Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 29, 2010

Senamrobik hapa camni?


Nak kata bersenam nampak macam menari.
Nak kata menari, pakai baju sukan.
ApaApa aje lah.
Senamrobik sebenarnya ni
Tapi kami species yang giat ternak lemak.
Sayang jugak kalau senang2 di biarkan cair lemak tu.
Bukan sehari dua menternak lemak ni.
Paling paling setahun dua kalau pun tidak bertahun tahun.
Jadi untuk menyelamatkan anak2 lemak yang kami ternak tu.
Kami buat la ala kadar aje senamrobik tu..
Gerak jari tangan sikit, jari kaki sikit...
Awassss...Cair lemak tu nanti!
Aw! tak relaaaaaaaa u.

Nak sambung tajuk kawan saya tu..

'Relevan Sokmo' telah senaraikan soalan soalan yang patut diberi jawapan 'penampar'.
Tergelak sorang sorang saya bila baca article tu.
Petang semalam ada seorang teman yang 'prihatin' tu call.
Saya sedang tidor dibangunkan dengan suara hset yg bergema.
Bukan sekali, banyak kali.
Kita ingatkan mungkin benda penting maka di gagahi mata yg masih tak rela untuk bukak ni menilik screen hset.
Tekan receive call.
"Salam, Tidor ke...?"
Laaa...Kalau tidor mana boleh jawap talipon..Dah bangun la ni.
"Sory, ganggu ke..? Saja nak tanya, nampak ngantuk semacam kat sekolah tadi, tak tido ke?"
Adussssssss.
PHANGGGGGGGGG!!! bagi sebijik kat dahi tu baru tau!

Tuesday, September 28, 2010

Menternak body lagi...

Semalam Jamuan Hari Raya kat sekolah.
Saya yang tak dapat dipisahkan dari makanan ni maaaakan aje kerja nya.
Lepas satu, satu masakan yang saya cuba.
Ini sikit, itu sikit...Lama2 penuh tangki.
Ingat cerita monyet dgn kancil tu?
"Jangan monyetttt....."
"Aku nak jugak, aku nak jugakkk!"
Tau apa jadi?
Perut saya memberontak.
Ngilu dan memulas mulas.
Saya ni memang la perut yang cepat kalah,
tapi mata dan hati tergoda.
Perut jadi mangsa lagi hari ni,
Cian perut saya.

Monday, September 27, 2010

Boleh tolong saya tak?

Saya pening dah memikirkan apa perlu saya lakukan untuk keluar dari komplikasi yang saya hadapi ini.Ini masaalah yang saya cipta. Padan muka saya lah. Memang tak ada jalan penyelesaian.
Kalau saya beritau kawan2 mesti kawan2 akan mengatakan saya ni bodoh,Kalau beritau keluarga,anak atau suami sekali pun, mesti dia orang anggap saya tak pasal2 cari penyakit..Memang sah tak kan dapat sokongan dari sesiapa pun.Kalau saya jumpa kaunselor pun bukan boleh selesai jugak, buat buang duit jer.
Saya pun dah tak tau kenapa saya teruskan sedangkan saya sendiri dah tak suka.
Tak ada apa yg saya dapat kecuali lebih byk masaalah.
Dah berapa kali cuba tutup buku, tapi tak berjaya.
Saya terlalu memikirkan hati orang lain.
Takut ada yang terhiris,terluka.
Takut ada yang tak puas hati,marah dan membenci saya.
Tapi hati saya macam mana?
Saya tidak kuat..selalu mengalah pada keadaan.
Kali ni saya kalah pun tak apa asal saya boleh keluar dari kekusutan ini.
Boleh tolong saya tak?

Sunday, September 26, 2010

Atas niat apa sebenarnya awak hulurkan salam kenal tu..

Kalau orang berbuat baik kepada saya, saya tak pernah fikir lain. Bagi saya bila saya berbuat baik tak lain hanya kerana saya suka kepada dia, nak berkawan dan nak mengenali dia lebih dekat.
Tapi tu saya.
Rupanya ada orang yang berbuat baik pada saya hanya untuk mengetahui kekurangan saya, kelemahan saya dan cuba untuk manipulate segala cerita mengenai keluarga saya.
Tak baik la macam tu. Saya anggap awak ikhlas berkawan.Saya pun ikhlas.
Tapi kalau benar awak hanya nak jadi 'spy' tak payah la kita berkawan yer.
Lagi pun tak ada apa benda yg nak awak 'spy' kan....
Buang masa awak aje.
berkawan biar seribu, bermusuh jgn sekali kali.
Maafkan saya...

Friday, September 24, 2010

Gunalah kewarasan fikiran sikit kalau nak kenakan saya punnn.

Saya?
Kenapa nama saya yang dicalonkan?
Siapa yang pandai2 calonkan nama saya?
Dan sapa yang jadi tukang sokong?
Tak patut, tak patut........
Kalau 20 tahun dulu saya tak membantah.
Malah rasa teruja lagi.
Tapi saya berfikiran positif.
Mula tu memang lah hot terbakar.
Tapi bila difikirkan masak2 saya nak tergelak.
Orang nak kenakan saya saja..Ok, saya terkena.
Puas hati awak?
Sekarang saya nak cakap sikit..tarik nafas sebelum baca.
Awak,
Ada ke patut awak lantik saya jadi Aerobic instructor.
Naik pentas, tergedik2 di depan semua.
Semua orang tau saya ni jenis tak suka bab naik pentas ni,
Heroin belakang tabir saja..
Saya kan dah tua...urat saraf saya dah nak expired.
Saya pulak gemuk la ni..kesian la lemak2 saya yang bergantungan tu.
Lagipun saya ni hodoh, pemandangan tak cantik nanti.
Saya rasa rasa masih waras dan nak juga menghormati tittle 'Hjh' saya tu.
Berkelakuan biar mengikut batasan..
Tak nak la org kata kita ni kubur dah kata "Mariiiiiiiiiiiiii" pun tak insaf2 lagi.
Malu pada diri sendiri.
Lu pikir lah sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Thursday, September 23, 2010

Sabun masuk mata.

Saya taip dan saya delete.
Taip lagi, delete lagi...
Taip dua baris, delete sebaris.
Taip dan baca ulang2 tapi bukan ini yang saya nak luahkan.
Ada yang bermain dalam kepala.
Tapi tak tau nak mula dari mana.
Taip lagi , delete lagi..
Dah lah, hari ni bukan hari saya berblog agaknya.
Buntu.
Tak tahu.
Keliru.
Maaflah wahai blog,
Saya rasa lebih baik saya pergi mandi.
Buka paip /shower dan menangis sepuas hati.
Kalau tak ke blog, di situ lah saya berbahasa.
Meraung pun hanya gayong dan baldi jadi saksi.
Bila mata merah selepas mandi,
Biasalah,
"Sabun masuk mata"

Wednesday, September 22, 2010

Saya masih bayi di usia 14 tahun..Sungguh!

Umur 14 tahun dah lari ikut boyfriend?
Dah pandai sewa hotel ?
Wow!
Saya umur 14 tahun di tahun 1974.
Masih bayi.
Segala keputusan di tangan makbapak.
Baju apa nak pakai, aktiviti apa, belajar apa..
Silap bahsa yg di guna pun dah kena sound kat Mak.
Pagi pagi nak gi sekolah, masih di kejutkan oleh mak.
Mandi bersuruh..berus gigi bersuruh.
Pergi sekolah ayah hantar.
Kalau mood tak eluk, nangis tak nak turun dari kereta.
Mujur ayah sabar memahami kerenah anak nya.
Kawan kawan kebanyakan perempuan sbb sekolah tak campur.
kawan mengaji saja kalau yg laki laki pun.
Itu pun hari hari gaduh kes sorok selipar.
Kalau ada budak laki yang nakal lebih tu,
alamat saya kejar dan ketuk kepala dia lah.
Kalau keluar rumah, hanya dengan mak bapak,
kadang kadang dengan kakak2.
Pun hanya untuk beli keperluan.
tak kenal gathering2 ni,
tak reti party2 ni...
Birthday party tau lah..bawa hadiah dan nyanyi,
potong kek dan tepat jam, ayah tunggu untuk bawa balik.
Agaknya kalau zaman saya tu saya buat macam budak zaman sekarang ni..
Tak lah saya dapat berblog hari nih.
Mak bapak saya dah cincang saya dahhhh....

Tuesday, September 21, 2010

Sedar diri.

Di dalam diari lama ada sekeping kertas yang dah kuning di makan usia.
Saya simpan kertas itu kerana ada sebuah coretan yg saya tulis sewaktu pulang dari upacara pengkebumian. Semalam saya baca. Semalam saya menangis. Tak sangka, tulisan sendiri boleh mengguriskan hati.


Di pusara gemulah ni

Kedegilan memaksa ku
untuk tidak menangis.
Ku lepaskan kau ke dunia baru mu
dengan penuh redha.
Aku berdiri memerhati,
lahad yang baru digali mula di timbusi
Dendam aku pun
mula berkubur di hati.
Hari ini ayah,
Masihkan aku tidak kau perlukan?
Sedangkan di alam baru mu
hanya doa dan sedekah dari ku
yang menghubungkan kembali
ikatan yang pernah
kau putuskan.
Selamat jalan ayah,
Dipusara mu ku pulangkan selautan sepi
hadiah dari mu untuk ku
tiga puluh lapan tahun yang lalu.
Terima lah dia kembali.
Sesungguhnya duka lara ini,
Sudah cukup lama
ku tanggung sendiri.

Rupanya saya ini sentiasa menumpang di hati orang..

Monday, September 20, 2010

Ku galas sendiri.

Lepas satu, satu masaalah yang hadir dalam hidup ini.
Dugaan Tuhan sentiasa jatuh di ribaan saya.
Memang lah semua orang ada masaalah tapi saya rasa masaalah saya jauh lebih byk dan lebih berat dari orang lain.
Orang lain pun mungkin berfikiran begitu.
Semua merasakan masaalah mereka lah yang paling berat.
Redha aje lahh..Senang cakap dari buat!
Saya buntu bila tidak ada jalan keluar dari masaalah ini.
Kalau boleh selesaikan tu tak lah di istilahkan sebagai 'masaalah' pulak.
Kenapa saya?
Selalu saya?
Acap kali Saya?
Saya jeles gak tengok orang lain yang tak de masaalah besar bukit.
Masaalah sikit2 tu small matter, tak kisah..
Mereka happy manjang..'Happy Sokmo' kata suku sakat saya.
Saya ni dah la serba kekurangan, masaalah bertimpa timpa pulak.
Bukan tak bersyukur, jangan kata macam tu.
Syukur tu tetap bersyukur, cuma saya manusia biasa ni tak lepas dari
rasa keluh kesah, rasa terkilan, rasa tertekan...
Saya kan tak sempurna.
Alangkan bertuahnya orang yang ada masaalah dan ada tempat nak di adukan masaalah tu..
Bukan semestinya boleh menyelesaikan masaalah..Sekadar boleh tumpang mengadu.
Tapi saya hanya ada saya.
Dan blog saya.

Sunday, September 19, 2010

Seperti biasa dah...

Kalau orang lain masih beraya, saya tidak lagi.
Rumah sudah kembali lenggang.
Yang pulang beraya dah kembali ke perantauan.
Bunga segar di meja dah layu dan di buang.
Kerusi meja seperti orang bisu diam membatu.
Pinggan mangkuk dah di lap dan masuk almari dah..
Peti Ais tak menanggung beban isi kandungan lagi.
Mesin basuh dah tak keje lebih masa.
Rutin harian balik ke sedia kala.
Pekik jerit,gelak tawa anak2 dan sedara2 bila berkumpul masih segar di telinga.
Saya gantung dulu sijil sah' membebel' sbb tak ada pendengar dah.
Saya kembali sepi dan tak suka begini.

Saturday, September 18, 2010

Hang kebun dan ice cream.

Semangat nak bersihkan halaman dan berkebun tu berkobar kobar.
Masuk uniform kerja pagi pagi lagi.
Marilah bibik kita pakat kerjakan pokok2 yang dah tumbuh diluar kawalan ni.
Cantas itu, tebas ini.
Penat jugak Bibik kan?
Matahari pula terik pagi ni.
Baru kul 10, pagi lagi laa







Anis turun buat inspection.
Di tangan dia ada ice cream.
Mummy nak?
Sah la nak.
Orang tengah dahaga,
Dia hulur ais krim.





Bak sikit.
Ambikkan mummy yang lain lah.
Ok. take five.

Saya rehat kejap Bik.
Kamu sudahkan dulu mana yang patut.
Nanti ibu sambung.
Bibik nak ais krim tak?
Bibik ngeleng.
Siap kerja baru makan.
Itu polisi bibik.
Bukan polisi saya.









Sedap jugak ais krim ni.
Kita makannnnn dulu!

Friday, September 17, 2010

Ini Paman Budi


Paman Budi datang mesin rumput.
Pangkas pokok dan sapu laman.
Cuci kolam dan bersihkan longkang.
Kadang kadang paman budi bersiul siul.
Peluh dan mentari tidak dihiraukan.
Selagi belum siap, Paman tidak berhenti.
Anis duduk di pondok berdekatan.
Sekejap main air, terpancut kena paman Budi.
Anis cabut rumput di tengah panas,
Paman bising suruh Anis duk diam2 di bawah pondok.
Mengekori Paman Budi ke depan ke belakang.
Anis soal Paman Budi macam macam.
Paman Budi kadang tersenyum kadang buat derk saja.
Anis dah lah ganggu tu..
Tapi Paman budi tak kisah.
Agaknya bila bersama Anis,
bayang wajah anak nya yang di tinggalkan bermain di matanya.
Sebaya Anis katanya tapi bertubuh kurus..
Saya tengok dia buatkan Anis gelang dari daun kelapa.
Anis tertawa..Paman Budi mengesat mata.

Hari bahagia buat saya

Happy sungguh hari ni.
Lauk masih penuh freezer, tak yah ke pasar.
Semua masih tidor...bebas guna laptop tanpa berebut.
Ada kenduri...Tak payah masak.
Terima kasih Tuhan....
Tak payah jadi jutawan,
Macam ni pun saya dah rasa bahagia.

Awakkkk...kan dah lama saya cakap,awak tak nak dgr.

Kawan saya ngadu, katanya..
Betul ke dia masih disygi..
Kata kawan saya tu...
Bila dia kesepian,
dia cuba sms si buah hati dipagi hari,
Selalunya x boleh di ganggu, meeting...
Buzy.
Kalau hari tak kerja dia bangun lewat,
Petang baru berjawap.
Kalau sms tengahhari dia ada tamu kat pejabat.
Atau sedang makan dengan kawan.
Camna nak reply kann.
Bila sms ptg,
dia sibuk outstation.
Atau tengah memandu.
Bahaya bersms dlm keadaan gitu.
Bila sms malam2, dia kemasjid atau
ke majlis tahlil.
Atau pun dia tido awal.
Kadang kadang sms tak berjawap
sebab hset tinggal dlm kereta.
Hset tak charge,bateri low.
Kalau jawap pun menepati maksud 'SMS'
Ringkas dan melepas batuk di tangga.
itu saja..
atau mungkin ada badan penapis kat depan.
Call pun biasa2 saja..bertanya khabar lebih kurang dan
cepat nak habiskan perbualan.Ambik syarat saja.
Keluar bersama? Out of question dah...never anymore.
Wahai kawan ku,
Jangan terhegeh2 lagi..
Simpan hset tu tak yah duk tenung lama2
Cair hset tu..tak berbaloi dah.
DIA DAH TAK SAYANG AWAK!

Thursday, September 16, 2010

Here we r again..

InsyaAllah saya bakal menerima seorang lagi menantu akhir tahun ni.
Tapi saya belum buat apa2 persediaan lagi.
Belum di warwarkan pun tarikh kepada saudara2 jauh dekat.
Tak tau nak mula di mana.
Baru ni sibuk dengan nak raya.
KIV dulu pasal nikah kawin ni.
Ini raya dah sudah, kena start planning dah ni.
Saya tak suka kerja satu kepala saya saja.
Saya suka dapat pandangan dari org2 yang saya sayangi
Keluarga saya dan keluarga suami saya merupakan tulang belakang saya.
Setiap kali ada majlis apa2 pun saya bergantung pada keputusan ramai.
Warna apa, tema apa, macamana, bagaimana semuanya pakat2 fikir.
Mujurlah saya berada dalam keluarga besar yang sporting.
Kali ni sekali lagi saya perlukan kerjasama semua.
Harap2 tak ada yang serik dgn ke'fussy'an saya.
So Ma, Che, Kakak2 dan adik2, please tell me what do do now.
(KZah,Cni, Kmah, Cna,Na,Makdik,Wo,Zura,Zae,and Linda I need your help again,as usual)

Terima saja seadanya.

Semalam otak saya jem sikit. Tu pasal lah tulis article pun merapu rapu. Tapi tak kisah lah, blog saya suka hati saya lah nak tulis apa pun. Bukan ngata org lain sekadar ulas rasa hati sendiri. Nasib baik ada blog, time terbakar fius tu ada gak tempat mengadu. Nak ngadu pada org jangan harap lah..Tak ada orang yang betul2 nak buang masa dengar rungutan kita. Sekadar angguk geleng masuk telinga kanan kuar telinga kiri tu semua org boleh buat, kucing pun boleh.
Saya dah ok dah, dah sejuk sikit hati yang berasap semalam. Hari ni saya nak focus pada benda yang lebih penting. Nak kuar dengan famili, be happy dan nak think positif. Undangan rumah terbuka pun byk lagi..Why not enjoy life as it is. Walau famili saya tak perfect tapi famili lah ubat hati saya.......Itulah yang saya ada dan saya harus menerima seadanya.

Wednesday, September 15, 2010

Dilema

Pernah tak awak rasa macam yang saya rasa?
Bosan dengan rutin yang itu itu jugak,
Jemu dengan perhubungan yang begini,
Resah dengan berbagai titik bengik yang tak habis habis mencabar kesabaran,
Rasa nak tutup buku kehidupan yg lama.
Nak buka buku baru, mula dari helaian pertama yang putih bersih.
Nak lari dari persekitaran yang terbiasa dan bertapak di tempat baru.
Nak ubat hati dengan percaturan hidup yang lebih bermakna.
Tapi bagaimana nak mulakan nya?
Dimana tapak pertama perlu saya atur?
Buntu sungguh bila memikirkannya.
Adakah sudah terlalu terlewat untuk mula semula?
Adakah peluang untuk berubah sudah tidak ada?
Adakah saya hanya perlu berserah saja tanpa ikhtiar seterusnya?
Sedangkn saya kadang kadang sudah tidak sanggup lagi
untuk kedepan, undur kebelakang juga tidak mungkin.
Bagaimana dengan saya?

Monday, September 13, 2010

Carta 'Top Ten'

Mengikut kajian saya selepas 4 hari beraya ni.
1.Ayat yang paling acap/top ten yang hinggap ke telinga saya ialah...........
EHH...AWAK BERISI LAH SEKARANG....
2. Soalan paling kerap ditanya ialah...
NAPER BERISI SANGAT NI..?.
3. Jawapan power yg saya selalu saya guna ialah...
TUA2 NI GEMUK LAGI LAWA, KALAU KURUS, KENDUR SANA SINI...
Nahh amik awak! Letih saya duk jawap soalan yg sama berulang kali............

Sunday, September 12, 2010

Bila saya pergi beraya.

Naik turun rumah ke rumah.
Beraya la katakan
Selain dari kekenyangan menjamu selera,
saya jamu mata juga.
Setiap rumah yang saya kunjungi tu berbeza.
Saya ke rumah besar tersergam.
Saya kekenyangan di hidangkan kemewahan.
Yb2 memenuhi ruang,
Saya yang bukan YB, senyum pun terasa sumbang.
Alhamdullilah, tuah manusia tak sama.
Saya juga ke rumah teres dua tingkat.
Keluar dari kereta saya dah dengar riuh hilai tawa isi rumah.
Saya hanya kunyah kacang kerana asyik mendengar mcm2 cerita,
tak jadi nak makan.
Kenyang dengan keramahan di kiri kanan.
Seronok dan meriah sungguh..
tapi tak boleh berlama2
byk lagi rumah yg nak saya kunjungi.
Saya kerumah itu.
Rumah papan lama yang sepi
Salam bersambut dan saya dipelawa masuk.
Anak2 tak balik beraya kata nya.
Ibu tua ini berkeras mahu buatkan saya kopi.
Hendak menolak saya takut di katanya saya tidak sudi.
Kopi yang saya hirup sedap sekali..kopi buatan sendiri.
Sekurang kurangnya hari ni dia ada saya,
tamu yang pertama walau sudah 3 hari beraya.
Payahnya saya nak minta diri untuk pulang.
Lirikan matanya yang basah megiringi saya ke kereta.
Saya singgah di rumah seorang teman.
Lama tak jumpa, tak puas sembang.
Walau hanya duduk di beranda,
Saya selesa..
Santai begitu sambil berBBQ.
Kerana saya tak nak makan juadah yang terhidang,
dia bekalkan saya sedikit buah buahan.
Peluk cium dan berjanji untuk jumpa lagi.
Banyak lagi rumah harus saya jejakkan kaki.
Banyak orang banyak ragam.
Beraya setahun sekali.
Ingatan kekal abadi.

Saturday, September 11, 2010

Tetamu lah yang memeriahkan kediaman saya hari ni.



Tanyalah Tukang masak mana pun.
Apa yang paling mengembirakan hati orang yang memasak?
Jawapan nya mesti lah....
Bila semuanya licin...Habis, laku, tinggal bekas.
Bukan sedap mana pun, sekadar seorang tukang masak bagi anak anak saja.
Masak pun yang biasa2 saja.
Rendang ketupat, Sate kuah kacang,Spaggeti Bolognise,Macaroni, Kek dan Puding.
Dari malam tadi saya menyediakan semua tu.
Penat tu tok sah ceritalah tapi penat tu berbaloi.
Seronok sungguh hari ni.
Terima kasih kepada yang sudi singgah tu.
Doakan sejahtera keatas saya ,InsyaAllah tahun depan saya masak lagi.

Wednesday, September 8, 2010

Mummy pun dah makin tua..


Baru semalam rasanya kaki kecik dia menyarung selipar saya, dan heret selipar tu kesana kemari...pap pap pap..bunyi selipar yang terlalu besar untuk kaki dia tu.Kalau kita ambik selipar tu dari kaki dia, dia mesti nangis..suka pakai selipar mummy..
Hari ni saya sedar yang masa berlalu begitu pantas...
Kaki saya rupanya dah terlalu kecik buat selipar dia...
Dah besar rupanya anak teruna mummy ni.

Tuesday, September 7, 2010

Dunia facebook


Facebook
Hampir semua orang ada Facebook.
Saya pun aktif berfacebook.
Tujuan saya berfacebook ialah untuk jejaki kawan kawan lama yang terpisah.
Juga untuk sentiasa keep in touch dgn sedara sedara yang tinggal berjauhan.
Kadang tu ada jugak kongsi resipi dan gosip terkini.
Acapkali jugak saya jelajahi facebook orang lain hanya untuk suka suka.
Melihat orang lain dan mencerminkan diri sendiri.
Menerima hakikat manusia tak sama.
Saya tak akan accept request dari orang yang saya tak kenal untuk berada dalam list of friends saya tu.
Berhati hati kerana macam macam orang yang ada kat facebook.
Saya juga tidak suka menyentuh hal hal sensitif kat ruang komen.
Dan saya tidak suka orang mengulas hal hal peribadi saya kat situ.
Paling saya tak suka bila ada orang promote bisniz kat facebook saya tu.
Bagi saya facebook tempat rehat minda, share jokes dan sembang kosong saja.
Saya selesa berinteraksi dengan cara ini dengan rakan taulan.
Tapi kan,
Kenapalah ada orang yang guna facebook untuk menyinggung perasaan orang lain?
Mengutuk mencela...?
Ada juga orang yang menjadi orang lain di fbook..untuk apa?
Ada yang mengambil kesempatan untuk test markat, nampak sangat desperate tu.
Tak kurang jugak yang lupa, facebook ini boleh menjerat diri.
Hmm...Buatlah apa saja dengan facebook awak tu..
Asal awak bahagia.
Saya hanya nak pastikan facebook saya bebas perkara2 yang saya tak suka.

Monday, September 6, 2010

Kenapa dengan saya ni...

Rusa masuk kampung.
Itu lah keadaan saya sebenarnya.
Kalau ke tempat yang saya tak biasa macam tu lah saya.
Serba tak kena.
Sebab tu lah saya tak suka bila terpaksa ke Jabatan ke, Bank ke, Funtion ke..
Malah kalau pertama kali jejak kaki ke satu2 tempat tu memang saya jadi binggung semacam.
Saya rasa macam orang sekeliling memerhatikan saya.
Saya tak tau apa perlu saya buat..Mulalah saya gelabah.
Nak bertanya pun tak tau kat mana..
Kadang tu bila bertanya ternyata apa yang saya tanya tu jawapan nya di depan mata.
Tambah menyerlahkan kebodohan saya adalah.
Begitu juga kalau saya hadir di majlis2 formal.
Saya seringkali hanya menjadi 'Wall Paper', tercegat sendiri.
Susah nak blend in dgn orang lain sebab saya tak reti mulakan perbualan.
Saya bukan sombong tapi saya tak berani nak approach orang lain.
Perasaan rendah diri tu memang sentiasa ada pada saya.
Itu lah saya sebenarnya.
Seorang yang penakut dan serba kekurangan.

Sunday, September 5, 2010

Saya bukan salahkan sesiapa..

Sabar lah sikit Encik Polis trafik.
Tau awak tu penat, berdiri lama2 gitu.
Panas pulak tu.
Awak puasa, saya pun puasa jugak.
Kita semua berpuasa dan penat kann.
Tadi kat simpang tiga tu jalan sesak.
Kenderaan bertali arus.
Pemandu pun banyak ragam.
Mungkin pemandu tu tak faham bahasa isyarat yang awak gunakan tu.
Kalau tak masakan dia kedepan juga bila awak lambai2 suruh berhenti.
Saya yang di belakang pun dah dapat agak yang ada kecelaruan di sini.
Awak tahan kereta tu di tengah2 simpang.
Walau kereta saya tertutup, saya dapat agak dari gelagat awak yang awak marah sungguh.
Pemandu2 lain yang berada di situ di waktu itu pun perasan yang awak hilang kawalan marah.
Tiba tiba awak tendang pintu kereta dia dengan kaki.
Isyhh!!! jangan la buat macam tu..Ramai yang tengok.
Sabar lah Encik Polis Trafik..
Pemandu tu undur kenderaan dia kebelakang.
Mengalah.
Kesian jugak la, dia pun tak sengaja tu.konfius.
Semua mata memerhatikan insiden tu.
Ini bukan gelanggang.
tak ada yang menang atau kalah.
Saya bersyukur tidak brpanjangan drama tuh.
Buat lah pemandu tu turun dan tendang awak camna?
Tak kira sapa betul atau salah.
Yang pasti dah nak raya ni tak nak la macam tu.
Bawak bersabar kerana dah tugas kita, kita buat aje lah dengan baik.
Dihari baik bulan baik ni kita maafkan kesilapan org lain k.
Bawak bersabar...

DiAkhir Ramadhan dia menangis.

Seronok sungguh nak Raya ni...Itu kata orang yang bernasib baik lah.
Macam mana dengan dia yang baru kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya baru baru ni?
Macam mana dengan dia yang kehilangan harta benda sekelip mata sewaktu kebakaran minggu lepas?
Macam mana dengan dia yang baru bercerai tu?
Macammana dengan dia yang baru diberhentikan kerja?
Macam mana dengan dia yang anak2 tak dapat balik beraya?
Macam mana dengan dia yang tak dapat balik kampung jumpa mak?
Kesibukan saya dengan persediaan menyambut raya terhenti sekejap,
Rasa terharu bila tengok bibik menangis bila dapat panggilan dari anak di seberang.
Kadang kadang kita lupa,
Nasib manusia berbeza.
Sabar lah Bik,
Itu saja yang boleh saya kata pada dia.

Saturday, September 4, 2010

Dia tak pernah miskin.

Pakdo kata dia miskin.
PakDo tak tau saya lagi miskin.
Pakdo kaya rakan sahabat.
Ramai yang sayangkan PakDo.
Kiri kanan sahabat sentiasa ada.
Saya pun kawan PakDo jugak.
PakDo kaya budi,
Sentiasa membantu
tidak kedekut tenaga,
bantuan moral, bantuan perasaan
bila perlukan tempat mengadu,
Pakdo ada...
PakDo kaya ilmu.
Sentiasa rela berkongsi,
Tunjuk ajar yang ikhlas membantu
membuka minda yang tertutup
membawa cahaya menerangi kegelapan.
PakDo mewah kasih sayang,
melimpah senyuman di bibir.
Menerima dan memberi
setulus hati.
Jadi miskin apakah PakDo ini?
Sedangkan sayalah yang miskin sebenarnya.
Miskin segalanya.
( PakDo seorang kenalan yang sentiasa low profile dan disenangi ramai.)

Maafkan tukang masak ni yer...

Cerita ni buat buat saya rasa loya...hehehee..Nak baca tak? Tak paksa ni...sendiri tanggung risiko k.
Ni cerita zaman dia bersekolah di tingkatan enam. Mereka duduk rumah sewa bertiga kerana sekolah tu jauh di bandar.
Mak Bapak hantar duit bukan byk pun, sekadar cukup makan dan belanja sekolah. Tapi mereka ni mula kenal 'rokok' jadi duit habis buat beli rokok. Nak mintak lebih agaknya mereka takut.
Sekali tu bulan puasa mcm ni lah, akhir bulan. Duit dah habis. Yang tinggal hanya sardin satu tin dan beras. Hari ni giliran mamat ni jadi tukang masak untuk berbuka. Hentamlah masak camna pun asal boleh ditelan. Beres bab berbuka. Sahur? Adalah sedikit lagi buat sahur.
Sebelum imsak mereka bangun nak bersahur. Si mamat ni nak hidang lah sardin yg dimasak semalam. Laa..dah berenang seekor anak cicak dlm sardin yng tak di tutup dgn eluk tu. Nak buat cmna, nak buang dah tak de lauk lain. Mau tak mau, dia selamatkan cicak tu dari lemas dlm kuah sardin dan zip mulut jer. Bukan apa, atas dasar kesihankan kawan2 yang bergantung harap pada sardin tu saja.Berselera mamat2 lain tu makan.
Hari tu lapar sungguh S i Mamat bertuah tu sbb tak sahur...(tau pulak tak lalu nak telan). Risau pun ada, takut kawan2 tiba2 sakit perut ke, mati keracunan ke...Seram jugak.
Hari ni dia orang serumah tu dah beruban dah tapi rahsia tetap rahsia..Hanya saya sorang yang tau cerita ni selain dri si Tukang masak tu..
Sekarang Mamat yang sorang tu dah bergelar yang berhormat, sorang lagi tu Dr. Si Mamat tukang masak pun dah tak jadi tukang masak dah sekarang ni..Dia dah jadi Pengetua, kat sekolah yang sama tu lah. Hehehehe...
Datang lah beraya nanti wahai Yang berhormat****** dn Dr*****,
saya nak ceritakan hal sebenar.
Kalau saya hidang Sandwiches Sardin nak tak?
Maaf Zahir Batin.

Friday, September 3, 2010

6 hari sebelum raya.

Dah berapa hari kita berpuasa? 24? Betul lah tu.
Tanya saja anak saya yang bawah umur ni..Tepat bilang hari.
Berapa hari lagi nak raya?
6 hari tak termasuk hari ni.
Kan dah cakap, itu aje kerja dia akhir akhir ni.
Bilang hari.
Puasa dia masih penuh. Alhamdullilah.
Dia cakap dia dah penat puasa.Tak sabar nak raya.
Baju raya dah ada,
Kasut raya,dompet raya,
semua baru.
Biskut raya dah buat,
esuk2 boleh bantu mummy buat kek pulak.
Happy nyer dia walau menahan lapar dahaga.
Tambah2 esuk lusa abang dan kakak akan kembali bersama.
Saya asyik memerhatikan gelagat dia.
"Bulan puasa ni apa yang Anis paling suka?"
Selamba dia jawap,
"Tak suka puasa, suka masa berbuka jer."
Dah nama pun budak kannnn...?

Thursday, September 2, 2010

'Kalau' tak mampu mengubati...

Kalaulah sewaktu mendapat tawaran belajar di MRSM dulu saya terima, mungkin saya tak berada di tempat saya sekarang ni..
Tapi saya belajar di sekolah yang itu, bertemu kawan2 itu dan membesar dengan cara itu.
Maka begini lah saya hari ini.
Kalaulah dulu saya ikuti kursus di ITM hingga ke peringkat yang lebih tinggi,(kursus yang sangat saya minati tu), mungkin saya tak berada di tempat saya sekarang ni..
Tapi saya pilih untuk ke maktab, mengenali dunia perguruan dan melakar kenangan di situ.
Maka begini lah saya hari ini.
Kalaulah saya buat pilihan lain sewaktu saya meniti dewasa dulu , mungkin kehidupan saya jauh berbeza dari sekarang.
Tapi saya pilih untuk begini dan menghabiskan sisa hidup saya dengan cara ini.
Maka begini lah saya hari ini.
Saya telah mengorbankan keinginan diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain...
Maka ini lah kehidupan saya,
realiti yang perlu saya hadapi..
Di masa itu ini lah pilihan yang terbaik buat saya.
Seribu 'kalau' pun sudah tidak boleh mengubah keadaan.
Maka saya harus terima risiko nya.
Suka atau tidak sudah tidak ada bezanya.
Mahu atau tidak saya harus redha.
Betul kah pilihan seringkali tidak menepati?

Mana baju raya buat saya???

Tak ada baju raya.
Betul! Sumpah.
Baju yang di tempah belum puasa tu tukang jahit kata tak sempat siap sebelum raya.
Baju yang di tempah lebih awal dah siap, dah sendat pulak..silap ukur kut.
Semalam pergi tengok yang ready made...Tak berkenan, tak menepati citarasa.
Kalau ada yang berkenan saiz nya tak sesuai..Adeiii..
Kalau ada satu dua yang boleh muat tu warna tema pulak yang lari.
Problem masaalah ni...
Raya dah makin dekat..
Malas dah fikir bab baju ni.
Banyak keje lain yang perlu difikirkan.
Yang penting baju anak2,keperluan anak2 dan persiapan untuk keluarga beres.
Yang wajib dan sunat terlaksana..Alhamdullilah.
Maka beraya lah saya tanpa baju baru nanti.
Uwaaaaaaaaaaaaa...!!! Nak tiok weh!

Wednesday, September 1, 2010

You sleepy head!

Time flies..On a jet plane!
and I still have lots of unfinished business to be done.
At this time of the year,
AidilFitri at the corner..
I just wish I have more hands, extra pairs maybe.
The lists of chores are endless..
Maybe mothers are meant to be buzy, every mother is.
What about Fathers?
They are buzy too... I supposed.
Or are they not?
I wonder.
Yesterday 'a father' slept the whole day because it was a holiday.
According to this father,
Holiday, meaning- hybernating?
Where on earth did he find that theory?
( Somebody out there is nodding...U did that too???)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...