Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 31, 2021

Ke 64.

Foto sambutan merdeka di sekolah sewaktu saya belum bergelar 'Cikgu pencen'.
10 tahun dulu.
Meriah.
Sekarang dah tak ada sambutan apa apa.
Covid punya pasal.
Tahun ni kita merdeka dalam terpenjara.
Apa nak buat, ujian dari Allah.
Sama sama jaga SOP.
Kita jaga kita.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!





 

Saturday, August 28, 2021

Sista

Rindu dia
Rindu sangat sangat
Sejak PKP ni lama sungguh kami tak dapat bertemu mata.
Wassup hari hari pun tak sama dengan dapat bersua muka
Wanita comel ini kakak ku
Orang yg sangat rapat di hati ku
Tempat mengadu
Kelmarin waktu mengemas album lama dalam almari, terselit foto2 lama ni..Haduhhh...Foto2 ini membangkitkan rindu.
Tak silap saya, dah lebih 10 tahun dah foto ni dirakam.Zaman muda muda ni, zaman masih sihat..La ni kakak dah semakin uzur, saya pun begitu.Tapi tua tidak mengubah perasaan seorang adik terhadap kakak nya..Tetap sayang, tetap rindu.


Friday, August 27, 2021

Ogos yang basah

Hujan dan bunyi guruh masih kedengaran.
Kurang sikit rasa hangat tadi.
Baru pukul 3 petang tapi dah macam nak magrib.
Mendung lagi ni.
Tadi saya tertidur.
Hujan2 begini sedap bertemankan lena.
Sekejap saja sebab belum solat zuhur.
Sebenarnya waktu ni tak tahu nak buat apa.
Nak melukis tak ada mood..
Nak berpuisi tak datang ilham..
Nak makan dah kenyang.
Otak pun tak berapa betul sehari dua ni.
Rindu.
Betul, sangat2 rindu.
Hanya Tuhan yang tahu macam mana rasanya.
Bila bertiup angin rindu menyapa hati, rasa sepi yang sesepi sepi nya.
Kalau budak kecik dah menangis meraung dah.
Tapi sebab dah tua, pandai2 lah simpan dan jinakkan rindu itu.
Rindu pada siapa?
Tak tau.
Hanya rindu pada kebahagiaan yang pernah hinggap.
Allahurabbi...
Hidup ini adalah rantaian kenangan.
Suka duka...
Sabar sajalah.

Thursday, August 26, 2021

Selamat tinggal.

 Itu merupakan kali terakhir kita dapat bersua muka.

Lepas ni kita tak kan berjumpa lagi.

Terpisah jarak dan hati.

Semoga Tuhan sentiasa merahmati mu.

Goodbye my dear friend.





Wednesday, August 25, 2021

Sakit

Sakit jari tersepit di pintu kereta Sakit gigi yang berlubang Sakit perut silap makan Sakit lutut naik tangga Sakit kulit terbakar api Sakik kalau kena tikam kat perut atau kena tembak kat dahi.. Tapi apa yang lebih sakit dari semua ini? Teramat sakit bila hati dilukai.

Monday, August 23, 2021

Saya ke yang pelik?

Benci betul. Meluat dah. Hari hari cerita pasal berebut nak jadi PM PM mana pun yg dilantik tetap tak puas hati. Carigali kesilapan dan berusaha untuk ditumbangkan. Jelak dah dengar cerita sama ulang ulang. Kes covid bukan bertambah baik pun Patut risau bab penyakit ni dulu Kita rakyat ni dah lama sangat terkurung Nak cari makan pun susah Orang kaya2 tak tau apa yang kami orang biasa2 ni hadapi sekarang. Boleh tak jangan duk up sangat bab politik? Bukak mesia sosial tu aje yg terpampang. Malas dah nak baca dan hadap. Menyampah tau tak?

Sunday, August 22, 2021

Rajin rahsia dia

Kalau dah rajin ikhtiar tu hidup tidak susah.
Nama dia B.
Belajar setakat tingkatan 3.
Tapi pendapatan dia mengalahkan pendapatan anak saya yang ada degree.
Dia pernah kerja sebagai budak pejabat.
Sedikit demi sedikit dia kumpul duit beli peralatan untuk kerja2 mencuci.
Sekarang dia full time buat kerja mencuci dari rumah ke rumah.
( Cuci sofa, carpet, lereta, tilam )
Jadual dia penuh walau musim PKP.
Rezeki dia murah.
Berbekalkan usaha 
Tulang empat kerat
Sopan
Sentiasa senyum
Semoga Tuhan permudahkan kerja2 dia dan berkati usaha dia.

 Kalau ada yang kata payah nak cari makan, sila jumpa dia..tengok kesungguhan dia kerja, cari makan.

Tak perlu meminta minta. Tak bergantung pada mak ayah. Boleh sara diri dan anak isteri walau tidak berpendidikan tinggi.

Saya tabek spring la...Keep it up B, you choose to be a good man, good husband and a good father. May God bless you


Saturday, August 21, 2021

Makhluk Allah

Ni makhluk Allah yang  muka tak bersalah langsung.
Dia ni lar pesalah yg kotorkan kerusi saya semalam.
Patut dah jadi banduan, dah kena kurung dalam penjara.
Tapi muka macam tu siapa yang sanggup nak seksa dia?
Bubu. Ko muntah lagi sekali atas kerusi aku buang ko kat pasar nak?

                Yang ni makhluk Allah sekor lagi.
Tu nak keluar ke mana tu?
Duk diam diam dalam kolam dah.
Memanjat jer kerja awak yer.

Friday, August 20, 2021

Siapa punya kerja ni?

Kerusi ni hadiah dari seseorang.
Cantik, ada meja kaca juga.
Dah lama tapi eluk lagi.
Kelmarin siapa punya kerja lah, muntah atas kerusi tu.
Saya boleh agak siapa sebenarnya cuma bukti tak ada.
Maka tak pasal2 saya mencairkan lemak di badan ni, menyental kerusi tu.
Nasib baik hari hujan senang sikit, buat kerja tengah hujan.
Biarkan hujan membilas hingga bersih
Hari ni pulak panas, elok kering nya.
Kerusi ni dah tak boleh letak bawah wakaf dah ni
Kena masuk dalam rumah.
Siapa nak tolong saya punggah kerusi2 ni naik tingkat atas?
Berat gak ni
Tu Si tuan badan yang muntah tu..
Tengok aje...pandang aje..
Kamu lah yang angkut boleh?
Sib baik kucing, kalau orang..Dah ku picit2 kepala tuh.

 

Wednesday, August 18, 2021

Ooooosom!

 

Bila orang dewasa dah jadi macam kanak2,

kita tengok pun malu.

Berebut.

Masing masing cuba menjatuhkan.

Ungkit mengungkit

Kata mengata.

Cari sokongan untuk nampak betul.

(Entah2 sokong membawa rebah)

Sebenarnya...

Budak2 lah yang pakar bab berebut.

Budak2 zaman saya berebut guli, berebut getah urat,berebut mainan.

Budak2 la ni berebut hset nal main game, berebut remote control tv...

Kalau tak dapat yang nak mula lah balik ngadu kat mak, menangis, tunjuk peel perangai.

Kadang mak bagi sebijik, tak pasal2 makin sakit pulak..Mak pun naik jemu dah dengan perangai asyik cari gaduh jer ni.

Last last bermasam muka dengan kawan2.

Sampai bila? Sampai dewasa dan matang berfikir.

Ingat balik cerita zaman budak boleh buat tersenyum sendiri.

Tapi

Bila orang dewasa, tua bangka buat perangai..

Loya la pulak.

Nak buat peel sampai bila?

Sampai abang Jamil mampos?

Buang tebiat tul lah!


Tuesday, August 17, 2021

Kelmarin

Sebelum PKP
Macam macam aktiviti
Bebas dan seronok.
Sekarang tak lagi.
Dah terkurung terpenjara di rumah sendiri
Berkulat, bersawang, berlumut dan reput.
Covid punya pasal.
Ujian dari Tuhan.
Semoga kita dijauhi segala bahaya.
Tuhan jaga kita.

 




Hulur salam tak bersambut

Kan dah cakap yang saya ni tak tetap hati.

Kan dah menyesal.

Saya sebenarnya dah pesan pada hati supaya jangan mengalah, yang lepas biarkan, jangan di kenang.

Salah. Tewas juga.

Kerana teringat dan rasa kehilangan saya buat perkara yang saya dah janji pada diri sendiri tak nak ulangi.

Apa saya dapat?

100 x sakit hati.

Padan muka saya.

Sunday, August 15, 2021

Tak tetap hati

 Sebenarnya saya tidak kuat.

Gagah saya hanya di lidah, di hati sentiasa mengalah.

Minda kerap berubah ubah.

Apa yang saya nak bukan lah apa ya g saya perlu.

Tapi kemahuan hati mengatasi cerdik 

Kerana itu lah saya sentiasa bertemankan kesal.

Apa pun keputusan saya di waktu saya gagah tak serupa dengan kemahuan saya bila saya rasa lemah.

Sampai bila macam ni?


Saturday, August 14, 2021

Apa daya ku.

 Bukan salah mu

Sepatut pun kau begitu

Kerana antara kita ada tembok yang kukuh

Aku hanya singgah mengintai intai dari luar.

Kau diam lah bahagia di dalam sana

Tak perlu kau pura pura membuka jendela

Tidak juga perlu memandang ke arah ku

Aku hanya Sang sepi yang tersesat.

Selamat tinggal.

Aku perlu beredar.

Tidak ada dendam dan benci di hati ini.


Friday, August 13, 2021

Apa khabar Norhayati..

 Dia menangis

Saya pun menangis

Dia menangis kerana saya meninggikan suara.

Saya menangis kesal kerana buat dia menangis.

Haduhh..teringat cerita lama.

Dia seorang murid yang istimewa.

Norhayati, cantik nama nya secantik tuan nya.

Sayang sekali dia murid lembam.

Berada di kelas paling corot, tidak tahu menulis dan membaca.

Tidak ada sepatah perkataan pun yg keluar dari mulut dia sepanjang saya ditugaskan untuk mengajar di kelas itu..

Hari ni sewaktu saya mengemas buku2 lama saya, terpandang sekeping kertas terselit di antara helaian buku2 tu.

Sebuah puisi lama saya buat norhayati.


Norhayati, kamu tentu dah dewasa sekarang. Semoga hidup kamu tenang damai.Semoga Tuhan permudahkan setiap urusan kamu.



Thursday, August 12, 2021

Sudut sunyi

Begitu lah hidup ini anak,
Tak semua yang kita rancang akan jadi kenyataan.
Segalanya bergantung atas apa yang telah tertulis.
Nak atau tidak, rela atau tidak, kena jugak hadap.
Jadikan semua yg dah berlalu itu satu pengajaran.
Jangan berulang kesilapan dulu.
Belajar dari kegagalan.
Buktikan kamu mampu berubah.
InsyaAllah, semoga Tuhan jaga kamu.
Amankan fikiran kamu
Lapangkan dada lamu
Dan
Ingatlah.
Perancangan Tuhan adalah yang terbaik.
Inna maal usri yusra.

 

Wednesday, August 11, 2021

Sekarang tak macam dulu.

Musim covid adalah musim segalanya berubah.
Dulu dulu riuh rumah dengan suara anak cucu.
.
Sekarang ni Si Owk pun bosan duk sorang2, tak tau nak buat apa.
Dulu posing ramai ramai, gelak tawa ramai ramai.
Sekarang?
Sekarang posing sorang sorang, 
senyum sorang sorang..
.
Bila nak tamat musim tak bebas macam dulu ni?





 


 

Tuesday, August 10, 2021

Penat mental dan fisikal

 Memang penat.

Nak puaskan hati semua orang di setiap masa bukan senang.

Puas cuba.

Mengorbankan kehendak hati sendiri demi hati orang lain.

Tapi apa yang kita dapat?

Komplen komplen komplennnnnn..

Itu tak kena ini tak kena.

Tak puas hati memanjang.

Allah hu Akhbar, dah sehabis baik kita cuba supaya jangan ada rasa payah pun bagi orang lain.

Biarlah yang payah itu saya, yang susah itu saya.

Saya x mintak balasan wang juta2.

Cukup lah senyum tanda terima kasih.

Berhentilah cari silap dan syukur lah dengan apa yang ada.

Saya dah penat sangat dah, tak larat rasanya.

Best nya jadi Siti Sarah...

Alfatihah(dibaca) dan salam takziah.

Innalillahiwainnailaihirojiunn.

Monday, August 9, 2021

Keluar peluh

 Hari ni hari mengemas sedunia.

Tak tau nak kemas bahagian mana dah rumah ni.

Semenjak pkp ni asyik mengemas saja.

Hari ni nak kemas laman la pulak.

Selepas saya hapus kira garden saya tu, keadaan jadi tak tersusun.

Hari ni nak susun atur gaya baru.

Happy.

Mengemas makes me happy.

Anak2 cakap mommy OCD.

Hentam la anak, sib baik OCD, kalau jenis mak2 yang tak suka mengemas tu macam mana?

Rumah bersepah, setiap ruang ada barang yang tak sepatutnya, rimas!

Ok lah, nanti saya update laman yg terkini selepas saya susun atur semula. Harap2 tanpa garden nanti laman lebih lapang.

Jom, lets mengemas!

Saturday, August 7, 2021

Kicap

Akhir2 ni saya duk tengok ramai yg melukis guna kicap.
Kebanyakan nya lukis potret artis2 dan pemimpin2 yang dikenali.
Yang paling hebat lukisan wajah kanak2 sedang menangis.
Viral kencang lukisan tu.
Saya yang suka meniru ni nak sangat cuba lukis jugak.
Tapi saya tak pandai lukis potret.
Lukis tu boleh tapi lain yang di lukis lain yang jadi.
Jadi lebih baik saya lukis dia yang hanya saya yang kenal.
'Mekbunga' nama dia.
Dari lukis wajah manusia last2 jadi monyet, baik lukis monyet terus.
Tapi bila nak tulis nama pelukis tu risau pulak.
Selalunya saya tulis nama saya saja di bawah hasil lukisan saya, tapiii.....
(Lawak la wei...)
Rasa tak selesa lak nak tulis nama 'hani' di bawah potret monyet.
Tu pasal la siap bagi ulasan.
Jangan pandai2 tukar caption tu yer..
Gelak sorang2 pulak saya ni.

 

Thursday, August 5, 2021

Wednesday, August 4, 2021

Anjang.

Saya bukan pelukis
Jauh sekali pelukis potret.
Memang saya x pernah sekali pun siapkan potret yang saya cuba lukis.
Semuanya akan berakhir dgn rasa frustrated
Dah tau tak pandai kenapa lukis jugak?
Suka. Sangat suka memerhati.
Bila nak lukis potret apa yang paling penting ialah memerhati.
Tilik setiap garis wajah.
Setiap mimik muka
Setiap kerlingan mata.
Hmm...Melukis dari hati.
Saya hanya melakar wajah orang yang dekat di hati saya.
Wajah orang yang saya kenali.
Wajah orang yang saya rasa ada tarikan tersendiri.
Tak apa lah walau tak seindah lukisan orang lain.
Saya dah cukup puas dah dapat lukis wajah mereka( walau tak pernah siap)
Ni salah satu lukisan potret yang saya hasilkan.(Ni pun tak siap jugak ni....)

Anjang.

Seorang bapa saudara yang sudah uzur.

Saya suka perhatikan dia dari dulu.

Wajah dia mirip arwah ayah saya.

Tengok dia ingatkan saya pada arwah ayah.

Anjang, kalau lah Nie pandai melukis dengan lebih baik, Nie akan lukiskan potret Anjang yang lebih baik, lebih tepat dan lebih halus garisan nya.I love you Anjang. Near or far distance doesnt matter.

LUKISAN ADALAH HIMPUNAN GARISAN GARISAN YANG TERBIT DARI RASA HATI.

 

Tuesday, August 3, 2021

Jambu

Buah jambu masak
Masak hujung julai
Apa jamu kakak
Nasi dengan gulai

Buah jambu banyak
Cepat pergi cari
Apa jamu raayat
Janji manis menteri



 

Sunday, August 1, 2021

Anak sepupu

Ini potret masa depan dia.
Agaknya bila dia dewasa macam ni lah dia.
Selarang dia baru anak lecil di sekolah rendah.
Macam kpop kata mama dia sewaktu saya tunjukkan lukisan potret ni.
Kpop pun kpop lah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...