Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 31, 2018

Ombak tak tau, pantai membisu.

Kenapalah jadi orang?
Kalau jadi batu sungai kan mudah?
Kalau diberi pilihan..
Hidup ke mati.
Nak pilih mati lah.
Betul sangat la amalan masih kurang, tapi
Hidup2 lama2 pun entah2 yg bertambah hanya dosa.
Hari ni otak masuk air
Walau dah janji tak nak buat N3 merapu meraban mcm ni,
Hari ni terbuat jugak.
Saya ni sebenarnya bukan ada masaalah apa pun,
Masaalah orang lain yg saya pikul
Tu pasal la...
Kalau ikutkan life saya ni
Tak ada apa yg perlu difikir dah.
Usia dah banyak.
Anak2 dah besar panjang
Nak makan pakai insyaAllah rezeki masih mencukupi
Ada atap buat berteduh dari hujan panas
Cukup syukur dah.
Usia yg ada hanya untuk persiapan mati
Dunia dah tak penting, bakal ditinggalkan..
Janji badan sihat utk beribadah.
Janji jgn uzur sampai nyusahkan orang dah.
Jadi kenapa la jem sgt otak hari ni?
Nak tau?
Tak lain tak bukan kerana perlu selesaikan masaalah org lain.
Sepatutnya dgn keadaan saya ni, org lain yg bantu saya..
Ini tidak....
Ada ke patut?
Hai lah badan, hai lah nyawa...
Bertabah lah...
Ini lah akibatnya bila terlalu menjaga aib orang,
Terlalu menyembunyikan karat daki orang lain
Tak pasal pasal kita terpalit sama..
Hani, go on hani...
Sental lah, cuci lah kalau mampu.
Selagi mampu.
Kalau dah rasa tak mampu tu,
LET THE WORLD KNOW THE TRUTH.
LET THE WORLD SEE THE HARSHNESS OF REALITY
Allah hu....


Sunday, July 29, 2018

Really?

Yes yes yes yessss...!
Happy happy happy.
Dapat tau kawan2 nak datang sini.
Nak brakfast sama sama..
Datang untuk hiburkan hati saya.
Datang kerana mereka ambik peduli
Terharu sangat
Itu lah kawan sejati
Bukan hanya kongsi suka saja
Kongsi duka juga.
Mereka adalah sebahagian dari rezeki saya.
Kawan yg memahami susah nak dapat tau.
Kalau setakat teman ketawa, berlori ada di luar sana
Yang ikhlas menerima kita seadanya ni, bukan senang nak dpt.
Thank you my dear friends.
U all know me best.
Cant wait to see all of you.
Waitinggggg.....!

Saturday, July 28, 2018

Larat lagi ke nak berjoget?

Tua2 macam saya ni kadang2 jiwa masih sentimental.
Kalau terdengar lagu tertentu, kenangan lama mengusik jiwa.
Terhenti degup jantung seketika.
Terbayang wajah sejarah di mata
Ada kala mengundang rindu
Ada kala mengamit tangis
Ada kala luka lama berdarah kembali
Umur seperti saya ni
Banyak sangat kenangan yg tersimpan dalam diri
Kenangan yg kita paling tak nak ingat tu lah yg melekat dlm fikiran.
Puas cuba nak usir tapi tak mau pergi.
Sejarah duka lara bergayut sepanjang usia.
Bila kita imbau kenangan manis,
Wajah2 yg kita rindukan terbayang bayang.
Di mana mereka sekarang? Hidup kah? Mati kah?
Kalau ada usia diharap Tuhan pertemukan kita sekali lagi.
Lain pula bila teringat saat2 hati di sakiti
Rasa dah tak mau bersua muka dgn mereka yg terbabit.
Sampai mati pun tak hingin saya jumpa.
Tuhan ku, jauhkan mereka dari saya.
Ingat saja pun dah buat pedih di hati.

Tadi terdengar lagu ni ...
Mama mia, mama mia..here we go again.
Haduhhhh....!
Teringat zaman remaja duk asrama, menari2 dalam dorm selepas lampu dah di padamkan.
Siap pakai kemeja ikat kat pinggang.
Skirt gulung biar singkat.
Menari bagai nak rak!
Bahagia nya di waktu itu...
Merindui bahagia itu...
Wei, geng menari tu, kamu kat mana hah?
Sedang buat apa?
Sedang main dgn cucu ke?
Ke sedang makan ubat kencing manis?
Ke belum balik dari masjid?
 HOW TIME FLIES.....

Thursday, July 26, 2018

Pistol mana? Nak pinjam.

Rasa nak tembak jer orang yg hantar komen berbahasa inggeris yg memakai nama 'anonymous' nih.
Dah la komen2 tu fake belaka, ayat yg sama setiap kali muncul, acap pulak tu.
Posting yg lama2 pun di cari gali jugak..
Tau...dia nak promosi blog dia jer pun
Atau bisnes strategi..
Atau nak promosi apa benda tah.
Menyibuk sungguh
Kalau yg dari luar negara tu sah dia bukan baca pun,
Mencari mangsa saja kerja mereka tuh
Bukak jer blog, terpampang komen dari mereka ni.
Puas delete, ada lagi esok nya.
Cer ajar saya camna nak tangani puak2 ni.
Geram laaaaar!

Wednesday, July 25, 2018

Duit duit...di mana kau duit?

Hari ni pikir pasal duit.
Problem masaalah jugak ni.
Sumber kewangan.
Penting ni.
Bukan nak besarkan anak2, anak2 dah besar dah.
Tapi nak tanggung perbelanjaan pengajian anak anak.
Perlu duit jugak tuh.
Tak kira makan minum kami anak beranak lagi.
Bil bil perlu di selesaikan setiap bulan.
Kereta perlu di bayar instalment.
Tak kira benda2 sunat lagi...
Hadoi...kenapala tak kaya mcm keluarga dato Alif shukri...
Mereka ni duit masuk juta juta..
Bini cantik, anak2 sihat walafiat
Bahagia...mimpi mereka jadi nyata
Doa mereka diangkat...
Bertuah nya mereka kan?
Kita ni celik mata pikir pasal duit.
Kira, atur, adjust, conggak...
To make ends meet kata mat salleh.
Bila la nak duk senang lenang tanpa risau pasal kewangan?
Dah tua macam ni kalau boleh nak rehat minda.
Entah lah, sampai akhir usia begini pun tak tau.
Asal jangan makin teruk dah..
Semoga Tuhan murahkan rezeki kami anak beranak, itu doa saya.
Tak kaya jutawan pun tak apa asal cukup utk urus keperluan.
Sekarang ni pun dah syukur, cukup seadanya.
Dalam payah, dalam tight budget pun masih boleh move on.
Alhamdullilah.
(Nak ke jadi macam Alif shukri tu? Tak nak lah......)

Monday, July 23, 2018

Hani, I salute u!

Selama ni saya ingat saya tak boleh buat
Tak mampu urus benda2 macam ni.
Ternyata saya silap.
Saya tak tau rupanya bukan payah sangat pun.
Tahniah mokcik, mokcik boleh!
Walau saya hanya mokcik yg tak reti apa2,
hari ni saya dah reti.

Hari ni hari baik pulih.
Saya search, cari, call, tanya khabar mereka yg arif.
Saya pesan agar mereka dtg jumpa saya di rumah.
Saya beritau problem saya dan mereka perlu selesaikan
Paip bocor, plumber tu sanggup baiki.
Settle.
Enjin air satu tu kerjac24 jam, tak berhenti enjin berdesir.
Rosak automatic button kot.
Ok, pakar enjin air janji beres dlm 1 jam.
Lampu yg tak nyala dan suiz yg tak berfungsi dah di ganti baru
Budak wiring ni cekap sungguh.
Dah! Lega. Semua dah settle.
Bayar dan lega dalam kepala.
Selama ni semua ni tak masuk dlm senarai kerja, senarai fikir saya.
Suami yg urus benda2 macam ni.
Sekarang saya take over.
Alah, kacang jer...small matter.
Hani, you can do it!
Proven today!
Yes yes yes!
Sekarang masa untuk makan aiskrim.
Siapa nak tolong keluar belikan ni?

Sunday, July 22, 2018

Bukan mengidam, peel mcm ni sejak dulu.

Rasa nak makan kek.
That rich creamy sweet toppings.
Cupcakes pun tak apa.
Slices pun tak apa.
Janji kek yg ada toppings.
Tau sangat bahaya, lebih gula tu.
Tapi rasa nak juga.
Chocolate brule ke
Cream cheese topping ke
Nak kek.
Nak kek
Nak kek
Nak masak malas dan tak practical.
Kalau buat kek bukan boleh buat sikit,
Mau nya sebijik..
Topping pulak tak perfect mcm yg kat kedai kek.
Nak keluar ke kedai pun masaalah jugak.
Saya masih belum keluar kemana mana.
Masih menghabiskan tempoh edah di dalam rumah.
Bukan tak boleh keluar, saya pilih utk tidak keluar.
Nak suruh rakyat jelata beli?
Boleh jer tapi selalunya kalau suruh hari ni,
esuk belum tentu beli..
Entah2 dibelikan kek mengikut citarasa mereka.
Tak ngam pulak.
Tolonggggg laaaa
Saya nak makan kek.
Kalau la ada food delivery yg COD kek kan best.
Ada ke?

Saturday, July 21, 2018

Mentega bukan ke dari susu?

Buah menterga.
Tua tua ni, baru first time tgok buah ni.
Tak cuba makan lagi.
Baru nak cuba..
Sedap tak ni?

Thursday, July 19, 2018

Rutin

Pukul 11 pagi baru siap segala kerja.
Masa untuk baring depan tv sekejap.
Kalau boleh lelap sekejap pun kira bonus.
Tapi tak pernah2 buat macam tu.
Bukan boleh lama2 duk depan tv pun.
Jap lagi dah nak masuk dapur.
Masak
Makan
Zohor.
Sekejap saja dah separuh hari.
Cepatnya masa berlalu.
Usia pun bertambah, tanpa sedar dah tua.
Tua, antik, purba...
Dah tak berguna.
Betul, itu saya rasa.
Makin hari makin tak berguna.
Tapi seronok juga jadi tua.
Tak perlu risau nak jaga badan
Tak payah pikir pasal penampilan.
Tak payah ikut peredaran zaman
Yang penting jaga kesihatan.
Jangan sakit yg terpaksa nyusahkan orang saja.
Sentiasa berdoa begitu.
Kalau pun nak habis nyawa,
Mati tanpa sakit yg lama...
Kalau terlantar sakit lama2
Risau di benci orang.
Kita merancang, Tuhan menentukan masa depan.

Wednesday, July 18, 2018

Menyibuk!

Tak de kerja lain.
Sama cepat dgn kita nak tgok skrin.
Pattah!!!!!!
Gi main jauh jauh.
Geram weiiii lok!

Tuesday, July 17, 2018

Gud morning anak negeri

Selamat pagi
Saya baru siap goreng mee
Mee bodo.
Tau mee bodo?
Mee dgn menggunakan bahan paling minima.
Campak apa ada saja ke dalam kuali.
Tung tang tung tang.
Sedap gak.
Sedap takdok aroh, kata mak saya.
Ber'mee' lah rakyat saya pagi ni.
Siapa nak protes sila keluar dewan.

Monday, July 16, 2018

COD


Baked potato.
Harganya rm20 utk 12 biji.
Tak mahal, berpatutan.
Rasa?
Sedap. Saya boleh bagi 9/10
 Sedap secukup rasa.
Siapa nak cuba hubungi lah adik ni- Raja's Kitchen
Cari kat facebook di bawah food delivery, kota bharu.
Nak no handset tuan dia?
Ni dia...010 9770301
Baked potato ni kalau di luar negeri di kenali sebagai jacket potato.
Saiz potato nya jauh lebih besar.
Topping nya hanya butter n baked beans.
Kadang tu boleh la tambah cheese.
Baked potato yg saya order hari ni versi malaysia
Intinya sedap, pedas2 sikit dan topping tebal.
Mewah daging dan cheese.
InsyaAllah akan order lagi ..
Boleh tak buatkan yg besar untuk saya?
Harga tak kisah, janji sesedap ini.


Lama saya x ulas pasal makanan.
Nak mula semula lah.
Nantikan...
Banyak lagi on the way.
Bab menternak body ni serahkan pada saya.
Suka mencuba menu baru
Hobby
Tu pasal la semua rakyat saya lebih timbangan.

Sunday, July 15, 2018

Tq

Rezeki murah hari ni
Alhamdullilah.
Ada yg bagi buah buahan tempatan dari dusun buat saya.
Salak, rambutan dan manggis...fresh!.
Semua tu kegemaran saya
Suka sangat.
Ada yg pagi2 bawa pulut kelapa makan dgn ikan rebus goreng
Menu breakfast orang kampung di kelantan.
Pun saya suka. Fav saya tu.
Ada kawan kirim kerepek melalui anak saya
2 bekas depan TV, tunggu untuk di makan sambil tgok TV nanti.
Kat atas meja tu 2 plastik sayur dari Cameron Highland, teh sekotak dan jem.
Tak pergi Cameron pun mujur ada orang ingat kat saya
Macam macam yg sampai ke riba tanpa di duga.
Jap lagi kakak saya nak singgah hantar frozen food.
Setiap kali kakak beli untuk dia, dia tak pernah lupa beli utk saya jugak.
Tq sista.
Tq everybody.
Fabiaiyialaa irobbukuma tukzziban- Surah ArRahman.
( Maka nikmat Tuhan kamu yg mana kah yg msih kamu dustakan?)

Saturday, July 14, 2018

Kadang ingat nama lupa rupa, kadang ingat rupa lupa nama

Anak saya beritau saya " Mummy, Dr Ahmad kirim salam"
Waalaikumussalam..
Sambil jawap sambil duk fikir siapa si pengirim salam nih.
Bukan tak kenal, dah tua2 ni kalau x tengok tuan badan, tak ingat.
Nama rasa familiar...
"Dia cakap kirim salam kat Aunty Hani" Anak saya tau saya nampak blurr.
Owhhh...bila sebut 'Aunty Hani' baru senang nak scan dlm minda.
Dalam minda saya bersusun file panggilan.
File A-Panggilan mummy.
Ni mesti kawan2 anak.
File B-Ticer Hani
Ni panggilan tetap semua bekas anak murid
File C-Ciknin
Yg panggil ciknin hanya yg ada pertalian darah
File D-Kak Hani/Nie/ning
Kawan2 saja panggil saya mcm ni
File E- Aunty Hani
Selalunya anak2 kawan2 saya panggil saya Aunty Hani.
Jadi kesimpulan nya yg kirim salam tadi adalah dalam kumpulan anak2 kawan2 saya.
Settle?
No..
Masih binggung, masih mencari cari siapa dia ni..
Anak kawan yg mana?
Kawan sepermainan zaman dulu2 kah?
Kawan2 sama sekolah?
Kawan2 sama maktab?
Kawan2 guru kah?
Kawan2 terkini?
Weiii pening weiiiii!
Dah la semenjak tua ni byk sel otak dah nak expired
Payah sungguh nak cari gali seorang di kalangan berjuta yg pernah hadir dalam hidup ni
Sampai ke akhirnya, saya masih tak tau siapa yg berkirim salam tu.
Apa apa pun terima kasih kerana ingat lagi kat Aunty Hani.
Maaf, Aunty Hani bukan tak kenal, x ingat yg mana satu jer..
Salam dah disambut, semoga panjang umur boleh kita bertemu lagi.


Bukan sombong, segan saja...

Bunyi mesin rumput dari tadi duk mengaum.
Rumah jiran lah tu.
Budak mesin rumput yg datang ke rumah saya dah lama tak datang
Rumput dah panjang
Call dia tak dapat2..
Hadehhh...
Boleh ke saya ke rumah sebelah tanya pasal khidmat Si pemesin rumput tu?
Segan lah.
Nak terjah rumah orang, ganggu orang pulak.
Lagi pun tak pernah2 saya pijak rumah orang tanpa sebab kukuh.
Ke saya patut tunggu saja tukang mesin rumput keluar nanti?
Entah bila dia siap, takkan saya nak duk terconggok kat motor dia di luar pagar ni.
Silap hari bulan orang ingaat saya nak mintak sedekah ke hapa..
Payah juga duk kawasan kejiranan yg pagar lebih tinggi dari kepala ni
Tertutup 24 jam pulak tu
Pagar dia ke, pagar saya ke, serupa.
Tak kenal wajah pemilik rumah pun
Dia tak kenal saya. saya tak kenal dia
Kalau pun dia keluar, hanya nampak pagar terbuka dan kereta keluar masuk
Bukan nak salahkan dia
Saya pun macam tu...2 X 5
Bukak pagar hanya bila orang yg saya kenal picit loceng
Siap pesan dgn anak2, jgn memandai nak bukak pgar kalau tak kenal.
Pastu bila nak kenal jiran?
Bila nak berinteraksi dgn jiran?
Sekarang ni kita lebih acap berinteraksi orang yg duk jauh dari kita
Jumpa masa wassup, dalam group wassup.
Worih warah pun bertanya khabar dlm group wassup.
Lalu lalang 14 kali sehari depan rumah pun bukan nya singgah.
Jap lagi tanya kt group..eh, KakJah, gi mana tadi nampak kereta melintas depan ni
Sama2 sibuk dan sama2 pakai konsep tak nak ganggu orang.
Begitu ke kehidupan kita sekarang?
Patut ke?
Dulu dulu ada geng 'Ahli Mesyuarat Tingkap'
Berkumpul atas beranda, duduk2 bawah pokok depan rumah.
Tu zaman mak mak kita lah...
Kita sekarang sekadar berkumpul dalam group wassup saja.
Aktiviti mengumpul data dan berita terkini jalan juga..
Cuma bezanya kita mesra di alam maya saja
Di alam nyata sampai tak kenal jiran tetangga.
Saya macam tu la.
Awak pun
Cuma awak tak nak mengaku jer kan?
Pastu apa perlu kita buat?
Macam mana nak perbaiki hubungan?
Hmmm...nampak gaya
Panjang sakat lutut la rumput di laman saya tu....

Friday, July 13, 2018

Orang tu dan laksa

Nak bukak bungkusan kenangan lama.
Saja nak kongsi cerita purbakala.
Tajuk cerita ' Orang Tu dan laksa'

Orang Tu dan laksa
Di zaman dahulu kala ada seorang yng suka sangat makan laksa.
Pantang diajak makan laksa, sah dia akan habiskan sepinggan dua.
Sudah terkenal ke seentaro dunia pasal peminat laksa ni.
Pada satu hari di sekolah orang tu ada majlis rasmi yg akan dihadiri oleh orang besar dan VIP
Kebetulan dia ditugaskan sebagai AJK Keraian.
Kira urus pasal meja jamuan dif lah.
Menu hari tu apa lagi kalau bukan laksa,
bermacam jenis laksa.
Ada juga menu lain tapi mata dia hanya pada laksa..
Bermunga munga la hati orang tu, suka sangat dgn menu laksa ni.
Sibuk lah orang tu menghidang dan menyiapkan meja tetamu khas.
Laksa dan pemanis mulut dah dihidang dn dia sangat berpuas hati dengan bilik jamuan tu.
Tiba tiba orang tu dipanggil untuk keluar urus hal lain yg sama penting nya di kawasan berhampiran.
Tau tau dekat sejam juga lah dia keluar dan segala urusan meja jamuan diserahkan keada pembantu nya.
Dlam hati dia hanya ke enakkan laksa yg dia terkenang kenang.
Lepas habis jamu tetamu nanti dia akan jamu selera sendiri pulak.
Terbau bau kuah laksa dan terbayang bayang dan kesegaran ulam tu.
Tak sabar nak merasa...
Sejam kemudian dia kembali ke bilik jamuan.
VIP dah pulang, dah selesi majlis.
Giliran AJK2 duk jamu selera.
Sayang seribu kali sayang laksa dah habis
Makanan lain masih byk tapi LAKSA DAH HABIS!
What? Biar betul...
Maka dengan hati yg sedih orang tu memendam rasa tanpa seorang pun tau dia frust tak dapat makan laksa.
Bila semua dah selesai makan, dia mengemas meja hidangan dengan bercucuran air mata.
Sedih dan terkilan.
Kuah yg masih berbaki melekat di tepi mngkuk menghidang tu dicecah dgn jari dan di letak ke mulut...
Sedapnya..
Makin tersedu sedan lah orang tu.
Nasib baik orang lain dah pulang, tinggal dia sorang sorang.
Segan jugak kalau kawan2 nampak.
Tadi sebelum pembantu2 dia pulang, sempat dia agihkan makanan yg berlebihan kepada setiap AJK yg bertungkus lumus membantu dia tadi.
Sikit pun dia tak ambik.Merajuk.
Petang tu dia balik rumah dengan pilu sendu
mencuka saja wajah dia, mood pun tak eluk.
Hadoiiii.....
Bodoh betul la...
Kannn?
Tentu sesiapa pun yg baca hikayat ni akan cakap begitu.
Laksa saja punnn...bukan makanan mahal2 atau makanan yg payah nak dicari.
Gi beli jer lah kat pasar, nak banyak mana pun boleh.
Makan puas puas!
Bodoh?
Ya bodoh.
Orang tu adalah saya 33 tahun dulu.
Betul lah hanya laksa tapi hanya orang yg mengidam saja yg tau perasaan saya waktu tu.
Kalau beli laksa lain pun dah tak sama.
Rasa dan suasana tak serupa.
Nak yg itu jugak, nak makan kt situ jugak...
Laksa pun boleh buat menangis terisak isak, teruk sungguh perangai!
Hmm....
Bila teringat balik kenangan sewaktu mengandungkan anak kedua tu rasa nak tergelak pulak lah.
mengidam sorang sorang, menangis sorang sorang.
Demikian lah tamatnya alkisah hikayat zaman purbakala saya tu.

Pagi ni saya makan laksa..
Masih suka laksa
Zaman muda suka laksa, tua2 ni pun masih suka laksa.
Sampai bila bila pun suka laksa

Kalau awak rasa nak ketuk kepala sya pun tunggu saya habiskan laksa ni dulu.




Thursday, July 12, 2018

Gaya bebas

Ni sekor ni..
Kalau tidor tak reti nak tido lekluk.
Terbongkang.
Tido lama lak tu, usik2 pun tak sedar.
Sekali sekala menggeliat ubah posisi.
Bahagia nya dia...
Sedap nya dia tidor, tak ingat dunia.
Tau tidor makan dan rehat saja
Macam raja.
Itu lah gaya mutu dan keunggulan
Se ekor makluk Tuhan bernama Abdul Pattah.
Pattahhhh....!

Wednesday, July 11, 2018

Pasang niat baru

Mulai hari ni...
Opsss, macam tak best jer mula dgn ayat begitu.
Sebenarnya yg tersirat di hati nak cakap macam ni...
Wahai orang orang kampung...
Dengan ini, saya sebagai penyimpan besar rasa hati ini,
Mengumumkan bahawa
Tarikh untuk saya berhenti layan duka lara di hati saya jatuh pada
11hb Julai  2018.
Maka dengan sukacitanya saya berharap bermula dari tarikh itu
Saya akan cuba untuk think positif,
Cuba untuk share yg baik baik sahaja
Cuba untuk simpan segala duka lara
Yang akan ke udara hanya lah...
Bahagia
Ceria
Gelak tawa
Titik lawak dalam kehidupan saya
Detik2 manis yg terakam secara sengaja
Atau pun tak sengaja.
InsyaAllah.
Saya rasa itu yg terbaik buat saya.
Buat mengubat hati saya.
Yes, think positif ..always do that.
Biarpun tidak byk cerita suka tapi ada.
Tak nafikan itu.
Seperti ayat yg diulang ulang di dalam surah ArRahman.
Fabiaiyiala irobbukamaaa tukazziban.
Maka nikmat Tuhan kamu ygvmana kah yg masih kamu dustakan?
Betul.
Percaya.
Banyak nya nikmat Tuhan yg tak perlu didustakan.

Maka doakan yg baik baik buat saya..
Semoga apa yg tersurat di sini nanti bakal mengundang senyuman
Kita sama sama mengukir tawa di sini.
Yang pasti, segala yang saya share di blog saya adalah yg benar,
Tidak ada yg di reka reka,
Tak main drama2 sinetron gitu.
Tiada lain melainkan yg benar, perjalanan hidup yg terlakar menjadi kenangan
Di blog ini saya jadikan peti untuk menyimpan segala air mata dan segala ketawa.
Harap2 esuk esuk saya hanya menyimpan ketawa di sini.
Janji.
Mark my word.
INSYAALLAH.


Tuesday, July 10, 2018

Cukup

Perlu ke saya saya jadi yang terbaik?
Yang tahap mithali gitu...Perlu ke ?
Anak mithali
Ibu mithali
Isteri mithali
Kawan mithali
Manusia mithali
perlu ke berusaha sehabis baik untuk tu?
Tak perlu kot.
Sepanjang usia saya, saya dah penat mencuba
tapi masih tak mithali hapa pun.
buat penat ada lah.
tak berbaloi kadang tu.
Buat bazir karen jer
Seingat saya laa
Sepanjang hidup saya,
setiap pengorbanan saya lebur begitu saja
buat baik di balas tuba
Bukan nak pingat untuk bakti
cukuplah dengn menghrgai sedikit saja
sikit saja, tak minta banyak.
Tapi apa yg saya dapat?
tup tup di permainkan
Di tikam dari belakang
Di tipu
Di pergunakan
Hmm...Tuhan ada
Saya percaya Tuhan ada perancangan yg terbaik buat saya.
biarpun hanya sesaat...
saya amat berharap sebelum saya pulang ke pangkuan Dia
saya masih sempat merasa sedikit bahagia.
Bahagia itu subjektif
Semoga hati dapat diubati
Semoga jiwa lebih tenang
Semoga bertambah keimanan
insyaAllah..

Cukup lah segala derita yg telah saya lalui...
Cukup lah.







Monday, July 9, 2018

kalau baca, nyesal awakkk...

HARI NI HARI OTAK TAK BERAPA NAK BETUL.
BIAR LAH
SABAR JER LAH
REDHA SAJA
PASRAH
TERSERAH

HARI NI RASA NAK MERAUNG
NAK TERIAK PADA LANGIT
NAK BERGAYUT PADA AWAN
NAK SUMPIT MATAHARI
JELES TENGOK MATAHARI TU
KENAPA LAH SI MENTARI NI,
WALAU DUK SORANG SORANG TETAP BERSINAR TERANG?
SEDANGKAN SAYA NI
DAH RASA KELAM BAGAI MALAM TANPA BULAN BINTANG
RASA TAKUT PADA KEGELAPAN
RASA MARAH PADA SURAM NYA NASIB BADAN
KALAU SAYA TERIAK GULING GULING BOLEH?

HADUHHH...
HAI LA BELALANG
NASIB KAU LA BELALANG
(Tu kata P Ramlee)

Maafla, kalau awak dah terbaca luahan otak masuk air saya ni.
mesti awak menyesal.
entah hapa hapa saja type ni
So please my dear,
lepas baca, lupakan saja...
jangan jadi tok hakim yg jatuhkan hukuman.
kesian saya tau, bukan hari2 saya bodoh macam ni, selang sehari jer..
kadang kadang selang dua hari.
saya hanya type ikut rasa hati di ketika ni..
sekejap lagi dah puas meraung, saya baik baik saja, InsyaAllah.
dah tu boleh la turun siram pokok ke,
main kucing ke,
breakfast ke,
ngemas rumah ke,
baca quran ke...
baca wassup ke..
intai, stalk sapa2 yg saya nak ke
ke nak buat apa lepas ni?
tengok cerita winter sonata kali ke 1 juta?
yes!!!! Will do! 






Sunday, July 8, 2018

You make me serba x kena!

Problems?
What problems?
Its not that I do not have to deal with any problem.
The thing is......
There are heaps of problems for me to solve
Yes, for me alone.
Some are solveble
Some are imposible to solve
So stop telling me that I am lucky to move forward without any problem.
Do I have to tell you if I have one?
Do I have to write it clearly on my face?
For God's sake, do I?
Well well well...
Let me tell you once n for all.
I am just trying to b strong.
Trying to hold my shoulders high
Trying to smile n think positive.
At least, can you all just let me?

Saturday, July 7, 2018

Bangku ini tak tau

Di penjuru taman saya yg seluas sekangkang kera tu...
Ada sudut untuk duduk, untuk melepas lelah.
Dulu di sini lah sudut saya ambik angin
Pagi ke petang ke..
Di sini teduh, tenang dan damai
Orang dari luar pagar tak nampak.
Orang dari dalam rumah tak tau..
Boleh duduk lama lama pun.
Tengok langit, tengok kucing berlari mengejar arnab
Tengok pokok, tengok rama rama...
Best duk di sudut ni
Sekarang sudut ni dah berubah ..
Dah tak jadi sudut yang menghiburkan hati ni.
Sekarang ni lah sudut tangis
My crying corner.
Saya duduk di bangku itu melayan rasa
Menangis semau nya
Hanya langit menjadi saksi
Hanya angin petang menyapu sepi dari hati
Di sini saya perhatikan jejak kelmarin yg tertinggal.
Masa yg terlalai
Dan mimpi yg berderai
Di sini saya cuba perah air mata biar kering
Tapi tak berjaya
Esuk bila duduk lagi, menangis lagi
Duduk lagi
Menangis lagi
Duduk dan layan rajuk
Tak perlu pujuk kerana
Hati yg degil tak dengar kata.
Ok Hani, go ahead.
Cry your heart out!
Huhuhuhuhuuuuuuu.....!


Friday, July 6, 2018

Terlebih bawang

Sekarang ni benda kecik2 pun mampu memancing tangisan saya.
Entah kenapa hati jadi sensitif.
Mudah benar terasa
Akhir akhir ni..
Tengok movie pantang ada scene sedih
Berair lah mata ni..
Baca berita di media sosial
Pasal dera, pasal aksiden,
Tak pasal2 la nangis nanti
Baca Quran...Sah setiap kali baca, setiap kali la menangis.
Doa lepas solat pun bercucuran air mata..
Tu tak kira lagi masa pejam mata sebelum lena.
Ada saja benda yg menjerut rasa..
Murah sungguh air mata ni!
Sedih ke? Bukan
Terharu ke?
Bukan macam tu..
Tak tau kenapa, ada rasa macam sepi yg teramat sgt bila tgok tangisan orang lain.
Tak kira la drama ke betul ke.
Semacam hati berkata saya pun sedih jugak...
Kita orang orang yg berteman tangisan.
Apa punya perangai lah!

Thursday, July 5, 2018

Tak terbalas budi kalian semua.

Betul sangat kata2 Saidina Ali RA tu.
Masa susah lah kita dapat menilai siapa kawan siapa lawan.
Friends stick together thru thick n thin.
Tu kata perpatah Inggeris.
Alhamdullilah,
Sangat2 bersyukur dgn kehadiran orang mcm ni dalam kehidupan kita.
Thank you God.

And God please,
Remove those artificial ones from my life.
Delete them.
Erase them
Hide them from my views.
They make me sick!

Ada sejenis lagi ni...
Yg hadir menghampiri bila kita susah sahaja
Masa kita senang dia cuma memerhati dari jauh
Membekalkan kita dgn doa sejahtera setiap masa.
Bila kita menangis, tiba2 dia mengesat tangisan kita.
Hadir hanya bila dia tau kita memerlukan sokongan
Selama ini dia berada di belakang tabir sahaja
Menjadi bayang yg sentiasa mengekori kita
This is rare.
But I tell u, I have frieds like this
And I am blessed to have them.
Soooo lucky!

Wednesday, July 4, 2018

U make me cry.

someone sent me this video.
Touched my heart.
So deep.
So true
I cried
I wept
Sobbed
Still sobbing
Thank you for the video.
U know me well.
Thank you.
Indeed I am thankful to U God.
And always telling myself that
Everything happends for a reason.
What ever the reason it might be, I hv faith in God.


Tuesday, July 3, 2018

Perut menyanyi nyanyi

Oleh kerana saya masih dalam edah,
Saya hadkan aktiviti di luar rumah.
Lain perkataan, saya tak keluar rumah lah.
Keperluan yang sunat2 tu saya KIV dulu..
Takper, pilih untuk tidak keluar, bahagia begitu.
Cuma masaalah nya..
Bila terlintas nak makan itu ini.
Problem jugak laa...
Kalau nak masak kena beli bahan dulu.
Bila orang lain yg beli bahan,  tak puas hati.
Kalau nak beli yg dah masak pun payah nak kena
Kita nak lain, orang belikan yg lain
Tambah2 tau saja lah saya ni memang cerewet.
Tau pun.
Ngaku pun.
Tu pasal la, terbantut kehendak perut.
Maka,
Terpaksa berpuas hati lah dgn apa yg singgah di pinggan.
Telan jer...bersyukur itu menambahkan sedap.
Esuk nak makan apa.....
Hmm...
Saya nak makan laksa yg makcik gemuk tu jual.
Nak makan ABC yg lebih susu dan byk jagung
Nak buah tembikai susu yg terlebih masak, nak blend buat minum petang.
Nak cream brule yg manis tu
Nak chicken pie bakery sebelah istana
Nak
Nak
Nak
Banyak la nak....
Ngada ngada sungguh!
Mungkin kah...bukan apa yg org beli tu tak sedap, tapi selera saya tumpul.
Selera masih tersekat dihati.
Marin kakak bawak pulut kuning yg saya cukup gemar.
Rasa nak makan sorang2 tak nak share.
Rasa x cukup sebekas
Tapi
Makan se cubit dah rasa kenyang.
Dah x leh nak telan.
Hati belum pulih begitu lah...
Pastu kenapa salahkan makanan?
Hani, bertabah lah.

Monday, July 2, 2018

Layu sekelip mata.

Bung ros tu dah kembang dah...!
Senyap
Tak ada ulasan selari
Lupa
Awak dah tak ada.
Suka ke duka dah tak ada org nak kongsi.
Begitu lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...