Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, August 28, 2011

Kerja tetap tanpa pencen menjelang Raya

Skill yang di pelajari dari kecik dulu lagi.
Ketupat dlm plastik banyak sekarang
Tapi yang asli lagi sedap.
Bila mengayam ketupat, terasa mood raya.















Anis pun nak cuba..
Tak menjadi pun.
Try lah Anis sampai dapat.
Nanti bila mummy dah tak ada boleh lah Anis pula buatkan sarang ketupat ni.

Thursday, August 25, 2011

Sempena Aidilfitri, Score 0-0 bermula hari ni...

Tau kami buat apa tadi?

Kami bagi duit raya bagai yang di janji.
Siapa puasa banyak hari dapat banyak...
Happy lah yg belum tinggal sehari pun tu.
Yang tak puasa pun dapat jugak.
Kami juga ada majlis rasmi sempena Ramadhan/Menyambut aidilfitri.
Termasuk Khatam Quran dan pengagihan Zakat dan derma buat murid2 yg kurang bernasib baik.
Hari ni berkumandang lagu raya dalam kawasan sekolah.
Seronok, cikgu pun rasa tak sabar nak raya.
Tapi yg best sangat tu bila kami guru2 berkumpul sesama kami.
Tau kami buat apa sesama kami?
Kami.......
Salam - Salam.

Kiss - kiss.

Peluk peluk.


Maaf -maaf.


Gelak -gelak.


Happy - happy.

Bermaafan sesama teman.
Forgive n forget.
Tutup fail lama.
Harap2 fail baru tak sarat dgn dosa.
Biasa lah, kalau dah berada di bawah satu bumbung,
Silap bahasa dan perbuatan.
Kita kan manusia biasa..
Tapi suka duka itu lah yang merapatkan kami,
seperti saudara.
memahami dan saling merasai,
berkongsi rasa, suka atau duka.

Tengok,
kami sepakat nak berinai.
hari ni jari2 merah semua.
Meriah lah raya tahun ni, InsyaAllah.
Dan berakhir lah semester ini dengan Keberkatan Ramadhan.Alhamdullilah.

Selamat bercuti Separuh Semester

dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga SKPPG.






Wednesday, August 24, 2011

Alhamdullilah.Alhamdullilah. Alhamdullilah....

Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Syukur teramat sangat.
Yang hilang dah di temui.
Terima Kasih semua,
doa,nasihat dan moral support dari semua yg mengenali saya
banyak membantu menenangkan saya.
Saya bayangkan payah nya urusan saya jika kehilangan itu kekal.
Tuhan maha mendengar dan maha kaya.
Kehilangan itu hanya untuk menguji kesabaran saya.
Kalutnya saya walau hanya di duga sedikit cuma.
Lemahnya saya, cepat panik nya saya.
Tuhan,
saya lah makluk yg serba kurang.
Astaqfirullah...Hanya Tuhan yang menentukan segalanya.
Betul lah,
Bila kehilangan baru kita lebih menghargai.

Dah jumpa apa yg dicari tu hati kembali tenang.
Petang tadi berbuka dengan lapang dada.
Something to celebrate
and never enough thanking God.
Saya masak kuah kacang, sate dan nasi impit.
Macam dah raya pula rasanya.
Kira berbuka ala ala pre-raya gitu.

InsyaAllah kalau Tuhan masih pinjamkan usia, minggu depan kita kan menyambut Aidilfitri.
Maka,
buat nasi impit sekali lagi,
kuah kacang sekali lagi,
Bakar sate sekali lagi.
Cuma bezanya minggu depan giliran orang lain lah pulak berpeluh peluh membakar sate tu.
Ulang suara..
MUMMY CAKAPPPPP....
"MINGGU DEPAN GILIRAN ORANG LAIN PULAK BAKAR SATE OK.."



Tuesday, August 23, 2011

Ya Allah, kenapalah Kau lindungkan dia dari pandangan ku..

Tolong saya.
Apa perlu saya buat.
Hilang.
Semua buku bank hilang.
Buku Tabung Haji
Buku ASN
Sijil Pelaburan
Dan yang dasyatnya,
Pasport antarabangsa pun ghaib.
Semuanya dalam satu beg kecik berzip.
biasanya ada dlm handbag.
Kalau tak pun ada dalam drawer sebelah katil.
Pah puas cari,
Habis rakyat jelata tolong cari.
Selawat dan doa tak putus.
Nujum Pak Belalang aje yg belum masuk mengadap.
Tak jumpa jugak.
Nak buat camna ni?
Tolongggggggggggggg......

Monday, August 22, 2011

Drama tak lulus untuk tayangan

Ms Yap punya cerita sering buat saya gelak panjang.
Hari ni dia bercerita lagi.
"Kak Hani, kesian Si Ah Soo( suami dia lah tu).
Ah Soo masuk hutan.
Sekali dia di timpa sepohon balak yang besar.
Betul2 menimpa perut Ah Soo.

Dia nak berteriak meminta tolong pun suara dah tak keluar.
Ah Soo tersedar dari tidor dengan peluh membasahi badan.
Tercunggap cungap menahan lelah.
Dia terus menolak kaki saya yang melintangi perut dia sebenar nya.
Kak Hani tau lah saya ni kalau tidor, gaya bebas terus.."
Hahahaha.....
Ini dah kes dera suami ni Yap.
Ah Soo yg kurus melidi tu nasib baik tak patah tulang.
Yap, betis dah seberat balak?
Kita diet nak????





Sunday, August 21, 2011

Tuan2 dan Puan2, Imaad nak cakap sikit ni,

Imaad dah agak dah...
Ini mesti kes raya dah dekat nih.
Atok punya lah sibuk,masa nak main dengan Imaad pun dah terhad.
Sekejap keluar, sekejap masuk dengan barangan yg baru di beli.
Persiapan untuk Aidilfitri lah tu.
Moyang juga duk cerita pasal kelebihan akhir Ramadhan.
Moyang sindir anak cucu yg kalut amat bab raya ni.
Mujur ada moyang kannn....
Nenek Imaad pula aktiviti mulut dan kaki tangan sama banyak.
Biasa lah nenek tu, makin sibuk makin pot pet pot pet.
Bibik sama naik dgn nenek, kalau kereta dah masuk gear 6 dah.
Tak per, minggu depan bila Aunty Anik balik,
nenek ada lah pembantu tambahan.
Tapi nenek cakap Aunty Anik tu bantu dokong Imaad boleh lah.
(Aunty Anik tu tak suka masuk dapur, satu malaya dah tau!)
Uncle Long dan CikFara siang2 dah cakap dia org tak boleh balik.
Nenek sedih tapi faham.
Malam tadi Imaad ke Shopping Mall dengan Mummy Imaad.
Ramai nya org kat sana, sesak!
Agaknya makin ramai pula yang dah tak ke masjid,
Daddy cakap solat terawikh tadi hanya separuh masjid jer.
Daddy dah bayar ke fitrah?
Tahun ni dah 2 orang lah tanggungan Daddy.
Aunty Anis pula Imaad tengok asyik terpacak depan almari pakaian dia tu.
Kejap cuba baju baru, kejap cuba kasut baru..Apa2 ajelah Aunty.
Uncle Chik cakap nak beli bunga api..
Macam mana lah bunga api tu, Imaad belum pernah tengok lagi.
Nenek suruh Uncle chik gunting rambut.
Itu termasuk dalam persiapan menjelang raya juga ke nek?
Opsss..baik jgn banyak soal, nenek tu kalau sibuk2 camni,
ceramah free anytime...
Hujung minggu ni suku sakat Imaad akan pulang dari perantauan.
Sah melimpahlah jalan raya dengan kenderaan.
Macam ni rupanya bila dah nak raya yer...
Nenek, kalau yer pun nak raya,
Naper lah nenek belikan songkok yg lebih saiz ni.
Tenggelam separuh kepala Imaad dalam songkok.
Ok lah, kerana nenek dah beli, Imaad pakai jugak lah.
Handsome tak cucu nenek ni?



Friday, August 19, 2011

Sekarang saya marahkan makbapak dia pulak..

Marah.
Sebagai cikgu dia memang saya marah.
Sepatutnya dia buat ujian tapi dia tido.
Tersengguk sengguk di meja sampai nak terjatuh.
Saya alihkan saja kedudukan dia dari di kerusi, saya suruh dia bersila di pentas.
Saya amati keadaan dia.
Saya selami hati dia.
Mengantuk itu dah soal kedua.
Yang bermain di minda saya penyebab dia jadi macam tu.
Kenapa dan salah siapa seorang anak yg berusia 9 tahun ini jadi begini.
Ini cerita dari mulut dia.
"Abah dan mak niaga kat pasar malam kat Pasar Wakaf Che Yeh.
nak duk rumah sorang2 abah bimbang.
Lagi pun mak suruh jaga adik sbb mak sibuk bantu abah.
Ikut lah bersama ke pasar malam tiap2 malam.
Pukul 4-5 pagi baru pulang.
Kat Pasar Malam tu Nisa main2 dgn adik,
Bawak adik main kat tong sampah besar,
pungut straw dan main dengan cawan plastik yg org buang.
buat lah apa saja asal tak ganggu mak dan abah."

Mula tu memang saya marah kan Nisa'.
Tapi selepas dengar cerita dari mulut budak Nisa' ni,
Marah saya beralih ke Makbapak dia..
Esuk, saya nak panggil aje MakBapak dia datang jumpa saya.
Tapi saya nak cakap apa a?
Bukan senang weiii....



Marin lain, hari ni lain...

Abang Chik balik rumah hari ni.
Anis terus bersalin kulit.
Kalau dengan nenek semalam tu Anis control ayu,
hari ni bila Chik ada, Anis bukan main lagi.
Chik jenis musang yang siang tido malam berjaga.
Ngadap laptop dan TV.
Anis pun melekat, mengekori setiap jejak abang.
Pagi ni saya bangun nak kejutkan Anis untuk sahur.
Mak datuuuuuk, penuh depan TV menu McD.
Si abang dah ke drive thru McD rupanya.
Mereka dah jamu selera depan TV pun,
Sambil tengok TV sambil sahur.
Sahur dari lewat malam hingga ke awal pagi.
Hentam jer lah anak, asal jangan melepasi waktu imsak.
Kira ok lah tu, esuk Anis tak sekolah,
nanti lepas solat subuh boleh sambung tido.
Kalau nenek tengok lah perangai cucu berdua ni,
Mengucap panjang lah nenek.
Mak,
Cucu Mak ni jangan pula mak tak tau,
Boleh bertukar warna dalam sekelip mata.
Macam sesumpah..Chemelion.
Yer lah Mak, ikut perangai siapa lagi kannn..
Begitu lah acuan,begitu lah kueh nyer...
Itu hujjah yg mak selalu pakai- hakim mahkamah tinggi pun tabik.

(Mak tu cucu dia sentiasa aje betul, yg salah nya sayaaaaaaaaaaa jugak lah!)


Thursday, August 18, 2011

Proses ambik hati berjalan lancar.


Selalunya Anis sahur di temani Bibik saja.
Saya hanya bangun untuk minum dan makan ubat.
Pagi ni Anis happy nenek bermalam di sini.
Ada geng sahur.
Ada lauk lain pun Anis nak telur mata kerbau dgn tomato.
Nenek pun makan mcm Anis juga. Tak sentuh lauk lain.
Anis nak Milo ais di pagi2 buta ni.
Nenek yg tak suka minuman sejuk, teguk milo ais jugak.
Sambil makan, nenek dan Anis tak berhenti bercerita.
Pandai nenek ambik hati cucu.
Lepas makan selalunya Anis tonton TV sementara tunggu subuh.
Saya pun begitu.
Tapi pagi ni saya ngadap laptop, siapkan kerja sekolah.
Nenek tak suka TV di buka pagi pagi lagi.
TV bercuti pagi ni.
Pagi ni Anis mengaji quran dengan nenek.
Bila nenek buka yasin, Anis pun ikut sama baca.
Belum masuk subuh Anis dah siap dalam telekung.
Pandai Anis bodek nenek yer.
Sewaktu melintas depan bilik nenek, saya terlihat nenek hulur duit warna purple untuk Anis.
"Buat beli baju raya...." Kata nenek.
Anis senyum sampai ke telinga.

The moral of the story:
Hidup ini kena pandai berlakun.

Tuesday, August 16, 2011

Menimbus rasa kesal dengan timbunan syukur..

Bila dada menjadi sendat dengan kesal, saya harus mencari penawar supaya sekeping daging di dalam nya tidak berpenyakit. Think positive..
Saya nak bilang syukur saya pagi ni..

.Syukur kerana......
1. Walau pun saya tak lawa macam ratu malaya, anggota badan saya sempurna, tiada cacat cela.

2.Walau pun saya di besarkan sebagai anak angkat, saya dapat juga menumpang kasih orang, tidak tercampak dalam tong sampah di tepi jalan.

3. Walau saya tidak belajar tinggi dan bergaji besar, saya masih dapat pastikan anak2 saya tidak kelaparan dan keperluan asas mereka mencukupi.

4. Walau saya bukan lah orang yang famous dan di puja puji atau di sanjung tinggi, saya tidak ada musuh yang membenci dan menyakiti.

5. Walau pun saya sentiasa di duga dengan perbagai dugaan dan air mata sentiasa menjadi teman, Syukur teramat sangat kerana saya dapat lalui dugaan tersebut dengan tabah dan masih mampu melakar senyuman.

6. Walau pun saya seringkali melakukan kesilapan langkah dan pilihan, saya tidak putus asa dan menyalahkan sesiapa, semua nya atas kekurangan saya.

7. Walau saya masih jahil dan cetek Ilmu agama, saya bersyukur kerana nenek moyang saya memilih untuk masuk Islam dan menjadikan saya dan keturunan saya muslimin dan musliman yang sentiasa mencari keredhaan dari Nya.

Syukur pada mu Tuhan,...Atas baki usia yang masih ada, saya mampu lagi membilang syukur dan memohon keampunan di atas segala dosa dan kesilapan masa lampau dan berdoa untuk esuk yang lebih lapang..
Alhamdullilah.

Monday, August 15, 2011

Cikgu mathematics saya dulu yg silap ajar kut.

Saya tau saya hantu kasut, pantang masuk kedai kasut, mengganas terus.
Tapi petang tadi saya tak ada niat nak beli kasut pun.
Betul! Tak der niat langsung.
Itu yang saya cakap kat hubby saya.
Tapi hubby salahkan saya.
Ini semua salah Salesgirl tu lah.
Pandai pandai salesgirl tu kann...
Sewaktu Anis nak beli sepasang, salesgirl tu cakap beli sepasang discount 20%.
Kalau beli dua pasang discount 40%.
Saya nak tolong jimatkan duit jer.

Anis beli sepasang.
Saya beli jugak lah sepasang.
Baru dapat discount 40%.

Belikan Iffah sepasang,
saya ambik pulak sepasang,
Dapat discount 40%

Untuk Kimi sepasang,
Saya cari sepasang lagi untuk saya.
Dapat pulak 40%

Cucu saya pun saya belikan sepasang
Saya ambik jer selipar sepasang lagi
Potongan 40% jugak

Jimat kan?
Yes! 4 pasang untuk hantu kasut ni.

Salah ke sifir saya guna ni?
Manalah saya tau, saya bukan guru mathematics pun.

(Ada siapa2 tau alasan lain yg saya boleh guna, yg lebih baik? )

Sunday, August 14, 2011

Nasib baik Pak menteri bagi duit raya...



Baru balik dari Shopping Mall.
Fuhhh...! Penat sungguh petang ni.
Anis tak pula nampak penat, happy nak raya lah tu.
Ini baru sebahagian dari keperluan raya ni.
Baru part kasut mak dan anak.
Baru part handbag.
Baju melayu specis lelaki dah siap dah.
Baju melayu bersampin buat cucu jugak.
Ini belum masuk baju2 kat tailor yg belum ambik lagi.
Tak juga termasuk barang dapur khas buat sambutan Aidilfitri esuk2
Tak kira lagi sejumlah duit raya(duit kertas baru) yang dah booking dgn bank.
Anis pulak nak bunga api dan pelita baru tahun ni.
Seronoknya jadi budak budak bila nak raya.
Sakit kepala nya jadi orang tua bila nak raya....







Ni salah satu dari kasut2 raya mummy..Lawa tak?

Saturday, August 13, 2011

Ter 'usik' hati dgn lagu ni ,di malam 14 Ramadhan....

Terdengar lagu lama.
Terusik hati.
Hmmm....terbuai buai hati malam ni.


Dah, pantang di layan hati saya ni,
Kalau layan jugak, mula lah tak bertapak di alam realiti.
Apa saja lah saya ni.
Sorry, lagu tak menepati tema tu..kesilapan teknikal.
keretapi pun ada kala terkehel dari landasan kann..
Ini kan saya, manusia yang sering membuat kesilapan.
Ok, ok tukar ke Mood: Normal.
Kita dengar lagu nasyid ni pulak.
Malam Lailatulqada dari Kump Raihan.
Tak puas dgr lagu ni.
Sedap sungguh!
Teringat zaman kanak2
Pengertian Lailatulkada bagi seorang kanak2 hanya lah menandakan bulan puasa dah nak tamat.
Raya dah dekat.
Mula lah sibuk suruh ayah beli pelita minyak tanah.
Pacak keliling rumah.
Ayah mula pasang lampu lip lap lip lap.
Meriah, bahang raya mula terasa.
Bekalan bunga api cap kucing mesti ada.
(Saya ni takutkan bunga api, jadi penonton kakak2 main jer lah)
Dulu boleh main mercun, tapi mercun merah yg sepapan2 tu aje.
Kat dapur mak sibuk buat biskut raya.
Malam nanti kalau ada yg terlebih masak/hangit tu rezeki saya lah tu..
Baju raya pun dah tergantung dalam almari.
Kasut raya di bawah katil tak lupa saya jenguk setiap kali nak tidur.
Bahagia bagi seorang kanak2 hanya semudah itu.



Jap, jap..Betul le hari ni 'Hari Kidal' sedunia?
Hari saya lah kalau camtu....

Puisi orang yang tak leh tido.

2 pagi
Aku menyusuri jalan kenangan
sambil menanti hadirnya mimpi
Sepi malam 13 ramadhan
aku terkebil kebil
sorang
Pukul 3 pagi
Di waktu dan ketika ini,
adakah ada orang lain selain aku,
mencari pelangi di malam hari?
Bila mata tidak mau lelap,
mula lah berbicara dengan hati,
Atau
adakah kerana hati,
Maka mata tidak mau pejam?
4 pagi
Aku masih di sini
-
-
-Sahur
-sahur
-sahur
Bangun semua
Awal lagi tapi saja lah,
tengok orang lain tido
aku jadi dengki!







Friday, August 12, 2011

Cer teka kalau pandai...Sebelum bergelar Mak Nenek...


Terselak foto lama di album.
Sweet 16 masa ni, 1976.
Fesyen fuuuhhh...'Seksa'
Bertudung pun tidak, tu terpaksa pakaikan tudung dgn huruf 'O'
Ni kami posing sewaktu balik dari kelas tuisyen.
Ini dulu, cuba bandingkan dgn sekarang.
Saiz, usia dan penampilan semua dah berubah.
Cer teka mana satu saya agaknya...
Banyak beza kan?

Ini pula menu berbuka di hari ke 12 Ramadhan.
Ni pasal lah saiz berubah...Huhuhuhuuu...!!!!



Degil pulak awak yer...


Memang sah tak nak ikut kata tuan.
Mata ni lah.
Kalau hari bekerja tu, lepas subuh ngantuk nya macam tak tido seminggu.
Pantang duduk, terlelap lah...
Bila nak ke tempat kerja tu mula lah rasa nak bawak bantal sekali.
Tapi duhai mata ku,
Hari ni kan cuti,
eluk pulak terkebil kebil dari tadi.
Lepas baca alquran tadi cuba juga tido.
Tak mau nya.
Puas di peram dalam comforter, tak nak lena jugak.
Kalau peram pisang dah boleh buat jemput2 dah ptg nanti.
Last2 saya give up.
Bangun.
Banyak kerja nak di buat.
Duhai mata ku, kenapa macam ni...?


Thursday, August 11, 2011

Tuhan tidak pernah menzalimi kita..Alhamdullilah.


Diwaktu segala harapan hampir berkubur,
Diwaktu setiap mimpi menjadi kabur,
Diwaktu putus asa dan kecewa,
Tirai kebuntuan tersingkap.
Segala persoalan terjawap,
Dan luka itu terubat.
Cukup lah semusim ku berladang duka,
Kerana janji Tuhan ku,
Fa inna ma'al 'usri yusra
Inna ma'al 'usri yusra
(Surat Insyirah 5-6)
Dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang.
Terima kasih Tuhan,
Doa ku diperkenan.
Hari ini ku temui kedamaian jiwa.


Wednesday, August 10, 2011

Quack quack quack...

Complicated.
Too many complications.
Life is so confusing and full of frustrations.
Never ending.


But how ever complicated it may seems to be,
life goes on...
And on,

and on.


No matter how hard,
I know God is here with me.
And I will survive.
God willing!


As they say,
Be like a duck in a pond.
Calm on the surface
underneath,

paddling like crazy.


Wordless Wednesday 5



Monday, August 8, 2011

Kerana saya ni pipit, maka saya terkejut bila pipit lain cakap seperti enggang..

Puasa2 ni tak baik mengumpat.
Tak puasa pun berdosa jugak kalau mengumpat.
Tau.
Tapi kalau tak luah rasa tak senang duduk.
Walhal, mulut dia, biar lah apa dia nak kata.
Saya pulak yang tak pasal2 pergi tadah telinga tu naper?
Benda kecik jer...Tapi saya cukup tak puas hati.
Ada jugak orang macam tu yer...
Dia cakap, kalau anak dia nak kawin nanti dia akan kenakan mas kahwin paling kurang 25k.
Itu paling kurang.
Haah? Ternganga saya.
Nasib baik lah anak teruna saya tak kenal anak dara dia.
Tak yah kenal lah, mintak di jauhkan Tuhan dari kenal mengenali..
Risau saya.
Adoyaiii......Kurus pahala puasa saya hari ni...

Sunday, August 7, 2011

Cikgu WanNor yang saya kenali.

Sakit perut saya gelakkan cerita dari kawan saya tadi.
Cikgu WanNor ni kawan saya.
Dia ni, seorang yang jenis gopoh..
Segala benda jadi tergopoh gapah.
Nak di jadikan cerita, satu hari dia ke kelas tergopoh gapah macam biasa lah.
Tapi hari ni entah kenapa dia rasa ada yg tak kena.
Dia perasan yang 'Handbag' dia berat dari biasa.
Tapi oleh kerana nak cepat, walau luar biasa beratnya, dijinjing juga ke kelas bersekali dengan buku tulis murid.
Masuk saja ke kelas, ada lah budak sorang ni pandang dekat Cikgu WanNor semacam saja.
"Cikgu , kenapa cikgu bawak dua handbag hari ni?"
Haaa...kan dah kata, sebab perangai gopoh dia tu lah.
Rupa nya tak pasal2 masa nak bangun dari meja di bilik guru tadi,
selain dari handbag sendiri,
dia juga telah terbawak sekali handbag cikgu yg duduk di sebelahnya.
Handbag cikgu tu pulak memang dah terkenal berat melebihi had muatan.
Padan lah berat bebenor rasa nya....
Itu lahhh...lain kali gopoh lagi...!

Thursday, August 4, 2011

Melentur buluh.

-Kamu tak nak cuba puasa Najmi

-Mak kita pun tak puasa.

-Yer lah mak kamu uzur tu.

-Abah kita pun tak puasa.

-Ish, mana kamu tau?

-Balik sekolah Mak makan nasi dgn abah sekali.

Kwang...... Kwang...... Kwangggg.

Tuesday, August 2, 2011

Esuk mungkin lebih baik dari hari ini.

Along tak balik.
Farah pun tak balik jugak lah.
Tau, Farah dah sarat, dah tak larat travel jauh jauh.
Pija 'oncall', berbuka dan bersahur kat hospital.
Wan berbuka di rumah dia saja.
Imaad pun kat sana.
Kimi kat kolej, ada kelas belah petang,
dia berbuka dengan kekawan kat warung saja.
Iffah kena Chicken Pox, demam dan di kurantinkan di asrama.
Nak bawa balik pun minggu depan trial PMR.
Duk lah dia di cyberjaya berbuka dlm bilik sakit,
Anis saja yang ada kat rumah berbuka dan bersahur bersama.
Hubby tak berapa sihat,
Saya pun demam dan batuk batuk..
Berterawikh pun kat rumah saja, x mampu ke masjid berjemaah.
Anis cakap tak seronok lah puasa tahun ni...
Begitu lah roda kehidupan.
Itu pun dah kira baik dah, sempat juga kita berpuasa di bulan Ramadhan sekali lagi..
Entah entah ini lah Ramadhan terakhir buat kita..
Hanya Tuhan yg tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...