Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, January 31, 2010
Bila otak dah tido...
Baru saya tahu.
Kalau ngantuk kena tido.
Kalau tak tido, cakap jadi merapu.
Tadi ada kawan sapa saya kat YM.
Dia kata..
" Budak X tu didapati termengandung''.
Saya kata..
"Budak X tu laki ke perempuan??".
Ada ke saya boleh tanya soalan sebodoh itu..
Pecah perut kawan saya ketawakan saya tadi.
Pengajaran dari apa yg terjadi ialah..
Bila ngantuk jangan ngada nak chatting
PEGI TIDO!!
Saturday, January 30, 2010
Musuh ketat saya.
Lipas
Nombor satu dalam senarai 'Takut'
Memang takut sungguh.
Benci. Tak suka.
Kalau dia ada,
saya tak senang duduk.
Takut dia hinggap di badan saya.
Memang selalu cam tu.
Saya lah mangsa dia.
Mortien mana?
Bygone pun boleh juga.
Tolong lah sembur sampai dia mati.
Biar padan muka dia.
Jangan tak caya
Ini satu lagi makhluk yang saya tak suka
Kecik tapi menakutkan saya.
Eiiiii.........Geli!!!!
Saya tahu dunia dia..tempat sejuk berumput.
Saya seboleh2 elak dari jejak kaki ke tempat begitu.
Kalau lah dia naik di kaki saya, saya teriak habis suara.
Saya melompat2,hentak2 kaki supaya dia jatuh.
kalau tak retak tulang kaki,
Retak simen...
Kadang tu kerana terlalu takut,
Bila terpijak nasi sejuk pun saya kelam kabut.
Terlompat2 ingat kan Pacat!
Heran kan, makhluk sekecik ini pun saya boleh takut. Tak tau kenapa, hanya orang2 yang mengenali saya tahu betapa takutnya saya pada mereka berdua..
Friday, January 29, 2010
Tukar Profesion.
harga getah mahal.
Mewah jadi penoreh la ni..
Beribu ringgit dalam seminggu.
Sebulan? Kalah gaji saya nih!
Itu pun bukan Mak toreh getah sendiri,
Pakai pekerja.
Mak tunggu bilang duit jer..
Kira hasil bahagi dua( Pawah).
Pun masih lumayan.
Best kan?
Nampak gaya nya
ngadap pokok getah ni,
lagi banyak buat duit
dari ngadap budak sekolah
Agak agak la mak yer,
Mak nak pakai pekerja extra tak?
Aiyallllaaaa.....
Yang saya nak dan yang saya dapat
Apa yang saya nak..
Pulang dari masjid terus ke Taman untuk berjogging
hirup udara segar...Ceria suasana.
Singgah sekejap di mana2 warung,
breakfast beramai ramai.
Pulang nanti saya akan pergi pasar
masakkan sesuatu yang istimewa
Lepas solat jumaat
duduk di meja meriah jamu selera.
Petang pula bersiar2 di tepian pantai,
rehat minda atau menziarahi keluarga.
Dan malam nya berkumpul di ruang utama.
Kongsi penat seharian,kongsi cerita.
Kongsi kasih dan sayang.
Itu yang saya nak,
Tapi tak semestinya yang saya dapat.
Saya tau semua orang terlalu sibuk buat saya.
Masing masing ada hal.
Tidak ada masa.
Jadi saya berpuas hati lah,
Menghabiskan hujung minggu saya begini.
Ngadap laptop..
Mengharapkan teman yang sudi singgah
dan cuba mengusir sepi di hati.
Sekurang kurangnya di sini,
saya tidak bersendiri.
Thursday, January 28, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Dia anak siapa?
Di kelas pemulihan ini.
Adalah anak anak kita.
Sama.
serupa.
Amanah dari Tuhan.
Tanggungjawap kita.
Bezanya
Amat payah menerima apa yang sepatutnya dia terima di bawah bumbung ilmu ini.
Kepayahan ini meruntun hati ku.
Di bahu ini di sandarkan harapan ayah ibu.
Teman sebaya sudah jauh kedepan,
Dia masih kosong dan memerlukan lebih perhatian.
Setiap hari berdepan menatap wajah kosong dia,
Aku jadi tertanya tanya..
Silap nya di mana?
Puncanya apa?
Esuk bagaimana?
Tuhan,
Berikan aku dan anak kecil ini,
bantuan kekuatan dan kesabaran,
kerana berdua aku dan dia, harus lalui kepayahan ini.
Tuesday, January 26, 2010
Demam Waffles...
Dah tak larat nak kuar beli setiap kali anak2 nak makan benda ni,
Jadi sudahnya beli aje tepung dan alat pembakar dan buat sendiri.
Tq Rose kerana tolong belikan( tak la susah2 saya kena pergi kedai)
Anis nak buat sendiri.
Bukan payah mana pun.
Setiap org ada favourite type.
Anis waffles n chocolate syrup.
Kimi waffles n peanutbutter
Mummy waffles n icecream
Papa waffles n Butter/kaya
Bibik waffles n sambal tumis???
Hentam jer la bibik....
Sedap Nis?
Anis buat cukup untuk semua.
Tak laku dah waffles kat supermarket tu..
Nampak gaya nya minggu ni, ini lah saja kuih untuk minum petang.
Selagi Anis tak jemu masak waffles,
Selagi itu lah kami sekeluarga kena telan waffles.
Hmmm...waffles pun waffles laa....
Monday, January 25, 2010
Buat penat Tok Guru jer...
Sikit2 tak main.
2 kilo gandum untuk permulaan.
Masukkan semua bahan dan uli.
Uli lagi
Uli lagi.
Wah....Penat jugak buat donat ni yer.
Dah guna cara manual penat lah.
Adoiii..berpeluh peluh.
Dah masak.
Tak kan sepinggan saja?
Tadi kan dua kilo gandum?
Kata Yam....
"Tak larat la saya uli benda tu Kak Nie...Letih. Sakit2 tangan saya menguli..Tak kuasa dah saya, saya ambik separuh, separuh lagi saya campakkan saja kat dalam paya di belakang rumah tu...."
Dipendekkan cerita, itu lah kali pertama dan terakhir Si Yam ni buat donut.
Sunday, January 24, 2010
Nor yang menangis lagi.
Seorang wanita yang tidak cantik,
tidak lagi muda,
tidak lagi menarik.
Tapi dia masih punya perasaan,
masih punya hati,
masih punya mimpi.
Masih mengharapkan ada nya rindu
ada nya sayang dari hati yang beku.
Sedikit kemesraan sebagai bukti
Diri masih dihargai,
disayangi.
Sudah sudah lah Nor,
Kutip lah harga diri mu yang bertaburan itu.
Berhenti lah berharap,
Bangunlah dari mimpi.
Saya yakin tanpa dia pun,
selagi masih ada nyawa,
Nor akan bertapak jua.
(Nor, sudah cukup tanda2 dia sudah tidak memerlukan kehadiran awak tu, simpan saja lah perasaan awak tu..Kalau betul awak sayangkan dia, relakan dia terbang pergi dan doakan kebahagian dia...)
Saturday, January 23, 2010
Macam la saya tak de keje lain..
Terbakar hati.
Saya bawak la hset tu kehulu kehilir hanya kerana menanti panggilan seseorang.
Sekejap tengok, sekejap intai...
sonyap jer....
Kalau saya simpan jer dalam handbag takut nanti tak dengar maka salah nya di pihak saya.
Letih kalau menanti nanti begini...
Dah acap kali dah saya rasa nak tutup terus handset biar sama2 sakit hati..
Tapi saya sabar jugak, bagi lagi masa,yer lah mana tau kot dia ada hal yang menyebabkan dia tak leh contact saya.
Ikut hati marah saya mau saja saya katakan, tak yah call lah kalau rasa susah sangat nak picit nombor saya tu.
Ok ok, awak berjaya buat saya sakit hati.....Puas?????
Good morning Pakcik Ya
His name is Pakcik Ya.
He is a father to a doctor, an engineer, a teacher and a government officer.
A loving husband to a very lucky lady.
Pakcik Ya is a pensioner who does not know to sit still.
He is a warm hearted man with a smile to greet everybody that crosses his way.
He works as a gardener here in my school.
Good at his work, very dedicated.
At home he is also a barber.
Almost every kid in school get that nice haircut, done by him.
Why does he take the trouble to continue working, where as he should be enjoying his days as a pensioner?
Because he loves it!
Loves to be sweaty and dirty, running around the school compound, doing this n that.
Believe it or not,
His children try to stop him from being what he is but it is just useless.
He never listens.
I salute you Pakcik Ya.
Friday, January 22, 2010
I am OK
Like always.
The difference is that today I am alone but I am not lonely.
I choose to be alone today.
I wanted to have the whole day to myself.
I am having a nice time, yes I am.
Sitting here enjoying my time,my space and my own privacy.
Who needs a company?
I don't.
Yesterday it was different.
I was among the crowds
Why did I feel so alone then?
Where as I should be enjoying myself.
I really don't know.
May be loneliness was there.
Now I know
It's not about being alone
It's about the feeling of loneliness
when you are lonely,
you will feel the loneliness
even if you are in a crowd.
But when you are not,
Although you are alone,
you will be just fine.
Like today,
I am perfectly fine.
TQ.
Monday, January 18, 2010
Bila batuk selsema..
Kata Rose, jauhkan makanan berminyak.
Kata Lida, banyakkan rehat..Tido!
Kata Kakak, rajin2 makan ubat.
Kata Zarah, Duk jauh2 takut jangkit!
Kata Nani, Gi klinik laaa...
Kata GB, ni saja nak cuti la ni...
Kata Makcu, sedap suara serak tu..
Kata Cikda, makan ubat tradisional nak..
Kata AG, made in mana ni..? Debek!
Kata Pakcik ku, jiran dia cam ni la dulu,
tak lamaaa....Innalillah...
Pandai la kau orang yer...
Saya hanya nak kata..
Berjangkit ni....
Lepas ni siapa pula??
Awak kot....
Sunday, January 17, 2010
Kawan kawan
Rose senyum.
Saya senyum jugak.
Rose gelak,
Saya sakit urat perut turut gelak bersama.
Teman berkongsi cerita2 bodoh saya
dan cerita2 bodoh dia juga.
Tapi,
Tadi rose menangis.
Saya hanya menangis dalam hati.
Kalau saya menangis terang terang,
Rose mesti meraung..Tau, rose tu memang macam tu.
Cukup lah saya dekatkan telinga,
biar dia boleh bersandar kepala di bahu saya.
Kongsi luka duka kehidupan
Saya sentiasa cuba untuk tidak mengalirkan air mata.
Tidak mau menambahkan redup cuaca hari ni..
Pasti,
esuk kami pasti begini lagi.
Menangis dan ketawa silih berganti.
Itulah cara saya berkawan.
Ini pula cara anis,
Anis dengan kawan kawan nya
Alia, Aisyah dan Insyirah.
Sama kelas dari darjah satu.
Riuh berkejaran bermain di alam kanak2.
Keluar rehat bersama.
Membesar bersama.
Hari ni dengan sahnya Anis dan kawan2
di lantik jadi pengawas sekolah
Tahniah untuk semua.
Selamat menjalankan tugas bakal2 pemimpin masa depan.
InsyaAllah.
Saturday, January 16, 2010
Hargai masa relax sebelum sibuk melanda..
Hari ni hari rehat saya
Saya tak mau ke mana mana.
Nak diam kat sini...relax.
Sorry, kalau awak ajak saya ke mana pun,
saya akan menolak.
Kalau ajak window shopping,
saya akan kata saya tak nak buang masa.
Kalau ajak saya siapkan keje kat sekolah,
laaaaaaaagi la saya cari alasan untuk tidak payah pergi,
Kalau mak saya call ajak temankan dia ke situ sini,
saya akan kata, next time la mak yer..
Kalau anak anak nak makan fast food,
saya suruh call buat home delivery aje.
Kalau dapat perintah dari raja suruh saya ke istana,
pun saya akan kata ..Ampun tuanku...Hari ni hari off ambo!
Tapi kalau tiba tiba ada offer yang lain dari yang lain,
Saya timbangkan lah juga...
Mana tau..
Friday, January 15, 2010
Dia ialah Makcu ku.
Dia dah lama saya kenali
Dia hampir sebaya saya
Dia wanita muslimin.
Dia cantik.
Sentiasa ceria.
Dia berkerjaya.
Dia mempunyai cahayamata yang menyejukkan hati ibunda
Mempunyai suami yang amat menghargai dia.
Masih akif, sihat dan sejahtera..
Kebahagiaan terpancar di wajah nya..
Ada segala gala nya.
Bahagia.
Dia berjaya dalam hidup
InsyaAllah berkat hingga ke akhirnya.
Jeles?
Memang saya jeles.
Mau nya tidakkkk!!!!
Thursday, January 14, 2010
Samseng kg Dusun yg ketakutan..
Nak pohon simpati..
Dari malam tadi duk susun ayat.
Jangan la nanti tersepak ibu kaki sendiri.
Gelabah ni...
Kena buat muka welfare ke?
Kalau ku senyum dari telinga ke telinga,
ada point ke?
Ke kena siap ada background music ni?
Adeiii....
Tolong doakan saya yer..
Harap harap permintaan di kabulkan.
Permohonan di luluskan.
Please, please, please...
Wish me luck...
Wednesday, January 13, 2010
Bila otak sarat..
Nak kurung diri sendiri.
Diam membatu.
Seperti masuk balik kedalam perut ibu.
Nak diam sekejap di situ..
Biar terpisah dari apa yang di luar.
Biar telinga tidak mendengar dusta
Biar mata tidak menonton luka
Biar bibir tidak perlu berbahasa
Biar orang tidak menyuluh kita
dan kita juga tidak perlu buat begitu.
Terpuruk saja di gelap ini.
Kadang kadang saya rasa
Nak swicth off handset
Jangan ada panggilan keluar masuk
Tidak perlu intai SMS
Nak potong line tenet
Jangan ada yg menyapa di YM
Tidak juga menyapa sesiapa lagi.
Tidak perlu tahu awak sedang buat apa.
Saya pun boleh buat apa yang saya suka.
Tutup TV,
DVD letak tepi
Tarik langsir halang cahaya
Masuk saja dalam selimut
Pejam mata.
Tidur dan
Lupakan segala gala nya.
Tuesday, January 12, 2010
Gaji bila aaaaa????
Nak saya buat kebun.
Ini harapkan akhir bulan baru timbul
Dah la Disember tu dapat gaji awal.
tak de bonus lak
Keperluan berganda di awal tahun
Budak budak ni ingat kita cop duit
Tau nak itu ini jer..
Kalau cakap tak de duit,
yg kecik tu cakap,
"Kan boleh ambik kat Bank tu.."
Dia ingat unlimited la tu..
Yang kita ni nasib baik tak kena tutup akaun.
Licin....kering kontang.
Ini baru berapa hari bulan nih..
Nak hidup setengah bulan lagi camna.
Hai la belalang...
Monday, January 11, 2010
Sepandai pandai tupai melompat...
Saya tahu dia tak tahu yang saya tahu
Tapi mungkin jugak dia tahu apa yang saya tahu,
Dia cuma buat buat tak tahu yang saya tahu.
Saya pun nak buat tak tahu yang dia tahu saya tahu sehingga dia mengaku yang dia tahu yang saya tahu.
Kalau dia tanya macam mana saya boleh tahu
Saya akan katakan yang sikap dia yang selalu buat tak tahu saya tahu itu yang membuatkan saya ingin tahu apa yang perlu saya tahu..
kalau dia bertanya,
Apa tindakan saya..
Saya akan kata..'tak tahu'
Tak tahu
Sungguh saya tak tahu.
Yang saya tahu
Hanya Tuhan yang tahu..
Sunday, January 10, 2010
Time management_Failed!
Tengok TV satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Makan satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Tido satu jam.
Buat kerja setengah jam,
Buang masa kat tenet ni satu jam,
Bukak U tube..
Bukak website itu ini..
Hantar itu ini
eMails
Comments,
Yang terpaksa bangun pagi2 buta untuk siapkan keje ni sapa?
Akuuuuuu jugak la.....
Saturday, January 9, 2010
Anis nak ke pantai...
Pantai Irama, Bachok.
Gemersik bayu senja
menyapu pipi mu Anis
Biarpun
ganas ombak menerkam kaki mu
Kau berdiri disitu..
Ketawa riang.
Bahasa gelora belum bisa
kau terjemahkan
Dalam lautan belum bisa
kau duga.
Biarlah terus begitu
Sapulah pasir dari kaki mu
Kita harus pulang.
Anis,
Seperti Pantai lain nya.
Irama yang kedengaran di sini
Hanya laungan arus yang meronta ronta
dan kesepian kuala.
Bateri cap Ayam
Friday, January 8, 2010
Untuk renungan kita
Seorang kawan memberikan saya puisi ini...Dari luahan minda siapa lah puisi ni agaknya..Salam kenal untuk penulis nya.
Puisi Sang suami untuk isteri
Isteri ku,
Sebagai mentari,
aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi
Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku
Lalu
Relakan aku menyinari planet lain
Menyampaikan faedah adanya aku
Kerana sudah takdir Illahi sinaran ku diperlukan
Di planet lain
Balasan puisi dari Sang isteri....
Suami ku,
Andai kau memang mentari
Sang suria memberi cahaya
Aku relakan engkau berikan sinaran mu kepada segala planet
Yang telah Tuhan cipta
Aku pun tidak akan merasa kekurangan
AKAN TETAPI..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 Watt sahaja
Jangan lah bermimpi
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita
Di tengah remang pancaran cahaya mu telah aku mengerti
Cuba lihat siapa diri mu...
Matahari atau lilin?
Atau jangan jangan....
Cuma MANCIS SAJA!!!!!
Please lahhhh............!!!!!!!!!
( Adeiii....Huhuhuhuhuuu...)
Thursday, January 7, 2010
Malas sebenarnya....
Ingat nak masak Nasi.
Masak Kari Kepala Ikan, letak Bendi sekali.
Buat Pajeri Nenas atau Acar Masak.
Goreng Burung Puyuh
Kukus Tauhu Jepun dgn telur.
Sambal Belacan cicah Ulam Raja.
Tapi penat la, baru balik dari kerja.
Berdenyut kepala duk dalam bilik mesyuarat tadi.
Masak nasi.
Goreng telur mata kerbau.
Kicap.
Sapa nak makan, makan.
Tak nak makan, sudah.
Jangan banyak komplen!
( Perpatah Cina ada mengatakan "Hunger is the best sauce..")
Tuesday, January 5, 2010
Panadol? asprin? Whatever...
When my daughter called this afternoon asking,
"Are you alright Mummy?"
I wish I can just say,
"No, I am not.
I have a terrible headache.
I am aching all over.
I am fatigue.
I am tired.
I was sleepless almost every other nights
I woke up feeling like a zombie..
I am feverish, yes I am".
But I can't say that.
I am not trying to make her worried
I am not spoiling myself by being such a crybaby.
I have to be on my feet.
There are piles of work waiting for me in school.
I will never let myself be sick.
At least not now.
One more Panadol for tonite please.
Huhuhuhuuuu....!!!!
Monday, January 4, 2010
Cik, parking bawah porch kita lah..
Boleh jangan parking depan pagar kita tak?
Tolong laa...
Please...
Tau lah awak tu nak amik anak dari sekolah.
Tau lah awak susah nak cari tempat parking.
Tau lah depan pagar kita ni tempat yang dekat dengan pintu masuk sekolah.
Tapi awak tau tak, kita pun penat baru balik dari sekolah.
Kalau boleh,
Kita nak masuk rumah tanpa perlu bunyikan hon..
Kita pun berbudi bahasa jugak, tak suka lah hon hon ni.
Memadai lah bila kita signal tu..awak kedepan la sikit.
Ini awak buat derk jer...
Cian lah kat kita yang baik hati ni...sikit tak marah,boleh senyum lagi kat awak kan..
Tapi hari ni kita belum tentu sesabar itu..
Jadinya bagaimana?
Sunday, January 3, 2010
Bangun la Anis,sekolah dah bukak.
Wah..Anis pagi pagi dah siap hari ni.
Yer la kan, hari pertama persekolahan..
Semangat berkobar kobar lagi.
Tahun ni merupakan tahun pertama Anis dilantik menjadi pengawas sekolah,pengawas muda.
Excited la tu!
What about mummy?
Well, mummy pun rindukan sekolah sebenarnya, cuma bila ingatkan tugasan dan tanggungjawap yang perlu di laksanakan tu rasa kecut perut jugak.
Memang selalu cam ni,awal tahun ni banyak yang perlu buat.
Tambah2 kalau dapat tugas yang belum pernah terletak di bahu saya sebelum ini, risau jugak, dapat ke tidak saya buat yang terbaik untuk semua..
InsyaAllah, Saya akan cuba.InsyaAllah.
A teacher by training
Ateacher by choice
A teacher by passion
and always,
a teacher at heart
"Happiness is doing what you like
and liking what you do..."
Saturday, January 2, 2010
Esok bagaimana
Aku yang lemah ini
Seringkali mengalah pada kehendak hati
Biarpun aku tahu itu bukan lah yang terbaik
Entah berapa kali aku cuba menjadi gagah
cuba tidak rebah.
Senang sungguh untuk ingatkan orang lain
tapi diri sendiri engkar
Berkali kali aku berpesan pada minda
usah ulangi kesilapan lama
Cuba untuk tidak mudah percaya
Jangan terlalu mengharapkan yang tidak nyata
Usah terlalu meminta minta..
Redhalah dengan apa yang ada
Tabahlah mengharung duka
Maafkanlah kesilapan
Lupakan yang keruh
Syukurlah kejernihan masih ada
Tuhan ku, aku perlu berubah.
Dimana pun aku cuba mencari
jawapan nya hanya pada akal
kewarasan fikiran dan minda
yang tenang
Demi Tuhan yang lebih mengetahui,
Bimbinglah aku semoga tahun ini
Langkah ku tidak sumbang.
Aku perlu kedepan,
Selagi nyawa tidak bercerai
dari badan.
.
Friday, January 1, 2010
Masa merubah segalanya..
Sekarang ini realiti.
Dahulu manis 17,manis 18...
Sekarang silap hari bulan dapat kencing manis.
Dahulu ada garis halus kat muka pun risau
Sekarang penuh garis kasar pun tak kisah..
Dahulu bergaya dengan sunglass
Sekarang dengan Magnifying/reading glasses
Dulu ada uban seurat pun kalut cabut
Sekarang kalau tak nak uban kena cukur satu kepala
Dahulu dapat gaji beli make up
Sekarang beli minyak ubat
Dahulu pakai baju fesyen ikut trend
Sekarang cutting untuk 'kaftan'..XXL
Dahulu kasut bertumit halus 5 inci
Sekarang ni sakit2 tumit dah...
Dahulu muda belia..dunia ini aku yang punya
Sekarang dah tua....Dunia kata pergi..
Kubur kata mari..
Tau tak per....
Selamat Tahun baru untuk semua..