Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 30, 2014

Buang tebiat ke hapa

Dari bulan puasa lagi saya duk teringin nak makan benda ni.
Tapi x jadi2 nak beli,
Hari ni waktu ke 7eleven beli ais, saya terpandang pojaan hati ni.
Sebenarnya bukan terpandang, tapi memang selongkar dlm freezer tu.
Yes yes yes....
APPLE SOURZ
Sedap tak mcm ais cream lain.
Awak cuba lh, pasti awak juga kata sedap.
Maka,
Lain kali kalau nak bodek saya,
Tak payah nak beli benda mahal2 yg lain, beli lh apple sours.
Tapi gelang kat habib jewels tu pun boleh gak.

Sunday, July 27, 2014

Masak lah kerja saya.

Dah penat bersilat di dapur,
rehat jap..layan tenet jap
Niat nak masuk ke alam mimpi tapi nanti2 lah.
Walau kami tak sambut raya besar besaran,
masak tu wajib.
Saya suka home made maka terpaksa kerah tenaga buruhpaksa lah.
Wei, dah la ngadap tv, bawang belum mesin nih.
Siapa tukang beli santan? Bangunnnnnnn!
Bikkkk, kamu goreng kacang ke bakar kacang? Hitam legam.
Anak dara zaman sekarang kalau mak masuk dapur mereka buat derk jer.
Zaman kita dulu, siapa tak masuk dapur alamat 4 hari tazkirah pasal ilmu rumahtangga.
Tahun ni tahun ke2 Ja sakit.
Tahun kedua juga lah kami beraya seadanya.
Sudah hilang seri Aidilfitri buat saya.
Di hari raya esuk saya akan menemani Ja, disamping Ja, beraya di birai katil Ja.
Saya tidak berkunjung ke rumah saudara dan rakan, malah ke rumah mak dan mertua juga tidak.
Bab ziarah , menziarahi tu saya wakilkan pada anak2 saja.
Mujur mak, mak mertua dn sanak saudara faham.
Malah mereka pasti dtg beraya dgn saya di sini, beraya dgn Ja juga.
Hanya kunjungan mereka lh yg membahagiakan saya di hari raya nanti.
Terhibur hati tengok gelagat kaum famili yg agak ramai.
Ok lah, nak tido jap, lepas zohor masuk dapur lagi...
Siapa curi tulang jaga!




Friday, July 25, 2014

Puasa ke 28

Syawal dah hampir.
Semua anak menantu dan cucu dah ada dekat dgn saya
Riuh mereka bertukar cerita adalah lagu mesra irama rindu yg mengundang senyum tawa.
Sungguh bagi saya tidak ada bahagia lain seindah bahagia berkumpul anak beranak.
Biarpun,
Kereta melimpah ke luar pagar,
ampaian sarat pakaian,
tong sampah terburai isi perut
dan bergelimpangan rakyat jelata di segenap ruang, tidor bagai ditembak musuh..
Ini lah bahagia yg masih bersisa buat saya
Alhamdullilah syukur pada mu Tuhan.
Jerit lah Imaad yg tunjuk perasaan berkali kali
Menangis meragam lah Arman yg kena buli
Berebut tudung baru lah Iffah, bergusti pun tak per
Penat muncung lah Anis, penat2 pun anqk sedara terjaga
Yang dewasa, yg tua bincang lah soal negara, soal antarabangsa,
Soal nak makan apa serah pada saya.
Mummy x kisah, bawa lah watak semulajadi kamu
Kerana memang pun kalau dah semua ada, kalau dah bilangan tak cukup nak bilang dgn jari,
Macam2 ragam gaya.
Tapi keriuhan ini lah penawar duka
Pengubat hati lara.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan.

Wednesday, July 23, 2014

Hate myself.

Entah ibu apa lah saya ni.
Eluk saja dia berehat di rumah,
Saya bawak dia ke hospital.
Niatnya untuk pasang alat baru,
Sumpah, niat saya hanya untuk kebajikan dia.
Tak berniat untuk lebih sakitkn dia.
Tapi tengok lah,
Look at her now......
Saya lah ibu yg paling bodoh kerana percayakan cakap2 doktor yg mengatakan
"Pasang tu sekejap jer, mudah dan senang jaga"
And it turns out....
Tiga hari berpuasa tanpa berbuka
Proses pemasangan tak siap siap..tunda lagi dan lagi...
Apa ni?
Apa ni?
Ja, ja yg tanggung sakit....
Mummy tak akan maafkan diri mummy atas segala kepayahan yg ja lalui...
Tell me that I am stupid!
Tell me that I am the worst mother alive
Tell me that please.

Tuesday, July 22, 2014

sepatutnya....

Sepatutnya hari ni saya masak makanan kegemaran dia,
Masak awal sbb hari ni dia oncall.
Saya sepatutnya hantar lauk berbuka ptg nanti.
Sepatutnya sekejap lagi saya akan terima call dari dia.
Dia akan cakap lauk kat kedai tak sesedap yg mummy masak.
Ayat pancing undi dari dia tu sepatutnya saya dgr hampir setiap hari.
Sepatutnya esuk saya keluar cari tudung untuk raya.
Kalau saya beli esuk, sepatutnya lusa tudung tu ghaib.
Sah dia awal2 dah jadikan milik dia
Dia sepatutnya suka sgt dgn tudung saya tu
Sebagaimana dia suka kasut saya, beg saya dan baju saya,
Sepatutnya saya bising marah2 tapi saya x kisah
Dia sepatutnya cakap yg dia ada suprise buat saya raya nanti
Adalah tu hadiah pelik2 untuk saya
Saya sepatutnya cakap kat dia supaya jangan membazir,
beli yg murah2 pun mami pakai juga.
Dia x dgr nasihat saya.
Hari ni dia sepatutnya kongsi cerita di tempat kerja  dgn saya.
Saya sepatutnya buat2 dgr walau saya terlalu sibuk untuk tadah telinga,
Sepatutnya dia ngadu pasal kenakalan anak dia
Sepatutnya dia ketawa
Sepatutnya dia terus menjadi dia supaya saya boleh kekal menjadi saya
Tapi..........
Tapi hari ni saya duduk di birai katil dia,
Pegang tangan dia,
Tenung wajah dia...
Menelan tangisan sorang2
Menghirup pahitnya kenyataan
Apa lagi yg sepatutnya saya lakukan?
Sepatutnya saya diam saja atau bagaimana?
Apa lagi yg mampu saya harapkan selain dari
mengharapkan keajaiban dari Mu Tuhan.....

Monday, July 21, 2014

Di sini malam ini...Wad 9

Saya amat berharap keberkatan malam2 terakhir Ramadhan ini.
Semuga doa saya yg bertimbun itu ada yg di angkat naik.
Kalau tidak semua pun cukuplah satu atau dua,
Nak sangat lihat sedikit perubahan ke arah positif.
Dari pandangan yg kosong biarlah dia dapat menatap wajah tua saya ni.
Dari tanpa suara biarlah dia mampu sebut " mummy".
Itu hasrat dan doa saya, keinginan saya.
Tapi hari ini harapan saya terkulai
Saya saksikan dia berselimutkan sakit
Perjalanan dia masih berliku
Banyak mana lagi seksa yg perlu ditanggung oleh nya?
Tidak boleh kah saya berada di tempat dia dan dia ambil lah masa depan saya, ambil lah tutur kata saya,ambil lah pergerakan saya, ambil lah pandangan saya..
Ambil lah segala gala nya,
Hulurlah sakit mu itu wahai anak,
Biar mummy saja yg begitu
Selama nya pun begitu mummy tidak apa apa,
Tapi kerana kuasa tidak di tangan kita
Apa daya kita selain dari menadah tangan
Meminta keberkatan malam yg lebih baik dari seribu malam
Mencari lailatulqadar......
Mencari redha Mu..
Tuhan.

puasa ke berapa ntah..jiwa kacau,

Harum aroma hospital buat hati jadi kecut.
Sangat familiar pandangan  di sini.
Allah, sungguh aku tidak suka ke mari
Tapi keterpaksaan ini jadi kewajipan.
Senyum manis misi dan sapaan sopan para doktor,
Tidak meringankn berat rasa di hati ini
Duduk di kerusi plastik ini, menunggu
Dan menunggu, dan menunggu
Mengintai intai walau tahu pandangan terbatas
Aduhhh.....penantian itu sah lah satu penyiksaan,
Semoga Ja tak rasa lebih sakit
Semoga Ja tenang
Semoga Ja tak apa apa
Allah  ya Allah
Hanya Kau lh perancang yg mengetahui segala nya,

Friday, July 18, 2014

Puasa ke 20

Kita semua bakal bergelar ' JENAZAH'
Yang membezakan kita hanya lah siapa yg lebih dahulu dan siapa yg kemudian.
Cara kita dapat title jenazah pun mungkin tak serupa.
Ni kata2 yg saya petik dari fbook anak saudara saya sebenarnya.
Amat benar sekali.
Siapa sangka hari ni macam ni cara dia pulang mengadap Tuhan.
Kita nanti pun kenalan akan cakap macam tu juga.
" Eh tak sangka yer, dah meninggal Si Hani tu..."
Hanya dia yang tahu segalanya.
Janji Allah itu pasti.

Thursday, July 17, 2014

Syurga tempat dia.

Saya bukan mak dia
Sekadar cikgu yg mengajar di sekolah dia.
Bila melintasi kelas dia saya jenguk ke dalam
Kerusi dia masih berada di situ
Kosong
Meja masih berisi buku dgn tulisan tangan dia
Kertas dan sampah masih ada dalam meja
Semuanya kaku. Beku.
Minggu lepas, Khamis, dia di kejarkan ke hospital.
Minggu ini kawan2 kehilangan seorang rakan.
Cikgu kehilangan seorang murid
Salam takziah buat ibu bapanya.
Innalillah....
Dia anak kecil tanpa dosa,
Pewaris yg menunggu di pintu syurga
Yakin dan redha lah wahai ayahbondanya.
Anak2 adalah amanah yg dipinjamkan
Selama mana yg Dia mahu.
Sampai masa kita harus pulangkan.
Pasti pulangkan.
Sewaktu mata saya menjeling nama dia di kulit buku.
Mohamad Danish Irfan- Tahun 1 Harapan.
Terasa kerongkong trjerut dgn tangisan.
Dingin udara sepi menampar pipi.
Ibu arwah Danish telah lebih dahulu merasakan
apa yg bakal saya rasa....
Tumm! Jantung saya luruh dari tangkai nya
Tiba2 terasa kosong di jiwa.

Puasa ke 17 dn 18


Dah separuh bulan berpuasa,
Dosa pahala entah bertambah atau berkurang
Berat badan sikit tak terjejas
Anak2 lemak yg saya ternak masih giat membiak
Baju yg sendat perlu di hapus kira
Dah tak ada harapan nak pakai semula.
Cerita saiz ni cerita lapuk
Bincang dan plan bagai.
Mulut tetap mengunyah selagi selera ada.
Senang cerita jangan fikir sangat.
Gemuk pun tak apa
Dah tua, kalau badan lawa pun bukan boleh masuk pertandingan ratu Msia pun.
Gemuk tanpa penyakit yg penting.
Gemuk cute...Mcm saya, heheheheee...
Ada orang merasa loya dgn kenyataan di atas?
Hahahahaaa....
Sah ramai yg termuntah..
Tak per muntah tanpa sengaja tak membatalkan puasa.
Ok, loya tak per, janji awak senyum dan saya suka membahagiakan awak semua.

Tuesday, July 15, 2014

puasa ke17 ...

Cerita semalam.
Saya dpt panggilan dari rumah sewaktu berada di sekolah.
Ja having some fttings.
Luruh jantung ke telapak kaki
Allah ya Allah.
Bergegas saya memandu pulang
Dari mula masuk kereta saya dah nangis dah.
Sepanjang perjalanan pun hati bengkak.
Takut.
Belum brrsedia untuk kehilangan Ja
Tak sanggup pikir mcm mana nak hadapi nya
Waktu berhenti tunggu lampu hijau
Kereta sebelah pandang.
Pandang lah semau kamu, saya peduli hapa.
Berpeluh peluh jari di stering kereta
Jauh rupanya10 km bila nak cepat
Dalam pada itu saya jadi takut.
Tak nak tengok Ja lebih sakit dari sekarang.
Tak sanggup
Allah Hu Akhbar....
Ja alhamdullilah dah ok.
Dia kembali tenang dan tido mcm bayi.
My baby is still here.
Thank God.
Rupanya selama ni saya menipu.
Penipu besar jugak saya ni.
Saya duk cakap kat semua yang bertanya khabar yang saya
Selaku mummy Ja ni,
Dah mererima ketentuan Tuhan,
Saya dah redha
Tak apa kalau dah Tuhan ambik kembali amanah ini
Tuhan lebih sayangkan dia, saya tak apa apa...
Ambik lah, saya pulangkan tanpa kesal.
Penipu!
Cakap macam bagus sangat!
Semalam Tuhan uji sikit saja
Testing.
Saya bagai nak rak meraung.
Kelam dunia.
Hani, u need to try a little better than that.
Please try to be stronger.
Kalau perlu hadapi juga macam mana?
Tak tauuuuuu...
Hanya Tuhan yg tau...
Tak nak fikir,
Sakit kepala saya laa.

Monday, July 14, 2014

Puasa ke 16

Terdengar lagu lama waktu memandu ke sekolah tadi.
Sedap, mengimbau kenangan.
Suara Ahmad Jais..
Muzik nya pun mengasyikkan,
Lagu2 baru tak macam tu.
Penih kepala dgr lagu zaman sekarang.
Entah hapa2 senikata nya,
Mungkin sbb jiwa saya jiwa lama.
Anak2 tutup telinga jika saya pasang lagu lama dlm kereta.
Saya tutup telinga kalau mereka pasang lagu mereka.
Generation gap!
Yang heran nya Anis minat lagu Korea,
Faham ke apa yg di lagukan?
Pelik sengoti laaa.....
"Eleh, mummy tu kalau dengar lagu' khabi kabhi mere dil me ' mesti turut nyanyi" kata Anis.
Tak faham jugak kannn....
Toing! Kena sebijik atas dahi.

Sunday, July 13, 2014

puasa ke 15

Mungkin kah kerana hati sedikit terasa dan perlu bahu untuk ku rebahkan kepala
Maka tiba2 aku rindukan hari kelmarin?
Kelmarin sudah bernisan.
Tak kan berulang.
Esuk makin menakutkan
Hari ke15 Ramadhan,
Aku mengusung rindu
yg teramat buat dia
Rindu serindu rindunya,
Ja,.........

Menjeruk rasa

Aku ingin menangis puas puas
Teriak kuat kuat
Biar suara ku hinggap di bulan
Biar getar tangis ku meluruhkan bintang bintang
Aku ingin tangisan ini tumpah ke laut
Sedu sedan menjadi gelora samudra
Taufan di hati berpindah ke dada laut
Ganas menggila
Biarkan aku menangis sungguh sungguh
Biar mata bengkak merah terbakar
Biar sedu menjerut kerongkong
Biarkan aku nyanyikan lagu pilu ku
Meski suara sudah serak
Dan kebas lidah dan pipi
Aku tidak mau berhenti hingga puas
Sehingga lega
Aku ingin menangis lagi dan lagi
Dan lagi dan lagi
Subuh tadi sejadah ku basah menadah duka ku
Tuhan, aku ingin menangis sepuasnya
Kutip lah desir tangis ku ini
Pujuklah aku dengan rimbun rahmat dari mu
Aku persembahkan teriak tangis ku ke ribaan Mu
Kerana aku hanya ada kamu
Hanya kamu Allah ya Rabbi,

Saturday, July 12, 2014

sekali sekala

Sekiranya sekali sekala resah payah ku bermain di bibir,
Bukan nya aku membilang duka ku
Aku hanya ingin mencurah duka
Cubalah untuk tidak memalingkan muka
Cukuplah berpura pura peduli
Cuba ambil hati.
Sekiranya aku mengadu letih penat kudrat tua,
Bukan nya aku buat buat tak daya
Aku hanya ingin berkongsi rasa
Cubalh untuk tidak memekakkan telinga
Cukuplh berpura pura faham
Cuba mengerti
Sekiranya aku menangis
Bukan nya aku memancing simpati
Aku hanya terasa sangat tidak dihargai
Entah di mana nak ku sandarkn duka,
Nak mengadu tidak ada tempat nya,
Sekiranya sekali sekala aku diam dan terkurung dalam diri sendiri,
aku sebenarnya menjinakkan sabar ku
Mengumpul redha...
Benarlah,
Sekali sekala diam itu lebih baik dari berkata kata.

puasa ke14

Orang kaya beraya dengan pameran harta
Orang miskin hina beraya juga tapi  beraya dengan airmata.
Orang yang berdagang beraya dengan mengusung rindu ayah bonda
Orang yg sakit terlantar beraya dengan ubat yg tak sesedap ketupat
Orang yg baru kecewa  beraya dengan menghirup pedih pilu luka di hati
Orang di negara yg tak aman beraya dengan peluru dan kematian
Orang muslim semua beraya,
Orang gila saja yg tak dapat bezakan hari raya atau hari apa pun.
Orang yg tau hukum hakam beraya dengan berpuasa dahulu sebulan, bayar zakat dan fitrah, solat sunat di pagi raya, bermaaf maafan dan bersyukur atas nikmat yg sedikit.
Kita orang yg macam mana?

Friday, July 11, 2014

puasa ke13

Mereka dah berkira kira untuk sambut raya.
Dah berjela senarai perlu beli dan buat
Borang cuti dah di serah
Tiket dah di tempah
Raya jangan tak raya.
Tapi kita hanya mampu merancang
Dan berdoa agar perancangan kita di berkati Tuhan.
Kelmarin anak kenalan saya meninggal, kemalangan jalan raya.
Perancangan beraya keluarga tentu dah berubah.
Kemeriahan dah surut.
Redha.
Mak si Milah kena stroke, masih di ICU.
Entah beraya kat hospital mereka nanti.
Milah yg ambik tempahan kueh raya binggung.
Tergendala semua nya.
Hari tu Maksu cakap Sudin balik raya tahun ni.
Senyum panjang maksu nak jumpa anak menantu.
Tahun ni bertukar semua baru lah Maksu, maklum lh semenjak Sudin duk Sarawak, ni kali pertama dpt balik beraya.
Tadi Maksu nampak sugul.
Naper ni Maksu...?
"Sudan kata nak beraya di rumah mertua di Johor dulu, raya ke 3 baru balik sini,"
Maksu macam terkilan.
Alah Maksu, raya ke3 pun ok apa, janji dia balik raya.
Maksu senyum tawar.
Saya tak buat apa2 perancangan.
Tak seperti selalu.
Semenjak Ja sakit, kemeriahan menyambut raya surut.
Tidak ada lagi yg mampu mengembalikan kecerian Syawal.
Datanglah musim apa pun, saya kekal begini.
Beraya seadanya.
Senyum di bibir tapi di hati tetap gundah.
Tapi syukur lah kalau tahun ini masih boleh bertemu dgn Syawal.
Syukur kalau Syawal nanti masih boleh berkumpul dgn sanak saudara.
Syukur lh kalau masih boleh berada di negara yg aman.
Kalau kat Palestin, usahkan nak beraya,
Nak bernafas dlm tenang pun payah.
Hari ni puasa dah hampir separuh bulan
Makin dekat nak raya hati makin sayu.
Beratnya dugaan ini ..
Di bulan baik ini aku hanya berdoa agar Tuhan memberikn ku kekuatan
Untuk menghadapi dugaan2 dari Mu ini
Dan
menjadikan aku seorang yg sabar dan redha






Thursday, July 10, 2014

Puasa ke 12

 Puasa ke 12
Awak puasa tak Adam.
- Puasa.
Pendek jawapan Adam.
Dah berapa hari awak puasa?
- Tak tau.
Ok, dah berapa hari awak tinggal puasa?
-11 hari.
Biar betul Adam ni...
Tak perlah Adam, cuba2 lah puasa, awak tu dah besar...
-Mak kita lagi besar tapi dia tak puasa pun.
Stopppp....! Sudahkan mewarna tu Adam.
Aduhhh ..., mak nyer punnnn
Kalau yer pun, jgn lah makan depan anak2........

Puasa ke 11

Puasa ke 11
Tidak ada catatan.
Bukan kerana masa membeku dan langkah terhenti
Tapi kerana sekali sekala hati mati.
Jiwa kacau.
Dalam lapar dan dahaga
Puasa hari ini menguji kesabaran.
Sukarnya bila setiap sakit ku terpaksa berselindung di sebalik gagah.
Cuba untuk tidak goyah
Sedang kudrat mengaku kalah
Bila ku tafsir setiap seksa sakit di kiri kanan
Ternyata sakit yg ku tanggung sekadar suam
Maka niat untuk mengadu dan berkongsi rasa surut.
Tak apa lah,
Biar lh segalanya ku tanggung sendiri.
Sambil menelan sakit itu aku sedar,
Aku sebenarnya tidak berhak untuk sakit.
Tidak berhak untuk apa2 sekali pun.
Puasa ke 12 esuk hari.....
Tuhan kurangkan lh sakit ku ini
Kerana byk sakit lain perlu ku urus.
Hanya Engkaulh tempat ku meminta belas ehsan
Engkau Tuhan ku yg maha pemurah

Tuesday, July 8, 2014

Puasa ke10

Hari ni terdengar dari mulut seorang rakan yg bernama Azipah
Dia di tanya oleh seseorang,
" Suka kah menjadi Azipah?"
Senyum riang yg sentiasa terukir di bibirnya,
Bahagia di hati nya
Keberkatan yg sentiasa mengekori nya
Kemewahan kasih sayang yg menyeliputi diri nya
Sudah cukup untuk menjawap soalan itu.
Tak perlu dia mengiakan.
Tak perlu menidakkan juga
Segalanya terang dan nyata
Tak perlu bersuluh
.'Suka kah menjadi Hani?"
Azipah, jika kau bertanyakan soalan itu pada ku
Aku menjadi bisu.
Tak tau.
Apa pilihan yg aku ada duhai Azipah?
Aku lebih suka menjadi kamu.
Boleh kah begitu?

Ada kala aku pun tidak lagi mau terus menjadi aku

Monday, July 7, 2014

puasa ke9

Puasa ke9
Alhamdullilah.
Sempurna sudah.
Malam ni terawikh malam ke10
Ponteng eeee?

Sunday, July 6, 2014

Puasa ke8

Alhamdullilah,
Diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa lagi,
Mujur masih ada baki usia.
Mujur masih mampu dan terdaya,
Entah ini lh puasa yg terakhir buat saya,
Hanya Dia yg mengetahui nya.
Tahun ni seperti tahun lepas,
Bulan puasa saya suram sahaja.
Hari raya nanti pun begini juga.
Tidak ada lagi kemeriahan seperti dulu
Sudah tamat keriangan di daerah kami.
Di Ramadhan ini limpahan doa saya panjatkan
Tuhan, hanya kau yg maha mendengar rintihan hati kami.
Kami harapkan rencana yg terbaik buat kami dari Mu
Ampunkan dosa2 kami dan
Kuatkan iman kami agar kami
Dapat lalui dugaan Mu dgn berlapang dada.
Allah hu akhbar..
AMIN.

Saturday, July 5, 2014

Puasa ke7

Kek karot kurma
Satu untuk mak
Satu untuk kakzah
Satu untuk Ayyun.
Satu untuk  Kimi
Satu untuk Anis.
Satu untuk saya
Nak jugak?
Tak leh.

Friday, July 4, 2014

Puasa ke6

Haah, dah 6 hari?
Cepat nya masa berlalu.
Kat pasar hari ni,
Melaut manusia.
Petang nanti kat bazaar Rsmadhan tentu sesak.
Harga lauk tunjuk dan kueh tunjuk mahal sungguh.
Banyak beza dari tahun sudah.
Tak mampu rasanya nak bergantung pada lauk segera.
Kos masak sendiri lebih murah.
Tambah2 kalau isi rumah ramai.
Isi rumah saya tak ramai mana pun tapi CC besar.
Biasalah kan, kenderaan CC besar perlu minyak byk.
Selain dari jimat, masak kat rumah lebih sedap.
Ikut citarasa sendiri.
Panas2 lagi..
Hmm...Apa lauk hari ni?
Singge kepala ikan tenggiri dan bendi
Solok lada
Ayam bakar
Celur terung, pucuk ubi kayu dan lada hijau
Sambal belacan kaw.
Cukup lh ni.
Alhamdullilah, walau tak mewah tapi memenuhi deria rasa keluarga.

Thursday, July 3, 2014

Puasa ke5

Batu jemala patek sendat.
Tidak semua saluran bersiaran hari ni.
Aduhhh..Puasa menuntut kesabaran.
Tau.
Itu pasal lah saya masih sabar
Sabar lh ni, kalau tak sabar tak kan saya boleh terus begini.
Jadinya N3 hari ni tak ada tajuk nak di kupas.
Cuma nak ucapkan selamat berbahagia pada yg sedang bahagia
Selamat bersuka ria pada yg masih ada sebab untuk bersuka ria
Selamat bersama orang2 yg disayangi dan yg menyayangi
Selamat meneruskan hidup dgn mewah berkat dan rahmat..
Saya?
Redha
Syukur seadanya
Sentiasa cuba
Sedaya upaya.
Kerana saya percaya Tuhan ada.

Wednesday, July 2, 2014

Puasa ke 4

Hari ni niat nak masak.
Niat jer.
Masak ke tidak wait n see.
Rasa2 nya tidak.

Puasa ke 3

Dunia orang perempuan.
Bulan puasa bulan kumpul resipi.
Cuba praktikkan ke tidak itu belakang kira,
Janji semua resipi yg kawan2 sebut, kita kongsi.
Bertimbun cebisan kertas resipi dlm beg.
Ada yg berakhir dlm tong sampah bila Ramadhan berakhir,
Kumpul, jangan tak kumpul.
Waktu balik dari sekolah semalam,
Saya singgah beli lauk tunjuk.
Aik, AJK kumpul resipi lain pun ada?
Kan dah cakap, kumpul tu hobby, masak tu ikut mood.
Hentam saja lh kawan2 ku.....
Esuk kita kongsi resipi lagi k.

Tuesday, July 1, 2014

puasa 2

Puasa tak?
Ticer tanya Si anak murid.
Ticer puasa tak?
Dia tanya saya balik...
Budak2 zaman sekarang...Haishhhhh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...