Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 31, 2022

Mak dan buku

Mak tengok mukasurat depan.
Gelak sakan dia.
Seronok agaknya bila terpampang wajah dia di situ.
Saya pun seronok tengok dia seronok.

 Mak tak dapat nak baca apa yang saya tulis.

Mata dia dah tak power.

Takper la mak, mak bagi sokongan moral dah cukup.

Kongsi kegembiraan saya ya mak!

Lalalalala

Entah kenapa hari ni hati berbunga bunga
Rasa happy sangat
So what i did this morning?
Mula mula tu saya ke kedai jual jubah. Beli jubah baru siap dengan tudung yg matching.

Pastu saya ke kedai specs, dah lama nak specs baru hari ni saya tempah specs dan dijangka siap dalam 3 hari.

Singgah pulak di hair salon. Happy kemain duk membawang dlm tu. Saya cuci rambut dan potong rambut jugak. Ringan rasa kepala bila rambut pendek.

Balik dah azan zohor. Beli lunch siap2. Lepas solat saya tido. Penat tapi hati bahagia.

Kenapa hari ni sangat tenteram rasa hati ni? Saya pun tak tau. Kalau la hari hari macam ni kan best!


 

Wednesday, July 27, 2022

Bukan penulis sekadar suka berblog.


 At last....!

Mimpi saya jadi nyata.

Niat nak bukukan N3 saya di blog dah jadi kenyataan.

Happynya Tuhan saja yang tahu.

Inilah buku sulung saya dan mungkin juga akan menjadi yang bongsu.

Inilah buku yang bakal saya serahkan keriba anak cucu sebagai pusaka dari mummy.

Buku ini ada saya. Seratus peratus saya. Inilah saya yang sebenarnya.

Tuesday, July 26, 2022

Yes! Berjaya

A- 24/07/2022
B-25/07/2022
Siram sehari dah tumbuh.
Suka sangat sangat
Tak sabar tunggu esuk macam mana nanti

 

Monday, July 25, 2022

Projek 2022

Takde kerja cari kerja
Beli tongkol kulat ni kelmarin
Dah lama nak cuba ternak kulat
Untuk kegunaan sendiri saja
Harap2 mengeluarkan hasil nanti
Boleh la masak kulat goreng celup tepung
Just wait n see
InsyaAllah.

 

Thursday, July 21, 2022

Cucu baru

Kawan saya Nah baru dapat cucu.
Jadi hari ni kami  kawan2 dia pakat serbu rumah dia untuk tgok cucu baru dia tu.
Happy betul dia.
Tahniah Nah, selamat jaga cucu k...!

 

Wednesday, July 20, 2022

Thursday, July 14, 2022

Kopimu Zakiah


 

Pior

Air pior viral
Beli sebab kesian bila baca cerita anak ni
Dia gigih niaga untuk menampung kos perubatan mak dia
Semoga murah rezeki dia

Kebetulan warna air sama dengan warna baju. Haishhhh!

 

Wednesday, July 13, 2022

Ingat

 Bukan tak ingat, Ingat sokmo sokmo.

Mana boleh lupa.

Awak lah sahabat dunia akhirat.

Banyak yang kita lalui bersama

Banyak airmata yg tumpah di riba awak

Banyak gelak tawa yang sampai sekarang masih terdengar dengar di telinga

Tapi masa memisahkan kita

Namun hati saya masih serupa dulu

Ingat awak dan sayangkan persahabatan kita tu.

Kalau awak singgah di blog saya ni awak  tahu lah yang saya tak lupakan awak.

Cuma keadaan dan jarak yang memaksa kita untuk terputus hubungan.

Awakkkkk...

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN. SEMOGA TUHAN SENTIASA MERAHMATI DIRI AWAK DAN KELUARGA AWAK. SEMOGA KEKAL BAHAGIA DISAMPING ORANG2 YANG SAYANGKAN AWAK. SEMOGA MURAH REZEKI DAN PANJANG UMUR.

InsyaAllah sekiranya diizin Tuhan dan dipanjangkan usia tidak mustahil untuk kita berjumpa semula di lain masa, lain ketika.

Salam tulus ikhlas dari seorang sahabat lama kepadacseorang sahabat lama.

Tuesday, July 12, 2022

Cukup cukup lah

 Semoga saya kuat.

Bukan mudah nak berundur secara rela.

Tapi terpaksa berundur juga.

Saya dah tidak sepatutnya berada dalam situasi tu.

Acap sangat dah duk fikir nak tamatkan cerita 

Tapi hati tak kuat sebab hati masih berharap.

Akhir akhir ni saya makin terasa tidak diperlukan lagi di situ.

Biarlah..Tamatkan saja.

Semoga Tuhan kesiankan saya dan bantu saya melupakan segalanya.

Cukuplah, umur pun dah tak panjang mana.

Saya hanya nak tumpulan pada sesuatu yg buat saya bahagia saja.

Saya tidak mau lagi dipergunakan. 

InsyaAllah dgn izin Tuhan saya mampu.





Monday, July 11, 2022

Makbonda

Mak siapa datang beraya ni?
Comelnya dia.
Merah jambu warna bajunya
Berbedak memutih pipinya
Tongkat sahabat setia
Ramah bicara
Manis gelak ketawa
Mak siapa ni..?

 

Sunday, July 10, 2022

Qurban lembu


 


Pagi raya korban

Aidil adha kali ni saya beraya berdua saja.
Anak menantu cucu dan adik beradik semua tidak balik kampung.
Walau berdua saya masak juga cuma dlm kuantiti yg sedikit lah.
Sementara tunggu daging kurban boleh la isi perut dengan makanan yg terhidang ini dulu.
Menu raya kami sama jer tiap tiap tahun pun.
Cuma kali ni tak masak nasi dage.
Dah tak ramai tu tak berbaloi pulak nak mengukus nasi dage di pagi hari.
Rendang
Kuah kacang
Sate goreng
Nasi impit
Masak lodeh
Sambal udang 
Telor rebus.
Alhamdullilah syukur seadanya.

 

Saturday, July 9, 2022

Tak pasal pasal

Saya ni kalau bab gadget di dapur memang pantang tengok.
Ada saja yang berkenan.
Kat rumah dah tersusun segala jenis gadget.
Tadi beli preasure cooker.
Noxxa dah ada
Prestige preasure cooker dah 2
Kenapa beli?
Entah!
Berkenan.
Beli dulu sesal kemudian.

 

Aidil adha


 

Wednesday, July 6, 2022

Lilit, belit dan serik!


 Haishhhh..! Memang saya cukup tak suka guna selendang. Dah berpuluh tahun terbiasa dengan tudung bawal dan tudung sarung sahaja. 

Kelmarin sewaktu mengemas almari saya kumpul selendang milik anak anak yang tidak dipakai ke dalam satu kotak. Niatnya nak sedekah saja kat sesiapa yang memerlukan. 

Sekali terpandang selendang warna teh susu ni. Kebetulan baju saya warna seakan serupa. Saya belitlah selendang tu di kepala. Berpeluh peluh nak lilit supaya nampak kemas terletak..Dah puas hati tu saya ke pasaraya untuk beli keperluan bulanan.

Sepanjang di pasaraya jari saya asyik duk membetulkan lilit selendang ni. Rasa macam senak kepala. Tarik sana selit sini, nak fokus capai barang dapur pun tak boleh. Terganggu dengan tudung bertuah nih. Geram pulak saya.

Akhirnya tau saya buat apa? Saya beli tudung instant/sarung harga rm10. Tukar tudung. Fuhh..selesa amat. Lega. Baru tak berasap kepala. 

Betul lah...Selesa itu lebih penting dari gaya. Tua tua ni tak payah nak melawa.(Melawa pun dah tak lawa) Semat dalam kepala satu perkara ni. Lebih baik rm10 tapi selesa dari berpuluh puluh ringgit tapi hati tak suka.

Selamat tinggal selendang sutera teh susu.Aku tak suka kamu.(Lupa pulak nak posing sgn tudung baru dan murah itu).


3 generasi


 80an

60an

20an

Kedut lambang usia.

Pengalaman di setiap garis tertera.

Suka duka langkah kehidupan.

Kedut menjajah lebat di tangan ibuku

Kulit terik licin di tangan gadis muda milik anakku

Di tangan ku kedut mula merebak, tua mula mengambil tempat muda.

Masa merubah kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...