Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 31, 2011

Macam mak nenek saja lah mummy ni...bebel tak habis2.


Kalau dalam kulit,
memang lambat luak lah buah buahan ni.
Nenas ke, mangga ke..
Semua tak laku.
Tapi kalau siap berkupas,
sekelip mata saja licin.
Makan lah anak anak, bukan mummy nak upah mengupas pun.
Habis licin tak per, jangan membazir buah buahan tu.
Esuk esuk kalau mummy dah tua,
tak daya nak kupas buah untuk kamu lagi,
malah untuk nak makan sendiri pun dah tak daya,
Kupaskan lah buat mummy dengan manis muka.
Jangan sampai buah yang manis menjadi kelat di kerongkong,
Jangan macam tu..
Jangan.

Masa untuk perut berehat setelah bekerja sepanjang tahun..

Berpusu pusu orang membeli belah untuk persediaan Ramadhan.
Anis cakap esuk tak boleh makan dah, itu pasal lah hari ni ramai yang serang kedai2 makan.
Sapa cakap ni wahai anak?
Esuk kita berpuasa dari terbit fajar hingga ke masuk nya waktu magrib.
Lepas tu boleh makan apa?
Sepanjang malam boleh makan kalau perut tu larat nak hadam.
Ini tidak, sesak segala jalan raya.
Macam lah sebulan tak leh makan minum langsung nih.
Sabar lah wahai saudara se agama dengan saya, sabarrrrrrr.
Puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga,
Cuba check balik kitab tu..
Sedap nya pesan kat orang lain ni..
Diri sendiri pun jahil.
Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi keberkatan untuk kita semua.
"Nawaitu Sau Marodin, An ada IFardhi Ramadhana Lillah hitaala"
Ke dah lupa ni Anis?

Saturday, July 30, 2011

Jangan pandai makan saja...

Memasak adalah terapi minda.
Bila otak not in the right channel,
saya akan masak..
Masak lah apa saja.
Part yang best nya, dah masak tu makan lah.
Yup, eating for comfort.

Hari ni saya masak 'Puding Roti Durian'
As usual, main bedal aje.
Ada susu manis, serbuk agar2,roti semalam dan beberapa ulas durian yang tak de siapa nak habiskan, sejuk beku dalam peti ais.
Lalalalalala.....Semua kasi jerang atas api. Rebus gitu.
Buat warna warni lambang bercelarunya minda saya ni.
Ok, sekejap lagi bila set, boleh lah makan..
Tapi ingattttt!!!!!
Siapa yang paling last tu, sila cuci loyang tu.
Or at least keluarkan loyang kosong dari peti ais.
Kalau ikut kes kebiasaan, bila tinggal sekeping yg terakhir, semua org takut nak ambik.
Takut apa? Takut kena cuci loyang lah...
Yer, mummy tau, taktik tu dah basi dahhh....

Aku bagi sebijik kangggggg........

Pernah rasa macam ni?
Rasa geram sangat dengan makluk Allah ni.
Geram tahap gaban.
Sakit hati.
Menyucuk nyucuk.
Lebih geram kepada diri sendiri yang hypocrite.
Boleh saya pendamkan geram saya tu dan control ayu.
Boleh pulak saya mengalah pada keadaan.
Mengalah, itu perkatan yg tepat.
Itu lah kelemahan saya.
Kerana itu lah saya sering di manipulated.
Being used and abused.
Sudahnya saya duk makan hati sendirian.
Macam api dalam sekam.

(Dah nak Ramadhan dah ni...Ruang untuk memaafkan tetap ada tapi not today!)

Friday, July 29, 2011

uhuk uhuk uhukssss.......

Adoiii....sakit2 satu badan.
Tergeliat urat perut.
Kalau belah malam lagi menjadi jadi.
Ganggu tidor saya tak per jugak.
Ni dah peringkat ganggu tidor orang lain.
Dah bermacam petua saya cuba.
Segala jenis ubat pun dah telan.
Batuk tak kurang pun.
uhuk uhuk uhukssssssssss.

Thursday, July 28, 2011

Soooooooooo Boring!


Kalau tak cuti, beria ia nak cuti.
Dah cuti hari ni tak tau nak buat apa.
Tido bangun,masak, makan...tido bangun masak, makan...
Kes cuti unplanned macam ni lah.
buat bazir karen saja, satu benda tak terbuat.
Last last terconggok depan laptop.
Tolonggggg......Boring nih!

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - Apa2 aje anak2 saya nih!




Saya nak jadi macam dia.

Dia.
Dia seorang yang baru saya kenali.
First impression saya, dia seorang yang peramah sebab senyuman dia melekat di bibir first time we met.
Friendly.
Saya pulak kalau first time jumpa stranger, muka serius..
Senyum pun tak menjadi.
Saya ni tak reti 'ice breaking'
Dia ni cepat menegur..making me feel comfortable within seconds.
Peramah sungguh.
Saya ni kalau bab nak buka mulut memang tak leh harap, the words just glued up my lips.
Dia ni ingat nama saya there n then..Amazing isn't it?
I, on the other hand kept asking the person beside me.."What was her name again?"
Dia bercerita pasal itu ini, making jokes and she was enjoying our company.
I was too but I prefered to listen and smiled at every single joke that tickled my heart.
Dia ni full of confidence and nice to be with.
Tapi saya ni tak begitu..
Saya sering rasa 'inferior' itu pasal lah saya di cop sebagai unfriendly agaknya.
Mungkin sebab raut wajah dia manis dan raut wajah saya semulajadi tak manis.
Tapi alhamdullilah bila dah mengenali saya, selalunya mereka akan kata "Takut nak tegur sbb ingatkan sombong tadi.."
Nampak aje unfriendly tapi sebenarnya saya tak macam tu. (Ayat bela diri.)
Tanya lah orang yg kenal saya, saya yakin mereka boleh sahkan saya tak gitu.
Malah saya ni kuat gelak dan byk cakap. Specis murai jugak.
Cuma saya nak elak dari orang duk bagi first impresion yg negatif tu.
Saya suka tengok dia cepat dapat kawan.
Saya nak jadi macam dia lahhhh.....

Tuesday, July 26, 2011

Dah Gaji Weiii....Aku kaya!

The happiest day of the month is 'Payday'.
(Sorry, I am speaking for myself.)
Sapa tak suka duit masuk weiii...
Saya ni kaya bermusim.
Sebulan hanya sehari dua jadi orang kaya baru.
Ala2 Aziz Satar dlm cerita Ali baba tu lah.
Cara jalan pun stail orang kaya.
Tapi kan bila tolak segala bayaran itu ini,
Yang tinggal hanya lah seciput saja.
Cukup lah untuk belanja sehari dua.
Pas tu back to normal, buat muka welfare kat hubby.
Kadang tu hubby bebel jugak,
Ayat power dari hubby goes like this:
" Awak ni kalau awal bulan,tak sah kalau tak tawaf shopping mall ..Akhir bulan eluk jer lepas sekolah terus balik rumah...."

Alah, dia bebel pun at last dia kasi jugak.
Pekakkan aje telinga tu...
Ni pegang duit rupiah masa kita orang shopping kat Bandung..Kan betul kata my hubby tu...

Monday, July 25, 2011

Monday is Munga munga Day.








Tak habis habis lagi ....

Senang awak cakap?
After 30 years of teaching I still need to polish up my skills in teaching these 4 basic skills.(listening,speaking,reading and writing)
Its not easy..God, its hard.
But no matter how hard it has been, it is and will be, I am proud to be in teaching line.
Next time you read or write, please remember who taught you to recognise the first alphabet, the first meaningful sound and the first time you use your pencil..
Who hold your hand and guide you all along?
Now you can write nice articles in your blogs, you can shoot your comments, you can voice out your opinions..And don't tell me that you make your first step all alone..
Sometimes experience is a great teacher too.Teacher comes in all forms.
But I am sure glad when someone said this.
"Ticer, kenal saya tak? "
Hmm..Must have been in my class once upon a time and forever I am being called 'Ticer'
So today, I am here attending this short course again and again and again...

Sunday, July 24, 2011

Tokey, saya mau sepasang yg berlainan saiz boleh.? Kiri saiz 39 kanan size 38 k...


Selipar kecik sebelah ke kaki besar sebelah?
Semalam anak belikan saya sepasang selipar yang selesa di pakai.
Dia tahu saya sakit tumit dan perlukan supportive shoes/slippers.
Rasa nak pakai jam tu jugak tapi frust amat sangat.
Hanya sebelah saja muat sedangkan itu dah memang saiz saya.
Kenapa ek?
Silap selipar ke silap kaki?
Kalau tukar size besar nanti yg sebelah lagi jadi terlalu longgar pulak.
Akhir2 ni setiap kali saya dapat kasut baru mesti jadi macam ni.
Problem.
Hmmm..kalau dah masuk era 'expired' ni ada ada saja lah.

Saturday, July 23, 2011

Tinta hati kalam jiwa...Jiwa kacau!

Kerana yang di kendong berciciran lah aku sering jadi pemburu.
Mengejar mimpi dan mencari kaki pelangi.
Kerana yang patah mencucuk hati dan
yang tumbuh hanya lalang yg tidak berisi,
yang hilang ganti nya tiada,
maka aku tidak berharapkan akar,
jauh sekali bergantung pada rotan yang berduri.
Biarkan pekasam di situ,
tidak perlu diseluk kerana busuknya sudah tidak kuasa ku hidu.
Usahkan lengan, jari pun tidak rela menyentuh hapak mu.
Sememang nya kail ku ini panjang hanya sejengkal,
lautan dalam tidak akan ku hampiri lagi.
Biarkan ikan di lautan tanpa asam
kerana asam tidak pandai bermain ombak.
Hari ini ku hirup bubur dari nasi yang ku tanak sekian lama.
Berlaukkan hati yg pecah dan berulam kan jantung yang punah.

(Puisi yg layak nya dibuang di dalam bakul sampah bawah meja komputer ni..Time tulis ni otak kurang oxigen ke hapa...Maaf, tak berkaitan dgn yg hidup atau pun yang separa hidup..Kalau dah mati tu buat cara mati lah, tak yah duk risau pasal yg hidup dan ke'melalut'an nya..Ngantuk lah, nak tido..Gud nite ebribodih!)

Ada orang bagi saya award...

Siapa lagi yang bagi kalau bukan rakan blogger saya ni..
Nanti saya belajar ilmu 'Hantar Award' boleh la saya juga hantar award buat kawan2..
Sekarang ni tengah belajar dgn anak, biasa lah kan, saya ni bukan reti mana benda2 macam nih.
Ambik award ni pun anak yg ajarkan.
Saya tak malu ngaku yg mungkin saya lah yg paling sikit ilmu berblogging kalau di bandingkan dgn kawan2.
Tak per, tidak ada tarikh tutup untuk jadi pelajar..
InsyaAllah saya cuba.
TQ for the award Kunang kunang.
Really like it.

Friday, July 22, 2011

Lain padang lain belalang..kalau belalang tu tak per jugak,

Mata terpaku pada skrin TV.
Entah apa tajuknya, tapi pasal orang lebih umur menyanyi.
Ada yang ok, ada yang tak ok.
OK tu maksud saya suara ada, gaya pun stail org senior lah..sopan gitu.
Yang tak ok tu bagi saya yg ngalahkan orang muda gaya nya, pakaian nya dan suara pulak fail!
Kenapalah membiarkan awak tu jadi bahan gelak orang lain.
Tak sesuai lah dengan usia.
Timbul pulak rasa kesian, mungkin usia minda tak sematang usia fisikal.
Kesian jugak dgn ahli keluarga mereka yang terpaksa memikul beban malu tu.
Sporting pun ada batas nya, biar padan dengan usia.
Tapi masing masing pendapat lah kan..tak leh juga nak hukum begitu saja.
Kesilapan orang memang mudah kita nampak..
Kalau saya lah yang tergedik gedik begitu agaknya apa kata anak2 dan hubby.
Hmm...Sah mereka tak ngaku mengenali saya.
Pengsan lah hubby saya tu.
Nauzubbilahhhhh...

Monday, July 18, 2011

Pandai mak budak ni berlakon...

Saya hanpir menitiskan air mata di depan dia. Tapi saya control ayu. Meja dia memang betul2 di depan meja saya sebab dia seorang murid yang sangat nakal. . Pernah sekali tu (masa tu saya baru mengenali dia) bila saya ugut dia dengan ugutan nak panggil bapak dia ke sekolah dia selamba saja cakap
"Abah kita dah mati Ticer.."
Opsss..Rupanya anak yatim ni..
Tu kali terakhir saya ugut dia.
Hari ni kes lain.
Saya tanya dia apa yang dia buat di bulan Ramadhan. Ini jawapan dia.
" Mak suruh saya puasa, tahun lepas tak tinggal sehari pun. kalau tak puasa pun bukan ada apa apa untuk dimakan. Nanti dekat berbuka mak pulang dari bantu orang berjualan dan bawak lah makanan lebih2 untuk berbuka.Ticer tau, walau letih kita kerja jugak, tolong org jual air tebu, dapat upah rm2. Kumpul2 dapat lah mak belikan baju baru untuk raya."
Saya pandang jari kecil dia yg menari di kertas lukisan tu.
"Cukup ke??"
Dia pandang saya macam saya ni tak faham apa yg dia cakapkan.
"Cukup lah untuk' Baju Melayu' baru saya. Songkok dan kasut jugak.Lebih pun lagi duit saya tu..mak pulangkan rm 10 untuk disimpan"
Saya mengira2 dlm kepala..rm2 x 20 hari baru rm40, mana lah cukup...mesti mak dia tambah duit lain nih.
Dia sambung cerita.
"Mak tak beli apa2 untuk dia.Mak cakap dia tak suka pakai baju baru, gatal2 kulit mak nanti, itu pasal dia tak pernah beli baju raya untuk dia sendiri."
Saya seorang ibu dan saya tau kenapa mak dia reka alasan begitu.
Kalau ikutkan hati, saya menangis depan budak tu dah tadi.
Begitu lah hati seorang ibu..

Saya pilih untuk senyiummmm...Tak perlu kata apa apa..

Mana lebih payah,
Merawat hati yg luka ke merawat jari yg luka?
Melupakan sesuatu yg kita tak nak ingat2 ke mengingati sesuatu yg hampir kita terlupa?
Menyimpan api amarah dan membiak dendam ke memberi kemaafan atas setiap kesilapan orang lain?
Menyalahkan nasib badan dan menyesali kehidupan ke menerima segalanya sebagai uijan dari Tuhan?
Mengira rebah kelmarin ke mengatur langkah lebih gagah ke depan?
Cuba tanya orang yang pernah berada di tempat ini...
Kenapa sentiasa memilih yang payah dari yang senang,
kenapa yer????

Saturday, July 16, 2011

Orang tak betul pun adakala nya betul!

Saya masuk ke ruang bercermin untuk keluarkan duit dari teller.
Terkejut beruk saya.
Seorang yg kurang waras berdiri di sebelah teller dan mata kami bertentangan.
Mata bertentang mata...lidah kelu kata Saloma.
Lutut pun menggeletar, mau nya tak takut, tak de orang lain dah, kami berdua saja.
"Berapa juta mau ambik duit ?"
Nak tak jawap kang di ketuk nya kepala saya nanti.
"2 juta"
Jawapan bodoh yg saya harap jadi jawapan cerdik dari saya.
"Eleh, lu mana ada duit juta2 kalau rupa camnih.."
Siap dia jebih2 bibir lagi tau.
Adoiii..orang gila pun tau saya tak ada duit.
Saya cepat2 selesai kan urusan saya sambil dia teruskan kegiatan membelel.
Bila nak melangkah keluar tu dia sapa saya lagi.
"Mintak sehinggit...?"
Saya hulurkan rm2. Kesian jugak.
"Dah tau papa kedana nak derma banyak2 tu wat per..."
Dia kembalikan sehinggit pada saya.
Saya ambik, malas nak berloyar dgn dia.
Saya keluar dan biarkan dia terus duk ngutuk2 saya.
Apa pulak nak marah nya, dah dia cakap benda yg betul.

Friday, July 15, 2011

Tak sihat sikit saja...biasalah tu.....

Jam dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Bukan sengaja berjaga tapi memang tak leh tidor. Dah datang lagi penyakit saya. Sunyinya bersendirian terkebil kebil sedangkan orang lain berteman mimpi..sehari dua ni saya rasa tak sihat.duk depan benda ni pun sekejap2 saja. Tak larat berblog walking, balas komen pun KIV dulu. Ni baru telan ubat. Bila badan tak sihat gini,tak boleh tulis panjang2 sebab bila begini hati yg menjadi pena bukan minda...tau aje lah,bila dah hati menguasai minda tu, yg tertulis pun mula lah entah apa2, merapu lebih...Ok, nak tunggu subuh dan amat berharap esuk Tuhan berikan saya kesihatan yg lebih baik. Sedapnya kalau boleh lena sekejap.......

Thursday, July 14, 2011

Harap awak happy...hmm..ada ke orang yang tak happy?

Harap saya happy.
Tersenyum sendiri bila seorang kawan saya cakap macam ni.
Ayat perli ke ayat ikhlas ni?
Happy?
Atau tak happy ke?
Tak tau.
Macam mana nak nilai happy ke tidak?
Subjektif.
Happy atau lain perkataan bahagia.
Setiap orang berbeza perspektif nya.
Adakala yg orang yg tak bahagia nampak lebih bahagia dari orang lain.
Berlakon kah dia?
Mungkin juga kerana redha dengan dugaan yg bertimpa timpa.
Lagi pun kalau di pamerkan duka, adakah akan terubat hati?
Ada kah yg sudi bersimpati?
Entah entah seperti menepuk air di dulang,
Terpercik di muka sendiri.
Saya nak tanya awak.
Adakah awak bahagia..?

Tuesday, July 12, 2011

Hari ni saya hadir kursus fasa ke2 pula.

Saya sentiasa datang awal.
Bukan terlebih rajin untuk hadir berkursus di sini tapi nak elakkan jem.
Kosong dan Senyap sunyi.
.
Hanya bilik kuliah, hbeg saya dan bekas pencil saya.
Dan saya yg tak ada kerja, duk bergambar sorang sorang.
Tapi keheningan ni sementara saja

Tak lama dtg lah seorang lepas seorang..
Kebanyakan cikgu perempuan.
Kongsi pengalaman sebagai guru bahasa kedua.
Memikul tanggungjawap yg sama di tempat berbeza.
Di sini kami bertemu dan kongsi ilmu.

Tapi jangan tak tau,
Ada yg sempat keluarkan barang dagangan lagi.
Apa salahnya kann..
Kata orang hiburan sambil kerja.

Kurangkan stress dan senak otak buat assignmest.
Dah nama pun perempuan, tak sah kalau tak jamu mata.
Ok, sebelum kursus bermula kita shopping dulu.
Saya tukang ambik gambar saja.
Merakam suasana keriangan bila cikgu2 bertemu.

Monday, July 11, 2011

Tanda tanda hampir expired.




Dah puas cari.
ada saja yang ghaib,


Ada terjumpa speks mummy tak?


Kelmarin,
hari ni,
esuk mungkin juga,
hari hari soalan yang sama.


Hset mummy mana?

Kadang kadang begini,
tercari cari,
bising.
siap tuduh orang lain ambik lagi


Jam tangan mummy sapa ambik?


"Tu kat tangan mummy tu.." Cakap Si Bongsu
Laa..Dah pakai pun.
Lupa lah.



Saturday, July 9, 2011

Grandma's Sweetheart.


Lompat lompat dan gelak.

Lompat lompat dan ketawa mengekek ngekek.

Lompat lompat tak penat penat..
Aduii..Nasib baik nenek ni ' Tilam Dunlopillow asli' untuk Imaad practice lompat lompat...

3 langkah dalam 'Proses Menternak'.

Langkah 1 : Sediakan se piring Ais Krim (Vanilla/Raspberry Ripples) dan potongan Dragon Fruit.
-Lebihkan bahagian AisKrim pun tak per..


Langkah 2 : Cari kamera untuk abadikan bahan bukti.
Bersedia
.
Opss..Senyiummm...

Langkah 3 : Suapkan ke dalam mulut sendiri, jangan mulut orang.
-Kalau ada orang nak sikit, cepat2 kata "Tak leh!"


Hmmm..
Sedapnya..
Semoga anak lemak yang di ternak makin subur.
Pandang lahhh...Lihatlahhh..
Tiru lah macam sayaaaaaaaaaaaaaa...!

Thursday, July 7, 2011

Dasyat lah saya ni ..tak reti appreciate seni!


Mana yang lagi comel?
Susah gak nak pilih ni.

Tapi yang kedua ni boleh tolong jaga handbag lagi tau.

Nasib baik tuan punya restoren tak tengok saya sangkut handbag saya kat mulut Mamat ni.

Tuesday, July 5, 2011

1977 kita berpisah,2011 bertemu semula..

Ahlan Wasallam..Selamat datang ke pondok ku wahai teman2 lama.

Dulu kita sebumbung di sekolah yg sama

Sekarang kita dah jadi ibu ibu ..

Banyak dah berubah tapi fisikal saja

Perangai masih tak banyak beza

Kalau bercakap mesti nak gelak2 ketawa2

Jemputlah jamu selera yang tak seberapa ni.

Banyak nya cerita nak di kongsi

Tiba masa mereka mengundurkan diri..

Bye bye...Jumpa lagi InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...