Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 31, 2019

Coming soon

Topik hangat sehari dua ni ialah topik 'RAYA'
Puasa dah di penghujung.
Raya dah hampir.
Raya bagi saya dah tak serupa dulu.
Meriah nya hanya buat anak cucu.
Kalau ikut hati tak nak beraya.
Cukup sekadar solat sunat aidilfitri dan
Mohon ampun maaf dari orang tua dan
semua yg mengenali saya.
Ziarah pusara.
Hidangan biasa biasa
Menerima kunjungan tetamu seadanya.
Tua2 ni yg menggembirakan hanya bila lihat
anak cucu happy.
Tak ada baju baru pun tak apa
Tak hias rumah bagai nak rak pun tak apa
Semua tu dah jadi kenangan.
Di radio lagu raya menjentik ingatan.
Teringat segala kenangan pahit manis
Koyak juga hati bila ingat yg dah pergi
Tapi nak buat macam mana, life goes on.
Wahai Aidilfitri...
Cepat2 la berlalu.
Sungguh, saya macam tak sanggup beraya .
Rindu itu menyesakkan dada.

Thursday, May 30, 2019

Rezeki sebelum raya

Pagi ni saya berada di PUTIK.
Ada majlis buat anak bongsu.
Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akedemik.
Rezeki anak saya.
Dia akan menerima sedikit sumbangan dari kerajaan negeri.
Malah semua anak2 kelantan yg mendspat straight A's di beri sumbangan.
Alhamdullilah.
Yang saya kagum nya, sumbangan ini tidak mengira parti politik.
Asal tempat lahir di tulis kelantan.
Happy anak saya tu..
Seronok dapat duit.
Sikit ke banyak tak jadi masaalah.
Janji rezeki dia.
Tahniah Anis.
Mummy tumpang happy.

Wednesday, May 29, 2019

Si bongsu

Dia suka masak
Mujurlah ada yg akan mewarisi ilmu memasak saya nanti.
Dari darjah 3 dia dah boleh hasilkan kek dan biskut yg enak.
Kagum dengan skill dia tuh.
Anak2 lain bukan saya tak ajar, tapi
mereka memang tak minat memasak.
Sekadar masak untuk makan hari2 saja.
Anis ni lain, dia curious.
Apa yg saya masak, semua dia nak belajar.
 Ini kuih ros yg mudah...mudah pun kena ada skill jugak.
Dia selambe jer buat cara dia.
Menjadi pulak tu.
Saya guide, bagi resipi dan yg seterusnya dia handle.


Ni Stuffed boneless chicken.
Sekali ajar dah boleh buat.
Saya dulu first time diajar mak,memang hancur ayam tu.
Kagum dgn dia.
 Roti jala..
Nak berapa? 100? 200?
Bagi Anis no problem.
Sorang2 tak perlu pembantu
Sedap pulak tu.
Kelmarin dia buat kulit pietee
Nak makan di akhir Ramadhan bila adik beradik berkumpul.
Sukanya saya bila ada anak yg akan mewarisi semua resipi turun temurun.
Bila saya dah tak ada sekurang kurangnya Anis boleh masak seperti saya masak.
Saya dah ajar dia hampir semua menu
Dan dia telah buktikan dia mampu masak.
Nasi dangang, rendang, kuah kacang, sate ...
Segala jenis makanan barat dan oriental.
Puddings, cakes,cookies, pencuci mulut tempatan..
Hmm...endless list.

Anis, teruskan lah ...
Mummy tak ada harta nak di pusakai
Ini lah saja harta mummy..ilmu memasak.
Nanti bila Anis dah ada anak,
perturunkan lah...
Memenafaatkan ilmu.

Wei...yg lain tu, si kakak2, si abang2.....
Cer tengok adik kamu.
Kamu bukan main lagi yer.
Nak makan senang jer...
" Nis, masak kuzi roti jala buleh? "
Dan Anis.....
Tak pernah cakap tak boleh.
Untung la kamu semua yer.

Monday, May 27, 2019

Aku hanya nak ke seberang.

Ombak jangan gila melanda
Harap tenang laut kuala
Dayung jangan patah tak kuasa
Layar tiang jangan binasa

Bergatung jiwa seluruh harapan
Nekad rasa arah tujuan
Serah segala padamu Tuhan
Aku hanya nak ke seberang.
Puisi nukilan Prof Dr Hashim Yaakob ini di jadikan lagu dikir barat oleh Saudara Halim Yazid.

Betul tak?

Selain sudah berpuasa lebih dari 20 hari
Selain dari berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan,
tanda2 syawal dah dekat bila.....
1. Pasar dan pasaraya sesak.
2. Bunyi mercun dan bunga api
3. Operasi bersihkan rumah dan kawasan.
4. Tiket bas dah habis, tiket apa pun habis.
5. Yang bekerja duk bilang hari nak bercuti
6.Masjid cerah sampai pagi, kiam dan iktikaf.
7.masjid juga meriah melayan orang nak bayar zakat fitrah.
Selain tanda2 ni ada juga tanda yg orang lain tak nampak tapi saya dapat rasa.
Tanda2 yg ibu2 dapat rasa..
Tanda2 nya ialah otak kaum ibu sesak duk pikir pasal......
- Menu raya dan menu berbuka terakhir berligar dlm kepala.
- Senarai bahan memasak yg perlu di beli, di cari dan di proses.
-. Budjet yg kena patuhi
-. Bersiap utk bersilat depan dapur, senarai pembantu dan penyibuk
-bilik mana untuk siapa dan tandas2 perlu siap utk kerja lebih masa.
Duit raya camna pulak?
Weiiiii...fening wei......

Satu lagi yg tak pernah miss kalau raya hampir menjelma..
Sehari sebelum raya nanti, pagi2 ada la anak sedara yg call saya.
" Ciknin, mama nak daun kunyit..ada tak?"
Soalan wajib setiap tahun.



Sunday, May 26, 2019

Mencari cari

Di mana mood raya saya?
Tenggelam di dasar hati
Puas cungkil masih tak timbul.
Diri sendiri tak kisah tak beraya pun.
Tapi demi anak cucu,
Kena paksa diri buat persiapan
Biar ala kadar pun
Janji anak cucu gembira.
Kalau ikutkan hati saya.
Rasa nak masuk dalam gua bertapa.
Tak mau beraya.
Tidak ada apa lagi buat saya.
Beraya ke tidak saya tetap begini.
Hati tetap bersarang duka
Putus asa untuk bahagia.
Tapi saya janji...
Demi mereka,
hadir syawal nanti...
Hanya senyum tawa yg akan saya hidangkan
Tidak akan ada perencah air mata sekali kali.
Sembunyikan duka lara
Sorokkan gundah gulana
Hanya yg indah2 saja buat anak cucu
Kerana saya nak pastikan mereka bahagia.
Derita biar saya sorang yg merasainya.
Jangan risau kerana saya pelakon yg handal.
Sepanjang usia berlakon watak yg sama
Masih mampu lagi bawa watak itu
Demi keluarga tercinta.

Saturday, May 25, 2019

Tuhan, hanya diri Mu yg bertakhta.


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi, berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku
Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada kuharap hanya
Diri-Mu yang bertahta
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada kuharap hanya
Diri-Mu yang bertahta
Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu
Hanya pada Mu Tuhan,
kerana Kau saja lah yg tahu segalanya.

Friday, May 24, 2019

Pusara janji

Jumaat
Macam biasa
Hari ziarah dia di pusara.
Dah setahun...
Tak pernah putus doa kami kirimkan
Semoga tenang damai di sana.
Kami di sini baik baik sahaja
Alhamdullilah, Tuhan tidak memayahkan kami.
Dan
Kami doakan agar Tuhan juga tidak memayahkan kamu di sana.

Jumaat ini hari ke 19 kami berpuasa.
Tahun kedua kami berpuasa tanpa kamu.
Tanpa riuh suara kamu
Tanpa juadah kegemaran kamu jugak.
(Masih tak sanggup masak makanan kegemaran kamu)

Raya nanti raya pertama tanpa kamu
Tahun lepas kami tak raya..
Saya masih dalam edah waktu tu
Anak2 hanya beraya di pusara mu dengan air mata.
Tidak ada kemeriahan
Tidak ada.

Azan subuh dah kedengaran.
Nanti siang seperti biasa ya, kita jumpa lagi
Di pusara mu rindu itu terkumpul.
Bersimpul mati.






Wednesday, May 22, 2019

Jodoh tak panjang.

Sedih!
Tak ada rezeki
Burung ni terlepas
Tak sempat pelihara lama
Sedih sangat sangat
Tapi redha
Tak ada rezeki saya untuk memiliki dia
Perancangan kita tak serupa dgn perancangan dari Allah.
Huhuhuhuhuhuuuuuuu!


Tuesday, May 21, 2019

Butang mata dia tenung saya.

Yes yes yes!
Happy sangat sangat.
Happy sangat sampai rasa mcm tak cukup jari nak type E3.
Malam tadi mak mertua saya datang berbuka bersama.
Tau dia bawak apa?
Bawak makanan tu biasa lah.
Ni bawak something yg saya sgt suka.
Bawak burung.
Se ekor burung hantu!
Dia tau burung hantu yg saya pelihara tu dah meninggal
Dia tau saya sgt sedih masa tu
Dia tau saya duk jaga burung tu dgn penuh kasih sayang.
Makan bersuap dan sgt manja.
Saya frust sgt bila Si Olie tu passed away.
Lama dah, setahun yg lalu.
Tiba tiba hari ni mak bawa se ekor.
Walau spesis tak sama dgn burung yg lama,
saya cukup suka dah.
Tq ma, tq so much.
All the way dari kebun dia, dia angkut dgn kereta.
Adik ipar tlg tangkap.
Adik tolong bela dulu sehari dua.
Nanti siang saya share foto.
Ni mlm2 ni tak nak ganggu burung tu.
Dia ketakutan tuh.
Dia masih liar.
Harap2 semanja Si Olie.
Harap2 dia boleh terbang bebas mcm Olie.
Tak perlu berantai, eluk jer bertenggek di tangga.
Nak buh nama apa burung baru ni?
Belum fikir.
Just enjoying the time now.
Terima kasih mak mertua dan adik2 ipar.
Rezeki bukan hanya ada duit berkepuk.
Di sayangi juga rezeki.
Alhamdullilah.

Sunday, May 19, 2019

Airmata tumpah di pagi hari.

Hari ni
Genap 6 tahun sejarah duka itu.
Anakanda Dr Saidatul trrbaring sudah 6 tahun.
Dia direhatkan Allah dari urusan dunia
Dia dibersihkan dosa
Dia di janjikan syurga.
Syahid yg tertangguh masih begitu
Masih menunggu masa
Pulang ke ribaan Nya dgn bebas dosa.

Hari ni 6 tahun dulu..
Iyaad di lahirkan tanpa belaian bonda
Bermula kehidupan seorang anak seiring dgn
tamat nya kehidupan seorang bonda.
Walau nafas masih berdenyut dlm dada,
dia bersendiri di alam dia dan penciptanya.
Bunyi teriak bayi itu tidak mampu membangunlan dia
Bertabah lah ... Kamu akan bertemu anak mu di sana nanti.

Iyaad,
Membesar dgn melimpah kasih sayang kami
Tidak kurang setitik pun perhatian
Manja dan menyenangkan
Menghiburkan hati semua.
Di mata Iyaad ada dia, di wajah Iyaad ada dia..
Di peel perangai Iyaad dia menjelma
Mengubat rindu kami
Penawar duka.

Selamat hari jadi cucu ku Iyaad
Selamat berehat anakanda Ja.
Selamat membesar sebagai juara wahai Iyaad
Selamat dunia akhirat.

Tenang lah di pembaringan duhai bidadari yg tertangguh
Usah gusar, Tuhan lindungi anak2 kamu
Kami hanya pengantara yg cuba sebaik mungkin
untuk membahagiakan dia, insyaAllah.

Anakanda Ja,
Kami redha dan pasrah.
Kami terima segala ujian dgn tangan terbuka.
Kamu bertuah,
Kamu lah anak ku sorang2 nya
yg telah di janjikan syurga
Terpilih.
Kita akan bertemu lagi di alam sana
Hanya menunggu masa.

SELAMAT HARI JADI IYAAD.
KAMI SAYANG KAMU.



Saturday, May 18, 2019

Serabut perut sengoti.

Dah lama saya pendam
Dsh lama saya perhati
Saya diamkan saja walau
dalam hati membuak buak rasa.
Mungkin salah saya
Silap saya
Apa pun saya makin tertekan sekarang
Duk fikir pasal dia
Duk selesaikan masaalah yg dia mulakan.
Tak larat dah saya
Tak selamanya saya boleh begini
Rasa nak meletup otak
Tapi kalau saya cuba bersuara
Dia tak kan dengar pendapat saya
Tup tup dia salahkan saya.
Allah hu, kecik hati saya.

Saya sentiasa berdoa semoga
Tuhan ubah perangai dia
Mudahkan urusan dia
Matangkan fikiran dia.

Sementara tu adakah saya perlu diam membisu
Mengikut rentak dia walau tarian itu ternyata tidak betul
Nyanyian itu sumbang
Bukan lantai yg bersalah
Lantai itu tidak tinggi rendah, pasti begitu
Terpulang pada Si penari mau cuba langkah baru
atau
Terus terusan jadi begitu...

Sementara tu...
Otak saya sendat dgn keliru.

Friday, May 17, 2019

Sakit hati

Sakit hati.
Sakit sangat sangat.
Jadi,
Untuk mengelakkan dari marah saya terlepas di mulut.
Baik saya diam.
Kadang kadang diam itu lebih baik dari berkata kata.
Ok, zip mulut.

Wednesday, May 15, 2019

Bercakap dgn diri sendiri

Selepas subuh
Di muka pintu aku menghirup segar
Mentari belum muncul
Masih samar di sudut ini.
Lampu jalan sudah tidak menyala
Berpeluk diri, bersendiri di sini
Memerhati pemandangan yg sama
Yg beribu pagi, sudah ku lihat berulang kali.
Tapi aku tidak jemu2 memerhati indahnya
ciptaan Mu Illahi.
Dari pintu aku menyusur ke tangga,
Terus ke laman, memerhatikan alam
Mungkin esuk aku hanya mampu intai dari jendela
Mungkin lusa aku hanya kerling dari katil sakit di bilik
Mungkin seterusnya aku hanya boleh dengar cerita
tentang indah nya pagi
Cantik nya mentari dari bibir orang lain.
Perancangan esuk milik Tuhan.
Kita hanya menerima ketentuan nya.
Sihat ini pun hanya menunggu datang nya
waktu sakit...
Jika sakit itu pengakhiran buat kita.
Tetap redha.
Begitulah kita.

Aku mundar mandir di laman
Kucing mengekori ku
Minta makan, sekadar kongsi rezeki.
Selagi mampu mengheret kaki selagi itu
kita boleh sama2 menyentuh embun
Aku menyapa mu, bercakap dengan mu
Tak ubah seperti bercakap sendiri.
Kucing memandang ku meminta simpati
Atau mungkin juga memandang ku
dengan penuh simpati?

Entah kucing atau aku
yg akan lebih dulu berundur.
Sebelum itu kita saling berdoa.
Wahai kucing, aku doakan kamu sejahtera
dan tidak sengsara di jalanan.
Diam lah di sini temankan aku
Usir sepi ku dan hiburkan hati ku
Kucing itu seakan mengerti.
Seakan ada doa dia buat ku.
Seakan berkata..
Wahai Tuhan ku,
Semoga Tuhan murahkan rezeki Tuan ku.
Panjangkan usia dia
Permudahkan urusan dia.
Supaya aku boleh merasai amannya kehidupan ku
bersama dia.

Matahari sudah hadir bersinar.
Dhuha menanti ku.
Jom kucing, kita masuk ke dalam.
Aku dengan urusan ku
Dan kamu dgn urusan mu.
Tapi kita sama2 mengharapkan keredhaan dari Tuhan yg sama, yg satu.
Allah hu Akhbar.

Tuesday, May 14, 2019

Heart of stone


Wings beneth my wings


It must have been cold there in my shadow,
To never have sunlight on your face.
You were content to let me shine, that's your way.
You always walked a step behind.
So I was the one with all the glory,
While you were the one with all the strength.
A beautiful face without a name for so long.
A beautiful smile to hide the pain.
Did you ever know that you're my hero,
And everything I would like to be?
I can fly higher than an eagle,
For you are the wind beneath my wings.
It might have appeared to go unnoticed,
But I've got it all here in my heart.
I want you to know I know the truth, of course I know it.
I would be nothing without you.
Did you ever know that you're my hero?
You're everything I wish I could be.

Monday, May 13, 2019

Sedar diri

Alhamdullilah
Menerima segalanya seadanya
Redha mengurangkan rasa keluh kesah
Tak apa lah kalau sebanyak ni bahagian buat saya
Syukur dah.
Jangan banding dgn rezeki orang lain yg melaut.
Pandang mereka yg ibarat rumput di kaki.
Walau kita bukan bintang di langit
Kita juga bukan rumput kering berteman debu tapak selipar.
Hidup ini begitu lah..
Kita hanya mencari redha dari Tuhan.
Tak hidup untuk dapat sanjungan dan pujian
Tak mati juga walau dihina.
Alhamdullilah
Tuhan, peliharalah kami anak beranak dari segala sengsara yg
kami tak mampu hadapi nya.


Sunday, May 12, 2019

Tanya jer

Hari ibu ke hari ni?
Bukan hari hari ke hari ibu?
Tanya jer.....

Selepas sahur.

Dah pesan pada diri sendiri
Tahun ni tak nak membazir
Tak nak prrgi bazaar Ramadhan
Tak nak masak lebih2
Nak berjimat cermat.
Nak lebihkan bersedekah
Nak buat amalan sunat yg dituntut di bulan mulia ni
Nak baiki perhubungan antara kita yg terasa makin membeku.
Sinar Ramadhan bawa keberkatan insyaAllah.
Hari ni dah 7 Ramadhan.
Alhamdullilah 7 hari dah berpuass.
Berterawikh dan bertaddarus.
Cepatnya masa berlalu..

Saturday, May 11, 2019

Kuasa mak dengan izin Tuhan...

Hari ni 6 Ramadhan.
Saya khatam quran sempena Ramadhan.
6 hari, baca 5 juz sehari.
Tadarus dgn mak.
Pertama kali saya habiskan 30 juzuk dlm 6 hari.
Mak yang beri dorongan.
Mak kata hari2 sebelum tidor dia doakan semoga saya kuat.
Semoga saya gigih baca 5 juz sehari.
Mak sumber kekuatan saya
Terima kasih mak.
Sempena hari ibu, saya ucapkan terima kasih atas doa2 mak untuk saya.
Terima kasih teman saya tadarus
Terima kasih khatam bersama saya.
Terima kasih mak.
Alhamdulliah
Tuhan,  jaga mak saya, lindungi dia dari segala payah.
Aminnnn...

Tuesday, May 7, 2019

Kami pilih begini.

Bulan puasa ke bulan tak puasa, masih sama
Makan masih kena jaga.
Makanan sihat gitu.
Makan sihat, tuan badan pun sihat.
Tua2 ni kena jaga makan.
Dah lama sangat dah duk ikut selera,
ikut sedap mulut saja
Cukup lah.
Tahun ni kebetulan anak dara saya pun makan bercatu.
Demi diet katanya.
Takper, kita pakat jaga.
Tahun ni tak ada dah kueh 'tepung telur' kegemaran lidah kelantanese.
No no no!
Manis2 out of menu.
Segala dessert dah tak hinggap di meja makan.
Nasi hanya brown rice
Roti hanya wholemeal.
Lauk tanpa lemak.
No santan, no milk, butter n oil.
Goreng? No. Bakar dan kukus saja.
Seksa?
Taklah...
Banyak lagi makanan sihat untuk di makan.
Tak nak makan dah segala racun yg bersalut sedap tu.
Cakap lah awak nak cakap apa...
Goda lah dgn godaan menu hebat mana pun..
Tak terjebak!
Iman masih kuat..hahaha.
Kalau iman goyah, cepat2 gitau hati....
"Mind your sugat level hani"
Anak dara saya pula kalau dia terasa nak cheat on her diet,
dia tgok aim and target weight dia di dinding.
That keeps her from old eating habits.
Alhamdullilah, Tuhan beri kamu kekuatan untuk jaga kesihatan.
Semoga terus bagi kami kekuatan.
InsyaAllah.



Monday, May 6, 2019

Subuh 1 Ramadhan 1440.

Mekar dan cantik sekali.
Menyambut Ramadhan alMubarrak.
Kembang walau tak wangi tetap mengundang ceria.
Hari ni 1 Ramadhan.
Baru sudah sahur dan sambil menunggu subuh .
Mengadap blog sekejap.
Alhamdullilah, bertemu juga dgn Ramadhan kali ni
Sempat lagi berpuasa insayaAllah hingga ke berbuka.
Ok lah, nak berwudhuk dulu.
Bye, assalamualaikum.

Saturday, May 4, 2019

Bukan nak ajar itik berenang..

Dah dekat sgt dah nak puasa.
Meh sini mokcik nak bebel sikit...
Bukan nak ajar itik berenang, tau doh semo pandai berenang
Tapi hok pandai berenang pun kadang2 lemas jugak.
Kannnnn?
Gini adik kakok, nak oyak so jah....
Dah dah la membazir tu..
Masuk jer bulan puasa mula lah tebiat membazir
Nafsu nak jamu selera manjakan tekak bercambah.
Mokcik pun camtu jame muda2 dulu lar
Lo ni dok doh, insyaAllah dok.
Tau dok, membazir tu kawan syaitan.
Tau? Semo org tau.
Tapi buat jugak.
Mokcik ni fedup la dgr ayat " tok lalu weh nak berbuka, nak sahur...."
Apasal tak lalu?Duk ikut ere nafsu makan gak sudah laaaar
Cer bawak mengucap.
Sebenarnya bila lapar dahaga, semua jadi sedap.
Perpatah cina ada mengatakan..
Hunger is the best sauce.
Betul kan?
Orang yg duk bising pasal x ada selera di bulan Ramadhan tu
sebenarnya ngada ngada....
Dia lupa nak bersyukur.
Lupa pada fakir miskin yg mungkin puasa tanpa berbuka
Lupa pada jiran yg kurang kemampuan makan bercatu dan minum bersukat
Lupa pada si sakit yg berpantang kerana setiap sedap itu dah jadi racun.
Lupa pada saudara islam yg tertindas di Uyghurs, China
Lupa pada saudara di Syria
Lupa.
Biarlah dia lupa.
Jangan kita lupa.
Maka adik kakok yg jurus, yg disayangi semua,
tahun ni, Ramadhan kali ni...
Kita tok soh bazir makanan la deh..
Masak mcm biasa, makan mcm biasa.
Takdok lagi orang mati kebuluran kerana berpuasa
Takdok lagi orang mati kempunan kalu tokgi pasar Ramadhan
Sengoti takdok dengar lagi gitu.
Marilah kita fokus ko amalan sunat, kita cari keberkatan.
Setahun sekali jah Ramadhan ni, sayang wei..
Banyak pahala boleh di tuai di bulan ni kenapa dosa juga yang kita semai?
Ingatan untuk ambo juga ni.
(Mugo ambo pun lagu tu jugak.)
Dulu lar, lo ni ngisaf doh sikit.
Berubah sikit takpo doh kae, lebih baik pado x berubah lasum.
InsyaAllah..
Selamat berpuasa dan berterawikh deh..
Selamat menanti azan magrib.
Sayang kamu ketat ketat.



Friday, May 3, 2019

Masih tajuk ' Se pagi bersama teman2 lama'

Tak jemu jemu duk tilik foto ni
Kami dah ready posing nak bergambar
Sekali Hj Halim ganggu
Di hulurnya bakul plastik yg dia dapat masa cabutan nombor bertuah
Kami terketawa, rosak dah gaya.
Tadi nak kontrol ayu dah tak jadi
Maka terpaksa posing sekali lagi
.Bila tgok foto ni tersenyum sendiri
Rupanya
Walau hampir 40 tahun terpisah rupa, terpisah suara..
Perangai zaman remaja tu tak berubah ubah juga
Yang nakal tetap nakal mengusik jer kerja nya
Yang suka bercerita tak habis2 dgn cerita 
Yang pendiam dulu senyum dan masih tak byk kata
Saya?
Saya macam ni lah
Dulu kini dan selamanya
Tak berubah juga kecuali
Kedut dan uban makin bermaharajalela





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...