Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, October 31, 2021
Saturday, October 30, 2021
Friday, October 29, 2021
Menemani ku.
Jumaat datang lagi.
Alkhahfi menanti diribaan.
Di kiri ku dia terbaring
lena yang panjang.
Diam lah anak..
Sakit itu penghapus dosa.
Dugaan buat kita berdua.
Kita redha.
Pasrah.
Air mata ku tumpah di sedajah.
Thursday, October 28, 2021
Wednesday, October 27, 2021
Tuesday, October 26, 2021
Monday, October 25, 2021
Benda baru
Rupanya kalau masuk supermarket kena pakai gloves ni.
Salesgirl tu bagi sepasang.
Berpeluh jari
Takleh shopping lama lama kalau macam ni
Bagusla..satu cara untuk tidak overspending kan?
Kad ni satu masaalah la pulak.
Masa nak masuk premis ambil kad.
Nak keluar lupa pulangkan kad
Dah mcm2 kad terhimpun dalam kereta.
Kalau ramai yg pelupa macam makcik ni, alamat acap la premis2 tu kena buat kad baru.
Soooorrryyyyyyy!
Sunday, October 24, 2021
Tak tanya rasa nak tanya.
By the way...Do I really look that old? Huh? Anybody? Just wondering......hehe.
Saturday, October 23, 2021
Friday, October 22, 2021
I'm blessed
Thursday, October 21, 2021
Kepulangan
Wednesday, October 20, 2021
Mommy masak apa hari ni.
Tuesday, October 19, 2021
Monday, October 18, 2021
Jangan perasan sangat..
Tak payah nak mengelak..
Sunday, October 17, 2021
Peel perangai
Dari kecik sampai ke tua, saya masih kekal ada peel perangai yang sebati dengan diri.
Pasal pakaian. Nak kata fussy tu tak lah. Saya tak fussy pun. Saya tak memilih jenama atau harga ..Bukan pasal tu. Hanya orang yang rapat dengan saya satu perangai saya bab pakaian ni.
Nak tau? Hahaha...tapi jangan pula kecam saya ok.
Saya ni walau ada pakaian sebanyak mana pun, suka pakai pakaian yg saya selalu pakai saja. Kalau baju baru, tak acap la saya pakai sehingga saya betul2 dah selesa dengan baju tu..Mula2 beli atau dapat yang baru tu saya pakai la sekali dua, lepas tu mula berbalik ke baju lama semula..Bukan tak suka, berkenan sangat lah sebab tu saya beli. Tapi peel saya macam tu.
Macam tak ada pakaian lain..Itu2 jugak yang saya gilir..Tak jemu ke? Tak.
La ni semenjak dah tak berapa muda, ada lah 2 helai jubah hitam yg saya sarung bila malas nak tukar baju sewaktu perlu keluar. Betul, hanya dua dari sealmari jubah hitam yang ada..Rasa2 makcik kat pasar tu dah boleh agak kalau hari ni dtg pasar dgn jubah ni esuk mesti jubah yg satu lagi..ulang2 jubah lusuh tu jugak..
Sama jugak la dengan pakaian yg saya pakai kat rumah. Pakai, cuci, jemur, angkat dan pakai semula..Sampai berlubang dah tshirt yg purple tu.Seluar mak2 yg bunga2 tu sampai dah tak nampak bunga pun masih saya pakai. Kaftan? Yang koyak bawah ketiak tu lah yg saya duk gilir dgn yang terlerai jahitan kat leher..
Habis tu saya buat apa dgn pakaian yg berlambak kat almari tu..Pakai juga, sekali sekala paksa diri keluarkan dan sarung ke badan.Sebelum pakai puas la berdiri depan almari, tilik dan sukat..nak pakai ke tak, keluarkan ke tak...Kesian kat pakaian tu takut berkulat dan reput dlm simpanan. Pakai jugak la kadang2, jarang2...( dah tua ni pakai apa pun tak de beza dah...kan?)
Sebenarnya saya pentingkan keselesaan. Yang selesa itu lah yang sentiasa di hati. Sama lah macam perhubungan pun. Kalau saya selesa, saya akan rapatkan perhubungan. Kalau saya rasa macam tak ngam, saya undur diam diam. Awak pun sama kan?
Saturday, October 16, 2021
Bukan senang tau...
Kata Kak Shimah.....
Kata Kak Shimah lagi..... Kita pun manusia juga, ada kelemahan. Bila dah acap sangat hati terasa tu ada juga rasa nak berundur saja. Bila orang dah tak hargai kita, tak pedulikan kita maksudnya kita dah tak diperlukan. Maka apa yang paling baik dilakukan selain dari berhenti berharap..
Betul Kak Shimah...Orang kata jatuh hati tak apa jangan jatuhkan harga diri.Pinggan tak retak nasi tak dingin.
Bila dengar kawan saya cerita begitu terasa alangkah bertuahnya saya kerana kawan2 saya tak ada yang macam tu..Tak kira yg kaya berpangkat ke, yg biasa2 mcm saya ni ke, kalau berkumpul tu memang best...Alhamdullilah.