Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 30, 2011

Tuah ayam nampak di kaki...

Lepas saya, saya,
Lepas saya, saya,
Lepas saya, saya.
Awak macam mana?
Kenapalah saya sentiasa di uji dengan berbagai dugaan hidup?
Adakah kerana dosa dosa saya yg bertimbun?
Saya tengok orang lain senang lenang tak ada masaalah apa pun.
Kalau ada pun yg kecik2..small matter.
Saya ni segala benda dah saya lalui.
Ada saja perkara yg menyenakkan otak.
Nak mengadu pun tak bertempat.
999? Bomba? TV3?
Huhuhuhuhuuu.....
Tuhan ada.
Hanya Tuhan lah yang tahu segalanya.

Thursday, December 29, 2011

Lelaki ini

Senyuman ini...
Pandangan mata ini...
Dua orang lelaki ini,
Bisa saja menjadikan hati seorang nenek seperti aku,
Bahagia.

Wednesday, December 28, 2011

Catatan perjalanan sebagai jutawan

Dah biasa sangat ke sini.
Dah acap saya lawati.
Tak der yg pelik lagi.
Biasa biasa aja.
Seronok satu saja-jadi jutawan.
Jadi jutawan segera kata kawan2 saya.
Jutawan rupiah pun tak per, merasa jugak bergelar jutawan.
Kali ni saya nak share foto2 ni.
Apa kata orang lain.
Apa komen tuan puan setelah lihat foto2 ni.
Cer kongsi.
Komen saya satu jer.
BERTUAH LAH SAYA DI LAHIRKAN DI MSIA DAN JADI RAKYAT MSIA.

Di kaki lima ini byk kereta sorong menjual makanan yg di anggap murah dan termampu oleh mereka yg kurang kemampuan.
Walau kami hanya kuli gomen di negeri sendiri, kami masih boleh menjamu selera dalam keadaan bersih.Syukur ya Allah.
Di sini lah tempat tinggal anak2 mereka yg kurang kemampuan, terhimpit diantara arus pembangunan.
.Sebagai pelancong dari Msia, anak saya merasai tinggal di tempat yg lebih selesa berbanding anak2 mereka.Alhamdullilah.
Anak2 sebaya anak saya ni bermain muzik di jalanan bagi mengisi perut.
Anak saya sempat belajar main angklong dari pengasas Angklong yg tersohor sewaktu kami menonton persembahan beliau.Terima kasih Tuhan.

Tak dinafikan, ramai yg kaya raya di negara mana pun,
Saya bukan tergolong dlm golongan kaya raya,
Di sini saya hanya golongan yg cukup bulan terima gaji.
Tidak mewah tapi mencukupi.
Saya bawa anak2 saksikan dgn mata mereka sendiri kepayahan orang lain.
Tengok lah, lihat lah anak,
tidak semua yg kita nak kita dapat tapi apa yang kita dapat tu adalah rahmat.
Bersyukur lah.

Tuesday, December 27, 2011

Akibat menolak cadangan saya..

Apa yang lebih menyakitkan dari rasa sakit hati?
Sakit gigi.
Aduhhhh, sakit tau!
Tapi,
Bila sakit hati bercampur sakit gigi....
Laaaaaaaaaaaaagi lah sakit!
Huhuhuhhuuu...Adoiii mak sakitnyer.

Hehehe...
Selamat bersakit gigi lah awak,
tu lah kita suruh cabut tak ndak, dah tu nak marah2 orang lak.....
Sedapnya ABC dengan gula melaka ni...........Awak nak?
la la la la..................
Amaran dari kerajaan Msia
AWAS!
'MERBAHAYA KEPADA PERAHU2 KECIL"
Baik saya lari main jauh2 ni...............

Tuesday, December 20, 2011

Nasib baik saya bukan mengidam..

Ada ubi ada batas.
Ada hari nak sangat ku balas, nak sangat sangat.

Ada ubi ada pengat.
Ada hari nak ku piat piat...

Ada ubi ada tapai,
Ada hari mau saja ku tibai..

Ada ubi boleh gali,
Ada hari ke tak de hari ke, ada yg tengah sakit hati ni...

Sakit hati macam nak meletup dada..
Saya ni punyalah teringin nak makan pengat ubi, frust sungguh bila kena buang hampir separuh ubi2 yg di beli dlm tong sampah..Itu lah saya, kalau beli apa2 tu tak pernah nak pilih2,harapkan kejujuran si penjual aje. Hampehhhhh!

Sunday, December 18, 2011

Maha Megho

'Maha Megho'.
Bagi orang kelantan perkataan atau ungkapan ni membawa maksud sesuatu yg memerlukan kos yg tinggi untuk di selenggarakan atau mahal kos untuk maintainance.
Contoh kereta mewah. Dah la harga di pasaran tinggi, nak maintain tu bukan main lagi..
Ada orang mampu beli kereta mahal tapi tak mampu maintain..Hahahahaaa....
Semalam kawan saya yg baru belajar perkataan 'maha megho' ni cakap dia pun spesis maha megho jugak.
Sakit2 perut saya gelakkan dia.
Mau nya tidak, dia cakap dia tak boleh hidup tanpa kemudahan seperti seorang bibik, blackberry, duit poket yg mencecah 4 angka, kereta dan pemandu peribadi, kos rawatan hospital swasta yg tersohor, kediaman yg serba ada dan peluang melancong ke luar negara sekurang kurangnya sekali dalam setahun (selalunya lebih dari sekali).
Bukan 'Maha Megho' namanya tu?
Bertuah lah dia kerana sememangnya dia mempunyai suami yg kaya raya dan amat menyayangi diri nya. Dalam gelak2 melawak katanya kalau ada org sanggup biaya kos yg di tuntut tu baru boleh cuba dekati dia... ..Jadi kalau rasa kos tu tinggi jgn cuba2 nak kenen2 dia tau.
Dia hanya melawak tu, saya tau dia tidak macam tu, jadi jgn menilai dia dgn lawak2 spontan dia tu.Saya kenal dia, sgt kenal cuma saya rasa ada jugak betul kata2 dia tu.
Cinta sahaja tidak dapat membeli beras untuk ditanak..tak gitu?
Saya?
Saya rasa kos penyelenggaraan saya tak lah setinggi tu..
Janji peti Ais penuh dgn bahan untuk saya memasak, maka happy lah saya.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
Nasib baik lah kerajaan malaysia dan hubby sanggup kongsi kos sara hidup saya ni.
Dan Tuhan tidak pernah lupa memerhatikan saya dari jauh...
Amat berharap belas kasihan dari Mu Tuhan.

Wednesday, December 14, 2011

Dapat tanda tanda


Dapat inai dan dah siap pakai dah.
Dapat 3 jubah hitam yg sangat lah lawa-sulam2 dan ada permata juga..
Dapat gelang, cincin dan brooch yg bling bling.
Dapat Sarung kusyen sulam dan Alas meja.
Dapat berbagai buah2an kering, kacang dan coklat
Dapat Minyak Attar yg mahal dlm kotak baldu.
Dapat Tasbih dari batu permata dan sejadah buatan tangan..
Cantik sgt2.
TQ TQ TQ TQ
Kenapa saya dapat semua ni?
Ini lah tanda2 nya
Ada org yg saya kenali baru dapat tittle haji/hajjah.
Ada orang yg tak lupakan saya.
Seronok sungguh.
Ingatan dari sahabat dan saudara mara
membuatkan saya rasa
di ambil peduli.

Tuesday, December 13, 2011

Silap Parking.


Ni dekorasi ruang stail mana nih?
Fail.
Eric Leong mesti disagree.
Cari dalam majalah 'Anjung Seri' pun tak de hiasan macam ni.
Unik.
Tengok2 ada belon 'Angry Bird' parking kat sini.
Siapa punya kerja ni?
Anak siapa main belon ni?
Kalau bukan anak, cucu siapa?
Anak cucu siapa lagi kannnn.....

Sunday, December 11, 2011

Kehilangan


Sewaktu memandu dari Ampang ke Kota Bharu,
di Daerah Merapoh saya terima khabar duka.
Kakak dgn suara tersekat sekat.
Mengumumkan kehilangan.
kakak sulong saya kehilangan suami,
anak2 saudara saya kehilangan bapa,
saya kehilangan abang ipar,
Kami kehilangan orang yang tersayang.
Tak sempat lah saya berada di sisi dia di hembusan nafas terakhirnya.
Tak apa lah saya redha, sudah ketentuan Tuhan begitu.
Masih ada 3 jam lagi untuk saya terus memandu ke kediaman mereka.
Wajah kakak dan anak2 saudara menjadikan pandangan acap kabur.
Mau cepat sampai ke destinasi, memandu dan sekali sekala menelan tangisan.
Terimbau juga kenangan bersama Arwah.
'Father figure' yg amat saya hormati.
Dia lah penaung setelah saya kehilangan ayah sewaktu di bangku sekolah lagi.
Pendiam dan sentiasa tenang..Tidah pernah meninggi diri
Kak Zah pula macam mana lah dia nanti,
Tabah kah dia, kuat kah dia..
Sepi kah dia, sunyi kah dia....
Rumah besar itu terasa kosong nanti.
Sebagaimana kosong nya hati kakak ku itu bila sudah hilang tempat mengadu.
Bila kematian hadir, sekian yang di tinggalkan ini
turut merasakan kehilangan yg panjang.
AlFatihah, semoga roh Abg Mad di cucuri rahmat dari Tuhan,Amin.

Wednesday, December 7, 2011

Bersiaran dari Condo Ampang Boulivard

Sabit kes kesibukan yang melampau.
Ni dia bahan bukti yang jelas.
Bukti sabit kes tak dapat tulis2..
Bukti sabit kes tak dapat singgah melawat kawasan.

Nampak buai biru di ruang tamu saya tu?
Nampak botol susu kat atas meja tu?
Ni tuan penghuni nya.

Time dia tido gini baru boleh bersiaran.
Kalau time dia cenyiuuum begini,

N3 tertangguh.
Nenek ini buzy sungguh!

Thursday, December 1, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Haah?

Oleh kerana Iffah ada di rumah time cuti begini, saya nak juga guna khidmat dia.
"Iffah, tolong mayang daun saderi dan tabur atas sup tulang nanti."
I told her that.
As simple as that.
"Mummy, ni ke daun saderi?"

Anak dara zaman sekarang....

( Kalau mummy di usia kamu tu dulu, tanya nenek kamu soalan macam tu, sah nenek kamu pulas telinga mummy dan tazkirah satu lori dah...)

Sunday, November 27, 2011

Aktiviti wajib di hari Ahad, Isnin jugak, Selasa pun,Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu pun mcm ni.

Cuti sekolah.
Segala galanya bercuti.
Sedap lah korang yer..
Relax manjang..
Nak keluar pun kat luar hujan.
Ok, kita breakfast dulu.
Lepas makan jangan lupa buat exercise.
Senaman jari..

Along ambik seat depan TV.
Kuasa tukar channel di tangan dia.

Alang dengan laptop.
Wat per tu lang....Main Game?

Angah dan Anis duk layan apa pulak nih?
K-Pop lah tu...

Nasib baik Si Imaad ni belum tau picit keyboard.
Kalau tidak, Imaad rules!
Muahahahaahaaaa.....

Ops, mana makhluk selebihnya?
Ada.
Macam biasa jugak lah.
Sedang buat aktiviti musim cuti jugak.

Tido.
Ni baru sorang.
Sorang lagi kunci pintu bilik.
AJK tido depan TV pun ada ni tapi tak lulus untuk tayangan, sori.

Pas tu saya buat apa?
Update blog la awakkkkkk..Buat2 tanya pulak!

Friday, November 25, 2011

Menu musim hujan

Ubi.
Tak kira ubi apa semua sedap.
Sedap bagi penggemar ubi lah.

'Savoury Yam Cake'
atau
'Talam Keladi '

Saya suka rasa keladi nya dan pedas manis lauk udang di atasnya.
Awak suka tak?
Nak?
Nak tuuuu..........

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday-Rm100 punya pasal hujan badai di rempuh jua...





AlFatihah buat seorang bapa yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu mendengar ceramah di tepi dewan sebelum sempat mengambil duit tu..Arwah sempat di papah ke kantin bila dia tiba2 lemah/hampir jatuh..Di situ lah nafasnya berakhir.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh.

Tuesday, November 22, 2011

Songkok juga lah yg sentiasa di kepala.


Hujan dari pagi tak henti2.
Tengkujuh menghampiri.


Cepatlah selamatkan kasut yg berjenama,
takut rosak dek hujan.
Diambil peduli.
Dihargai.
Selipar getah yang murah.
Bermandikan hujan
Biar di situ saja
Tak terjejas mana.

Kita ini selipar jenis apa?
Terompah buat ke tandas?
Capal kulit pakai di pagi raya?
Kasut sukan ?
Kasut buat hiasan?
Selipar jepun buat basahan?
Alangkan sedih nya bila kita hanya di telapak kaki.

Monday, November 21, 2011

Saya hari ni.

Saya.

Kalau awak rasa awak ni Ultraman Taro datang lah dekat.
Kita lawan nak?


Kadang kadang rasa nak jadi macam raksaksa yang boleh memusnahkan bandaraya di Jepun tuh.
Nak sangat gagah kuasa.
Nak dush! dush! dush!...
DUSH!
Kalau tak dapat jadi raksaksa, jadi Ultrawomen pun tak per...
Huhuhuhuuu....!

Saturday, November 19, 2011

Yang Mak dia tak ajar...


Meh sini makcik nak ajar.
Kalau nak masuk rumah orang masuk lah melalui pintu, jangan panjat ikut tingkap.

Kalau mandi,tuala tu kena sidai, jangan biar terperap kat atas kapet, busyuk.

Kalau nyamuk byk guna ubat nyamuk letrik kat dlm kabinet tu, jangan pergi beli yg lingkar gini, bau satu rumah nanti.

Kalau bangun dari tido kemas balik katil tu. jangan tinggal bersepah gini.

Kalau minum air cuci gelas sendiri, bibik kan dah balik Indon.
Sehari suntuk Makcik kemas balik rumah yg ko orang sepahkan tu.
Polis bukan di bayar gaji untuk tolong makcik pun..
Penat tau!

Wahai budak2 si penceroboh yang menceroboh masuk ke dalam rumah makcik, nasib awak baik kali ni....Lain kali jangan buat lagi,tak baik tau. Terima Kasih kerana tak rosakkan harta benda makcik dan tidak mencuri apa2..Tau, awak hanya nak jadikan rumah kosong saya tu hotel tempat awak transit tapi kan Tuhan marah guna harta benda orang tanpa izin.
Last sekali pesan makcik, udah2 lah menagih tu.Dah menagih tu bila ko orang tak de duit mula lah pecah masuk dan curi barang orang lain...Kena tangkap baru tau!
Kesian mak bapak ko rang.....Anak siapa lah agak nya ni..

(mereka ni lah yg lari lintang pukang dan tertinggal satu beg berisi barang kemas yg dah saya serahkan pada polis semalam.)

Friday, November 18, 2011

Harta karun ini Ahmad Albab yg punya..satu untuk kau, satu untuk aku...

Siapa sangka tiba2 kami dapat harta karun.
Betul betul ni bukan cobaaaannn....
Malam tadi pencuri masuk rumah.
Bukan, dia orang tak curi apa2 pun.
Tak terusik pun segala barang dalam rumah saya.
Tapi dek terkejut agaknya, mereka lari tak cukup kaki.
Maka alkisah tertinggallah guni harta karun yg entah mereka samun dari mana.
Bila hubby selongkar, adalah sebungkus burger, nasi berlauk ayam satu bekas, 2 handset,pakaian dan yang paling seronok tengok ialah barang kemas.
BARANG KEMAS YOU!
Maunya rm ratusan ribu.
Bukan sedikit, se cupak!
Gelap mata saya dibuatnya..
Kalau ikut hati, jutawan segera lah saya hari ni.
Hubby call polis.
Mereka dtg ambil benda2 tu berdua..
Tanya itu ini pas tu balik ke balai.
Tak de black n white sebagai prove pun.
Yer ke ni..Betul ke prosidiur ni?
Tak tau, tak biasa...
Encik Polis,
Tanya sikit boleh...
Barang2 kemas tu apa kesudahan nya nanti?

Siapa pernah luka?

Luka di jari.
Kena apa Kak Hani? Tanya kekawan.
Bila masa pulak luka ni? Tanya suku sakat.
Sakit tak mummy? Tanya anak anak.
Apasal tak balut? Tanya hubby.
Tukang sapu pun sempat lagi cadangkan letak minyak gamat.
Semua orang sibuk pasal jari yang luka sedikit.
Semua orang suruh saya lebih berhati hati..




Luka di hati.
Dah koyak rabak pun tak siapa yang tau.

Thursday, November 17, 2011

Tuhan lebih sayangkan dia.

Ma, sabar dan redha lah, jangan nangis.
Jangan nangis.
Jangan lah nangis.
Dah lah menangis tu.
Dah laaa..
Cukup la tu.
Tengok awak nangis, saya pun nangis jugak!

Kita sedekahkan Alfatihah buat dia.
(Sewaktu saya memeluk kawan saya yang kematian suami ni, bergoncang badan dia menahan tanggisan..Hanya Tuhan yang tahu isi hati dia. Saya hanyalah mata yang memandang..)

Tuesday, November 15, 2011

Nak plaster mulut.

Diam.
Tak semestinya tanda setuju.
Bungkam.
Tak semestinya tanda rela
Membisu
Tak semestinya tanda tidak apa apa.
Kelu.
Tak semestinya semua baik baik sahaja.


Tak perlu tunjuk perasaan, piket di tepi jalan dan bawa sepanduk macam2.
Mogok di republik saya cukup dengan catuan kata kata.
Perang dingin bermula.
Shyyyy.....!!!!!!!

Sunday, November 13, 2011

Sehari suntuk ukur jalan...

Macam wakil rakyat yg meninjau kawasan.
Siap bawak buah tangan itu ini.
Cuma tak buat ucapan pancing undi saja.
Makan minum tu wajib, hilai ketawa memenuhi ruang.
Seronok.
Sebenarnya ahli rombongan Cik Kiah mengganas lagi hari ni.
Bukan senang nak dapat permit lawatan dari Big Boss masing masing.
Dah terlanjur dapat tu kita orang jelajah setiap ceruk daerah.
Semua kawan2 yg naik rumah baru jadi mangsa hari ni.
Kami serang satu persatu.

Bermula dgn rumah Pn Norsihah di Kadok.


Breakfast di sini, kenyang sungguh
.



Kemudian kami ke rumah Pn Rozan yg berada berdekatan.
Cantik.


Seterusnya ke rumah Pn Adlura di Melor

Kagum dgn Ibu muda ini yg pandai hias rumah.

Cantik.

Pas tu ke rumah Pn Yap di Bachok.

Tapi rumah dia belum siap lagi.
tak siap pun tak siap lah, janji kami dah melawat.
Encik suami Pn Yap siap beli nasi bungkus untuk kami sorang satu.
TQ Yap, ni belum kenduri house warming lagi ni..

Last kami ke rumah country style Pn Sheila di Kota bharu ni aje.

Wah...Perabot antik dari Lenggong lagi you.
Kelass gitu.

Baiti Jannati.
Semoga ahli rumah baru ini dipayungi limpah bahagia.
Semoga kasih sayang terpahat di setiap penjuru.
Bingkaikan lah kenangan manis di dinding rasa.
Berpijak lah atas ambal syahdu syukur yg terbentang.
Bukalah jendela dan biarkan pahit duka terbang..
Di pintu Sang redha menghulurkan salam.
Tenang lah wahai penghuni baru didalam.
Di dalam hati mu ku ada Baiti.
Di hati mu ku harap ku temui jannati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...