Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 31, 2010

Bahasa apa yg awak guna ni?

Tak kira kita dari keturunan mana dan berbangsa apa sekali pun, kita kenal dan faham 'Bahasa benci'. Bahasa benci adalah bahasa universal. anak2 mau pun orang dewasa tahu menuturkan bahasa ini dan kadang kadang binatang pun faham.
Bahasa benci yang paling acap di guna pakai ialah ;
1. Ignored/Tak kisah.
-Buat tak tau, tak bertanya khabar dan tidak ambil pusing langsung.
-Membisu bila di hubungi dan seringkali memberi seribu alasan bila diperlukan.
2. Neglected/tidak diberi keutamaan.
- Lebih mementingkan urusan yg tidak bersangkut paut.
- Terlepas pandang.
3. Bored/bosan
- Sengaja menunjukkan kebosanan.
-memilih untuk berjauhan dari sentiasa ada.
Awak dan saya pun pernah bertutur dalam bahasa ini secara sengaja...Sebenarnya tidak perlulah kita bersusah payah untuk berbahasa benci...
Kalau benci cakap saja...Saya benci kamu!
Dah. Tepat dan jitu.

Friday, July 30, 2010

Istana ini mimpi kita..

Anak anak ini
bermain pasir.
seronok membina istana.
Istana pasir.
Istana pasir adalah mimpi.
secepat itu di bina
secepat itu lah runtuh..
Anak anak ini tidak tahu.
Hidup tidak sesenang mendirikan istana pasir.
dengan gelak tawa mereka berkerjasama
Puas menekap dan mencorak
memunggah pasir biarpun berpanas.
Cuba bina yang lebih baik dari
istana yang di sebelah..
berlumba lumba menjadi kan istana gah dan indah..
Hidup ini pun macam tu lah anak,
kita cuma harapkan yang terbaik.
Kita tidak pernah tau dan tidak akan tau
istana sipa yang runtuh dahulu.
istana siapa yang kekal menyapu awan.
Istana yang kita bina kita harapkan,
tidak menjadi pusara..


Thursday, July 29, 2010

Yang paling saya tidak percaya...

Diri sendiri. Diri sendiri acap kali menderhaka. Saya paling takutkan diri saya sendiri bila saya membuat apa apa janji atau keputusan. Dah berapa kali saya terpaksa mengalah pada diri saya sendiri dan sudah acap kali benar diri saya membuat perkara perkara yang tidak sepatutnya saya buat.
Saya memang tak percayakan diri saya. Oleh kerana itu dari saya jadi kecewa dengan diri sendiri, lebih baik saya berhati hati. Semalam saya berjanji pada diri sendiri yang saya sudah mahu ubah cara hidup saya..Saya sudah mahu menutup episod kehidupan yang tidak lagi membahgiakan saya.Saya nak mula hidup baru dengan visi yang lebih menenangkan. Berkali kali saya memesan pada diri supaya jangan cuba untuk merosakkan keadaan...Tapi dalam diam, diri saya sebenarnya meronta ronta protes..Tidak mustahil, diri saya ini akan kalah pada keadaan dan merosakkan rancangan...Masih tidak cukup kah kemusnahan yang diri saya cipta ini...?
Tuhan tidak merubah nasib manusia kecuali manusia itu sendiri yang merubah nya...

Tuesday, July 27, 2010

Malam Nisfu Syaaban yang hening..

Malam yang penuh keberkatan, malam ini 300 pintu rahmat di buka..

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau berikan ku lebih kesabaran untuk menghadapi dugaan2 yang telah kau peruntukkan buat ku..
Bahagiakan lah orang orang yang aku sayangi dan jadikan mereka orang orang yang bersyukur dan yang tidak melupakan Mu Tuhan.
Ya Allah, ya Tuhan ku,
aku tidak memohon untuk dipanjangkan usia ku atau pun memendekkannya..
tapi jika hidup itu lebih baik untuk ku,
kau panjangkan lah umur ku
tetapi
jika sudah mati itu lebih baik untuk ku
maka aku terima ajal ku dengan redha...
Aminnnnnnnnn.

Sunday, July 25, 2010

Tuhan bersama Saidatul ku.


Anak,
Hari ini bermulalah hari kerja yang pertama.
Sudah melapurkan diri dan bersedia untuk tugasan
dan untuk memikul tanggungjawap yang di amanahkan.
Tidak ada sesiapa yang mengatakan kerja itu senang.
Kerja apa sekali pun banyak cabaran dan dugaan.
Tapi jika di lakukan dengan redha dan lapang fikiran,
mudah untuk menjadi lebih senang.
Payah itu hanya bila kita tidak cuba memudahkan.
Inilah minat kamu semenjak kecil,
Dan syukurlah Tuhan mempermudahkan usaha kamu untuk mencapai impian ini.
Selamat bertugas di tempat baru.
Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kamu.
InsyaAllah.

Friday, July 23, 2010

Itu cara Adam, ini cara Hawa...

Beli buah.

Pukul 9 pagi Adam ke gerai buah depan rumah.
Beli buah.
Balik rumah jam 9.15.

Hawa nak gi pasar beli buah.
Kat pasar banyak pilihan.
Hawa tukar baju dulu.
Ambik tudung, berkedut..gosok kejap.
Tak matching, tukar, gosok tudung lain pulak.
Cari suis kereta. Jumpa dalam poket seluar anak teruna.
"Lain kali pulangkan suis, kalau hilang semua org tak ngaku.."
(Awas! Pesanan penaja di pagi hari)
Bawak kereta ke pasar..Ramainya,mana nak parking ni?
Kat sini lah, sana lah..Depan 'No Parking' ni kosong.
Parking settle!
Ke gerai pakaian..Tengok2 jamu mata.Kalau tersangkut beli juga.
Ke gerai kueh..tak de yg menarik.
Ke gerai kasut..cuba sepasang dua, letak balik.
Dah sampai di gerai buah..
Gerai kat depan lagi segar nampaknya.
Ke gerai ke 4, tanya harga..Komplen mahal..Tawar menawar.
Pilih satu satu buah, mulut tak berhenti soal siasat pasal buah tu.
Ok dah. Bayar dan boleh balik.
Ops! belum lagi...beli sikit lagi lah.
Patah balik ke gerai tu sekali lagi.
Jumpa kawan, sembang dulu..dia cakap ada promosi kat gerai depan sana.
Jom, tinjau2 sikit...Berat bimbit buah jadi tak lama lah.
Boleh balik sekarang..
Dah 2 1/2 jam di pasar.
Beli buah.

Ahli mesyuarat tingkap dan saya.

Hani: Masak apa hari ni?
Makcu: Lom masak,duk tgok katalog pinggan ni..cantik laa.
Sheila: Pinggan yg Yap beli dari Milah tu lawa..
Rose: Eh, Milah bertuah betul kan, hubby loaded gitu..
Hani: Mmg lah, awak pun apa kurang..jap, anak dah panggil tu.bye dulu.
Makcu: Alah, Pakcu dah balik laa..kena undur jugak ni
Rose: eh, kita nak out dulu lah ,nak ke pasar.
Sheila: ok ok..bye dulu. Petang ni sembang lagi k
Makcu: Ok, nanti petang auni tentu ada.Dia ada cerita nak kongsi tu.
Sheila: bye sumer..
Sign out.

Macam zaman tok nenek, ahli mesyuarat tingkap masih beroperasi, cuma tak yah duk bertenggek kat tangga,di tingkap cam cerita p ramlee atau terpacak kat pintu dapur orang dah...
Aktiviti masih tak berubah..
Tajuk persoalan harian masih itu itu jugak.
Makin ramai makin meriah.
Sekarang tekan suis jer...Welcome to facebook..
Ahli mesyuarat tingkap versi terkini.

Tuesday, July 20, 2010

Testing, testing...Terima kasih Tuhan.

Tak sihat.
Baru ingat mati.
Ingat Tuhan
Tak sedap badan.Kepala berdenyut.Badan rasa lemah.
Baru ingat mati.
Ingat Tuhan.
Bangun dari tidor pun rasa nak tidor lagi. Kalau berbaring pun sakit2 rasa seluruh badan.
Baru ingat mati
Ingat Tuhan
Dah telan ubat, dah banyakkan rehat dan kurangkan makan..yer lah, takut2 kes lebih berat badan saya jadi camni.Sampai saat ini masih rasa tak ada perubahan..
Baru ingat mati.
Ingat Tuhan
Adakah ini petanda awal? Ingatan dari Dia. Usia yang separuh abad ini sudah sememangnya makin mendekati mati.Tidak ada manusia yang mati tanpa sebab.
Mati itu pasti.
Itu janji Tuhan.

Friday, July 16, 2010

Tak pasal2 dapat malu free hari ni.

Adusssssssssssssss..!!!!
Tau tak ada satu juta orang kat Pasar Tani hari ni.
Tau tak seramai ramai orang kat pasar tani tu 'Si lipas' tu boleh hinggap kat atas tudung saya.
Tau tak saya ni takutkan lipas. Yang mengenali saya semua dah tau.Fakta.
Tau tak sekarang yg tak kenal saya pun tau.
Tau tak sekarang satu juta orang kat pasar tani tu tau yang saya takutkan lipas.
Terima kasih la pakcik yang turut bertempiaran kerana kata nya dia ingatkan ada ular ke hapa.
Terima kasih la...........
Benci benci benci..!!!

Itulah sebab Yap sayang Ah Soo...


Betul lah Yap kan, Tak semua lelaki tu romantik. Yang paling tak romantik ialah pasangan kita. Yap bercerita pada saya sambil ketawa..
"Suami saya tu Kak Hani, tak romantik sungguh, tak pernah tunjukkan yang dia hargai saya..."
Ish..ish, bukan gitu dik, cara dia hargai tu mungkin tak sama dengan cara orang lain saja. Tak sama dengan cara hero hindustan yang jelajah tujuh benua untuk dating, tak sama dengan hero filem kung fu yang lawan kung fu,melayang dan tak reti sakit hanya untuk selamatkan heroin..
Tak sama Yap, sah tak sama.
Ah Soo tu, kerja dia tengah hari baru mula tapi pagi pagi lagi dah bangun, hantar awak ke sekolah.
Tak lupa beli nasi berlauk atau meehoon untuk awak Yap.Tengahari waktu org lain berpeluh di jalanraya,awak tak payah risau, Ah Soo datang ambik kat sekolah..Kadang tu menunggu awak yang ada mesyuarat hingga berjam jam. Ah Soo tido dalam kereta, tak merungut pun.
Sekarang saya tengok Ah Soo tu dah hangus gelap kulitnya..Tak lain kerana duk kat tapak pembinaan rumah baru tu lah..Ah Soo nak rumah tu betul2 memenuhi piawaian isteri, kalau boleh pasir dan simen pun nak sukat sendiri. Awak tu yap, fikir bahagian penuhkan rumah aje nanti. Segala benda telah awak beli..Ah Soo tak marah pun, Ah Soo tahu awak suka membeli belah ni...Hobby.
Masa awak bercuti ke luar negeri, Ah Soo hantar ke Airport, pimpin tangan anak2 yg turut mengucapkan selamat tinggal..."Bye Ah Soo", itu jer kata awak dan awak tinggalkan Ah Soo berdiri di ruang itu...Saya tau awak sgt sygkan Ah Soo sbb sepanjang di sana awak hanya tau buat ayat bermula dgn Ah Soo kata cam ni,Ah Soo pesan camni, Ah Soo suka ini, Ah Soo, Ah Soo, Ah Soo...
Baru ni Ah Soo bagi awak bunga..Pertama kali dalam sejarah perkahwinan awak berdua. Punyalah happy awak kan Yap?
Tapi betul lah si Ah Soo ni tak romantik. Sah tak romantik! Lain kali Ah Soo, kalau bagi bunga tu cakap saja bunga ni melambangkan saya sayangkan awak dan tau awak suka bunga.Belajar ambik hati isteri tu...
Kenapa la bila Si Yap ni tanya awak kenapa tiba tiba bagi bunga awak cakap camtu..?
Sebenarnya saya gelak sakan bila Yap bagitau saya jawapan awak tu..Yap yang masam muncung pun ikut gelak jugak akhirnya. Menerima hakikat awak tu memang dah macam tu..Tak romantik langsung. Tapi sayang itu tetap serupa kan???Saya tahu awak lah pasangan yang paling secucuk dan bahagia. Semoga Awak berdua sentiasa begitu.

Yap: Tq Soo, tapi kenapa tiba2 awak hadiahkan saya bunga ni...
Ah Soo: Masa dlm perjalanan balik dari tempat kerja ada org berkelahi, dah Gfriend dia campak bunga tu, saya ambik jer la dari membazir...

Laaaaaa.....lurus betul si Ah Soo ni, belajar la menipu sikit2...

Thursday, July 15, 2010

Ganti cepat...

Belum Ramadhan lagi ni.
Kat ruang santai di bilik guru sudah bertimbun sampel biskut raya.
Kedai kain sibuk' sale' kain ela untuk dijadikan baju raya.
Tukang jahit dah pasang papan tanda ' Tempahan sudah penuh'
Si penyeludup mercun mula pasang strategi.
Pihak berkuasa juga ada strategi tersendiri.
Anak anak sibuk bertanya tema warna untuk tahun ni.
Kaum ibu menyemak resipi lauk pauk berbuka.
Resipi hidangan raya dikaji berkali kali.
Bapa2 menyemak dompet sambil mula garu kepala.
Peniaga bermusim mengintai intai lokasi untuk menahan pukat.
Yang malas bekerja duk berlatih untuk menjadi peminta derma palsu,
Bermodalkan simpati dari mangsa seagama,kadang2 mereka berjaya juga.
Siapa yang tak teruja.
Puasa setahun sekali, 30 hari...
Jangan kita pandai cakap kat kanak2,
"Kalau tak puasa, awak tak leh raya...."
Wahai orang dewasa,
Puasa kita yang tak cukup tu..Dah ganti lum?

Wednesday, July 14, 2010

Payah menjaga hati..

Kita tidak dapat menjaga semua hati dari terluka dalam satu masa.
Kemungkinan untuk ada hati yang terluka demi menjaga hati orang lain adalah risiko yang perlu kita tanggung.
Hati sendiri lah yang paling kurang untuk mendapat keutamaan itu.
Hati sendiri lah yang seringkali kita korbankan demi untuk memastikan hati yang lain kurang terasa.
Semoga Tuhan memaafkan saya diatas keputusan keputusan saya yang telah lakukan dan telah melukakan..
Mafkan saya...Maafkan saya...
Hati saya ni lebih lebih lagi terluka.

Tuesday, July 13, 2010

Syukur

Bila kita rasakan baju2 kita semua dah sendat.
Kebaya dah tak muat..
Berkurung pun macam balut nangka.
Orang menegur semacam perli..
"Mewah ternak anak lemak..."
Senyum lah.................
Itu bererti,
Anda tak pernah kelaparan.
Kebuluran jauh sekali.
Rezeki anda melimpah ruah.
Negeri aman tidak perlu meminta bantuan bangsa2 bersatu.
Air bersih dimana mana..
Selera tidak dicemari penyakit itu ini.
Syukur, nikmat kesihatan yang hanya dihargai bila sakit.
Alhamdullilah....

Tadi beria ia nak diet tapi lepas baca artikel dari majalah mestika ni,
hmmm cancel dulu lah.
K.I.V.

Che yang disayangi

Sejuk hati baca sajak dari salah seorang anak sedara saya yang di tujukan buat mak saya,nenek dia..Itu lah mak saya yang sebenarnya..

sajak utuk chek (my nenek )

nenek tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas

nenek tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah

nenek tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi

nenek tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal

nenek tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah

nenek tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu

Monday, July 12, 2010

Selamat pagi Maradona..Dah sarapan??

Wei..Dah pagi ni anak.
Kul lima baru pulang...
Kalau kecik2 saya dah rotan dah.
"Tengok bola aje mummy, bukan kemana"
Kat rumah tak leh tgok bola?
Bola kat Astro di rumah tu tak bulat?
Haiya..Bola punya hal, tak pasal2 saya nyala terbakar subuh ni.
Pernah suruh dia ajak kekawan datang rumah tgok bola kat umah saja.
Masa tu saya tak ada di rumah.(tinggal dia dan bibik)
Bibik cakap selepas nonton bola, ruang tv seperti lepas Tsunami.
Gelas dan pinggan merata.
Itu belum kira sound effect lagi.
Nasib baik jiran tak talipon polis.
Nasib baik juga saya tak ada masa tu..
Kalau saya ada, saya yang talipon polis.
Kesimpulan nya, saya ni tak sabar nak tunggu musim ni berakhir.
Ye, saya bukan peminat bola...maaf.
Jugak bukan peminat orang yang minatkan bola..maaf sekali lagi.
Tapi kalau ada yg minat nak makan 'sup bola' atau 'bola masak halia',
cakap je la...
Sekali lagi awak balik pagi, awak boleh teka apa hidangan breakfast kita nanti.

Sunday, July 11, 2010

Lebai malang pun tak semalang ni...

Nak di jadikan cerita...
Sebelum ke sekolah, dalam kegelapan pagi saya singgah ke teller untuk mengeluarkan sedikit wang belanja..Maklum la tgok dlm hbag yg ada hanya syiling. Buat penat singgah, yang ada hanya tulisan di skrin ' Out of Service'..nak mencuba di lain teller, masa tak mengizinkan. Jadi ke sekolah lah saya berbekalkan duit sebanyak duit poket anak murid yg darjah satu.
Takpa, coffee corner kat bilik guru mewah makanan, tak kelaparan la perut ku. Bab makan beres, problem solved.
Hari ni perhimpunan. Awal2 lagi saya dah duduk di pentas.Relax, tunggu majlis mula.
"Kak Hani, akak bertugas kat pagar hari ni, kawalan murid lewat..." Bisik Hasniza. Haah? Mata ni cepat intai GB kat mana..Nasib baik, boss belum turun..Berkejaran la saya ke pintu masuk..Penat tercunggap2..Pengawas dah ada..lega. Camna boleh lupa ni..
Lepas perhimpunan terus ke kelas satu.."Class stand..Good Morning class..."
Saya berdiri didepan kelas, confident gitu.
"Cicer, baju cicer ni dah koyak"
What? Where?........
Adoiii..
Naper ni..Saya turun dari rumah langkah kiri ke ni...?
Biarlah koyak pun koyak lah..Padan la saya dah lama tak pakai baju ni.. Rupanya baju yg bermasaalah. Small matter jer ni..Ambik stapler. Pap! Pap! Staple saja...Bijak Bijak!!!
Dah la, cukup la suprises yang tak menyenangkan ni...Dah tengahhari pun. Perut lapar, nak cepat2 balik makan..
Sampai rumah terus masuk ke dapur..Keroncong perut dah makin sumbang ni..
Bibik, masak apa hari ni...?
"Ibu kan bilang mau beli nasi sumatra dan tak payah masak....?"
Huhuhuhhuhuuuuu......Ya Ampunnnnn...

Saturday, July 10, 2010

Your excuses are making me sick!

Sorry for loosing my temper just now.
Ok, now I am trying to be more sensible.
What?
What do you expect? I'm human right?
Human makes mistake..
Sometimes they make excuses.
That is what I am doing right now.
Excuses.
I am here now is because I have nothing else to do.
Bad excuse.
I am here now because I am alone and can't think of something better to do.
Bad excuse.
I am here now because I like to be here, managing my blog.
Good excuse.
Why make excuses when telling the truth is not hard after all?
Tell you what, next time you feel like making an excuse,
make sure you can come up with the best excuse ever..
Have you ever heard of people jumping off the cliff just because I told them to do so?
Try that excuse if you wish to..
At least I know I am the last thing on your mind before you take off.
Honoured? yup.

Can I say something?

I am here sitting alone..not quite alone, the laptop is here.Meaning my cyber friends are here with me. I can simple say 'Hi' and we can stare at the screen for hours. But now that is not what I am intending to do. Right now I just want to say something to someone. I don't care whether that someone read this or not, as long as I can say it out and proceed with my daily activities.

@!!%&**#@*!!?@#%!!!!!!!

Thats it. Wow, its nice to let it out.....What a relief.

Thursday, July 8, 2010

My woman.


Wonderwoman?
Superwoman?
Ultrawoman?
Batwoman?No no no...
She is her.
Growing up in front of my eyes,
Sometimes behind my back too..
She makes me laugh and cry.
At times, She makes me confuse too.
She lights up my life with her presence.
She is the reflection of me, my yesterdays, yesteryears.
Sometimes she is so energetic that nothing can stop her..
Sometimes she breaks down and cry..
Sometimes she is head over heels for something.
sometimes she just couldn't care less..
She is nothing special to others
But she means the world to me...
My everything.
She is Saidatul Hafeeza.
She is Saidatul Afifah Auni.
She is Saidatul Anis Qistina.
Never mind, you all don't have to be Superwoman or what not,
Just be yourself.
My daughters.

Wednesday, July 7, 2010

My Man.

How many person does it takes to change a light bulb?
Too many..
Tiba2 tak menyala lampu.
Saya nak panggil orang baiki.
NO!
'Easy tasks' kata Superman.
Ultraman pergi cari tangga, tak ada..
Ok, susun kerusi atas meja.Ultraman panjat.
Screw penutup balang kaca dibuka..Haa..balang kaca bulat sudah rosak.
Superman keluar jap pergi beli balang baru.
Ultraman turun dulu dari menara buatan sendiri untuk cari screw yg jatuh tadi..
Ultraman panggil Batman suruh tolong cari.
Superman dah balik dgn balang kaca/mentol baru.
Batman aje yg panjat menara kali ni..Cuba pasang..Tak muat, silap saiz.
Superman kuar lagi tukar balang lain sambil beli goreng pisang.
Lama. 1 jam.
Saya malas komplen.Diam dan lihat.
Dan menggelegak di dalam.
Dah mula gelap, magrib..
Superman dan Batman terkial2 cuba nyalakan lampu kat bilik solat tu.
Ultraman masih cari screw yg entah mana dah..
Naper? any problem? Tak nak menyala jugak.............
Don't worry la mummy, we have a solution.
"Hello...Che Lah tukang letrik?Boleh dtg jap..Oh yer ke..malam tak boleh...Ok, esuk pagi yer..tolong baiki lampu bilik saya ni..."
Kan dah cakap, kalau dari tadi call Mamat letrik ni, sekarang dah boleh guna bilik tu.
Saya cakap salah, tak cakap salah.........
Superman,Ultraman dan Batman tersadai keletihan.........
"Nanti esuk esuk kita orang baiki lampu kat belakang ..."
TAK PAYAH.

Sunday, July 4, 2010

Allah saja tempat saya berserah...

Bila terdengar suara di hujung talian.
Rasa segala duka dah bersedia untuk di suarakan.
Nak mengadu.
Nak tumpang mengadu.
Segenap resah yang menghuni hati berlumba lumba
untuk tumpah didada seorang yang saya andaikan memahami.
Hello.........
Tapi macam biasa telinga saya lebih akur mendengar.
Setiap cerita dan setiap tawa nya saya sambut.
Sedang hati menangis ketika itu.
Bye, nanti senang esuk2 kita sembang lagi.
Yer lah, terima kasih kerana rajin mengbubungi.
Saya telan semula sebak yang bergayut di kerongkong.
Payah jugak untuk tidak menangis, tapi saya cuba.
Perlahan lahan meletakkan hset di atas meja semula.
Tak apa lah, sekurang kurang nya saya sentiasa ada untuk dia bercerita.
Cukup lah saya dihargai sebagai teman yang mendengar.
Terima kasih.........
Dan saya menangis seorang lagi malam ini.

Belum bernama lagi dia ni...

Ada tetamu rupanya.
Seekor kucing jalanan.
Kotor dan kurus. Kesian.
Saya gaul nasi dengan ikan.
Letak air minum yang bersih.
Makan lah...minum lah
Kalau nak terus bermukim di sini pun tak apa.
Kehadiran di terima.
Mulut nya bising mengiaw ngiaw..
Anak saya asyik dokong saja.
Cepat mesra alam kucing nih.
Wahai kucing,
Nasib kau tu baik tau tak?
Bukan semua kucing jalanan nasib sebaik kau ni.
Nasib orang pun mungkin tak sebaik kau lah.
Kalau saya seperti kucing jalanan,
Ada tak yang pungut...?
Mungkin Lori Bandaran dan penguatkuasa tangkap,
hantar ke rumah kebajikan.
Tu kira nasib baik laa...

Saturday, July 3, 2010

Saya hanya ada Tuhan..Tuhan saya.

Kelmarin hari penuh masaalah.
Harap harap hari ni lebih tenang.
Orang kata hidup ni ibarat roda.
Tapi roda ni berhenti berpusing masa saya di bawah.
Masa saya di atas bukan main ligat lagi.
Banyak yang berlegar dalam minda,
tak tertanggung rasanya..
Tapi nak berkongsi dengan siapa?
Berkongsi pun tidak akan menyelesaikan apa apa.
Sekadar mendapat second opinion.
Silap hari bulan orang menilai diri kita.
Tak pasal pasal membuka pekung di dada.
Terasa sangat kesaorangan di waktu waktu begini.
Kawan ramai tapi saya tidak suka menjaja duka.
Yang saya ada hanya lah Tuhan yg satu.
Kepada Dia lah tempat saya mengadu.
Dia mendengar segalanya...
Dia tidak melupakan saya hamba yg lemah ini.
Bantulah saya Tuhannnnnnnnn.

Friday, July 2, 2010

'Amni' nama cucu ku..

Amni, cucu ku yang ke 9...Cucu sedara ni.
Nenek tetap 'rock'
Hehehee.
Cucu2 mengenali saya sebagai 'TokSu'
Mak saya dah jadi moyang la kira nya.
Nak panggil apa yer....?
Mak kata dia nak di kenali sebagai 'Yang' di kalangan cicit2.
Bukan dari perkataan sayang lah,
Moyangggg....
'Yang' pun yang la mak yer, asal mak bahagia.
Nenek saya?
Dia dah bergelar apa yer?
Dah habis gelaran kut...
Alhamdullilah, sempat dia merasa ada nya 'ciut'.
'Ciut'..betul ke?

Thursday, July 1, 2010

ujian pertengahan tahun

Minggu periksa.
Banyak kertas ujian perlu si semak.
Semalam saya balik kampung menziarahi nenek yang sakit.
Langsung tak sentuh kertas kertas ujian yang saya bawa balik.
Malam tadi saya tidor awal, kepenatan.
Pagi ni saya lihat kertas tu masih di atas meja sedikit pun tak tersentuh.
Semalam sewaktu saya isi kertas kertas jawapan tu ke dalam beg besar,
masukkan dalam kereta, seorang teman sempat menegur..
" Sempat ke tu nak semak kat rumah...?"
Saya bersahaja menjawap sambil ketawa.."Tengok orang laa..."
Hmm...Saya silap, keadaan menyebelahi kawan saya tu..
Memang sah hari ni ke sekolah balik la kertas2 yang belum bersemak.
Camtu lah hidup ini...
Kita hanya merancang..Tuhan menentukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...