Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 30, 2019

Banjir is coming...

Dah musim dia kann...
Hujan lebat dan sekali sekala reda .
Langit nampak rendah.
Udara sejuk.
Hujan di ulu sungai menjadikan sungai melimpah di hilir.
Dah ada kawasan yg ditenggelami air.
Yang dah kena pindah ke tempat lebih tinggi pun dah ada.
Saya keluar nak beli keperluan.
Sambil2 tu ke tepi sungai kelantan tengok paras air.
Laju air sungai mengalir ke laut.
Tapi belum di paras bahaya lagi.
Tak boleh lama2 di sini sebab awan mendung nampak macam sarat sangat dah
Nak bocor lagi langit tuh.
Cepat2 saya kembali ke kereta.
Musim hujan begini macam2 tajuk ada dalam kepala.
Takut pun ada..
Semoga Tuhan lindungi kita semua dari bala bencana.
Hujan itu rahmat
Hujan bawa lah berkat.
Mokcik ni nyibuk laa...YB belum melawat kawasan, mokcik ni awal2 dah gi survey paras air. Orang kerja dgn jabatan kaji cuaca pun tak kalut macam ni!

Friday, November 29, 2019

Duit

Tak pernah cukup.
Banyak keperluan yg memaksa duit dicairkan.
Yang masuk tak sebanyak yg perlu dikeluarkan.
Nak menabung tu jadi mimpi sahaja.
Usahkan nak menabung, tiap2 bulan kikis baki2 lama.
Haduhh...beginilah kalau tidak kaya raya.
Alangkah best nya orang yg dilahirkan di istana
Tak payah pikir pasal belanja
Tak ada had nak pakai duit byk mana pun.
Tak perlu tolak campur bahagi kali dalam otak berkali kali.
Itu yg baka raja2, yg bukan raja tapi baka kaya pun ada
Lahir dalam kemewahan harta benda.
Tak pernah rasa susah di akhir bulan.
Tak pernah cari syiling bawah almari dan
korek tabung berkali kali...
Tak pernah pikir 14 kali hanya untuk beli McD.
Itu lah yg Sang miskin selalu hadapi
dan Sang kaya tak perlu tangani
DUIT.
Jangan kata tak penting.
Jangan ingat boleh hidup hanya dengan baik hati dan sentiasa senyum
Baik macam mana pun kena beli beras, beli keperluan perut dan keperluan hidup.
Setakat senyum menawan saja belum tentu cashier di kedai bagi free barang jualan.
Tak hidup wei!
Usah hipokrit laaa...
Toksah duk cakap duit tak penting, bukan mata duitan.
Semua orang pun mata duitan.
Ngaku jer laa!

Thursday, November 28, 2019

Ada ketikanya...

Kadang kadang, bukan selalu..
Terlintas di fikiran.
Nak delete akaun media sosial.
Tutup akaun facebook dan IG.
Keluar dari semua group wassup.
Duk diam diam, sorang sorang.
Kenapa perlu aktif di media sosial?
Perlu ramai kawan2 yg saling berhubungan?
Apa yg nak saya kongsi sedangkan kehidupan saya
Tak serupa dgn kehidupan mereka.
Saya bukan nya bernasib baik seperti mereka.
Kehidupan saya penuh ranjau duri.
Nak kongsi duka saya?
Tak laku! lagi pun saya tak gemar meraih simpati.
Anak negeri saya semua nya biasa2
Tak ada yg boleh saya 'up'kan  dan tayangkan divmedia sosial.
Kehidupan saya sekadar rutin yg sama.
Tak menarik utk dicerita.
Tak siapa nak tau pun.
Bila banding dgn orang lain nampak benar
kekurangan saya...
Orang lain hidup mereka meriah.
Mewah dan sentiasa murah rezeki
Melimpah ruah kasih sayang dan kebahagian.
Nasib mereka jauh lebih baik.
Kehidupan mereka menarik.
Kesana sini tanpa sempadan
Sihat walafiat dan hampir tidak ada masaalah.
Yang nak, mereka dapat.
Yang mereka tak nak, tak datang dekat.
Haduhhh...berbeza sungguh dgn nasib saya.!
Tu pasal la kadang2 sekali sekala,
saya jadi rendah diri...
Saya rasa saya seperti anak kuman yg kurus diantara
gajah2 gemuk yg ada segala kuasa.
Betul, sikit tak edit, ini yg saya rasa.
Makin lama makin acap rasa macam ni.
Saya tau ada yg akan kata saya tak bersyukur, tak ada iman dan
kutuk saya macam saya ni jahil sangat.
Jangan risau, saya x marah kerana saya pun rasa saya macam tu jugak.
Bila sekali sekala hadir rasa negatif, rasa down memang itu yg
bermain dalam fikiran...
Tapi bukan selalu, bila dah berlalu rasa tertekan begitu saya ok jer.
Saya urut dada dan istiqfar.
Saya masih bersyukur sangat sangat nasib saya begini
Walau byk dugaan hidup Tuhan masih sayangkan saya.
Dia menduga sesuai dgn kemampuan saya.
Setiap dugaan adalah ladang pahala bagi saya.
Kannnnn?
Kadang kadang sekali sekala otak masuk air nak buat macam mana,
layan jer laaaa.........


Tuesday, November 26, 2019

Best apa?

Caya lah, memang best.
Duk sorang sorang ni cukup best.
Bebas.
Sekarang ni ada kalanya saya tinggal bersendirian.
Anak menantu dan cucu tak ada di rumah.
Walau tidak selalu, tapi ada lah..
Duk la saya sorang sorang melayan hati.
Bila rasa sedih, saya menangis.
Menangis sepuas hati.
Menangis sampai nak luruh biji mata pun tak apa.
Tak perlu nak cover line
Tak payah nak control ayu
Teriak jer.
Tak ada siapa pun dekat saya kannn, bebas!
Kalau nak berguling guling sambil teriak pun boleh.
Cukup ruang untuk buat macam tu.
Cuma saya tak la teriak guling2 gitu.
Tak de pekdah nya.
Lepas menangis, bila dah kebas bibir dah,
Saya mandi, solat sunat dan tidor.
Settle bab melepas perasaan.
Nanti bila tidak bersendiri, bila ramai anak negeri,
saya akan lebih tenang sbb dah bebaskan stress pun.
Best kan duk sorang?
Tapi jangan silap paham pulak,
Bukan selalu rasa sedih sayu begitu..
Sekali sekala jer.
Kira macam celebrate my pains alone lah kan.
Ketawa boleh kongsi tapi menangis perlu sorang2.
Kalau kongsi pun dgn Tuhan saja.
Allah hu akhbar.

Saturday, November 23, 2019

Salah siapa

Nak gantung ni sebelah meja makan.
Nak bagi ingatan kat anak negeri.
Dah selalu ingatkan tapi tak ingat jugak.
Tapi kan, sebenarnya salah siapa kalau anak negeri
lebih muatan?
Salah yg makan ke salah yg masak?
Masak makan
Masak makan
Masak makan.
Tak masak, keluar beli
Tak masak, order online
Tak masak, call McD....
Habis tu camna nak kurus?
Cuba angkat tangan rakyat mana yg kurus?
Ada?
People, we need to change our lifestyle.
Stop doing this.
Its so scary to see all of you being like balloons.
Ok, hopefully this notice is a good reminder to everybody here.
Lets see.....

Friday, November 22, 2019

Dah cuti rupanya

Dah mula cuti sekolah.
Maka dah mula lah jalan2 jadi jem.
Saya kalau boleh elak dari masuk bandar, saya elak.
Tambah2 kalau cuti baru bermula.
Waktu ni toksah berangan la nak ke pasar Siti Khadijah.
Cuti begini ramai orang luar.
Sesak!
Nak ke pasar, cari pasar pinggir bandar yg lebih kecil.
Aman damai.
Pekan2 di sempadan pun kalau boleh jangan dilawati.
Bagi peluang orang luar saja kunjungi pekan2 begitu.
Kita orang tempatan jangan duk berebut nak meramaikan .
Parking pun payah musim begini.
Di musim cuti ni yg saya perhatikan..
Peniaga2 memang cerdik betul.
Kalau kami yg cakap 'kelantan' ni memang mereka tak berapa nak layan.
Yang cakap'kolumpo', cakap bahasa 'orang luar' lebih mendapat perhatian
Hahaha....taktik la terrrr...
Kami ni orang tempatam tau harga barang, tak leh tipu yer.
Kalau nak untung lebih baik layan mereka yg tak tau harga.
No no no nooo.....!
Salah tu..kesian la pengunjung2 bermusim tu.
Bukan semua kedai macam tu tau.
Ada gak yg tak begitu.
Itu kedai barang2 selain makanan.
Kedai makan pulak satu hal jugak.
Kalau kedai yg viral, musim ni tak menang tangan.
Penuh!
Nak makan kena beratur tunggu giliran meja kosong.
Masakan periuk besar buleh muat orang pun sekejap jer licin.
Kueh2 tempatan laku keras.
Rezeki kannn...
Kedatangan musim cuti sekolah adalah rezeki bagi peniaga.
Ok lah tu...syukur.
Cuma kami ni yg resah kalau tiba musim cuti.
Resah2 pun seronok juga.
Rakyat penuh rumah.
Parking dlm pagar jem tak apa.
Makan minum bertali arus takper
Riuh tak per.
Bersepah takper.
Suka.
Hari ni hari pertama cuti.
Selamat bercuti kepada semua...
Enjoy your holidays....

Thursday, November 21, 2019

Lunch

Marin saya keluar lunch dengan anak sedara berdua ni.
Nak makan di mana?
Here, we picked the right place.
KB brewster.
Tu nama kedai makan yg hipster nih.
Tak, kedai ni tak upah saya iklan kedai dia orang.
Tak, mereka bukan bagi saya makan free pun.
Sukarela nak ulas.
Main dish,? Best!
Dessert? Superb!
Coffee? Mind blowing!
Yang paling best ialah layanan mereka 1st class.
Sopan dan berbudi bahasa.
Siap bantu snap photo untuk kami lagi.
Makanan yg tak kami habiskan mereka packing utk di bawa pulang.
Best la kalau semua kedai boleh jaga hati penggunjung begini..
Dah la hiasan dalaman tu cantik sangat, bersih pulak tu.
Ok KB brewster, kalau sesiapa tanya saya mana nak dapatkan coffee yg sedap ,
I will surely say go to your place.
But then, there's one thing that bothers me sorry to say.
Parking.
Alohlaaaa...payahnya nak parking!
Dah acap nak singgah tapi terpaksa tukar fikiran sbb tak leh parking. Full.
Kalau yg kat Pasir Pekan tu lebih mudah parking kan?
So I suggest you all think about it.
Tukar venue lain?
Pindah kat kawasan yg lebih mudah nak parking kot.
Yang memudahkan.
Pindah sebelah rumah saya lah.
Boleh?

My KakMa.

Kawan lama.
1996 menemukan saya dgn dia.
Waktu tu saya sarat mengandungkan anak ke 4.
Dia hadir sebagai guru bahasa inggeris baru di sekolah saya.
Tuhan atur segalanya.
Saya (yg juga guru bahasa inggeris) terpaksa berkursus selama 3 hari.
Saya dah sarat preggy dan tak larat nak duduk di kerusi dari pagi sampai petang.
Dia faham keadaan saya waktu tu dan walau pun kami belum kenal, dia tawarkan diri untuk hadir bagi pihak saya.
Allah hu, leganya bila payah saya dipermudahkan.
Budi dia saya kenang keakhirnya.
Bermula di situ kami terus jadi rapat.
She is a very pleasant person to be with.
Dia pencen lebih awal dari saya kerana dia lebih senior.
Banyak saya belajar dari dia.
Dia tidak lokek untuk kongsi pengalaman, kongsi ilmu dan saya selesa dgn dia.
Sekarang kami dah sama2 pencen.
Sekali sekala saya masih hubungi dia, keluar spend some quality time with her.
Thank you sista, u r more a sista than a friend.
Your friendship means the world to me.



Tuesday, November 19, 2019

The best thing to do now

Yup. Correct.
Easy said than done.
Trying to do that for ages.
Accepting the situation when its hard is not the problem,
The problem is trying to forget the pain.
Its not that easy.
Moving on is easy.
I've moved on step by step but...
Every memories lingers.
Stick to my mind like the heavy duty glue.
Still I move on, at least trying step by step.
InsyaAllah I can manage.

Monday, November 18, 2019

Kaum ibu zaman sekarang...

Kami ni geng kelas dewasa.
Bukan belajar menulis membaca.
Tapi belajar bahasa ketiga.
Isi masa
Duk rumah pun bukan buat apa
Anak cucu duk jauh
Bosan duk sorang2
Lagi best isi masa dgn kawan2 seangkatan
Lepas kelas kami duduk2 sembang2 dulu.
Tak de nak cepat2 balik pun.
Balik rumah senyap sunyi
Kat sini mcm2 cerita boleh kongsi
Sambil tu aktiviti makan2 lah.
Tak miss bab makan2 ni
Potluck
Tak payah pungut duit, pakat bawa dari rumah sikit sorang.
Macam2 juadah
Kongsi makan, seronok sungguh
 Ni lah ahli kumpulan kami
Belum semua tu, ada yg cuti.
Dari tak kenal jadi dah kenal.
Dari tak rapat dah jadi rapat.
Semoga Tuhan panjangkan usia dan
beri kesihatan yang baik buat kami.
Semoga sempat lagi kami belajar.
Its never too late to learn.
Yang mana satu cikgu?
Yang paling muda lah!
Anak murid semua dah pencen kannn....
Dapat cari saya tak?
Cer teka mana satu...hehe.

Sunday, November 17, 2019

Terbuang

Kalau dah tak ada yg sayang,
ini lah jadi nya..
Terbuang.
Kesejukkan
Kesakitan
Takut
Sendiri
Bawa diri
Mengharapkan simpati orang lain.
Siapalah yg zalim sungguh ni..
Senang2 buang begitu saja.
Dah la kecik sangat lagi,
kaki pulak patah terkulai.
Sian la.....
Tak apa lah kucing.
Kita bertemu mungkin ada hikmah nya.
Kau duk saja di sini menumpang rezeki ku.
Aku akan jaga kamu sampai kau besar sikit.
Nanti suka hati kamu lah nak terus duk sini atau nak bebas.
Aku tak nak paksa kamu.
Kita berkongsi ruang dan udara hanya sementara.
Semuanya terserah pada Tuhan..
Kalau dah ditakdirkan kamu akan bersama ku
 sampai akhir usia pun aku terima saja.
Tak apa.
Kongsi sepi ku.


Peperangan yg tak berkesudahan

Kalau pendek fikir,
Mau saja saya masukkan kucing2 tu dlm sangkar.
Dulu memang saya kurung mereka tu.
Senang urus bila mereka terkurung
Tapi sekarang saya dah bebaskan mereka.
Atas dasar kesian.
Semenjak bebas ni mereka nampak lebih happy.
Kita pun seronok tengok mereka bermain main berkejaran di laman rumah.
Sekali sekala kalau dia orang hilang di mata rasa bimbang jugak.
Mana lah tau kot di ambil orang.
Jiran2 dah kenal kucing2 tu, mereka tau itu kucing2 saya.
Selamat kot, insyaAllah setakat hari ni selamat.

Ni ada masaalah baru.
Kes hujan seharian dan kucing2 tu tak dapat melawat kawasan.
Semua duk terperap di bawah porch dan di balkoni.
Awak tau, berasap hati saya pagi tadi.
Apa tidak nya, bila saya buka pintu depan ini yg saya lihat.
Dua pasu kaktus yg saya letak di balkoni tumbang dari rak.
Tanah berterabur atas tikar balkoni dan kaktus kecik tu patah.
Tu baru intro.
Bila saya dekati tanah tu untuk dimasukkan balik dlm pasu,
awak tau apa kejutan seterusnya?
Entah kucing mana satu yg melepas hajat di situ!
Sungguh kurang asem!
Siapa punya kerja nih?
Mungkin sbb sekeliling basah, hujan, maka dia malas nak gi cari pasir.
Nak redah hujan tu sejuk sgt kot, takut basah lah tu.
Nak tak nak saya bersihkan juga
Kucing2 tu tgok jer, sedap duk atas kerusi laman sambil jilat2 bulu.
Eh, saya tuan ke kucing2 tu jadi tuan nih?
Hentam jer lah ...

Sekali lagi menggelegak darah saya.
Geram nyerrrrr.....
Dah la mereka rosakkan kaktus saya dan jadikan tanah tu toilet,
Ada ke patut mereka jemur hujan kasut sukan saya pulak.
Ni dah lebih ni.
Saya rasa mereka jadikan kasut sukan saya mainan, di tolak2 di gomol2,
sudahnya tercampak ke tepi sana..direct bawah saluran air hujan.
Alamakkk..kasut sukan ku jadi pekasam dahhhh.....

Wahai pembaca...
Apa hukuman patut saya berikan kepada 3 ekor budak nakal nih?
Penjara seumur hidup ?
Buang daerah?
Tu ketiga nya dah masuk dalam rumah, menanti dijatuhkan hukuman.
Sekor duk tido atas katil.
Sekor duk depan tv, atas kabinet tv, betul2 depan tv, tgok tv.
Sekor lagi ada ni atas riba...kongsi makan.
Habis tu camna?
Payah nak saman wei, mahkamah pun tolak kes nih.

Friday, November 15, 2019

Yang ditinggalkan...

Suram wajah2 di kediaman kakak kelmarin.
Semua yg hadir merasai kehilangan itu.
Sekali sekala kakak mengesat mata dan cuba utk kuat.
Katanya demi anak anak.
Setiap kali melihat tangisan bertakung di mata anak2 saudara ku,
hati ku turut pecah.
Aku pernah merasai dugaan ini.
Terasa baru sangat lagi.
Faham sangat sangat
Faham bila kakak belum makan dari semalam.
Tau sangat rasa gundah itu.
Tak apa lah kakak, kamu berhak utk bersedih.
Tempuh berkabung itu menandakan pilu hati seorang isteri yg ditinggalkan.
Tabah lah kakak demi anak2..
Tabahlah anak2 demi mama...
Bila jenazah diusung keluar dari rumah...
Kakak menangis lagi..
Pergi itu tak kan kembali
Turun itu tak kan naik menjejak kaki di sini sekali lagi
Dia sudah berpindah ke rumah di alam baru.
Kami ini hati yg ditinggalkan hanya mampu mengiringi pemergian dgn doa.
Innalillahiwainnahirojiun.

Hari ni aku tidak ke rumah kakak.
Zahirnya tidak.
Tapi hati ku tertinggal di sana.
Terbayang wajah kakak...
Lena kah dia malam tadi?
Air mata kah yg menemani?
Sudah makan kah dia..
Atau dah terasa sakit kepala kesan dari x cukup rehat..
Penat fisikal, minda lagi penat.
Sabar ya kak, aku tau kamu kuat.
Esuk...
Bila anak menantu mula melangkah keluar
Rumah itu akan menjerit sunyi
Seperti mau rantai pintu, kunci setiap tingkap
Mau teriak jangan pergi!
Segala bahagia seperti nya turut mengalir ke luar pagar
Yang tinggal hanpa sepi hati seorang ibu
Sunyi pilu seorang yg baru bergelar balu.
Itu yg ku pernah rasa dan yg sedang kau rasa.
Sabar   sabar   sabar
Kakkk,
Pejam mata dan pujuk lah hati.
Hidup perlu diteruskan.
Mulalah langkah baru bersendiri tapi tidak bersaorangan.
Kami di sini untuk kamu kak.
Masih ramai yg sayangkan kamu.
Tetap ambik peduli.
Dekat di hati.
Kalau aku boleh cuba melangkah solo, kamu pun boleh!
Bukan senang, payah! Tapi dgn izin Tuhan,yakin boleh.
InsyaAllah kak, Tuhan akan sentiasa jaga kita.
Hanya pada Tuhan tempat kita berserah.
Sentiasa ingat begitu.

Kak, dah, gi mandi, tukar baju, rehat sementara tak ada tamu.
Makan tak kueh yang hani kirim tuh?
Makan jangan tak makan.
Nanti hani free, hani singgah.
Kak, Sayang kamu ketat ketat!


Thursday, November 14, 2019

Kindda confused..

I am reaching 60.
59 to be exact.
So tell me, what should I do now?
Should I try something new in life?
Its too late for that, right?
Or should I just finish what started already?
Acually I have nothing more to look for in life.
I am done!
Drained
I am just trying to inhale n exhale
 without much thought of what future might bring.
Like I dont care any more.
Just go with the flow
And what ever will be will be.
I am going to enjoy the smallest thing that makes me happy
And
Not going to worry over things that is not of my concerned.
I am alone but not really alone, always surrounded by many love one.
I enjoy my space n I will not gamble for anything unappopiate.
I am me.
59 or 60 I will never change.
Why do I hv to change?
Do I have to?
Really?

Wednesday, November 13, 2019

Dari dia kita datang,

Selamat kembali ke ribaan Dia Pencipta wahai AbeSir.
Tenang dan damai lah kamu di sana.
Sudah terlucut lah kamu dari sakit dunia.
Tamatlah temujanji2 hospital bagi mu.
Tidak lagi menahan kulit untuk ditembusi jarum2 itu
Tiada lagi ubatan yg bercupak untuk ditelan.
Bebas lah dari segala azab sakit yg sekian lama kamu tanggung.
Pulang lah, kami iringi doa semoga kamu ditempatkan bersama orang2 yg soleh.
Semoga tempat mu di sana lebih baik dari di sini
Semoga diam mu di sana lebih tenang dan aman.
Semoga roh mu dicucuri rahmat.
Kakak ku,
Aku tahu pusara itu bakal kau lewati..
Aku tahu yg bersemadi di situ bukan hanya dia.
Tapi di situ turut terkubur sebahagian dari kehidupan mu.
Seperti sudah suram hari mendatang
Seperti sudah kelam segala harapan.
Bukan begitu kakak...
Mulakan langkah baru..
Kehidupan perlu diteruskan
Ku doakan yg baik2 buat mu yg ditinggalkan.
Jangan menangis kakak.
Redha itu payah tapi itu saja pilihan yg ada buat kita.
Innalillahiwainnahirojiun.

Tuesday, November 12, 2019

Maulud

Pagi tadi ada majlis sambutan maulud kat masjid berdekatan.
Khas buat kami kaum ibu saja.
Ada la makan makan sikit.
Pakat2 bawak dari rumah sikit sorang.
Kira mcm potluck gitu.
Seronok.
Lepas selawat ke atas nabi junjungan, kami jamu selera.
Macam macam juadah.
Kadang2 majlis kecik lebih meriah.
Kami semua mengenali sesama sendiri.
Semua kawan2, semua seangkatan.
Sehati sejiwa.
Tu yg best tuh.

Monday, November 11, 2019

12.00 midnite.

Tepat 12 tengahmalam.
Senyap
Sunyi
Tak ada bunyi kenderaan melintas depan rumah.
Suara anjing pun tak kedengaran.
Ku intai dari balik cermin tingkap.
Kucing ada yg tidur atas bonet kereta.
Lampu rumah jiran masih terpasang.
Belum tidur jugak agaknya.
Mata tadi mengantuk tapi
sekarang dah tak nak lelap.
Wudhuk menjadikan diri segar semula.
Selesai dah solat, bukak blog sekejap.
Lepas ni nak ngadap quran pulak.
Lepas solat sunat nanti nak tidur lah.
Semoga waktu tu mata dah tak degil.
Bila bersendirian di pekat malam.
Rindu menyapa hati..
Rindu pada yg hidup dan yg sudah pergi.
Rindu pada yg jauh
Rindu pada yg perlu di rindui.
Ish...malas la nak layan hati ni.
Ok, nak update N3 blog lah.
Selamat pagi bagi yg sedang membaca.
Dah, gi tidor!



Sunday, November 10, 2019

Mana duit ku?

Pagi ni
Tak pasal pasal kalut.
Saya ke Atm cucuk kad nak draw duit lah
Resip keluar tapi duit nya x keluar
Mana duit nya?
Laaa....
Dah tertolak ke baki dari dari akaun?
Camna ni...
Nak gi bank buat repot hari ni cuti
Call hotline bank jawapan nya masa kerja monday to friday jer.
Mau tak gelabah.
Duit tu wei...sikit pun duit.
Kalau kaya raya mcm alif syukri tu tak apa jugak.
Jadi pagi pagi mood dah rosak.
Nak cari Atm lain dan cuba draw sekali lagi.
Tapi takot la pulak ...
Mana tau jadi macam ni sekali lagi..
Aisey men....senak otak pagi pagi nih!
Gi main jauh2 wahai kucing,
Jgn nak gesel kat kaki ku.
Aku terajang kang.
Hadoii...kan dah cakap mood rosak.
Nak gi makan lah, mana tau mood pulih.
Bye!

Friday, November 8, 2019

Buah cempedak ke ?

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ni budak ke? Tua gayut baru nak belajar.
Siapa tau, tolongggggla tunjukkan.

Kenapa la dah tak boleh nak upload foto dlm posting di blog saya ni?
Puas cuba, tak dpt2...
Saya ni memang suka share foto bersekali dgn update trkini.
Semenjak dua menjak ni problem pulak.
Nak buat mcm mana ni?
Tak reti la nak tekan kat mana.
Bila cuba upload foto, line biru tu duk mcm tu jer, tak gerak.
Nampak gayanya, sementara ni tak leh share photos dah la.
Ke selamanya?
Tolongggggg!

Thursday, November 7, 2019

Weekend

Seronok.
Macam tertunggu tunggu.
Saya suka bila tiba hari Khamis.
Dah hujung minggu bagi negeri saya.
Hujung minggu is the best!
Rumah saya full house.
Anak cucu menantu
Sanak sedara
Turun naik.
Riuh.
Meriah.
Meja penuh
Sinki sentiasa basah
Dapur kerja lebih masa.
Ruang tidak ada yg kosong.
Tak apa lah...
walau penggunaan letrik berganda ganda.
Walau tandas kena ikut turn.
Walau telekung lembab bahagian dahi sbb bergilir guna.
Walau depan tv penuh gelas, pinggan mangkuk dan botol jajan
Walau tercari cari remote..Remote mana remote? Hilang!
Walau sampah cepat membiak, pagi petang kena gi buang 2 kali sehari
Tak apa....
Tak apa apa..
Redha...
Ini lah bahagia buat saya.

Wednesday, November 6, 2019

Di mana ada jual mesin cop duit?

Lampu automatik rosak.
Maka bila ada gangguan letrik, gelap lah..
Biasanya lampu tu dgn sendiri nyala bila tiba2 x ada letrik.
Itu baru satu hal.
Katil sakit buat anak saya pun rosak juga
Remote control katil tu mcm tak funtion.
Dah panggil pakar utk rawat katil
Kena order spare parts dulu.
Entah bila siap nya.
Itu dua hal.
Seterusnya,
Salah satu tv tak leh guna
Entah tv yg rosak atau pun decorder astro yg buat hal.
Kena panggil orang astro dulu check.
Nasib baik tv yg dlm bilik, kalau tv yg kat ruang menonton
yg rosak alamat senyap sunyi la rumah.
Tu tiga hal.
Rosak yg ke empat pula ni, rosak yg menanti berkubur.
Kerusi urut buat perangai.
Mujur lah semenjak arwah ni tak ada,
tak siapa pun guna kerusi tu.
Sekali sekala ada la kerusi tu berkhidmat.
Sekarang ada task yg kerusi tu tak leh buat.
Biarlah, malas nak baiki.
Benda x penting dah.
Kira hal kerosakan yg ke empat dan yg terakhir buat masa ni.
Jap jap....
Ada yg kelima...hampir lupa.
Tu kereta axia saya tu..
Susah nar kalau nak masuk gear.
Tekan break mcm tak habis,kena pump sikit baru boleh tukar gear.
Itu nak perhatian mekanik lah tu..
Dah la calar sana sini badan nya.
Kemek pun ada.
Bukan saya yg hasilkan calar kemik tuh,
Itu hasil kunci selalu berpindah tangan kat anak menantu.
Budak2 ni bawa kereta ikut sedap rasa tu lah hasil nya.

Jadi, kesimpulan nya hanya satu.
Semua hal2 tersebut berkaitan dengan DUIT.
NAK DUIT LAH TU.
DUIT DUIT DUIT.

Tuesday, November 5, 2019

IG siapa?

Sikitttt lagi..
Rasa nak join sekali kalau ikut hati.
Sabar...mokcik,sabar!
Kalau hujung jari saya tak dpt saya tambat,
Akan menangis la awak baca komen saya nanti..
Astaqfirullah hilazimmm....
Sabar, urut dada tu mokcik!

Terbaca di ig seorang makluk Allah ni.
Bukan terbaca tapi memang duk baca sokmo2.
Posting dia memang mencabar Tuhan.
Tanpa sedikit rasa bersalah
Bukan dia sorang, ramai yg sewaktu dengan nya pun.
Geram lah, menggelegak batu jemala patik.
Komen2 yg dia dpt berbahagi dua.
Ada yg cuba put some sense in that stupid head,
Ada juga yg sokong bawak rebah.
Tak pasal2 kita pun turut terkesan bila baca status ig dia
Lebih geram bila baca komen2 dari jari2 pengomen2 tu.
Mujur lah saya ni mokcik yg masih tebal kesabaran nya.
Hehe...Mokcik ni tak nak cari nahas jer.
Kang tak pasal2 kena saman kerana tak reti didik jari.
Baca sorang2 dan hadam sorang2 cukup lah
Tak payah masuk share/kongsi dosa orang lain.
Sekali sekala terbayang wajah worih warah sendiri, anak cucu sendiri..
Jangan lah ada yg perangai macam empunya2 IG tu..Please jangan!
Kalau rasa ada bodoh pun, simpan bodoh tu sorang2
Kalau rasa jahil sangat pun cuba jgn tayang kejahilan tu...
Ke dunia sekarang memang aib perlu dikongsi?
Rela jadi clown untuk jadi tersohor? Insta fmous?
Famous for the wrong reasons? Tak payah laa
Punah sangat dah mereka tu...kan?
Pemilik ig sebegitu dan pengomen2 nya semua satu kapal,
hanyut begitu saja.

Itu pasal la saya tak nak campur walau kadang tu geram sangat2.
Biarlah luncai terjun dengan labu nya..
Anak2 saya pesan...
Mummy kalau nyampah sgt, toksah follow lah!
Jangan baca komen, skip ke ig yg lain.
Laaa.....Habis tu kalau tak tgok ig yg byk kontrovesi mana best nya?
Hahahaha...Dah hobby mummy ni kalau free layan ig.
Pot pet pot pet menanah telinga anak2 dgr mummy komen cara langsung.
Macam pengulas perlawanan bola sepak..tak ada full stop!
Begini lah bila dah jadi mokcik2.
Tau nak bebel saja tak habis2...
Bebel depan anak2 takper, tak kena saman.
Jangan melarat terkomen di ig orang dah.
Jangan mokcik jangannnnnn!

Monday, November 4, 2019

Tak reti nak demam.

Pelik jugak.
Semalam ke klinik sbb rasa macam penat melampau.
Rasa lesu dan tak leh celik mata, mengantuk sangat.
Walhal baru kul 7 pagi, badan lemah amat.
Tambah pelik bila doktor check darah normal jer.
Paras gula dlm darah pun terkawal.
Tapi bila check suhu badan...
Mak oii, demam rupanya!
Entah2 dah berapa hari dah demam.
Pelik sangat..
Apasal saya boleh tak tau yg saya demam?
Tak rasa panas membahang pun..
Tak rasa macam demam punnn..
Sakit kepala, pening2 tu biasa la, hari2 pun rasa cam tu.
Bila rasa panas, mandi, bila rasa sejuk hujung jari kaki, pakai stokin.
Bila rasa lesu cuba baring depan tv jap.
Bila sakit2 dlm badan telan pain killer.
Bila pulak demam ni?
Mungkin rutin hidup saya yg sibuk hari hari menyebabkan saya
dah tak dapat bezakan sihat dgn sakit.
Saya dah tak reti nak demam.
Otak dah tak leh proses signal badan utk umumkan demam.
Doktor tu suruh saya rehat, total rest for a day or two..
What?
Perkataan 'Rehat' tak ada dalam kamus kehidupan saya
Demam ke, sakit apa ke, tugas dan rutin tak ada cuti.
Doktor tu kawan saya dan itu pasal la dia berani bagi ayat power ni.
" Cikgu hani, awak tu dah tua, dah dah la sibukkan diri tu, duk diam2 tak leh ke?"
Dush! Sebijik kena atas dahi ku.
Puan doktor cayangg, thanks for the advice.
One thing more...
Kiranya kita kena cancel ke plan nak gi panjat Bukit Panau nanti?
Puan doktor jugak yg beria ajak hari tu.....
2 x 5 jer doktor dgn pesakit, sama tua kannnn.....



Sunday, November 3, 2019

Kata kata orang

Macam macam kata orang.
Tak takut ke duk sorang?
Kenapa tak duk dgn anak?
Pakai bibik la buat teman
Rumah besar mesti sepi dan menakutkan.
Pindah duk rumah kecik lah.
Tu semua soalan2 dan komen2 biasa
Komen luar biasa pun ada,
contohnya..
Alah, kawin jer la baru tak sunyi, ada kawan.
Atau..
Tu laa, ada orang nak, awak tak nak!
Hahahahahaa...lawak la pulak.
Bijak bijakkk..Tabik la dgn problem solving skill mereka ni.
Kena batang hidung sendiri baru tau!
Betul, saya memang takut duk rumah besar sorang sorang.
Betul, memang sunyi bila tgok jam kul 2 pagi, hanya kedengaran bunyi hujan di luar.
Betul, bila malam, tgok luar rumah, gelap dan everything stands still tu rasa nak suruh cepat2 pagi.
Saya terpaksa lalui semua ni, no choice.
No other better choice than to be alone.
Sebenarnya masaalah saya satu jer...
Takut. Penakut sungguh.
Saya ni penakut dari kecik sampai tua.
Maka faktor takut tu yg sering kali menggangu ketenteraman hati saya.
Takut gelap, takut malam, takut hujan malam hari..mcm2 takut.
Sunyi ? Tak lah, aman jer duk sorang, boleh buat apa kita suka tanpa perlu jaga hati orang lain.
Saya tak nak ada bibik ke, peneman ke, apa ke sebab saya selesa tak berkongsi ruang dgn orang asing.
Sekali sekala anak menantu cucu, sanak saudara datang tu dah cukup membahagiakan.
Sekali sekala riuh amat mengembirakan saya.
Cuma problem saya bila saya kesaorangan dan malam menjelma..
Saya takut pada kemungkinan2 yg sinonim dgn gelap malam.
Mata terintai intai dan telinga menadah bunyi...
Sikit jer terbayang apa2 atau bunyi apa2, hati nak tercabut dari tangkai.
Takoooooooott!
Malam jer saya takut, kalau siang rumah saya ni memang sentiasa ramai.
Tak ada masaalah duk jeruk hati sorang2, memang rumah full house dari pagi sampai petang.
Malam saja problem saya.
Well never mind,
It takes time to get used of being alone at night.
I will make it.
Allah ada kannn......


Saturday, November 2, 2019

Mokcik gi Munduk

 Mokcik ni acap gi Munduk.
Suka sangat gi breakfast kat seberang sana.
Sedap masakan orang thailand nih.
Munduk senang, tak yah cop pasport.
 Melintas guna khidmat perahu.
Murah tambang dan sempit jer sungai.
Tapi dalam tau!
 Lepas makan merayau tgok2 jualan.
Tapi x minat nak beli pun.
Beli makanan untuk bawa balik jer
 Aik, limau pun beli?
Macam la tak ada limau kat Peng Chepa.
Alah, dah murah beli saja lah.
5 hingget sebyk tu.
Dah, jom balik.
Kaki dah lenguh.
Berpeluh peluh dah ni.
Lain kali insyaAllah dtg lagi.
Tak serik2...selagi tak kena tangkap!
Ampunnn....!

Friday, November 1, 2019

Masin mulut nenek

Dia  ni..
Masa dia kecik dulu,
mak saya, nenek dia selalu cakap..
"Iffah ni loyar buruk laa.."
Sebab nya dia kalau bab bukak cerita,
kalah hikayat 1001 malam.
Kalau bawak dia kemana mana pun,
ada saja benda dia nak ulas.
Adik beradik saya, mak2 sedara dia memang suka sakat dia.
Dia akan jawap segala soalan tanpa selindung.
Kalau rahsia jangan cerita kat dia
Kalau cerita, sekejap jer senegeri tahu.
Loyar Buruk!
Gelaran dia..hehehehe..!
Wartawan kampung gelaran kedua.

Tapi
Jangan tak tau.
Dia berjiwa kental walau hati tisu.
Dia 
Walau dia anak perempuan, dia cekap urus apa saja
Saya banyak bergantung pada dia.
Bila dia ada saya rasa lebih kuat.
Moral support dari dia memang terbaik.
Siang malam saya doakan semoga dia dapat kerja dekat dgn rumah.
Balik sini dan temani saya.
Tapi oleh kerana negeri saya ni seorang magistret perempuan tak dibenarkan jatuhkan hukum,( ikut undang2 islam),
maka kecik lah peluang dia untuk memohon kerja di mahkamah dalam negeri ni.
Tak apa lah Iffah, mummy doakan yg terbaik saja buat Iffah.
Iffah, kalau kerja pandai2 lah bawak diri.
Iffah bukan kanak2 yg loyar buruk lagi.
Bila bergelar Pn. Laywer kena lebih bijak.
Masin mulut nenek ya, akhir nya bidang perundangan juga milik kamu.
Mak, loyar buruk mak ni dah besar panjang.
Terima kasih mak, gelaran yg mak bagi tu adalah doa mak rupanya.
Terbaik la mak!
Pn Loyar Buruk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...