tahun tak jumpa Tie.
Lama 35 tahun tu..
Tie setuju dan kami bertemu di sini.

Riuh..tak cukup mulut nak cerita.
berebut rebut nak bertanya..
itu ini..
begitu begini..

3 rakan yang pernah sekelas.
Pernah kena denda bersama sama.
Pernah kongsi meniru kerja rumah yg guru bagi.
Pernah remaja bersama..
Pernah minat hero filem yang sama.
Pernah nakal bersama
Kami kongsi cucur udang di kantin sekolah,
Kami teguk minum dari gelas yang sama.
Banyak 'kenangan bodoh' bersama.
Sebumbung mencari ilmu dan
akhirnya begini lah kami.

Tidak anak2 15 tahun yang manis
tapi wanita 50 tahun,
yang tetap senyum dalam
pahit getir kehidupan harian
bukan remaja2 yang happy go lucky lagi
tapi nenek2 yang happy
dan bersyukur dengan bahagian
yang Tuhan peruntukkan.
Tidak juga gadis muda2
yang bebas kesana kemari
tapi nenek,
ibu,
isteri,
menantu,
rakan senior
yang banyak kenangan untuk di kongsi..

Jadi semalam Pantai Cahaya Bulan,
menjadi saksi..
Pertemuan kami..

Saturday, August 7, 2010

When boredom strikes

Sometimes u just have to get out..
Need to get some space..
I need to do that now.
Its just that I don't want to go out alone.
I need a company.
But there's no one around.
Not a single breathing soul.
Old friends, new friends..
everybody is unavailable.
Uwaaaaaa........!!!!!

Friday, August 6, 2010

Bukan saya sorang ada penyakit ni..

Malas adalah penyakit.
Kelmarin saya rajin.
Hari ni jangkiti malas.
Esuk entah malas bertambah kritikal.
Ubat malas saya belum ada.

Kelmarin saya rajin siapkan tugasan.
Hari ni saya tertangguh tangguh.
Kuman malas sedang beranak pinak.
Tak siap hari ni esuk boleh sambung.
Tanda awal penyakit menular.

Hari ni saya nak tidor..Nak relax.
Nak biarkan kuman malas bermaharaja lela.
Kalau pun ada ubat, saya tak mau telan.
Saya rela begini..

Esok saja saya cuba ubati.
Esuk saja..Ini dari kata hati yang dijangkiti.
Malas ni penyakit yang cepat merebak.
Biarkan saya bermalas malasan sendirian.
Jangan ada yang hampiri..

Amat berharap
Minda masih bebas kuman.
Belum dijangkiti.

Wednesday, August 4, 2010

Ular Sawa yang Konpius....

Ular Sawa.
Dari longkang besar di tepi jalan utama,
Agaknya dah boring duk dalam longkang yang busuk tu.
Diam diam dia duk kat tepi jeriji di ruang dapur basah ku yang sememangnya terbuka.
Bibik sedang menyediakan sarapan, nasi goreng kampung dalam kuali.
Nyanyi2 lagi...
Ular menghampiri..merenung manja bibik saya.
Bibik baru perasan..Ada peminat rupanya.
Ular Sawa diam tak bergerak,
Bibik pun terdiam.
Ular pandang bibik, bibik pandang ular.
Dua dua beku macam ketulan ais di kutub utara.
Kebetulan suami ku masuk ke dapur.
Dah jadi tiga ketulan ais... Bibik, ular dan suami.
Ular tu agaknya kebinggungan..
Naperla membisu seribu bahasa semua orang nih..
Dah boring tunggu reaksi manusia berdua ni, ular itu give up.
Perlahan lahan mengundur dan masuk semula kedalam longkang.
Bibik jumpa balik suara dia yang hilang, bising ketakutan..
Segala jenis bahasa jawa keluar dari mulut dia.
Menggeletar..pucat lesi.
Suami saya pun takut jugak.
Tapi dia tak benarkan saya hurai ketakutan dia kat sini.
Control manco!
Suami pun mula lah menalipon bomba dan jiran..mintak bantuan.
Ular Sawa dah terlepas........
.Kalau lah mereka berdua ni bertindak cepat tadi,
Tajuk suratkhabar utama esok agaknya..
'Ular Sawa sepanjang 7 kaki ditangkap'
Sah lah Bibik posing bersama ular....
Senyum lebar kau Bik, masuk paper la katakannnn...

Monday, August 2, 2010

Bila awak nak bayar ni??

Nak mintak, takut hilang kawan.
Tak mintak, nampak gaya macam dia lupa yang dia berhutang dengan saya.
Bukan sehari dua..Dah bertahun.
Bukan sedikit, beribu..
Saya dah serik menolong kawan yang kesempitan duit.
Bukan hanya duit yang lenyap gitu saja,
kawan pun turut ghaib.
Masa dia orang perlu untuk berhutang tu bukan main baik lagi.
janjinya sama saja..akan bayar dlm tempuh terdekat.
Kalau tak bagi, kesian dan takut dia rasa kita tidak bantu kawan yang dalam kesuntukan.
Kalau bagi ni la jadi nyer..
Kalau tanya pasal hutang adakala kena marah balik..
macam kita ni mintak duit dia pulak.
Adakala dia menjauhkan diri dari kita, tak nak berselisih bahu pun.
Serik la saya macam ni..
Biarlah saya hilang kawan kerana saya tak bagi dia berhutang,
dari hilang kawan dan turut hilang duit..
Orang yang suka berhutang ni tak patut di anggap kawan.
Dia yang cari pasal dengan tidak mengurus kewangan dengan bijak.
Pas tu nyusahkan kita..guna kita atas tiket 'kawan'
Serik saya dah...
Tak akan bagi hutang lagi..
Tak nak berkawan dengan saya pun tak per,
Saya tak perlukan kawan yang macam ni.

Sunday, August 1, 2010

Nak ingatkan kaum sejenis..yg berlainan jenis pun kena ingat jugak ni.

Puan puan, kunci pintu kereta bila masuk jer dlm kereta.
Kunci!
Jadi kan kebiasaan mengunci pintu kereta, biarpun hala tuju tu dekat saja.
Malang tak berbau.
Ni cerita lama. Tapi kerana insiden ini lah saya tak lupa kunci kereta sekarang.
Saya berhenti di lampu merah satu ketika dahulu, menunggu lampu hijau sambil dengar lagu di radio.Tiba tiba pintu kereta di buka orang. Sepantas kilat seorang lelaki duduk di sebelah saya yang sedang memandu.
Takut tok sah cerita lah..Berpeluh2 dan sejuk kaki tangan.
Lampu bertukar hijau, nak tak nak kena pandu jugak ke depan.
Dari perwatakan dia, saya tahu dia kurang siuman.Nak tanya tak berani.Saya diam,menggeletar takut.Dalam hati segala doa termasuk doa makan pun saya baca..Ketakutan yang melampau.
" Awak tau Istana Tg Seri Maharaja?"
Saya serba salah nak jawap ke tidak.
"Awak hantar saya ke situ..Saya dipanggil mengadap.."
Mampos la macam ni. Saya tengok dgn ekor mata, beg saya yang berada diantara saya dengan dia tak terusik.Dia bukan mau merompak.
"Lain kali jangan pakai baju kuning, tuanku marah."
Apa apa lah Mamat oi...Saya masih membisu.Silap jawap kang lebam bijik mata saya nanti.
"Hah, berenti depan sana..Nah rm2.00"
Saya ketepi.Dia bersiap untuk turun dari kereta saya...Lega.Selamat.
Saya ambik duit tu sebab tak nak banyak soal.Dia bukak pintu kereta dan menoleh ke arah saya sekali lagi.
"Dekat macam ni pun tambang mahal macam bedil"
Haiyala...Nasib baik saya tak jawap apa2..Kalau saya jawap agaknya lagi panjang cerita Mamat Sewel nih..
Biarkan dia sorang saja yang tak betul...Saya tau saya masih waras.
Ok...Sekarang nak kunci kereta ke tidak wahai puan2, cik2 yang saya hormati???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...