Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 31, 2012

percubaan kedua buat N3 di hari terakhir 2012.

Tadi update blog dengan N3 menggunakan emosi.
Tak patuttt....Tak patutttt..
Kalau yg dah baca yg tadi buat2 tak baca lah yer.
Merapu aja tu...hujan2 ni otak basah sikit maka jadi lah camtu.
Ni N3 yg lebih berhemah, hopefully.
3 jam lebih lagi nak tahun baru.
Orang muda2 berpesta sakan malam ni.
Kita orang yg merasa diri dah tua ni tak sambut tahun baru pun tak apa.
Tak ada apa pun lain nya esuk dengan hari ni.
Cukup lah dengan bersyukur usia masih ada untuk kita tambah amalan.
Niat tu tak nak lh tambah dosa tapi mana tau kannn....
Saya harap esuk saya lebih baik dari hari ini.
Itu saja.
Pasang azam hebat2 pun tak guna kalau tak leh capai.
Ukur baju di badan sendiri lah.
Berazam nak muda kembali? Tak ingat mati nih!.
Berazam nak cantik, Sah mustahil.Tambah kedut ada.
Berazam nak kurus? Hadoiii....kurus tak, makin berisi yer.
Berazam nak jadi baik? Kan dah baik dah punnnnn...
Baik hati, jujur, ikhlas dan sebagainya lagik.
Kan? Kan? Kan?
Sepatutnya saya berazam nak kurangkan masuk bakul angkat sendiri.
Tak muat bakul dah wei....

tak mahu ke tahun baru, nak berhenti di sini saja.

Hari ni hari penutup.
Selamat tinggal penat lelah ku.
Ku kikis segala duka semalam dari terus bergantungan
Bisakah aku berbuat begitu?
Boleh kah?
Mampu kah?

Atau mungkin kah,
ada duka baru akan hinggap.
Seperti selalu,
aku lah yang seringkali di duga tanpa henti.
Terumbang ambing di lautan payah.
mencuba untuk kelihatan gagah
memujuk diri untuk sentiasa tabah.
Pasrah.

Esuk,
Bila melangkah ke tahun baru
yang ku harapkan dari mu Tuhan,
Titipkanlah khabar yg bahagia buat ku..
ringankanlah beban yg ku kendong ini.
Leraikan lah resah yang membelit jiwa.
Tenangkan lah ribut di hati
Kalau pun ujian bagi ku masih banyak menanti,
Berikan lah kesabaran yg mencukupi buat ku.

Aku ini, Tuhan,
Kadang kadang merasa seakan
hak untuk bahagia,
sudah tidak ada.

Sunday, December 30, 2012

Assalamualaikum apa khabar....

Assalamualaikum,
Dah seminggu rupanya saya tak hinggap di sini
Lama tu, tak pernah2 selama ni saya tidak update N3.

Masaalah teknikal.
Line tenet meragam di musim tengkujuh
Tuan tanah pun meragam jugak, saja tak nak ngaku.
Bukan budak kecik saja pandai meragam,
nenek tua pun reti.
Saya expert bab meragam ni.
Tau tak per.
Hari ni tak ada cerita nak di kongsi.
Sekadar nak tunjuk muka kat sini saja.
Sekadar nak let u all know that I am still alive.
Saya masih bernafas lagi tau.
Alhamdullilah, masih sihat walau usia makin bertambah.
Selamat Menymbut Tahun Baru buat semua yg singgah di sini.
Ada azam baru ke tidak?
Saya nak recycle azam tahun lepas saya saja.
Azam tu masih kekal di peringkat azam.
Tu lah selalunya.



Sunday, December 23, 2012

N3 Musim Banjir

Dia ni pelik sikit.
Di musim panas dia berselimut.
Di musim sejuk dia terdedah.
Dedah pun tak seksi sebab badan besar.
Dia ni juga 10 bulan dalam setahun makan gaji buta.
Nak buat macam mana dah tidor aja kerja nya.
Dia hanya berkhidmat lebih kurang 2 bulan sepanjang tahun.
Tapi jangan tak tau,
 2 bulan tu,
Dia kerja lebih masa.
Tak berhenti rehat pun.
Pagi kerja malam kerja.
Tercunggap cunggap.
Yang tak tahan nya,
dia kuat makan.
Sekali dia ngap letrik, bercupak!
Tengok lah bila bil sampai nanti.
Mujur lah dia ni pandai pulak berpakat dgn Si Aircon.
Sewaktu dia kuat makan,
Si Aircon pulak berpuasa.
Si Aircon ni memang rajin puasa di akhir tahun.
Sebagaimana rajin nya Si Dia ni kerja di akhir tahun jugak.
Hari ni hujan masih lebat di luar.
Makluk bawah bumbung saya ni pun satu hal.
Makin kuat hujan makin suka tukar pakaian.
Kesian Si Dia ni...
Selamat bekerja lah Wahai 'Mesin Dryer' ku.
Bakti mu amat ku perlukan.




 

Saturday, December 22, 2012

Aktiviti musim hujan


Di luar hujan takpa,
kita berkhemah dalam rumah.

Cepat bawa masuk harta benda yg berkaitan.
Ada siapa2 nak tumpang masuk tak ni?
Dah.
Best nya tido dalam khemah.

Friday, December 21, 2012

Puisi 'Kaya Lemak' buat yg sewaktu dengan ku..

Musim hujan musim menternak lemak.
Membiak subur.
Baja subsidi dari teman2,
dari saudara yg tersayang,
dari Pasar2 berdekatan
dan dari peniaga di tepi2 jalan,
Tak cukup itu, Supermarket di serbu.
Fast Food,Home delivery.
McD, Pizza Douts dan KFC
Pusat biak di depan TV.
Meja makan menjadi saksi.
Ubi rebus cicah sambal tumis pedas2 manis,
Pisang goreng dan Tapai goreng berasap,
Laksa asam dan laksa lemak.
Nasi lemak ayam berempah.
Spaggeti, lasagna dan western food pun sedap.
Nikmat di mulut, buncit di perut.
Makan panas2..Hirup kopi atau ' Milo Tabur'
rintik hujan berganti lebat.
Irama banjir di telinga
Sejuk membekukan segala lemak.
Aduhhh...Sedap sungguh berlingkar dalam selimut.
Jauhkan mesin timbang dari pandangan ku.
Aku tidak mau,
bacaan2 itu mengganggu proses penternakan.
Penternak jaya adalah aku.
Dan KAMU..Tapi,
Kamu saja tak nak ngaku...
Muahahahaha.....

Pensil sebatang melakar harapan.

Mahal.
Mahal pun nak buat macam mana.
Kena beli jugak.
Nak buka sekolah sama dengan nak raya
Duit macam air paip, mencurah keluar.
Orang tak ada anak yg bersekolah tak tau.
Orang yg tak beli peralatan sekolah seronok lah, boleh simpan duit... yer ke boleh simpan?
Ni ada dua makhluk Allah yg masih bersekolah.
Nasib baik 2 aje.
Tapi kalau 6, 6 kali ganda lah perbelanjaan.
.Anak,
duit boleh di cari.
Yang penting belajar rajin rajin.
Tu yg semua mak2 dan bapak2 nak tgok.
Berhabis untuk keperluan kamu menuntut ilmu tak apa, kami redha.
Usaha kamu pun biar lah berbaloi...
Bayar kos persekolahan yg di keluarkan dengan belajar rajin2.
Ganti penat lelah kami dengan kejayaan
Ingat tu anak,
Segalanya adalah pelaburan masa depan kamu.
Semoga Tuhan memberkati mu.



Thursday, December 20, 2012

Dah jelas?

Sedap lah awak cakap,
tak ada bibik pun awak boleh urus segalanya.
Dik, saya ni dulu pun tak ada bibik.
Kerja rumah tetap beres.
Tapi sekarang ni memang saya perlukan bibik.
Selain dari usia saya yg menghalang saya dari over aktif,
kerja rumah saya jauh lebih byk dari awak tau..
Memang tak larat nak buat sorang sorang.
Tak caya?
Awak rasa awak pun byk kerja yer.
Mari kita banding kerja nak?
Ok ni saya senaraikan kerja saya.
Kalau awak rasa awak boleh buat sorang2 memang akak tabik lah.
Ok, Ni senarainya.
-2 buah rumah untuk di urus (satu rumah yg di huni dan satu rumah hujung minggu)
-2 laman untuk di trim rumputnya,pokok hiasan nya dan dijaga rapi
-2 kolam hiasan dan kolam ikan untuk di beri makan dan di rawat airnya.
-4 ruang tamu dan ruang keluarga, 8 sliding doors yg perlu di lap dan
perabot perlu di nyah debu. 
-10 bilik tidur untuk di tukar cadar dan di mop/vacuum.
-6 bilik air untuk disental
-4 ruang dapur untuk di susun atur peralatan
-1 kandang kucing besar bagi sekeluarga kucing.Satu lagi dlm pembinaan.
-Kenderaan bertayar 4 ada setengah dozen  perlu di cuci selang sehari.
-Memasak untuk keluarga yg besar dan sering ada tetamu
-Mendobi tu tak yah cerita sbb mesin yg buat.Setakat jemur dan lipat tu tak de masaalah.
Maaf, jgn salah anggap. Saya bukan nak bilang asset tapi saya geram jugak bila ada yg tak faham.
Mereka ingat ada baby saja perlu ada bibik.
Mereka asyik bertanya saya kenapa pakai bibik.
Mereka siapsindir2 saya lagi
Salah ke saya pakai bibik?
Bukan hamba sahaya, saya bayar gaji.
Mereka tak tau,
Saya ni bukan suri rumah tangga sepenuh masa, saya juga kuli gomen.
Masa terhad
Tanggung jawap banyak.
Selain tu,
keluarga saya suka melancong dan selalu tinggalkan rumah.
Kalau tak ada bibik siapa nak jaga rumah saya sepanjang ketiadaan saya tu?
Sebab yg terakhir ni bagi saya amat penting.
Hospital menjadi rumah kedua saya kerana ada ahli keluarga yg uzur.
Sewaktu saya terpaksa bermalam dan berkampung di hospital(kadang tu sampai berminggu)
Siapa yg akan urus anak2 saya? kucing2 saya? rumah tangga saya?
Kalau awak sanggup tolong urus boleh lah awak cakap yang saya ni tak perlukan Bibik.
Astaqfirullahhhh....Mulut tak de insyuran macam tu lah.
Eh, tak pasal2 saya naik hangin ni naper yer..
bukan dia yg bayar gaji bibik saya pun.
Sedap mulut dia jer ngata orang.
Tak, saya tak marah...
Esuk datang lah, tolong saya cuci kandang Rimau.kucing tu.

Kita yg bertuah.

Nak makan apa hari ni?
Celik mata di pagi hari ini lah soalan pertama yg hinggap di benak fikiran.
Nak jamu ahli keluarga makan apa?
Kerana kita dilahirkan di bumi bertuah ini maka
hanya ini yg menjadi tanda tanya.
Nak beli ke nak masak..
Kalau beli nak beli kat kedai mana
kalau masak nak masak menu apa
 Tu, penduduk Gaza tu...
Boleh sedut nafas ke tidak hari ni belum tentu
Ahli keluarga selamat tak?
Yang sakit ada ubat tak?
Yang mati ke yang hidup lebih merana di bumi itu.
Hanya Tuhan yg tau azab sengsara mereka.
Kita bersimpati juga,
tapi time makan kita makan besar
Time tidur kita tidur lena
Dapat bercuti, dapat berlibur, dapat berhibur.
Dapat senyum.
Dapat tengok anak2 senyum.


Alhamdullilah, kita di lahirkan di sini.
Celik mata, hujan atau panas,
Rezeki tetap melimpah.
Cukup.
Jangan pandai2 nak nafikan.
Kalau rasa masih tak bahagia di sini,
pindah jer duk kat tempat lain.
Ada yg asyik merungut saja
Tak reti nak bersyukur.
Ikutkan nak komplen, tak habis habis.
Ko larat, ko komplen la...
Saya ok jer.....



Wednesday, December 19, 2012

La la la lalaaaaaa..........Senang nya dalam hati.

Nak beli ni , nak beli tu
Nak beli ni, nak beli tu
Nak beli ni nak beli tu.
Haiya, dah dapat bonus ni banyak pula yg nak di beli
Senarai berjela.
Tok Jib, Tahun depan tok sah bagi bonus lagi lah.
Susah hati lah saya,
lagi banyak bonus lagi panjang senarai saya ni...
Heheheheheeee......................

Tuesday, December 18, 2012

Tak perlu mengejar pelangi

Orang kata,
setiap kali lepas hujan hadir lah pelangi.
Ye ke?
Ni baru lepas hujan,
tak de pelangi pun.
Tak de pun.
Dah lama duk tunggu kehadiran pelangi.
Tunggu dan menunggu.
Bila nak ada pelangi nih?
Hujan, ribut petir dan hujan lagi.
Pelangi tak muncul2
Tak nak tunggu lagi lah.
Harapan berkecai menjadi debu.

Hidup ini amat payah.
Mati pun belum tentu mudah.
Pasrah dan redha
hadapi segalanya seadanya

Pertunjukkan tanpa pentas.

Dah 40 tahun agaknya saya tak 'melompat'
Terlompat atau meloncat.
Rugi betul sesiapa tak tengok saya semalam.
Semalam saya terloncat loncat tanpa di suruh.
Haaa...Persembahan dengan penonton yg minima.
Persembahan tak bertiket.
Sempena apa?
Sempena kuali dan roti tu lah.
Aduh du du du du duuu......
Macam ni,
saya nak goreng roti yg saya dah siap uli tu.
entah macam mana bila dah nak siap menggoreng,
letak roti terakhir dalam minyak,
merencik minyak panas tu kat lengan.
Sakit woiiii.....Panas menggigit.
Maka terloncat loncat lah saya secara sukarela.
Nasib baik ada doktor dalam rumah.
Tapi dah bagi First Aid pun pedih panas tetap terasa lagi.
Tak tau nak buat apa..
Sambung loncat lah.
Meloncat dan lagi dan lagi
Astaqfirrullah, macam budak kecik.
Tak kira, bukan orang lain ada menonton pun.
Siapa pernah kena minyak panas tau lah rasa nya.
Hari ni lengan saya dah berbatek batek kemerahan dah.
Merah dan akan jadi kehitaman nanti.
Kulit tak menggelembung sebab doktor cepat rawat.
Alhamdullilah, terima kasih lah Dr Saidatul.
Semoga Tuhan sentiasa memberkati anak ku ini.
Terima kasih juga kepada dua orang 'Saidatul' yg lain nya kerana tolong jadi penonton yg ketakutan.
Maklumlah, tak pernah tengok mummy terloncat loncat begitu kannn..
Ok, jom kita makan roti goreng..
Haah?
Dah habis?
Aiyalaaaaa......Esuk uli roti lagi lah nampak nya.

Monday, December 17, 2012

Bukan musim ribut petir ni.

Hari ni hujan lagi.
Esuk pun mungkin terus hujan.
Musim tengkujuh di pantai timur ni biasa lah.
Saya suka hujan tapi takutkan petir.
Dari zaman kanak2 lagi saya pantang bunyi guruh akan berlarilah menyorok.
Guruh dah kalut, kalau petir memang menangis nangis lah.
Kalau petir berdetum, bawah selimut lah saya.
Sekarang pun masih takutkan petir.
Cuma tak tahap menangis dah.
Bila kilat meyambar, macam otomatik, rasa nak menyorok.
Tak leh salahkan anak2 kalau mereka takut petir sbb mak mereka macam tu jugak.
Kalau tak wajib, saya tak kan keluar rumah bila ribut petir.
Kalau dah kat luar rumah saya tak kan balik selagi petir tak reda.
Petir di tengah malam lebih menakutkan.
Tak leh bukak mata, tangan menutup telinga dan mulut terkumat kamit baca doa.
Takut.
Tu baru petir di dunia.
Belum azab di neraka lagi.
Tuhan, aku tak layak untuk ke syurga mu tapi aku tak sanggup untuk ke neraka mu..
Tak sanggup sungguh....

Sunday, December 16, 2012

Lawak terbaik tahun 2012

"U nampak kurus sikit laa.........."
Hahahahahaaaa.....
Wakahkahkahkahhh....

TQ..Terperasan kurus kekejap.
That is the best statement of the year.
Tapi pedih juga pipi bila ditampar realiti.
Huhuhuhuhuuu........................!

Tunggu lah, bila saya kurus macam model nanti,
saya nak tayang foto saya kat sini banyak banyak.
Bila nak kurus tu?
Tomorrow.
My diets starts tomorrow.
Thats what I said yesterday.
Thats what I've been saying for the past 10 years.

Sabo jer lah Cikgu Hani kannnnnnn...

Saturday, December 15, 2012

Bukak kotak komen ada jer hamba allah ni..

Siapa kah yang selalu singgah dan menyapa saya dengan tidak memperkenalkan diri?
ANONYMOUS
Heran jugak.
Ni mesti orang yg mengenali saya.
Atau mungkin saya tak mengenali dia
Atau mungkin orang yg tidak mempunyai blog tapi suka lawat blog.
Atau orang yg sengaja tak nak saya tau siapa dia sebenarnya. Menyamar.
Atau orang yg kerjanya Spy Menyepai.
Atau apa apa lah.
Saya tak kisah, dah awak tak nak perkenalkan diri saya nak buat macam mana.
Singgahlah dan tinggalkanlah jejak, saya tetap hargai nya.
Janji jangan komen yg tidak mendapat kelulusan Finas cukup.
Biar sesuai untuk tayangan gitu.
Ada juga yg singgah untuk promosi segala jenis bisniz.
Ini saya tak suka.
Saya bukan kaki bisniz, kalau nak niaga saya dah lama jadi bisnizwoman.
Maaf yer.
Tapi kalau nak suruh saya buat lawatan balas tak apa.
Tak suruh pun saya akan membalas lawatan, dah hobby macam tu.
Ada masa saya akan lawat samaada secara senyap atau meninggalkan kesan.
TQ ebribodih.
May God bless Uols..........

Friday, December 14, 2012

Akta berpakaian kena ubah di musim hujan.

Hujan dari marin tak reda lagi.
Yang paling tak best bila tengok bakul kain yg perlu di cuci sarat.
Nak cuci pun yg semalam belum kering di ampaian.
Betul lah tak payah lipat kain baju sehari dua ni,
tapi bila kering semua yg kat ampaian tu,
berbukit lah kerja tertunggak.
Kain baju ni pun satu hal lah.
Dah pakai nak kena cuci
dari cuci nak kena jemur.
Dah jemur nak kena angkat
dah angkat nak kena lipat
dah lipat nak kena masuk almari
Yang saya geram nya, kalau nak pakai baju,
rakyat jelata saya ni mesti nak ambik yg dah tersusun dlm almari
Tak boleh ke pakai yg baru di lipat tu..
Gilir yg sama setiap hari, tak boleh?
Kan duk rumah saja ni, bukan keluar kemana mana pun.
Kalau ingatkan penat duk urus pasal kain baju ni,
Rasa nak tampal notis 'DI LARANG BERPAKAIAN' kat dinding.
Boleh ke buat macam tu?
Tak de lah, cadangan di kala otak serabut tengok pakaian berselerakkan saja.
Kalau letak notis pun hanya lah notis....
' SENDIRI PAKAI, SENDIRI CUCI!'
Ada faham?











Wednesday, December 12, 2012

Sempena tarikh yg cantik ni..

12/12/12
Cantik nya tarikh ni.
Sempena tarikh cantik ni saya nak buat apa yer..Tangkap gambar sendiri sempena tarikh ni boleh ke?
Ok, bab posing ni saya tak ada masaalah langsung.
tapi kena tunggu camerawoman bangun dari tidur dulu.
Bawak bersabar yer tuan2 dan puan2...

2 jam sudah berlalu, camerawoman dah masuk opis.
OK, posing sudah...Pas tu nak buat apa lagi?
Tukar baju lah, posing sekali lagi.
Hehehe...ngalahkan model nih.
Model purba pun purba lah..
Baju saya, blog saya, suka hati saya lah kannn..

Nampak kurus sikit tak?
Soalan bonus buat yg singgah di sini.
Tak per tak kurus pun,
perasan kurus pun dah cukup baik dah.

Abaikan bab saiz saya tu.
Cer tgok kasut saya..
Haa...Ada berani pakai ke sekolah?
Maunya terkehel urat betis ni.
Kasut anak saya ni, saya pinjam buat posing.


Last sekali cuba tgok background
Depan peti ais pun posing.
Macam tak de tempat lain.
Memang tak ada tempat lain pon.
Ini lah tempat yg paling acap saya singgah dalam sehari.
Soalan bonus kedua.
Buat apa saya singgah depan peti ais?



Ada laaa...................





Tuesday, December 11, 2012

Pagi2 dah dapat benda FREE


Tak ada yang free sekarang ni.
Kecuali 'Malu'.
Malu memang dapat for free.
Dimalukan
Lagi lah free, beserta perasa tambahan lagi.
Hari ni saya dapat malu free, 2 in 1 pulak tu.
Malu +Sakit.
Tu lah, nak kejar lori sampah yg datang awal pagi lah konon.
Kan dah tertiarap depan pagar.
Berterabur sampah keluar dari plastik sampah.
Bau malu saya semerbak, mengalahkan bau lori tu.
Siku saya berdarah kena pavement.
Tapi dek kerana dah 'Malu'
Saya salahkan tukang pasang pavement tu
Marahkan JKR yg tanam pokok tu
Marahkan lori sbb dtg awal pagi, belum cerah tanah lagi.
Marahkan selipar jepun buatan Msia
Marahkan anak2 sbb tak buang sampah mlm tadi.
Marahkan semua orang kecuali diri sendiri.
Orang dah 'Malu' memang macam ni.
Marah2 tu nak cover malu jer....

Monday, December 10, 2012

Bukan saya tak kesian tapi saya tak nak galakkan.

Pintu pagar saya separa terbukak kerana ada kereta tamu depan pagar.
Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Saya sibuk di dapur menyediakan makan malam buat tetamu saya.
Oleh kerana tetamu ada pertalian darah, kami sembang2 kat ruang keluarga saja.
Riuh gelak tawa.
Tiba2 kedengaran suara memberi salam.
Malam2 begini siapa pulak ni...
Oleh kerana pintu pagar rumah kami terbukak, dia dah masuk tercegat depan pintu menunggu untuk pintu dibuka..
"Waalaikumussalam, Cari siapa?"  Saya tak kenal wajah orang ni.
Seorang lelaki pertengahan umur mendokong seorang anak kecil sebaya cucu saya.
"Saya nak minta derma" Kata beliau selamba.
Malam2 begini ada jugak orang nak mintak derma, siap bawak anak lagi.
"Derma apa malam2 begini?" Saya rasa cuak tapi berani sebab dalam rumah saya ramai orang.
"Anak saya nak berkhatan esuk, tak cukup duit." Dia memancing simpati saya.
'"Laa, dah tak de duit kenapa tak pergi kelinik kerajaan saja?" Saya dah mula rasa tak senang dah ni.
"Alah puan, tak kan tak leh bagi rm50, kereta pun 5-6 buah bawah porch ni" Berani dia cakap macam tu.
"Eh, senang nya awak nak duit, main mintak aje...Islam tak galakkan mintak sedekah tau!" Dah, tazkirah dah nak mula dah ni..
" Tolonglah puan, nak beli susu anak lagi" Sambung dia lagi.
"Ambik jer rm5 ni.." Saya tak tahu saya ikhlas ke tidak.
Meter marah saya naik ke tahap keluar lampu merah bila dia menolak cadangan saya. Saya cadangkan dia dtg esuk hari, saya nak upah cuci kereta dan kemas2 kawasan rumah, rm100 pun saya bagi.
Di tolak nya mentah2.
Kalau ikutkan hati rasa nak tazkirah panjang2 tapi takut jugak, buatnya dia dtg tengah2 mlm nanti di lontar batu kat cermin tingkap mau nyer rugi lagi banyak.
Suka hati dia lah nak menjadikan minta sedekah cara hidup dia.
Suka hati dia lah nak usung anak kecik tengah2 malam ke hulu ke hilir.
Suka hati dia lah dah dia tak malu.
Dia tak merompak pun kira syukur dah.
Kenapa dia jadi macam tu?
Di Msia ni kalau nak duit cara halal bukan payah mana, pendatang yg datang sehelai sepinggang pun kaya raya.

Malam tadi saya terlena dengan wajah dia di ingatan saya dan terbangun dengan terbayangkan gelagat dia malam tadi.Ada juga orang macam tu yer?


Sunday, December 9, 2012

Saya tak sanggup.

kita mempermainkan perasaan orang, kita memperbodohkan orang..
dan kita gelak ketawa diwaktu kita perah tangisan orang.
Kita merasa kita lah orang hebat dan langkah kita bersalut kesombongan,
Kita berbahagia dan mendabik dada puas setelah menjatuhkan orang.
Kita tak terjejas apa apa...Kita nikmati hidup seperti sediakala.
Tapi ingat...
Tuhan hanya satu.
Bukan nak cerita bab dosa ni,
Nak cakap bab balasan Tuhan di dunia.
Belum lagi balasan di akhirat.
Cuba renung wajah keluarga kita, anak anak kita.
Tak kesian ke kalau mereka yang akan tanggung akibat dari perbuatan kita tu?
Kalau lah anak cucu kita yg menjadi mangsa sebagaimana kita menjadikan orang lain mangsa,
sanggup kah kita melihat mereka menderita?
Sanggup kah?
SANGGUP KAH?
Kalau tak sanggup, jangan pandai2 permainkan orang.








Tanda2 dia tak datang...

Kenderaan parking eluk jer.
Tersusun diam kaku di penjuru ni.
Tak menghalang lalu lintas,
Atok tak accident,
Saman pun tak di keluarkan hari ni.

Toys semua masuk kabinet.
Yang bergayut tu tenang bergayut tanpa gangguan.
Yang duduk bermalasan tu diam di situ.
Tak siapa usik.












Selipar2 ni..
menunggu untuk di sarungkan di tangan.
Di kaki tu biasa lah....
Diam berderet bawah kabinet.
Kalau letak dalam kabinet,
dengan selipar nenek sekali di angkut nya.

Dia tak datang hari ni.
Segalanya beku.
Hati pun beku.
Kalau dia ada. penat pun nenek suka.



Tak apa penat asal hati terubat.

Saturday, December 8, 2012

Baru pukul 5..Lambatnya kul 6.

Membazirkan cuti adalah.
Memerap.
Memerap adalah acara yg paling membosankan.
Habis selesai kerja rumah, memerap.
Siap kemas mengemas. memerap.
Tak tengok langit pun.
Langsung tak kena mentari.
Kecuali kalau keluar hantar anak tuisyen.
Cuti pun bukan seperti bercuti.
Hari2..Pagi ke malam..Tak de kerja lain.Bila beres kerja rumahtangga ngadap laptop.
Jengok  itu ini, mata naik kelabu.
Mulut mula menguap.
Terubatkah boring dengan tidur?
Penawar hati kah dengan lawak2 di kaca TV?
Cuti ni tidak seronok langsung.
Harapkan tak payah pergi ngajar saja.
Senarai perkara yg nak saya buat semuanya kena KIV.
Jangan tanya kenapa kerana pertanyaan itu akan hanya buat saya NAK MAKAN ORANG.

Jadi,
Biarkan saya merapu rapu di sini melayan hati.
Membuang masa dan usia saya secara kurang bijak.
Ok apa?
Sekurang kurangnya saya tak kacau orang lain.
Hanya saya dan keboringan saya.
Full-stop!

Friday, December 7, 2012

!!!!!!!!!!

Serabut.
Amat serabut dalam kepala saya ni.
Banyak nya benda wajib fikir,
sunat fikir dan
makruh fikir.
Entahlah sampai bila saya macam ni
Bila saya rasa berserabut dalam kepala,Rasa nak teriak kuat kuat.
nak lepas perasaan.
time macam ni lah rasa tak adanya tempat mengadu.
Memanglah ngadu tu pada Tuhan tapi ada kala sebagai manusia,
kita nak juga ada bahu buat kita sandarkan resah.
Aduhhh, nak pecah batu jemala patek ni.
Nak tak nak hadapi saja lah.
Serabut wehhhhhhhhhhhhhhhhh....!

Harta karun yg saya jumpa bila mengemas

Bila balik rumah dan bukak tudung,
saya letak kerongsang merata.
Kalau bukak tudung di dapur, maka kerongsang menumpang di atas kabinet  dapur
Kalau bukak tudung depan TV maka di situ lah kerongsang akan bermalam.
Pas tu kalau nak pakai balik mula lah mencari cari.
Semalam saya mengemas rumah.
Ni kerongsang yang saya temui sedang bersembunyi di segenap ruang rumah saya.
Saya suka bentuk haiwan yg cute gitu.
Ada lah 12 ekor yg di jumpai, ada lagi yg masih sembunyi.
Nasib baik tak bernyawa, kalau tidak sah dah mati kelaparan.
Mungkin sebab kerongsang saya ni yg murah2 saja
itu pasal kalau letak merata pun tak de siapa nak curi.
Tapi murah pun, nak dapatkan reka bentuk yg saya suka payah jugak.
Janji saya pada diri sendiri, nak letak tempat senang di cari.
Tapi saya kenal diri saya ni.
Sekejap jer simpan dlm bekas, dlm drawer macam ni.
Sebulan dua lagi kosong balik lah drawer ni.
Mana pergi brooch saya tu?
Merayap.
Menjalar,
Terbang..
Tu lah pakai brooch haiwan sangat.

Old Habits die hard.

Thursday, December 6, 2012

N3 tak de tajuk.

Sudah solat magrib ngadap laptop.
Tadi sibuk, tak leh singgah.
(Maklum lah bibik bercuti, segala nya atas batu jemala patek lah)
Penat sebenarnya ni tapi puas.
Dapat ngemas sebuah rumah hari ni.
Macam ni lah selalu nya,
Bila bibik cuti jer saya buat spring cleaning.
Banyak benda perlu di hapus kira.
Banyak juga yg perlu di susun semula.
Bukan nya bibik tak buat semua tu,
tapi dia buat stail dia.
Kalau dia ada saya pejam mata aje walau tak setuju cara dia ngemas.
Kang komplen byk2, lari bibik tu siapa yg susah?
Sayaaaaa jugak lah.
N3 ni tak der tajuk specifik pun ni.
Sekadar catatan.
eh awak tau,
ngemas punya mengemas, saya tiba2 jadi kaya tau.
Jumpa duit lah awakkk...
Kat situ seringgit dua, kat sana not merah..
Kat atas tu, kat bawah ni
Kat dlm briefcase, kat dlm poket seluar dia..
Dah kita jumpa kira duit kita lah.
Aku kayaaaaa....!

Wednesday, December 5, 2012

N3 sindir orang...

Saya tau awak tak cerdik dan saya tak suka
( WARNING-Ayat pertama yang menunjukkan mood penulis tak stabil)
Saya suka lelaki yg bijak.
Macam mana nak tau dia bijak ke tidak.
Cara dia bercakap pun dah tau
Siapa kawan2 dia,
Hobby dia,
Penampilan dia,
Pandangan dan cara pemikiran dia akan menunjukkan mentaliti dia yang sebenar.
Latar belakang pendidikan tu dah sah lah.
Kalau yang buat2 bijak tu tak kemana,
Nak tipu orang sekejap boleh la,
lama2 orang dapat hidu juga.
Selalunya orang bijak ni low profile.
Resmi padi...

Tapi orang yg kureng bijak ni kekadang ngalahkan org yg bijak.
Eksen lebih..Nyampah sungguh!
Kalau setakat pakai kot dgn tie, berkereta import dan pakai barang berjenama bukan penentu kuasa minda lagi tu.
Kalau duk bilang kenal VIP sana sini tapi VIP tak pula kenal dia, omong kosong saja tu.
Kalau bercakap pun guna bahasa kurang sopan, tak reti hormat orang lain, buat lawak bodoh sah sah la bodoh nama nya tu.
Yang paling menjengkelkan ialah bila perasan berjawatan tinggi sedangkan dgn kelulusan tu siapa pun tahu setakat mana lah gred jawatan tu boleh di lonjakkan..
Aduhhh...Terima saja lah kemampuan awak tu, jadilah diri sendiri ..Kan lebih baik begitu.
Yer betul, saya nak sindir seseorang ni...

Maaf yer..orang2 yang tak berkenaan yg telah baca N3 ni..Maafkan bahasa saya ni, saya kalau tengah marah terus menaip ini lah jadi nya....Dah lama marah dah...tunggu meletup saja, ni belum meletup lagi ni.

Monday, December 3, 2012

The Boss

He's the Boss
Imaad rules here.
Kalau dia nak,
larang pun dia nak jugak.
Kalau dia tak nak,
Bodek macam mana pun dia tak nak.
Kalau dia nak tengok Upin Ipin,
Satu negeri tengok Upin Ipin.
Kalau dia sebut  Miyo'
Semua orang tak sebut Milo lagi,
dah jadi 'Miyo'
Kalau dia dokong kucing,
Tau pulak kucing tu diam tak meronta
Imaad jenjeng lah macam mana pun,
Kucing tu rela.
Kalau Imaad tidor,
semua kena jaga suara.
Silence Please
The Boss is sleeping
and
the grandmummy needs some rest.
Shyyyy....!

Sunday, December 2, 2012

Mencuba.

Sempat lagi ke saya berubah?
Boleh ke?
Niat di hati tu nak berubah ke arah yg lebih baik.
Mampu ke?
Yang paling saya takut ialah hati saya ni.
Hari sentiasa menderhaka pada minda.
Tak tetap hati
Sekejap begini sekejap begitu.
Payah nya nak jinakkan hati.
Tuhan tolong saya.

Friday, November 30, 2012

Thursday, November 29, 2012

PakAji ni nakal sungguh.

Hahahahaha....
Baru saya tau
Punyalah best siasat pasal orang ni.
Banyak  masa saya terbuang dgn kerja sia sia ni.
Tak untung apa apa tapi puas.
Baru saya tau siapa dia yang sebenarnya.
Orang ni saya kenal sangat.
Kalau kat tempat kerja dia di hormati.
Di kampung pun di segani sebab AJK masjid lah katakan.
Kalau bercakap tu lembut gigi dari lidah.
Baru2 ni ada org bagi tau saya yang dia ni 'Hebat' di alam cyber.
Mula tu tak caya tapi saya cuba type nama dia kat laman social.
Wahh....Mau terkeluar bijik mata saya.
Segala laman social dia ada account.
Ada yg nama samaran dan ada yang guna nama sebenar.
Memang karektor dia di alam ctber ni jauh berbeza dgn yg dia pamerkan di alam nyata.
Aduhh...Kesian anak2 kalau dia tau ayah dia macam ni..
 Rasa2 tak sanggup nak ngaku bapak nih.
Yang kesian nya kalau lah Si MakAji nya tau....Kesian MakAji nya tu,
dapat laki yg sampai ke tua duk jual minyak urat...
Sekeliling pinggang MakAji tau tak?
Tal per lah MakAji, redho jer lah,
Jangan risau, saya zip mulut dan saya nak tengok sampai bila PakAji nak buat kerja ni.


Wednesday, November 28, 2012

Wednesday saya tak wordless..

Wordless?
Tak nak wordless.
Nak cakap jugak.
Nak type.
Nak buat N3
Nak update blog.
Nak update banyak banyak.
No no no 'Wordless Wednesday' today.
Kan dah cakap saya ni degil,
Makin di larang makin menjadi jadi..
Tak de benda nak type pun perah otak jugak, cari gali jugak.
Asal boleh atasi wordless ni..
Ok ok..Good Morning, how are you today?
Selamat pagi..Dah breakfast lom?
Don't tell me that everyone is wordless except me.
Jawap laaa...Jawap laaa.........

Monyet tengok kita di Zoo...

Buaya, Rimau, Singa dan Ular tedung.
Semua tu bahaya.
Makhluk apa yang lebih bahaya dari mereka ni?
Manusia.
Binatang hanya memburu ketika mereka lapar
Tapi manusia memburu tak kira masa.
Binatang melindungi anak.
Manusia adalah makhluk yg makan anak.
Binatang yg hidup berkumpulan tahu hairaki sesama mereka
Manusia tau tikam dari belakang.
Binatang tau hargai kasih sayang dan kenal tuannya.
Manusia ada yg menggigit tangan yg menghulurkan bantuan.
Binatang  mati terus ke surga..
Manusia yang dosa bertimbun, nak masuk syurga pun payah.
Binatang tak pernah bertopengkan manusia,
tak pandai bermuka muka
tapi
manusia ada yg bertopengkan binatang,
dan bermuka muka itu satu amalan.
Binatang tidak dikurniakan akal yg panjang seperti manusia.
Binatang tidak bersekolah pun.
Kita ni ngaji sampai 'U'
Perangai ngalahkan binatang.
Tak malu ke?

Ada makhluk yg usia dah senja, nampak warak/AJK Masjid lagi, tapi masih aktif berjudi dan memburu gadis seusia anak2nya tu nak di kategorikan sebagai haiwan ke manusia?
Cobaaaaaannnnnn........!

Tuesday, November 27, 2012

Aku bukan lah jentayu itu.....

Aku kah itu?

Jentayu sudah patah sayapnya.
Hinggap di muka kuala
Temankan aku wahai ombak, wahai pasir pantai,
wahai hembusan bayu..
Aku lebih tenang berada di sini
kerana aku sudah lelah mengejar pelangi
Terlalu lama meredah angkasa,
Cukup cukup lah menggapai mimpi di langit ke tujuh,
Biarkan bulan terus berdansa dengan bintang
dan awan menemani mentari..

Aku tidak lagi mau jadi seperti jentayu.
tidak perlu bertongkat siku
tidak perlu bersandar bahu.
Aku mau melangkah ke hadapan
Melupakan segala payah yg singgah
Biarlah semalam berpusara di hati
Esuk, jika panjang umur aku melangkah lagi
mencorak masa depan dengan lebih tenteram
Aku yakin pada Mu Tuhan.

Aku kah jentayu itu?
Jentayu itu bukan aku...Bukan lagi aku.

Surat terbuka buat Bibik.

    Bik, malam ni kamu mesti tak lena tidur...Yer tau, badan kamu saja kat sini tapi hati kamu dah terbang ke Indon. Bukan main happy lagi yer...
     Selamat bercuti hujung tahun buat kamu. Pulanglah ke daerah mu, ke dakapan anak2 mu dan ke ruang yang kau rasa tenang didalam nya..Bergembiralah dan gunakan lah masa sebulan itu nanti dengan sebaiknya..Sampaikanlah salam Ibu yg Ibu kirimkan melalui kamu untuk kedua ibu bapa mu. Maaf, tahun ini Ibu tidak dapat mengirim apa apa selain dari salam kerana beg kamu tu telah hampir melebihi berat yg sepatutnya...Itu lah, segala benda kamu nak buat balik Indon.
    Tentunya cerita dari Malaya lah yang paling banyak nak kamu khabarkan...Tentunya masakan dari Malaya lah yang akan kamu hidangkan sepanjang kamu di bumi tumpah darah nanti.Ibu boleh bayangkan sibuk nya kamu bila balik kampung, macam artis gitu...hehehe
    Ibu di sini tak apa apa, akan cuba urus segala urusan di bawah bumbung ini. Setiap kali kamu bercuti, ibu terasa kehilangan sebelah tangan..Bila kamu tidak ada baru Ibu tau banyak nya kerja kamu dan kamu tak pernah merungut pun.Malah selain dari kerja2 wajib kamu, kerja2 sunat pun kamu buat tanpa di suruh...Alhamdullilah, beruntungnya ibu dapat pembantu seperti kamu.
   Bik, kamu jangan lupa datang balik ke Malaysia ni yer. Buatnya kamu tak datang balik, pengsan lah Ibu. Mana tak pengsan bik, nak dapatkan bibik baru bukan nya murah..Mahal wooo....Yang lagi payah ialah nak dapatkan Bibik sebaik kamu ni....Kita adalah dua insan yg saling memerlukan. Harap kamu faham dan tidak menghampakan harapan ibu.
  Sekian dulu buat kali ini, Pagi ni kamu tak payah masak, ibu nak keluar beli 'Nasi Belauk' kat pasar. Lagi pun Ibu tengok kamu tu dari tadi duk bilang duit...adoiii, sudah2 lah tu, simpan eluk2 duit tu...Tengah hari nanti kamu nak ke Shopping Mall beli apa lagi? Tak habis habis lah kamu ni...Nasib baik duit gaji kamu bapak dah bank in terus ke Indon, kalau tak habis kamu kerjakan...
  Ok Ok, sekali lagi sekian dulu buat kali ni. Ibu sudahkan dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Bye Bibik...

Monday, November 26, 2012

Demam

Orang tu demam, orang ni demam...
.Musim demam ke hapa ni?
Dah demam tu rajin2 makan ubat.
Duk diam diam .
Saya demam jugak minggu lepas.
Tapi demam pun tugasan perlu di selesaikan jugak.
Tak larat pun kena buat2 larat.
Anak yatim macam saya ni mana lah ada tempat nak bermanja manja.
Huhuhuhhuuuu.....
Tapi demam bagai nak rak pun,
Selera makan tak susut
Laju jer .

Sunday, November 25, 2012

Kalau awak tak pernah, saya tabik spring kat awak laaa....

Pernah tak awak rasa sangat sunyi walapun di kala itu riuh rendah di sekeliling awak tu?
Pernah kah awak rasa kesaorangan walau pun di kala itu ramai yang di sekeliling awak tu?
Pernah tak awak rasa tidak ada sesiapa pun yang mempedulikan kehadiran awak?
Pernah kah awak rasa nasib awak tak sebaik nasib orang2 yang awak kenali?
Pernah kah awak rasa kesal?
Pernah kah awak rasa tidak di hargai?
Pernah kah awak rasa ada ketikanya hidup ini tidak adil?
Pernah kah awak rasa nak tak bertempat nak mengadu?
Pernah kah awak rasa nak menangis kuat2 sorang2?
Pernah kah awak rasamacam ni?
Saya pun pandai nasihatkan orang lain suruh redha, sabar, tabah, lebih bersyukur, lebih acap tengok rumput dari tengok langit.
Mudah menasihati orang lain, mudah juga melabelkan orang begitu begini.
Hakikatnya kena batang hidung sendiri baru tau payah nya nak 'think positive'
Saya pun tau, sentiasa ingat yang Tuhan tidak pernah lupakan saya.
Kerana masih berpegang pada janji Tuhan lah saya masih di sini.
Tapi saya nak tanya awak seikhlas ikhlas nya,
pernah kah sekali dalam hidup awak,
awak rasa macam ni?
Saya pernah dan bukan sekali.

Saturday, November 24, 2012

Apa persamaan mak mertua saya dgn Astro?

Rumah mertua saya terletak di kampung.
Banyak yg tak ada di rumah saya ada di rumah dia.
Segala tanaman ada..
Ni, pokok 'Bunga Talang' ni.
Mak mertua saya guna bunga ni untuk warnakan nasi kerabu yg dia masak.
Tak main pewarna tiruan uols, organic lagi.
Ni di penjuru rumah dia ada pokok cili
bukan sepohon, berpohon2..
Walhal dia duk sorang2 saja..
Maka cili2 tu siapa nak, ambik saja lah
sedekah gitu aja.
Ni yg best, pokok 'Namnam' atau 'Asam Puru'
Buah nya lebat.
Setiap kali anak2 yg dtg mengaji Quran nak balik, buah ni jadi pilihan dia orang.
Agaknya sebab selalu di sedekahkan lah buah nya lebat sokmo sokmo.
Ni pulak pokok kari.
4 kali sehari masak kari pun tak habis daun nya.
Ni baru anak pokok, mak pokok, nenek pokok semua ada.
Kalau saya nak, se dahan sekali ambik.
Selain dari tu ada juga sayur kampung yg mak mertua saya tanam.
Ni pohon labu yg menjalar..
Bulan depan tunggu dia masak pengat labu..Sah dia calling2nya.
Pokok pisang ni pun tak lama lagi boleh di tebang.
Ni baru pisang, tu kat belakang tu ada manggis, dokong dan salak.
Macam macam ada..Astro pun jeles.
Pendek kata macam taman Agro.

Yang menjadi masaalahnya,
saya ni datang cari dia, nak jumpa dia.
Dia tak ada.
Segala benda ada tapi dia tak ada.
Mak oooo Mak,
Mak mertua saya ni sibuknya ngalahkan menteri.
Tak per lah, esuk2 saya datang lagi.






Friday, November 23, 2012

Kalau awak nak tau......

Biarlah,
tak kisah lah kalau tak ada siapa tanya pun, saya ni peramah maka saya nak beritau sebab musabab saya tak update blog sehari dua ni.
Sebab nya.....
  Line internet kat rumah saya ni slow nya ngalahkan siput. 
sehari suntuk tak connected. 
Mula tu ingatkan saya tak bayar bil, tapi bila check bil semua dah settle..
Hari ni dah boleh layari dah tapi macam biskut coklat cip pulak..Sekejap ada sekejap tak der..
Nyampah sungguh!
Sekian dulu lah, 
nak cerita tu aje, 
cerita lain esuk2 lah ek...
Saya nak siapkan kerja sekolah dulu yg tergendala kes line nih.

Wednesday, November 21, 2012

Memang pun saya ni penakut.

Jahat.
Jahat sangat sangat.
Tak kuasa nak fikir tapi tetap di fikiran.
Dia ingat dia saja boleh jadi jahat.
Saya pun boleh kalau sanggup.
Tapi saya tak sanggup buat begitu.

Zalim.
Zalim keakar umbi
Zalim hingga tak terfikir oleh minda
Ada jugak orang sezalim tu.
Dia ingat dia saja boleh zalim.
Saya pun boleh kalau saya nak.
Tapi saya tak sampai hati nak jadi zalim macam tu.


Takut balasan Tuhan.
Dia jahat dan zalim sebab Tuhan dia bukan Allah.
Dia tak takut Allah.
Sampai bila kita nak baca dan saksikan foto2 kezaliman mereka ni?
Tak sanggup dah saya ni.....
Kita ni hanya mata yg memandang, bayangkan lah bahu mereka yg memikul.
Tak sanggup ....Tak Sanggup!


Tuesday, November 20, 2012

'Sila Guna Pintu Utama'

Bunyi loceng.
Cer lihat siapa di depan pagar tu?
Jap..
Pakai tudung tu.- Pesanan penaja kepada anak gadis saya
Singgah depan cermin betulkan tudung.
Wei, cepatlah - Pesanan penaja lagi.
Ambik kunci pintu depan dan kunci grill sekali.
(Pagar tak berkunci cuma tertutup saja)
- Mana orang nya?
- Tak der pun...
-
-Assalamualaikum!
Opocotttt....!
Tercegat tamu lelaki dan keluarganya di pintu belah ruang keluarga.
Rupanya mereka dah merayap ke pintu sisi kediaman saya.
Ke ruang keluarga 
Ruang keluarga ni agak kebelakang jugak dari tuang tamu
Pintu di ruang ni adalah pintu keluar masuk kami anak beranak saja.
Bukan entri untuk tamu-bukan sekali kali!
Saya bingkas dari kedudukan separa baring di sofa.
Saya free hair, baju yg saya pakai pun tak senonoh.
Terkejar kejar menutup aurat.
Anak ada yg terlentang depan TV dengan seluar paras lutut.
Tak kan dia nak masuk nyorok bawah meja kot.
Sorang lagi sedang riba pinggan nasi, pun berTshirt lengan pendek,
Pemandangan ruang seperti kapal pecah.bukan menjadi masaalah saya.
Yang masaalah nya ialah 'aurat' tuan rumah.
Wahai tetamu..
Kalau yer pun, tunggu jer lah kat pintu depan.
Ucapkan lah salam di situ..
Kan ruang tamu tu untuk terima tetamu.
Saya tak selesa betul tapi acap dah saya dapat tamu yg begitu.
Kadang tu kawan2 hubby saya yg dtg mencari hubby tanpa early notice.
Kalau pagar tak berkunci mereka masuk dan terus jer ke pintu sisi.
Agaknya mereka tau, memang di ruang ini sentiasa ada penghuni.
Tapi tak boleh la macam tu..
Buatnya saya sedang seksi, seksi di usia saya ni menyeksakan pandangan tau.
Buatnya ada adegan yg tak sesuai untuk tontonan umum macam mana?
Buatnya awak dapat sakit jantung kerana terkejut siapa nak bertanggung jawap?
Tolong lahhhhh...
Jangan lah buat macam tu.

Monday, November 19, 2012

Baru UPSR, bukan PMR lagi, BUkan SPM lagi...

Mak mak dan Bapak bapak yg anakanda dapat keputusan UPSR hari ni,
apa khabar?
Apa langkah seterusnya selepas keluar keputusan periksa?
Bagi yg  mendapat keputusan cemerlang tu tak der masaalah.
Tunggu panggilan dari Sekolah berprestasi tinggi atau asrama penuh.
MRSM dan sebagainya.
Yang tak berjaya pun tak de masaalah.
Masuk aje sekolah menengah saluran.
Habis cerita.
Banyak lagi peluang untuk baiki diri selepas ni.
Perjalanan masih panjang.
Tapi kan saya nak cerita sikit ni..
Betul lah selepas result UPSR tak ada masaalah untuk ke sekolah menengah,
cuma masaalah nya bila ada mak bapak nak pilih2 sekolah.
Kalau keputusan anak tu sesuai dgn tempat yg di harapkan tu tak per jugak,
ni tidak.
Keputusan anak rendah saja tapi harapan makbapak setinggi gunung.
Mula lah makbapak pasang kabel situ sini
Cari connection asal anak dapat ke sekolah tertentu.
Buat apa saja demi anak.
Walau tahu keputusan anak tu rendah kenapa tak nak terima kenyataan.?
Ayat yg selalu di guna pakai ialah..
"Anak saya ni bijak Tuan, tapi nasib dia tak baik, tak cukup 'A'.."
Hmm..Dah tak cukup 'A' tu bersekolah aje lah di sekolah menengah mana2 pun...Sama saja.
Kalau dia berusaha dgn izin Tuhan, dia akan cemerlang juga nanti.
Apa susah?
Kenapa saya menyibuk pulak ni?
Sebabbbbbb......
Salah seorang yg akan pening kepala selepas result UPSR adalah 'Room Mate' saya.
Setiap hari selepas keluar result ada lah tamu yg berkunjung.
Meriah rumah saya nanti.
Yang berpuluh tahun tak pernah jijak tangga rumah saya,
tiba tiba buat kunjungan.
Bukan berkunjung saja2, tapi ada udang di sebalik batu..
Baik ada benda tu......
Hehehehe...Tau, memang macam tu.





Sunday, November 18, 2012

Seleke lah adik kakok..

Saya nak jadi 'Tour Guide' tak berlesen dan tak bergaji.
Jadi sila rujuk di sini kalau rasa nak pijak kaki di bumi tumpah darah saya ni.
First of all,
Nak menginap di mana?
Ok, kalau nak dekat dgn Pasar Malam Wakaf Che Yeh,
Hotel holiday Villa tu betul2 depan pasar malam.
Lintas jalan besar saja.
Nak yg murah?
Budget hotel byk tapi faham2 jer lah kalau budget hotel.
Kalau nak menginap di dalam bandar Kota Bharu pun boleh.
Tapi carilah hotel yg berdekatan dgn facilities.
(Kebanyakan Hotel berbintang2 letaknya BUKAN walking distance ke tempat shopping dan makan)
Belah malam bandar Kota Bharu seperti bandar mati...sunyi.
Lebih happening kalau di pinggir bandar.
Area jalan Kuala Krai dan Jalan Pasir puteh ke Kubang Kerian lebih meriah.
Kedai2 makan pun lebih banyak di sepanjang jalan ni.
Nak makan apa?
Kat jalan PCB selepas cabang ke Kuala Besar
ada sebuah kedai keropok yg best in the world.
Keropok Black Pepper..kena cuba ni..
Kalau ke Kuala Besar ada restoren Sea Food.
Sedap tapi kena tunggu agak lama untuk makan.
Nak makan Nasi Ulam Budu sila ke Kampung Kraftangan.
Kat sebelah Taman Orkid pun ada..dua2 sama.
Kat  tepi jalan sebelum pekan Ketereh ada Nasi Kerabu yg tersohor .
Nak makan nasi dagang asli kena cuba waktu breakfast.
Banyak di jual di tepi2 jalan.
Jangan tak caya, Nasi Dagang begini lagi sedap  tau.
Kalau ke Rantau panjang, jgn lupa singgah di Restoren MalayThai 'Pulut Pauh' dan masakan Thai yg sgt sedap ada di sediakan.
Di pinggir bulatan Pasir Mas/Tanah Merah ada gerai ayam percik.
Ayam Percik best in town tapi belah petang tak ada, make sure singgah tgahari.
Nak cuba 'Tepung Telur' atau kueh2 manis tradisional Kelantan?
Sila ke Kubang Pasu..Dah turun menurun mereka bisniz kueh2 tu.
Kalau beli dari daerah lain,rasa nya tak sama..
Nak merasa 'Nasi Belauk' dan ayam kampung ?
Sebelum ke Pengkalan Kubur tu, singgah dulu di sini.
Area berdekatan dgn Cabang 4 tumpat.
Parking agak penuh tapi berbaloi singgah.
kalau cakap pasal makan tak habis nih.
Nak bersantai di tepi pantai?
Kena drive keluar dari Kota Bharu.
Try 'Tok Aman Bali resort' di Semerak.
Atau ke Villa Daniella di Tok Bali.
Di Melawi dan bachok pun byk resort pelbagai rating.
Kalau nak menginap di tempat yg murah sikit boleh cuba Demong atau Sweet beach.
Kalau yg lagi murah berlambak tapi take your own risk lah.
Tempat menarik selain dari shopping dan makan2?
Why not ke Kampung Ana untuk tgok The Sleeping Buddha?
Atau ke Pintu Geng untuk saksikan macam mana Batik di hasilkan.
Atau ke Kampung kraftangan dan Istana Batu.
Atau singgah solat di Masjid Muhammadi di pusat bandar.
Atau Masjid Cina di Rantau Panjang
Atau kalau nak yg lagi mencabar,
Cuba ke tanah seberang lintas sempadan ke Thailand.
Lagi mencabar, cuba seberang tanpa guna pasport.
Hehehehe...Kalau tertangkap sendiri mau tanggung.
Tertangkap tu tak per lagi...
Buatnya meletup sebijik ..KEBOM...!!!!
Balik dgn Van Jenazah nanti...
Ok ok...Selamat datang ke Kelantan.
Need any help just call.


Saturday, November 17, 2012

KELMARIN JUMAAT HARI NI SABTU ESUK AHAD



Berapa keping tile di lantai,
habis aku bilang
Berapa banyak butiran gula di balang
pun dah ku kira.
Berapa luas ruang rumah
Sedang ukur ni.
Berapa ramai yg terconggok depan lappy dari tadi
Aku sorang jer kot!
Berapa buah kereta melintasi depan rumah
Dah hampir beribu
Berapa kali hset ku angkat letak
Ku tilik dan ku letak balik.
Adoii....
Berapa kali aku ulang alik tawaf dalam rumah
Tak kerbilang banyak nya
Berapa kali buka tutup pintu peti ais
Ini yg bahaya...godaan menggoda.
Lapar lah pulakkkkkkkkkkk.....!
Seksa tau bila kebosanan mencapai had maksima.

Bosan tak semestinya tak ada kerja, kerja berlambak tapi kan saya ni ada penyakit...PENYAKIT MALAS!

Jari tangan tak sama panjang...Nyior setandan pun tak serupa, ini kan anak2...

Kamu bukan berasal dari buluh betung,
bukan dari rimba yang gelap.
Tidak pernah haiwan belantara mendodoikan tidur mu,
Kokok siamang tidak pernah kau kenal.
Kerana kamu yg bercambah di rahim ku,
Membentuk menjadi manusia dengan doa.
Hadir mu bersambut azan.
Kesyukuran menyelimuti tubuh mu.
Anugerah Tuhan yg membahagiakan.
Air Zam Zam  membelah mulut mu
Kemanisan kurma Ajwa menyentuh deria rasa
Dan darah yg mengalir di tubuh mu ada aku.
Setiap titik susu yg mengeyangkan mu itu,
dari redha ku..
Dari langkah pertama mu hingga kini,
bersulam resah dan tawa ku.
Setiap pagi  hingga ke malam aku
panjatkan doa sejahtera buat mu .
Anak,
Adakan aku terlalu meminta minta?
Jika yg ku mahu hanya lah,
supaya kamu,
jadi lah anak yang tidak melukakan
hati ku.



Friday, November 16, 2012

Apa yang panjang di Rantau Panjang.

Tak suka pergi Rantau Panjang.
Tak payah ajak saya lah.
Tak suka dgn pekan nya yg padat.
Parking payah amat.
Main parking ikut suka hati mcm pekan cowboy.
macam tak ada peraturan jalan raya.
Panas pulak tu.
Nak kata murah, tidak jugak.
Kat Kenanga City pun murah.
Nak kata byk pilihan,
Kat Nilai pun byk pilihan.
Kalau setakat nak beli beras,
Kat wakaf Che Yeh pun belambak.
1001 alasan kenapa tak suka.
Tak nak seribu dalih.
Cuti cuti macam ni sesak lah pekan Rantau panjang.
Harga barang pun melonjak sikit.
Orang tempatan baik jangan ramaikan lagi orang kat pekan tu.
Duk diam diam kat rumah.
Tunggu hujung2 mingu di luar musim cuti.
Serang waktu tak ada pelancung.
Ingat,
Kalau orang tanya kenapa tak ke Rantau Panjang cakap saja,
Saya tak suka ke rantau Panjang.
Walhal tak dapat nak pergi sebab terlalu ramai orang.
Sour Grape!



Thursday, November 15, 2012

10 cukup? Rasa2 tak de yg sanggup baca sampai habis ni...

I.
Demam sudah kebah.
Back on my feet now.
Rasa rasa lah,
ada sikit penurunan berat badan.
Mana tak turun nya, seminggu tak jamah nasi langsung!
Hari ni dah makan regular meals dah..
Siap kadho lagi meal2 yg lepas2..
Tak per, gemuk balik pun saya rela.

II
Hari ni saya memandu sejauh 600 km.
Selalu nya saya memandu sorang sorang.
Hari ni saya konvoi dgn anak teruna saya.
Payah memandu secara konvoi nih.
Kalau dia di depan, saya jadi mcm remote control.
Mcm JPJ yg asyik nak saman dia aje.
Kalau saya di depan, saya risau dia akan ikut kelajuan saya.
( Sedangkan saya ni tak boleh pandu perlahan -jadi mengantuk )
Tapi akhirnya kami sampai rumah jugak.
Alhamdullilah.

III
Malam tadi tengok cerita Kuch2 Hota Hai
Kalau tgok aje mesti nak nangis.
Touching tang mana tah.
Masa first time tgok citer ni, saya dalam pantang anak ke 4.
Sekarang anak saya dah berusia 17 tahun.
Agaknya lah,
Si Anjali tu mesti dah 27 tahun dah sekarang ni.
Saja jer nak congak, bukan nak buat menantu pun..

IV
Sebelum tgok cerita Kuch2 Hota Hai tu saya keluar dinner.
Along nak belanja mummy katanya.
Best, makan2 kat Victoria Station.
Along memang tau taste mummy.
Anak mummy kannn...
TQ Along and Fara.

V
Cucu saya demam.
Abahnya dulu macam tu lah.
Demam setiap bulan.
Semalam waktu saya tidurkan cucu saya di baru saya,
terasa bahang demam panas dia meresap ke badan saya.
Dia nak tidor di bahu.
Macam tu lah abahnya dulu..
Terasa cepatnya masa berlalu.

VI
Salam Maal Hijrah buat semua.
Saya ni berkira kira nak berhijrah juga.
Hijrah hati..Ke arah lebih baik.
InsyaAllah.

VII
Saya duk baca komen2 di setiap N3 saya yg lepas lepas.
Tersenyum sendiri.
Suka tau bila ada yg sudi kongsi pendapat.
Baca ulang ulang...mcm baca surat cinta gitu.
Walau tidak mengenali diri yg mengomen,
terasa amat dekat dan kehadiran saya di hargai di sini.
TQ..you. you you....yes you termasuk 'anonymous' jugak.

VIII
Apa benda lagi saya nak type nih?
Jap ek........Hmmmmmm....
Ada orang perasan tak saya tak update blog seminggu?
Tak der ye?
Hua hua huahuaaaaaaaaa.....Cedih saya laa...

IX
Dah....Bab Merapu saya cukup pakar.
Ok ok, nak stop dah ni.
Tau sangat lah, ada yg dah cari asprin..Loya ke wak?
Sorry dear.

X
N3 hapa sepanjang nih?
Ni namanya N3 sebakul.
Dah baru2 ni tak larat sgt nak update blog.
Hambikkkk.....
Baru puas hati bila dapat merapu kembali.
Iyer betul, ayat last dah nih.
Stop sambung esuk..

TERIMA KASIH KERANA BACA SAMPAI HABIS.






Wednesday, November 14, 2012

Lawa la karpet yg Mat Bangla ni jual...

Fuyooo....lawa lah Mat Bangla yg jual kapet tu...
Ayat cari nahas ke hapa ni.?
Tak der la mak saya ajar saya supaya ikhlas.
Yang tersirat dgn yg tersurat kena serupa.
Yang bukan bangla kat rumah ni pun lawa jugak.
Lawa dan berbudi bahasa lagi tau!
Aduhhh, bersopan santun di jalan raya amalan hidup kita.
Hati hati bila memandu...

Thursday, November 8, 2012

Nak ni ke nak tu...

Saya tak suka bila saya terpaksa membuat pilihan.
Sungguh saya benci.
Saya rasa bila memilih antara dua perkara,
ada yg perlu kita korbankan.
Saya dah selalu dah buat pilihan yg salah.
Kesal pun tak jadi apa dah..
Itu yg saya takut bila nak memilih.
Kalau suruh saya pilih antara dua baju yang saya gemar,
Pun susah...........
Walhal, tu baru baju.
Kalau kena pilih yg berkaitan masa depan?
Pilihan saya nanti akan menentukan hala tuju seterusnya
Kalau silap, nak ke saya bertemankan kesal sepanjang usia saya.
Macam mana?
Buatlah tersalah pilih, bukan boleh di undur lagi dah.
Senang cerita guna buah dadu macam P Ramlee..
Kalau kita kaji berkali2 pun risiko untuk silap itu tetap ada.
Sebabnya kita tak tau apa perancangan Tuhan untuk masa depan kita.
Setiap hari kita berdepan dengan pilihan.
Setiap pilihan buat hati gusar.
Hari ni ada perkara penting yang perlu saya pilih.
Jangan lah ada yg terluka dengan pilihan saya.
Jangan lah saya melukakan diri sendiri pulak.
Payah wehhhhhhhhhhh....!
Saya tak suka memilih antara dua.
Kalau awak lah,
Awak nak Bihun Goreng ke Mee Goreng?
Saya nak dua dua.

Wednesday, November 7, 2012

Maaf Cik, saya bukan Chef.

Kenapa saya tak jadi Chef?
Sebab saya tak pandai masak.
Saya suka masak. Tak nafi tu.
Selalu masak untuk keluarga dan kawan kawan.
Pantang terlintas di hati nak makan apa, saya masak.
Pantang dengar orang cerita pasal makanan, saya masak.
Pantang ada org nak makan, saya sukarela masak.
Hobby.
Terapi minda.
Ternak body.
Tapi saya ni jauh langit dari bumi kalau nak jadi Chef.
Sebab nya........
Saya ni, sebut jer nak masak untuk orang lain,mula lah tak menjadi masakan tuh.
Tambah2 kalau makanan yg orang tempah, sah tak sesedap yg selalu saya buat.
Kalau nak masak untuk acara apa apa,
saya lah yg paling gelabah..
Time tu lah masakan saya jadi tak sempurna.
Masin lah, manis lah, tawar lah, lembik sangat lah, keras sangat lah..ada jer yg tak kena.
Kalau kerja Chef alamat kena buang kerja lah saya.
Malukan kompeni saja.
Jadinya, kalau nak makan masakan saya kena tunggu saya sukarela buat,
kalau kerana di suruh buat, atau di bayar untuk buat...
alamat tak merasa enak di tekak lah...
Itu pasal lah saya jadi cikgu tak jadi chef.
Cukup lah Chef di hati anak anak, sanak saudara dan kawan2 saja.
Huhuhuhuhuuuu.....
N3 ni sebenarnya menjawap soalan Si Dia yg bertanyakan saya kenapa saya tak buat tempahan/catering.
Maaf Cik, saya bukan Chef.

Tuesday, November 6, 2012

Soalan saya dan jawapan mereka....

Twitter tu hapa a?
The answer that I always get -Alah, tak payah bertwitter lah...
Ayat bela diri =Tak der lah, bukan nak bertwitter pun tapi nak tau jer.

AES tu per benda a?
And so he said -Asal awak bawak kereta berhemah, pasal AES awak tak perlu tau.
Ayat bela diri =Tak der lah, cikgu2 lelaki duk sebut2 kat sekolah tadi.

Brim1 msia tu bila start a?
I get this for the answer -Kita tak terlibat, tak per tak amik tau pun..
Ayat bela hati =Tak der lah,dgr  kat Berita TV 

Camna nak booking tiket kat internet mcm papa buat tu?
Mereka cakap - Biar papa jer lah booking, mummy apa susah.
Ayat serik tanya =Tak der lah, incase kawan2 tanya.

Bila pilihan raya?
Sindiran yg saya dapat -Awak nak masuk calon ke?
Ayat cari alasan =Tak der lah, saya nak tunggu umum cuti jer

Macam mana nak guna hset ni selain dari sms dan buat call?
Jawapan marah lah ni -Dah berapa kali ajar dah...
Ayat sedih =Tak der lah, saya curious jer

Siapa Mat Yo dan Apek tu?
Ops, all I get is -WHAT?
Ayat tempelak=Tak der lah, dgr kamu semua cerita pasal dia tadi macam lah dia tu sedara kita pulak, segala benda pasal dia korang tau.

Ok Ok,
Kita nak makan apa lunch nanti?
Berebut mereka nak jawap -Nasi Mandy atau Nasi beriani Ikan....Masak pengat pisang buat dessert.
Ayat pra merajuk =Kan dah cakap, kalau tanya soalan ni baru dapat good answer.

Agaknya muka saya macam periuk, kalau tanya pasal lain semua tak nak cerita.Bila tanya pasal makan saja ada jawapan yg positif. Kadang tu geram jugak, bila semua orang pandai2 belaka kat bawah bumbung saya ni, saya terasa macam saya dah setaraf budak tadika.

Hmmm........Ok.
Presiden Barrack Obama tu di lahirkan di Hawai, muda setahun saja dari saya, dulu dia seorang guru dan lawyer sebelum aktif berpolitik. dilantik sebagai president Amerika pada 2008.Dia pernah duk di Indosesia bila ayahnya berkahwin dgn wanita indon, dia ada kakak tiri berbangsa Indon lagi...Nak saya teruskan?
Awakkkkkkkkk,
Banyak lagi benda yg saya tau..Cayalah, banyak lagi.

Monday, November 5, 2012

Seperti kasut buruk

Aku,
sepasang kasut yg paling selesa.
Tidak pernah gigit kaki tuan punya.
Tidak pernah rosak bahagian mana sekali pun.
Masa muda ku, aku sudah memang warna kusam.
Kelabu, tak bertumit, tak seksi.
Tapi tuan aku cukup sayangkan aku.
Kemana saja aku di pakai guna.
Aku berjalan seiring dengan paspot tuan ku.
Selalu dah keliling dunia.
Untuk ke sekolah pun aku pernah menemani tuan aku.
Malah acap benar aku bingit telinga duk dgr tuan aku mengajar.
Acap...terlalu acap.
Tuan aku ni suka beli kasut.
Yang lebih muda dari ku berlambak dalam almari kasut.
Aku tau sangat perangai tuan aku nih.
Pantang tengok kasut lawa di mata dia.
Bukan sepasang dua, penuh kabinet dah kasut dia tuh
Tapi bila nak di sarungkan, akuuuuu jugak lah.
Yang baru tu di pakai sekali dua, lepas tu jadi pameran lah.
Sekarang aku dah tua dan aku rasa tuan aku dah bosan dah kat aku nih.
Walau masih eluk, aku rasa aku sepatutnya bercuti dari berada di kaki .
Aku nak rehat.
Aku nak ke rak kasut paling atas lah,Rak tempat tuan aku letak kasut yg di sayangi,
tapi tak diperlukan lagi.






Saturday, November 3, 2012

Cuti nanti saya nak makan orang.

Sabar, saya selalu pesan kat diri saya.
Tapi sabar, sabar jugak.
Ada kala nipis jugak kesabaran saya nih.
Wahai lah Si Laling Tukang Rumah ku yang di sayangi...
Cuti sekolah ni boleh tak kita dating hari hari kat sini.
Dah lama saya duk tahan kerinduan nak jumpa awak.
Setiap kali pergi belah petang awak dah balik.
Pergi hujung minggu awak tak kerja
Adoiii...
Kalau asyik tak kerja,
kalau kerja pun slow ngalahkan siput,
kalau bayaran pantang lewat sikit tapi kerja lewat banyak,
Pastu bila nak siap rumah saya ni?
Rasa gelegak dalam jiwa.
Nasib baik lah saya dah diam di rumah sendiri,
tak terjejas mana walau lambat siap.
tapi saya ni macam budak kecik tau tak?
kalau dah janji siap akhir tahun,
saya nak akhir tahun lah.
kalau tidak,
saya nanges guling guling hentak hentak kaki baru awak tau.
ok ok,
See you soon.
Get ready my laling Encik Tukang Rumah..Ta ta ti ti tu tu..
 

Batu jemala bermasaalah.

Lalalalalalaaaa....
Happy nya kalau bangun pagi tanpa rasa sakit kepala.
Akhir akhir ni saya memang acap malah hari2 sakit kepala.
Sakit di belakang tengkuk naik ke kepala hingga ke rongga mata.
Kadang tu sakit kuat, kadang tu setakat rasa berat dan tak selesa saja.
Blocked sinus? migrane? Tekanan darah naik? Symtom penuaan?
Apa apa lah...
Setakat ni saya boleh tanggung lagi tanpa gi klinik.
Tak per, kalau tak tahan nanti saya check Doktor lah.
Eh, doktor check saya bukan saya check doktor.
Mungkin juga sakit kepala saya ni hasil dari kesesakan lalu lintas dalam kepala.
Mungkin.
Kalau sakit gigi boleh cabut dan lega selepas tu.
Sakit kelapa tak kan nak cabut kepala.
Hmm...
Masak lala dalam periuk.
Sakit kepala tampal koyok.


Friday, November 2, 2012

Dah makin gelap nampak nya ni...

Dua tiga hari lepas cuaca eluk saja.
Orang tua tua cakap, cuaca eluk waktu bulan purnama
Lepas purnama, kalau nak lebat pun lebat lah kembali Si Hujan tu.
Kalau nak banjir pun tak pelik, sebab memang musim banjir dah ni
Ini dah mula mendung dah ni..
Langit nampak rendah..
Dah siap ke untuk hadapi musim tengkujuh?
Dah.
Baju hujan dan payung mesti ada...kasut getah jugak.
Serbuk kopi yg kaw.
Pelbagai jenis makanan yg bersesuaian.
Ubi dan yg sewaktu dengan nya.
Comforter dan selimut kena ready.
Bentang toto depan TV.
Dan yg mesti ada, perlu ada dan jangan tak ada ialah...
AJK.
Kalau sorang sorang tak best main air bah.
Sorang sorang mana sedap makan ubi rebus dan minum kopi.
Tak sabar nak ber'sejuk'2...
Tambah2 musim cuti....
Awak yg tak de pengalaman berada di sini tentu tak dapat bayangkan bagaimana keadaan di musim tengkujuh.
Saya tau.





Thursday, November 1, 2012

Barang yg lepas usah di kenang. pastu nak wat camna dah tak leh lupa?

Cuba bagi tau saya,
Ubat apa yang perlu saya ambik..
Pill apa yang perlu saya telan...
Suntikan apa...
Ke saya perlukan pembedahan...
Cuba tolong saya melupakan kenangan yang saya tidak lagi mau kenang lagi.
Tolong bantu saya lupuskan segala yang perlu saya hapus kira.
Kerana saya telah puas mencuba pelbagai cara,
Namun
Perkara yang perlu saya lupakan itu lah yang sentiasa teringat ingat..
Makin di usir, makin acap dia datang...
Kalau ada butang 'Delete' kan senang...

Wednesday, October 31, 2012

Otot pun pandai mogok kalau kasi kerja lebih masa..

Sakit sungguh bila kena 'Nyetok karung'
Orang kolumpo cakap 'Tarik tarik'
Prince Willian cakap 'Cramps'
Kejang Otot lah awakkk...
Cramp di betis ni boleh buat saya meraung.
Masa preggy dulu selalu juga lah cramp betis.
Tengah2 tidor, malam2 buta meraung kesakitan.
Tak tau nak buat apa kecuali tunggu cramp tu subside sendiri.
Lepas tu lenguh lah betis sampai pagi.
Hari ni saya banyak duk pi mai pi mai, ukur kawasan kat sekolah.
Buzy amat.
Last sekali bila nak masuk dlm kereta waktu pulang tu,
terasa berdesup di labu betis,
macam kena cengkam dek raksaksa.
Beku terus urat saraf.
keras labu betis.
Kawan2 sibuk duk tanya kenapa saya memeluk stering dan mengaduh.
Nak jawap pun tak leh...Sakit wei.
Berair mata...
Lama jugak la nak lembut kembali otot betis yg kejang tu
Ni pun masih lenguh2 di betis dan jln terhinjut hinjut.
Agaknya otot betis saya nak cakap " Give me a break "
Adoiii....Awak pernah rasa tak?

Tuesday, October 30, 2012

Tak baik merungut tau.....


Kerana saya manusia biasa maka saya seringkali membuat kesilapan..

Seringkali membuat pilihan yang salah,

Seringkali gagal,

Seringkali  kesal.

Seringkali merasakan yang orang lain jauh lebih bernasib baik dari saya.

Maka saya acaplah merasakan yang saya mungkin berada diantara orang2 yg terabai..

Saya tahu saya tidak sepatutnya begitu.

Tapi seperti saya kata tadi,

Saya manusia biasa yg banyak kekurangan, banyak khilaf nya..

Ampunkan daku Tuhan kerana aku adakalanya tidak mensyukuri nikmat Mu..

Sedangkan Kau tahu yg terbaik buat ku...   

Surah Al-Baqarah Ayat 216

“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Monday, October 29, 2012

Spy tak berlesen....

Selain dari pakai tittle 'Ticer' saya juga boleh jadi 'Spy'
Spy menyepai.
Saya sedang menyiasat satu kes sekarang ni.
Siapa yg mengupah saya tu,tak leh lah saya beritau.
Rahsia..
Upahnya hanya lah kedamaian hati buat seorang kawan yg saya sayangi.
Siasat punya siasat, byk lah bukti dan fakta  yg saya dapat.
CSI pun tabek spring kat saya ni.
Sukanya saya bila terungkai lah segala tanda tanya.
Ringan rasa bahu yg dah lama memikul resah.
Kepala otak pun tak lah duk ligat dan sarat.
Pening tau jadi Spy nih...
Ada siapa2 nak khidmat 'Spy' jangan cari saya.
Tobat saya tak nak buat kerja ni lagi!


Sunday, October 28, 2012

Dia tak tau bersyukur agaknya...

Dia menipu saya.
Saya tau tu.
Dulu memang saya tak tau dan saya percaya.
Simpati nya saya kepada dia bukan main lagi.
Sekarang saya dah tau tapi saya buat2 tak tau.
Saya nak biarkan saja dia terus beranggapan saya tak tau cerita sebenar.
Saya belum puas tengok lakunan dia.
Teruskan,
Tak ada masaalah langsung bagi saya.
Saya nak biarkan saja..
Yang pasti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tergelak dalam hati.
Sekarang ni yang bermain dalam kepala saya hanya lah..
Simpati kepada keluarga dia.
Saya kenal keluarga dia dan saya tahu hati budi keluarga dia.
Tak seburuk itu,
Tak dasyat macam tu...
Kenapa ye, ada orang yg suka buka pekung di dada.
tak ada pekung reka/buat2 ada pekung..
Nak tutup kesalahan sendiri kot.

Tak faham saya lah.


Saturday, October 27, 2012

Takut

Tau takut.
Waktu mengadap daging tu tak takut?
Takut naik tekanan darah.
Takut sakit gigi.
Takut bertambah simpanan kolestrol.
Takut membiak anak lemak di bentuk rupabumi yg dah tak berbentuk mana dah ni.
Takut sungguh.
Tapi takut di hati sahaja.
Mulut tetap tak takut.
Makan buah dan sayur banyak banyak.
(Buah durian tak masuk list)
Kurangkan rasa bersalah tu.
Lepas makan cuba jangan jadi ular sawa.
Pas tu nak buat apa? Menoreh?
Hari ni anak saya pagi2 dah ke hospital.
Penat lah doktor, lepas raya mesti ramai pesakit.
Agak2 penyakit berkaitan terlebih makan daging lah tu.
Sah dah macam tu....



Thursday, October 25, 2012

Hari ni hari Wukuf di Arafah, di kampung hari 'Buat Ketupat' katanya...

Esuk Raya Haji..
Hari ni tetamu Allah berwukuf di Padang Arafah.
Yang kat sini buat hapa?
Tukang sembelih asah pisau.
Nenek nenek buat ketupat.
Mak mak pergi pasar.
Anak anak tido lah kalau time cuti...Grrrr...!
Bapak bapak jadi mesin ATM.
Semua orang sibuk dgn gaya bebas.
Ni lah agenda tetap saya kalau nak raya.
1. Siapkan senarai 'perlu beli'.Berjela jela.
2. Keluar beli.Jelajah Pasar besar, Tesco dan Kedai runcit India.
    ( Kenapa Kedai India? Suka hati saya laa..........)
3. Balik rumah mengeluh pasal penat, payah parking, barang mahal dan ramainya org kat pasar.
    Tak ada pendengar setia pun, tak macam suria FM..
    (Bik, ko tutup telinga sekali lagi, aku potong gaji tau!)
4. Mulakan persiapan untuk memasak juadah untuk esuk.Masak mana yang patut dahulu.
5. Makan
6. Masak
7. Makan
8. Masak
9. Makan
10. Masak Masak Masak
11. Makan Makan Makan.
12. Kalau ada kesempatan ambik gambar, buat N3 blog dan update status kat facebook.

Alhamdullilah, walau rutin ini dah berpuluh tahun duk ulang tayang, saya seronok sebenarnya.
Kami orang biasa biasa, sambut raya biasa biasa, bahagia dengan cara biasa biasa kami.



Wednesday, October 24, 2012

Bibik ni kalau nak cuti sekolah, nyanyi2 aje dia yer...

Bulan depan bibik saya balik Indon
Bulan disember adalah bulan dia bercuti balik kampung.
Sekarang pun dia dah kumpul2 barang untuk di bawa balik.
Balik naik Air Asia tau aje lah,
kena peka bab timbangan.
Setiap kali nak balik kampung dia serba salah.
semua benda dia nak bawa balik.
walhal dah berkotak dah barang yg di pos.
Saya tak pernah larang,
biarlah, saya cuba gambarkan saya di tempat dia.
pun macam tu jugak.
kadang kadang nak tergelak bila tengok dia mengemas.
Apa tak nya, segala benda ada.
Milo, syampoo, keropok, coklat, kueh...
Buah tangan yg dia dapat dari keluaga saya dan jiran2 pun kena bawak balik jugak.
Kain baju memang dia tak bawa kecuali pakaian untuk anak2 dia.
Suka sgt lah dia bila pakaian anak cucu saya, saya sedekahkan saja untuk anak2 dia.
macam mana dia balik ke Indon, macam tu lah bila dia datang nanti..
Segala mak nenek dia bawa,dari makanan hingga ke ubat ubatan.
Kata orang ...Yg merah itu saga, yg kurik itu kendi...
Saya dan dia saling memerlukan..
Semoga Tuhan panjangkan 'jodoh' saya dan dia.
(Sekarang dah masuk tahun ke 7 dia bekerja di bawah bumbung saya)

Tuesday, October 23, 2012

Kamu, kamu dan kamu buat hati ibu tua ini happy..lalalala...

Ada yang bagi ucapan
Ada yang bagi pelukan.
Ada yang nyanyi nyanyi
Ada yg kirim kad ganti diri.
Ada yang bagi hadiah
Ada yang hulur makanan
Bahagia sungguh, Syukur,
Saya tidak di lupakan

Bagi apa saja,
walau hanya sepatah ucapan 
sepatah campur sepatah
beribu patah ucapan yg di terima.
Semua nya berharga.
Semuanya mengembirakan hati ini.
Terasa masih dihargai.
Ingatan itu yang membuat hati munga munga
tak ternilai dgn wang ringgit.
Thank You everi bodih.
Kalau ada musuh, musuh bagi ucapan juga kah?
Agaknya ucapan macam mana yang musuh kita bagi di hari jadi..
Semoga pendek umur? rumah kata pergi, kubur kata mari?
Adusss...Sib baik tak der musuh.


Monday, October 22, 2012

Kalau saya ni pokok balak, kira muda lagi ni...Tapi saya manusia, kira tua dah laaa..

Bila umur tambah setahun lagi,
Banyak yg bertambah,
Pengalaman bertambah.
Cucu bertambah.
Pahala harap2 bertambah..
Syukur Alhamdullilah.

Uban bertambah...
Kedut bertambah...
Sakit situ sini bertambah...
Saya redha seadanya...

Yang saya risau ni,
Entah2 dosa  bertambah,
Timbangan lemak di badan pun rancak juga bertambah.

Apa yg berkurang bila kita sambut hari lahir?
Baki usia.
Bila bertambah lah umur, baki usia pun berkurang.
Makin hampir lah kita kembali ke asal nya.

Happy Birthday to Me....



Sunday, October 21, 2012

Bukan kaki bola.

Orang duk heboh Kelantan menang bola.
Saya hanya tau bila tengok N3 orang lain di blog.
Tak kira lah siapa menang ,saya ucapkan tahniah.
Adat bermain ada menang kalah.
Oleh kerana hari ni dah 21 hb dan hari gaji menghampiri,
saya sokong ATM.
ATM ATM ATM kesayangan ku.
Yes! esuk ke ATM ambik gaji.
ATM-Automatic Teller Machine
Dah berbau duit dah ni.....

Saturday, October 20, 2012

Pagi2 gini kalau call mintak bantuan ada ke yg nak tolong?

Bila enjin kereta tak nak hidup,
Awak tau tak nak buat macam mana?
Tak tau?
Saya pun tak tau jugak.
Terbakar.
Bukan kereta tapi hati saya.
Tau apa saya buat?
Saya scan wajah orang yg boleh bantu saya.
Tak ada sorang pun.
Akhirnya,
Apa lagi yg mampu di buat oleh seorang wanita yg tak tau pasal kereta?
Tinggalkan kereta di tepi jalan.
Balik jalan kaki.
Ukur jalan di pagi hari.


Friday, October 19, 2012

Tido lagi baik dari berkata kata...

Hai lah kucing,
Cuti cuti ni ko aje lah teman setia aku.
Teman no 1 ku
Hujan teman no 2
Boring teman no 3
Nasi kerabu teman no 4
Laptop teman no 5
Hset teman no 6
TV/Astro teman no7
Bantal teman no 8
Stering kereta teman no 9
Shopping Mall?
kalau kira Shopping Mall saya ada 10 teman.
Tapi,
akhir bulan gini shopping Mall tak sudi jadi teman dah...




Thursday, October 18, 2012

Rehat jari hari ni.

Tersumbat.
Buntu
Jari menari tarian sumbang.
Delete.
Menari lagi
Delete lagi.
Kacau bilau.
Mengintai intai dari jendela,
teroka laman orang.
Dah tak ada idea tu,
duk diam diam.
Tak payah buat N3 hari ni.
Istihar cuti untuk diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...