Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 29, 2024

DrTon dapat menantu













 

Tamat.noktah.done.

Persahabatan itu mahal
Bukan setahun dua kita kenal
Saya anggap awak ikhlas
Menerima saya seadanya.
Tapi masa berubah dan hati manusia turut berubah.
Sekarang, bila awak dah hebat dan mewah bahagia awak dah tak perlukan sokongan saya lagi.
Awak dah ramai kawan.
Awak jauhi saya macam lah saya ni virus.
Kalau saya tegur awak, cari awak pun awak ada mcm2 alasan.
Ok faham.
Saya berundur sajalah.
Tak suka paksa orang utk berkawan.
Saya tak mahu rendahkan harga diri saya dgn jadi terhegeh hegeh cari teman.
Awak nak pergi, pergilah.
Saya sudah tak kisah.
Selamat jalan....
Payung hanya diperlukan sewaktu hujan, bila hujan reda, payung jadi menyusahkan.

 

Wednesday, June 26, 2024

Reput

Dah mati pulak dahhh..
Reput kelemasan
Terlampau acap siram kot
Atak kata kawan saya terlalu dalam waktu tanam pokok ni.
Haishh..! Payah sungguh
Hanya ini koleksi pokok brom saya
Baru mula berjinak jinak tanam brom
Belum cukup ilmu ni
Bila satu pokok rosak, mati dan terpaksa buang hati mula rasa kecewa.
Tapi tak apa lah, sabar dulu wahai hati..semua pokok masih kecil dan tuan pokok masih kurang ilmu... Hopefully esuk lebih baik dari hari ini.InsyaAllah.

Tuesday, June 25, 2024

Tak kacau orang

 Sendirian

Happy begini

Hibur hati dgn pokok2 airplant.

Kegilaan terbaru- kumpul airplant.

Nampak tak? 

Kat belakang tu..

Tak nampak tak apa, lain kali saya fokus rapat2.

Hari ni nak healing cara saya..Posing di laman sekangkang kera ni..

Laman kecil yg memberikan saya kebahagiaan.

Syukur Alhamdullilah.




Sunday, June 23, 2024

Monday, June 17, 2024

Menjelang AidilAdha

Semua rakyat jelata yg duk jauh tak balik raya.
Hmm...seperti tak raya lah.
Mummy masak juga sikit.
Nak ambil 'feel' raya.
Tak apalah, kita beraya dgn rakyat yg dah sedia ada dalam rumah ni jer.
Sebelum subuh mummy dah kedapur.
Masak rendang dan nasi impit.
Masak spaggeti dan kuah buttermilk
Masak puding caramel
Rebus potatoes nak buat shepards pie
Masak sikit simple2 saja.
Nanti daging kurban siap di proses mummy akan masak sikit untuk lunch.
Tu saja menu hari ni.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM.

 

Sunday, June 16, 2024

Hari Arafah

 Hari di mana doa2 di angkat. Hari di mana segala pinta dilangitkan..

Doaku masih doa yang itu itu jugak. Msaih pinta yg itu itu jugak.

Allah hu Akhbar..Hanya Tuhan yang tahu apa yg terbaik buatku..Terserah pada Mu Tuhan.


Tuesday, June 11, 2024

Yang garden

 Singgah di nursery milik kawan lama saya Mdm Yang. Wahhh...sarat pokok2 yg dia bela dan jual. Lama saya x singgah, lain sungguh.

Singgah tu nak beli sabut utk pokok brom saya jer. Borak punya borak, saya cerita la yg saya sedang kumpul Airplant..tanya dia kot ada anak pokok yg murah2...

Saya beli lah yg rm10 sejambak tu..Mdm Yang ajak saya tgok koleksi dia yg harga puluh2, ratus2..Besar2 dan memang cantik..

Sebelum saya balik dia hulurkan saya sepohon Airplant yg besar gedabak! Eh, x mampu saya nak beli..mesti mahal ni...FREE katanya! Hadiah dari seorang kawan lama kepada seorang kawan lama.

Tq Mdm Yang. Suka sgt saya ni. May we stay friends forever.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...