Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 31, 2021

Soal hati bahagian 1.

 Hati manusia berubah rubah. Kadang kadang kita tidak pernah terlintas di kepala kita yang kita akan berubah hati. Cerita 'soal hati' ini adalah realiti kehidupan saya. 

Saya dibesarkan di dalam sebuah rumah berpagar tinggi di sebuah bandar. Keluarga saya sebuah keluarga yang disegani dan ayah saya seorang usahawan yang agak dikenali di masa itu. Lain perkataan, saya dibesarkan dalam kemewahan. Kehidupan saya waktu tu berkisar pada kehidupan 'di dalam pagar' sahaja dan saya tidak tau apa yang berlaku 'di luar pagar'. Saya lah Si Bongsu yang sentiasa dapat apa yang saya nak. Degil itu saya.

Saya bertemu jodoh dengan seorang pemuda kampung. Kami mendirikan rumah tangga setelah tamat belajar. Mulanya keluarga saya amat ' skeptikal' tentang keputusan saya untuk berkahwin dengan dia. Mak saya bimbang kerana mak saya tau saya cerewet dan tak pernah merasai susah. Saya pun takut jugak sebenarnya.

Ini lah titik pertama saya mengenali kehidupan di kampung.Setelah berkahwin, saya acap pulang ke kampung suami. Mak mertua saya yang saya panggil Ma' seorang yang sangat sabar. Dia mengajar saya menyantuni jiran tetangga. "Senyum, tak kira kenal atau tidak." kata ma. Mungkin ma tengok saya yang sememangnya wajah masam ni nampak tak mesra alam, terpaksa la dipaksa untuk senyum.

Di tepi rumah ma ada anak sungai. Rumah ma tak ada pagar jadi kanak2 yang nak ke sungai akan melalui depan rumah ma..Riuh. Setiap hari bising bunyi pekik ketawa kanak2 mandi manda. Mulanya saya rasa terganggu tapi lama kelamaan jadi terbiasa. Tidak jauh dari rumah ma ada sawah padi. Cantik sangat bila menguning. Saya tak berani ke sana sebab saya takut pacat dan lintah..Jangan tak percaya kalau saya kata yang saya agak bodoh waktu tu kerana pokok tembakau saya ingatkan pokok kubis..

Suami saya anak sulung, jadi saya yang tak pernah ada adik ni belajar bertolak ansur dengan adik2 ipar yang ramai. Entah kenapa saya rasa seronok pula menjadi kakak. Adik2 ipar lah teman saya dan banyak yang saya belajar dari perbezaan cara hidup kami.

Akhirnya saya rasa saya lebih seronok berada di kampung dari di tempat saya dibesarkan. Saya sukarela minta untuk ditukarkan bertugas di sekolah berdekataan dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama mertua. Keluarga saya memang lah terkejut dengan keputusan saya tu tapi mereka tetap menyokong. Bermula lah kehidupan saya sebagai orang kampung. Dari saya tak pandai masak, ma ajar saya masak. Dari pakaian saya yang tidak menutup aurat, ma ajar saya bertudung. Yang paling saya tak lupa ialah ma jahitkan baju kurung buat saya, bukan sepasang tapi sentiasa ada baju baru untuk di pakai ke tempat kerja. Terima kasih ma kerana bersabar dengan peel perangai saya.

Arwah abah (bapa mertua) saya seorang yang pendiam dan tegas. Dalam tegas nya ada kasih sayang yang tidak terucap di bibir. Abah akan bawa balik ikan keli dari bendang kegemaran saya walau pun abah tak suka ikan tu dan tak pernah sentuh pun sebelum ni. Abah juga hari hari hantar saya ke tempat kerja kerana suami saya tidak ada bersama saya di kampung. Waktu itu suami saya menyambung pengajian dia di UM. Ya betul lah. Saya bersendirian hidup di dalam keluarga suami. Pelik? Takpun kerana kasih sayang mereka buat saya selesa.

Sepuluh tahun saya di kampung suami. Kehidupan di kampung itu terhenti bila saya berpindah ke London, UK untuk menemani suami yang menyambung belajar di sana pula. Kenangan di kampung itu kekal terpahat dalam diari kenangan manis saya. Kenalan2 saya masih lagi berhubungan dengan saya sampai sekarang. Kampung itu sudah banyak berubah namun senyuman ma saya masih semanis dulu. 

Begitulah cerita tentang kelmarin yang indah. Bersambung ke siri ke 2 pula......

Friday, July 30, 2021

Marin

 Tak ada update apa apa.

Otak jem marin.

Tapi mujurlah sabar menjinakkan hati.

Hari ni dah ok dah..

Tapi marin dalam keadaan sakit hati dan senak otak sempat gak buat puisi koyak.

Ni saya kongsi....jangan gelak, baca saja tau!


Tajuk: Ok Tak Tu?

Aku ok.

Aku ada anak

Ada menantu

Ada cucu

Walau tak sempurna mereka membahagiakan ku


Aku ok.

Aku ada kawan lama

Ada kawan baru

Ada jiran 

Ada kenalan.

Menyokong dan menguatkan ku.


Aku ok

Aku ada mak

Ada mertua

Ada adik beradik ipar duai

Besan biras sepupu sepapat.

Sedara ku ramai kongsi suka duka.


Aku sangat ok

Aku ada Tuhan.

Diwaktu manusia meninggalkan ku,

Tuhan ku tidak.


Aku sentiasa ok

Kau anggap ku sampah aku ok

Kau jauhi aku ok

Aku ok, baik baik saja.

Kehidupan ku tetap normal

Yang tak ok nya kamu.

Yang tak normal nya kamu.

Kesian kamu kan.


Monday, July 26, 2021

Saturday, July 24, 2021

Menu utk mereka

Kalau dua ketul ni ada kat rumah,
paling best ialah masak.
Masak dan makan.
Hilang penat bila tengok cara mereka makan.
Menu tetap nya nasi ayam atau nasi goreng kunyit Pasta cabonara atau Olio
Pancake dgn sos atau homemade donuts
Pulut kuning dgn telur warna warni
Nasi dagang gulai ayam
Semua ni makanan kegemaran mereka.
Makan kena depan tv
Air teh ais dgn straw.
Setiap kali mereka datang memang membahagiakan.
Mujurlah mereka membesar dgn limpahahn kasih sayang walau tanpa kasih sayang ibu.
Don't worry boys, your uncles, aunties, grandmas, grandpa and everybody is behind both of you.
We are always here for you.

Thursday, July 22, 2021

Larang serupa suruh

Hamboi hamboi hamboiiii..
Dah gaya Tok mandur dah ni.
Dua pekerja sedang cuci kolam.
Saya tersadai di kerusi.
Memerhati.
Kerja betul betul tau!

 
Silap hari bulan ada orang repot cakap saya dera budak ni.
Bukan suruh pun malah berbuih mulut duk larang.
Lama lama saya rasa baik saya biarkan saja.
Main lah cucu
Dah pening dah ikan2 dlm kolam tu.
Katanya nak cuci kolam lah,
Nak bantu grandmommy lah.
Hentam la cucu wei..

Tuesday, July 20, 2021

Berlima

Bahagia cara saya.
Berlima pun tidak apa apa
Tetap beraya dalam kesederhanaan
Kehadiran dua ketul ni buat raya lebih meriah.
Si bongsu pun kebetulan dah cuti semester.

Si kakak yang sentiasa menjadi tulang belakang 
saya
Ni saya la, nak posing sikit.
Ke tak leh?
Polis tak tangkap kira boleh la kann..
Soalan cepumas..Lawa tak? 
Opsss...Mokcik tua mabuk ketupat doh laaar!

Jangan bercakaran wei.

Adik beradik 
Kasih sayang kakak dan adik
Kucing pun tau 
Tiru macam kucing
Tak kelahi adik beradik.
Ini tidak, pantang jumpa muka lama sikit
Ada saja benda nak dibahaskan.
Pastu dah mula bad mood.
Masing2 masuk bilik bertapa gitu.
Dah semua merajuk dah semua mogok.
Dapur perlu berasap.
Pinggan dalam singki perlu dicuci
Pakaian perlu dijemur
Lantai perlu dimop
Pastu macam mana?
Last2 siapa yang merangkap bibik dulu kini dan selamanya?
Mummy jugak laaaaaar!

 

Monday, July 19, 2021

Geng

Cucu ni suka melukis.
Geng.
He got good strokes.
Boleh dikembangkan lagi ni.

 

Sunday, July 18, 2021

Terpaksa

 Duit seperti air.

Laju saja terbang keluar dari dompet.

Tak pasal ppasal aircond bilik saya rosak.

Dah dua kali cuba baiki tapi tukang baiki cakap dah tak ada ubat.

Perlu beli yang baru.

Nak tak nak terpaksa beli lah.

Diam tak diam terbang rm1300.

Haduhhh...terpaksa kiv benda lain kerana benda ni.

Redha saja la...

Begitu lah hidup ini

Hanya anak raja saja yang takvpayah pikir pasal duit.

Kita rakyat marhaen ni puas conggak tolak campur bahagi.

Nak cukupkan maduk dgn yang keluar tu susah betul.

Tapi apa2 pun syukur lah tak perlu kibar bendera putih.

Susah kita, orang lain lagi susah.

Bertabah lah.

Saturday, July 17, 2021

Pesta raja buah

Ni durian betul bukan lukisan.
Rm6 sekilo.
Murah kan?
Durian kampung jer.
Isi sedap dan tebal .
Beli lat depan rumah.
Sepanjang jalan ni ada longgokkan durian.
Banyak sungguh durian tahun ni.
Habis ke jual tu?
Pesta durian sungguh.
Saya tak gemar durian tau.
Beli untuk anak anak saja.
Makan lah anak cucu...


 

Friday, July 16, 2021

Durian murah

Yang ni murah.
Isi tebal
Nak?
Sayang sekali tak ada bau
Tak manis
Takleh makan pun
Hanya lukisan
Sorry

 

Thursday, July 15, 2021

Sekali sekala ubah cara.

 

Tak ada kerja.
Cari kerja
Dah bosan sangat duk rumah.
Saya beli dapur tanah ni.
Beli arang
Berpeluh peluh cuba hidupkan api
Bau asap satu rumah.
Bakar segala macam makanan yg boleh di bakar.
Seronok
Isi masa lapang terkurung PKP.
Bukan tak ada oven atau magic pan,
Saja nak pass the time.
Tapi caya lah, sedap nya bila bakar cara tok nenek kita bakar lauk,
Sedapppppppppp!


Lepas masak kena cuci kawasan memasak tu.

Ni yang tak best nya. Hadehhhhh!

Wednesday, July 14, 2021

Mak mak saja yang faham.

 Zaman dulu2 suka beli tupperware. Siapa sebaya saya semua pun macam tu. Kan?

Kadang kadang siap main kutu dengan kawan2 tempat kerja.

Seronok kumpul macam2 jenis. Macam2 warna.

Sekarang dah banyak yang rosak dan hilang. Mood mengumpul pun dah surut dah.

Hilang tu bukan kena curi tapi lupa letak kat mana.

Biasa nya kalau bagi apa2 kat sedara, isi dalam tupperware, alamat ghaib la tupperware tu.

Bukan mereka tak pulangkan semula tapi kadang2 mereka pun lupa tupperware tu milik siapa.

Semua orang ada tupperware di musim tu jadi biasa la ter'anggap' tupperware tu milik sendiri.

Tu satu hal, punca kehilangan kedua ialah bila bagi anak2 bawa bekal ke sekolah. 

Tau tau mereka balik cakap lupa nak bawa balik.

Jawapnya memang tak akan balik dah tupperware tu.

Redha saja lah walau bercupak juga la kena bebel.

Sekarang ni saya dah tak beli tupperware dah.

Hanya suka tgok mana2 yang masih berbaki dalam almari ni.

Mak saya dulu, di tahun 60an tu dah ada tupperware tau.

Zaman tu bukan semua orang kenal tupperware.

Tupperware waktu tu hanya warna putih. Bentuk pun hanya empat segi dan bulat. Basic.

Biasanya mak akan hadir party (Tupperware Party) dgn mak2 datin dan bila balik, bawa balik tupperware.Kita tengok saja, nak sentuh pun tak berani. Mak simpan elok2 dalam almari. Hanya tumbler buat isi air utk dibawa ke sekolah yang mak bagi. Pindah milik gitu. 

Di zaman saya pula selain dari beli dalam negeri, sewaktu saya menetap di luar negara, banyak juga saya beli tupperware. Tupperware di England jauh lebih murah. Boleh la tambah koleksi.

Hmm..banyak cerita tupperware ni, tak larat nak cerita.

The moral of the story....Orang sebaya saya semua obsessed bab tupperware ..dulu laa. Sekarang banyak benda lain untuk dijadikan koleksi.

 Tupperware dah boleh jadi artifek sejarah di muzium.



Tuesday, July 13, 2021

Mek Bunga

Mek bunga ni sombong sungguh.
Dia tak nak kawan dgn saya.
Kalau dengan kucing kemain lagi dia peluk belai.
Dokong ke sana sini.

 
Kalau dengan orang lain Mek manja sangat.
Duduk atas riba.
Makan bersuap.
Bila saya cuba hampiri dia, mesti dia lari.
Siap tunjuk gigi lagi.
Marah sungguh dia dengan saya.
Kenapa la dia tak sukakan saya?
Walhal hari2 saya bagi makan.
Sombong ek?

Monday, July 12, 2021

Rakyat termuda di bawah bumbung ni

Chemat
Chemat tak suka dibelai.
Nak pegang pun payah
Nampak saya jer dia lari menyorok.
Kena umpankan dulu baru dia datang dekat.
Tu pun takut takut.

 
Abu
Atau Bubu
Kuat makan nih
Sangat aktif.
Tadi jatuh dalam kolam kura kura.
Terkial kial keluar sendiri basah kuyup.
Abu lebih besar dari Chemat walau sebaya saja.
Semoga mereka sihat dan panjang umur.

Anak kucing kampung pun kalau dah kita duk bagi makan hari hari kita sayang.

Huduh pun tak apa.

Kadang kadang menyayangi kucing lebih baik dari menyayangi orang.

Kucing hanya gigit jari kita, tu pun bukan selalu.

Orang bukan setakat gigit hati,  hancur berkecai hati kita dibuat nya. Acap pulak tu.

Tak, tak sindir siapa2 pun. 

Sunday, July 11, 2021

Hari melukis

Melukis lagi hari ni
Lukis perahu terdampar di tepian pantai
Sama la macam perahu tu
Kita pun terdampar kat rumah
Mereput.
Tak leh kemana mana
Bosan sungguh.
Bila la nak berakhir nya musim covid nih.

Thursday, July 8, 2021

Nasib

 Ada hari rasa semua benda lancar ikut kehendak kita.

Rasa happy rasa tenang damai

Rasa bahagia.

Ada hari segalanya tak menjadi

Ada saja benda yang senakkan otak

Hati menggelegak

Rasa macam putus asa dan tak nak teruskan nafas.

Nak tidor dan tak nak bangun2 lagi.

Ada hari rasa disayangi dan ada hari rasa tidak ada yang ambil peduli.

Ada hari rasa bertuah dan ada hari rasa paling malang sekali.

Begitu lah hidup ini.

Semoga Tuhan berikan ku kesabaran yang tak bertepi.

Wednesday, July 7, 2021

Kerja ku

 Kerja ku conteng menconteng.

Kan dah tak pasal pasal dinding tepi toilet ni berbunga bunga.

Tu laa...Dah cakap dah, lockdown jgn lama lama..

Terkurung lama lama stress wei.

Maka mula la timbul cara utk lepaskan stress.

Ni cara saya...dinding rumah saya suka hati saya lah.



Taraaaa....!

Dah siap dah.

Pasni dinding mana pulak mangsa seterusnya..

Sunday, July 4, 2021

Tak faham la aku.

 Menyampah tau tak?

Setiap kali bertegur sapa akan berakhir dengan sakit hati.

Menyesal tak habis2.

Tapi tak serik serik.

Tegur jugak, sapa jugak...

Padan muka aku.

Saturday, July 3, 2021

Aku sudah tua.

Kulit kecut berkedut

Uban menjajah kepala

Gigi rapuh mata tumpul

Telinga bagai tersumbat

Sendi berkarat nipis kudrat.

Kehendak dan keperluan keduniaan makin surut.

Redha dan menerima kedatangan tua

Kalau panjang umur, 

akan bertemu tua yang selebihnya.








Friday, July 2, 2021

Ku pohon..

Bukan nak bantuan makanan,
Bukan nak bantuan pampers, susu anak kecik.
Bukan bukan bukan.
Nak satu jer.
Kebebasan seperti dulu.


 

Thursday, July 1, 2021

Baiti jannati

Pkp punya pasal
Tak ada kerja lain selain dari mengemas rumah.
Heret perabut, tukar susun atur bilik.
Kali ni bilik menonton di rumah saya berubah wajah.
Saya ubahsuai kedudukan segala benda yang ada dalam bilik tu.
Saya jadikan bilik ni sebuah bilik multifuntion.
Bilik ni selain jadi bilik menonton, sekarang ia juga jadi bilik mainan cucu.
Segala bakul mainan saya susun di sini.
Ni boleh jadi bilik saya melukis.
Kelengkapan melukis saya susun di satu sudut.
Mesin jahit pun ada dalam bilik ni.
Kalau perlu keluarkan dan letak atas meja tu saja
Yang paling best bilik ni bersebelahan dengan dapur.
Jadi tak mustahil la jadi bilik makan jugak.
Nak tidor pun tak ada masaalah.
Saya heret sebuah katil jati indon dan letak di sudut tu.
Nak buat apa lagi kat sini?
Semua boleh.
Nanti anak cucu boleh rentas daerah mereka akan balik dan tengok perubahan bilik ni.
Cepat la balikkkkk. 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...