Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 30, 2011

Kita berenang nak?

Dari semalam hujan tak berhenti.
Kadang tu renyai2 tapi lebih kerap lebat teramat.
Kata orang tahun ni di ramalkan banjir besar.
Kat sekolah air melimpah hingga ke kelas.
Senyum panjang lah budak2..
Cikgu senyum jugak.
Seronok apa, jarang2 sekali dapat main air.
Dari bangunan A ke bangunan B kena mengharung air hujan, best awakkk..!
Ini lah masa nya nak tengok cikgu pakai selipar getah.
Ni lah kasut saya hari ni.
10 henget jer, kasut getah Tesco.
Saya beli dua tiga warna, boleh gilir2 gak.
Kalau awak duk di tempat saya pun awak sanggup jugak pakai.
Dah terpaksa sarung jer lah.
Time gini kasut2 berjenama masuk kabinet.
Kasut getah pun getah lah, janji selesa.
OK murid2...Jom kita main hujan.

Rintik rintik hujan.....

Lebat hujan di luar,

di hati gerimis juga.

Musim sudah berganti,

Banjir sudah menanti.

Jiwa yang hanyut tenggelam,

Minda sudah lemas dan karam

Sudah jenuh aku berenang,

tapi tepian tidak kelihatan.

Hujan turun lagi,

dan lagi,

dan lagi,

Aku sembunyikan tangisan dalam lebat hujan.

Sebenarnya,

Aku duk sorang dan ketakutan.

Tu aje.


(Tak kena mengena dgn sesiapa pun, sekadar N3 merapu jer..Yg hidup jgn risau, tak kena mengena pun. Yg mati? pagi2 gelap gulita dan duk sorang2 ni jgn cakap bab yg dah mati lah...takoooot!)

Monday, October 24, 2011

Projek saya dah siap.

Kerusi rotan baby pesen lama.
Masa anak2 kecik dulu, di kerusi ni lah dia orang belajar suap makanan sendiri.
Ini lah kerusi makan yang termurah di pasaran.
Sekarang saya nak beri nafas baru pada kerusi tu.
Untuk cucu2 saya lah.
Banyak kerusi makan yg cantik2 kat pasaran, tukar dgn duit saja.
Bukan saya berkira sgt nak belikan yg model baru tu,
cuma saya nak cuba tambah sentimental value pada kerusi rotan yg orang tak pandang dah ni.
Dah berminggu saya jahit sarung dan buat kusyen supaya lebih selesa nanti.
Jeng jeng jengggg....Ni lah projek juta2 saya tu.
Hmmm...tau, tak lawa mana pun,
tapi saya happy sangat sebab nasib baik siap jugak at last.
Tak sabar tunggu cucu datang esuk.

Saturday, October 22, 2011

Tak cukup jari nak kira dah ni...

51.
Sikit ke banyak?
Banyak.
Lebih dari 4 dozen.
Tak cukup untuk di angkut dgn sebuah bus.

51.
Tu baru kira jumlah tahun.
Kalau jumlah hari 51x365=?
Kalau 1 dosa di buat dalam 1 hari?
Kalau sepuluh dosa?
Kalau 100?
Bertimbun.
Astaqfirullah.

51
Di usia begini terasa garis penamat sudah dekat.
Kalau sardin dah lama expired.
Kalau gas dalam balang, dah tinggal kurang separuh, ringgan.
Kalau kereta dah tak di benarkan berada di jalan raya.
Pendek kata dah tak berguna.
Menyemak saja.

51
Baki usia banyak lagi ke?
Sempat ke sambut 52?
Esuk masih macam ni ke?
Entah2 berbaris segala penyakit tunggu nak mendaftar diri.
Keyakinan diri pula mula mengundur diri..
Orang mula tak pandang dah.
Macam Quran buruk,
Tunggu masa nak di buang ke laut.dilupuskan.

51
Tidak ada lagi visi dan misi baru.
Mimpi sudah tamat.
Hidup sekadar menunggu kematian.
Mengharapkan masih ada yang sayang.
Masih ada perhatian.
Masih di perlukan.
Hati tua cepat terasa.
Mata tua mewah tangisan.
Jiwa tua perlu sokongan.
Walau tua usang,
kasih sayang tetap diperlukan.

Di usia 51 ini,
Semoga langkah saya tidak lagi tersadung kesilapan.
Semoga tidak lupa menyiapkan bekalan hari kemudian.
Semoga redha dan syukur membungkus setiap kekesalan.
Semoga jika sudah sampai masanya saya bertemu Tuhan,
Saya di matikan sebagai muslimin yang beriman.
InsyaAllah.

Friday, October 21, 2011

Projek tak siap siap lagi nih

Belum siap lagi lah.
Rancangan tergendala sebentar.( mungkin duabentar)
Esuk2 saya sambung balik projek saya tu.
Sebenarnya saya terasa nak jenguk blog kekawan.
Maaf, ayat di atas tu ayat mencari alasan saja.
Sebenarnya saya dah malas dah nak siapkan projek tu.
Buntu kes kena buat rombakan semula.
Jadi saya duduk lah depan ni dan ketepikan projek dulu.
Niat nak singgah bertandang, dah jadi bermukim di sini pulak.
Dalam singgah menyinggah di blog kekawan saya ada terbaca N3 berkaitan dengan masakn.
Ok, nak cuba resipi baru lah..mesti best.
Projek saya?
Kena beli batu nisan kot, hampir nak berkubur lah tu.....

Monday, October 17, 2011

Bukan saya tak mau ziarah...

Akhir akhir ni tak sempat merayap ke blog teman2..
Tak tahu perkembangan terbaru kawan kawan.
Harap2 semua nya baik baik belaka.
Harap2 saya tak ketinggalan topik2 menarik.
Rindu, siapa cakap tak rindu..
Tapi saya tak menang tangan ni.
Buzy yang teramat.
Pak menteri pun tak sebuzy ni.
Banyak sungguh kerja saya.
Selain dari kerja sambung ekor beruang,
saya juga sedang siapkan projek tertunggak.
Rahsia, jangan tanya projek apa.
Nanti kalau siap saya tayang lah kat blog saya ni.
Mana tau ada orang berminat nak buat jugak...
Tunggu dan lihat k.
Ok, bye dulu, tak leh lama2, kejar masa lah katakan.
Salam sayang buat semua dan terima kasih pada yg sentiasa menjenguk blog saya dan meninggalkan jejak.
Terima kasih,
Di sini saya rasa di hargai.

Saturday, October 15, 2011

Di lebuhraya timur barat. aku temui damai yg sementara.

Siapa yang dapat menduga sedalam mana
air di tasik itu.
atau mungkin cetek dan menjadi syurga ikan berenang.
Sejuk dingin atau suam kah..
atau mungkin juga bergelora dan berlubuk puaka.
Mungkin juga ada rahsia,
tertanam di dasar nya diam tidak terusik.
Petang tadi sewaktu aku di situ,
mau saja aku tumpahkan segala resah duka.
biar segala serpihan luka menjadi makanan ikan ikan.
ku ingin benamkan sepi yg terbuang.
Wahai Tasik Banding yang terdampar di depan ku.
Kongsilah isi hati ku...
Sesungguhnya yang tenang dan damai itu hanya lah kamu.
Aku tidak begitu....

Blog yang paling sedap....


Ni dia......
Ice-Blog.
Nyaman
Sejuk
Menghilangkan dahaga
Sedap betul kunyah mutiara hitam tu..

Tuesday, October 11, 2011

Kalau ada yg tau tolong bagi tau, Ticer tak tau ni.

Si Zulhilmi tak nak basuh kaki semasa ambik wuduk untuk solat zuhur berjemaah kat sekolah.
Puas di pujuk, baru lah perlahan lahan dia mula basuh kaki.
MasyaAllah...Padan lah dia malu untuk pamerkan betis dia tuh.
Berkudis..Ada yg dah berparut dan ada yg masih basah.
Berasal dari keluarga yg daif, dia tak mampu ke Klinik.
Memang lah perkhidmatan kesihatan tu free tapi mak dia kerja 7 hari seminggu.
Cuti sehari bermakna tak berlauk lah nasi hari tu.
Saya amat faham.
Saya bayangkan kalau lah anak saya yang berkudis macam tu, tentu gatal hingga tak boleh tidor malam.
Awak gatal tak Zulhilmi?
Sakit tak?
Tapi keperitan hidup buat dia hanya geleng kepala bila saya tanya.
Ok, kita cuba ubat ni.
Setiap pagi bila sampai ke sekolah awak dtg ke meja Ticer dan sapu ubat ni.
Sebelum balik awak datang sapu sekali lagi.
Ticer pun tak tau nak bagi ubat apa.
Ikut kata budak farmesi tu ubat ni sekali dgn antibiotics.
Nak bagi awak ubat telan sah tak boleh sebab Ticer ni kan cikgu, mana ada lesen bagi ubat..
Silap hari bulan kena saman pulak.
Ticer bukan doktor tapi Ticer kesian tgok awak lah.
Nak sangat tgok kudis awak sembuh.
Ada siapa2 tahu tak ubat apa yg patut saya bagi kat budak ni?
Econazin dah cuba tapi tak baik jugak.
Calamine lotion cuma tahan gatal tapi tak menyembuhkan.
Hellooo..siapa boleh bantu ni?

Nak tak kongsi 7 perkara mengenai 'saya'?

Harap2 tak ada yang termuntah dengan 7 ayat yg bermula dengan 'Saya' nih..
Kak Mah pemilik blog 'Matahati' nak saya buat ni.
Ini syarat2 dia selepas saya di anugerahkan award ni.
Thank you Kak Mah.Tak yah jadi artis dapat juga anugerah...
Tapi kan Kak Mah, tak der apa2 yg menarik mengenai saya ni, camna lah saya nak senaraikan sampai 7 perkara.
Walau bagaimana pun saya sahut cabaran dan saya cuba k.
Ok, ni 7 perkara mengenai saya


Pertama....
Saya bersyukur dilahirkan sempurna walau pun tidak termasuk dalam kelas ratu dunia.

Ke2.....
Saya tidak di anugerahkan wajah yg manis oleh itu orang anggap saya seorang yg sombong. Tanyalah orang yg dah kenal saya, camna saya sebenarnya, sombong ke tidak....

Ke3....
Saya ni penakut. Pacat dan lipas tu musuh ketat saya. Kalau nak tengok saya lari 200meter atau lompat berpagar, cubalah tunjukkan saya binatang tu...

Ke4...
Saya seorang cikgu yg mendapat award 'Cikgu Garang'..Tak caya? meh, masuk kelas saya dan jadi murid saya.

Ke5...
Saya dah tua dan gemuk pulak tu..Package gitu.

Ke6..
Saya ni kalis cuaca. Sepanjang usia saya, saya melalui banyak cubaan dan dugaan dari Tuhan.Alhamdullilah, setakat ni saya mampu hadapi segalanya dengan redha, sabar, tenang, pasrah senyuman..

Ke7 dan terakhir....
Apa yer? Dah habis ayat dah ni. Kalau saya type macam ni boleh kut.
Saya ni baik hati tau! Betul.... Alah, sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Masuk lift kena lah tekan butang sendiri kannn...

Dah. Cukup 7. Ada siapa2 rasa loya? Bawak bertenangggg...

Monday, October 10, 2011

Bangau ni pun satu lahhh.......

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tidak timbul...
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
kenapa engkau panjang?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
kenapa engkau tak makan rumput?
macam mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut oh perut kenapa engkau sakit?
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah.
Kayu oh kayu
kenapa engkau basah?
macam mana aku tak basah,
katak panggil aku.
Katak oh katak
kenapa engkau panggil hujan?
macam mana aku tak panggil,
ular nak makan aku...
Ular jugak yg di sabit kesalahan.

Kita suka menyalahkan orang lain, suka memberi alasan yg berbagai...
Kalau lah bangau jawap aje "aku kurus sebab aku diet" kan settle problem.
Tak lah habis segala benda alah kena bagi alasan.
Tapi tu lah realiti kehidupan kita hari ni.
Sentiasa cari tempat untuk sandarkan kesalahan kita.
Dengar khabar harga ayam naik lagi..rm9 sekilo?
Aduhhhhhh.....
Ayam oh ayam kenapa harga ko naik?
Macam mana harga tak naik....Siapa pandai sambung,sambung lah....

Friday, October 7, 2011

Budak2 pegi main jauh jauh.

Pagi ni sebelum air pasang lagi kami dah bangun.
Tak kisah lah surut pukul lima ke, pukul berapa ke, janji by nine kami nak berkumpul di rumah Dr Siti Zaiton.
Hari ni mak nenek nak ber-reunion.
Bangun pagi2 tak siram pokok bunga hari ni,
tapi ke dapur masak apa yg patut untuk di bawa sebagai 'Pot Luck'
Pukul 9 kami berkumpul setelah sesat hampir 15 minit.
Tuan rumah kata ada pokok bunga di pagar,
kami ingat pokok bunga melur yg dia tanam tepi kolam..Tu yg sesat tu.
Rupanya pokok menjalar yg melekat kat pagar tu..
Kami mulalah pakat2 hidang kueh2 yg kami bawa.
Itik memang bertelur itu dapat buat mcm2 jenis kueh,
ayam jer tak nak mengeram,tu pasal lah sorang pun tak bawa lauk ayam..semua kueh jer..
Maka mula lah rombongan Cik Minah ketawa jerit jerit bila berkumpul walau cik Baba tak jatuh dalam parit pun.
lagi pun mana ada cik Baba, semua ladies, rakan sekelas/satu sekolah dulu.
Hari ni anak2 dan cucu2,
kami mak nenek nak juga rehat minda dan have a nice time with our friends.
So u all sumer, ambik 50 sen,pergi lah main jauh jauh...

Thursday, October 6, 2011

Anggota badan yang bekerja lebih masa.

Dalam kepala saya ni ada
-Juta juta persoalan, masaalah dan konflik.
-Juta juta pengetahuan yg boleh di salurkan sebagai Ilmu yg boleh di manafaatkan.
-Juta juta ilmu karut yg patut di hapus kira.
-Juta juta kenangan pahit manis semalam.
-Juta juta impian bodoh yang menyenakkan otak.
-Juta juta syukur syukur syukur Alhamdulillah.
-Kekesalan pun byk juga, yg major dan yg minor.
-juga ada wajah orang yg saya sayangi dan rindui.
-tak ketinggalan wajah2 orang yg saya rasa kalau boleh saya nak Dush! Dush! Dush!.
Tersumbat otak saya ni. Jem.

Mintak Panadol sebijik.
Fening laaa....

Monday, October 3, 2011

Bantuan kemanusiaan buat anak ku Iffah.

Tak payah notify bangsa bangsa bersatu.
Kaum kerabat saya dah cukup bersatu.
Tengok ni, sarat bantuan kemanusiaan di hulur.
Untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak saya yang berada di asrama penuh tu lah.
Ini mau nyer kenyang satu dorm.
Semalam mak sedara Iffah bawak segala jenis makanan sewaktu melawat dia di Sri Putri.
Kalau makanan berkarung, saya harap tazkirah pun berkarung jugak lah.
Ini baru bantuan kemanusiaan dari Bangi, belum dari Nilai.
Kalau dari Nilai atau daerah sewaktu dgn nya,
mau nya berlori ceramah motivasi..
Heheheh...Padan muka Iffah lah..
Saya serahkan pada mak2 sedara lah yg motivate Si Iffah tu.
Saya? Dah berbuih mulut dahhhhh...
Maklum lah esuk lusa dah nak periksa. PMR.



Iffah ni lain sikit dari anak2 saya yang lain.
Jenis 'gua tak kisah'
Mak bapak dan kerabat mmg risau sangat nih.
Macam kita pulak yang nak sit for the exam.
Dia relax jer..Mcm bukan nak ambik periksa pun.
Entah lah..
Terima Kasih lah CikNa atas ingatan itu.
Terima Kasih semua yg mengambil berat.
Terima Kasih Tuhan,
walaupun Iffah bukan di besarkan dalam kemewahan harta benda
tapi dia mewah kasih sayang.
Iffah.
Yes, we assume that you are playful and not trying hard to do your best.
Prove that we are wrong.
Most of all what ever you are, we still love you all the same.

Saturday, October 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...