Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, April 28, 2011

Memang dah di sahkan tak akan merasa kurus lagi..Redha aje laa

Kenapa saya crop foto sampai tinggal sebesar jari saja ni?
Sebabnya semua cara lain dah fail!
Berlapar sudah.
Berjogging sudah.
Makan teh langsing sudah.
Makan pil cair lemak sudah.
Minum banyak air sebelum makan sudah.
Tak makan waktu malam pun sudah amal.
Tak jadik jadik!
Satu jer yang belum dan tak akan buat,
Tummy staple...ish,not that desperate lah you.
Frust jugak laa..
Tak turun2 timbangan nih.
so the only way to look less fat...
hehehe, thinner in another word is..
Crop the photos.
Dalam gambar bisa saja dong
sorok lemak berlebihan.
Pandang lahhh...Lihat lahhh...
Tiru macam saya kalau nak kurus k.
Sekurang kurang nya 'menyamar' kurus sekejap.
Ok, Have a nice day ebribodih...
Jom, breakfast roti canai dan kari kambing..
or Nasi lemak ayam goreng berempah...
Teh tarik....Kalau ada donut tu boleh jugak.
See?

Wednesday, April 27, 2011

Blogwalking ke setiap daerah..Melihat kelebihan orang lain dan menerima dgn redha kekurangan saya.

Bila tak ada kerja lain,
saya jalan jalan ke rumah jiran.
Jenguk tanpa izin.
Ada kala tinggalkan buah tangan,
Ada kala berlalu tanpa berbekas.
Jiran jiran saya ini,
Alhamdullilah,
sihat sejahtera.
aman damai,
berjaya,
bahagia.
Tidak pernah kah bumbung mereka di terbangkan angin ribut emosi?
Tidak tercalarkah dinding mereka dengan duri duri kehidupan?
Subur sentiasa kah kuntum cinta mereka laman hati?
Tidak gersang kah tanahkebun mereka di usap kemarau jiwa?
Tidak merekah kah lantai mereka di hentak perasaan yang bergelora?
Atau mungkin juga.
mereka adalah orang yang lebih bahagia dari saya.
Tumpang bersyukur dan tumpang bangga.
Hari sudah senja,
saya harus beredar.
Pulang ke pondok usang persinggahan sementara.
Dari jauh saya tatap kediaman saya itu.
Biarlah walau pun di sini saya jatuh,
di timpa tangga, dinding, atap dan sebagainya.
Ada kala di sini juga saya temui damai.
Kenangan dan sejarah dlm diri yang saya semai di sini,
melekakan saya dari membilang duka.
Terhibur juga dengan cerita2 teman jiran.
Melombong infomasi di sini.
Membunuh sepi
Sebenarnya di sini saya belajar
mencerminkan diri sendiri.
Menerima segalanya
seada nya.

Tuesday, April 26, 2011

Cikgu tukar nama hari ni..

Aduyaiiii.....
Memalukan!
Apalah saya nih.
Nasib baik kekawan tak sempat tengok.
Kalau tidak, sah kena gelak satu sekolah lah.
Siap kena kutuk lagi.
Orang lain ada Hubby jugak,
tapi tak lah sampai pakai nametag Hubby.
Yer...betul lah tu.
Saya TERPAKAI nametag Hubby.
Cuai nya saya.
Sebenarnya saya tergesa gesa ke sekolah tadi,
Capai name tag atas meja, campak dalam handbag.
Sampai sekolah tak sempat pakai.
Bila masuk kelas ada bapa menunggu untuk jumpa saya.
Jadi tergesa2 lah saya raba nametag dalam handbag tu.
Bila terpegang saja, saya terus lekat kat tudung sambil perhatian /fokus saya kepada apa yang bapak tu sedang mengadu (hal anak dia.)
Si bapak ni pulak tak komen apa pun, terus saja berurusan dgn saya hingga selesai.
Terima kasih lah kat anak murid yg duduk paling depan tadi.
Dia yang masih tak fasih membaca, terangkak2 mengeja nama di nametag tu.
Agaknya dah biasa nama saya senang di eja, hari ni susah pulak..
Konpius sakan dia.
Berkali kali lah dia duk..S..A..Sa..
Saya perasan yang mata dia di nametag saya.
Dah hari2 duk hafal eja nama Ticer tak macam ni,
tiba2 hari ni dah tukar nama pulak ke Ticer ni?
Lohhhhhhhh....apasal awak tak gitau Ticer dari tadi?
Huhuhuhuhuuu..
Haikal,
apalah agak nya ayah awak fikir tadi.
Cikgu dgn anak murid 2 X 5 ...
Sama tak tau membaca lagi.
Lain kali,
Saya kena lebih berhati hati di jalan raya.

Monday, April 25, 2011

Bahaya ni..

Saya hari ni
.
Esuk mungkin begini.......
.
Lusa?

Sabar...Sabar....Sabar....

Sabar!
SABAR!!

Dah sabar lah ni.
Dah sabar separuh mati.
Yang jadi masaalah nya separuh yang hidup ni,
kadang tu rasa nak meletup jugak.
Sabar.
Senang cakap dari buat.


Sunday, April 24, 2011

Hasil seni Imaad yang pertama.

Dah selalu upload foto wajah dia dan badan dia.
Kali ni nak tunjuk kaki dia pula,
Kaki yang gemuk berisi.
Imaad, jaga2 kaki Imaad tu,
Ramai yang nak gigit.
Mak2 sedara tunggu masa saja nak gigit.
Geram.
Telapak kaki sebesar dua jari.
Begitu kata orang tua tua.
diasuh di didik hingga dewasa.
Sehingga telapak kaki sebesar telapak kaki ayah bonda.
Grandmummy rasa nak kekalkan imej kaki tu dalam bentuk lukisan.
Maka terhasil lah yang Grandmummy namakan ' Jejak' ini.
Nak buat macam mana Imaad kan, dah dapat nenek yang suka melukis,
habis telapak kaki cucu kotor bersapu warna...
Sabar jer lah Imaad yer.

Saturday, April 23, 2011

Kat kawasan awak macam mana...sekejap ada sekejap tak ada juga ke?

Lumba lari antara Sang Kura Kura dengan Sang Arnab.
Siapa menang?
Sang Kura Kura.
Sebab nya Sang Arnab tidor bawah pokok.
Hari ni Sang kura kura menang lagi.
Tapi bukan Sang Arnab yang menjadi saingan.
Line tenet kat rumah saya.
Kura kura lumba lari dengan line tenet.
Bravo!
Sang Kura Kura menang!
Line tenet ni merangkak rangkak, sekejap diam sekejap bergerak.
Letih macam tak cukup vitamin.
Usahkan kura kura, kalau lawan dengan siput pun rasa nya menang siput.
Kalau Sang Kura Kura tido bawah pokok pun sah menang jugak ni.
Maka tak pasal pasal.
Sang manusia yang bernama Saya satu hari suntuk duk menyumpah yumpah.
Adeiiii...........!!

Friday, April 22, 2011

Pesan Nenek


Cucu nenek, Imaad,
Nenek nak pesan sikit,
Dengar ni,
Imaad,
Besar nanti Imaad nak jadi apa?
Tak payah jadi Ultraman yang menghapuskan raksaksa lah Imaad.
Cukup lah, bila besar nanti Imaad tolong buang tulang ikan dari lauk nenek tu, mata nenek mungkin dah kabur benar, jari pun terketar ketar di masa tu.
Nenek rasa pakaian Ultraman tu tak senonoh, sendat semacam jer.
Fesyen zaman dulu pulak tu.
Pendek kata tak yah jadi Ultraman lah.

Batman pun tak usah.
Tak payah jadi Batman yang membantu polis menjaga keselamatan,
cukup lah Imaad jadi cucu yang sesekali datang temankan nenek di malam hari kerana nenek ada kala kesepian dan ketakutan bila bersendirian begitu.
Nanti Imaad jangan pulak tido terbalik bergantungan di dahan mcm Batman tuh, jatuh kang, benjol.
Itu pasal nenek kata tak yah jadi cam tu.

Superman baik jangan.
Tak payah jadi Superman yang gagah perkasa tu,
Imaad bantu saja angkat nenek dari katil ke bilik air, papah nenek bila nenek dah terlalu lemah untuk semua tu.
Paling nenek tak suka kalau Imaad pakai seluar dalam merah stail macam Superman tu..
Tak tau malu langsung Superman tu kan.
Kalau Imaad buat jugak,
Nenek rotan nanti!

Power Rangers?
Jadi Power Rangers pun tak perlu,
Imaad cuma tolong keluar belikan nenek keperluan dan bawa nenek ke klinik bila nenek tak sihat dan memerlukan ubat sudah lebih dari cukup.
Imaad tok sah bergaul lah dengan kawan2 macam si Power Rangers tu,
kawan apa macam tu..
Keluar rumah tak bagi tau mak bapak,
baca buku pun tidak,
asyik nak tunjuk hebat saja..

Ok Imaad, sekarang Imaad masih kecik...
Masa berlalu sekejap saja.
Ingat pesan nenek ni.
Ingat......

Thursday, April 21, 2011

Siapa yang pernah berada di tempat ku, mesti tau .

Pejam
Celik
Pejam
Celik
Menguap berkali kali.
Lena nya tidak jugak.
Mata memberontak.
Solat sunat.
Minum susu.
Baca buku
Selawat
Bilang biribiri?
Semua benda di cuba.
Mata degil juga.
Bila tak dapat lelapkan mata di malam hari.
Terkebil kebil..
Di waktu orang lain di ulit mimpi,
Aku buntu.
Resah dan tak tau apa perlu aku lakukan.
Terbaring di situ,
setelah bangun dan cuba tidur berkali kali,
masih keras mata ku ini.
Aku merenung siling kapur yang berbunga bunga.
membilang setiap kelopak dan daun nya.
Belakang mula terasa panas.
Bantal mula membeku bagai kayu yang menyakitkan kepala.
Sekejap mengiring ke kanan
Sekejap ke kiri.
Sunyi nya di malam hari.
Yang kedengaran hanya sepi.
Nak ku lontarkan saja jam meja itu.
Dari tadi perlahan benar gerak jari nya, malas sungguh.
Duhai mata,
Kenapalah kau dera diri ini?
Tidak kah kau rindukan mimpi?
Cubalah lena,
Sekarang baru pukul 3 pagi.
Subuh masih jauh.
Minda pun sudah letih mengulang tayang cerita lama.
Hati sudah penat berbicara.
Labuhkan tabir sedar ku wahai Tuhan,
Aku perlu tidur dan InsyaAllah,
jika Kau izinkan,
aku perlu terjaga lagi esuk pagi,

Wednesday, April 20, 2011

Awak dengar tak ni? Malas dah saya nak ulang ayat mcm ni dan lagi dan lagi dan lagi...

Orang tua tua kata.
(Saya tua juga tapi saya tak kata.)
Kalau orang yang bercakap seorang tu,
orang tu orang yang sakit.
Kurang sihat.
Terbakar fius
Mungkin jugak tak cukup satu suku.
Maka tinggal tiga suku sajalah.
Cuba cermin diri sendiri.
Saya rasa saya dah lama duk cakap sorang sorang kat sini
Saya dan orang2 yang sewaktu dengan saya.
Helloooooo...
Bukan saya sorang k.
Tak gitu?
Kita ni memang tak bersuara dengan mulut tapi jari yang menuturkan bahasa hati.
Mana tau ada orang baca ke tidak.
Kalau ada org baca memang lah tidak bercakap seorang.
Tapi kalau tak ada orang baca?
Tak ke bercakap sorang sorang nama nya tu?
Risau pulak yer, tak sihat ke saya nih...
Panas kepala ke ..something wrong upstairs ke..
As for me I have my reasons.
and I think you have yours too.
Bagi saya, saya rela bercakap sorang sorang kat sini sebab nya.
Kalau saya pot pot pot pet depan org, org buat derk saja..
Orang lebih suka focus kat dada akhbar..nak tembus newspaper tu ditenungnya.
Kalau jawap pun nak tak nak saja..berat macam batu setiap perkataan tu.
Kadang tu saya rasa saya ni macam lah invisible..unnoticed and unheard langsung.
Sebesar saya dan as loud as me pun macam tak nampak, tak tau lah saya..
Kalau kita luah kat sini, dah kita tau benda ni bisu ,kita tak sakit hati.
kan kan kan?
Do I make myself clear????

Heheheheeee....Hujan tidak, ribut tidak, tiba2 gunung berapi meletup!

Tuesday, April 19, 2011

Nak tengok hantu, mari sini nak tunjuk..

Ada hantuuuu...
Ada.
Sungguh!
Kat rumah saya
Eee...Takutnyerrr...
Camna rupanya?
Tak tau nak cakap.
Depan saya Hantu tu ghaib.
Takutkan saya kot.
-
-
-
-
Gini,
Dah byk kali berlaku gini.
Semalam berlaku lagi.
Semalam banyak gelas kosong
Bersusun atas meja depan TV
Ini siapa ambik air dan tinggal gelas kat sini?
Sapa?
Baik ngaku?
-
-
-
Sorang pun tak mengaku.
Sah hantu.
Hantu yang dahaga
Hantu yang pemalas
Hantu yang tgok Astro lewat malam.
dah tu,
Nak tolong kemas meja pun tak boleh.

Hantu ada juga
dalam kawasan sekolah.
Dalam kelas pun ada
Di whiteboard penuh berconteng.
Dengan permanent marker pulak tu.
Siapa punya kerja ni?
Murid2 semua ngelengkan kepala.
Hantu yer?
Tentu hantu nak belajar A, B, C ni.
Sah ada hantu juga.

Ni kat depan laptop ni,
Ada juga Hantu.
Setiap kali saya melintas, dilambai lambainya saya
Di seru seru sampai saya jadi terpaku di sini.
Dari tadi nak ke dapur tapi tak jadi jadi.
Hantu ni lebih power dari Hantu Nasi.
Tunggu pawang Hantu balik sekejap lagi,
Bergegas lah saya ke dapur masak itu ini.

Jaga2 semua hantu hantu yang berkeliaran.
Ku hembus kiri, ku hembus kanan,
Aku pun turut naik hantu baru kau orang tau!

Usia tolak 40 tahun..


Kembali menjadi seorang anak kecil.
Seronok.
Lupakan dewasa yang memenatkan.
Lupakan buat sementara.
Sesekali jadi anak kecil yang bebas duka.
Kembali ke alam kanak kanak.
Melihat dunia dengan perspektif yang berbeza.
Warna warni .
Gemilang cahaya.
Bagi seorang anak kecil,
Luka hanya di lutut bukan di hati.
Senak pun hanya di perut bukan di otak.
Serabut pun hanya di jalanan bukan di jiwa.
Euro Disneyland,
Di sini, di alam fantasi ini,
Syurga dunia anak anak.
Kita yang dewasa,
Turut terbawa bawa..
Seakan terlupa bayangan dewasa tetap mengekori kita.
Alangkah indahnya berada di alam mimpi itu biarpun hanya sekejap cuma.

Monday, April 18, 2011

Ada siapa2 nak jual tanah?

Nak jual tanah?
?
Ada siapa2 nak jual tanah?
?
Saya nak beli.
Betul,
memang saya nak beli tanah.
?
Kelmarin dah beli tanah
Esuk kena beli tanah lagi.
Musim beli tanah.
Duk dengar orang beli tanah,
saya pun nak beli jugak.
Kawan2 sibuk turun naik pejabat tanah.
Ada saja duit lebih, beli tanah.
Saya jeles.
Saya pun beli lah juga ni.
Beli tanah dekat rumah saja.
Senang.
Saya pergi tinjau,
Big boss setuju.
Rasa okey, berkenan, terus beli.
Bayar cash lagi.
Kebetulan duit ada dalam poket cukup2.
Tanah padi?
Mana ada tanah padi dekat rumah saya ni?
Tanah getah?
Bukan, mahal sangat tu.
Tanah kebun?
Ish, saya tak suka berkebun.
Tanah tapak rumah pun bukan jugak.
Tanah ni, tanah nak buat tanam pokok bunga ni.
5 hinggit se paket.
Semalam beli kat nursery depan rumah 2 paket.
Tak cukup.
Pasu besat sangat.
Kena beli 2 paket lagi.
Apa la awak ni...Ingat saya banyak duit ke nak beli berekar ekar tanah?

Sunday, April 17, 2011

Bukan belon jer yang boleh mengembang.

1994
Masa ni berat badan 54.6 kg.
Kurus.
Pernah kurus awak jangan tak tau.
Sebelum ni lagi kurus tapi tak lulus untuk tayangan.

2008
Dah naik melebihi 10 kilo.
Punca?
Usia dan hobby baru..Makan!
Anak2 pun dah besar2, relax sikit.
Banyak rehat dari kerja.
riadah mula kurang.
Bermalas malasan sokmo.

2011
Terkini..Kalau di bayar pun tak kan saya beritau berat badan saya ni.
Awak tengok pun boleh agak dah....Dasyat.
Mengembang hari hari..
Ini belum minum ibu roti lagi ni.
Mengembang mengalahkan belon.
Tapi macam saya kata lah,
saya nak diet dah ni...Esuk.
Lepas esuk, esuk
Lepas esuk, esuk.
Tapi saya tak nak dah kurus macam dulu2
Nak kurang gemuk sikit dari sekarang saja.
Muat baju cukup!
Untuk pengetahuan semua orang yg sedang menggeleng gelengkan kepala tanda terkejut nengokkan perubahan saya, foto terakhir tu silap sudut posing jer, saya tak lah segemuk tu..Jurugambar tak pro. Tak nak terima hakikat, denial!

Masuk kandang kembing menggembik.

Saya bawa Anis mengenal kehidupan di daerah ini.
Melihat sendiri cara hidup kanak2 lain se usia dia yang hidup cara yang berbeza.
Tak semestinya mereka tidak bernasib baik kerana tidak berada di tempat Anis.
Mungkin mereka lebih bernasib baik begitu, lebih bahagia dengan cara mereka.
Bagi mereka itu cara hidup mereka dan selesa dengan cara itu.
Tapi lain pendapatAnis, pendapat seorang kanak2 yang cetek fikiran.
Mula mula tengok keadaan tempat menginap,
Anis resah..
Tak ada TV, tak ada internet, tak ada aircon dan tak ada hot shower dlm toilet.
Bila malam Anis takutkan bayang pokok2 besar tu dan bunyi cengkerik mengganggu mimpi dia.
Masih banyak yang perlu Anis belajar dari mereka.
Masih banyak yang Anis tak faham mengenai ketenangan hidup di sini.
Kelebihan Anis hanya satu, cepat dapat kawan.
Budak budak kampung ni mengajar dia berendam dalam air kat waterfall.
Anis seronok betul.
Tak nak naik naik.
"Anis, best tak main air terjun?"
Anis ketawa2 dan laung dari dalam air kearah ku yang tercegat di atas batu besar di tepi ni,
"Best lah mummy..lagi best kalau boleh order McD lepas mandi ni.."
Hmmm....Tak habis habis Si Anis nih!

Saturday, April 16, 2011

Tuhan berkatilah anak ini.


Jauh di pedalaman,
Di Kuala Bala, Daerah Jeli.
Saya temui gadis pingitan ini.
Seorang ketua murid di sek men Kuala Bala.
Baru tingkatan 2 katanya
Sebaya anak gadis saya,
Tapi jauh lebih matang.
Sopan.
Kagum saya dengan peribadi dia.
Duriani nama dia.
Seakan dia membaca apa yg bermain di kepala saya dia terus menyambung kata
"Tak, saya tidak lahir di musim durian."
Saya senyum, dia senyum..Manis senyuman nya.
Anak ke 9 dari 13 adik beradik.
Padan dengan nama kampung tempat tinggal nya kata kawan dia.
Kg Biak.
Saya tergelak.
Dia gelak juga tak berkecik hati pun dengan gurauan itu.
Anak seorang penoreh getah.
Tentu lumayan pendapatan orang tua nya sekarang.
Getah mahal.
Tapi dia menidakkan nya.
Katanya cukup makan saja.
Merendah diri dan sopan sekali.
Mengaku tak pernah ke bandar Kota Bharu
Tak perlu tanya sama ada pernah tak ke Kuala Lumpur,
Dah sah jawapan nya apa.
Tak percaya rasa nya bila dia mengatakan yang dia tidak pernah menyentuh pasir pantai.
Itulah hakikat anak2 yang berada di pedalaman.
Impiannya untuk bermain ombak di pantai.
Saya ajak dia balik ke daerah saya, rumah saya.
Saya nak bawa dia kemana saja.
Saya nak bagi dia peluang belajar
dan pengalaman hidup yang lebih mencabar.
Pertukaran dia boleh saja saya uruskan.
Izin dari keluarga dia boleh saya pohon.
Tapi dia menolak dengan baik.
Tak sanggup berpisah dengan ibu bapa dan adik2
Tak mau tinggalkan kehijauan bukit dan kabus pagi yg sejuk menggigit tulang.
Biarlah dia bahagia di sana, saya tak ada hak untuk rampas kebahagiaan itu.
Cuma saya rasa sangat tersentuh dengan peribadi gadis itu..cukup eluk budi pekertinya.
Kalau dia nak datang sebagai anak angkat saya, amat saya terima..
Kalau esuk2 mana tau dia datang sebagai menantu saya,
Pun saya terima dengan tangan terbuka.

Friday, April 15, 2011

Kalau 'DIA' ada, saya tak nak turun dari kereta.

Di hari minggu ni saya nak buat benda yang saeumur hidup saya tak pernah buat.
Pertama kali.
Yes, Yes Yes!
Seronok Seronok Seronok.
Tq Tq Tq
Terima kasih lah ada orang nak ajak kita.
Kalau tak ajak kita nangis guling2 ni.
Silap hari bulan hentak2 kaki gemuk, boleh retak simen tau!
Saya nak ke pedalaman,
ke daerah yang asing buat saya.
First time nak jejakkan kaki ke sana nanti.
Tak tau lah macam mana..
Tak dapat di bayangkan lagi.
Tak, bukan expedisi ke apa.(dah terlalu tua untuk itu)
Saya hanya nak rehat minda dan lihat keindahan alam semulajadi saja.
Nak rehat hati juga.
Nak berdendang sayang dengan kodok dan cengkerik.
Nak mengadu pada batu, pada bukit dan gunung.
"Batu belah batu bertangkup..
Makan lah aku,telan lah aku..
Aku kempunan telur tembakul.."
Hehehe..teringat pulak cerita zaman kanak2 dulu
Cerita Bodoh tu, tak boleh di buat tauladan.
Ok, berbalik pada cerita saya,
Halamakkkk...happy sakan.
Nak merasai kelainan, itu yang penting,yang saya harapkan.
Tak sabar ni...Jap lagi nak isi barang dalam kereta.
Bye bye....nanti saya cerita lah pengalaman baru saya nanti.
By the way, harap2 jangan lah ada musuh ketat saya..PACAT...
Ada ke?
Ada ke awakkkkk?
Biar betul ni...Ada ke Sang Pacat ni awakkkk?
Saya tak suka dia,takut teramat sangat.
Ni yang tak best niiiiiiiii.

Thursday, April 14, 2011

Gud night bebeh.

kLAu ngwnrtuk tito...tuttuplAPPTOpn ni/..........,.......//////.,.............................................................................................................................................................................................................................................................................

Wednesday, April 13, 2011

Tinggal tiga beradik lah kamu.

What?????
-
-
-
-
Huhuhuhuhuu!!
Tak nak dengar!
Tak nak tengok!
Sampai hati awak.
-
-
-
-
-
-
-
-
Benci benci benci.


Cian Kopi ku.
Cian Kopi ku



Tu lah.
Kan dah cakap,
jangan main kat situ.


Cian Si Ibu.
Sabar Kropok yer.

Si Kopi suka main kat porch
Sekali Hubby undur kereta.
Cerita seterusnya tak sanggup nak teruskan.
Tak nak di ingat ingat.
Uwaaaaaaa....!!!!

Tamat lah riwayat Si Kopi pada pukul 10 mlm tadi..
Saya sedih, saya tak suka.
Saya nak masuk dalam selimut, letak bantal atas kepala,
pejam mata dan tak nak ingat ingat bunyi dan pandangan itu.
Tak ada dinner untuk malam ni bagi yang hidup.
Jangan siapa2 ngada2 nak minum kopi malam ni,
Nescafe pun tak leh jugak!
Boycot..
Ada faham?

Tuesday, April 12, 2011

Orang bertuah jatuh ke laut menjadi pulau,saya kalau jatuh kenyang lah jerung.

Banyak pulak idea nak buat n3 hari ni.
Sel otak aktif.
May be hari ni hari luruh pusat kot.
Entah.
Tiba tiba Saya rasa nak semak album kehidupan saya, nak buat kaji sedidik.
Mengikut kajian saya, sepanjang usia saya yang dah 50 tahun lebih sikit nih..
tak pernah pernah lagi saya menang apa apa pertandingan..
Dapat award pun tak pernah.
Anugerah darjah kebesaran laaaaagi lah tak berbau.
Menang cabutan bertuah pun tak pernah jugak rasa nya.
Hamper barang sebijik pun belum pernah di menangi.
(Yang Si tauke Cina bagi masa Chinese New Year tu tak kira lah awak.)
Tak bertuah kot saya ni.
Tak de 'Ong' ke hapa?
Masa sekolah dulu saya bukan lah best student.
Tak merasa lah naik pentas terima hadiah murid terbaik itu ini.
Sukan pun tak aktif, tak ada lah pingat ke, piala ke..
Pertandingan2, bahas ke, kuiz ke jauh sekali saya nak sertai.
Saya ni kan pemalu gitu jadi mana nak dapat hadiah.
Bila dah remaja,ada jugak lah isi borang cabutan bertuah kat supermarket.
Tak mengena pun.
Peraduan kat suratkhabar pun pernah cuba
Ngabiskan setem jer.
Ratu Malaya?
Please laaa...Jangan buat lawak gitu.
Ratu2 tak nak laa, kalau nak pun tersingkir peringkat awal lagi.
Kalau Tittle Ibu Mithali tu terlior jugak. (perasan tak habis2)
Nenek Mithali ke...cikgu Mithali ke...
Jauh panggang dari api kata awak?
Isteri Mithali?
Call 999
Ada orang pengsan lepas baca kenyataan diatas
Tak apa lah, tidak pernah menang apa apa pun saya tak kisah.
Saya tetap bahagia cara saya, bahagia dengan kekalahan saya.
Sekurang kurangnya tidak ada orang yang mencemburui kekalahan saya.
Dan saya tetap tumpang gembira dengan kemenangan orang lain.

Esuk dapat periuk baru.

Sah kena buang dah periuk saya nih.
Nasib baik periuk lama.
Balik dari sekolah tadi saya rebus ikan untuk kucing2 saya tu.
Tak kan nak tunggu depan periuk tu.
Bukan sekejap, lama jugak nak tunggu masak.
Sambil2 tu saya buka laptop,
tgok itu, tgok ini...
Bau apa ni?
Agaknya cina sebelah bakar sampah tengah2 hari kot.
"Mummy, kat dapur berasap lah"
Haah?
Laaaaaaaaaa....Ikan aku!!!!!!
Berkepul2 asap kuar dari periuk tu.
Nasib baik ada lagi ikan yang belum jadi arang.
Itulah, dah tau tua pelupa jangan la buat kerja lain kalau jerang benda atas api.
Bahaya.
Kalau anak yg buat macam ni, berlori lah bebel tumpah hari ni.
Sendiri salah, diam diam saja lah.
Makan ikan hangit lah kucing2 saya yang tak bersalah tu.
Nasib kau lah kucing dapat tuan yang absent minded macam saya.
Macam mana nak hapuskan bau hangit ni sebelum Big Boss balik dari ofis dan jatuhkan hukuman 'cuai' ke atas saya nih?
"Anis, Kita tutup Aircon dan bukak tingkap..Problem solved!"
Periuk ni?
Ucapkan bye bye lah, out you go.

Sia sia

Sudah lama bernoktah mimpi.
Namun bila bekal nyawa masih ada.
Langkah tetap di hayun.
Tidak ada apa apa lagi.
Kosong.
Sifar.
Tidak perlu mengejar pelangi
Senja itu pasti
Biarlah aku di sini
mengumpul kekalahan yang gugur
menunggu hari
saatnya mati

Monday, April 11, 2011

Tak seorang pun yang tahu....

Hai lah badan, hai lah nyawa...
Serba tak kena.
Serba salah.
Gelisah.
Duduk salah,
bangun salah.
Sekejap kesana,
Sekejap ke sini.
Nak tidor tak lena
Nak makan tak leh telan
Nak mandi bukan tak basah tapi dah acap kali dah mandi..
Tgok TV tak leh concentrate.
Ngadap laptop ni pun tak leh lama lama..
Rasa nak berguling guling tujuh buah bukit mcm filem Bollywood tu
Hai lah nyawa, Hai lah badannn....
Begini rasanya digoda 'Teh Herba Pelangsingan'
Kan dah jadi penggunjung setia bilik air.
Nak kurus punya pasal lah ni.
Ini penyakit yg di tempah khas.
Dah lah mahal, azab sengsara pulak tu.
Adoiiii....dia datang lagiiiiiiiiiiiiii..................

Sunday, April 10, 2011

Ada ke patut?

Masa anak ketiga saya kecik dulu pernah saya bawa dia ke bank.
Dia sangat nakal dan mulutnya memang ngalahkan murai.
Masuk ke Bank dia bukan boleh duduk diam.
Puas saya ajak dia duduk di kerusi menunggu giliran nombor saya di panggil tapi dia tak nak.
Dia duk kat depan pintu bank, memerhatikan "jaga' bank yang dah agak berumur tu.
Saya andaikan dia mesti tertarik dengan uniform jaga tu.
Bila nombor saya di panggil, saya terus ke kaunter untuk selesaikan urusan saya.
"Mummy..........."
Jerit anak saya dari hujung sana.
Hampir semua orang menoleh ke arah dia dan ada juga yg menggintai intai mana satu lah 'Si Mummy' yang di panggil nya tu.
"Mummy, apasal mata dia satu jer yang gerak2?"
Satu benua boleh dengar soalan anak saya tu.
Tergangga saya..Kalau dekat dah saya cubit cubit dah...
Kesian jaga tu, sah malu besar dia hari ni disebabkan anak saya ni.
Rupanya dia sedang perhatikan mata Jaga yang rosak sebelah tu.
Saya rasa macam semua orang terdiam...Aduhhh, anak ku!!
"Askar jepun tembak pakcik sebab merayau2 dalam bank sorang2..."
Nasib baik la jaga tu dengan spontan dapat berikan jawapan yang bernas.
Cepat2 anak saya tu berlari kearah saya dan pegang baju saya kemas2..
Takut dan tak nak buka mulut lagi.
Lepas kejadian tu dia serik dan tak nak datang lagi kalau di ajak ke bank.
Padan muka dia.
Muka saya tok sah cerita lah...Merah padam!
Sekarang dia sedang belajar di pusat pengajian tinggi dan nakal nya masih camtu jugak.
Bila teringat balik kisah ni, rasa cepatnya masa berlalu.
Dia yg dah takut nak ke bank dulu, sekarang ni ambik jurusan Banking.
Agaknya kat mana lah Pakcik Jaga tu sekarang?

Saturday, April 9, 2011

Kedai ni yg terbaik mengikut Lembaga Penapis.

Kedai yang dapat anugerah juara
Kedai ni bersih, sangat bersih.
(Termasuk di belakang, tempat menyediakan makanan)
Tersusun dan tidak ada pandangan yang menyakitkan mata.
Lauk pauk sedap, banyak pilihan dan Nasi Dagang dia memang origenal.
Tuan kedai dan pembantu dia 'mesra alam' dan comel2 pulak tu..
Cepat jer ambil order dan sampai apa yg di order.
Bila Lembaga Penapis ni boleh senyum, makna nya markah penuh lah kedai ni.
"Mummy, lain kali datang makan kat sini lagi yer..."
Tengok badan la kannnnnnnnn.
Nak tau kat mana?
Kalau sanggup belanja, boleh la saya bagi tau...Kan Anis kan?

Friday, April 8, 2011

Sejarahnya di mulakan oleh seorang guru,dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Apa?
Seorang guru perempuan kena tumbuk oleh pelajar?
Apa?
Ada murid terberak dalam kelas?
Apa?
Tak pandai cuci sendiri, cikgu yg bersihkan?
Apa?
Bekas anak murid saya dah jadi doktor?

Apa?
Apa awak panggil saya tadi? Ticer?
Alhamdullilah, berselisih jalan dengan seorang yg disegani oleh masyarakat sewaktu keluar ke pasar tadi. Rupanya dia bekas anak murid saya...
Yang membahagiakan saya ialah dia masih memanggil saya dengan panggilan 'Ticer'

Thursday, April 7, 2011

He is 28 but he is still my baby.

Nak cerita pasal anak sebab malam tadi saya duk teringatkan dia.
Dia call, risau pasal kerja.waiting for a promotion and stuff like that.
Anak sulung saya ni lelaki.
Very dependent.
They say that all first born are like that.
Papa dia pun first born n is also like that( but always in denial.)
He is a well behaved boy, shy and keeping to himself almost all the time.
Dialah pembantu saya masa dulu.
Segala kerja saya dia bantu.
(Masa tu saya tak ada pembantu dan dia ada adik2 yg masih baby)
Buat kerja tanpa protes, itu saya cukup bersyukur.
Sekarang pun macam tu, mudah nak minta tolong.
Being an ex MCKK's, he is proud of his school.
Too proud sometimes.
Selepas dapat degree dia terus kerja dan berdikari.
Yer ke Long?
Yer ke berdikari?
Heheheeee...I don't think so.........
Now, at the age of 28,
being married and first child coming soon,
I hope he will turn out to be a fine hubby and daddy.Along,
Serahkan segalanya kepada Tuhan,
kerana Tuhan sentiasa bersama kita.
Tidak pernah lupakan kita,
Hanya kitalah yang seringkali menjauhkan diri dari dia,
Tuhan lebih mengetahui segalanya.
Dan Dia lah tempat kita memohon..
InsyaAllah, dengan izinNya,
Mummy doakan segalanya kan baik baik belaka.

Wednesday, April 6, 2011

Jangan.... Coba...... Menggoda ku lagi.....

Jangan ada satu makhluk Allah pun yang cuba2 merosakkan niat saya hari ni.
Jangan lahhh....Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Kalau ada niat nak punahkan niat baik saya ni, gi main jauh jauh..
Go away, please!
Setelah berat badan mengalahkan dugong, saya rasa dah sampai masanya saya kurangkan sikit timbangan ni.
Tau lah JPJ tak saman tapi saya rasa its about time lah awak.
Kesian jugak dengan baju2 yg bergantungan kat almari tu, tak muat dah.
Ini nasib baik tak der masaalah kesihatan lagi ni..
Alah, bukan nak kurus melidi pun, nak kurangkan sikit jer.
Selalunya masa pasang niat nak diet tu, berkobar kobar.
Lama kelamaan bila kelaparan menjengah,
Iman terus layu.
Si penggoda penggoda ni pun satu hal jugak
Kalau saya cakap saja saya nak diet, berlumba lumba lah punahkan niat saya tu.
Dengki yer?
Hehehehee....
Wahai Si penggoda, jangan coba2 .....
Tapi sebenarnya saya lebih takutkan diri sendiri yang telah acap kali menderhaka.
Rosak terus niat ni bila hati mula berkata,
"Hentam saja lah labu............."

Tuesday, April 5, 2011

Should try doing this more often.


Someone told me to do this-Learn tο Forgive
Stοр wasting energy holding grudges. Forgiving someone іѕ nοt thе same аѕ condoning whatever thеу ԁіԁ. It іѕ simply letting ɡο οf thе pent up negative energy inside уου bесаυѕе іt doesn’t serve уου anymore. Lеt іt ɡο.
You are right!
Yes, I forgive you for what ever pain that you have done. Accepting the facts that human makes mistake and nobody is perfect. I make my mistakes, and like you, I hope I am forgiven too.
Yes, I will never forget the hurt, that will forever stay in my memory and it still hurts. I am not asking you to ease the pain coz whatever or however hard you try, you will never take away the pain in me. It is for me to keep. Mine.
Yes, I hope that tomorrow will be better than today and we will all have a better life. Yesterday is a history and need not to be repeated.
Yes, God is listening.
Always.

Monday, April 4, 2011

Kalau pelihara kambing boleh gak jual daging.


Ini 4 ekor anak Si Kropok.
Kopi
Cincau
Lychee
Karamel.
(Tuan dia ingat makan aje..tu lah pasal!)
Kucing ni comel2 belaka walau pun hanya kucing kampung.
Kucing2 ni kena bagi makan.
Kena beli makanan khas,shampoo dan ubatan.
Pasir kucing pun kena beli jugak.
Kandang kena selalu di cuci.
Kalau masuk dalam rumah, habis kerusi di cakar2.
Di langgarnya segala perhiasan atas meja.
Katil pun kena kongsi.
Adehhh....tandas pun berkongsi jugak!
Pelihara kucing kos nya dah nak sama dengan pelihara anak.
Mahal sungguh.
Sekali fikir nak simpan sekor jer, yg lain nak dermakan kat kawan2.
Tapi tak sampai hati.
Kalau pelihara ayam itik boleh jugak di buat gulai.
Pelihara lembu ke..
Itu kata hubby saya yang tak suka kucing.
Ok lah kucing2 semua,
Kau doakan aku murah rezeki,
Aku bela kau sampai bila2.

Sunday, April 3, 2011

Aik... Surat layang ke bungkusan terbang ni.?

Ada ke patut....
Rumah saya memang tak berpenghuni di sebelah pagi.
Agaknya posmen ni, puas tekan loceng tapi tak der respon.
Tak kan nak tunggu tuan rumah balik kannn....
Maka di campak nya Pos laju ni ke dalam pagar.
Balik dari sekolah tadi, saya tengok lah benda ni terbaring kat atas tile.
Nasib baik tak der budak2 nakal kuis dengan kayu dan ambik isi dalam.
Saya pun tak berapa faham sbb biasanya kalau saya yg hantar,
saya lebih prefer guna khidmat yang lebih cekap.

Macam ni kah sepatutnya?
Kalau tak de tuan pakai campak jer?
Bukan ke kena tandatangan pengesahan terima?
Bukan ke kalau tak ada tuan akan di masukkan kad kecil dlm pos box sebagai kad tuntutan di pejabat pos esuk2?
Ish, agaknya ini perkara biasa dah ni.
Masa temuduga posmen tu kena practise melontar surat/bungkusan tak?
Mana tau kot yg terpilih tu yang tangan nya tepat lontar masuk bawah porch.
Hebat jugak mereka yer.
Ada siapa2 boleh jawap tak?

Saturday, April 2, 2011

Semenjak Bibik balik kampung..


1. Dapur di tutup tepat pukul 9 mlm.
Kalau nak apa2 selepas waktu tu, sendiri ambik, sendiri simpan.
By the way, malam tadi siapa yg tidor paling akhir dan tak tutup TV
dan lampu ruang keluarga?
2. Lunch is served once at noon, kalau tak nak makan time tu kena cari sendiri dalam periuk
dan kemas sendiri selepas makan.
3. Before masuk tidor, pakaian kotor semua longgok depan mesin basuh.
Bangun tidor, kemas sendiri katil dan bilik...Jangan ngomel, I can hear you.
Kalau pagi2 buta baru nak letak kain baju kotor depan mesin, NO! basuh sendiri.
4. Sampah dalam bilik akan tetap di situ kecuali
tuan bilik keluarkan dan buang dalam tong sampah utama.
5. Siapa kotorkan lantai, mop sendiri!
6. Kalau ada 4 mahluk yg bernyawa di dalam rumah,
maka seharusnya hanya ada 4 gelas yg dah di gunakan..Ni apasal ada sampai 7 ni?
7. Depan TV tu bukan kawasan kerja. Laptop please kat meja sana, bantal kat bilik tidor..
Ni suratkhabar lama ni siapa baca dan tinggal bersepah atas kerusi ni?
Siapa lupa angkat kain semalam? Kan dah kena hujan.
8. Hari ni hari off..Jom, kita makan kat luar jer.
Opsss.... Cancel plan, beli nasi bungkus dan makan kat umah lah.
Nak keluar kena tutup lampu, aircond, suiz itu suiz ini,bukak pagar tutup pagar..Leceh lah.
9. -Pot pet pot pet
10. -Pot pet pot pet
11. -Pot pet pot pet
Untuk ke sekian kali nya Anis masih tak jemu2 bertanya..
"Mummy, Bibik tu lambat lagi ke nak balik sini?"

Friday, April 1, 2011

Saya rasa nak kurung Mamat ni bawah besen .

Makhluk Tuhan yang paling zalim adalah manusia.
Binatang hanya membunuh bila lapar atau di ancam.
Manusia ni tak kira masa. Sengaja. Hobby.
Tadi saya ke kedai 'SantanSegara'
Tobat saya tak akan ke sana lagi.
10 kali tobat!
Si penjual santan tu sangat zalim pada binatang.
Seekor anak kucing masuk ke kedai dia.
Di ambil nya anak kucing itu dan di letakkan di bawah besen plastik di tepi kedai tu.
Bila saya bertanyakan dia sampai bila kucing tu akan di situ tanpa udara,makanan dan minuman,
dengan senyuman dia cakap..
"Tak per kak, jap lagi bila kena panas besen tu mati lah kucing tu.."
Tak selesa dengan jawapan dia tu, saya suruh saja dia lepaskan anak kucing yg kedengaran menggiau ngiau dari bawah besen.
Selamba jer dia kata yang dia selalu buat macam tu, kadang tu dia selamkan saja kucing yg di letak dlm beg plastik berikat ke dalam besen besisi air.
"Kalau bawah besen tu sehari mati lah, kalau selam kejap jer kak"
Bangganya dia cerita pasal kezaliman dia tu.
Ya Allahhh...Kau lembutkan lah hati lelaki muda ini.
Serapkan lah sedikit kasihan belas kedalam hati dia.
Agaknya dia tak pernah rasa sakit sebab tu lah dia tak pernah letakkan diri dia di tempat anak kucing tu..
Ya Allah, kasi dia sakit sikit boleh tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...