Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Saturday, November 30, 2013
Kata hati perempuan yang bernama 'Nor'
Mungkinkah saya tersilap memtafsir niat..
Atau
ada kalanya saya menjadi terlalu perasa, mudah trasa dan cepat terluka,
yang membawa kepada keputusan keputusan yg tidak di relakan hati...
Maafkan saya jika terpaksa tidak percaya,
sangsi pada kata janji..
Kerana acap nya setia itu tercalar
maka untuk percaya adalah tidak mudah.
masih adakah ruang kemaafan buat saya,
jika tidak pun, terima saja kebodohan saya.
sebenarnya saya tidak pernah membenci sebegitu rupa,
hati sekadar memberontak kerana kerap kali
diri terasa seperti tidak beharga.
Nor, cuba lah untuk tabah....
Manusia macam macam hal
Malah ada yg anggap saya paling malang yg pernah dia jumpa.
Ok, terima kenyataan itu, dah nasib nak buat macam mana kan.
Ada juga yg rasa tak sanggup jadi saya,
ada yg kata masaalah mereka nampak kecik kalau banding dgn masaalah saya.
Iyerrrrrr......Faham sangat dan tau sangat.
Tapi hina kah orang yg di duga Tuhan berkali kali ni?
Bau busuk kah badan orang yg di rundung malang?
Berjangkit kah nasib buruk itu seperti wabak yg menakutkan?
Mungkin saya tidak sebahagia orang lain,
tapi saya tidak lah sesusah orang lain juga.
Alhamdullilah, byk yg boleh saya syukuri.
Nikmat Tuhan yg sedikit, yg mungkin orang lain tak terlintas untuk mensyukurinya,
amat besar maknanya buat saya..
Syukur wahai Tuhan,
Walau dugaan buat saya begitu lebat tapi
saya tak seperti mereka..
Saya tak pernah ada beban hutang yang menakutkan.
Tidak pernah terpotong gaji kerana hutang itu ini.
Walau tak jutawan tapi saya juga tak pernah kesempitan kewangan.
Makan pakai cukup, anak2 dapat apa yg sepatutnya mereka dapat.
Dah serata dunia kami lawati dan segala jenis makanan dah menghilangkan lapar kami.
Bumbung tempat berteduh pun cukup memberi keselesaan walau pun bukan istana.
Saya juga bersyukur kerana di beri kesihatan yg baik.
Kawan2 saya yg sebaya saya ramai yg dah berkenalan dengan segala jenis penyakit yg kronik.
Kalau saya kebas jari, kira minima sangat lah bi bandingkan yg terpaksa telan ubat bercupak setiap hari.
Tuhan juga masih memberi saya nafas untuk di hela.
Masih boleh bergelar manusia dan masih boleh melihat anak cucu menjadi dewasa.
Yang penting masih bernyawa dalam keadaan yg tidak menyusahkan orang lain.
On my feet and kicking kata orang putih.
Syukur lagi sekali kerana saya ramai saudara mara.
Penuh rumah kalau ada berkumpul.
Bantuan dan sokongan moral saya kuat.
Sebut di mulut, sekejap saja ada yg sukarela membantu.
Hubungan dgn besan, mertua dan ipar duai sangat akrab.
Saya ada bahu untuk saya sandarkan duka, bila2 masa..
Bukan senang nak kekalkan hubungan begini tapi
Alhamdullilah, tidak ada masaalah bagi saya kalau melibatkan hubungan keluarga.
Kawan2 saya ramai dan saya sentiasa dalam ingatan mereka.
yang jauh tak lupa bertanya khabar,mengirim rindu dan mengutus salam.
Percaya tak kalau saya katakan yg semenjak 6 bulan anak saya terbaring sakit,
belum pernah sehari rumah saya tidak di kunjungi..
Tetamu dtg bawa rezeki buat penghuni nya, kala org murah rezeki..
Alhamdullilah....
Syukur amat banyak cuma tak larat nak sebut semua.
jangan kata saya ni riak dan nak menunjuk nunjuk pula,
saya hanya nak ulas kebenaran bila ada yg beranggapan yang saya ni insan yg di lupakan oleh rahmat Tuhan.
Salah tu, Tuhan tidak pernah lupakan saya.
Tuhan duga saya supaya saya sentiasa dekat kepada nya.
Samaada saya bahagia atau tidak,
saya banyak kali di duga atau tidak,
ini semua tak penting kerana saya redha.
menerima ketentuan Tuhan seadanya.
Hahahaha...Nak tergelak pun ada.
Apa tidak nya, ada yg kata saya ni tak cukup amalan, itu pasal Tuhan kadha kepayahan.
Apa apa lah....itu antara Tuhan dgn saya.
Salah ke saya sekali sekala meratapi duka saya?
Sekadar melegakan otak yg tersumbat.
Saya kan manusia biasa...
Terima kasih lah kerana memahami keadaan saya dan tidak mencemuh.
Terima kasih kerana tidak menganggap orang2 yg sentiasa di duga ni adalah orang 'pendosa'
Terima kasih Tuhan,
Sekurang kurangnya setengah dari dosa2 saya telah saya bayar di dunia,
Bukan kan dugaan2 itu penghapus dosa?
Alhamdullilah,...
Tarik nafas lega.
Ada pengumuman penting nih.
Satu masaalah dah selesai,
at least at a time being selesai.
Last night saya di hadiahkan seorang pembantu rumah.
Happy nyer..............................
Semenjak bibik saya balik indon bulan 12 dulu,
segala kerja atas batu jemala patek.
Daily helper tu adalah.
Tapi tau aje lah kalau nama pun sementara.
kerja tak beres jugak.
Akuuu lahhh jugak!
Malam tadi seorang bibik terpacak di ruang tamu.
Haah?
Wan hadiahkan mummy seorang bibik?
Alhamdullilahhhhhhhh....Terima kasih lah Wan.
InsyaAllah kita pakat doa semoga bibik ni ok.
Bibik yg dulu bertahan bersama saya selama 7 tahun,
Dah seperti ahli keluarga.
tapi syg terpaksa balik Indon kerana dia 'termengandong'
Opsss..Jgn silap faham, kami bawak suami dia sekali kerja dgn kami ni..
(Tu pasal lah, next time jgn pandai2 gaji both husband n wife)
Harap2 yg ni tak bermasaalah.
Yer lah, Bibik2 ni macam gamble gitu,
kalau ok, ok lah..
Kalau tak ok nak buat camna.
Cuma setakat saya duk pakai pembantu ni,
tak pernah lagi yg bermasaalah.
Wan,
Terima kaseh kerana memahami..
Mummy tahu bayaran untuk seorang bibik sangat mahal.
Mujurlah Wan memudahkan.
Syukur.
Harap2 satu persatu payah mummy berakhir.
Sangat berharap begitu .
By the way, Wan dear, tau tak malam tadi Wan buat hati seorang mak mertua sangat happy.
Friday, November 29, 2013
Teka teki
Penternakan apa yg paling mudah dapat hasil?
Betul.
Ternak anak lemak.
Ni contoh baja yg menyuburkan lemak2 tu.
Kejap jer, hasil pasti ketara.
Contoh terbaik hasil penternakan saya ialah.....
SAYA ....
Saya lh usahawan lemak yg berjaya.
Sudah berpusara mimpi saya malam tadi..
Bukan saya baru bangun, tapi saya belum tidor.
Malam tadi adalah malam bodoh saya.
Saya memang menangis sungguh2 malam tadi.
Menangis sorang sorang lah, tidak perlu saksi.
Bukan pasal Ja,
Bukan pasal pilihan bersara awal,
Bukan pasal yg di ketahui orang.
Rahsia hati hanya Tuhan yg mengetahui.
Mujur ada Ja,
Dlm diam kaku dia, dia tahu.
Seperti selalu, hanya dia yang tahu.
Segala susah payah saya, dia satu2 nya tempat berkongsi rasa.
Saya cakap sorang2 pun tak apa,
saya syukur masih ada dia.
Tak nak lah cerita pasal hikayat duka lara saya ni.
Mual dah..
Yang dah lepas tu tak perlu di kenang lagi.
Stop. Full stop!
Mulakan hari dgn Selamat Pagi...
InsyaAllah tangisan semalam akan di ganti dengan senyuman ..
Insyaa Allah satu hari nanti sebelum mati...
Nak juga rasa ketenangan hati..
Tuhan mendengar.
Thursday, November 28, 2013
Melupuskan
Tuhan, Perlu kah Kau buktikan kekalahan ku sebegini rupa...
Hanya yg tahu saja memahami situasi ini dan bagaimana buntunya aku untuk menerima kenyataan....Sungguh, di kala ini yg aku perlukan hanyalah sokongan bukan nya menerima hukuman.
Juk Juk batang salak, dah merajuk nak pulak...
silap sikit melenting.
kalau berhadapan dgn jurujual yg' kureng ' mesra alam,
saya cepat benar ambik hati.
Pagi pagi saya keluar beli nasi belauk,
dgn penjual nasik tu pun saya cari pasal.
Tapi bukan lah saya sampai bertumbuk ke hapa,
sekadar saya merajuk, tak nak pergi lagi beli di tempat yg sama.
Merajuk lah konon.
Merajuk seminggu dua.
Last last dah tau nasi belauk dia sedap,
tekak nak nasi belauk tu jagak,
maka merajuk kena cancel dulu.
Eluk jer order nasi..
Si penjual tu mungkin tak perasan dia telah menguris hati saya dulu.
Kebetulan hari ni eluk senyum2 lagi, ramah bertanya pasal anak saya lagi..
yer lah yer lah...meter marah saya memang camni, pantang orang buat baik, terus reda.
Garang sangat lah tu...
Padan muka orang garang!
Saja saja mematuk.
Ada tak orang lain yg 'berjaga malam' macam saya ni?
Saya sorang sorang ni, orang lain berteman dengkur semua nya.
Ja pun sedang nyenyak di buai mimpi apa tah.
Lepas solat mata jadi tak mengantuk,
walau waktu nak bangun solat, mata sikit punya payah nak bukak.
TV terpasang dgn cerita entah hapa2.
Aircon sejuk menyebabkan saya menaip ni pun berselimutkan comforter.
Perut sekali sekala minta di isi tapi saya buat derk saja..
lagi pun kat dapur hanya ada maggi dan roti..tak ngam lah!
Saya mematuk ni pun bukan ada tajuk khusus,sekadar ikut aliran hati.
Kat luar hujan sekejap sekejap..dua tiga kejap lebat.
Dalam jiwa kosong, dalam minda sarat.
Dalam diri ada hati yg perlu di rawat.
Saya ni sakit sebenarnya, tak sihat.
tapi bila sakit berkumpul di hati,
siapa lah yg tahu...
Tak siapa pun yang ambik peduli walau pun sakit melarat.
Dah...Dah...Awal pagi tak nak pancing simpati.
Ok, mata pun dah berat semula...
Yes! nak tidur dan semoga tidor ini lena.
Rehatlah wahai diri sendiri
dan
yang sedang baca ni pun, tido!
Jom kita tido dan harap2
esuk masih ada untuk kita.
Wednesday, November 27, 2013
Entah2 Minah mati dulu...
Yang sihat tak semena mena meninggal dunia pun ada.
yang sakit tu tak pelik lah.
Kalau lah saya yang di pilih untuk mengadap Si Pencipta terlebih dahulu,
apa kuasa saya untuk menolak nya?
Kematian tidak tertangguh walau sesaat dan tidak lewat walau sesaat dari
perancangan Tuhan.
Yang mati tu mati lah, yang hidup bagaimana?
Siapa nak urus?
siapa nak jaga?
Sebenarnya tak perlu bimbang kerana Dia ada.
Tapi sebagai manusia biasa terlintas juga di kepala,
kesian mereka yg ditinggalkan
Nak sedapkan hati, kita fikir begini saja lah,
Entah yg di tinggalkan lagi suka kita tak ada dari ada.
Tanpa kita segalanya akan lebih baik,
mungkin kerana kita lah segala kekusutan tersimpul mati.
Mungkin juga...
Kalau dah mati tu, saya rasalah,
kita terlalu sibuk dgn timbangan dosa pahala kita di sana,
tak sempat fikir dah apa yg terjadi kat sini.
Di sini buat hal di sini,
Di sana buat hal di sana.
Senang cerita .
Habis cerita.
Tuesday, November 26, 2013
Bahasa rindu
Boleh temankan saya keluar jalan2?
Makan2?
Borak2?
Gelak2?
Menangis bersama,
Atau paling tidah tolong hulurkan tisu.
Ada ke tidak ni?
Jom lah kita tunggu mentari surut di kaki langit.
Kita jejaki langkah semalam
Kita ketawa, kita lakarkan warna bahagia.
Tak ada ya?.
Padan lah sunyi saja, alam sepi.
Tak apa lah,
Lagi pun saya hanya bayangkan keindahan
kelmarin bersama mu,
Sebenarnya saya hanya ingin bersendiri di sini.
Sekali sekala rindu memaksa saya,
Mengintai intai bayangan itu
Mimpi di siang hari
saya nak jadi seorang cikgu.
yang dedikasi dan sentiasa komited.
seorang wanita yang bergelar isteri,
yg disayangi dan di hargai.
seorang ibu yang mithali
anak2 yang terpuji akhlak
dan berjaya dunia akhirat
seorang sahabat yg sentiasa
ada di hati kawan2,
sentiasa diperlukan.
seorang anak yg menyejukkan hati
kedua orang tua
seorang manusia yang bahagia
yang mendapat berkat.
Tidak apa lah walau pun tidak kaya raya,
tidak ada duit berjuta.
Cukup bagi ku bumbung yg tidak tiris,
Pakaian yg menyaluti badan seadanya
Selera dan kesihatan yg baik
Persekitaran yg aman,
Hati yg tenang.
Wahhh...Sedap nya bermimpi.
Bukan ada bayaran untuk mimpi begini
Free of charge
Tapi sedia maklum,
Realiti walau pahit,
langkah tetap perlu di teruskan.
Monday, November 25, 2013
Saya bukan snowhite
Bukan apa, bila rasa tak ada siapa nak share rasa hati,
Otak mula lh ke laut,
teringat kisah dongeng dulu dulu.
Dulu percaya bahawa cerita fairy tales boleh jadi kenyataan.
Happy ever after gitu,
But alas, things r not as easy as feeding the 7 dwarfs.
Pumpin doesn't turn to BMW that easy.
Where is my prince charming?
He should come to the rescue.
What? Come already a?
Huhuhuhuhuuuu.....!
Where is that thing you called the magic wand?
Nak put a spell on all those irritating peoole and turn them to mice,
Me? I'll rather be the pipe piper of hammerlin,
What? Wrong spelling a?
Sory maaa....
Mata hati yang kabur.
Bertapalah di sini,
kaji lah setiap inci duka ini
Perhatikan suram nya ruang payah yang ada
Jangan letih bila kamu tidak bisa
walau bersungguh kamu cuba,
kamu tidak mungkin dapat merasakan
segala nya..
Aku telah terbiasa begini
sudah lali dgn kerikil yg mengguris kaki
Tajam duri yg menikam hati tidak membunuh
jiwa ku,
Belenggu payah yang merantai tidak
menghadkan langkah ku.
Makan lah, ku jamu sedulang duka
untuk kau perah dan minum tangisan itu.
seksakah untuk kerongkong mu menerima?
atau menelan air mata menjadikan
kamu tambah dahaga?
Sudah mau pulangkah kamu?
Sudah tidak sanggup kah bersama ku
Pulanglah kerana dunia mu jauh lebih baik.
Biarkan aku di sini.
Cukup lah jika kau tidak lagi.
merasakan menjadi aku itu mudah,
cuba untuk mengajar ku menerima payah
seperti kamu lebih tahu
sedangkan
payah itu berakar umbi dalam diri ku.
Sunday, November 24, 2013
I don't know what to do...
dari marin dia kurang tido
Mata dah bloodshot,
Hati saya bimbang.
Badan dia macam stiff, tense gitu..
Dia nampak tak comfortable,
tak tau lah kenapa.
Risau.
Hari ni dia acap batuk.
Tadi ada fresh blood keluar masa batuk.
But now dah brownish tanda dah tak bleeding mana2 dah.
Saya assume saja, InsyaAllah betul..
Mayb lungs dia ada problem
may be this may be that.
May be God is testing my inner strenght
Allah, please...
Saturday, November 23, 2013
10 perkara terlarang
1. Jemur pakaian di ampaian, Boleh jugak kalau rajin nak main kejar2 dgn hujan,
2. Pakai baju 'dry cleaning only'dan kasut2 berjenama.kalau nak pakai sebab nak alasan untuk beli kasut baru go ahead lah..
3. Makan ABC di gerai tepi jalan, makan benda lain pun bahaya, mandi free bila kereta lalu.
4.Memancing-kecuali awak pakai payung atau raincoat dan ikan tu bodoh benar nak gigit umpan waktu tu.
5 Jogging atau bersiar siar di taman, Ambik2 angin hapa kalau dah ribut sampai nak terlucut baju di badan.
6. Berkelah. Ada ke yg berkelah? Uncooked tools/Kakah tok pok, kata org kelantan.
7 Meeting Ahli mesyuarat tingkap di depan pagar jgn sekali kali, ngumpat berdosa, di panah petir kang..
8 Bakar sampah..kalau tak leh tahan dah, rasa nak bakar jugak, bakar depan tv, gitu boleh.
9 Siram bunga,pangkas pokok, berkebun, bernyanyi nyanyi dlm kebun tu katak tak suka. jeles sbb ada persaingan bab suara.
10.Main hujan.Tak leh main hujan, demam! Tapi saya nak main jugak, nak jugak, nak jugak...ada aku kesahhh...!
Maaf, kesilapan yg x disengajakan
Lama x buat ni, rasa nak buat.
Klung klang klung klang,
Tung tang tung tang....Siap.
Pas tu buat sos, beres.
kebetulan ada tamu, hidang kat tamu.
Isi dlm container lagi,
Kirim buat yg dekat di hati.
Biasalah tukang masak x sempat makan,
Dah nak cuci bekas tu,
Habiskn yg ada berbaki sikit lagi.
OPPSSSS.....!
Tak sedap!
Tak secukup rasa.
Tak ada rasa pun, mcm yg di jual kat tepi jln jer,
Nak habiskan yg sedikit ni pun x mampu rasanya,
Habis tu apa lh perasaan orang yg dah termakan tadi?
Pe sal x komplen?
Tapi saya tgok ada yg siap tambah lgi,
Berlakon ke?
Maap la wei....
Laen kali oyak kalu x sedap, x perlu jaga hati tukang masak.
Cianla kat awak2 semua.
Nak ketawa ke nak menangis ni,
Huhuhuhuuuu,...Kahkahkahkahhhhh.....
Friday, November 22, 2013
Nak telan pun tersekat di kerongkong,
Ja pernah cakap,
Dia x suka acar buah,
Tapi kalau yg mummy buat dia makan.
Sebabnya dia suka yg extra pedas dan extra cuka.
Mummy buat acar hari ni
Meleleh air mata bila ingatkan Ja ratah acar gitu aje.
Ja makan acar, minum air, makan acar, minum air.
Lepas makan dia komplen sakit perut.
Sakit2 perut pun habis semangkuk.
Ja,
Tak de siapa yg ratah acar mummy hari ni.
Tak de siapa yg sakit perut lagi
Tak de siapa yg salahkn acar tu lagi.
Acar dah tinggal sedikit,
Mummy hulur pada kenalan,
Biar cepat habis.
Kalau ada lagi pun Ja dah x sudi makan lagi acar mummy tu,.
Ja pandang pun tidak,
Bila Ja nak makan acar, Ja cakap yer, mummy buatkan.
Acar extra pedas dab extra cuka
Ja mesti suka.
Acar melekat di kerongkong,
Entah sebab pedas atau
Mungkin sebab mummy terlalu rindu.
Jangan tiru cara dia tau!
Selera adalah anugerah, syukur Ya Rabbi.
Kalau makanan bertimbun tapi selera tak ada siksa jugak tau.
Ada juga yg selera ada tapi keuzuran membataskan selera.
Conclusion nya, selagi boleh makan, makan!
Ini kata2 yg saya petik dari seorang yg ada 14 jenis penyakit..
"Kalau rasa nak makan tu makan aje lah, dah hinggap penyakit itu ini baru kita berpantang."
Hmm..itu kata dia..Logik jugak lah.
"Habis tu kenapa awak tak berpantang sedangkan awak ada 14 jenis penyakit kronik?"
Saja cuba skill 'lawyer' yg sememang nya saya ada.
"Weiii laaa....Buat apa saya berpantang, saya kan dah ada back up ubat ubatan bercupak ni..
Makan sajalah, apa saja, lepas tu telan ubat, settle problem..Tengok awak tu, diet bagai, tapi tak kurus2 jugak, Rugikan nafsu makan jer.."
Rupanya saya hanya lawyer, dia Tok hakim, hukuman dah di jatuhkan.
Yer tau, saya gemuk, tapi itu dah keluar tajuk k.
Ni tak pasal pasal ada periuk kuali yg melayang nih.
Urut dada, ok ok, bawak bertenang.
Awak rasa dia betul ke?
Ajaran sesat dari mana lah yg dia dapat nih?.
Abaikan sajalah apa dia cakap tu...
So back to the point,
Saya sedang berkira kira nak masak apa,makan apa hari ni...
Musim hujan apa apa pun sedap tapi yg paling sedap di atas muka bumi ni ialah,
MAKAN FREE.
Diet?
My diet starts tomorrow...lepas esuk, esuk....
Thursday, November 21, 2013
Perlu tanda tangan di mana cik?
Tidak perlu menoleh ke belakang lagi.
Memang ini lah percaturan nya.
Perancangan Tuhan.
Ku lupuskan segala milik,
Ku pulangkan semua bahagia.
Kehilangan yg tidak di terima hati,
tapi minda terpaksa merestui.
Ketar jari dalam keterpaksaan.
menyemak helaian itu,
seperti bilah yg menghiris kalbu.
payah melepaskan bila hati
masih bergayut di situ.
Deras denyutan jantung ini
Mata membaca setiap baris kecewa
satu persatu.
terang dan nyata.
nama ku di situ,
bertintakan air mata ,
bersaksikan duka.
Tanpa rela tapi perlu redha
segalnya kearah noktah.
Kubur tanpa nisan
hadiah buat ku
di penghujung sebuah kehidupan.
Tuhan telah menetapkan yang di waktu ini, di usia begini dan di kehidupan ini aku kehilangan segalanya sekali gus...
Maaf, jangan lah bertanya lagi kerana segala kehilangan ini adalah terlalu rumit untuk di kongsi...
Wednesday, November 20, 2013
Imaad lah yg mulakan, bukan saya.
maklumlah saya membesar dan menjadi tua di sini,
di negeri yg sentiasa di landa tengkujuh..
Banjir adalah rutin setahun sekali.
Dulu saya pernah bertanya kat ayah, kenapa kita tak pindah duduk di kawasan banjir,
suka sgt main air, jadi banjir bagi saya adalah pesta.
Sekarang anak2 pulak yg tanya saya kenapa rumah kita tak pernah dinaiki air.
Nak sgt, terliur sgt tengok rumah orang jadi swimming pool gergasi.
yer lah, itu saja yg kita fikir, pasal susah payah tu tak terlintas langsung dlm benak.
Agaknya bab suka main air ni keturunan ke hapa?
Ni, cucu saya ni pun suka main air..
Mujur lah dia suka main air,
Kalau saya nak main hujan pun saya boleh cover line.
"Imaad nih, asyik turun main hujan lah, basah lenjun dah tu..."
Saya hanya turun sebab nak selamatkan dia jer..
Dia tak nak masuk, nak terus main hujan, habis tu saya nak buat macam mana kannn...
Saya kena lah kawal dia takut jatuh longkang ke, licin ke..
Tu pasal lah saya pun basah jugak dan berenang riang ria dlm air paras buku lali jugak.
Imaad tadah hujan, saya tadah jugak..
Ketar2 sejuk, ketawa gigil2...
Imaad! nak masuk dalam rumah ke tidak nih?
Buat buat tanya bila ada orang jeling...
Selamat datang musim basah.
Deras aliran air ke longkang.
Bunyi hujan adalah dodoi yg mengasyikkan.
Sedap nya sejuk nyaman..
Basah selipar di muka pintu.
Kain baju di jeruk di ampaian,
Musim ini musim aku.
Siang hilang warna pun tidak apa,
aku suka.
Deru angin menemani malam.
Aku menunggu lebat.
menyukat muntahan air segenap takungan.
Esuk mungkin tangisan langit tidak terbendung lagi
Bah pasti datang.
Payah banjir adalah sukan tahunan.
Aku nak rendam kaki dan lenjunkan badan.
Seorang anak kecil setinggi lutut,
tiba2 terlepas keluar dari jiwa ini
Alangkah,
seronoknya menjadi kanak2 kembali.
Bila musim tengkujuh singgah di sini,
aku lupa diri.
Tuesday, November 19, 2013
Ja masih begitu
Lama.
Sangat lama.
Tak tau nak cakap apa.
My sleeping beauty is still sleeping.
Tak berubah rubah ...Membisu seribu bahasa.
Segala ikhtiar dah usahakan.
Doa tak putus putus
Harapan masih berbaki
Lagi pun apa lagi yg mampu kami buat,
selain dari ini.
Saya tidak ada pilihan,
segalanya sudah tidak memihak kepada saya.
Maka yg terbaik untuk saya di hari ini hanyalah,
menerima dia seadanya..
mengurus kebajikan dia sebaik mungkin
berhenti berharap.
lupakan hari semalam
Delete dari fikiran segala kenangan sewaktu dia sihat dulu.
Kerana terlintas sedikit pun bayangan dia yg dahulu,
sudah boleh buat saya menangis.
Saya sudah kehilangan dia sebenarnya.
Astaqfirullah, payah nya nak terima kenyataan..
Ini dia anak saya, yg begini di saat ini
bukan yg semalam, bukan yg kelmarin.
tenanglah anak di sini, di dalam dakapan sayang mummy.
Selagi Tuhan masih terus mahu kita di uji,
kita hadapi lah saja.
Entah sampai bila, kita terus terusan diduga,
diuji dan dipisahkan dari bahagia
hnaya Dia yg tahu. dan Dia lah yg
menentukan bagaimana sudah nya nasib kita...
Tulis2, merapu sikit jgn marah...
Sekali ni jer, tak der re incarnation ke hapa?
Kita andaikan lah hidup bukan sekali,
awak nak hidup yg kedua tu yg bagaimana?
Katakan lah kalau kita berpeluang untuk pilih.
Nak jadi apa?
Nak life yang macam mana?
Kalau lah hidup kali ni dah cukup baik dah,
sudah tentu kita nak kita di kembalikan sebagai kita.
Tak nak jadi orang lain.
Nak rasa bahagia ini berulang kali.
Nak bersama orang2 yg menyayangi kita,
bersama orang2 yg kita sayangi.
Nak lalui lorong yg sama,
Nak pijak bahagian bumi yg sama jugak.
Tapi kalau kehidupan kali ini amat menduga kesabaran,
nak ke hidup macam ni sekali lagi?
nak ke payah ini berulang ulang?
Nak ke riwayat bertintakan air mata begini?
Alah, saja jer tak der kerja duk fikir benda mustahil.
Sementara tunggu waktu subuh, sunyi nya mencengkam hati.
Tadi minda duk ulang tayang perjalanan hidup saya yg penuh liku ni,
Banyak sudah antibiotik 'Sabar' yg saya injek ke dlm hati.
Boleh bukukan jadi novel cerita duka lara saya ni
( cuma kalau buat novel, sah tak laku....!)
Okey, Dah subuh tu....
Kalau lah saya di bangkitkan semula, reincarnation..
Saya nak jadi the Queen of England lah.
boleh ke?
Atau mungkin lebih baik saya tak jadi manusia.
Jadi batu sungai yg besar kaku.
Tidak melukakan dan tidak di lukai.
Hmm...Nak tergelak pun ada.
Hiburan jer ni, hibur hati yg duka.
Monday, November 18, 2013
Gadget
Takkk, ni bukan raket tennis.
Ni raket nyamuk.
Menantu saya belikan 2 batang buat saya.
Dia tau saya ni pantang ada nyamuk sekor, buru sampai habis.
Harapkan tebas dgn tangan buat sakit telapak tangan jer, kena nya tidak.
Agaknya menantu saya kesiankan saya terkial kial di kejar nyamuk, maka ni lah gadget yg dia bawa.
Saya pulak bila dah ada benda ni,
Sengaja bukak tingkap nak kasi nyamuk masuk banyak2.
Kepuasan bila nyamuk mengena.
Pap! Pap! Pap!
Menyala arus letrik kena badan nyamuk.
Bau seperti terbakar.
Zalim ke? Siapa suruh dtg dekat....
Nyamuk, lalat dan serangga sewaktu dgn nya habis saya buru.
Lalalalaala...seronok nya.
Wan, laen kali belikan mummy yg besar lagi ada?
Mummy nak tebas orang pulak lah.
Kadang2 orang boleh jadi lebih menjengkelkan dari nyamuk.
Mood : Scattered
I don't know what 'Good' stands for.
There are no more "good mornings' lately.
I woke up feeling more tired than the day before.
The endless list of chores pop right out of my mind the minute I opened my eyes.
The frusterations and the dissapointment,
the bitterness of reality is nor helping at all.
So, I rest my case.
Another day is just another heartbreaking day.
Alas, this is my destiny.
Like it or not,
life goes on..
but being alone and lonely,
make it worst.
Gud morning emptiness.
Sunday, November 17, 2013
Panas lagi ke badan dia tu?
Dia demam dan batuk2..
Rindu Imaad.
aunty pun rindu Imaad.
Mummy rindu Imaad jugak.
Grandmummy pergi kedai tadi.
Beli pasta yg Imaad suka sangat makan tu.
Nanti Imaad sihat, grandmummy masakkan pasta tu buat Imaad k.
Imaad kena rajin makan ubat.
Tak nak pun kena makan jugak.
Imaad makan ubat stail paksarela.
Perang satu dunia hanya untuk telan ubat sesudu
Kesian Imaad.
Kesian cucu saya tu.
Saturday, November 16, 2013
Boleh bernafas hari ni...
Duk rumah dan merasakan rumah ini aku yg punya.
Tak ada gangguan.
Bebas nak buat apa pun tak apa.
Saya bukan selalu boleh macam ni.
Kebiasaan nya saya kena sentiasa control ayu.
Bila kita tak ada space di rumah sendiri, rimas jugak tau.
Ikhlas cakap ni, awak jadi saya awak akan faham.
Ada ketikanya kita nak someone to keep us company,
tapi ada kala nya kita nak bersendiri jugak.
Terus terang saya cakap,
Penat akan menjadi lebih penat bila kita tak dapat rehat minda.
Tak kan lah sepanjang masa kita kena make others comfortable,
what about ourself?
nak juga kebebasan di rumah sendiri.
Jadinya, hari ni,
hanya penduduk negeri ini saja yg ada
Saya biasalah, duk dgn Ja.
But I am free...
Hari ni tak perlu jaga hati orang,
Jaga hati sendiri cukup.
Nak joget pun tak per.
Nal tido sepanjang hari pun tak per
Nak biar gelas penuh sink pun tak per
Nak tgok channel tv mana pun tak per
Nak makan sambil berlari pun tak per
Nak pakai apa pun tak ada masaalah.
God I am happy today.
Happiness just because I can be me.
Sampai hati mereka
Inktiar tidak pernah putus.
Ramai jugak sedara dan kawan2 yg sponsor.
Tq teramat sangat.
Tukang rekomen pun ramai.
Ada yg rekomen ustaz2, kira rawatan islamic gitu.
Ada yg bawak Tok Bomoh,
kalau dah Tok Bomoh tu paham2 saja lah.
Hentam lah apa pun, janji ada kesembuhan.
Kalau tak sembuh pun nak buat macam mana kan,
kami terima juga perancangan Tuhan.
Tapi nak cerita ni pasal 'menangguk di air keruh'
Ada.
Jangan tak caya.
Ada orang yg cuba nak tipu, nak dptkan duit cara mudah.
Mereka tak kesian kan kami yg dalam keadaan terdesak ni.
Ada yg rekomen pengamal perubatan altenatif yg lain dari yg lain.
Lain tu maksud saya bayaran nya agak 'lain'
1 ribu tu kira.tak pelik lagi..Ada yg minta 5 ribu.
Aduhhh...yer betul, apa ada pada duit kalau nak sembuh,
tapi betul ke dia berikhtiar untuk membantu kearah kesembuhan ?
Betul ke islamic cara nya tu?
Betul cerita ni, kami dah terkena dah..
Ada si Ustaz tu kenakan bayaran 5 ribu .
Dah tu tak kan kami tak bayar bila dia dah usahakan ikut kepakaran dia.
Bayar tapi hati rasa cuak.
ada juga yg berubat pakai lebih dari satu kali.
kali kedua lebih mahal dari kali pertama,
Tak cukup tu dia nak datang lagi sekali..
kali ketiga laaaaagi mahal bayaran nya.
Aduhhh...serba salah kami lah.
Sekarang kami lebih berhati hati kalau ada yg tawarkan khidmat perubatan altanatif.
Kami dah tak layan kalau yg nak jual ubat2 supliment..
Kami takut memudaratkan, dah la terpaksa belanja byk..
Jangan salah anggap, jangan pula kata kami berkira untuk kos perubatan.
Salah tu, bukan tu maksud saya.
Sebenarnya kita kena juga bertanya khabar, make sure betul2 genuine ..
kena hati hati dapatkan rawatan ..
Ada yg betul2 ikhlas bantu
Ada yg tak meletakkan harga tapi kami sanggup bayar dgn bayaran yg tinggi bila kami lihat cara perubatan nya tu.
Ada juga ustaz yg datang dari jauh dan bacaan doanya sangat menenangkan hati kami yg mendengarnya.
(terima kasih En Shariffudin dan isteri kerana cadangkan ustaz dari Melaka ni)
Ada juga yg gunakan kaedah Syifaa', kaedah Ruqyah...Alhamdullilah.
Selalunya yg betul ikhtiar mengubati ni tak pula letak harga mahal2..
kadang tu tak letak harga langsung..
The moral of the N3 is...
BERHATI HATI KERANA TIDAK SEMUA ORANG IKHLAS MEMBANTU.
Kadang kadang tu ada hidden agenda..
Wallahualam.
Friday, November 15, 2013
Nak muntah
Asyik2 puding ni,.
Macam x ada puding lain dah,.
Makan!
Jangan byk songeh.
Kalau beli roti x reti beli sikit.
Esuk dah habis tempuh roti tu.
Tak kn nak buang gitu aje.
Makan!
Esuk2 kalau nak beli roti, survey dulu.
Tengok dulu atas meja masih berbaki roti ke tidak.
Saya ni, kerana x nak membazir roti,
Pagi makan roti, tghari makan roti, mlm makan roti.
Paksa diri telan roti.
Sekarang tiba masa kita pakat2 habiskan...
Makan!
Tau, kelmarin dah puding roti,
Esuk puding roti lagi tau!
Beli lagi la roti tu byk2...
Seperti lalang di tiup angin...
-Nak masuk bawah comforter, pasang air con extra sejuk dan tidor puas2
-Nak rehat dan relax depan TV sepanjang hari dan remote control tu di tangan saya.
-Nak makanan yg terlintas di hati sampai di riba.tanpa perlu ikhtiar sendiri.
-Nak mandi lama2 dan nak urus diri sendiri yg dah lama terbengkalai.
-Nak jadi raja yg bertakhta di hati sendiri tanpa gangguan rakyat jelata
-Nak tutup minda dari duk ulang tayang cerita duka.
Niat yang tak kesampaian.
Tidak berhak untuk bermimpi pun sebenarnya.
Thursday, November 14, 2013
Alhamdullilah
Innaa maal usri yusra...
Dalam susah ada senang.
Anis, Tuhan telah makbulkn doa kita
Hari ni mummy mampu menarik nafas lega
Kejayaan Anis adalah tanda,
Tuhan tidak melupakan kita.
Tahniah anak,
HARI KE 14 DAN TERAKHIR BAGI SESSI 2013
Hari ni saya menarik nafas lega.
Lega....Lega teramat sangat.
Bukan kerana saya malas ke sekolah, saya memang rajin tau!
Tak caya tanya Boss saya...Kan boss kannn....?
( yer, masuk lift kena tekan butang sendiri)
Esuk, saya menyandang jawatan Misi sepenuh masa.
Jawatan sampingan lain tu malas nak senaraikan, berjela.
Jangan tak tau, cuti2 begini, sound effect pun lebih hebat.
selamat tahn telinga lah wahai anak negeri.
Selamat bercuti bagi semua anak murid saya dan rakan2 guru.
(Cikgu cuti ke? Sppbs? fail? kelas tambahan? tugas itu ini?)
Selamat ber'hujan' bagi yg suka main hujan.
( Siapa lagi, saya la tu.... )
yang suka jadi sukarelawan di pusat pemindahan banjir tu, selamat bersejuk dan berbasah...
(Dapat pahala free,tak per.Dpt masuk TV jugak,hehehe...)
Selamat ber'ubi' bagi yg suka makan ubi di musim tengkujuh.
Selamat berlengkar depan TV dan tonton lah drama korea tu.. Kasi berlubang skin TV tu...
Selamat bervacation bagi yg kaki 'Dderat' (Saya dah pencen bab ni...pencen sementara)
Selamat bekerja seperti biasa bagi yg bukan guru tapi penjawat awam.
(Cayang2 pusyuk2, jangan jeles dgn kaum2 yg bercuti tau....)
Selamat menjadi manusia yg normal
Selamat menjadi hantu kalau dah rasa tak nak jadi manusia.
Awak perasan tak, kalau cuti akhir tahun jer, kenduri pun rancak.
Wokey, selamat berkenduri dan kalau jamu selera tu jangan lupa jaga body.
JAGA JANGAN KASI KURUS!
Wednesday, November 13, 2013
Hari ke 13
Kalau bergambar x nampak kepala boleh ke?
Suka hati saya lah kannnnn.....
Bukan apa, sendiri tengok pun dah jemu, tu pasal lah......
saja nak cerita.
Tuesday, November 12, 2013
saya nak cakap jugak, nak jugak.....
Mak mertua saya pesan,
Kakak2 saya pesan,
Adik2 ipar saya pesan,
Kawan2 rapat saya pesan,
"Shut up! Jgn kata apa apa...
Biarlah susah macamana pun,
Cuba sembunyikan.
Diam, zip mulut,
Tak puas hati pun jangan luahkan.
Sabar dulu, kaji dulu dan fikir habis2"
Masaalahnya..........
Saya dah x boleh diamkan,
Saya rasa nak meletup otak ni.
Saya x kira, nak jadi apa pun jadilah....
Tapi mak kata....
"Biarlh mereka buat apa yg mereka rasa betul,
Serahkan pada Tuhan untuk tunjukkan kebenaran."
Sedap lah mak kata macam tu...
Yang robek, koyak rabak, yg mengelegak,
Yang saban hari zip mulut dan gam geram
Adalah ambo ni mak......
Batu jemala ni lah yg tanggung azab sengsara hati yg memberontak.
Tok leh okkkkk doh wehhhhhhh.........!
Monday, November 11, 2013
Ombak tak tau
Kesepian ini membuatkan aku rindu desiran ombak
Ombak adalah hamparan buat ku rebahkan duka.
Nak sangat berdiri di gigi laut..
Teriak kuat kuat....
lepaskan resah yg membusung di dada.
Ombak mendengar dan tidak menghukum.
Luahlah apa saja, ombak setia.
Sudah acap kali,
berlari menyapa ombak
sedu sedan tenggelam ke dasar lautan.
Segala sengsara tumpah di sini,
Setiap kali bayu menyapa pipi,
terasa seperti aku tidak bersendiri.
tetapi kadang kala,
Butiran pasir menggigit kaki,
memaksa aku berundur dari situ..
Mentari semakin malu di kaki senja
Menyedarkan aku, hari sudah lewat.
Wahai ombak dan pantai
aku mau saja menjadi camar yg hinggap di dada mu.
tapi ombak tidak tahu,
aku lah camar yg patah sayapnya,
tidak berdaya lagi
untuk menyapa pasang surut air di kuala.
Sunday, November 10, 2013
x suka
Kalau saya tak setuju dgn apa apa sekali pun,
saya payah nak suarakan kehendak hati.
Saya akur tapi dalam diam saya memberontak dari dalam.
Seperti api dlm sekam.
Saya sentiasa cuba untuk jaga hati orang.
paksa diri rela sesuatu yg kita tak rela.
Pura pura tidak apa apa.
Sebenarnya saya takut nak bangkang.
takut tak popular?
mungkin jugak begitu.
mungkin sbb saya terlalu jaga hati orang.
Acap sangat bangkang, orang menyampah juga.
nanti kena label pemberontak.
tak mau lah saya macam tu.
Itu pasal lah orang selalu ambil kesempatan ke atas saya.
Saya tau dan sedar tapi saya tak kuasa nak ubah diri saya.
Dari orang lain terluka hati lebih baik saya yg merana sendiri
Dari orang lain berdukacita lagi baik saya pendam rasa.
Tapi sekali sekala saya nak juga things go my way.
But that never happens...
'I did it my way' hanya lagu.
Yang pasti...
' I did it your way'
Always your way.
12th day....
Saturday, November 9, 2013
Sama mcm mereka part 2
-malas lah ticer, bukan beranak pun benda tu..
>Seminggu rendam dlm air baru crystal tu beranak.
-yer la tu...
>Ticer rendam dah berapa hari?
-3..Bak ticer tengok crystal ball awakDah besar ke?
>Ticer tunggu 4 hari lagi beranak lah..eh, kita punya crystal ball lagi besar dari ticer punya lah..
-X kuasa lah ticer nunggu, awak nak ambik jer lah crystal ticer tu.
>Alah ticer sabar saja lah dulu..buat2 tak nampak dulu.
-Ok, I'll wait....
Look at me,
making a fool of myself.
Ingat hari ni bawak crystal ball yg murid2 tu bagi kat saya, nak bagi balik kat dia orang.
Dah tukar plan pulak.
curiosity kills the cat.
Nak wait n see lah, mana tau they all x menipu.
Grow up Ticer hani!
(Sometimes the little girl in me slips out and reveal my true colours)
11th day today
Bersekolah di harI Sabtu .
Tu lah, baru ni nak cuti panjang, kan dah kena ganti.
Dompet sudah kempis...
Bulan masih tinggi di angkasa..
Hati agak tenang hari ni sbb Ja nampak ok.
Bye Ja, mummy gi ngajar dulu k.
See u later........
Friday, November 8, 2013
Sama mcm mereka
Hadi, awak bawak apa dlm balang tu?
Crystal ball.Benda ni boleh beranak,
Ish, mana boleh..jelly jer tu,
Betul ticer, ball tu akan keluarkan tunas kecik bila dah lama duk dlm air,
X caya lah
Betuuuulllll,......
Awak dpt kat mana crystal ni?
Beli, ticer nak? Kita belikan,
After a few days, benda tu x beranak pun,
Yer la kan, mana pulak jelly boleh beranak,
But the question is....
Apa sal lah aku yg bergelar guru,
Dah nak pencen pun,
Boleh termakan kata budak2 bertuah tu..,
Aaduiiii.....
Sekaki sekala ticer pun terkena juga.
Thursday, November 7, 2013
Hari ke 10
Terpaksa pergi,
Di sekolah hati terubat sekejap,
Kawan2 memahami,
Mereka mengerti,
Hati tinggalkn di rumah bersama Ja.
Begitu lh hari hari...
Wednesday, November 6, 2013
Hujan membasahi hati
Bumi setia menadah
Tangisan langit membanjiri daerah
Sejuk membekukan hati.
Basah kelopak
Rumput mengeliat.
Haiwan hilang dahaga
Ku hulur tangan menadah
Sejuk hujung jejari
Kalau boleh mau saja aku
Menangis
Teriak dari hati,
Sedu sedan yg ku genggam,
Lebur bersama hujan.
Biar esakan tenggelam,
ditelan suara lebat nya
tangisan dari langit.
Tuesday, November 5, 2013
X pakai baju baru pun tak apa.
Salah satu dari kain2 tu ialah kain sutera hadiah hari ibu dari Ja.
(Dia hadiahkan kepada saya seminggu sebelum dia sakit)
Menantu saya ada juga berikan saya sepasang kain cotton yg sangat cantik corak nya.
Dua tiga pasang lagi tu pemberian dari kakak, anak saudara dan murid saya.
Semua tu saya dapat sebelum Ja terlantar sakit.
Apa perlu saya buat dgn kain2 tu?
Kain sutera pemberian Ja tu masih dlm kotak hadiah
Usahkan nak jahit dan nak di sarungkan,
nak tengok pun saya tak sanggup.
Ja tau citarasa saya, dia belikan warna pastel kehijauan.
Di waktu itu saya lah orang yg paling gembira bila terima hadiah dari Ja.
Hari ni saya lah orang yg paling sedih...
Bila semangat untuk pakai baju baru dah lenyap,
kain2 lain yg masih belum berjahit turut menjadi beku dalam simpanan.
Menantu saya Farah mesti ternanti nanti untuk tgok saya pakai baju kurung cotton yg dia belikan tu.
Maaf lah Farah, mummy belum bersedia.
Saya kumpul kain2 tu semua.
Saya sumbat dalam kabinet paling atas.
Tinggi kedudukan nya kerana saya hargai kain2 tu.
Tapi terlalu tinggi untuk di capai tangan dan mata pun tidak lah terpandang.
Biarlah, diam lah kain2 tu di situ seketika.
Mungkin kalau ada rezeki saya untuk mendengar panggilan mummy dari Ja,
kain tu akan bertukar menjadi baju.
Sementara tu..biarlah saya saluti badan ini
dengan warna duka..
Rupanya hati yg luka, payah untuk sembuh
Monday, November 4, 2013
karangan ni tanpa tajuk.
Bukak kabinet dapur, bersepah sepah.
Bukak Almari pakaian, terjun turun habis semua yang di dalam.
Bilik air belum di sental,
Kain baju belum cuci.
Tepat jam 10 pagi drama bersiri Korea mula.
Ok stop dulu kerja, focus, focussss....!
The birth of a family
Duk gila cerita tu sekarang.
Berlunjur atas sofa panjang.
Anything else can wait.
Bazir masa 2 jam depan TV.
Kerja sekolah masih belum di jamah.
Lepas tu urus Ja ikut schedule.
My darling Ja is my priority.
kerja lain boleh pejam mata.
Masak pun tidak hari ni.
Lunch menu 'Tunjuk' n 'Bayar'
Jadi, bila dah tengahari, kerja rumah tak beres lagi,
mulalah bebel berbakul bakul..
Petang sentiasa ada tamu, sah tak boleh urus rumah waktu tu.
maka bila malam tiba, org lain lena, siapa yg bersengkang mata buat kerja rumah?
Akuuuu jugak laaaa.....!
Padan muka aku kerana tak pandai urus masa.
Eh, apa yg saya duk cerita ni?
tajuk apa?
Pasal apa?
Saja nak cerita.
Nak bagi tau..
Hehehe....Sory, buang masa aje awak baca sebagaimana
saya yg buang masa duk menaip N3 ni sedangkan
kerja berlambak lambak....
Jom, habiskan Murruku sebalang ni.
Apa apa lah, janji hati saya happy hari ni.
Iffah
Dia bersekolah di Seri Puteri,cyberjaya, jauh dari saya.
Saya tak dapat pun pergi jumpa dia di asrama.
Tak apa lah, dia seorang anak yg matang.
memahami keadaan payah ayah bonda.
Walau macam mana pun,
kami di sini mendoakan yg terbaik buat dia.
Dia anak ke4 saya.
Seorang anak yg cekal hati,
berdikari
dan
diantara 5 orang cahayamata,
dia yg paling acap buat darah saya mendidih.
sebabnya dia seorang yg suka buat apa yg dia rasa betul,
walau kita tak setuju dia ada alasan nya sendiri.
dan dia ni byk cakap.
satu patah dari kita, sepuluh patah dari dia.
itu pasal lah dia di kenali dgn keramahan nya.
Hari ni saya amat berharap dia akan lalui SPM dgn
langkah kanan dan tenang fikiran.
Cubalah sehabis baik anak,
Berikanlah sedikit berita gembira buat mummy.
Berusahalah,
kejayaaan bukan nya mudah,
I believe in you.
Good luck n may God bless you dear.
Buktikan yg Iffah juga boleh.
Sunday, November 3, 2013
Aku tau aku degil
sudah sudah lah duk bilang duka di sini.
Kalau ada duka pun, simpan kemas kemas.
Tak perlu kongsi duka kerana
tidak ada siapa pun yg nak rasa secebis dari nya.
Sakit perit hati tetap serupa itu juga.
Puas pesan pada mata,
Sembunyikan lah tangisan.
Simpan air mata untuk hari kemudian.
Masih banyak kesedihan yg akan mendatang,
pasti begitu kerana sepanjang hidup pun,
mata sentiasa menjadi mangsa
mata lah yg bertutur bahasa hati
telan saja gumpalan tangis yg menyumbat kerongkong,
biar lebih terluka begitu,
asal orang tidak tahu.
Puas pesan pada bibir,
senyum selalu.
belajar lah berpura pura
biar semua yg memandang,
silap membuiat tafsiran.
pamirkan bahagia biarpun
derita menggigit jiwa
Puas pesan pada diri,
Sabar Hani,
Tabah lah sentiasa.
Tuhan ada.
Inna maal usri yusra,
Wa inna maal unri yusra....
Yakin lah wahai diri.
Puas berpesan pada minda supaya percaya bahawa,
Suatu hari aku bisa bahagia,
tapi minda yg penat bekerja dan sarat tanggunggan nya,
tidak mau patuh dan percaya.
Saturday, November 2, 2013
Selipar
Selipar jepun ni saya beli di Paris.
Mesti ramai yg gelak besar,
Gelak laaaa....
Orang lain beli kasut berjenama kalau jejak kaki di bumi perancis tu,
Selipar jepun ni pilihan saya.
Ja pun bising gak bila saya beli slipar ni,
"Mummy ni, tak de selipar lain ke mummy nak beli?"
Tu kata Ja.
Saya juga beli Tshirt besar, sgt besar,
"Mummy ni, tak de baju lain ke mummy nak beli?"
Tu kata Ja.
Ja sentiasa x sependapat dgn saya kalau bab shopping
Saya pernah pakai selipar ni sewaktu kami ronda2 di kota Paris.
Nak menanah telinga saya duk dgr Ja membebel.
Kata nya, satu kota Paris tu hanya saya sorang pakai selipar jepun.
Tadi saya selongkar setor dan terpandang selipar ni di satu penjuru,
Kerongkong saya bagai di jerut.
Rupanya sepasang selipar jepun boleh memerah tangisan saya.
Ja, hari ni kalau mummy berkaki ayam sekali pun, tak akan ada lgi orang yg peduli....
Jaaaaaaaaaaaa......
Gagal
Kegagalan.
Saya lah di kalangan orang yang sentiasa gagal.
kegagalan menjadi darah daging saya.
Jalan hidup saya di turap dengan kegagalan.
Jalan yg dah di lalui,
dan jalan yg akan di lalui tetap serupa,
gagal sentiasa.
Saya sentiasa perlu lepaskan apa yang paling saya sayangi..
Saya sentiasa terpaksa terima apa yang saya tidak suka.
Saya seringkali membuat keputusan yg tidak di relai oleh hati.
Saya terlalu kerap kalah dalam setiap yg saya pertaruhkan.
Saya gagal sebagai manusia, gagal sebagai makhlukNya.
Sebenarnya saya sudah mula mererima nasib malang saya jika segala nya tidak memihak kepada saya,tapi saya amat sedih bila terasa seakan Tuhan juga tidak lagi berpaling ke arah saya..
Astaqfirullahilazimmmmmmmmmmmmmmm...
Bantu lah aku ini wahai Tuhan ku, untuk menapak barang selangkah saja lagi di bumi Mu ini.
Friday, November 1, 2013
Apa daya saya?
Saya mula merasakan yg harapan untuk pulih adalah amat nipis.
Masih lagi berdoa walau sentiasa mengajar diri untuk tidak terlalu mengharap.
Saya hanya mampu berserah nasib kepada Dia,
Saya sudah redha dengan ketentuan Dia,
menerima apa saja...
Suka atau tidak, saya, terpaksa melepaskan mimpi saya beterbangan,,
mau atau tidak saya harus gagah menghadapi kemungkinan.
Saya berdoa semoga Tuhan sembuhkan dia jika itu yg terbaik buat dia,
dan sekiranya kesembuhan itu akan membuatkan dia lebih tersiksa,
maka saya redha dia tenang damai di sisi Nya.
Cukuplah penyiksaan dia begini,
jangan lah esuk2 dia terbangun hanya untuk merasai siksa jiwa yg lebih lagi...
Saya juga minta Tuhan ringankan beban payah yg sedang di tanggung nya ..
Semoga Tuhan sediakan tempat yg lebih baik buat dia dari apa yg kami sediakan di sini.
Semoga Tuhan bawa dia kearah damai yg tak terunggkap dgn kata kata...
Tenang lah wahai anak.
Apa lagi yg mummy boleh lakukan selain dari memandang wajah mu,
mengusap rambut mu dan
membisikkan di telinga mu yang mummy,
tetap sayang kamu sampai bila bila.
Mummy sudah merindui kamu walau kamu masih di sini.
Mummy akan lebih merindui kamu nanti..
Anak2 kamu saban hari menanti kamu memandang kearah mereka,
akan kerindui kamu jika kamu tiada,
Adik beradik kamu akan tetap menyokong kamu dan berada dekat di hati kamu,
mereka akan merasakan ketiadaan kamu nanti..
Semua yang sayangkan kamu sangat takut untuk kehilangan kamu,
tapi kami tidak dapat berbuat apa apa..
Hanya pada Dia kami meminta...
Lena lah kamu di sini wahai anak selagi Tuhan membenarkan kami semua menyayangi kamu.
Tenang lah didakapan kasih sayang kami selagi masa masih ada.
Selagi masa perpisahan belum tiba, selagi itu lah kami semua akan
menadah tangan mengemis simpati dari Mu Tuhan...
Tuhannnn.........!
Tuhannnnnnnnn....!
Tuhannnnnnnnnnnnnnnnnnnn..............!