Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 30, 2010

Saya hanya boleh tutup mulut tempayan.

Cakap la apa apa pun.
Ulas lah dalam bentuk bagaimana sekali pun saya tak kisah.
Mulut masing masing, Hati tak sama.
Minda juga berbeza.
Kalau awak rasa saya macam ni, betul lah tu.
Kalau awak rasa saya macam tu pun betul.
Dah tak kuasa dah saya nak betulkan setiap jalan cerita.
Sudah nya awak lebih suka dengar cerita sensasi
dari cerita yang betul dan benar.
Ada orang suka bertanya orang lain untuk mengesahkan cerita.
Tak mau tanya empunya diri tu kenapa?
Sengaja tak nak dengar yang sebetulnya la tuh.
Yang sahih tak ada umppp!!!
Tanya orang lain lagi best,
Ada penambahan perisa..
Tambah kicap, cuka...enak tambah selera.
Jangan risau saya tak marah pun
Kan saya dah kata mulut tempayan boleh la saya tutup.
Mulut awak, biarlah di hurung lalat pun, tak mau saya tolong tutupkan nya.
Lagi pun seronok juga tengok orang yang suka jaga tepi kain orang ni.
Kain sendiri compang camping, saja tak nak ngaku....
eiiii....tak malu!!!!

Tuesday, June 29, 2010

Ini kata hati saya, mungkin tak semua orang setuju, tapi saya yakin ini terbaik buat saya.

Selepas acap kali kalah dalam acara sebelumnya,
Pengalaman mengajar saya untuk tidak sertai apa apa pertandingan lagi.
Tak berbaloi.
Tidak suka terlibat dalam apa apa pertandingan.
Kalau dah rasa terpaksa bersaing, lebih rela tidak ambil bahagian
dalam pertandingan itu..
Tak sukakan kekalahan sebenarnya.
Takut pada kemungkinan ribut perasaan kalau kalah nanti.
Serik.
Lebih baik tumpu pada acara yang tidak ada peserta lain yang terlibat.
Menang tanpa bertanding gitu.
Selesa begitu.
Kadang tu kalau terpaksa bersaing jugak,
buat2 tak kisah sambil menunggu masa sesuai untuk menarik diri...
Mencari cari ruang untuk keluar secara terhormat,
atau keluar secara diam diam...asal dapat boloskan diri.
Tak suka dijadikan perbandingan.
Kalau pun bakal bergelar johan, tidak mau begitu.
Jadi, lebih baik jangan bertanding lagi.
Dalam kehidupan pun begitu juga..
Jika saya rasa saya terpaksa mengejar cinta,
Bertanding, bersaing...
Menjual harga diri hanya untuk di sayangi?
Tak payah laa...
Tak hingin saya.

Monday, June 28, 2010

Mana ada bumi tak ditimpa hujan? Sabar lah.

Dapat panggilan dari teman.
"Nie, I am so lonely.
Semua orang is too buzy for me.
Saya dah letih ngadap laptop.
Anak anak ada hal masing2.
Hubby asyik out station jer.
Sedara2 bukan boleh ngadu pun.
Sorry la always turn to you.
Nie, do you know how it is like to be neglected?
You mana tau Nie, you tu disayangi semua orang.
Bestnya kalau I ditempat you Nie.
Nie, you dah nak tido ke, I ni saja nak luah perasaan jer nih...."
Hmmmm...
Well Zie, I know how u must have felt last night.
Caya lah, saya memang tau...Memang amat tau perasaan itu.
I know
I know
I know.

Biarlah Rahsia...

Saya tak mahu berahsia rahsia lgi.
Rahsia yang saya simpan tidak berbaloi.
Tidah menggubati hati lagi..
Malah kadang kadang membuat saya rasa
lebih terhina begini.
Saya pernah tatang rahsia ini sebaik mungkin.
Mengharapkan yang mustahil.
Sudah sampai ketikanya saya kuburkan saja rahsia itu.
Kalau saya hebahkan nya tidak pula ia mnjadi rahsia.
Biarlah saya jadikan nya pusara yang tak perlu saya ziarahi.
Saya rasa keputusan saya ni adalah yang terbaik buat semua pihak
kecuali saya.........kerana bukan mudah untuk menyimpan rahsia,
begini lama dan terpaksa melupuskan nya begitu saja.

Sunday, June 27, 2010

Mok/nenek saya tak sihat..Saya teringatkan dia.

Kelmarin nenek dimasukkan ke hospital.
Nenek saya tidak dapat melihat atau mendengar.
Sakit tua dah lama.
Tapi dia tak pernah ada masaalah kesihatan yang lain.
Tiba2 saja dia batuk dan muntah darah.
Dia masih di bawah pengawasan doktor.
Ini lah pertama kali dia di tahan di wad.
Nenek jadi takut..memegang erat tangan saya dan merengek mahu pulang ke rumah saja.
Dia takut kami tinggalkan dia keseorangan di sana.
Dia merasa asing..Dia risau.
"Nie jangan balik, tunggu mok, jangan tinggal Mok sorang di sini.."
Hampir menitis air mata ku melihat dia begitu.
40 tahun dulu sewaktu arwah ayah saya ke Mekah,
Saya ditinggalkan bersama Nenek.
Itu lah yang saya katakan pada nenek.
"Mok jangan balik, tunggu Nie, jgn tinggalkan Nie sini sorang"
Nenek akur, tak pernah tinggalkan saya..Saya tahu itu.
Terima kasih nenek
Tapi hari ni saya melepaskan genggaman nenek,
menarik tangan saya perlahan lahan..
"Mok, Nie nak balik dulu, esuk Nie kerja,dah seminggu cuti.."
Tak apa, anak cucu nenek saya ramai..
Boleh bergilir gilir..
Itu kata minda saya.
Hati saya rasa amat bersalah...
Mok, dimana pun saya berada, saya doakan mok cepat sembuh.
Hari ni hati saya berada dengan nenek dan minda saya duk ulangtayang segala kenangan bersama dia
Maafkan saya mok.

Friday, June 25, 2010

Orang pun boleh dikitar semula...

Tau sampah recycled tak?
Kertas yg pernah digunakan tapi tak nak di gunakan lagi tu..
Dah beli kertas baru kot.
Gumpal dan campak dalam bakul sampah.
Tapi tak masuk bakul pun, jatuh kat tepi saja.
Diam la di situ, beku dan kaku.
Terpinggir... dah nama pun sampah.
Bezanya dengan sampah yang kat dalam bakul hanya satu.
Sampah ini akan terus berada di pinggir.
Tidak dibuang.
Dibiarkan saja, mana tau satu hari mungkin berguna.
Bila tidak ada kertas lain nak catat no talipon, ambil balik kertas tu.
Recycled.
lepas tu campak balik...
Tak per,
Bila bila pun boleh campak kedalam bakul sampah.
Tunggu masa di buang saja.
Tak berguna.
Nama pun sampah.
Mana ada nilai..Tak perlu penghargaan.
Eh, Saya pun senasib dengan sampah ke?
Yer kot.......

Thursday, June 24, 2010

Walau pulang dengan poket kosong, pengalaman bertimbun..






Harga tiket ku tak semahal pengalaman.

Semenjak balik dari luar negeri ni otak saya jadi tak betul ke hapa..??
Sepatutnya dah pergi bercuti tu, fikiran bertambah tenang..
Entah kenapa, setelah lebih luas pandangan dan lebih jauh berjalan,naik bus, train,cab, flight, ferry dan mcm2 jenis kenderaan lagi, makin banyak pertanyaan yang menerjah fikiran.
Bertuahnya saya dilahirkan sebagai seorang muslim.
Bertuahnya saya dilahirkan di Malaysia.
Syukur Alhamdullilah...Bagaimana dengan yang tak bertuah?
Kenapa jadi tak bertuah?
Silap siapa?
Saya tengok seorang muslim (Sah dan berbukti muslim) menghidangkan wine secara terbuka.Mungkin di negara orang, tak siapa kisah...Tuhan?
Walau tidak didedahkan, isu perkauman amat ketara.
Kemiskinan tetap ada..Pengemis dimana2...Dalam TV tak ada pulak mcm tu.
Tapi hati saya tersentuh juga....
Saya perhatikan seorang anak membawa bapanya naik ke Eiffel Tower. Bapanya berkerusi roda..Kagum? Bertuahlah bapa itu...
Saya dihadiahkan bantuan ikhlas dari seorang yang membantu saya beratur di barisan yang sepatutnya sewaktu membuat bayaran di kaunter..Bahasa saya dan dia tidak sama tapi dia tak putus2 bercakap, menerangkan apa perlu saya buat..Saya memahami keiklasan dia menolong pelancong asing seperti saya.Dia hanya meninggalkan saya setelah saya selesai membuat bayaran..dengan senyuman saya ucapkan 'terima kasih' dan saya pasti dia faham bahasa hati saya.
Dimana saja ada pelbagai golongan manusia..Kalau yang bersifat negatif tu, dimana juga boleh bersifat demikian.., bukan kerana bangsa atau keturunan...begitu juga sebaliknya.
Wallahualam.

Wednesday, June 23, 2010

The fantasy world of disneyland and I.

There is always a little girl inside of me and yesterday at the'Euro Disneyland World of Fantasy', that little girl came out of me...

Rehat minda, rawat hati.

Nama pun melukut...
Kehadiran yang tidak di nanti nantikan,
Ketiadaan yang tidak ditangisi..
Namun walau hanya debu yang memahami,
Tetap bersyukur kerana masih ada ruang untuk melepas lelah di sini.
Apa khabar yang di tinggalkan?
Walau tidak ada rindu untuk saya,
Saya tetap terkenangkan semua yg sering menyapa saya disini.
Maaflah kerana datang dan pergi sesuka hati..
Setelah dua minggu menghilang,
Hari ini saya kembali.
Selamat bertemu kembali...

Sunday, June 13, 2010

Zie dan saya.

30 tahun dulu.
Zie pengantin yang di rai,cantik berseri.
Saya turut berada di samping Zie, meraikan mempelai.
Itu lah kali terakhir kami bertemu.
Dan petang tadi,
Kami berpelukan dan sebak.
Tuhan pertemukan kami.
Alhamdullilah.
Kami tak cukup mulut untuk bercerita.
Ketawa sampai keluar air mata..
Imbau kenangan dulu dan kongsi cerita baru.
Dulu kalau bertemu, cerita pasal pahit manis dunia remaja
Hari ni kami cerita pasal pahit manis berumah tangga.
Dulu kami bincang pasal ubat jerawat.
hari ni kami kongsi petua mengurangkan sakit2 urat.
Dulu kami dara manis yang pandai bermain mata.
tadi kami membilang kedut usia dan bercermin mata.
Zie, Bagaimana kamu hari ni..Bahagia tak?
Zie tersenyum sambil memulangkan soalan itu kepada saya.
Saya bahagia seadanya kata Zie.
Saya pun bahagia seadanya...kata saya.
Zie dan saya ketawa dan membiarkan duka mengalir tumpah.
Zie dan saya sama sama tau
Mimpi Sang Puteri tiada lagi
Zie seperti juga saya,
Memahami payah nya merealisasikan mimpi.

Saturday, June 12, 2010

Buzy hari ni..

Hari ni nak buat apa....
Nak jumpa kawan lama di jusco WangsaMaju,
Nak ajak AyhJi kuar makan makan.
Nak call Wong Hing seperti yang dah dijanjikn
Nak swimming.Nak jahit baju jugak.
Nak tgok citer 'My name is Khan' sekali lagi.
Tapi nampak gaya kena KIV lah apa yang hati nak buat.
Ada hal yang perlu saya buat ni..mesti buat.
Agak buzy jugak ni..

Hmm..Tak per lah, mengalah pada kewajipan.
InsyaAllah Tuhan bagi saya masa luang di hari lain nya.

Friday, June 11, 2010

Bbik ku mabuk semabuk mabuk nya

Ni yang buat saya malas nak ajak dia kemana mana.
Dia jugak siang2 tak nak pergi pun.
Kalau sebut saja nak ke Cameron Highland,
Bibik saya macam mau sembah saya, mintak dikecualikan dari kesana.
Saya pun tau dan memang sah tak bawak dia kesana lagi.
Bibik saya ni mabuk 'travel/motion sickness'.
Bukan setakat pening lalat..
Maunya seharian muntah2 dan jelepek cam kain buruk.
Segala jenis ubat mabuk dah saya berikan.
Segala mak nenek petua dah saya suruh dia amalkan.
Tak menjadi pun-mabuk jugak.
Hari tu masa dia nak balik bercuti ke Indon saya bekalkan sepapan ubat mabuk.
Habis di telan nyer..Nasib baik tak padam terus!
Hari ni kerana tak dapat dielakkan.
Saya terpaksa juga bawa dia ke Ampang.
Pagi tadi sewaktu saya umumkan begitu, dia kelihatan tak gembira.
Dia tidak ada pilihan,tak suka pun kena juga.
Saya pun tak de pilihan, dah terpaksa.
Semasa isi beg dalam bonet kereta tadi dia dah muntah..
Masa bukak pagar tu dia muntah lagi..
Tu belum masuk dalam kereta lagi tu, baru intro..
Sepanjang perjalanan tu tak perlu saya ceritalah.
Mabuk peringkat 'hard core'
Hmmm...Ada jugak orang boleh mabuk sampai gitu sekali yer.

Thursday, June 10, 2010

Kereta ku mood tak baik ..


Masuk kereta, start enjin...Diam, senyap.
Cuba start lagi...Tak mau hidup gak enjin tu.
Adoi mak, nak buat cam na ni...?
Nak turun bukak tengok enjin,
Tengok apa? Bukan reti pun.
Tikus tengok besi pun tak sejahil ni.
Duk dalam kereta panas giler nih..
Nak mintak tolong orang lalu lalang segan lak.
Takut pun ada, mana tau orang baik ke jahat.
Nak call foreman, tak de nombor.
Workshop pun tak de berdekatan ni.
Naper la rosak enjin.
kalau bocor tayar boleh gak start enjin dan pasang air con,tak la panas.
tapi kalau bocor tayar tak reti gak nak tukar.
Saya ni tau bawak kereta saja.
Isi minyak pun malas.
Bila nak guna kereta tu saya tengok dulu kereta mana yg tank 'full'
Ni pun, the only thing yang saya tau buat ialah..
Dail hubby..Dan buat muka bodo.
Problem solved'
Nasib la sapa kawin dengan saya..

Wednesday, June 9, 2010

Think positive

1. Nak kuruskan badan tak berjaya.
Tak per, gemuk pun tak per..Tua tua ni kalau kurus nanti berkedut kedut kulit saya ni. Mungkin juga kalau tiba2 kurus orang andaikan saya ada masaalah besar.Lagi pun gemuk camni ada gaya 'Mak Datin' laaa...
2.Nak kurangkan makan satu masaalah.
Tak per...Kira rahmat la ni. Bersyukur ada selera yang baik. Makanan pun tak membazir. Nanti kalau dah sakit, itu lak boleh makan ,ini tak boleh makan. Jadi makan lah sementara boleh ni.
3. Nak lebihkan senaman tapi malas.
Tak per..Sambil buat keje rumah tu kira senaman lah. Gerak jari kat keyboard, senaman jari.Gerak kaki melangkah ke peti ais kira senaman kaki..Makan senaman mulut..ok apa?
4. Nak pakai baju2 lama tapi tak muat dah..
Tak per...Ini lah time nak menderma..Buat kebajikan. Baju lama disedekahkan saja dan dapat pakai baju baru pulak, saiz pun baru...
5.Nak tangkap gambar pun susah, kena sorok lemak berlebihan.
Tak per..Teknologi boleh atasi tu semua...Crop aje mana yg tak patut.
6 Nak test market pun mustahil dah..
Haah ? Test market? Oit, silap tajuk nih.
Think positive lah wahai diri ku yang keluh kesah..
Terima lah saya seadanya wahai diri yg lain nya..
( Photo saya yang terkini, tergemuk setakat ini......Heheheeeee...Tak per, Tak perrr)

Monday, June 7, 2010

Anak saya.

"Mummy saya tu".
Itu kata Anis kepada kawan2 dia sewaktu nama saya di panggil kedepan untuk menerima hadiah tempat pertama pertandingan' Lukisan Batik'.
Bukan kawan2 dia tak tau yang saya ni mak si Anis, satu sekolah dah tau..Anis pun tau yang semua orang dah tau dia anak saya.
Tapi kata2 tu spontan keluar dari mulut dia bila dengar nama saya di umumkan.
Spontan tanpa berlapik dari hati seorang anak.
Tak payah berbunga bunga bahasa, tak payah berpantun seloka..
'Mummy saya'
Bahasa cinta yang paling ikhlas yang pernah saya dengar.

Sunday, June 6, 2010

Banyaknya kekurangan saya..

10 sifat saya yang paling saya benci
1. Mudah termakan pujukan orang
2. Tak tetap hati, mudah di manipulasi
3. Cepat risau
4. Buzybody
5. Kuat makan.
6. Penakut
7. Suka buat andaian
8. Pendendam
9. Degil
10.Boros.

10 sifat orang lain yang paling saya benci
1. Berpura pura
2. Berpura pura
3. Berpura pura
4. Berpura pura
5. Berpura pura
6. Berpura pura
7. Berpura pura
8. Berpura pura
9. Berpura pura
10. Berpura pura.

Cuti Sekolah itu maksudnya kenduri.

Hari ni cuti.
Cuti pertengahan tahun bagi sekolah2 di Malaysia
Hari ni saya nak pergi tempat kenduri.
Banyak sungguh kenduri.
Kesian perut saya terpaksa kerja lebih.
Tak boleh ke tukar menu sikit..
hidang la makanan yang tidak nyusahkan perut
Hidang biskut ping pong ke, kerepek ubi ke..
Hidang salad buah dan kueh mueh pun tak pe.
Boring tul lah asyik nasi dan lauk yg itu itu jugak.

Saturday, June 5, 2010

Jatuh yang mengajarku untuk bangun.

Hari sudah senja.
Malam merangkak tiba.
Alhamdullilah
Saya bahagia hari ni.
Saya berfikiran positif dan tidak lagi membilang luka.
Musim luka biarlah berlalu..Sejarah.
Saya membilang nikmat kurnian Tuhan yang banyak.
Dugaan yang sedikit itu seharusnya saya redha saja.
Biarlah orang lain mungkin lebih bahagia dari saya.
Saya tak dengki dengan kelebihan mereka.
Tapi saya tahu ramai lagi yg lebih derita.
yang nasib nya jauh lebih teruk dari saya.
Syukur saya ditahap ini.
Malam ini, jam ini, di sini..
Saya tekad tidak mau lagi menangis.
Dan cuba untuk lebih bahagia.

Tidak membiarkan saya sepi lagi.....

Bangun pagi tengok Hset ada sms.
"Selamat Pagi, semoga ceria hari ni".
Jam sepuluh pagi ada kiriman kuih kegemaran.
Rupanya ada orang tidak pernah lupa apa yang saya suka.
Sewaktu online ada pula yang rajin menyapa, sembang kosong.
Memecahkan sunyi di hati.
Jenaka yang menghiburkan.
Hset berbunyi lagi..
Ada yang menanti di hujung talian.
Tut tut..MMS bergema.
Tersenyum walau dimana pun dia berada.
Bila tau saya kurang sihat,
Rajin bertanya khabar,
Mengingatkan saya supaya rajin makan ubat.
Ada risau di hati dia buat saya.
Doorbell berbunyi dan seorang teman berada di situ.
Katanya saja singgah kalau2 saya sudi keluar.
Kalau2 saya kesepian dan perlukan kawan
Sudi..lebih dari sudi.
Nak kemana? ke bulan, ke bintang?
Oh, ke warung yang saya cerita tu.(Ingat awak dah lupa).
Suka nya saya bila ada yang ingatkan saya..
Syukur...
Kehadiran saya di ambil peduli..
Bukan payah mana untuk buat saya rasa dihargai.
Bukan susah mana pun....

Friday, June 4, 2010

Hari ni cikgu jadi kanak2 kembali...

Kami nak hiburkan mereka ni.
Kerana 'guru' sering di labelkan manusia serba boleh maka kami mesti boleh.
Harus boleh buat apa saja demi mereka.
Paling senang untuk menghiburkan mereka ialah menjadi sebahagian dari mereka.
Hari ni kami jadi kanak2 kembali..
Kami nak hiburkan anak2 murid yang memenuhi dewan.
Persembahan yang tak sehebat konsert di Stadium Bukit Jalil pun.
Tapi kami seronok dan bangga kami boleh buat jugak.
Puas bila dengar sorakan dan tepukan gemuruh dari murid2.
Cukuplah mereka jadi peminat setia.
Ini barisan kawan2 guru yang tukar profesyen buat sementara.
Riuh murid2 gelak tengok guru disiplin yang garang dan tegas menjadi nelayan.
Penolong kanan jadi Tok Bomoh Siam..
Uztazah jadi petani,
Dan cikgu yang diminati jadi tukang sapu..
Hari ni demi anak2 ini kita jadi apa saja asal mereka gembira.

Matahari turut tersenyum bila hati berbunga..

Pagi ni mood saya sedikit 'malas'
Hari pertama cuti..
Rasa nak terus bergolek golek di katil lagi.
Sambil tunggu azan subuh ni.
Saya tengok hset..
Ada sms buat saya.
Tersenyum sendiri..
Ada miss call lagi..
Nombor ini walau baru tapi saya cukup kenali.
Terima kasih kerana rajin singgah menemani
Rajin singgah di hati.
Rajin buat saya rasa dihargai.
Selamat pagi..
Seawal subuh saya hulurkan ucapan ini
Khas buat yang ada di sini diwaktu ini.
Orang berbudi kita berbahasa..
Orang sudi memberi
Kita sudi menerima.
Ops!! Dah subuh..
Bye.....

Thursday, June 3, 2010

Dia menoleh kearah saya dan merubah segalanya..

Saya pernah rasa saya ni macam ombak.
Kelmarin pun masih rasa begitu.
Malah saya memang suka jadi begitu.
Suka pada kebodohan ombak yang tak jemu menghempas pantai.
Selalu bandingkan diri saya dengan ombak.
Sama bodoh macam ombak.
Membiarkan di jadikan bodoh.
Tadi dia mengajar saya untuk menjadi diri saya sendiri.
Bukan ombak.
Bukan bodoh.
Dia mengajar saya untuk menerima diri sendiri seadanya.
Melihat secara positif apa yang saya ada
dan tidak kesal atas apa yang tidak kepunyaan saya.
Hati lebih tenang begini.
Jiwa tidak menderita.
Saya yakin dengan aura positif yang ada pada dia,
saya akan lebih bahagia.
Terima kasih kerana hadir di waktu saya anggap saya sudah menjadi ombak.
Rupanya saya tidak akan pernah menjadi ombak.
Saya adalah saya.

( Kehadiran dia dalam hidup saya amat saya hargai..Terima kasih Tuhan...)

Banyak tul Hadiah hari ni...TQ

Hari ni sambutan hari guru peringkat sekolah.Orang lain dah lama sambut, sekolah saya ketinggalan. Sebenarnya kami nak tunggu hari akhir penggal persekolahan. Lagi meriah sebab bersempena sambut kedatangan cuti pertengahan tahun.
Banyak juga saya dapat cenderahati dari anak murid. Terharu jugak la, kita hari hari duk marah marah dia orang, duk pot pet pot pet macam mak nenek..kadang kadang ringan tangan nak cubit jugak kalau melampau tu...Tapi anak anak ini 'innocent'. Dengan tulus, mereka hulurkan hadiah dengan ucapan sekali. Saya cuma berharap mereka faham yang setiap cikgu tidak ada lain dalam hati kecuali hendak memberi bimbingan..Hendak mengubah mereka dari tak tau kepada tau, dari kertas kosong pada kertas bercorak.
Kami hanyalah membantu sedaya kami, yang menentukan masa depan mereka adalah hak Allah di samping usaha dan keberkatan masing masing.
Hari ini selain dari mendapat ribuan ucapan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima kasih cikgu', saya juga ingin ucapkan 'Terima kasih anak murid ku' dan semoga ilmu yang diberi dapat di manafaatkan nanti..Salam penuh ikhlas dari Cikgu Hani.

Wednesday, June 2, 2010

Clarinese, vicks, ubat batuk cap kelapa laut?


Adakah anda batuk selsema?
Batuk dan batuk lagi...
Hidung tersumbat dan muka rasa panas.
Kepala pusing.
Badan rasa lemah.
Sakit urat sendi.
Lemah, rasa nak tido
Suhu badan naik.
Demam la tu..
Dah.
Gi main jauh jauh..
Berjangkit!


Ok Ok, tau awak tak sihat..Saja jer nak put a smile on that sulking face. Cian tengok awak tu,suara pun dah ngalahkan kodok..Jangan lupa makan ubat dan rehat sepenuhnya. Senyum la sikitttt.............

Tuesday, June 1, 2010

Satu malam Si Yap tak leh tido...

Saya terima SMS dari seorang kawan.
"Kak Nie, doakan saya tidak mati"

Selepas satu jam...Ini yang saya terima
" Tak mati...fuhh lega!"

Saya ingatkan saya saja yang takut dengan dentist.
Rupanya kawan saya ni laaaaagi takut.

Ni E3 untuk saya

Saya tak apa apa.
Saya bukan tak biasa hadapi situasi begini.
Saya harus sabar..Sepatutnyalah.
Tapi saya ni tidak begitu
Namun dalam hati saya tetap berdoa,
Tuhan, selamatkanlah saya dari bencana hati
Mungkin saya terlalu takut pada kemungkinan,
maka saya cepat membuat andaian.
Mungkin saya salah,
dan sememangnya saya berdoa agar andaian saya salah.
Tapi bagaimana kalau saya betul?
Runtuhlah langit menimpa kepala.
Takut nya saya..bimbangnya saya..

Ini lah saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...