Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 30, 2011

Blog saya stail Blog sebelum perang dunia pertama.

Busan, busan busann
Busan sungguh dengan wajah blog saya ni.
Saya cuba2 tukar penampilan,try an error.
Kan dah lain sikit nih..Kan?
Lawa tak?
Betul. Tak lawa.
Dah betul2 jadi error nih.
Masih tak selawa blog orang lain.
Huhuhuhuuu.....Cedih nyerrr..
Nak wat camna ni...?Tolonnnnnn.
Sebenarnya dan seikhlasnya saya tak reti nak tambah itu ini.
Anak2 tu adalah jugak membantu..tu pun kena buat muka welfare dulu.
Aduhh..Kehendak melebihi keupayaan nih.
Ada ke sesiapa yang kesiankan saya ni..?
Ajar lah saya...
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya mak budak, bakal nenek budak baru nak belajar,
Kalau sudi tolonglah tunjukkan.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Suruh makan semua org tau saya sah akan makan,
Suruh' upgrade'kan blog sendiri, sumpah saya tak tahu.

Kata orang tua tua..
Malu bertanya sesat jalan..
Saya tak malu punn..

Saturday, January 29, 2011

Banyak macam musim...

Segalanya bermusim.
Hari ni cuti sempena musim perayaan.
Buah buahan bermusim, cuaca pun ikut musim.
Sekarang kat rumah ni musim 'Perlu rawatan'.
Si Kakak duk sakit nak bersalin..
(Si kucing 'Kropok' tu pun duk gelisah nak bersalin jugak kot.)
Si Bapak pun tak sihat, batuk dan selsema.
Si Iffah yang baru balik bercuti duk komplen gatal2 seluruh badan.
Si Anis pulak ada appointment dgn pakar mata esuk.
Si Bibik masih berbalut tangan kesan dari luka yang dalam.
Si Mummy?
Mummy kan jenama kalis cuaca.
Hari ni pagi2 dah tercegat depan kedai jual 'Nasi Berlauk'
Kalau soru tak miss mummy tak ada problem..hehehe
Harap Tuhan bagi mummy sihat sokmo.
Asal hati senang, fikiran jadi positif dan badan jadi kuat.
Dan sememangnya mummy 'musim senang hati' sehari dua ni.
la la la la................

Friday, January 28, 2011

Balik rehat kat rumah..

Hari ni anak saya dapat balik berehat di rumah.
Walau pun ada contraction dan dah sedikit dilated tapi dia masih di peringkat awal kelahiran.
Most probably can wait for a few days more.
Since the baby is fine and the mother is calm, might as well we let nature takes care of everything.
Sebenarnya lebih baik di rumah kerana suasana lebih mesra alam.
Kalau duk dalam wad pun, bukan boleh buat apa.
Si empunya badan tak relax, kita yang menunggu pun tak bebas.
Bila berbincang dgn Dr pakar, ini lah jalan terbaik, balik rumah dahulu and come again later.
Cuma risau jugak, buat lah tiba2 sakit kuat waktu jalan jem ke, waktu tak de orang kat rumah ke..
Tak apalah, kita doakan agar Tuhan tidak memayahkan anak saya tu.
Rumah kami ni tak jauh mana dari hospital, kira 10 min sampai kalau tak jem.
InsyaAllah, segalanya akan baik baik saja nanti.
Saya tahu anak saya tu risau sebab sakit dia panjang.
Menantu pun risau..Semua pun risau.
Dalam hati tertanya2 kalau begitu? kalau begini?
Saya risau jugak tapi saya percaya Tuhan maha mengetahui.
Kita doakan yang terbaik dan tunggu dan lihat.
Risau tu tak risau mana..
Sebenarnya lebih kepada tak sabar2 nak terima orang baru.
Aduhhh..ada orang nak dapat cucu lah katakannn..

Sakit ini rahmat Tuhan, Alhamdullilah.

Dah dua malam saya menunggu anak di bilik ini.
Dah dua malam jugak anak saya merasai detik permulaan bakal ibu.
Macam tu lah anak, begitulah yang semua bakal ibu rasa.
Sakit nak bersalin ni ada yang sekejap ada yang lama.
Tapi sakit untuk melahirkan seorang insan tu serupa.....
Sakit dan sakit dan sakit.
Sabar lah anak, dah begini yang tertulis di azali.
Sakit kali ini sakit yang panjang..
Ujian kesabaran dari Tuhan.
Letak lah di dalam hati redha dan syukur,
kerana setiap kali datang sakit ini adalah rahmat.
Gugurlah dedaun dosa di ranting usia mu seperti pohon di tiup bayu.
Itu janji Tuhan pada kita ibu2.
Itu lah kelebihan kita yang dilahirkan sebagai perempuan.
Mudahnya ke laluan syurga,
Syukurlah dengan sakit ini.
Masihkah sakit2 seluruh badan mu itu anak?
Tahniah, kamu bertuah.
Tuhan memberi mu peluang untuk merasai nikmatnya
menjadi Ibu.

Wednesday, January 26, 2011

Dia dah balik....

'Kropok" dah balik.
Lama kropok hilang entah kemana.
Tiba tiba hari ni mengiaw ngiaw kat depan pintu.
Lapar.
Kurus.
Laaa...Dah sarat rupanya dia ni.
Ko kawin tak jemput aku kropok yer..
Tau tau ko balik camni..Berbadan dua lagi.
Nasib baik ko balik kalau tak anak ko tu nanti.
ber 'bin' kan tong sampah.
Murah rezeki saya tahun ni.
Selain dari anak menantu, kucing pun nak beranak jugak.
Hai la Kropok,
Entah macam mana la anak ko nanti..
Sapa lah bapak nya ni..?
Si hitam manis tu ke?
Ke yang baru semalam kena langgar depan rumah tu?
Laaaahai, yatim anak ko yer..
Tak apa lah kropok, janji ko balik.
Jap, nak letak nama apa anak2 ko nanti?
Laksa? Maggi? Cendol? Tapai?
Nasib ko lah kucing oi, dapat tuan yang tak der fikir lain.
Makan, makan, makannnnn.

Alahai cian nyerrr.....


Big boss, the bread winner is not feeling well today.
Batuk. Selsema.
Small matter kannnn?
No, not for him.
Kalau saya yang selsema baru small matter.
Kalau dia demam selsema cam ni lahh..
Macam orang yang tak larat sungguh.
Berselimut sampai kepala.
Nak tutup aircond marah pulak tuh.
Sorang pun tak leh ganggu..
Shyyy!!
Diam seisi rumah.'
Kena letak papan tanda
'The lion is sleeping tonite'.
Anak anak nak jalan pun terjengket2..
Cakap pun berbisik bisik..
Treatment mesti 'first class'.
Nak makan apa, zuppp..sampai di katil.
Nak tengok tv channel mana, tutt..cepat picit remote.
Nak picit kat mana? gosok kat mana? nak guna minyak yg mana satu...
Your wish is my command.
Bukan tak biasa, dah hampir 30 tahun dah duk sebumbung.
Tau sangat perangai dia tu..
Makin tua makin jadi budak budak..
Hentam jer lah labu..Ops!, bukan perli yer.
ok ok, 'labu' sensitip, tarik balik kenyataan tuh.
Ampun tuanku!
Hmm...Ini baru selsema ni tuanku.
Perintah tuanku patek junjung.
Aduhhh...................

Tuesday, January 25, 2011

Salah makan..

Kalau boleh tak nak pergi sekolah hari ni.
Saya sakit perut.
Malam tadi saya tak dapat tidor, asyik berulang alik ke toilet.
Lemah badan saya hari ni, rasa macam nak demam.
Perut kosong, takut nak makan,takut keluar balik.
Mual dan rasa amat tak selesa.
Tapi kerja saya berurusan dengan benda hidup, bernyawa.
Budak budak kecik pulak tu, bukan senang nak cuti sakit.
Kalau setakat sakit perut gini memang kena pergi sekolah jugak.
Lain lah kalau dah tak boleh bangun dari katil, terlantar gitu.
Kesian kawan2 saya kalau saya tak hadir,
Kena pikul tanggung jawap yang sepatutnya saya pikul.
Menanbahkan kerja orang lain yang dah banyak kerja.
Nampaknya saya tak boleh bercuti hari ni.
Lepas solat subuh nanti saya nak makan ubat.
Bawak bekal air teh tanpa gula dan roti kosong saja.
Minyak gosok pun kena bawak, teruk la bau saya hari ni.
Kalau tak tahan jugak, saya akan ke klinik selepas waktu sekolah nanti.
Nasib baik tandas dengan kelas saya tak jauh mana.
Harap harap segala nya akan bertambah baik..InsyaAllah.
Doakan saya, semoga cepat pulih yer.

Monday, January 24, 2011

Buah 'Mujur'

Manis dan menenangkan. Sejenis buah yang bertindak sebagai pain killer. Buah ni tidak bermusim, lebat di ranting usia. Kita sentiasa memilih untuk merasai kemanisan nya dan mengurangkan pahit kelat kehidupan.
Saya peminat buah ni..
Bila di lahirkan 50 tahun dulu, 'Mujur' lah saya sempurna walau bukan di lahirkan dalam kemewahan.
Bila membesar sebagai pelajar, 'Mujur' lah saya tidak pernah gagal, dapat juga jadi cikgu walau pun tak jadi menteri.
Bila dewasa, 'Mujur' lah ada jodoh, kalau tak sampai sekarang saya bergelar 'Andartu'.
Bila dah kahwin, 'Mujur' lah saya di kurniakan cahayamata, kalau tidak sepi lah saya sepanjang hayat.
Bila dah tua2 begini 'Mujur' lah di panjangkan usia, kalau tidak, tak sempatlah saya mendekatkan diri dengan Dia yg mencipta.
Bila saya di timpa kesusahan, 'Mujur' lah saya tidak sesusah orang lain yang lebih susah..
Kalau selalu ada 'Buah Mujur' ni, hati menjadi lebih redha dan fikiran pun jadi lebih positif.
Hari ni 'Mujur' lah line tenet tak meragam, kalau tidak macam mana lah saya nak merapu di blog saya ni..
'Mujur' jugak lah boleh merapu di blog, kalau saya merapu di tepi jalan apa pulak kata pengguna jalanraya nanti..
Tau, paling tidak yang kaum Adam mesti kata.."Mujur lah bukan bini aku yang tak betul di tepi jalan ni..."Tau tak per!

Buah Mujur lebat lah di ranting hati..Alhamdullilah.

Sunday, January 23, 2011

Pulihkan semangat saya wahai murid pemulihan.

Esuk saya nak cakap Tamil.
Cakap melayu awak tak faham,
cakap Inggeris lagi lah awak kurang faham.
Jadi macam mana sya nak inject ilmu ke dalam otak awak tu.
Tak der cara lain dah, melainkan cuba bahasa lain.
Kalau awak faham, tak kan lah awak hilangkan buku teks(skim pinjaman pulak tu) yg baru saya beri tu.
Kalau bahasa saya sampai ke otak awak tentu awak dah buat dah kerja rumah yang saya bagi Khamis lepas.
Walau dah 3 tahun di bangku sekolah, baca perkataan dua suku kata pun awak masih terkial2
Si Haikal tu abjad pun belum boleh hafal.
Itu tak kira Si Zahir yang tidor dalam kelas dari pagi sampai waktu balik.Tido mati lagi.
Tak dapat2 walau berbagai pendekatan dah saya cuba.
Saya ni macam bercakap seorang bila berdepan dgn awak semua.
Terkebil kebil..Kosong sekosong kosong nya.
Kadang2 tu rasa kesian,
Bukan pilihan mereka untuk jadi selemah itu.
Astaqfirrullah...
Tuhan lapangkanlah minda anak anak ini dan permudahkan lah mereka menerima ilmu yang ingin saya hulurkan.
Sabar lah cikgu..Banyak2 sabar.
Nak ubat hati yang kecewa saya ingat kata2 ini.
Kalau semua murid bijak2 belaka, semua jadi doktor dan engineer..
Siapalah nak buat rumah batu yang gah bakal di duduki oleh para2 profesional,doktor2..engineer2, menteri2....
Mana tau satu hari nanti, murid2 saya yang istimewa ini lah yang masih bangga memanggil saya 'cikgu' waktu berselisih di jalanan.
Tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan masa depan.
Yang pasti esuk,
Cikgu nak cakap Tamil!

Senangnya dalam hati...Kalau bercucu dua sekali.

Gelaran apa nak pakai nanti yer..Hmmm..
Nenek?
Nenek Rock?
Nenek Brutal?
Ke patut dipanggil 'Wan'? Opah? MamiTok?
Grandma? Granny?
Kalau filem Shah Rukh Khan,
tak silap saya dia orang panggil 'Daddima' untuk orang setaraf saya.
Hehehehe...Kat kelantan zaman dahulu kala, dipanggil 'Mokwo'
Ish...Tak nak lah Mokwo..tua sangat.
Saya kan masih muda..ngehngehngeh...
Saya nak di kenali dengan gelaran 'SITI' lah.
Sebenarnya 'Siti' tu gelaran nenek bagi masyarakat keturunan Arab.
Walau pun tak berketurunan arab, tak jadi masaalah kalau saya suka gelaran tu.
Sikit pun tidak berkenaaan dengan penyanyi tersohor negara ..
Ada ke patut awak kata saya nak tumpang keayuan,ke'glamour'an dia.
Tak nafikan Siti Norhaliza memang lawa..
Saya tak payah jadi dia pun dah lawa jugak .....
Nak tissue dan beg plastik?
Ada yang nak muntah ni.........

Saturday, January 22, 2011

Dah tak ada alasan dah..


Masaalah printer dah tamat.
Noktah.
Yang lama dan menyakitkan hati tu dah saya campak dah.
Dah dapat yang baru.
Hadiah dari anak menantu.
TQ Wan, malam ni Wan datang pasang printer baru.
Bertungkus lumus mummy siapkan kerja yang tak dapat di siapkan di sebabkan printer lama tu meragam.
Barang lama macam orang lama jugak, banyak ragam...
Dapat yang baru lagi best..byk fungsi selain printing.
Macam org jugak la, di puji penuh mulut kalau baru.
Tak, saya tak lupa budi yang lama berbakti pada saya tu.
tapi dah rosak tak kan nak simpan jugak, menyemak.
Jangan buat macam tu pada benda hidup yer, tak baik!
(Adehhhh...sikit pun pesanan penaja mesti ada)
Dah, balik pasal kerja sekolah saya.
Lari tajuk pulak.
Lega bila segalanya beres.
Tinggal lagi cuma sebahagian kecil saja yang tak siap.
Yang ni tak perlu print dan tak boleh salahkan printer kalau tak siap pun.
Saja tak nak siapkan lagi..Masih boleh bertangguh.
Alasan yang paling kukuh kalau di tanya kenapa masih tak siap ialah..
Malas!
Dah tak ada alasan lain dah.
Hanya malas sejujur jujurnya.

Sukarela dokong biawak,... yg hidup pulak tu..


Kalau saya bising,awak kata saya kuat membebel.
Kalau di larang macam di suruh2..
Sekarang siapa yang susah?
Si peminjam dah hilang entah kemana.
Hset pun sah dah tukar nombor.
Kalau dulu acap singgah tayang senyum sampai ke telinga,
sekarang ni tak melintas pun depan rumah..
Jangan harap lah awak nak suruh dia langsaikan hutang dia tu.
Dah awak berani jamin, awak aje lah bayar...
Pernah kah awak fikir.
Mana kita nak cari duit sebanyak ni?
Kalau ada duit pun, tak rela saya habiskan untuk bayar hutang orang.
Lagi baik saya sedekahkan saja kat mesjid, tak sakit hati saya ni.
Kalau yer pun nak berbudi,
jangan lah dengan cara menjadi penjamin..
Bahaya.
Manusia ni time dia nak kita jadi penjamin bukan main lagi iklan belas kasihan.
Berjurai jurai lah si air mata..
Awak pun pantang ada orang mintak tolong sikit.
Murah nak berbudi.
Lain kali kalau awak rasa macam nak dokong sesuatu,
dokong saja saya ni...
Tak berat mana pun kalau di bandingkan dgn biawak hidup tu.

Hentam saja lah labu...

Sabtu.
Kita nak ke rantau Panjang dgn anak menantu.
Nak enjoy myself bershopping sakan.
Nak lupakan kerja sekolah yang berlambak lambak lambak.
Kawan2 saya dah pesan, kerja kerja jugak, tapi jgn sampai tension.
Kalau rasa nak stress tu cepat2 rehat minda..
Kuar ambik angin ke..
Jalan2 ke
Shopping ke..
Yes shopping...Yes Yes Yes.
Thats what I am going to do today.
Atas nasihat kekawan tu maka saya kena lah pergi..
KENA?
Yer, kena pergi, kena shopping, kena makan2..
Kena lah ikut nasihat kannn, kalau tak kawan2 kata saya tak dengar nasihat pulak.
Tak gitu???
(Walhal diri sendiri yang dah tak sabar nak shopping walau di belenggu rasa bersalah sebab nak berbelanja benda tak perlu di akhir bulan..)

Tau tak apa yang paling sedap dalam dunia ni?
Buat benda yang kita rasa tak betul dan menyalahkan orang lain.

Friday, January 21, 2011

Saya bukan malas..........

Petang Jumaat.
Printer meragam lagi.
Nak kena beli printer baru ni.
Yang ini buang ke laut buat tukun ikan.
Kerja sekolah berbukit.
Dah buntu, geram, frust dan nyampah benar.
Tak best macam ni, kerja tak siap bukan stail saya.
Saya tak suka dengan orang yang kerja nya tak beres.
Sekarang saya tak sukakan diri saya sendiri.
Kerja jadi bertangguh.
Tunggu esuk..tengok macam mana..
Kalau problem jugak, sah lah saya ni dah tak leh bagi tanggungjawap.
Dah patut pencen...Menyemakkan saja, tak berguna langsung!
Huhuhuhuhuuuu...Doremon, mana kuasa ajaib awak tu??
Tolonggggggggggg...

Thursday, January 20, 2011

Hanya sedikit yang betul2 ikhlas.

Hati hati lah wahai kawan2..
Di waktu kita susah bukan semua orang ikhlas hulurkan bantuan.
Kebanyakan tu membantu kerana ada agenda tersembunyi.
Mengambil kesempatan dengan keadaan kita yang begitu.
Kalau susah macam mana sekali pun hanya Tuhan saja lah tempat yang terbaik untuk kita mengadu hal.
Ada yang mengaku simpati dan cuba menunjukkan betapa mereka ambil berat..
Sebenar nya tidak, mereka hanya mencari titik lemah kita untuk memanupulasikan keadaan.
Mereka lah orang yang menaburkan seribu janji sehingga kita hilang pertimbangan.
Akhirnya kita akan lebih tenggelam lagi dalam kesusahan yang berganda ganda.
Ramai yang macam ni di dunia ni..jangan tak caya!
Orang macam ni selalunya rupa tu bukan main baik lagi..ngalahkan Imam kalau berhujjah.
Ada yang ngaku kaki masjid walau pagar masjid pun tak pernah lintas.
Ada juga yang suka tonjolkan asset/harta dunia yang palsu..hutang keliling pinggang tak pulak di beritau..
Cara hidup pun kelas, pakaian berjenama..Nak kasi saham tinggi lah katakan.
Kadang tu cuba mengais simpati dengan mereka2 cerita derita yang palsu supaya kita merasakan yang orang yang sekapal dgn kita lah yang memahami kita..
Hati hati lah...entah entah kita ada lah mangsa dia yang ke seribu...
Kawan ketawa ramai, kawan menangis juga ramai tapi mereka bukan menangis kerana kita tapi pura2 menangis untuk melihat kita lebih dasyat lagi menangis...
Tu lah kena hati hati...........

Wednesday, January 19, 2011

Al Baqarah 2:286

~ ”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Betul!

Allah maha mengetahui kemampuan saya menghadapi dugaan dari Dia.

Maka Allah tidak menzalimi saya.

Saya tidak mendendami orang yang mempermainkan hati saya,perasaan saya,kehidupan saya..

Kerana saya lah yang membiarkan diri saya dipermainkan begitu.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia lah yang menyelamatkan saya dari rebah yang panjang.

Saya tahu dan sedar bahawa setiap dugaan Tuhan itu mendewasakan saya dan menjadikan saya seorang insan yang lebih bersyukur.

La takhaf wala tahzan...InsyaAllah.


Apa yang membuatkan saya tersenyum?

Saya ni jenis mudah senyum atau mudah tergelak.
Lebih 'laughing gas' kata mak saya.
Di mana tumpahnya kuah kannn...
Tapi orang2 yang tidak mengenali saya selalu baca saya berlainan.
Sombong.
Tak mesra alam, itu tanggapan mereka, first impression mereka.
Sebenarnya saya tak pandai 'ice breaking' saja.
Tapi setelah mengenali saya, mereka akan ubah pendirian.
Change the verdict-Not guilty!
Nasib baik bukan court case.
Ok ok enough about masuk lift tekan sendiri.
Yang saya nak tekankan di sini ialah,
Banyak benda yang mudah buat saya tersenyum..
Ragam anak2, ragam anak murid..
Silly jokes yg spontan dari kawan2..
Statement yg melucukan bagi saya tu, kadangnya bagi org lain biasa2 saja.
Entahlah, mungkin betul kata mak saya, saya ni golongan yg selalu look at things differently.
Atau mungkin itu pasal lah saya ni manissss..uwekkkkkkkk!!!
Kan pembaca pun dah senyum jugak tu..
(Selain dari senyum, saya juga pandai buat org lain senyum..jgn tak tau..)
Apa yang buat saya tersenyum pagi pagi?
Bila celik mata, buka blog saya dan ada komen dari kawan2 yang singgah..
Sukanyaaaaa.........
Keikhlasan catatan komen dari adik2, kakak2 abang2 semua mampu menceriakan pagi saya.
Walau ada yg hanya mencatatkan 'anonymous' sebagai pengomen, dia tetap saya hargai.
Mengetahui yang ada yang bertandang walau dalam senyap..
Ada yang ambil peduli.
Ada yang memahami.
Saya berharap ada juga yang tersenyum bersama saya waktu membaca post ini kerana..
anda membahagiakan saya.
TQ FROM THE BOTTOM OF MY HEART..TERIMA KASIH.

Monday, January 17, 2011

Bayar harga barang, malu free of charge.

Nak jugak pergi shopping.
Dalam purse ada credit card saja, tunai tak ada.
Jadik. Wang plastik pun duit jugak.
Beli ini ...Beli itu..
Tiba depan cashier dah satu trolley saya angkut.
Pret..pret...pret...
This is my card.
Confident jer.
" Maaf kak, card ni tak leh guna..."
Haah?
Apasal?
Tak kan card kena block pulak.
I smell trouble...
So much so, what to do...?
Turun bawah pergi picit duit di teller lah..
Cian anak saya,
saya terpaksa tinggalkan dia kat counter tu sebagai jaminan saya tak lesap gitu saja.
Alah juruwang tu pun, tak kan lah saya ni nak tipu..
Pernah ke org lain pakai belah tinggalkan barang di kaunter gitu aje?
Tak patut...tak patut..
Penat2 pilih itu ini, kalau balik tangan kosong sah ngigau saya malam ni.
Saya baik hati lah, saya cepat2 bayar tunai..
Tapi sedikit sebanyak saya belajar dari kesilapan.
Lain kali ingat adik2, kakak2, abang2 dan pakcik makcik...
Kalau tau tak de duit jangan ngada2 nak ber shopping sakan!
Kan dah 'drop water face' 30%...........

Sunday, January 16, 2011

Burung kakak tua....


Dah sinonim sangat lah dengan panggilan nenek.
Spek kat mata pun separuh hari saya cari..
Bekas pensil sekejap murid tu dtg hantar, sekejap murid ni datang hantar..Merata letaknya.
Pas tu bising..riuh mencari dan menyalahkan org lain.
Walhal diri sendiri dah kurang bateri.
Nama anak2 pun, kalau nak panggil anak ni, tersasul sebut anak tu..
Jadi bahan gelak anak anak dah sekarang ni.
Bebel pun menjadi jadi..
Separuh abad......Kalau kacang soya, lama dah jadi kicap.
Ada jugak kawan2 saya yang masih fit dan bertenaga macam masih muda belia.
Walau badan dah tua, hati mereka tetap muda.
Saya tak nak lah macam tu..Kubur dah kata mari, akur aje lah.
Sekurang kurang nya saya sedar kelemahan saya.
Terima hakikat saya dah tua dan tua itu sebahagian dari proses kehidupan.
Tuhan dah tarik balik sedikit demi sedikit nikmat yang di pinjamkan Nya kepada saya.
Itu baru sedikit, ramai kawan sebaya saya yang dah pulang ke Rahmatullah.
Saya ni walau dah beruban, kulit dah kendur dan mata dah rabun, masih ada waktu untuk
mendekatkan diri dengan Allah..Syukur.
Nenek + Tua = kebiasaan/normal kan?
Nenek sudah tua...gigi nya tinggal dua.
Datuk tak tua tua....Alahaiiiiiiii...............

Made in xxxxland........

Selain dari sardin, kalau sebut cap ayam, semua org tau..
Mesti cap yang paling koman..'debek' kata org kelantan.
Kasut cap ayam..Kasut yang sekali pakai dah rosak sana sini.
Hset cap ayam..Kalau nak jual 2nd hand sah tak berbaloi..bagi free pun org tak nak.
Jam cap ayam..Sekali pakai dah mati..Innalillah...
Orang cap ayam?
Tiba tiba saya teringat kat kawan saya yang cap ayam ni..
Bukan kerana dia 'debek' atau 'koman'.
Tapi saya suka gelarkan dia gitu sebab dia seorang yang sangat manja.
Kena panas sikit mula lah demam.
Kena hujan sikit mula lah selsema.
Penat sikit mulalah sakit2 urat sendi..
Banyak urusan sikit, sakit kepala berhari hari...
Hmm...Maaflah kalau awak terasa bila saya cakap macam tu.
Awak hebat sebenarnya..Barang buatan malaysia lah katakan..
Yer ke buatan malaysia? Opssssssssss...!!!
Ok ok, saya zip mulut dah.

Saturday, January 15, 2011

Bergelar ibu

Anak saya dah sarat berbadan dua.
Seronok saya tengok bakal ibu ini begitu tak sabar nak jadi ibu.
Bakal bapa pun tidak kurang juga teruja.
Saya dan besan saya yang bakal menjadi nenek pun macam tu jugak.
Tak sabar sabar.
Ternanti nanti kehadiran ahli keluarga baru, InsyAllah.
Teringat kisah lama di waktu saya mengandungkan anak sulung dulu.
Saya kesaorangan.
Saya bersendirian menghitung hari.
Segala keperluan untuk bayi saya sediakan sendiri.
Yer lah, nasib saya tak sebaik anak saya ni.
Masa mengandung sulung tu suami saya di perantauan.
Masih sambung belajar.
Saya terkial kial kesaorangan di rumah sewa kami.
Usahkan nak bermanja, nak mengadu pun payah.
Kalau sakit demam saya harus ikhtiar sendiri ke klinik.
Makan minum pun kalau saya larat saya usahakan.
Kalau tak larat saya tunggu esuk, mana tau esuk saya lebih sihat.
Bila dah sarat/sampai bulan saya pindah rumah mertua.
Itu pun saya masih berdikari, cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.
Alhamdullilah akhirnya bayi sulung saya lahir dengan seribu syukur.
Segalanya selamat.
Terima kasih pada mertua/org tua yang byk membantu.
Kalau saya kenangkan kepayahan saya dan
apa yang saya lalui sepanjang hayat saya,
tangisan mula bergumpal di kerongkong.
Bukan mengungkit segala pengorbanan.
Rasa terkilan, rasa tidak dihargai.
Payah sungguh mengubati hati yang pernah dilukai.
Tak apa lah saya begini asal jangan anak2 melalui kehidupan seperti saya.
Tuhan masih melindungi mereka.
Semoga mereka tetap mendapat keberkatan...Selamanya.

My son turns 21 today.

Happy Birthday Chik.
Sorry, lupa laaa...
Nasib baik kakak remind tadi.
Mummy buzy sangat lately, sorry lah.
So, lets celebrate.........
Kita kuar makan nanti.
Nak makan apa dan di mana.
Ur wish is my command.
Last but not least,
May God bless u son.

Friday, January 14, 2011

ROS bukan sebarang bunga..

Ros datang hari ni.
Dah lama dia tak mengunjungi saya.
Tiba2 hari ni dia datang.
Happy nya saya bila dia sudi makan tghari di rumah saya.
Ros dan saya kawan lama yang byk persamaan.
Sama2 boros berbelanja..
Sama2 loyar buruk.
Sama2 faham jiwa.
Ros lebih muda dari saya.
tapi lebih matang dalam membuat pertimbangan.
Sewaktu langit runtuh menimpa kepala saya,
Ros memayungi saya agar saya tidak berderai.
Satu saja yang membezakan saya dengan Ros.
Dia lebih bernasib baik dari saya dalam segenap perkara.
Sedangkan saya acap kali gagal dan kecundang dalam kehidupan.
Terima kasih Tuhan kerana dikehidupan ini saya mengenali dia yang bernama-ROS-

Thursday, January 13, 2011

Sungguh, saya tak pandai buat ni.

Kalau dapat tugas yang saya boleh buat, InsyaAllah saya buat.
Kalau tugasan itu termasuk dalam tugasan yang saya ada kepakaran lagi lah cepat saya siapkan tugasan tersebut.
Jangan lah bagi tugas yang saya tak tahu nak buat.
Macammana saya nak uruskan nya.
Bukan saya tak nak sudahkan tapi memang saya tak tau macam mana nak mula pun.
Bukak tutup fail berkali2...
Bertanya sana sini tapi tidak banyak membantu mempermudahkan payah ini.
Saya buntu..
Terus terang saya tak reti..
Angkat bendera putih pun kena buat juga sebab dah di pertanggung jawapkan.
Agaknya ni lah sebab saya terpaksa telan Panadol malam tadi.
Dan pagi ni bila tengok fail bersepah atas meja ni, mula berdenyut2 lagi kepala saya.
Kesian otak saya..
Kalau saya kaya raya dah lama saya pencen dah.
Huhuhuhuhuuuu...!!!!

Wednesday, January 12, 2011

Pengalaman pertama yang lawak.

Tak ada keje cari kerja.
Semalam ada kawan ajak saya ke tempat rawatan tradisional untuk resdung/jerawat.
Pertama kali saya ke tempat macam tu, saja lah curious, nak tahu macamana rawatan di jalankan.
Saya terpaksa buat rawatan jugak untuk membolehkan saya masuk ke dalam bilik rawatan.
Saya reka saja lah penyakit yang sewaktu dengan nya.
(kalau betul dia hebat, semestinya dia dapat rasakan yang saya tak ada apa masaalah pun)
Yang boleh saya katakan hanya lah semua nya tidak di terima oleh akal saya.
Sudahlah segala peralatan nya tidak bersih tak pasal2 saya di paksanya telan beberapa jenis ubat/capsul.
Mula2 tu takut jugak lah, entah ubat dari mana yg dia hulur tu.
Saya cepat2 beritau yang saya baru telan ubat dr hospital..Takut lah saya.
Di selimutkan nya saya dengan sehelai kain yg dah berapa org guna dah...berbau. Mual saya.
Di tepuk2 nya pipi saya oleh kerana saya beritau yang saya ni resdung..Sakit free saya semalam.
Pas tu dia keluarkan keris, saya rasa nak lari dah..tapi sabar, kan niat nak tenguk sendiri.Sabar.
Last sekali dia tuang air ke dalam mangkuk dan katanya tgok lah ulat2 dari pipi saya.
Yer ke ulat? saya tgok macam sepah limau purut yang dia lumur kat pipi saya saja.
Atau pun yer ke dari kulit saya, sebab saya tak check pun mangkuk tu sebelum dia hulurkan.
Aduh aduh aduh...Nampak gaya saya nak pencen lah.
Jadi bomoh lagi baik.
puh kiri puh kanan dapat rm 10-20 ringgit, baru 10 minit..Kalau sehari berapa?

Tuesday, January 11, 2011

Dari mulut anak2...

Kes 1
- Ticer, Pak Su kita mengamuk malam tadi.
-Knapa Pak Su kamu mengamuk Akif?
-Mak kita cakap Pak Su kita tu doktor, dia inject lengan dia hari2. Kalau tak inject dia ngamuk lah..
(Kecik2 dah terdedah dengan benda kotor ni...)

Kes 2
- Si Zakir kan ticer, dia bawak duit 50 sen hari ni.
- Betul ke Zakir? Cukup ke 50 sen tu?
- Dah banyak tu ticer, selalu Zakir tak bawa duit langsung pun.
(Bagaimana dengan anak kita? Berapa ringgit sehari..tentu lebih bernasib baik dari Zakir kan?)

Kes 3
- Mama kita gaduh dengan papa kita. Mama kita kata dot dot dot dot...pas tu papa kita dot dot dot...
- Dah Syamil, siapkan kerja awak tu...
(Cerita tak lulus untuk tayangan pun ada kadang tu..)

Kes 4
-Ticer, cantik jam ticer.
- oh yer ke Haikal, terima kasih lah.
- Saya tengok kat pasar malam pun ada, rm 10 jer.
- Haah?
(Hentam saja lah Haikal , tak kuasa saya nak perbetulkan punn)

Anak anak menuturkan apa yang mereka pandang dari persepsi yg tersendiri..
Saya hanya mengajar mereka bahasa Inggeris,
Mereka lah yang mengajar saya melihat kehidupan dari sudut yang berbeza.

Apa kena ni...

Nak print kerja sekolah, printer meragam.
Nak laminate berbagai paper work, extansion entah di mana.
Nak guna kertas warna, kertas tertinggal kat sekolah.
Mana kerja sekolah saya yang dah saya siapkan tadi?
Kenapa alat tulis saya berterabur, siapa yang usik ni?
Jangan sentuh kerja saya k, saya tak suka.
Kenapa nih...Serba tak kena hari ni.
Tarik nafas dan bertenang...
Astaqfirullahh...
Kalau tak sabar, mau nya saya mengamuk!
Saya buka blog saya, mengatur kata sambil menjinakkan amarah.
Bertenang lah wahai hati yang sedang menggelegak..
Nanti siang langkah akan lebih di berkati.
InsyaAllah..
Kita hanya manusia yang tak boleh lari dari membuat kesilapan.
Sabar, sekejap lagi nak solat subuh..
Harap2 Segalnya kan baik baik belaka nanti.
Saya yakin, Tuhan tak pernah menzalimi makhlukNya.

Saturday, January 8, 2011

Terpikat

Saya nak beli kereta.
Warna merah,kereta kecik tapi kuasa besar.
Kalau speeding pun smooth dan ada good grip.
White leather seats dan interior yang mewah.
Rim sport pun nak yg ada kelas gitu.
Aduyaii...Ukur baju di badan sendiri.
Tapi tu kalau nak tempah baju.
Setakat nak ber'Minah Jenin' ni tak de masaalah.
Tak salah kan berangan?
Nak keluar rumah pun hujan, tak de keje lain berangan lah.
Alah, berangan tu free, bukan kena bayar tiket pun..
Frankly speaking lah,
Usahkan nak beli kereta,
nak beli motorsikal pun tak mampu sebenarnya.
Tapi tadi saya tengok kereta merah ni..
Sah, kereta ni akan saya beli nanti.
Tunggu dan lihat.

Friday, January 7, 2011

Anak saya kenal 'Tamparlogi' saja..

Pesan seorang Ibu kepada saya.
"Cikgu, Anak saya ni tak boleh di tengking herdik, lemah semangat.. cikgu ajar lah anak saya ni macam cikgu ajar anak cikgu sendiri...."
Macam tu ka?
Betul saya bangga dengan kejayaan anak2 saya, tapi bukan cara tu saya mengajar mereka.
Awak tak tau macam mana saya ajar anak2 saya kat rumah.
Saya tak reti manja2kan anak ni.
Bab belajar saya tak ada kompromi.
Mesti buat yang terbaik.Mesti.
Tanya lah anak2 saya tu, siapa yang tak menangis setiap kali mengadap saya untuk menyiapkan kerja rumah atau untuk sessi pembelajaran..Tak ada sorang pun.
Kalau anak saya lah tak buat kerja sekolah, tak merasa nasi lah hari tu selagi tak di siapkan kerja rumah dulu.
Kalau anak saya tak hafal apa yang saya suruh hafal, tido kat meja lah,jgn harap nak masuk tidor atas tilam empuk.
Sebelah tangan pegang rotan, kalau tak pun telinga tu merah2 kena pulas.
Selagi tak masuk apa yg diajar selagi tu saya uli, saya latih tubi.
Saikologi? tak, tamparlogi.
Air mata berjurai2 lah, terketar2 lah jawap soalan dalam nada tengking saya tu.
Tapi itu cara saya dan mereka anak2 saya..Saya berhak guna cara mana pun.
Hasilnya...Hasilnya tidak mengecewakan.Alhamdullilah.
Saya ni wahai ibu bapa yang di hormati,
Kalau boleh, nak ajar anak2 tuan puan macam anak sendiri.
Tapi saya takut nanti sekolah dapat surat layang pulak.
Atau tak pasal2 ada yang datang cari saya kat sekolah dengan parang.
Mana tau tak pasal2 PPD tukarkan saya atas aduan salah laku..
eee..tak nak saya macam tu.
Oleh kerana itu maka tak dapat lah saya buat apa yang suruh saya buat tu.
Budak2 sekarang, usahkan sentuh sikit, tinggikan suara pun dah sibuk mak bapak hello kat cikgu besar.
Kalau saya denda kerana tak siapkan kerja sekolah pun salah.
Denda sikit tak boleh, marah sikit tak boleh..
Pas tu macamana saya nak ajar anak tuan puan seperti saya ajar anak2 saya tu..
Tarik balik lah permintaan awak tu yer..Maaf sajalah.

Boleh ke saya mogok hari ni?

Malas nak ke pasar.
Malas Malas Malas.
Sejuk.
Hujan hujan ni sejuk.
Jalan ke pasar berlopak lopak.
Kalau parking jauh basah nanti.
Berat menjinjing barang tu satu hal jugak,
berulang alik ke kereta dua tiga kali.
Kalau suruh org lain pergi pasar, yang kedengaran ialah,
Malas nak kuar rumah pagi2.
Hari ni saya malas jugak.
Kita semua sambung tidor,tarik selimut.
Atau duk depan TV, depan laptop.
Tak payah makan minum.
Puasa.
Duit pun jimat kalau tak payah ke pasar.
Pagi ni saya nak tengok siapa yang pertama bertanya,
"Tak pergi pasar ke pagi ni?"
Jam tu lah saya nak jawap...
"Dah hampir 30 tahun dah pergi pasar setiap hujung minggu, Hari ni saya nak mogok boleh tak???"

Thursday, January 6, 2011

Sanggup ke ?

Mummy, naper mummy tak beli rumah kat kawasan banjir tu, kan best dapat berenang dan main air dlm rumah sendiri?
What?
WHAT?
A' a yer..naper lah saya tak beli sebuah rumah di kawasan yang di naiki air bah/banjir.
Betul jugak kata anak saya tu, kalau tinggal di tempat tu dapat swimming pool free setahun sekali.
Kadang kadang 3 kali setahun.
Boleh swimming sepanjang hari.
Boleh main sampan.
Boleh berpesta air...
Nanti lah mummy beli sebuah..
Tak nak beli rumah tenggelam banjir sampai kena pindah2 tu.
Nak yang aras2 pinggang air nya.
Kira cukup untuk keturunan itik saya berenang.
Nak berenang sampai dari pagi sampai malam pun boleh.
Bila penat berenang boleh masak maggi panas2
Nak masak kat mana dah dapur tenggelam?
Nak beli maggi kat mana dah terputus hubungan?
Ok, kita tok sah fikir bab makan.
Penat berenang kita Tido..
Nak tido kat mana kalau katil dah bawah paras air?
Persoalan yang terbesar dan terpenting
..Nak buang air camana kalau tandas pun dah tak nampak mana mangkuk nya...
Aduhhhhhhhh...
Sanggup ke?
Betul ke nak tinggal di kawasan yang ditenggelami air ni?
Fikir habis habis..
Apa kata kita K.I.V dulu.

Tuesday, January 4, 2011

Ada sapa2 sokong saya tak?

Saya terbaca iklan dari Bank Raayat.
Pasal pinjam meminjam ni.
Saya tak pernah buat pinjaman kewangan sebesar ni sebelum ni.
Bila kawan2 duk hurung borang pinjaman tu saya pun ikut pasang telinga.
Menarik jugak yer..Bukan byk mana pun potongan bulanan tu.
Tak ke tak nak? Nak ke tak nak?
Balik rumah saya cerita kat hubby saya niat saya tu.
Dah tau dan dah boleh agak apa komen dari dia.
Macam2 alasan saya kemukakan untuk buat dia setuju.
"Nak buat apa dengan duit sebyk tu?"
Satu soalan yg saya tak mampu jawap sbb memang saya tak de perancangan apa2 pun.
Saja jer nk pegang duit rm 25,00 dalam tangan , jawap saya selamba.
Tak de beban cari beban..Kerja bodoh tul lah awak nih.
Itu ayat akhir dari dia.
So kira tak de penyokong lah saya ni.
Tak boleh ke sekali ni saja saya nak buat apa yang saya nak buat?
Please...Please ....Please.....

Monday, January 3, 2011

Sapa lagi samseng?


Photo ni sempena hari pertama persekolahan.
Semangt berkobar kobar nih.
(Anak dengan mak sama bersemangat).

Tapi tahun ni lain sikit.
Saya ditugaskan di kelas yang paling corot.
Kira kelas yang memerlukan lebih kesabaran lah.
Adalah dua tiga budak dalam kelas tu yang dah dapat sijil sah nakal..Tak makan saman gitu.
Tak per, saya 'all rounder'.
Bila masuk saja ke kelas tu saya mengucap panjang.
Baru sehari, kelas dah macam kapal pecah.
Hello budak2...
Awak nak tunjuk hero yer..
Ok, ni Bukan sebarang ticer laa..
Kalau awak boleh bersilat dlm kelas,
Ticer awak ni tali pinggang hitam, sikit ticer tak heran.
Kalau awak ber 'KunFfu',
Ticer punya nenek tu Kung Fu master tau tak?
Padan lah GB bagi kat saya kelas ni,
Bertemu buku dengan ruas lah kita nanti..
Kawan2 saya gelak bila saya kata saya sahut cabaran yang saya anggap kecik jer ni.
Agak nya mereka nak tunggu tengok di akhir waktu persekolahan murid ke cikgu yang menngis.
Jangan GB yang menangis dah laaa....

Saturday, January 1, 2011

Cuba untuk berjaya duhai anak.

Dari Kota Bharu ke UITM Machang lebih kurang satu jam lebih sikit.
Lepas solat magrib,anak teruna saya call, tak de baju bersih katanya.
Menyalahkan hujan sebagai faktor pendorong dia mintak bantuan pakaian dari rumah.
Yer lah, letih ke penat ke, bila anak memerlukan sesuatu tu tak sanggup nak hampakan.
Start enjin kereta dan rela meredah malam yang basah tanpa banyak soal.
Sampai saja di UITM tu dia dah tercegat menunggu.
Bertukar tangan lah baju bersih dengan baju kotor.
Ok lah anak, mummy harus bergegas balik sebab malam makin pekat.
Adik Adik kat rumah pun mummy tinggal begitu aje,
nak singgah beli dinner untuk dia orang lagi.
Minyak kereta, tenaga, masa dan wang ringgit adalah tanggung jawap mummy.
Mummy tak kisah berpayah demi anak asalkan..
Anak mummy tidak mengecewakan mummy.
Tidak mempersiakan harapan mummy untuk tengok anak berjaya.
Tidak menjadikn pengorbanan mummy sia sia seperti bara yang menjadi abu.
Dan abu itu berterbangan mengikut angin tanpa haluan.
Cubalah untuk tidak menjadi debu.
Cubalah anak, cuba sehabis baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...