Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 29, 2020

Geng bas sekolah berkumpul lagi.

Tak pernah tak happy kalau jumpa kawan lama.




Terima kasih Tuhan kerana menemukan kami semula setelah lama terpisah.
Dulu sibuk dgn anak kecik, keluarga, karier dan mcm2 keperluan hidup.
Sekarang mak nenek ni dah terlepas bebas.
Happy stail orang pencen.

Friday, February 28, 2020

Garis kenangan.



Kita mulakan dgn satu titik pertemuan.
Dan kita cipta ribuan titik kenangan.
Mencantumkan titik2 itu menjadi satu garisan.
Garisan sebuah cerita.
Cerita kita.
Hanya kita berdua yang tahu segalanya.
Garisan cerita kita asal nya begitu membahagiakan.
Kita kongsi setiap rasa, setiap rindu dan setiap mimpi.
Sayang sekali,
Garis cerita kita tidak selalu licin dan lurus.
Di titik titik tertentu duri kehidupan mencakar hati.
Celaru emosi.
Kita temui perangkap buntu.
Pengorbanan demi pengorbanan meruntuhkan daya tahan.
Titik2 lemah membakar panjang nya garisan.
Melukakan.
Secepat itu titik mula kita bina,
Secepat itu juga bayangan titik akhir muncul tanpa rela.
Namun aku tidak pernah kesal.
Garisan cerita kita ini lah yang pernah membekalkan ku damai.
Garis ini lah yg menjadi talian hayat.Penyelamat.
Garis cerita kita ini adalah garis kenangan suka duka yg pendek.
Sewaktu gempa jiwa yg meruntuhkan segenap harapan bahagia,
ku temui semangat ku yg hilang dalam tenang redup mata mu.
Sungguh aku bahagia bersama mu walau sekejap cuma.
Masih ada cebisan2 dari garisan cerita kita yg menghiburkan lara ku.
Masih kekal bermukim di dalam hati saat2 indah bersama mu dulu.
Hari ini,
mimpi indah yg sementara itu masih ku biarkan bergantungan.
Tersidai dalam ruang hati yg paling kosong.
Biarkan ia di situ selamanya.
Aku tidak tahu bila sebenarnya hadir titik perpisahan yg menamatkan garisan itu.
Di saat ini aku masih mencari cari titik hitam itu.
Seperti tidak pernah ada kerana kadang2 aku merasa
Senyuman mu masih ada di sini....
Suara mu masih menyapa sepi ku..
Meski pun titik perpisahan menamatkan garisan cerita kita,
Kenangan bersama mu ku heret ke garisan kehidupan seterusnya.


Thursday, February 27, 2020

Pulih lah wahai diri.


Semenjak dia tak ada,
setiap kali badan uzur, hati akan turut jadi  tak sihat.
Hati jadi robek bila bersendiri begini.
Dah tiga hari kepala saya rasa berat.
Rasa macam dicengkam di bahagian belakang kepala.
Byk urusan tergendala kerana saya pilih untuk baring saja.
Bukan berkurangan pun sakit tu bila baring.
Tengkuk belah kanan pun sakit juga.
Bila sentuh dan tekan sikit rasa mcm senak.
Nak menelan pun terasa tak selesa.
Sakit sgt tu tak lah,
cuma jadi malas nak makan sbb sakit nak menelan.
Keseluruhan badan rasa lemau letih semacam.
Tapi tanggung jawap saya byk, jadi nak tak nak kena aktif juga.
Saya gagahi juga keluar urus segala keperluan.
Tapi perlu balik cepat2 dan terus baring.
Dah baring tu rasa tak nak bangun dah.
Kalau boleh nak tidur yg panjang.
Tak lena pun x apa, nak baring2 relax saja.
Tapi bila terguling tak sihat sorang2 ni,
Penyakit hati mula merebak.
Teringat sangat sangat.
Bezanya sewaktu dia masih ada, saya sakit sikit terus boleh ngadu.
Bila dia tak ada, saya pendam sakit sorang sorang.
Hadap sorang sorang.
Dulu bila saya ngadu jer,
perkara pertama dia buat ialah bagi tazkirah.
Tajuk tazkirah kepentingan jaga kesihatan.
Tajuk kedua keperluan ambik supliment bila tua.
Tajuk ketiga balasan tak dengar nasihat orang.
Bla bla bla blaaa.....
dia akan bising suruh saya ke klinik.
Dia akan acap tanya dah baik ke belum.
Saya teringatkan dia bukan kerana dia manjakan saya.
Dia tak pernah manjakan saya.
Tapi dia ambik peduli.
Sekarang saya kehilangan orang yg ambik peduli.
Itu jer.
Semenjak dia tak ada,
Saya rasa terabai dan tidak diperlukan.
Sensitif dan cepat terasa jauh hati.
Tambah2 bila tak sihat macam ni.
" knapala kepala ni sakit sgt....?"
Tu jer nak kata, nak luah tapi tak bertempat.
Sabar lah wahai hati...
Cepat2 la sembuh ya..




Wednesday, February 26, 2020

Buah cempedak di luar pagar

Terasa macam nak give up dah.
Otak tua macam saya ni dah payah nak terima ilmu.
Ustazah terpaksa ulang2 pelajaran sama berkali kali.
Kesian ustazah.
Ilmu yg sedang saya pelajari tu makin hari makin payah.
Ke saya rasa payah sebab saya makin bodoh?
Saya ni zaman sekolah dulu tak ada lah bodoh mana pun.
Tapi sekarang ni, semenjak dua menjak ni rasa tumpul dah minda.
Susah nak hadam perkara baru.
Dalam kelas bahasa arab tu bukan saya sorang yg warga emas.
Semua pun geng pencen.
Orang lain nampak cool jer,
otak mereka macam sponge meresap ilmu tanpa byk soal.
Saya ni ada saja nak tanya ustazah,
ada saja yg tak faham.
Rasa2 lah...bukan sebab tua kot.
Dr Mahadhir laaaaagi tua tapi otak 1st class.
Kenapa ya saya jadi macam ni?
Ke sebab bahasa arab ni memang bahasa yg complicated.?
Saya ni guru bahasa inggeris berpuluh tahun.
Tak der payah pun.
Tak ada masaalah pun berbahasa inggeris.
Mudah sangat berbanding bahasa arab nih.
Entah la belalang, tengok la macam mana.
La ni masih attend classes macam biasa ni..
Esuk lusa x jamin dah..
Tengok dulu sanggup lagi tak terlopong blurr dlm kelas.
Tapi kalau quit, lagi lah tak pandai bahasa arab kan?
Go Hani go!
Cuba.
Sabar.
Setiap kali ke kelas, satu jer saya dapat.
Dapat selfie dgn geng.
Hahaha....at least!
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah buluh di hulu
Kami tua purba baru nak belajar
Kalau salah tlg bantu

Tuesday, February 25, 2020

Dibungkus kenangan.

Hari ni mokcik ni kemain lagi
Berbaju kurung sepasang.
Lenggang lenggok mcm itik pulang petang.
Baju lama tu, baju zaman masih jadi cikgu.

Kebetulan mengemas almari,
nampak baju ni merayu rayu untuk di sarung.
Dah lama sangat tak pakai baju kurung sepasang macam ni.
Ya la kan, nak ke pasar berbaju kurung gini nampak formal sgt.
Saya lebih suka pakai blouse simple2 dgn skirt labuh atau seluar saja
Kadang2 nak cepat , sarung jubah.
Cari yg tak payah brrgosok.
Malas dah nak ngadap sterika.
Kalau tak keluar, kat rumah selesa berTshirt dgn loose pants saja.
Nak lagi selesaa saya pakai kaftan.
Nak laaaaaagi selesa pakai kaftan koyak.
Koyak bawah lengan is the best!

Cuma masaalah nya kalau pakai kaftan koyak ni kena hati2.
Kena ready 'jubah bantuan kemanusiaan.'
(Selalunya jubah hitam lah,senang gitu)
Tiba2 kalau bunyi door bell kena cepat2 sarung jubah tu.
Penyelamat maruah diri.
Apa tidak nya, boleh pengsan tetamu kalau tengok kaftan koyak tu.
(Dah la koyak, siap singsing atas bahu dan ada sistem pengudaraan/ good ventilation di kiri kanan badan)
Bukan seksi tapi seksa mata memandang.
Hmm...ada ke org lain macam saya?
Ok ok berbalik pada baju kurung.
Baju2 kurung, kebaya dan semua baju2 formal yg lain nya tak terusik.
Fuhh...masih elok, dari kain mahal hingga ke yg biasa2 tersusun kemas.
Ada yg selepas saya pencen, saya sedekahkn.
Tapi masih byk yg tersimpan.
Anak menantu saiz x serupa, x leh pakai.
Sekali sekala buka almari,tilik perhati....
Baju2 ni byk kenangan melekat bersama lipatan nya..
Bila di tenung2 baju seakan bercerita.
Suka duka dlm kehidupan seorang wanita, guru, isteri, ibu,kawan bernama Hani.
Dah jadi macam harta yg ada sentimental value.
Hari ni tergerak hati nak pakai baju kurung lama.
Saya pilih yg biasa2, yg warna mustard ni.
Mujur masih muat.
Saya keluar breakfast dgn anak.
Rasa janggal juga berbaju kurung dlm Kopitiam.
Anak saya dah gelak2 dah..
"Apalah mummy ni macam nak gi kenduri" kata dia.
Biarlah, apa apa lah....
Pakai saja dan sekali gus terasa seperti
baru semalam masuk kelas, anak murid bangun hormat...
"Selamat pagi cikgu..."
 Wei, pagi2 dah bermimpi nih..Apolaaaar.
Kembali lah ke alam nyata wahai cikgu Hani.
Hiruplah Mee Putih tu.
Sedap kannn....
Dah bebas dari tugas guru pun sedap juga
Sekarang boleh santai2 keluar breakfast, dulu x boleh.

Maka nikmat Tuhan kamu mana kah yg kamu masih dustakan?
Fabiaiyiaalaaaa irobbikumatukazzibann



Monday, February 24, 2020

Instinct

Yup, there is something bothering me.
This feeling.
Instinct, may be God is trying to give me a hint.
Frankly speaking, I am uneasy.
I sense something is not right.
Not going to be alright.
Out of nowhere, this kind of silence seems disturbing.
The chill that comes with it.
Am I smelling the smell of death.
Whose death?
Mine?
Whose turn now?
This is not the question of fear.
When my time is due I will go .
Redha.
Its not me that makes me worried.
Its her.
Without me who is going to take care of her?
Who is going tend to her needs.
Who will b there for her?
God, I just hope that I can take care of her till her last breath.
If I were to be here for her please give me the best health for her sake.
Grant me patience and strength
Redha.
Always.
But tonite I don't know why..
My heart keeps skipping beats.
Something somewhere somehow
God is giving me signals.
Signals for what I am not sure.
Keeping my mind positive.
Mayb something nice is coming my way.
Maybe some happy returns.
Maybe.
Meanwhile I am soooooooo worried.
Dup dap...
Here we go again, missing another beat.
Hope for the best and
Get ready for the worst.


Sunday, February 23, 2020

Partners in crime.

It takes two to tango.
Betul kan?
Betul but sometimes it takes more than two
Maybe three, maybe more...
Sejak dari zaman kanak2 lagi,
bila ada geng mula la...
La ni dah tua pun macam tu.
Pantang ada ,
ada lah idea nak buat benda pelik2..
Tapi tak semua orang sekepala.
Kawan ke, sedara ke, hatta anak sendiri pun,
Bila sekepala tu memang menjadi.
Adaaaa jer terlintas nak buat something out of the box.
Asal tak usik orang lain, proceed jer.
Asal tak bahaya might as well try.
Asal tak menyalahi hukum dunia dan
hukum agama  kami on jer..
Janji hati terhibur, why not kan?
Maka....
Ni lah 'partners in crime' saya (kata mat salleh).
Ni baru sebahagian, ada lagi tapi kena gali dalam album dulu.
(Yg x ada foto kat sini jgn merajuk k, u will always b my partner in crime)
Biarlah apa orang kata, hanya kita yg tau best nya ada partner in crime nih.
Thank you for giving me a reason to smile.





Cuba perhati foto terakhir ni.
Yang depan belah kanan tu ahli baru 'partner in crime' saya.
Masih dalam latihan lagi tu, masih lesen P.



Saturday, February 22, 2020

Musim tangis yg panjang


Musim tangis ku masih panjang.
Biarpun di luar, sudah berapa kali musim bunga,
musim luruh berganti ganti, musim tangis ini masih disini.
Seperti sudah retak tulang dada ku menahan getar tangis
Seperti sudah pecah paru paru menjerat duka..
Lama sungguh sedu sedan terpenjara di kerongkong
Sekali sekala menikam mata dan
tiris pecah empangan itu..
Musim tangis belum berhenti.

Musim tangis ku masih panjang
Entah bila kan berganti musim tawa.
Bumi telah berkali kali menggelilingi mentari
Bulan telah lelah naik turun memajat langit
Tapi musim ini masih belum mau undur juga.
Sudah bersawang musim ria menunggu di pintu
Sudah berkulat bahagia di tangga menanti untuk bertamu.
Seperti menanti dalam mimpi.

Musim tangis ku masih panjang
Masih setia menemani ku ..
Mungkin air mata ini tugasnya berbakti
Menyuci dan membilas daki dosa berkarat.
Menyiram subur nikmat redha dan rimbun nya sabar.
Membasahi dan melembutkan hati.
Biarlah selautan tangisan bergetar didalam,
di bibir senyuman terpahat .
Tetap senyum, sentiasa tenang di wajah,
tak kira selebat mana tangis melanda
Aku cuba pamir bahagia

Musim tangis ku, pergi lah...
Sudah terlalu lama kamu bertamu di daerah ku.
Bebaskan lah duka lara yg terpenjara.
Hentikan penderaan mata yg banjir sentiasa.
Aku sudah lama bersedia untuk
mengucapkan selamat tinggal pada musim ini
Pasrah menunggu masa ia berundur.
Berundur kah?
Yakin percaya pada perancangan Nya.
Mungkin musim tangis ini adalah
musim terbaik buat ku..
Hanya Dia yg tahu.

Thursday, February 20, 2020

Nenek punnnnn....

Berebut dgn cucu nak posing.
Sekali sekala
Suka suka.
Janji happy dan kita tak ganggu orang.
Bahagia cara kita...












Hadoiii...
Penat posing sakan.
Alah, bagi la can, nenek nak melepas perasaan jugak.
Agak2 laku lagi tak utk jadi model?
Model purba kala.
Hentam saja lah labuuuu.....

Tak mo marah marah tau.

Marah itu petir.
Menyambar.
Memanah hati.
Membakar diri.
Marah itu kuman
Membiakkan benci.
Makin dipendam makin menjadi jadi.
Kalau diluahkan belum tentu reda.
Entah marah makin menyala bila
bertemu marah selain nya..
Entah entah marah segenggam jadi selautan.
Entah entah yang hangus rentung dibakar marah
hanya lah diri sendiri..
Penawar marah itu apa...?
Jinakkan lah bengis suara syaitan ini.
Lembutkan lah hati yg berduri ini
Luruhkan lah rasa yg berkudis ini.
Damaikan semula minda yg bergelombang.
Marah itu seksa. Marah itu merana.
Tadi marah menjadi raja di mata dan
bersultan di hati...
Maka tadi, wajah hilang seri.
Bibir menyembunyikan senyum.
Mata tajam berkaca
Tadi marah menjadi pakaian berduri
 yg membungkus diri
Tapi mujur minda memberi kata putus.
Sabar...Sabar...Sabar.
Keimanan memujuk menyejuk.
Syukur waras masih tebal
Marah ku jinakkan dengan tangisan.
Menangis dan menangis lagi
Selamat tinggal marah yg bertamu dalam diri.
Pergilah, ku kembalikan ke asal mu
Astaqfirullahilazimm..
Marah itu ujian dari Tuhan.
Syukur aku masih lulus,
masih boleh huraikan rantaian marah itu..
Kalau marah itu kembali lagi,
aku hanya berdoa
semoga aku tidak tewas.
Marah adalah percikan api dari
neraka.
Merosakkan.
Perlu dipadamkan dgn iman.

Wednesday, February 19, 2020

Pendatang berizin.

Ni kerja terkini.
Pagi petang duk main dgn makluk Allah ni.
Ada 4 ekor berlainan keturunan
Kecik lagi.
Terima kasih Nae dan Jae
Dah lama cari geng buat kura2 saya yg sekor tu.
Hari ni dia dapat kawan baru

Kalau cucu dtg nanti mesti mereka seronok.
Yang tak seronoknya kura2 ni kalau cucu ada.
Mesti kena bully
Pandai2 la kamu selamatkan diri dari tentera cucu ku nanti.

Tuesday, February 18, 2020

YB melawat kolam ikan

Hari ni YB melawat kolam ikan.
Bawak seorang kawan yg tak pernah masuk kampung.
Kenal kampung.
Sebelum tu singgah ambik Toktua.
My beloved Toktua tak leh tinggal, kena ikut sekali,
Seronok jalan jalan buang masa di sini.
Tengok ikan2 berenang.
Damai.






Monday, February 17, 2020

YB melawat kawasan

Hari YB jalan jalan dgn geng.
Geng pun semua nya YB jugak.
YB- 'yang bersara' la awak.
Turun dari rumah pagi2 la
Singgah breakfast di sini.
Ramai. Sedap.
Akan singgah lain kali pulak, bawa anak menantu.

Destinasi kedua ziarah kawan ygvsorang ni.
Dia baru kehilangan suami.
Setelah hampir dua bulan dirawat di hospital,
akhirnya minggu lepas suami nya dijemput Allah untuk pulang.
Hari ni baru saya berkesempatan jenguk dia, menziarahi dia dan
memberikan sokongan moral kepada dia.
Saya dan kawan2 lain nya singgah selepas kami keluar breakfast.
Dia nampak ok jer, boleh menerima ketentuan takdir.
Malah dia nampak happy, bercerita dan membuat lawak, gelak2 lagi.
Entah lah, dalam hati hanya dia yg tau kann...
Kami doakan semoga dia tak apa apa...

Selepas ziarah dia, sempat juga kami singgah di sini.
Dekat jer dgn rumah dia.
Kawan2 beli benda ni, katanya sedap.
Saya terpengaruh, beli jugak.


Dalam perjalanan pulang sempat lagi singgah di pasar segar.
Hasil tangkapan baru dinaikkan dari laut.
Fresh sungguh, murah pulak tu.
Terpengaruh lagi
Beli lagi
Hari dah meninggi.
Azan zohor dah kedengaran.
Jom pulang, marilah kita pulang.

Sunday, February 16, 2020

Lapar


Ni cerita kelmarin sebenarnya..
Saya punya la lapar tapi malas nak masak.
Nak keluar lagi la malas.
Nak order online pun malas
Lagi pun kalau order online bukan dia hantar on the spot.
Kadang tu order pagi, asar belum tentu dtg hantar.
Kecuali fast food, delivery gitu.
Tapi tekak tak nak fast food.
Maka saya tahan saja lapar tuh.
( lapar sorang2 tak apa, kalau org lain yg lapar, nak tak nak kena ikhtiarkan juga)
Saya masuk tidur dgn harapan pagi esuk saya nak masak awal pagi.
Mujur lah perut tak ganggu tidur, masih boleh lelap mata ni.
Kita lapar kerana sikap malas saja
Bukan kerana tak ada makanan.
Bukan kerana darurat..
Lapar yg ada penyelesaian.
Terbayang wajah lapar di Syria.
Wajah kaum uygur yg kebuluran, menderita diseksa.
Lihat pengemis di jalanan yg kempis perut nya
Syukurlah Tuhan masih hulur rezeki buat saya untuk usir lapar tu.
Syukur sangat sangat.
Maka,
hari ni saya manjakan perut.
Saya keluar makan, belanja dia makan kat luar.
Terima kasih sepupu, menemani saya makan tadi.
Jangan cerita kat org lain tau pasal kedai pertama yg kita pergi tu..
Tak nak pergi makan dah kat situ...
Hahahahaha.....Serik!
Saya bayar dan berpindah ke kedai lain.
Kedai ni memang kegemaran saya nih.
Baru boleh makan dgn selesa, baru tenang jiwa dan raga.
Hahahahaa....hanya kita yg tau segalanya.

Friday, February 14, 2020

Nak seribu daya tak nak seribu dalih...

Makcik nak ingatkan saja..
Jangan mudah terpedaya.
Manusia ni biasa la kan,
Masa belum dapat tu cuba sehabis baik untuk dapatkan.
Dah dapat tu, dan dah rasa jemu muak, mula lah cipta seribu alasan untuk buang.
Sekejap kita seperti permata beharga,
Selejap lagi kita sampah terbuang.
Maka,
Jangan mudah percaya..
Makcik ni cakap melalui pengalaman hidup 
Dah rasa macam mana dipuja dipuji..
Dan dah rasa macam mana di campak dibuang.
Sakit tau, tapi at last makcik terima hakikat yg..
Perempuan yg baik hanya untuk lelaki yg baik.
Dah dia x bagus, penipu..layaknya hanya untuk specis seperti dia jugak laa..
Makcik cool jer...tak apa apa.
Redha.
Kalau anak anak rasa takleh nak jadi sekuat makcik,
Hati hati...

Kannn......?

Thursday, February 13, 2020

Adrian pun sama.

Adrian jantung hati saya.
Ya, betul.
Sepet.
Tak pelik.
Mana ada yg tak sepet dalam famili ni.
(Kecuali saya..Yes!
Saya ni special case kot...
Saya lah satu2 nya yg mata bundar dalam famili ni.)
Yang lain semua nya ahchong dan amoi...
Takper, tak jadi masaalah pun.
Sekurang kurangnya mata mengingatkan kami baka keturunan kami.
Siapa tok nenek kami, dari mana asal kami.
So little Ian,
Dont worry, u r not alone.
Get ready to be laugh at, to be bullied.
Tak mustahil kamu juga akan dpt gelaran Ahchong.
Bersedia untuk berhadapan dgn soalan2 seperti..
" eh, knapa sepet?"
" ada baka cina ke?"
" semua mcm ni ke family kamu?"
Jawap lah dgn baik walau isu perkauman diketengahkan.
Soalan2 tu dah berbuih mulut ahli keluarga lain yg lebih tua jawap.
Mak2 sedara dan pak2 sedara kamu dah lalui semua tu..
Tok nenek kamu lagi la...dah naik bosan dgn soalan yg sama.
Jawap la Adrian...
" yes, I inherit my looks from my daddy. He inherits it from my grandparent.
My grandparents get it from their roots."
To make them stop asking just tell them....
" Yes, I am proud of it."

Wednesday, February 12, 2020

Nasi lemak

Pagi pagi dah bersilat di dapur.
Masak nasi lemak.
Harum memenuhi segenap ruang.
Belum masuk waktu subuh lagi ni.
Terawal sedikit masak tak apa.
Nanti tak rushing mana nak solat mana nak goreng ayam.
Dah siap semua dah, dah terhidang pun.
Dapur dah kemas dan teratur semula.
Saya cukup pantang kalau lepas masak tinggal gitu aja.
Tu pasal la saya tak suka org lain ganggu dapur saya.
Ok, terpanjang pulak pasal aturan dan undang2 di negeri saya nih.
Sorry.
Berbalik pada nasi lemak saya tu.
Tak sama dgn nasi lemak orang lain.
Bukan kata lebih sedap pun, tidak macam tu.
Cuma anak negeri suka makan, nak yg homemade.
Dah terbiasa kot dgn taste dan air tangan saya.
Saya pula cukup suka tgok mereka makan bertambah tambah.
Ulang ulang selagi nasi masih ada.
Kadang masak nasi lagi sekali kalau masih ada baki sambal tumis atau lauk2.
Kadang tu terlebih nasi, kena la masak sambal dan lauk sekali lagi.
Pulak.
Pastu bila nak habis cerita nasi lemak?
Hadoiiiii........

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih aku lurutkan..
Jgn buang mak, jgn buang sedara.
Hati yg kasih tak payah turutkan, tak berbaloi pun


Tuesday, February 11, 2020

Hujan dan angin kencang

Malam2 begini bila hujan dan angin kencang, aku menjadi takut.
Siulan keras angin seperti amuk Sang Marah.
Dahan pokok melibas libas menari rentak ribut.
Di luar gelap kecuali lampu jalan yg menyuluh bayang hujan.

Bila hujan aku takut pada suara sunyi.
Sunyi mengajar hati menjadi sayu
Menjadi rindu.
Rindu rupa, rindu suara, rindu senyum tawa.
Sunyi tambah menyakitkan rindu.

Bila hujan aku juga takut pada bunyi.
Bunyi angin menampar laluan.
Rentak muzik alam mengundang persoalan.
Bunyi apa tadi? 
Ketukan kah atau 
apa yg mencakar jendela?
Tangisan langit riuh menimpa bumbung.
Bising tidak mengubati sunyi ku.

Bila hujan aku takut pada dingin udara.
Hati menjadi beku.
Kaku pergerakan.
Hanya mau bermalas malasan.
Pandangan ku di jari waktu..
Mengira ngira bila ribut akan tenang.
Lambat lagi kah..
Bila kah...
Mata tidak juga mau lena.
Puas ku pejam dan ku dodoikan dengan doa yg baik baik.
Tetap serupa, mata tetap pilih untuk derhaka.

Di malam hujan lebat dan angin kencang,
Aku mencari cari bahagia yg hilang.
Bayangan kisah silam datang bersama hujan.
Hujan ribut dah berhenti,
cerita kenangan masih terus bersiaran.
Berulang ulang.
Mengusik damai fikiran.



Monday, February 10, 2020

Saya dan 4 roda berpisah tiada.


Memandu.
Itu kerja ku.
Dari muda sampai la ni.
Stering di tangan dan jalan raya jadi kawan.
Saya x pernah menyusahkan orang kalau bab perlu ke sana sini.
Sendiri hidupkan enjin, sendiri pandu, sendiri isi minyak, sendiri segala.
Dulu...
Pergi kerja, hantar ambik anak2 ke nursery, ke sekolah, ke pasar, ziarah sedara, kenduri kendara semua tu memerlukan saya memandu.
Masa saya menetap di London, saya memandu juga.
Saya ada lesen antara bangsa tau!
Di luar negara, selain memandu utk urusan hari2 saya memandu gilir2 dgn suami bila kami tour all over United Kingdom..
Memandu dari London ke Liverpool, mancester merentas sempadan ke Scotland, ke Wales.
Sewaktu di Ireland pun saya memandu.
Seronok, memang suka memandu.
Arwah suami saya berhenti memandu selepas dia buat pembedahan jantung pada 2003.
Maka seratus peratus urusan di jalanan saya yg pikul.
Waktu tu saya masih tidak tua walau tidak muda mana pun.
Saya berulang alik dari KB ke KL hampir setiap hujung minggu.
Kebetulan saya ada condo di KL yg dijadikan rumah hujung minggu.
Tenaga kuat lagi, sgt seronok travel gitu.
Cuti sekolah saya memandu keliling msia untuk ke destinasi percutian bersama keluarga.
Sekarang saya tidak lagi memandu long distance.
Semenjak anak saya jatuh sakit, keadaan tidak membenarkan saya untuk keluar bercuti .
Tapi saya masih lagi memandu walau sekadar dlm negeri sahaja.
Saya masih lagi menjadi supir tanpa gaji tapi penuh rela.
Tugas wajib saya hantar dan ambik arwah suami ke tempat kerja.
Jadi supir peribadi yg bekerja tanpa cuti tahunan.
Segala urusan keluarga yg memerlukan saya memandu, saya buat dgn rela kerana saya seronok memandu.
Saya hanya pencen sebagai cikgu tapi kerja memandu saya tak pencen lagi.
Masih aktif memandu mengalahkan pemandu Grab kot.
Sekarang saya duk sorang sorang.
Masih lagi memandu cuma menjadi supir pada diri sendiri saja.
Anak2 dah ada lesen memandu dah, tak perlukan saya lagi.
Tapi boleh kata hari2 stering masih di tangan jugak.
Memandu untuk urusan harian.
Memandu untuk keluar dgn kawan2
Memandu tanpa tujuan untuk legakan stress pun ada juga sekali sekala.
Selagi Tuhan berikan saya kemampuan untuk memandu, saya akan terus memandu.
Nak racing pun boleh lagi ni...
Tak caya?
Haha...tanya anak2 saya kalau tak caya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...