Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, May 31, 2010
Ini baru N3 untuk awak..
Sangat sangat
Sangat sangat
Nak tambah lagi sangat sangat
Sangat sangat.
Marah sangat sangat
Sakit hati sangat sangat
Kecik hati sangat sangat
Ei..ei.......eiiiiiiiiiiiiiii.
Geram sangat sangat.
Kalau agar agar dah ku lenyek dah..
Kalau kelapa dah ku perah jadi santan..
Ini manusia..nak saja ku !!@#$!!
Friday, May 28, 2010
Thursday, May 27, 2010
Tupai itu nak kena hari ni...
Hari ni saya nak tembak tupai.
Dah lama saya perhatikan dia melompat kesana kemari
Pandai dia mengelak yer.
Patut lah dia banyak putar belit cerita.
Saya baru tahu pasal aktiviti melompat nya yang makin menjadi jadi ni.
Siap ada bukti lagi ni..
Tak boleh dibiarkan...
Hari ini mati lah kau wahai Sang Tupai...
Hahaha...
Ada orang yg kecut perut yer bila baca entri ni..
Siapa suruh makan lada...kan dah pedas.
Wednesday, May 26, 2010
Hantu kasut mengganas lagi
Tuesday, May 25, 2010
Dza tidak kisah apa org kata...
sempena sambutan hari lahir kawan saya.
Bila saya tilik gambar tersebut, terdetik juga dalam hati.
Gambar boleh memutar belitkan fakta.
Kata orang' a picture paints a thousand words'
tapi sebenarnya menipu pun boleh jugak.
Dalam gambar semua orang senyum,
Cuba sebaik boleh untuk nampak gembira.
dan menutup retak calar kehidupan.
Setiap orang ada cerita tersendiri.
Tidak serupa walau senyum nya sama.
memahami dan sedia tahu bahawa
tidak ada kehidupan yang sempurna.
Walau apa pun,
Senyummmm...
Senyum lah wahai kawan kawan ku.
Hadapi lah segalanya dengan tenang
kerana hidup perlu di teruskan....
Selamat hari lahir buat teman ku Sharidza.
Semoga bahagia mu berpanjangan.
Monday, May 24, 2010
Adoi Mak Sakit Nya...
Sunday, May 23, 2010
Tak tau nak cakap apa...
Suka usik kawan.Ganggu kawan.
Bising.Tak boleh duk diam.
Ada saja benda yg dia buat untuk naikkan meter marah ku.
Saya memang geram dengan budak ni.
Puas marah, ugut,guna saikologi atau berdiplomasi.
Tak menjadi.
Kadang kadang cubit jugak.
Usahkan nangis, dia buat derk jer.
Bukan nya serik pun.
Tadi suruh 'reading' dia tak nak .
Bukan tak tau, sengaja sakitkan hati saya.
"Stand up"
"Read the sentence and you can sit down"
Diam.
Sabar ku menipis.
Sambil berdiri dia menguis2 kaki kawan sebelah.
"Ticer, habis kotor kasut saya, Arif pijak"
Memang nak kena budak nih.
"Arif, you go and stand at the corner of the room...Now!"
Dia akur..Aik, tak membantah pulak.
"Cicer..."
"Yes Arif, are you going to read now?"
Diam. tersengih sengih.
"Cicer..."
"Shut up!"
"If you are not going to read, then shut up!"
"Cicerrr..."
"WHAT???"
"Happy Cicers Day"
Dia keluarkan bungkusan kecil dari poket nya.
Siap tertulis..I LOVE YOU TICER.
Kalau awak di tempat saya...
Tidak kah awak rasa apa yang saya rasa.
Masa tu jugak saya sedar, saya rupanya raksaksa yang dalam cerita Ultraman tu..
Yang ada tanduk, warna hijau dan body ketul ketul tu..
Ganas....Jahat...Patut di tembak dengan senapang laser warna warni.
Dush! Dush! Dush!.....Padan muka Ticer.
Tak suka mimpi macam tu..
Tuhan, kepada mu saja aku berserah.
Saturday, May 22, 2010
Seperti kemboja yang bertaburan dipusara.
Kerana aku semakin dimamah usia,
Aku bukan lagi kembang wangi kuntum di taman
Hanya lah pohon kemboja yg luruh bunga
Menunggu masa untuk diganti dengan
Cempaka yang wangi semerbak.
Bukan juga dahan buat semut meniti
Kerana sudah reput dan tidak sekuat
batang merbau atau tembesu.
Musafir sudah tidak lagi berpaut,
Bergayut dan menumpang bayang.
Bulan saksi duka ku dalam diam.
Sedikit tidak dapat menghalang ku
dari makin mengelupas rasa.
Masa mengikis saki baki nyawa.
Kalah lah aku kepada reput yang menjadi jadi,
Menjadi jadi…
Terik mentari menyuluh segenap ranting
Tidak teduh dan tidak lagi redup
tidak mampu menjanjikan bayang
yang sejuk memayunggi hati.
Adakah aku ini
tunggul yang tidak berguna?
Menunggu masa
di tebang
dan dilupakan…..
Friday, May 21, 2010
Thursday, May 20, 2010
Hero ku species 'Hero tok gadduh....'
Walau kadang tu terbang kesana kemari memenatkan.
Tapi bukan dia yang saya risaukan.
Bagaimana pula dengan Kimi..
Masih tercari cari hala tuju..
Sekejap begitu sekejap begini..
Kakak dah berjaya dan berkerjaya.
Sudah tahu mencorakkan masa depan.
Walau kadang kadang masih kebudak budakkan.
Tapi bukan dia yang saya risaukan,
Kimi yang menjadi persoalan.
Kimi 'Hero tok gadoh'
Saya tak dapat agak apa dalam kepala besar nya.
( kepala besar bukan besar kepala k)
Langkah masih kabur..
Persimpangan mengelirukan.
Sedangkan segala peluang ada didepan,
tidak di pergunakan.
Saya amat berharap,
sentiasa tidak lupa mendoakan
agar Tuhan juga permudahkan rezeki dia.
Menjauhi dia dari payah..
Saya amat amat risaukan dia.
Tapi dia, saya lihat...bersahaja.
Relax sokmo..
Cool sentiasa..
Kimi? Hellloooo......?
Walau apa pun, Mak mana tak sayangkan anak..
Wednesday, May 19, 2010
Dr Saidatul.
Masih ada Bahagia untuk saya.
Tuhan telah kabulkan doa saya,
doa anak saya dan
doa semua yang mengenali dan menyayangi anak saya tu..
Malam tadi dia mendapat keputusan final exam.
Happy sungguh dia.
Rasmi lah dia bergelar 'Dr' bermula hari ini.Syukur.
Segala resah dan ranjau saya rasa begitu kecik hari ni.
Berbanding dengan ganjaran kejayaan anak
yang beserta dengan izin dari Illahi.
Hati saya cukup bangga dan mengkagumi kebesaran Nya.
Tuhan mendengar rintihan doa saya.
Tuhan belum lupakan saya rupanya.
Tahniahlah wahai belaian jiwa bonda.
Luruh sudah segala bebanan yang merantai hati.
Semoga setiap langkah mu diberkati..
Selamat berbakti pada yang memerlukan..
Selamat berjuang di alam nyata yang penuh cabaran.
Tuhan, berikan lah kekuatan untuk dia sebagaimana Kau telah
berikan kekuatan itu untuk ku..
Alhamdullilah...
Tuesday, May 18, 2010
Anak...Semuanya sama.
Dah tamat lah 5 tahun di perantauan.
Saya selalu terlupa yang dia sudah dewasa.
Dia sudah bergelar isteri.
Sudah boleh berdikari.
Bagi saya, anak ini masih dia yang saya pimpin tangan untuk ke seberang jalan.
Jadi saya masih lagi memimpin dia mengharungi masa depan nya.
Dia tidak pernah menjadi dewasa..Tetap anak kecil di hati saya.
Sememangnya di hati setiap ibu.
Masa tidak membezakan setiap titik perhatian.
Sentiasa dekat di hati.
Memerhati..Memayungi.
Menyambut jika jatuh.
Menongkat jika hampir runtuh.
Membelek setiap helaian kehidupan mereka
hanya untuk memastikan mereka tidak apa apa.
Sebenarnya saya bukan lupa yang mereka sudah dewasa.
Tapi saya buat buat lupa kerana saya belum puas
membesarkan mereka...
Anak..Walau dah berusia 27, 25,20,14 atau baru 9 tahun.
Bagi saya...Semuanya sama, masih bayi saya.
Pelik kan saya ni?
Monday, May 17, 2010
Bila di fitnah....
Sikit saya tak kesal malahan saya berterima kasih pada Tuhan.
Yang saya belajar...
1. Jangan percaya pada orang yang manis mulut kerana mereka lah penyebar fitnah yang merosakkan kita dan mereka memang suka menjatuhkan kita,mempergunakan kita.
2. Kawan sejati mengenali hati budi kita dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan orang lain.
Rupanya 'orang' yang mengaku kawan lebih ramai dari 'kawan sejati'
Alhamdullilah....Sekarang saya boleh bezakan diantara kedua nya.
-Banyak sungguh 'orang'.
-Tidak ada 'Kawan Sejati' sebenarnya.
Sunday, May 16, 2010
Ku pohon keberkatan dan keredaan mu..
Gelaran yang telah saya sandng selama 30 tahun dan akan terus menyandang nya walaupun nyawa bercerai dari badan.(tetap bergelar 'gemuloh Cikgu Hani').
Tidak pernah kesal malah bangga rezeki saya dari hasil ilmu yang di curahkan.
Semoga dimanafaatkan..
Dimana mana saja, saya sentiasa di sapa dengan panggilan "cikgu"
Kalau saya melewati hospital..ada saja yang mengenali saya sebagai bekas guru mereka.
Doktor, jururawat, Tukang sapu dan di kalangan pesakit pun ada.
Kalau ke jabatan2 kerajaan atau swasta...sama lah, dari pegawai atasan hingga ke pembantu am rendah..
Kalau ke pasar, macam tu jugakla..tauke ikan atau peraih, si penjual sayur ada saja yang menegur.
Di airport, dihentian bus atau di jalanan bekas anak murid ku tetap menyapa.
Yang berkot dan bertali leher hingga ke yang memegang penyapu di tangga..
Saya tak kisah, asal rezeki halal, saya bangga kerana pernah mengajar mereka membaca.
Tapi saya bayangkan,
Bagaimana jika satu hari nanti seorang kaki pukul, pencuri atau perompak.
Banduan atau pesalah yang menunggu hukuman tiba2 menyapa saya dengan panggilan 'cikgu'
penagih dadah yang kotor atau kupu2 malam di lorong2 itu..
Apa harus saya buat selain dari mencerminkan diri saya.
Dimana silap saya? Dimana ilmu yang saya bekalkan kepada mereka?
Alangkah tidak bermanafaatnya ilmu yang saya ajarkan,
Alangkan tidak pandainya saya membentuk peribadi mereka ini.
Kecewanya hati saya, hati seorang guru tua..
Sempena hari guru ini, dengarlah kata hati saya yang bergelar 'cikgu'
Wahai anak murid ku dan bekas anak2 murid ku.
Kalau pun tidak banyak, cikgu harap setitik ilmu yang pernah di kongsi bersama mu itu akan menerangi hidup mu, masa depan mu dan pohon lah keberkatan dari Tuhan.Wallahhualam.
Saturday, May 15, 2010
Anis dan nenek..
Cucu dan nenek.
Anis nak makan chicken chop.
Che pun suka chicken chop.
Anis nak ice cream.
Che tak suka,Che nak wantan goreng.
Anis order chicken chop dan ice cream.
Che order chicken chop dan Wantan goreng.
Anis kenyang.
Che kenyang.
Ice dream tak habis..
Wantan tak habis..
Tak per, kan saya ada....
I had a nice time..That's what matters.
Wan called the other night. Dinner on the house.He came after Maghrib and the three of us went to dine somewhere at the outskirt of Kota Bharu. Kimi, Wan and I.
As always I prefered to order something western and so did the both of them.The service was quite slow but it did not matter at all since we were not in a hurry..I loved the interior decorations and the artistic value was great..New style and ideas..Thumbs up.
But Wan was not happy with the food,neither was Kimi. Well boys, as for mummy the taste or what not is just a small matter. Just let us brush it off our shoulder and have a nice time..Wan, mummy thank you for the thought and mummy care less about other things..I am honoured, really!
I'll be glad to go again if you ever asked me out..You can keep my words.Should we cross out the name of this venue from our list?? Hahahaaaa....With an appetite like mine, you will need a long list...Last but not least, Thank you from my heart for making me proud to be a mum.TQ son.
Friday, May 14, 2010
Tiada lagi yang saya harapkan...
Sama jugaklah bila saya membelek2 blog orang lain.Saya cukup rasa tersentuh bila melihat photo2 pameran kasih sayang yang ada..Bertuah nya mereka. Apa daya saya, saya cuma mampu memujuk hati dengan cuba untuk berfikiran positif..yer lah, Tuhan telah memperuntukkan bahagian masing2, dah bahagian saya sebanyak ini. maka saya seharusnya redha.
Cuma sebagai manusia yang banyak kekurangan, kadang kadang saya menjadi keluh kesah bila saya kenangkan segala luka yang ada di dalam diri. Banyak dugaan Tuhan yang saya terpaksa hadapi. Banyak kali terjatuh dan mau tidak mau saya bangun juga semula kerana hidup perlu diteruskan. Saya cuma berdoa supaya Tuhan tidak menduga saya dengan dugaan yang boleh menyebabkan saya menjadi kufur..kerana saya tahu Tuhan sentiasa menduga orang yang terpilih sahaja.Adakah ini bermaksud saya juga bertuah kerana terpilih? InsyaAllah.
Siapa pun jika diberi pilihan sudah tentu mahu disayangi, di hargai dan bahagia selamanya. Saya sudah lama berhenti mengharap dan teruskan hidup seadanya. Biarlah, saya sudah kesuntukan masa untuk cuba sekali lagi. Memadailah saya di berikan kesihatan yang baik untuk saya beribadat, syukur dengan kehadiran anak anak yang tidak melukakan hati orang tua, sekeping atap untuk berlindung dari hujan dan panas dan mensyukuri seteguk air yg menghilangkan dahaga, begitu juga secubit makanan dari hasil titik peluh yg halal..
Biarlah saya begini selamanya...Tidak mau terlalu meminta minta, lagi pun siapa lah saya untuk
menjulang trofi 'bahagia' bila terang dan nyata, saya sebenarnya tidak ada apa apa...
Tidak ada apa apa.
Tidak ada apa apa.
Selain dari mengajar...
Kami ahli panitia Bahasa Inggeris di tugaskan untuk memastikan segalnya berjalan dengan lancar.
Macam biasa lah kami berkerja dalam kumpulan.
Bertungkus lumus kami siapkan pentas dan dewan.
Tema kali ni 'Kids World' dan kami gabungkan idea semua ahli panitia kami.
Seronok tengok hasil kerja kami.
Bila berkerja tanpa rasa ditekan ini lah yang kami dapat..Kepuasan.
Terima kasih bagi yang bersusah payah tolong tengok tengokkan kelas saya sewaktu saya sibukkan diri di sini,Tuhan saja yang membalas budi baik dan keikhlasan kawan kawan saya tu.
Wednesday, May 12, 2010
Jangan sesali nasib diri..
Tengok kawan kawan.
Jangan tengok dengan mata saja.
Kaji dengan hati.
Setiap orang ada masaalah tersendiri.
Tak dapat lari.
Tipu lah kalau ada yang mendabik dada mengatakan dia bebas dari masaalah.
Tipu..Sikit saya tak percaya.
Yang mewah harta pun ada yang tak bahagia.
Yang ada kuasa pun tak kuasa menolak dugaan dari Tuhan ni.
Yang terkenal dan menjadi pujaan ramai lagi banyak persoalan.
Yang cantik lawa pula berjutalah yang perlu di tangani.
Kita tengok orang kaya harta, berkuasa, tampan segak dan ada segala galanya.
Kita rasa bertuah menjadi mereka...Yer ke??
Kita belum kaji dengan teliti lagi ni..
Entah entah dia orang laaaaagi banyak dugaan dari kita.
Entah entah kita lagi bahagia dari mereka.
Hmm...Kaya pun mati, miskin pun mati.
Banyak duit pun mati, banyak hutang pun mati...
Bezanya mati banyak hutang ni,
ALONG cari waris woiiii.....Nanya yang hidup.
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)
Tuesday, May 11, 2010
Cerita dari Istana..Nak dengar?
Ramai duk tanya saya mengenai tajuk ni.
Saya pun heran..nak kata kerabat tu tidak.
Mungkin sebab saya berjiran dengan kerabat kot.
Atau pun mungkin dah saya orang tempatan...
Saya tau sikit sikit saja ni..Lupa sesetengah fakta.
Ceritanya macam ni...
Pada zaman dahulu kala, tinggallah seorang raja dengan permaisurinya yang jelita di sebuah istana yang besar dan cantik. Raja tu bernama Alamsyahbanar dari negeri Inderapura. Beliau tidak dikurniakan seorang pun cahayamata maka gundah gulana lah raja dan permaisuri itu...
Haah?
Tak nakdengar cerita ni?
Ini saja cerita istana yang saya tahu
Ni lah hikayat Musang Berjanggut.
Tak apalah, dah tak nak tu saya stop kat sini lah.
Sooooooryyyyyyy.....
Mulut saya belum di insyurankan lagi.
Tak berani la saya nak ulas apa apa.
Takut juga berlubang kepala..
Sapalaaaa nak kasi makan anak anak saya nanti.
Seperti kata kawan blogger saya tu..
KADANG KALA DIAM ADALAH LEBIH BAIK.
Patuhi syarat2 makan depan TV ni...
Tak tau naper.
Memang camtu.
Tambah2 kalau bukan hujung minggu.
Masa makan tak sama antara ahli keluarga.
Kalau makan sorang tu TV menjadi teman.
Kalau berdua pun camtu jugak.
Lainlah kalau berkumpul di hujung minggu.
Masa tu baru meja makan berfungsi.
Tapi nak makan depan TV ni kena patuhi syarat2/peraturan ni dulu.
Ini peraturan yang diguna pakai di rumah saya, rumah orang lain tak sama kot.
Ok ok, ini peraturan nya...
1. Bukak TV dan perut lapar.
2. Minta izin dari mummy.
(Mummy boleh tak? Mummy sure cakap 'Tak boleh, makan kt dapor saja'...Dah 20 tahun cakap jangan, 20 tahun jugak la dia orang makan depan TV).
3. Kalau lebih dari sorang kena booking lebih awal..dan sorok remote kontrol TV tu.
(.Kalau papa ada maka padan muka lah kau org, kena tgok berita dunia dari mula sampai akhir..itu la suruh makan kat dapur tak nak...)
4.Lapik suratkhabar lama.
(Surat khabar baru boleh jugak kalau sanggup kena leter).
5.Air minuman kena 2 gelas.
(Gelas pertama mesti tumpah.mesti! Sah!)
6. Mata tumpu kat skrin TV, tangan suap ke mulut...
(separuh masuk, separuh lagi kat riba).
7.Kalau tak cukup lauk, jgn ambik kat dapur, rebut saja lauk yang kat pinggan org sebelah..
(pastu gaduh, pastu tumpah air gelas kedua...)
8. Botol kicap jgn bawak ke depan..letak kicap siap2 atas nasi.
( Hitam kicap kalau kena kusyen kerusi payah nak hilang...yer, yang bercorak tu kes kicap la tu..asal kain kosong jer sarung kusyen saya tu).
9. Tamat apa yg di tonton baru boleh basuh tangan.
(Sebelum tu diam melekat depan tv. Biar kering dulu pinggan nasi tu..Tangan pun gitu).
10.Dah siap sumer nya, angkut segala masuk ke dapur.
(Gelas tu bukan saya punya, itu bukan saya kuarkan, ini bukan saya ambik...Dah tak ngaku dah)
Akhir sekali kena sabar...Bukan yang nak makan kat depan tv tu kena sabar, tapi saya mak dia orang yang kena banyak urut dada dan sabarrrrrrrrrrrrr.
(Yang sepahkan ruang depan TV dah entah ke mana, yang kena kemas ni sapa? Sapa lagi...Huhuhuhhuuu...)
Monday, May 10, 2010
Panas pun merungut...
Dah lama tak hujan.
Rumput kering dan pokok2 kehausan.
Selalunya tak pernah sepanas ni.
Kalau balik rumah tak sabar nak bukak aircon.
Nak tukar baju ke pakaian yang lebih selesa.
Nak mandi dan nak sejukkan badan.
Pas tu kalau tak terpaksa,
memang tak akan keluar rumah lagi.
Kalau kuar pun ke tempat yang selesa saja.
Selagi ada pilihan.
Asal jangan berjemur di bawah terik mentari.
Kenapa takutkan panas?
Hanya panas, bukan ada masaalah lain pun.
Small matter ni..
Negara lain lagi panas..
Payah dapatkan air lagi.
Banyak penyakit ekoran dari panas lagi.
Miskin lagi...Kebuluran lagi..
Astaqfirullahhhh...
Tuhan, rupanya saya lupa untuk bersyukur.
Sunday, May 9, 2010
Last but not least...Tq Wan.
My Son send me these flowers..Tq Pih.
For today I feel like dancing in the clouds.
My love ones send me their love.
Their rememberance,
Their wish...
They are merely saying that I am not forgotten..
And God, if I were to make a wish..
I will just tell God that Tq God, I have got everything a mother could ask for..
Thank you children..
You all make your mummy the happiest mum alive.
Ja, today mummy is the happiest mum..TQ.
Sunday, May 9, 2010
(Ucapan Selamat hari Ibu dari seorang anak yang berada di seberang lautan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir...Semoga Allah permudahkan urusan dia...)DIA IBUKU
tinggal satu je lagi ujian klinikal.
ya Allah,alangkah sedihnya kalau tersangkut mana-mana ujian ini...
penatnya kalau kena terus-menerus menjadi hamba buku..
sengsara pula kena berjauhan lagi dengan suami begini..
tapi, dalam banyak2 bayangan ngeri , paling menakutkan bila terbayangkan wajah ibu..
tak, bukanlah dia mengerikan.
bukan juga takut kena marah...
tapi, tak sanggup rasanya nak mengecewakan dia.
DIA
dari kecil banyak disakiti..
bila dewasa tidak lari pula dikhianati..
cukup banyak kekecewaan dia..
tolonglah Tuhan, jangan aku menambah lagi duka itu.
kasih pada bonda itu bukan sekadar kata-kata manis,
atau kad berwarna-warni..
tapi kenangan akan jasa dan budinya..
mematuhi kata dan larangannya..
memenuhi mimpi dan harapannya..
dan doa seiring solat siang dan malam.
moga adik-adikku juga sedar...
kita tidak mewah harta dan wang..
tidak ada biasiswa 'pama' (papa+mama/ibu ayah etc)
tidak ada syarikat dan firma untuk diwarisi.
cuma akal dan usaha yang berterusan..
aku juga ada penat dan lelahnya.
jangan kamu mudah-mudah menghampakan DIA.
jangan sesekali melukakannya..
kerana DIA IBUKU..
jika DIA juga IBUMU..
Anakanda,
Hari ni bonda tersenyum dari hati.
walau pun tadi menangis bila membaca ucapan dari mu ini.
Alangkah bertuahnya diri di anugerahkan anak anak seperti ini,
Tidak apa lah duka bonda yg sedikit itu..berbandingkan dengan rahmat ini,
Siapalah kita untuk tidak diduga olih Nya?
Redha segalanya demi anak anak tercinta.
Kerana anakanda lah, hanya kelima anakanda lah,
punca bahagia yang masih ada.......
Salam sayang dari Bonda.
Saturday, May 8, 2010
Cara ni tak betul ni...
Saya makan banyak sungguh seharidua ni.
Camni la bila hati tak tenteram.
Saya jadikan makanan teman baik saya.
Saya bukan nak salahkan makanan,
tapi bila makan otak saya berhenti sekejap dari
mengulang tayang cerita yang sama.
Lepas makan apa saya rasa?
Bersalah dan menyesal..
Kenapa?
Sebabnya ketenangan itu hanya sementara.
Masaalah tak selesai pun..
Yang kusut masih belum terurai.
Yang luka tetap tak sembuh.
Hanya perut yang penuh sarat.
mata mula ngantuk.
Lemak beranak pinak..
Maka bertambah la satu lagi masaalah.
Masaalah berat badan pulak ni..
Tak pasal pasal....
My doter Iffah, TQ for the mothers day wish.
Knowing me well.
Knowing her well.
Thank you Iffah,
You spell out my thoughts.
Yes, the five of you
Always make me see
the better and the worst side
of me.
Accept me as I am.
Like it or not,
I am your mummy.
Will always be.
Neither the best one.
nor the worst one
But the only one.
I luv u all.
|
Friday, May 7, 2010
Menumpang.
Tolong berhentikan kereta.
Saya mahu turun di sini.
Tidak mau lagi teruskan perjalanan.
Saya mau pulang.
Biarlah saya balik ke rumah yang atap nya bocor.
Lantai yang reput itu menunggu mangsa.
Tapi itu lah dunia saya yang sebenarnya.
Terima kasih kerana meluangkan masa
Memandu ke lorong2 mimpi.
Lampu harapan disepanjang jalan.
Sudah makin suram.
Padang bukan tempat ku...
Thursday, May 6, 2010
Merah jari jemari ku...
Dia tau saya suka berinai.
Dah lama tak berinai.
Balik sekolah saya tak sabar2 nak letak inai di jari.
tempek 5 batang jari dulu.
Nak tunggu satu jam ni lama gak.
Dah dalam keadaan letih tu saya baring dgn inai basah di jari.
Ingat nak baring2 jer, bukan nak tidor.
Sekali terlena.
Bila tersedar.... tgok inai bukan lagi di jari.
Tapi tercalit di baju,
Di sarung bantal,
Di cadar,
Yang tak best nya di muka pun ada terconteng inai...
Pengajaran buat semua peminat inai.
Kalau tak sabar sangat nak pakai inai tu walau mata mengantuk,
Ikat saja tangan kat katil...
( TQ Sue for the Henna paste....)
Wednesday, May 5, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Nasib baik nama ku bukan Power Rangers
Saya dapat paspot ni dari seorang kawan di facebook.
Kata dia...
Anak org asli di Real Betis nama pelik2...
Daun bin Tebu,
Awan bin Kilat,
Tapi yang nampak pucat sokmo,serabut sokmo ialah yang nama Geli a/l Kenaling....
Adoiiii putus urat perut ku ketawa hari ni.
(Terima kasih Mohd Ruhaizi b. Ramli)
Bila awak sihat, rindu saya terubat..
Betul ke ni?
Ke agen2 yang menyamar...
Sebenarnya dah lama saya tidak mengharapkan lagi salam dari dia.
Bukan, bukan bermusuh atau apa.
Tapi keuzuran dia yang di tahap agak kritikal,
membuatkan saya kehilangan seorang sahabat.
Saya terputus hubungan,
Dia tidak mampu bertutur,
terlalu lemah untuk berinteraksi.
Saya andaikan dia tidak ingin di ganggu
dan masih menerima rawatan.
Sekiranya sembuh (dan saya memang sentiasa doakan dia cepat sembuh)
saya juga tidak mengharapkan dia hubungi saya kembali..
Mana tau, masa merubah segalanya.
Lama dia diam begitu...
Lama saya merindui sapaan dari dia..
Lama...Sangat lama
Saya putus asa.
Saya teruskan kehidupan saya
Cuba lupakan dia.
Makin cuba makin ingat.
Ingat kemas sentiasa.
Semalam dia hadir...
Saya hanya mampu beritau dia tentang rindu saya,
tanpa bertanya khabar dia di sana.
Maafkan saya..,
Otak saya tak sempat proses soalan yang sepatutnya.
Alhamdullilah,
Alhamdullilah,
Alhamdullilah...
Tuhan mendengar dan makbulkan doa saya.
Monday, May 3, 2010
Tak apa lah Anjang, memang selalu macam ni..
Sentiasa begitu, ada untuk ku.
Menongkat semangat ku yang patah.
Anjang seakan tau..memang tau.
Kata Anjang "biarkan terasa panas mentari hanya di kulit, jangan di hati."
Anjang mengusap belakang ku. '"Sabarrrr"
Payah nya untuk tidak menangis.
Tapi aku cuba juga.
Bersembunyi di balik senyum tawa.
Tidak ada yang tau.
Biarkan begitu.
Anjang dan aku.
dan luka itu.
( Ini lah Anjang ku yang masih segak....)
Sunday, May 2, 2010
Ku sunting bunga di laman orang..
Kemesraan kalian meredakan gementar kami.
Senyuman yang berselang seli seloka menghidupkan suasana.
Hajat di hati kami telah dilagukan dan diperkenankan.
Terimalah hantaran berupa harapan dari kami yang bertamu ini.
kami tatang berdulang2 syukur yang melimpah untuk di bawa pulang.
Dan ternyatalah dengan izin Tuhan, niat kami termakbul jua.
Tepak sirih bertukar tangan.
Jari manis telah kami sarungkan cincin
menandakan kehadiran di terima.
Puteri,
Bersimpuhlah di rimbun kasih keluarga kami,
dan terimalah kami seadanya.
What mothers are for.
I drive, its good to drive.
Always love to be the one behind the wheels.
But today it is different.
My mum and my mother in law are here with me.
Our journey starts with a lengthy preach by my mother in law.
Then my mum joins in with the next topic.
Then my mother in law,
then my mum,
then my mother in law,
then my mum
then my mother in law,
then my mum.
Thank God it is KB already.
Phew! It is sure a long long way today...
( Note: Alhamdullilah..I know, they are merely saying 'I love U' in their own way.)