Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, April 30, 2020

Perancangan dari Dia.

Pertama kali dalam sejarah.
Tahun ni....
Kami akan beraya paling simple.
Tak ada baju raya, tak ada langsir raya.
Jimat.
Tak ada tamu akan singgah dan
kita tak akan bertamu ke rumah orang pun.
Masak untuk jamu anak negeri saja.
Rakyat jelata pun tak semua ada.
Yang jauh tak dapat balik.
Heran juga tengok orang lain yg masih beria ia buat persiapan.
Order baju mahal2 online.
Tempah biskut berbalang balang.
Agaknya mereka ni duit berkepuk.
Duit tak habis nak belanja.
Kita ni bukan apa, risau sangat.
Nak beraya lebih2 mcm biasa pun tak berani.
Mana tau lepas pkp ni ekonomi kita merudum?
Kalau x jimat cermat entah2 nak makan pun payah nanti.
Duit yg mana ada sedikit sebyk tu cuba simpan.
Rancang perbelanjaan.
Eluk juga di teruskan PKP sampai lepas raya.
Berjaga jaga.
Jaga kesihatan.
Jaga poket.
Raya tahun ni kita solat sunat di rumah saja.
Kita sekeluarga buat tahlil  buat yg telah meninggalkan kita.
Makan2 sikit sesama kita dan lepas tu kita berebut remote tv
Beraya dgn astro.
Kita tengok lah macam mana nanti..
Kita akan beraya lain dari biasa ni
bukan kerana kerajaan tetapkan begini..
Tapi....
Perancangan dari Allah.
Dia maha mengetahui.


Wednesday, April 29, 2020

Tak sedap pun tak apa.

Awak pernah makan masakan saya tak?
Tak sedap pun tak apa saya ikhlas masak tau..
Masak hari hari.
PKP ke tidak, tak jadi soal.
Memang dapur itu jajahan takluk saya.
Dari muda sampai ke tua..
Tak pernah miss masak.
Masak untuk diri sendiri
Untuk ahli keluarga juga
Sanak sedara, kawan kawan...
Selagi ada daya, selagi ada kudrat tetap akan masak.
Orang kata lebih senang beli yang dah siap.
Order fast food, delivery macam2 ada
Sekarang ni beli online pun boleh.
Beli tu beli jugak...
Bukan tak pernah beli.
Suka jugak beli.
Tapi tak lah beli sampai tak masak langsung.
Tak lah sampai tutup dapur, gantung periuk kuali berhari hari.
Saya tau saya bukan chef pun, masak bukan sedap mana pun
Tapi saya puas bila jamu orang masakan sendiri.
Yang pasti lebih bersih dan lebih murah.
Saya masak apa?
Haha...endless list.
Sekarang ni duk train anak menantu, ajar dan guide.
Nanti kalau mummy tak ada sekurang kurangnya kamu tau tips masak.
Nak tinggalkan harta, mummy x ada harta.
Mummy hanya mampu pusakakan resepi2 turun temurun ni saja.
Hari ni nak masak apa?
" Order McD jer lah....."
Wei....baka siapa yg jawap tuh?
Memang nak kena budak budak nih!
Ni foto semalam, saya ajar anak menantu masak dan hidang...
Tengok2 dengan periuk sekali ada atas meja.
Aduhhh la

Tuesday, April 28, 2020

Kita insan biasa

Ramadhan ke 5.
Alhamdullilah masih mampu mengerjakan ibadah puasa dan berterawikh.
Dari Ramadhan hari pertama lagi hujan mula turun.
Sampai hari ni tak berhenti lagi
Kejap lebat kejap hanya rintik rintik.
Rahmat,  nikmat hujan yg menyejukkan.
Tenang rasa hati di bulan mulia ni..
Damai fikiran.
Tak lah terkejar kejar macam biasa.
Masa banyak utk baca Quran.
Saya niat nak khatam sempena Ramadhan ni lebih awal.
InsyaAllah sebelum masuk minggu kedua.
Mana tau ada rezeki saya untuk khatam berkali kali
sebelum Ramadhan kali ini tinggalkan kita...
Tadi dah di juzuk 23, dah melewati surah yassin dah.
Selepas dhuha nanti insyaAllah sambung bacaan lagi.
Tua begini apa lagi yg lebih mententeramkan hati
dari dapat menatap kitab Mu ya Allah.
Semoga diakhirat nanti Kitab ini menjadi saksi
Membantu memudahkan urusan ku di sana...
Hanya Kau yg mengetahui segalanya.
Aamiin...

Monday, April 27, 2020

Tanda tanda penuaan.


Kejadian di pasar.
Masa nak turun tangga makcik jual sayur tegur.
" Cikgu, Pagi tadi bukan dah datang pasar dah?
Dia kenal saya sbb saya pelanggan tetap dia.
" Ya betul, ni datang sekali lagi sbb terlupa ambik ayam."
Tu jawapan saya.
Dia gelak, saya pun tergelak..
Saya macam tu lah, bayar harga ayam, tinggal dulu untuk di potong.
Pastu sepatutnya gi ambik semula.
Tapi entah macam mana terlupa pulak.
Makcik tu senyum dan sambung pertanyaan kedua.
" Santan dah ambik?"
Aik, bila masa saya beli santan.konpius sekejap.
Dia perasan saya konpius.
Pandai dia baca body language saya.
" Alah cikgu, kan hari tu lupa ambik santan. Nampak terkejar kejar ke tempat jual santan..."
Opssss! Baru ingat wei..
Baru baru ni lupa santan.
Hari ni lupa ayam.
Esuk2 entah lupa apa pulak.
Mujur kepala lekat di leher, kalau tak entah2 lupa bawak kepala.
Haiyaaaaa.......Tak ada kes lain nih.
Faktor penuaan.
Sedar diri tak per.



Sunday, April 26, 2020

Group

La ni semua orang ada wassup group.
Kecuali org yg duk sorang2 dalam hutan.
Macam macam group.
Dari group adik beradik, group sedara rapat,
Group sedara bau bacang,
Group kawan tadika, sek rendah, menengah..
Group sebumbung tempat kerja
Group masjid, group pencen..
Haduhhh tak terbilang dah..
Saya join saja kalau di invite, tak pernah tolak..
Ada yg kita hanya jadi pemerhati
Ada yg kita aktif menyumbang bawang.
Ada yg kita rasa kecik sgt, jahil sgt kalau banding dgn ahli lain.
Ada group yg tau nak bertekak jer.
Serabut laaar....!
Ikhlas cakap lah, saya join group ni hanya dgn satu tujuan.
Nak terus berhubungan dgn orang yg pernah ada dalam hidup saya.
Nak tau perkembangan terkini mereka
Nak tengok foto2 mereka kalau dah lama sgt terpisah.
Nak happy2, nak suka suka..
Tu jer.....
Tobat saya tak nak tau apa parti yg dia pangkah.
Banyak mana harta dia pun saya x perlu amik tau
Besar mana pangkat anak dia pun tak mustahak
Kluster tabligh mana yg dia join laaagi la tak penting.
Bagi saya cukup lah boleh bertanya khabar
Kalau sakit kita boleh doakan kesembuhan
Kalau ada yg meninggal boleh sedekahkan alfatihah
Yang dapat menantu baru, cucu baru tu kita tumpang bahagia.
Yang dpt bini baru tu bergantung la...
Kalau bini lama dia ada dlm group jgn cari pasal.
Saya tak nak subahat jer...
Jaga hati
Jaga jari
Terlajak perahu tak per, undur jer
Terlajak jari mau nya putus terus hubungan.
Tau tau dia left group..
Tak pun kita yg kena leave group sbb kena bash!
Tu laaa....group, group jugakkk....
Niat nak berbaik jadi makin rosak hubungan buat hapa....
Berapa group wassup awak ada?
10? 20?
Suka hati lah asal bahagia..
Haha....rilex la wei....
Hati jgn mudah jadi tisu..
Kalau sensitif sgt jangan join apa2 wassup group pun.
Duk sorang2.


Saturday, April 25, 2020

Tak mo la macam tu....

Mudahnya nak hukum orang.
Nak tuduh ikut sedap hati kita.
Sedih la...
Saya baca juga pasal isu menderma tu
Allah hu
Besarnya dugaan insan yg mencari pahala
Dugaan juga buat orang lain yg memandang nya.
Betul, Tuhan duga kita yg tengok orang kumpul pahala.
Tengok org bersedekah.
Tengok orang bantu org lain..
Tengok tu pun satu dugaan.
Tengok saja kah?
Tengok saja tak nak bantu pun tak apa.
Jangan tengok dan cari kesilapan orang dah.
Tak pasal2, dah la kita x ada pahala bersedekah.
kita dpt dosa fitnah orang pulak.
Itu lah dugaan buat kita
Tuhan nak duga kita kuat tak lawan bisikan syaitan.
Tuhan duga kita, Tuhan nak tengok melatah tak kita bila ada org lebih baik dari kita.
Muhasabah diri.
Hari baik bulan baik ni kita fikir yg baik baik saja.
Boleh kannn...
.

Friday, April 24, 2020

Berbeza.

Ramadhan tahun ni tak sama dgn Ramadhan sebelum2 nya.
Kali ini lebih indah....
Sudah bertahun2 lamanya kita sambut Ramadhan cara kita
Buat perancangan itu ini..
Sekarang kita akur pada perancangan Allah
Semestinya yg terbaik.
Dah lama sangat kita siksa diri kita sendiri di bulan Ramadhan ni.
Kita sibukkan diri kita dgn urusan dunia.
Kita membazir.
Kita puja nafsu makan
Kita berbelanja sakan..
Kita cipta dosa sedangkan sepatutunya di bulan mulia ni kita buru pahala.
Nah.....kali ini Ramadhan lebih bermakna.
Kita duduk diam diam di rumah
Lebih masa untuk beribadat.
Kurang sikit kalut untuk persiapan berbuka
Makan apa ada dan berterima kasih atas rezeki Nya.
Jimat belanja harian, damai fikiran.
Berterawikh dan bertadarus dalam pelukan kasih sayang keluarga
Maka nikmat Tuhan yg mana kah yg kamu masih dustakan?


Thursday, April 23, 2020

Laksam

Sebut laksam semua orang kelantan tau.
Hampir semua wanita kelantan tau buat laksam.
Laksam kuah lemak.
Sedap.
Hari ni saya kukus laksam lepas solat subuh.
Masak kuah dan potong ulam.
Rakyat bangun pagi dah boleh makan.
Bukan payah pun buat laksam ni.
Tepung beras dan sedikit gandum.
Kacau2 lebih air, agak cair gitu
Kukus.
Masak gulung dan potong.
Boleh suap bayi atau anak2 yg baru belajar makan.
Budak2 suka sbb kalau yg kuah lemak tu x pedas.
Anak cucu saya membesar dgn laksam homemade
Sekarang mereka dah dewasa tiba la masa utk buat laksam sendiri.
Malu lah kalau asal kelantan tak reti masak laksam.
Ni laksam utk breakfast pagi ni
Taraaaa.....jom kita makan.

Wednesday, April 22, 2020

Senyum pagi

Saya keluar hari ni. Ke pasar depan rumah saja.
Persediaan untuk bulan Ramadhan.
Kalau esuk mesti lagi ramai pengunjung.
Memang dah ramai pun.
Sesak dlm pasar.
Takut gak tgok orang ramai gitu
Social distancing dah entah ke mana.
Penuh orang duk kerumun bahagian lauk.
Tak menang tangan yg menjual daging dan ayam.
Tapi ada juga yg peka dgn situasi terkini.
Nak beli santan berbaris dgn jarak yg betul.
Ok lah tu..
Tengah sedap duk pilih udang kedengaran dari luar pasar.
" Sila jarakkan diri, sila ikut arahan...."
Polis peronda rupanya.
" Sila cepat pulang ke rumah, sila stay at home...."
Hero malaya yg sedang beratur kat belakang saya siap buat ulasan.
" Jap en.polis...kalau saya balik sebelum beli udang ni alamat perang dunia ke3 la nanti"
Kami semua tergelak.
Dalam susah dan penuh kerisauan pun ada juga hiburan.
Saya tengok senarai di tangan dia panjang jugak.
Kiri kanan dah bimbit barang belian tuh.
Bunyi nyanyian dari hset hero malaya tu.
"Jap la awakkk, nak beli la ni, tengah beratur.."
Saya buat2 tak dengar.
Bukan takut isteri tapi suami mithali.
Tahniah buat semua kaum adam yg berjaya menjadi suami mithali di musim PKP nih.


Tuesday, April 21, 2020

Musafir rindu

Lagu itu memerah duka.
Liriknya menyentuh halus rasa.

Musafir rindu ( Ramli sarip dan Dayang Norfaezah)
Hujan malam menambah resah
Hati sepi sejak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun badan terpisah jauh
Bagai Patah tak kan tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergi mu yg tak kembali
Bukan lah gurauan
Bukan sekadar
Mainan perasaan
Apa yang tersurat itu yg tersirat
Namun ku rela
Dalam doa ku, ku sebut nama mu
Tenanglah dikau sayang ku
Aku bagai musafir lalu
Menyusur mu sudah lah tentu
Di sana kasih kekal abadi
Suci dan kudus janji ilahi.

Monday, April 20, 2020

Cuti rehat

Hari ni saya tak nak update apa2
Nak rehat
Boleh ke?
Ke ni dah di kira update ni?
Entah kenapa hari ni x ada idea.
Buntu
Dari saya merapu tak tau hujung pangkal baik diam.
Ok, rehat dulu sekejap.

Bila 'anak tino' pakai apron.




Ayat pertama- Iffah dah jadi chef..
Tak caya,sudah.
PKP punya pasal, semua orang dah jadi chef.
Media sosial duk penuh dgn lambakkan resipi perlu cuba.
Segala mak nenek resipi keluar.
Anak saya Iffah tu memang terkenal dgn 'blurr' bab masak.
Tiba2 dia pun bersemangat nak masak jugak.
Iffah lo ni tak serupo mulo - itu kata dikir kappila.
Iffah yg tak kenal halia dah boleh masak kue tiaw kungfu.
Iffah yg masak air pun kena tengok resipi.
Sekarang dah tau buat kopi apa tuh? Yg pekat tuh?
Mummy tabek la Iffah, you can do it.
Marin Iffah try buat kueh..menjadik!
Yes! Iffah happy sakan.
Mummy pun happy sbb tak keracunan.
Iffah masak lauk pauk...jadik jugak.
Yes! Congrats iffah.
Berderet lagi resipi dlm senarai mesti cuba buat tu.
Iffah berkobar kobar cuba tu cuba ni..
Bila Loyar masak mummy jadi hakim.
Anak negeri jadi juri.
Dapur jadi mahkamah tempat jatuhkan hukuman.
Hukuman mummy hanya satu.
Sedap ke tidak, jadi ke tidak, mesti makan, jgn membazir.
Mangsa nya anak negeri lah..
Kalau macam ni la gaya nya,
PKP perlu di teruskan sampai akhir tahun nih.
Mummy dah boleh gantung apron dah ni..
Hmm....Pm please lar, tell KKM to prolong this PKP.
There is a chef in the making..
Kan Iffah kannn....
Tapi yg merisaukan mummy ni satu jer.
Kita ni ber enam, Iffah masak utk 10 orang.
Habis siapa nak makan byk2 ni?
Iffah kata no problem.
Iffah ingat perpatah nenek yg berbunyi
" Dari membazir baik membatil"
Apa yg membatil?
Perut anak negeri laaa....
Iffah, go slow with the food k.
Siapa sokong mummy supaya Iffah masak sikit?
Haah? X ada penyokong.
Iffah kata kalau mummy masuk court tak menang.
Hentam jer la Pn Loyar (buruk)..

Saturday, April 18, 2020

Kalau




Cari gali foto2 lama
Foto bukan sekadar merakam wajah tapi
foto2 lama ada kenangan yg dikepil bersama..


Kalau la boleh ku undurkan masa...
Kalau lah masa depan terlihat sebelum waktu nya..
Kalau lah luka kelmarin boleh dipadam dari ingatan..
Kalau lah bahagia boleh di kekalkan....
Kita manusia biasa..
Mustahil nak buat semua lu..
Bersandarkan 'kalau' dan 'jika' yang tidak berkesudahan.
Sekali sekala seperti ada kesal terselit di benak fikiran.
Tapi kesal segunung pun tidak mampu merubah sejarah.
Redha saja lah meski pun dlm nada terpaksa.
Hanya merasai tahu segalanya, yang melihat cuma mampu mengulas.
Kalau boleh ku undur masa nak tak undur?
Tak nakkkkkk!
Kalau boleh dilahirkan semula nak tak?
Nak, tapi nak lahir sebagai Queen of England.
Tak payah pikir apa, hanya bernafas sahaja.
Atau nak dilahirkan semula sebagai batu di sungai.
Keras kejung, sejuk beku tanpa perasaan.

Friday, April 17, 2020

Jumaat penghulu hari.

Jumaat terakhir sebelum Ramadhan.
Tahun ni Ramadhan kita tak sama dgn Ramadhan di tahun2 sudah.
Biasa kah lah diri dgn perubahan yg tak pernah kita bayangkan.
Dan mungkin banyak lagi perkara2 baru yang akan kita hadapi esuk2.
Bersedialah...
Get ready for the worst and hope for the best.
Kita hanya makluk Allah yg lemah.
Terserahlah pada perancangan Dia.
Dah baca Al Kahfi dah?
Jumaat dan AlKahfi berpisah tiada.

Thursday, April 16, 2020

Allah itu perancang yg terbaik.

Sebelum PKP
Ke sana ke sini
Ke sana ke sini
Ke sana ke sini.....




Sewaktu PKP
Duk diam diam kat rumah.






Tamat PKP
Ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini semula....

Wednesday, April 15, 2020

Siapa serupa saya angkat tangan.

Mengikut kajian saya lah.....
Semenjak PKP ni .......
1. Sekali sekala keluar ( bila perlu) berinteraksi tanpa perlu senyum. Mencuka pun tak apa.
Pakai mask kannn....Kalau senyum pun bazir jer.
2. Siang saya bertambah panjang. Masa banyak untuk bereskan kerja rumah yg tertangguh.
Tu pun kalau rajin lah, kalau malas pun no problem, tido.
3. Saya tak singgah rumah orang dan orang tak singgah rumah saya.
Loceng pagar dah tak bersuara maka boleh pakai apa saja dlm rumah. Tak perlu sediakan tudung dan jubah at reach in case ada tamu...Santai sungguh dgn fesyen ' pengudaraan semaksima mungkin'
4. Tudung2 berbaris kaku dlm almari. Agaknya tudung2 tu ingat tuan dia dah tak pakai tudung kot, lama sungguh tak sarung tudung yg formal sbb x ada majlis apa2 sekarang. Asyik pakai yg tu tu jugak, yg harga rm10 sarung terus siap. Nak ke pasar sekali sekala jer pun.
5.  Kasut sukan berkulat. Setakat nak brisk walking keliling rumah, berselipar jepun pun jepun tak marah...
6. Petrol murah tapi kereta tersadai..isi minyak penuh tangki sebelum PKP, la ni pun masih belum surut mana..Ish, rindu pulak la nak jadi yb yg rajin melawat kawasan nih..
7. Periuk kuali tak sempat kering..Tong gas baru saja ditukar, ni dah ringan pulak dah..
Peti ais cepat kosong jugak sebagaimana cepat nya kosong perut2 anak negeri.
Masak makan masak makan masak makan....
8. Wassup berasap. Dah hanya wassup menghubungkan hati...kadang tu tgah mlm buta pun group masih aktif..layan jer.
9.Gigih tuntut ilmu. Dah masa terluang, kerja sampingan saya ialah google segala benda, baca segala tajuk, amik tau segala berita terkini, belajar segala benda baru..kalau lama lagi PKP ni buleh ijazah secara online nih.
10.Yang ni paling win. Nak qada solat dan solat sunat tak jadi masaalah..masa byk dan tak ada gangguan. Lebih acap buka quran dan sempat hafal surah. Nak atau tak nak saja..
11. Yang no 11 ni masaalah problem sikit...
 Tolonggggg.....!
Dah tak pasal2 jadi melekat kat go shop, shoppe, lazada dan segala benda jual beli online.
Ada jer benda yg berkenan, jari tu asyik nak tekan ' buy'..Air kelapa pun beli online..yg best nya COD, takyah transfer duit bagai..Kesian begduit saya, kurus melidi..

Tak sangka sungguh saya jadi macam ni.
Tapi saya tetap bersyukur semua nya baik baik sahaja.
 Alhamdullilah saya tak tertekan pun.
Life goes on tak kira PKP ke tidak.
Cuba untuk sentiasa think positive.
Tak bertemu mata, ku mencari bayang mu
Tak dgr suara, hati mengusung rindu.

Bersatu kita roboh..Jgn dekat2, bahaya tau, ingat sosial distancing tuh!
Bercerai kita teguh..duk jauh2 baru selamat...Syuhh..syuhh..gi main jauh2!

Dah la merapu buat hari ni. Cukup.

Tuesday, April 14, 2020

Monday, April 13, 2020

Tukang masak kerja nya enteng...

Alhamdullilah.
Mokcik dah sihat hari ni.
Apa projek mokcik hari ni?
Ni ha.....

Boleh agak tak?
Hmm..
Musim PKP ni ramai yg jadi 'Mamak roti canai' segera.
Seronok tgok orang duk cuba buat mcm2 resipi.
Roti canai ni bagi saya dah biasa sangat buat.
Dulu2 selalu buat sendiri kalau ahli keluarga nak makan.
La ni jer beli sbb dah senang beli dari buat, maka termalas jadi nya.
Mak mertua saya memang pro bab roti canai nih.
Saya menuntut ilmu dari dia lah.
Tapi saya tak sehebat dia..Tabek Ma!
Cuma satu jer yg saya boleh masuk bakul angkat sendiri.
Kuah Dal saya special tau, caya lah!
Kalau buat kuah dal kena buat satu periuk.
Sbb esuk pun masih tak puas puas makan.

Nak resipi?
Boleh jer...
Kalau saya kongsi resipi awak buat tak?
Saya ni pantang kalau bagi resipi, org peram jer resipi tu.
Buat lah, nanti kalau org tanya, awak kongsi pulak..
Baru pahala berpanjangan.
Masak, masak jugak..
Makan, makan jugak..
Musim PKP ni hati2 sikit.
Kang habis tempoh berkurung,
nak keluar, tak muat pintu.....
Tak ngata orang,saya la macam tu kot.


Sunday, April 12, 2020

Mokcik uzur part 2




Subuh tadi makan panadol.
Ni dah berpeluh peluh.
Lenjun dgn peluh.
Dah nak kebah lah kot.
Saya ni mana boleh demam lama2,
byk kerja tergendala nanti.
Baru sat saya mandi dah berpeluh balik dah.
Masuk dapur urus breakfast anak negeri.
Anak dah pesan tak yah masak,
mereka nak makan apa ada, breakfast cara mereka.
Tau sangat, kalau breakfast cara mereka tu tak breakfast lah.
Celik mata mereka raba hset dulu..
Layan media sosial dulu.
Pastu baru mandi, tu pun dah nak zohor.
Kejap ada la tu yg akan order Mcd.
Tu lah breakfast sekaligus lunch mereka nanti.
Tak boleh jadi.
Saya kena masak jugak.
Supaya makan lebih sihat dan teratur.
Ikut nak cepat dan mudah memang la oder fast food jer.
Tak sihat kalau acap2 makan mcm tu.
Semalam dah hidup dgn fast food, takkan hari ni pun begitu.
Saya dah ok dah ni sikit.
Dont worry, mummy will cook something for all of you.
Nasi goreng kampung dan cucur udang bodo2 boleh?
Ke sedap McD lagi?
Kepala masih rasa ringan, pening sekali sekala.
Kamu bangun dari tidor nanti jgn ganggu mummy k.
Nak tidor nih.
Kamu bukak saji jer.



Saturday, April 11, 2020

Hari ni mokcik uzur.

Rasa tak sihat.
Selsema, demam.
Saya kalau tak sihat sikit mula lah x leh kawal tekanan darah.
Bukan darah tinggi tapi darah rendah.
Bila tekanan darah turun..hypotension,
kepala rasa ringan dan dahi sejuk berpeluh.
Cakap pun x leh fokus mcm tak selari mulut dgn otak.
Mata berpinar pinar,
mengintai tempat nak duduk kalau sedang berdiri.
Sekali sekala mcm hilang pertimbangan dan nak rebah gitu.
Dah acap dah rebah tempat awam masa dulu2..
La ni dah tau signal badan tu cepat2 cuba elak rebah yg memalukan tu.
Kalu mata rasa berpinar, cepat2 duduk  atau cari tempat selamat.
Dah pernah pass out dalam pasar dulu masa remaja.
Kalau masa perhimpunan di sekolah tu saya lah juara 'pitam'
Masa shopping di Globe Silk store zaman muda2 dulu pun pernah jatuh.
Tak pasal2 boleh kenal bilik rehat pekerja.
Baru ni saya hampir pitam di pasar tani.
Mujur cepat2 duduk tepi tangga bank BSN.
Muka pucat, bibir kering, berpeluh peluh..
Ramai yg bantu, Alhamdullilah rakyat msia baik2.
Ni hari ni rasa tak berapa ok.
Cepat2 saya masuk rumah dan baring.
Buatnya pitam sorang2 kat belakang, x sapa tau.
Ni ok sikit dah. Boleh update kat blog dah ni..
Tapi rasa2 saya kena tido dan rehat jer seharian.
Boleh ke rehat?
Mampu ke nak tido bila dlm kepala bersusun kerja perlu di bereskan?
Rehat sekejap ni..sejam dua.
Mujur anak2 masih tidur, x tau saya hampir pitam tadi..
Kalau tak, bising la dia org tu, bebel ngalahkan mak.
Kalau arwah suami saya ada, dia tak bebel, marah pun tak.
Dia akan suruh lagi..
" Gi la cuci longkang besar tepi jalan pulak,
segala benda nak cuci nak sental kann....
Tu lori perbandaran lalu tu,
ikut la sekali tlg sapu jalan kalau dah tak leh duk diam...
Tau tak sihat, bukan nak rehat"
Terdengar dengar juga suara dia di telinga ni.
Hadoiii..bila x sihat ni otak jadi lemas.
Nak tido lah, ok,bai.

Friday, April 10, 2020

Pondok ku.

Di sini ada bahagia.
Walau hanya pondok bukan istana
Kami hidup sederhana
Biasa biasa.
Tak apa lah kalau tidak ada wang berjuta.
Tak apalah kalau tidak mampu pakai brg berjenama.
Cukup lah bagi kami..
Bila Tuhan ada
Dan Tuhan sentiasa belas ihsan akan nasib kami
Masa depan kami dalam tangan Tuhan.
Semoga Tuhan jauhi kami dari bala yg tak mampu kami hadapi
Dan
Semoga Tuhan damaikanlah hati kami.





Thursday, April 9, 2020

Cerita kereta-hiburan pagi.

Dah hidup lama ni byk lah pengalaman yg boleh dijadikan cerita.
Hari ni nak ceritakan kejadian yg masih mampu buat saya senyum sendiri bila teringat semula.
Jom, saya kongsi sebahagian dari nya..

Cerita 1
Mula2 dpt lesen dulu saya malas memandu.
Saya suka ke bandar naik beca saja.
Arwah suami bising duk ungkit pasal ada lesen tapi malas nak drive.
Ok, satu hari tu saya ke bandar drive sendiri.
Balik dgn beca.
Saya lupa tadi saya drive sendiri.
Maka terpaksa lah saya bayar tambang beca 2 hala.
Hantar semula saya ke bandar.
Ambik kereta dan cepat2 balik.
Sib baik suami saya sampai keakhir hayat dia tak tau pasal ni.
Syabas hani, pandai simpan rahsia.

Cerita 2
Lama2 saya mula seronok memandu.
Hari2 pandu ke sana sini.
Suami belikan kereta buat saya, hanya saya yg guna kereta tu.
Sekali tu selepas saya membeli belah, bukak pintu nak masuk kereta..
Ada lelaki lain kat kerusi pemandu.
Saya terkejut, dia laagi terkejut, isteri dia di sebelah hampir pengsan.
Maaf Encik, saya silap kereta.
Siapa suruh parking sebelah kereta saya?
Dah la kereta serupa...

Cerita 3.
Hari tu saya bawak kereta suami.
Dia pesan suruh saya hati2 sebab kereta dia bukan kereta cap ayam macam kereta saya.
Ok fine, saya terlebih hati hati.
Sewaktu undur kereta dlm perkarangan rumah kawan saya,
saya boleh terlanggar paip siram pokok bunga.
Kemek kereta dia.
Ah sudahhh...!
Zip mulut, takut nak ngaku nih.
Hujung minggu tu saya tengok suami bersiap siap nak mandikan kereta.
Saya tawar diri nak bantu..
PRamlee kata 'otak penipu'
Saya buat2 tanya kenapa kereta dia kemek kat belakang...
Puas jugak la dia pikir, last2 dia kata..
" Ni mesti kerja budak pembantu pejabat nih, suruh alih kereta hari tu"
Tak pasal2 Seli kena marah.
Ampun Seli deh, kak hani doakan Seli murah rezeki k..

Cerita 4.
Bayar parking tapi tetap kena denda.
Zalim kan?
Tak, tak zalim pun kerajaan kita ni.
Mana tak kena denda nya,
Silap saya.
Bawak kereta M, type no plate kereta A masa nak dptkan tiket.
Dapat tiket terus masukkan dlm hbeg, tak check pun.
Padan muka saya.
Tua2 ni acap tersilap.
Baru2 ni saya bawak kereta A parking kat Aeon mall.
Puas keliling cari kereta tak jumpa.
Mana nak jumpa dah saya duk intai kereta M.
Bawak A, cari M...
Faktor penuaan.
I rest my case.

Cukup 4 cerita dulu..byk cerita sebenarnya tapi
kalau saya terus bercerita tak berasap la dapur saya nanti.
Musim duk rumah ni segala cerita keluar.
Hiburan saja....kongsi ketawa.



Wednesday, April 8, 2020

Buang begitu saja..


Duduk duduk di beranda.
Terkurung tapi hati tetap bahagia.
Mata bebas merayap ke luar pagar.
Sebuah lori sampah baru singgah
Merangkul sampah2 yg ku buang.
Begitulah selayaknya sampah.
Bersama sampah2 yg lain nya..
Mungkinkan ada berlian beharga diantara nya?
Kalau ada pun hanya kaca yg pecah.
Tajam dan melukakan.
Lori beransur pergi.
Selamat tinggal sampah ku.
Pergilah bersama lalat dan busuk mu.
Mendaratlah nanti di ribaan kotor yg layak buat mu.

Sampah itu yg kau anggap aku
Sebenarnya adalah kamu.





Tuesday, April 7, 2020

Hari ke berapa ni?

PKP
perintah kawalan pergerakan.
Sosial distancing
kita terjarak di mata bukan di hati.
Hubungan kita tidak terganggu.
Masih dekat dalam hati
Tak berubah
Mungkin juga tambah erat.
Sama sama lalui waktu payah ini.
Terjarak tapi panggilan2 itu menghubungkan kita
Wassup, video call, media sosial bantu menjinakkan rindu.
Sayang masih serupa.





Monday, April 6, 2020

Kat mana ni, location please....

Dua tiga hari lepas tv menyiarkan cerita lama ni.
Pasal mak yg merajuk dgn anak, terkilan tak leh makan telur goreng.
Mak Si Pekan lari bawa hati kedalam gua 'Batu belah batu bertangkup'.
Anak2 menangis merayu rayu supaya mak kembali.
Hadoiii......

Pengajaran dari cerita ni...
1. Kalau mudah merajuk jangan jadi mak.
2. Dah suka sangat makan telur ikan tembakul, cari hari2.
Bukan kena beli pun..cari byk2 makan puas2.
3. Buat rumah dekat dgn batu belah batu bertangkup.
Kalau merajuk, senang sikit tak penat lari jauh2...
4. Pakat dgn mak2 lain supaya tak keseorangan dlm gua tuh.
Boleh gak membawang sambil merajuk.

Siapa punya idea la cerita macam ni?
Nak didik anak supaya sayang dan hormat ibu kah?
Budak kecik kan, kalau perangai macam tu tak pelik.
Sekarang ramai lagi perangai macam Si Pekan ni.
Itu budak kecik, yg dah tua pun ada yg macam tu.
Makan tak ingat orang belakang.
Yang tukang masak ni berasap kepala, tapi bangga juga laa.
Mak masak sedap la tu....kannn?

Jadi puan puan,mak mak yg di kasihi sekelian,
Jangan emotional sgt la...
Senak otak sikit nak lari masuk batu belah batu bertangkup.
Sikit2 lari cari batu belah batu bertangkup.
Penuh sesak dah mak2 yg terlebih emosi dalam tu
Nak gi mana tu wahai jin penjaga gua?
Jin pun stress, Jin pun nak pindah dah.
Kesian Jin.

( Buat kawan saya Kakcik yg ada sebut pasal cerita ni di fbook..Kakcik, jom kita masuk batu belah batu bertangkup utk buat liputan..boring gak lama2 PKP ni, terperap jer kat rumah. )


Sunday, April 5, 2020

Berkasih biarlah satu..?

Berkawan biar beribu...









Berkasih biarlah satu?
No no no no.....
No berkasih berdondang sayang and what not..NO!
I prefer to be alone.
Bersendiri lebih baik.
Hati terjaga .
Tak perlu susah payah nak jaga hati orang lain.
Tak perlu nak berkorban jiwa raga, seksa diri sendiri demi mendapatkan cinta.
Tak perlu.
Kerana pengalaman mengajar ku erti kecewa.
Pengalaman juga pernah meletakkan aku dalam golongan manusia yg tidak di hargai, tidak diambil peduli dan sentiasa dilukai.
Berkasih bagai nak rak, akhirnya hampeh!
Buang masa bazir nyawa saja.
Sisa usia dah tak banyak
Aku hanya nak ketenangan.
Duk sorang2 jauh lebih tenang.
Sorang tanpa pasangan tak apa.
Tua2 ni kita ada anak, menantu, cucu dan sanak sedara yg sentiasa memberi sokongan.
Cukup dah tu..Lebih dari cukup.
Bahagia itu subjektif.


Saturday, April 4, 2020

Copy paste


Hari ni nak copy paste  yang ni
Betul apa dia tulis ni
Setuju sangat
Bila Tuhan murka ini lah jadi nya.






Friday, April 3, 2020

Harta saya hanya mereka...

Cepatnya masa berlalu.
Tau tau mereka dah jadi dewasa.
Baru semalam rasanya mereka menumpang di rahim saya.
Baru sangat rasanya mereka berkongsi nyawa dgn saya.
Tapak kaki mereka yg sebesar 2 jari dah lebih besar dari tapak kaki saya sekarang ni..
Tangan2 yg saya pimpin ini dah mula memimpin tangan saya.


Dulu,kini dan selamanya,
doa saya untuk mereka tidak pernah putus.


Semoga kehidupan mereka lebih baik dari kehidupan saya..
Semoga masa depan mereka lebih damai dan diberkati..


Semoga Tuhan tanamkan keimanan di hati mereka dan mereka mampu heret saya ke syurga.
Mereka lah baka saya, keturunan saya.


Kalau pun huduh di mata orang, terbaik di mata saya.
Syukur Alhamdullilah kerana Tuhan pinjamkan mereka untuk berada di dalam hati saya...

Akhir kalam,
Last but not least...
Dia, puteri saya...
Bidadari syurga saya yg tertangguh..
Sungguh saya tidak mampu kongsi foto2 dia..
Sama ada foto keriangan dia sewaktu kanak2 atau
foto cantiknya dia sewaktu remaja atau
bahagia nya dia di hari persandingan dia atau
apa2 pun mengenai dia....
Tak sanggup mummy ni Ja,
Mengingat kembali harum semerbak kasih sayang itu amat perit.
Rindu itu menyakitkan...
Maka Ja, mummy simpan cerita kita di dalam hati mummy,
bukan untuk dikongsi..
Tak sanggup membelek helaian kenangan bersama mu.
Diam lah sayang, rehat lah dipembaringan mu.
Diam lah di sudut hati mummy yg paling dalam.
Selamanya...
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...