Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 31, 2017

Otak tak tenang hari ni

Kalau saya kata saya sentiasa bernasib malang,
Ramai lah yg akan kecam saya.
Maka ada lah yg akan kata saya ni jahil tak tebal iman.
Ada yg akan kata saya ni tidak redha dgn dugaan2 dari Allah.
Ada yg kata saya tak tau bersyukur.
Katalah....tuduhlah...
Saya hanya mampu berdoa semoga kamu semua lebih bahagia
Lebih bertuah
Lebih kuat dan tebal iman dari saya.
Sesiapa pun berhak bersuara..
Silakan beri pandangan.
Tapi sebelum tu pastikan kamu berada bersama saya disetiap hela nafas saya.
Pastikan kamu pernah menyaksikan dgn mata kepala bagaimana saya membesar, menjadi dewasa, menjadi tua dan menjadi saya hari ini.
Amat mudah menghukum dan lebih mudah untuk berkata kata tanpa merasa.
Betul lah, saya tidak nafikan..
Sepanjang usia ada gelak tawa, ada juga saat2 yg membahagiakan.
Tipulah kalau saya menidakkan segala kemanisan hidup yg pernah saya kecapi.
Cuma kekadang tu, bila saya ulangtayang segala pengalaman hidup,
Banyak sungguh pahit getir yg saya alami.
Sakit sungguh mengharungi ranjau duri kehidupan.
Rintangan demi rintangan.
Kalah, tewas dan gagal dah jadi mcm makanan.
Mahal sungguh harga kasih sayang.
Harapan dan doa tiris berpanjangan.
Banyak sungguh air mata saya yg telah tumpah , masih tumpah entah sampai bila nak berhenti tumpah...
Acap sungguh saya dilukai, hati entah berapa kali remuk.
Tapi dalam pada itu, saya masih lagi bersyukur..
Bersyukur kerana masih lagi mampu melangkah ke depan.
Masih mampu senyum.
Masih mampu kekal waras.
Masih mampu sujud dan berdoa semoga segalanya akan dipermudahkan juga akhir nya.
Kenapa saya menulis begini hari ni?
Tadi otak sangat2 berserabut.
Ni dah ok sikit dah..
Tu pasal meluahkan di sini bukan di bahu orang lain..
Ok, bye dulu lah, sekarang tiba masa nak mengadap Dia yang lebih memahami.
Allah hu Akhbar, hanya kamu tempat ku mengadu.

Tuesday, July 25, 2017

Kehilangan.

Hari ni nak meraung sehabis suara.
Nak hentak2 kaki, nak nangis guling2 sampai 4 penjuru dunia.
Nak jadi budak kecik semula
Nak meragam habis habisan.
Alangkah baik nya kalau boleh lepas perasaan macam tu.
Tapi oleh kerana saya dah tua purba, saya cuba pendam rasa hati.
Cuba untuk tidak tumpahkan walau setitik pun air mata.
Sedih, sgt sedih, teramat sedih.

Malam tadi burung suncore saya yg jinak mati.
Malam tadi juga kucing parsi saya tidak pulang2.
Dah di culik orang, dah berpindah tangan lah nampak nya.
Huhuhuhuhuhuuuuuuu....!
Kedua ni la hiburan saya.
Kedua ni la tempat saya divert sedih pilu di hati saya.
Kedua ni la mengisi masa sepi saya, masa sunyi saya.
Penat bela tu satu hal, lebih penat lagi hati meratapi kehilangan mereka.
Allah hu....
Kenapalah setiap kali saya tumpahkan kasih sayang dan perhatian pada makhluk Allah, semuanya sangat sementara.
Sekejap sangat saya di beri masa untuk senyum ketawa.
Mahal nya harga bahagia dan benda2 yg membahagiakan.
Sentiasa begitu buat saya.
Maka hari ni saya amat berdukacita.
Biarkan saya melayani hati saya dulu, jangan diganggu
Saya hanya nak duk di penjuru ni melayan hati dan perasaan saya.
Hari ni matahari suram, mendung saja.
Seperti tau2 apa yg saya rasa.
Harry, pulang lahhhh biarpun Lala dah mati sekurang kurangnya kepulangan Harry boleh mengubat hati.
Pulangkan Harry saya, please.
Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeèeeeeeeèe

Thursday, July 13, 2017

Kecik2 dulu tak ada susu yg menghubungkan sel otak, tu pasal laaa..

Posting hari ni sebenarnya hanya utk diri sendiri.
Ditujukan khas untuk diri ini.
Saya pun naik heran lah,
Kenapalah saya ni tak tetap pendirian.
Tak tegas.
Tambah2 kalau melibatkan hati.
Minda dan hati sentiasa berperang.
Hati selalu menang dan
Pialanya hanyalah sesal yg tak sudah.
Makin usia meningkat
sepatutnya saya belajar dari pengalaman
Sepatutnya saya serik.
Ini tidak...
Saya rela dipergunakan.
Dipermainkan.
Dijadikan batu loncatan.
Kenapa?
Sebab saya tak reti2 nak kata 'No'
Sentiasa mengalah asal orang lain tak apa apa
Saya ni ibarat lilin yg dinyalakan di kedua2 hujung.
Sepatutnya saya jadi lampu kalimantan bukan lilin.
Menerangi orang lain tapi diri tetap gagah.
Kalau tak gagah macam lampu kalimantan,
Kurus mcm lampu kalimantan pun dah cukup baik dah.
Opss...tajuk kurus gemuk bincang lain kali.
Macam ni la, sebenarnya saya ada buat sesuatu yg saya tak patut buat tadi.
Berkali2 pesan jangan buat tu, jangan monyetttttt....
Aku nak jugak, aku nak buat jugak!
Kalau animasi monyet dgn kancil tak per setakat pedas berasap jer makan cili.
Ni realiti...
Sekarang selepas buat apa yg saya seboleh bolehnya tak nak buat, apa saya rasa?
Sesal.
Sesal sesal sesal
Sesal berpanjangan.

Tak pasal2 harga diri yg dijunjung cair meleleh ke kaki.
Tapi takper, saya tak nak simpan bodoh saya buat anak cucu.
Saya guna sampai habis limit..
Semoga anak cucu jgn ada yg mewarisi sikap saya ni.



Wednesday, July 5, 2017

Awak pernah tak?

Pernah perang dingin?
Perang dunia pun tak sehebat perang dingin.
Senjatanya hanya zip mulut.
Diam.
Bisu.
Mulut saja yg mogok, pergerakan tetap aktif.
Lebih2 aktifnya.
Kong kang kong kang....
Sound effect memenuhi ruang.
Pinggang mangkuk berlaga dalam sink.
Pintu kabinet menjerit kena hempas.
Gedegung gedegang....
Kucing boleh agak, siang2 dah lari jauh2.
Anak2 silap haribulan kena tembak.
( Nak tembak jeneral tak dapat, prebet jadi sasaran)
Kalau musuh ada menonton, lakonan lagi menjadi.
Baru puas hati berjuang.
Apa punca perang dingin?
Bila kehendak tidak serupa,
Keinginan tidak kesampaian.
Kata2 tajam menyucuk hati
Tak nak mengalah walau tau salah
Bila rasa dah nak kalah baik mogok,
Baik diam, baik mengamuk sorang2.
Mana tau senjata ni berkesan...
Mana tau kannn...
Tapi yang sangat2 buat hati terbakar hanya satu.
Kita berperang sorang2..
Orang buat derk jer...sardin jer....
Yg mgok lapar nya kita, maka seharian lapar.
Yang sental kuali periuk dan segala benda nya kita, berkilat semuanya.
Yang muncung nya kita, huduh betul la perangai....
Sebenarnya dalam diri kita masih ada kanak2 yg memberontak.
Sekali sekala lupa diri dah tua,
Sekali sekala merajuk nak org pujuk saja.
Tu aje.
Merajuk pada yang sayang.
Persoalan nya ada ke orang sayang?


Monday, July 3, 2017

Selepas raya.

Lepas raya kemas rumah.
Setiap tahun pun macam ni lah.
Mengutip barang2 yang tercicir.
Raya, raya jugak tapi anak siapa pulang berkaki ayam nih?
Kasut kecik dan selipar kecik tanpa tuan tersadai di tangga.
Agaknya tuannya datang dgn kasut bersarung di kaki, pulang dgn di dokong.
Datang la tuntut, takper saya simpan elok2.
Raya raya jugak tapi apasal meriah alas kaki dan karpet ni?
Manik2 berbagai jenis dan warna.
Ada yg luruh dari baju raya tanpa rela ni
Cuba check baju siapa dah kurang blink2, sah manik tu dia orang yg punya.
Nasib baik bukan permata, kalau tidak kaya la saya.
Raya raya jugak tapi masuk tandas nak berwuduk, tinggal segala harta.
Atas sink ada, dlm bilik solat ada, atas kabinet dapur pun ada..
Jam tangan,hset, brooch besar,brooch kecik dan segala jenis paku peniti.
Dah tu biarkan benda tu di situ...Lupa lah tu.
Agak nya ni mesti harta worih waroh ni..
Ni kes dtg bukan main 'janggok' ,time nak balik tu main sarung tudung ala kadar kerana penat seharian beraya.
Raya raya jugak, tapi kesian la hiasan kepala paip di tangga saya.
Yang asal nya 3 sekarang tinggal 2.
Yang 2 tu pun dah hampir tertanggal.
Siapala tukang baiki paip ni?
Tak kisah la siapa pun, ada rezeki kita ganti lain.
Janji tetamu datang bawa bahagia.
Seronok.
Pengumuman terakhir sempena raya.
Datang la tuntut harta karun yg ditinggalkan nih.
Kalau x nak, saya sedekahkan jer.
Nak hadiahkan saya pun boleh.
Raya,raya jugak, tapi tetamu dah tak ada.
Yang tertinggal hanyalah bayang gurauan dan gelak tawa.
Yang ni saya nak simpan selama nya.
InsyaAllah tahun depan, panjang umur kita beraya bersama
(Sah la tu akan ada yg cicir barang pula....)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...