Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 31, 2012

Jangan baca saja Cikgu Hani...Tanam dalam hati tu..

Ingatan buat saya dan sesiapa yang sanggup baca N3 panjang lebar di pagi Sabtu yang damai ini….

Bila kita rasa kita dah tak boleh bersabar dah dengan seseorang, ingatlah betapa Allah itu sentiasa bersabar dengan kerenah kita..Dia masih lagi memberikan kita nikmat yang banyak walau pun kita berulang kali melakukan perkara2 yg tidak patut kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.Subhanallah.

Kalau pun kita merasakan ada orang yang sengaja melukakan kita, mempermainkan perasaan kita, menghina kita dan tidak menghargai kita, cuba kita berada di tempat mereka..Mungkin kita akan buat sesuatu yg lebih teruk lagi dari itu jika kita berhadapan dengan orang seperti kita. MasyaAllah…Terimalah hakikat kita pun bukan betul sangat. Kita pun byk kelemahan dan kekurangan…Mana ada orang yang sempurna ? Cubalah untuk tidak terlalu mencari kesempurnan dalam diri orang lain dan menerima seseorang seadanya..

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada kita, cubalah menutup rapat-rapat dan mengikat masa lalu kita dengan KEMAAFAN. Ubat hati yang terbaik adalah kemaafan.Temuilah kedamaian hati setelah kita pujuk hati untuk memaafkan…Biarlah kalau ada yang mengata kita bodoh jika berbuat begitu. Astaqfirullah…Apa guna menjadi cerdik tetapi hati berpenyakit dan kuman dendam membiak di dalam. Saya rela menjadi bodoh dan diselimuti ketenangan.

Dan jangan patah semangat karena hati yang disakiti, mungkin itu satu ujian/ dugaan dari Tuhan . Redha dan tabah lah, semoga Allah Subhanahu wa ta'ala mengantikanya dengan pahala dan keimanan.....Allah Hu Akhbar…

Bila ingin mendapatkan yang terbaik maka ubahlah diri kita menjadi menjadi baik pula...

Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.

Ada orang berdoa sepanjang hayat tapi Allah makbulkan doanya di Syurga.

Jadi jangan pernah kita berhenti berdoa..InsyaAllah.

Hanya pada Dia tempat kita berserah segalanya.

Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia

~ “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun.’” (Al Baqarah 2:156) ~

…dan juga dgn hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram..

~ “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Al Ra’ad 13:28) ~

…dan sentiasalah igat bahawa Allah x pernah menzalimi hamba-hambaNya…

~ ”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al Baqarah 2: 286) ~

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita


Maaf kalau ada tersilap kata, saya petik kata2 ni dari orang2 yg saya kenali dan saja saya nak share sebab hati saya tersentuh bila membacanya...

Friday, March 30, 2012

Semalam citer cucu hari ni citer kucing..

Umur baru sebulan lebih sikit.














Tiger ni aktif sungguh.


Tuan dia kurang aktif, terbaring depan TV.














Tiger nak main kejar2 tapi tuan nak tgok citer korea.












Nasib ko lah tiger.........

Thursday, March 29, 2012

Cuba bagi skrip untuk babak ni...

Setiap kali tgok foto ni saya tergelak sorang sorang.
Meh kita pakat2 agak apa sebenarnya yang bermain dalam kepala cucu saya Imaad.


Kata Anis, Agaknya Imaad nak cakap..
" Wahhh...byk nya kaki ulat yg kat tengkuk daddy tu..."

Kata Kimi, Mayb Imaad duk fikir camni..
" My daddy grows old in seconds..He looked just fine a moment ago.."

Kata mummy Imaad, Imaad tgah confused tu..
"Entah apa2 lah daddy ni..pot pet pot pet..mcm grandmummy jer."

Grandmummy rasa Imaad risau tu...
"This way or may be that way.....or r we lost daddy?"

Hehehe...Hanya Tuhan yang tahu kenapa dia pandang daddy dia macam tu..

Wednesday, March 28, 2012

Wordless wednesday 15- Imaad tak suka flash camera.

Imaad tgok sini, nenek nak ambik gambar Imaad ni..

Opocottt..! Silau lah nek!

Tak nak ...Tak nak posing lagi!

N3 promosi....


Tiba tiba gelap.
Gangguan bekalan letrik.
Seperti orang buta rasanya.
Teraba raba cari lilin.
Ada.
Nasib baik ada.
Kalau time terang benderang,
tak pernah ingat nak beli lilin extra.
Time gini baru budi lilin di hargai.
Macam tu lah kita.
Menghargai hanya bila perlu
Menghargai hanya bila kita sudah kehilangan.
Sebenarnya nak cakap mcm ni, hargai lah saya ni..ngeh ngeh ngeh...
Kalau saya tak de susah tau,
siaran tak pernah tergendala..pot pet pot pet 24 jam.
Astro pun kalah woii..

Tak malu betul, promote diri sendiri.

Tuesday, March 27, 2012

Kendi kegunaan raja raja zaman dahulu..

Kendi berusia lebih dari seratus tahun.
Kendi yang di pusakai dari nenek /istana kelantan.
Diperbuat dari perak putih dan berukiran halus.
Ada sepasang.
Untuk dijual atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.
Ada dua tiga barangan antik yg tidak mahu di simpan lagi.
Ada yang berminat, hubungi saya yer di.....anisiffah@gmail.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...