'Makan Colek'
Syarat2 nya..
1. Suka asam
2. Ada buah yang masam..Lagi masam lagi best.
3. Ada orang yang rajin buat Colek/Sos (garam,gula, belacan,cili,cuka)
4. Lebih dari seorang si pemakan.
5. Ada yang rajin kupas kalau perlu.
6. Lapik suratkhabar..Sah menitik2.
7. Tahan bau belacan..Tak de keturunan resdung ke apa ke.
8. Perut jenis tahan cuaca..heavy duty.
9. Jangan gigit dan cicah...Stail ni sah kena halau!
10. Kalau masam pun, muka kena cool...jgn ada expresion, baru kelasss gitu.
Syarat yang terakhir yang belum diluluskan oleh kerajaan tapi dah beberapa kali di pakai guna dan penting ialah....
- Kena bangun dan tinggalkan majlis sebelum buah terakhir di kupas..Nak tau kenapa??
Kalau duduk sampai tamat sessi makan colek ni, sah la saya yang kena kemas segala benda atas meja ni....
Taktik kotor pun taktik kotor lahhh...
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Thursday, April 29, 2010
Wednesday, April 28, 2010
Bahu yang memikul
Tuesday, April 27, 2010
Dia sudah meninggalkan kami..
Bila sampai masa, tidak boleh di elak lagi.
Berita kematian sudah tersebar.
Dia sudah meninggal.
Dari gelaran dato' dia mendapat gelaran 'almarhum'
Dari berpakaian berjenama dia disarungkan uniform jenazah.
Dari berada di depan dewan atau di tempat yang lebih tinggi,
hari ini dia diletakkan di lubang yang digali,
Sudah tiba masa dia, sedangkan kita masih menunggu giliran.
Kematian menyedarkan kita bahawa kita tidak berdaya.
Asal dari tanah dan pulang ke tanah.
Dari Dia kita datang dan kepada Dia lah kita kembali.
( Semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga yang menyayangi nya redha dengan dugaan Tuhan ini)

Sunday, April 25, 2010
Kes tak mandi lagi ni..
Bosan. Bosan Bosannnnn!!!!
Teramat bosan dengan episod2 kehidupan yang mendatar.
Seperti ulang tayang cerita sama..( Kalau cerita bujang lapuk tu ada juga masa untuk ketawa.)
Jemu dengan ucapan ucapan yang tidak lagi bermakna apa apa seperti kuih yang tawar tunggu masa untuk di buang ke tong sampah...
Kesal dengan tindakan yang telah dibuat kerana tindakan bodoh saya itu tidak merubah keadaan ke arah yang saya harapkan..
Benci dengan perasaan, pandangan, keadaan yang makin pudar.
Letih dengan rutin sama, seperti roda basikal yang pancit, tak mampu untuk berputar tapi terus jugak berputar kerana masih di kayuh..
Jeles dengan segala yang bukan milik saya kerana saya tidak akan mampu menjadikan semua itu milik saya, tidak mungkin mampu.
Entah apa apa saya ni..
Agaknya pagi ini otak saya tak berapa betul.
Dah.......
Andaikan saja awak tidak terbaca N3 saya yang berbau minda negatif ni.
N3 merapu tahap maksima.
Saya pun heran macam mana saya jadi begini di saat ini.
Celik mata, belum apa2 dah duk depan ni..Itu pasal laaaa,
Sorry, saya nak mandi dulu.......

Saturday, April 24, 2010
Nasib baik tak tau...
Selamat pagi...
Alhmdullilah, Tuhan masih panjngkan usia.
Semoga pagi ini bukn pagi terakhir buat kita.
Sekiranya kita tahu hari ni adalah hari terakhir kita..
Agaknya apa yang kita nak buat?
Beritau semua sedara dan taulan?
Declare segala hutang?
Bahagi segala harta?
Tamatkan segala permusuhan?
Habiskan masa sujud di tikar sembahyang?
Kalau kita tahu ajal kita hari ni..
SAH PENGSANNNN....!

Friday, April 23, 2010
Entri yang ke 1001..Alhamdullilah.
Dah genap seribu N3 saya...Yes!
Agak Agak dalam seribu tu ada ke tajuk boleh memanafaatkan orang lain?
Yang mengundang tawa?
Yang memancing air mata dari tasik rasa?
Yang meloyakan?
Ada?
Entah...Pembaca lah hakim nya.
Setahu saya apa yang tersurat ialah apa yang tersirat di hati.
Sekadar luahan untuk suka suka.
Kepuasan.
Untuk yang sudi singgah dan turut mewarnai blog saya ni,
saya sangat berterima kasih.
Kalau ada yang terasa dengan tulisan saya tu,
Saya pohon keampunan..Tak berniat begitu.
Doakan kesejahteraan saya dan saya akan sentiasa di sini.
InsyaAllah saya akan tetap disini..
Akan terus mematuk keyboard dengan izin Nya.

Terbeli..
Thursday, April 22, 2010
Tolak rezeki...
Loceng pintu berbunyi.
Kelihatan seorang wanita berdiri di situ.
" Puan, saya datang dari jauh nak mintak belas kasihan puan untuk sedekahkan saya seringgit dua."
Saya perhatikan dia masih cukup gagah untuk bekerja. Terfikir jugak kenapa dia tidak bekerja.
Agaknya dia boleh membaca fikiran saya. tanpa di tanya dia sudah menjawap "Saya uzur, sakit dalam perut,tak mampu kerja kuat lagi"
Saya bukan tidak kasihan tapi saya tidak suka cara dia mencari rezeki begitu.
Islam pun tidak galakkan cari nafkah secara itu.
"Gini sajalah, awak masuk makan tengahari dulu, pastu awak tolong angkat pakaian di jemuran, lipat dan masukkan ke dalam almari. Saya bagi awak upah yang setimpal nak? bukan berat mana pun tugasan tu..."
( Bibik saya tercengang cengang bila saya agihkan kerja dia pada orang asing ni.)
"Awak tengok la bibik ni, datang merentas benua, tinggal anak, tinggal suami hanya untuk cari makan..Kerja sehari suntuk dan bertahun2 berdagang."
Saya sengaja cakap begitu biar dia tau ada orang lain yang lebih susah tapi tidak memilih untuk jadi peminta sedekah.
Dia membatu. Masam.
"Saya bukan nak byk, seringgit dua saja..Dah tak nak bagi sudah laa.Harapkan rumah saja besar tapi kedekut." Dia terus berpaling dan berjalan ke pagar tanpa di suruh. Siap marahkan saya lagi ni...
Betul lah, Tuhan tidak merubah nasib seseorang kecuali dia yang mengubah nasib nya sendiri..

Wednesday, April 21, 2010
Saya bukan nak apa2 dari awak pun..
Akhir akhir ini saya bertemu kembali dengan kawan2 lama.
Thanks to cyber world.
Memang saya teruja dan seronok sungguh.
Mereka lah yang pernah sama2 mewarnai sejarah hidup saya.
Rupanya sememangnya masa merubah segalanya.
Mereka berubah...
Dulu dia seorang yang sangat lincah dan happy go lucky.
Hari ni dia dah jadi 'Datin' dan proper sungguh tutur kata nya.
Saya rindu tempik sorak nya.
Ada juga yang dulu dia cukup bergaya..trendy.
Sekarang dia macam dah tak kisah penampilan nya..
Saya ingat lagi dia kata dia akan menjadi pereka fesyen.
Rupanya dia menjadi ibu yang menyara 7 anak bersendirian.
Saya bersimpati pada dia...Nasib orang tak serupa.
Ini yang sorang ni...Berubah sungguh.
Dia ni dulu dari keluarga yang amat susah.
Dia ni berkongsi segalanya dgn saya atas nama persahabatan.
Pernah tertangkap kerana mencuri di supermarkat kerana desakan hidup.
Ingat tak ayah siapa yang jamin awak balik?
Ingat tak bilik siapa yang awak tumpang semasa nak menduduki periksa LCE?
Bila awak gagal, semua kawan2 pulau awak.
Di bahu ini lah tangisan awak tumpah.
La ni dia tanya saya ..
"Do I know you?
I have to be careful u know since my hubby is a very important man.
Ramai yg ngaku kawan saya sebab nak ambik kesempatan, pinjam duit ke, nak projek ke..
I am all over the world and my time is limited.
Sorry k..Please identify yourself again."
Wahhh...!
Tak payah la..Saya terkedu terus.
Tau la awak tu dah jadi isteri org koperat.
Apa salahnya sambut saja salam saya ni dgn terima kasih.
Cukup lah ayat terima kasih saja...

Tuesday, April 20, 2010
Kerana pulut santan binasa..
kat sekolah lagi dah pasang niat, balik nanti nak masak 'Daging kerutup'
Singah di pasar beli daging, dan bahan bahan yang di perlukan.
Kat rumah santan masih ada yg didingin bekukan.
Sampai saja di rumah bergegas ke dapur.
Bukak freezer cari santan.
Aik?
Mana santan saya...?
+Bibik, mana santan yang dalam plastik biru tu bik?
-Ngak ada lagi ibuk.
+Awak buat apa dengan santan tu...semalam masih ada.
- Saya masak bubur kentan( pulut) dengan sagu.
+Sapa la nak makan bubur tgah hari ni bibik wei..
-Enak ibuk, cobain dulu..
+ Habis cmna saya nak masak 'kerutup daging' ni?
-Makan bubur pulut ngak perlu lauk daging, bisa gitu aje.
+Pandai la ko bibik...Dah, bukak pagar, ibu nak kuar beli santan.
(Eiiii, kecikkkk jer saya tengok bibik hari ni....Sabar, sabarrr! )

Sapa la saya (II)
Saya lah..
Saya.
Tidak ada yang menyerupai saya.
Dan saya juga tidak mau menjadi orang lain selain dari menjadi diri sendiri.
Tidak ada yang boleh mengubah saya kecuali Allah.
Saya juga tidak pernah terfikir untuk merubah orang lain.
Saya tahu kelmarin lah yang menjadikan 'saya' di hari ini.
Dan saya ini lah yang akan melakar corak untuk esuk bagi saya.
Orang lain tidak pernah menjadi duri di hati saya dan
Saya cuba untuk tidak menjadi duri di hati orang lain..
Maafkan kekurangan saya dan lupakan kekhilafan saya..
Saya juga telah memaafkan segalanya..
Terimalah saya seada nya.

Monday, April 19, 2010
Sapa lah saya...
Sunday, April 18, 2010
Ja, u can do it,InsyaAllah.
After 5 years of medical school.
Tommorow she is going to face her final exam.
She will be just fine, InsyaAllah.
She is always the strong one.
Although once in a while she nearly crumbled,
Nearly but never.
Never.
I know her well.
Her ohs! and ahs!
Her ups and down.
Always making me see myself in that young woman.
I am just like her..She is just like me.
After spending nine month in my womb,
No wonder she takes after me....
And tonite my dear daugther..
My prayers will be for you..
Please God take good care of my angel.
Make her wish come true.
Give her all the blessings..
Spare the frustrations..
Keep away the despair..
For Allah only You know how
to keep things going on the right track.
And making my daughter happy,
Is all that matters..
Please God, I believed,
She is in safe hands as long as she is near You.
Allah..AlHayyum AlQayyum.
Saturday, April 17, 2010
Her bufday today..
Friday, April 16, 2010
Kiri Kanan bimbit barang..
Saya ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh hari ni.
Niat hanya nak beli sehelai tudung hitam untuk di pakai ke sekolah.
Saya beli lauk pauk.
Saya beli sayur dan buah.
Saya beli kueh talam yang cantik dan sedap..berbagai warna.
Saya beli Ubi keladi yang dah siap direbus.
Saya beli laksam dan laksa.
Saya beli pisau sebab tertarik dengan harganya yang murah.
Saya beli baja pokok bunga.
Saya beli bekas minuman yang di import katanya.
Saya beli selipar untuk anak.
Saya beli bakul yg diperbuat dari tali plastik yang di anyam.
Aiyalaaa..Satu jer yang saya lupa beli.
Tudung hitam nak dipakai ke sekolah...
Thursday, April 15, 2010
Carilah ubat bukan penyebab...
Selepas balik dari perkhemahan hujung minggu baru2 ni, seorang murid darjah empat ni dah dua tiga kali macam di' rasuk' makluk halus.
Semalam dia bertukar watak menjadi seorang perempuan tua dengan suara yang terketar ketar, mencari anak yang hilang..
Pendapat saya??
Tak tau lah..
Mungkin pengaruh cerita cerita seram yang selalu di tonjolkan dalam media massa kot.
Mungkin juga dia memerlukan lebih perhatian atas sebab2 merasa diri tidak di hiraukan??
Atau mungkin masaalah rumahtangga keluarga nya yang menyebabkan anak ini memberontak?
Tidak di nafikan juga, kemungkinan rasukan makluk halus yang hanya mencari mangsa yg bertubuh lemah dan dia lah mangsa nya.
Entah...
Bagi saya, asal budak ini kembali ceria dan dapat menjalani hidup sebagai seorang kanak2 yang normal cukuplah..Kesian sungguh.
Kita yang dewasa ini cuba lah jadi dewasa.

Wednesday, April 14, 2010
Dr, saya nak ubat tido ..
Pagi ni macam biasa tersedar pukul 3 pagi.
Paksa diri untuk tidor kembali.
Pejam mata cuba untuk pancing lena.
Tak jadik jadik..Kepala mula berdenyut.
Tiap tiap pagi sakit kepala.
Malam tadi ke klinik.
Check BP okey saja..
Masih sihat..
Doktor bagi pain killer macam biasa.
Agaknya masaalah tidor saya yang naik ke kepala.
Putaran waktu tidor saya berubah.
Saya cepat mengantuk di awal malam.
Ngalahkan ayam masuk reban.
Jadi awal pagi saya dah puas tidor..
Pukul 2 pagi terkebil kebil tu kira dah jadi kebiasaan bagi saya.
Bila cuba tidor jugak, mulalah sakit berdenyut kepala.
Nak buat camna untuk ubah jadual tidor saya ni?
Tanya kekawan, ada yang cadangkan...
Pindah duk di Jepun.
Laaa...Tak kan sampai gitu sekali kau orang benci saya nih???

Tuesday, April 13, 2010
Thing that we choose to forget r the things that we remember most.
Semalam saya bermimpi.
Saya berada di lapangan terbang yang sibuk.
Kami sepatutnya ke satu destinasi yang jauh.
Bahagia sesarat beg2 yang saya galas.
Tiba tiba kami menukar destinasi.
Walau hati tidak setuju, saya turut juga beratur untuk ke pesawat lain.
Bila hampir tiba di pesawat, saya dapati hanya saya seorang di situ.
Mana dia yang bersama saya tadi?
Saya mencari cari..sehingga terlepas pesawat.
Rupanya dia di pesawat yang terdahulu.
Sengaja tidak mahu saya ada bersama dia di sana.
Sengaja memperbodohkan saya
Sengaja melukakan saya.
Saya menangis dan tersedar..
Tangisan membasahi bantal.
Baru saya ingat rupanya mimpi ini
bersamaan dengan tarikh yang melukakan.
Hari ini hari yang patut saya lupakan..
Rupanya didalam tidur ia menjadi mimpi.
Menakutkan.

Monday, April 12, 2010
Sunday, April 11, 2010
Tanda tanya...
Persoalan semalam banyak yang belum terjawap.
Hari ni bertubi tubi hinggap soalan baru dalam benak fikiran .
Walau pun jawapan masih belum dapat dicari tapi hidup diteruskan jugak.
Ada persoalan yang jawapan nya sudah terang dan nyata hanya kita yang tak nak terima.
Tak mahu mengiktirafkan jawapan kerana kita rasa bukan itu jawapan yang kita mau.
Kita cuba menipu diri sendiri kerana kita adalah orang yang pengecut untuk terima kenyataan.
Kita mencari alasan alasan lain untuk menyokong keputusan kita.
Kenapa macam tu? Kenapa bersusah payah menolak kenyataan?
Takut pada kekecewaan? Takut luka? Takut kekalahan berpihak kepada kita?
Mana tau kita yang kecewa ini akan menemui kebahagian yang berlipat ganda nanti..
Mana tau kita yang luka ini akan temui ubat yang mengubati segala nya..
Mana tau kita yang kalah ini sebenarnya adalah pemenangnya..
Kerana tak tau lah kita terus mencari jawapan....
Saturday, April 10, 2010
Nasib baik jadi orang.
Kadang kadang saya nak jadi kucing..nak saja saya cakar2 awak sebelum awak cakar hati saya..
Kadang kadang saya nak jadi ular sawa..nak saja saya belit awak sebelum awak putar belit kata kata awak tu..
Kadang kadang saya nak jadi kuman..nak saja saya meresap ke dalam diri awak dan memusnahkan awak secara diam diam.
Awak tu yang patut jadi nyamuk... Sembur saja asap beracun atau 'Pappp..!'
Mati di tapak tangan saya.
Ngeheheheheheeee....
Tapi dah ditakdirkan kita jadi manusia..Maka saya seharusnya menangani masaalah saya menggunakan akal bukan emosi..
Itu lah yang membezakan manusia dengan monyet.
Beza ke? Cuba tepuk tangan...Haah, sama laaaaa...

Friday, April 9, 2010
Buang yang keruh...Sabar k.
Tidak percaya boleh jadi macam tu.
Sapa pun pasti terkejut.
Semua orang yang berada di situ di waktu itu terkejut.
Pengajaran yang saya dapat ialah..
Sabar itu memang sesuatu yang senang cakap dari buat.
Kita pandai suruh orang bersabar tapi kita sendiri belum tentu dapat bersabar ke tahap tu.
Kita juga jangan cepat menuding jari kalau orang hilang sabar.
Kemungkinan kita pun lebih teruk dari dia..
Jadi, buat orang orang yang trlibat dalam adegan 'hilang sabar' marin tu..
Saya bersimpati dengan kamu semua.
Saya harap kamu semua tak apa apa..
Tuhan lindungi anda.
Thursday, April 8, 2010
Pantai juga lah yang setia menemani ku
Senja disini
Melepaskan sepi seluas lautan.
Duduk duduk menyapa bayu,
Suara ombak seakan turut mengerti
erti hati yang pecah.
Biarlah senja ini aku bersaorangan di sini.
Dimana pun aku tetap begini.
Sendiri.
Cuma di sini bila mata ku merah
dan tangisan tumpah..
Aku salahkan pasir
Aku salahkan masinnya laut
Aku salahkan setiap camar yang singgah.
Gelora sudah reda..
Aku bangun dan berpaling.
Selamat tinggal laut ku..
Esuk aku kesini lagi untuk menguburkan segala rindu.

Tuesday, April 6, 2010
Kasih Mak sedara...
Tersenyum sendiri tgok photo lama ni.
Masa ni CikNa berusia lebih kurang 6 tahun dan anak sedara baru dua tahun.
Kira 25 tahun dulu la ni..
Anak sedara dia yang pertama la ni.
Beza usia lima tahun cukup untuk menjadikan mereka teman sepermainan.
Sekarang mereka dah dewasa, dah berkerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing masing.
Tapi seperti kata perpatah Inggeris..'Blood is thicker than water'
Masa tu bab berebut mainan tu topik hangat tiap tiap hari .
Apa yang CikNa ada, anak sedara mesti nak rebut.
Apa yang anak sedara punya CikNa mesti cuba nak dapatkan juga.
Kadang kadand anak sedara meraung.
Kadang kadang mak sedara meraung.
Kemana saja mereka mesti berdua.
Faham jiwa gitu
Agak agak hari ni nak ke pakai topi keledar tu dan posing macam ni sekali lagi???

Semestinya Ombak Tidak Tahu
Saya nak teriak kuat kuat.
Nak berdiri depan laut luas.
Nak lontarkan suara pada gelora laut.
Saksikanlah duka saya ini wahai ombak.
Basah bayu pantai menyapa pipi.
Kolam rasa yang membanjiri mata
menumpulkan pandangan
Jangan lupakan saya wahai pasir pantai..
Kerana walau mustahil membilang butir mu
Saya tetap bertasbih di gigi air ini.
Mengharapkan ada yang sudi bertanya.
Masih belum rebahkah gagah saya itu.
Ataukah..
Sewaktu saya terpandang buih yang pecah,
Saya turut berderai ditelan laut duka
yang tidak berpenghujung.

Sunday, April 4, 2010
Saya dah balik ni...
Ok ok, Saya seronok.
Bercuti dengan famili
dan kawan2..
Jamu selera.
lupa dalam kamus
ada perkataan 'diet'.
Ukur luas Shopping Mall..
bukan sekali,
berkali kali..
Beli belah..
berbelanja.
Perlu ke benda2 yang di beli tu??
Entah...( Sepatutnya tanya diri sebelum beli)
Pusing pusing setiap ceruk.
Jauh berjalan bukan hanya luas pandangan,
tapi kaki turut menderita..
Sakit woi, melecet!
Saya pulangdengan kosong.
yes,poket la yang kosong.
Tapi pengalaman tu mahal tau.
Hari ningadap laptop
ingat nak cerita panjang lebar pasal percutian kali ni.
Tapi ubah fikiran sebab mata masih berat.
Maaf, kena qadha tidor dulu...
Sorryyyyyyyyyyyyy.

Subscribe to:
Posts (Atom)