Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 30, 2012

Perdana Menteri pun tak sesibuk ini...

Maaflah,
terlalu banyak benda yg perlu saya bereskan akhir akhir ini.
Terlalu banyak kusut yang perlu saya perleraikan.
Bertimbun kerja buat yg belum siap.
Bersusun tugas kewajipan yang menanti tindakan.
Aduhhh...Saya pun bukan pilih untuk berada dalam situasi begini,
maka saya harap awak faham
dan tidak menyalahkan saya jika
tiba2,
saya terlupa untuk senyum.
Maafkan lah saya dan saya tidak pinta awak menjadi saya
kerana walau pun awak bersungguh mencuba,
Awak hanya lah mata yg memandang,
sedangkan saya lah bahu senget yang memikul beban.

Friday, June 29, 2012

Awak tak bosan ke baca N3 saya yg merapu meraban nih?

Adakah saya ini Luncai yg terjun dengan labu nya?
Kalau saya luncai dah lama saya terbalikkan perahu tu.
Biar semua orang turut tenggelam.
Saya boleh berpaut pada Labu kesayangan saya.
Awak ada?
Adakah saya ini kayu bongkok tempat kera meniti?
Kalau saya kayu bongkok, saya buat plastic surgery.
Biar kembali tegak berdiri dan tak de siapa boleh meniti.
Kera terpaksa cari kayu lain ok.
Tak lah saya tidak mengata awak kera.
Dah terasa tu saya nak buat macam mana.
Siapa makan cili, dia lah yg perlukan pakar buasir nanti..

Bercelaru

Ada cerita yg perlu kita tamatkan tetapi amat payah untuk berbuat begitu.
Ada sejarah yang perlu kita pusarakan tapi sungguh tidak mampu.
Ada kesal yang perlu kita lupuskan tapi kesal itu membelit belenggu
Ada kala pasrah menyinggah tapi sekadar datang dan pergi.
Ada kala redha cuba menyejukkan hati.
Seharusnya sentiasa begini,
bila terlalu banyak yang bermain di kepala,
Hati merampas kuasa.

Thursday, June 28, 2012

Saya nenek budak baru nak belajar...

Banyak nya kesilapan bahasa saya.
Maaf lah saya ni bukan pakar bahasa melayu.
Menulis lintang pukang.
Bukan senang tau kalau nak menulis tanpa sebarang kesilapan nahu dan tatabahasa.
Tadi seorang guru bahasa, pakar bahasa melayu membantu penggunaan bahasa melayu dlm penulisan saya.
Dia tak tau saya ada blog dan saya menulis main hentam saja lah.
Kalau lah dia baca blog saya, boleh pengsan dia agaknya.
Awak tau tak bila kita boleh gunakan 'Bila' dan 'Apabila'?
Nak guna dari atau daripada?
Nak di dekatkan penambahan 'di' atau di jauhkan?
Banyak lagi...lagi banyak lagi fenin batu jemala patek.
Tapi macam ni lah,
Andaikan saya ni seorang puitis,
menulis bukan kerana nama,
Menulis getar hati, merakam gelombang rasa.
Tidak ada salah bahasa dlm lagu dan puisi.
Nama pun puisi kann..
Dengan ini gaya penulisan saya di kira tak salah..Kan?
Kan? Kan? Kan?
( Kalau dia baca N3 ni rasanya dia akan lebelkan saya 'murid lembam' sebab sah ada lagi kesilapan bahasa nih.)


Tuesday, June 26, 2012

Ingatan buat cikgu2...



Ingat cikgu,
Terutama cikgu yg dah bergelar nenek.
kalau bawa cucu ke sekolah waktu aktiviti belah petang,
jangan lupa libatkan dia juga dalam aktiviti yg dijalankan.
Kalau tak libatkan dia pun dia nak join juga,
Buat penat larang jer.




Monday, June 25, 2012

Aku yg pelupa..

Kenapalah Tuhan selindungkan' benda yg saya sedang cari' dari pandangan saya nih?
Astaqfirullahhhh....
Astaqfirullah.
Astaqfirullah.
Dah pening kepala duk mencari cari dari ptg sampai ke malam.
Tak jumpa pun.
Letih otak saya mikirkannya.
Otak duk scan benda tu jugak berkali kali
Tak tidor lah saya...
Kalau nak tidor pun mata sure tak leh lelap.
Otak merayap,menyelinap di setiap tempat.
Nak cari kat mana lagi ni.......Tolongggggggggg!

Ya Rabbi, singkapkan lah tirai yang menabirkan pandangan ku.
Kau temukan lah aku dengan apa yg sedang ku cari ini.
Sesungguhnya hanya Kau lah yang mengetahui di mana benda tu berada.

Lulian, luku dan langsat.....

Heran jugak ya,
Kenapa lah Orang bukan melayu di Malaysia ni tak reti2 nak cakap melayu?
Bukan sehari dua duk sini, tok nenek pun di lahirkan di sini.
Nak kata tak terdedah dgn bahasa kita rasanya tak mungkin,
Kenapa ya?
Dulu, 5 tahun dulu,
sewaktu saya ke Vietnam tak sorang pun kenal apa itu 'Malaysia'
Usahkan cakap, wang ringgit pun mcm kertas tanpa nilai.
Terkejut saya bila saya ke sana lagi kelmarin.
Wahh...Rata2 jurujual kat pasar tu dah boleh berkomunikasi dalam bahasa kita.
Malah mereka jauh lebih fasih dari jiran2 saya yang dah berpuluh tahun duk sapa saya dengan.."Gud Morning Maam, nice day today a..."
Saya jumpa seorang rakyat Vietnam yg pernah belajar di Msia.
Fasihnya dia berbahasa walau hanya 4 tahun di Kuala Lumpur.
Yang dah berpuluh tahun kat Petaling Street tu  patut malu dgn budak ni.
Necessity is the master of invention?
Berbahasa melayu pun keperluan jugak, tapi kenapa lidah tu tebal sangat?
Ke manja sangat?
Ke besar kepala sangat?
Ke ngada ngada sangat?



Sunday, June 24, 2012

Periuk nasi ku menanti....

Selamat pagi malaysia.
Dah mendarat di tanah tumpah darah dengan selamat, Alhamdullilah.
Penat teramat sangat.
Tambah penat bila tengok kertas ujian murid yg perlu di bereskan hari ni jugak.
Ingat balik boleh terus tidor,
rupanya ada tanggung jawap yg menanti.
Berjalan tu berjalan jugak,
Tugas dan periuk nasi perlu di jaga jugak.
Berjalan2 dan kerja itu satu ikatan.
Tak kerja tak dapat lah berjalan jalan.
Apo nak di kato...dah kuli gomen kannn.

Friday, June 22, 2012

Menang membeli ?

Saya happy tul dapat beli kasut dengan harga rm40.
Dia orang beli kasut yg sama dgn harga rm 20 saja.
Aik? Mana boleh macam tu.
Saya beli handbag puas tawar menawar dapat lah rm45
Dia orang dapat dgn harga rm 30 saja.
Laa, tak best la macam ni...
Saya beli kain sutera sampai rm100 sepasang,
Rm40 sepasang kata awak?
.
Kawan2saya tu sengaja nak buat  saya rasa nak nangis guling2.
Agaknya yang saya beli kualiti nya tak sama, lagi baik dari yg dia orang beli. 
Huhuhuuu...Nak sedapkan hati saya cakap macam tu lah.
Sebenarnya Cikgu Hani awak tu dah tertipu..
Cobaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan.


Thursday, June 21, 2012

Ini yg frust ni...

Tak bawa rasa nak bawa.
Almaklum lah laptop dah jadi sebahagian dari nyawa.
Dah bawa tu tak leh guna pulak.
Frust nonggeng nonggeng...
Tu pasal lah, lain kali kena cari hotel yang ada Wifi sampai ke dalam bilik..
Tapi dah kerana hotel ni yg paling dekat dgn hala tujuan,
kena bawak bertenang saja lah.
Ni, N3 ni dihasilkan dari lobby hotel yg ada menyediakan kemudahan Internet.
Iyer, problem solved tapi bila kena keluar bilik untuk layan blog banyak pula masaalah lain.
Kena pakai bedak dulu takut org ingatkan hantu vietnam menjelma di lobby.
Kena tukar baju, tak kan nak pamir fesyen kaftan koyak pulak.
Paling tak best, kena tunggu giliran...
Ingat nak share foto tapi tak reti lah nak cucuk kat mana.
Dah tu, yang paling tak best ialah jiran saya ni,seorang budak lelaki berumur 6 tahun.
Dia punya laju menaip , berdesup!
Malu lah kan, saya ni mematuk dengan berhemah stail ayu gitu you.
Eh budak, apa tengok2? apa senyum2? apa ?
Huhuhuhuhuuu....Nak naik teriak guling guling dalam bilik kita lah.
Frust sungguh ni.

Tuesday, June 19, 2012

Suka lah tu bila Ticer tak ada.....

Malam ni InsyaAllah saya akan terbang di langit luas menuju destinasi.
Tadi masa kat sekolah, saya beritau murid2 saya yang saya tidak akan hadir ke sekolah esuk.
"Ticer nak pergi kemana?"
"Ticer naik apa?"
"Ticer nak buat apa kat sana?"
Mungkin bagi anak anak yg membesar di bandar2 besar dan membesar dengan dakapan kemewahan,
ke luar negara adalah perkara biasa bagi mereka.
Tidak bagi anak anak murid saya yang berada di kelas corot nih.
Usahkan ke luar negara, ke Kuala Lumpur pun tak pernah.
Usah kan naik kapal terbang, bas express pun tak pernah jijak.
Jangan tak percaya, ada di antara mereka yang tidak pernah kemana2 semenjak di lahirkan.
Yang mereka kenal selain dari rumah kecil mereka hanya lah sekolah atau kawasan kejiranan mereka saja.
Kepayahan dan kemiskinan keluarga menjadikan pengalaman meneroka ruang daerah lain terhad.
Kesian kan?
Tidak ada yang boleh mengubah nasib mereka selain dari berusaha menuntut ilmu.
InsyaAllah beserta dgn keredhaan dari Allah, mereka mungkin bakal menakluki angkasa raya dan seluruh alam maya.
"Nanti Ticer tak ada, kamu jgn main dalam kelas yer, kamu belajar rajin2 dan ikut arahan guru ganti."
"Kenapa Ticer tak cuti lama2 sikit?"
Haah?
Kamu ni lagi suka Ticer tak ada ke?
Dah, pandangan kamu tu dah cukup untuk memberi jawapan pada soalan Ticer tu.
Pandai lah kamu semua yerrrrrr.......................

Ni foto yang tak bersangkut paut dengan N3.
Tadi kami celebrate birthday salah seorang dari mereka ni.
Happy Birthday dear, May God Bless you always.

Monday, June 18, 2012

Sabar lah mentari...

Mentari yg sakit,
termalu malu mengintai di tabir pagi.
Dari beranda ini aku menyapa suam cahaya mu itu.
Kenapa suram benar,
kilauan pincang cahaya..
Siapalah yang mencuri ceria mu duhai mentari jingga..
Kau tetap cuba untuk senyum juga
Tabah walau sudah parah.
Aku seharusnya segagah mentari itu.
Jerebu di hati perlu di sanggah,
Megah meredah angkasa luas
dalam payah pun,
masih ada tabah.

Siapa yg patut diet tu..Gosip panas!

Imaad : Aunty, grandmummy tu nak paksa kita diet tu..
Anis : Haah? betul ke Mad..Aunty rasa2 grandmummy yang kena starts dieting nya...Alah biar lah Imaad kan, kita buat buat tak tau jer, jom a, kita order lagi..

Imaad : Tak lah, tak makan apa apa pun..Betul cakap, kita tak makan la grandmummy..
Hentam jer lah labu berdua ni...
Malam tadi,
berbuka kat sini sambil anak2 celebrate fathers day.
Semua orang over weight dan semua orang duk cakap pasal nak diet
tapi
tak seorang pun yang berdiet bila menu di depan mata.
Imaad jangan bocorkan rahsia siapa juara makan malam tadi ok....

Sunday, June 17, 2012

Teka teki hari Ahad



Cuba teka apa yang sedang kami sedang buat ni..
Bercucuk tanam?
Berkebun?
Salahhhh....
Kami sedang posing untuk Jurukamera.

Yang sedang bercucuk tanam nya ni.
Yang sedang berkebun nya ni.
Terima Kasih lah para pekerja di sekolah kami tu kerana rajin bantu ringankan kerja2 kami ni.
Alhamdullilah Taman Herba dah siap dah...
Phew! Lega.

Saturday, June 16, 2012

Masa tidak pernah menunggu kita, kita yang sentiasa mengejar nya..

Rejab dah nak habis,
Syaaban on the way..
Lepas tu Ramadhan lah, bulan yang di nanti nanti.
Syawal tok sah cerita lah, boleh kata semua umat Islam excited pasal Syawal nih.
Baru semalam  rasanya buat persiapan raya.
Dah nak setahun rupa nya.
Cepat sungguh!
Esuk 27 rejab, tarikh penting buat umat Islam.
Israk mikraj.
InsyaAllah kita pakat2 puasa sunat.
Akan datang dalam tempoh terdekat ialah Nisfu Syaaban ..
Di ikuti dengan bulan Puasa dan Nuzul Quran pulak.
Jangan duk fikir pasal nak raya aje,
Meriah sakan bab raya saja.Ni, dua tiga bulan sebelum raya ni banyak peluang untuk tambah pahala kalau nak.
Saya ingatkan diri sendiri sebab saya lah yg selalu lalai nya.
Mempersiakan kelebihan di bulan2 mulia ni.
Tak lupa juga nak ingatkan anak2 dan adik2 saya yang mungkin alpa.
Kalau dah sedia ingat tu alhamdullilah lah.
Kita di tuntut untuk saling mengingati kan?

Dah, Mak nenek ni dah mula membebel panjang ni!


Thursday, June 14, 2012

Darah seni ni tak mengalir dalam badan saya..

Saya tak pandai menyanyi.
Tak ada bakat langsung.
Tidak di anugerahkan suara emas.
Kagum.
Bila orang lain boleh luahkan rasa hati dalam lagu.
Feeling habis.
Saya sekadar boleh muat turun lagu dari youtube kalau nak luah perasaan pun
Atau paling senang tulis senikata lagu yg sinonim dgn jiwa saya, tu aje.
Alah dah tua purba ni tak terlintas lagi nak menyanyi.
Tiba2 terlintas pasal ni bila nonton satu rancangan nyanyian untuk warga tua.
Tapi nasib baik jugak saya tak pandai menyanyi,
sebab semalam waktu nonton rancangan tu anak saya cakap..
"Nasib baik bukan mummy kita tu..."
Jangan risau anak2, mummy tak pandai menyanyi dan tak akan sertai rancangan begitu.
Kalau pandai menyanyi pun rasa2 nya lah,
Di bayar upah pun mummy tolak untuk masuk bertanding.
Yer lah, bakat tu soal kedua,
Yg utama nya air muka keluarga harus di jaga.
Harga diri harus di timbang tara.
Ini pendapat saya lah...
Kalau orang lain rasa okey, okey lah..Go ahead.
Saya pilih untuk menjadi penonton jer lah.

Wednesday, June 13, 2012

Berjumpa dengan Anwar.

Jangan awak tak tau, Anwar tu rakan saya dulu.
Tanya lah siapa pun yg sama kuliah dengan saya mesti tau saya sahabat baik Anwar.
Seorang yang ada bakat kepimpinan sewaktu bergelar pelajar lagi.
Bertanggung jawap dan sentiasa mewakili kami sebagai ketua anak negeri.

Semalam saya terserempak dengan dia.
Dia masih mengenali saya, masih ramah tapi dah berisi sikit.
Dah beruban macam saya jugak.
Matang dan tenang walau banyak asam garam kehidupan yang telah dia lalui.
Opsss......ke ada yang salah orang ke nih?
Anwar Abdullah laaa...........

Monday, June 11, 2012

Aku ada, kau ada?

Kaftan Koyak

Nasib baik..

Nasib baik celik mata pagi ni, masih di peraduan yg sama..
Buat nya sedar2 saja, dah di katil hospital?
Mana tau kan, di usia begini tak mustahil tiba2 saja uzur.
Pernah kah awak terfikir macam saya ni?
Kalau tak sedar langsung dari tido pun satu kemungkinan jugak.
Bukan tamat tempoh lagi tapi padam terus.
Hmm...Syukur Alhamdullilah, masih boleh jugak menari jari di keyboard hari ni.
Sisa usia masih ada rupanya.
Nasib baik.......

Sunday, June 10, 2012

Di saat ini saya teramat bosan.

Tido? Dah puas tido..
Nonton TV? tak der rancangan menarik pun.
Masak? Siapa nak makan..Tak ada sesiapa ni.
Makan? Dah kenyang.
Sembang? Dengan siapa?
Keluar? Malas lah.
Mandi? Bukan busuk pun wat per mandi..
Membaca? Malas jugak.
Calling2? tak nak ganggu orang lain.
Lawatan blog? Dah ke empat penjuru dunia dah..
Saya nak buat apa ni???????????????????????????????????????

Saturday, June 9, 2012

Surat terbuka buat Datin...

Assalmualaikum Datin N yang saya kenali.
 Semoga Datin  tabah menghadapi perpisahan ini. Semalam sewaktu jenazah Dato di usung keluar dari kediaman Datin sekeluarga, Datin nampak sugul sangat2.. Hati seorang isteri begitu lah.Dah 11 tahun dato terbaring dan sakit. Datin telah laksanakan tanggung jawap menjaga suami dengan baik.Pahala lah buat Datin.
 Saya ni Datin, kalau boleh nak peluk Datin dan nak berada bersama Datin di saat2 payah ini tapi siapa lah saya ni kan..Saya tengok ramai sahabat handai Datin yg hadir untuk menghormati jenazah buat kali terakhir.
Sewaktu duduk sedekahkan Yassin tadi, ada kawan2 Datin yg berdiri di penjuru tu memandang kearah saya seakan berkata 'eh, Minah ni apasal duk atas karpet sekali dengan keluarga Datin?' Hmm, saya beritau diri sendiri supaya bersabar. Biasa lah tu kan.
 Sebenarnya ada yang terbuku di hati saya. Saya rasa Datin pun tahu tapi mungkin Datin pura2 tak tau. Saya susun jari sepuluh, memohon maaf kiranya saya telah melukakan hati Datin. Tuhan saja lah yg tau kenapa saya ambil keputusan begitu di waktu itu.
Maafkan saya Datin,
 Dulu Datin sentiasa singgah di pondok saya untuk sembang2 dan kadang kadang untuk berkongsi resah di hati Datin. Terima kasih kerana sudi bertandang dan sudi kongsi cerita dengan saya ni.Datin juga sering ajak saya menemani Datin ke Salun, ke SPA, shopping dan makan2. Datin acap kali hadiahkan saya itu ini dan acap kali juga saya terpaksa menolak kerana saya tak suka 'di beli' Saya ikhlas berkawan dengan Datin.
Datin perkenalkan saya dengan kawan2 Datin..Aduh Datin, segan nya saya kerana saya bukan lah layak untuk duduk sama rendah dengan mereka..berdiri pun tak sama tinggi.Ada juga sembang2 sengal yg hinggap di telinga saya tapi demi Datin saya buat derk aja.Saya ni tak reti sebenarnya untuk bincang pasal juta2 sambil minum dgn kawan2..Ratus2 pun jarang ada dlm bag tangan..Bag tangan pun setaraf bag tangan yg kawan2 Datin sedekahkan pada bibik mereka jer..Kalau tak ingatkan baik budi Datin, saya blah gitu aje..
Maafkan saya Datin,
 Datin perasan tak yg akhir2 ni saya sentiasa mengelak bila Datin ajak saya temankan Datin? Sebenarnya saya teramat segan untuk terus rapat dengan Datin. Sungguh, saya tak selesa sangat2 tapi Datin marah, Datin kata saya sombong dan Datin menangis. Saya pun naik heran, Datin kan ramai kawan2 yg sekufu tapi kenapa Datin tidak cuba untuk berkongsi rasa dengan mereka? Datin seorang wanita yg sgt kesepian,saya tau tu ,,Saya ni pun bukan nya boleh bantu Datin, sekadar mendengar dan kadang2 ikut menangis bila dgr cerita pedih luka Datin tu..Datin kata Datin suka tengok saya ketawa. Datin suka tengok saya cakap merapu dgn kawan2 kalau terserempak dengan mereka diwaktu saya bersama Datin. Saya masih tak lupa waktu Datin dtg ke rumah saya tanpa solekan dan barang kemas, berseluar track dan tshirt hanya kerana nak berpakaian mcm saya..Bila saya ajak Datin bertemu kawan2 saya di sebuah kopitiam, Datin punya lah happy hari tu..mengalahkan saya Datin gelak, kawan2 saya pun perasan tau!
Maafkan saya Datin,
Saya rasa dalam persahabatan, kita harus rasa selesa dan ikhlas. Ikhlas cakap, saya payah nak sesuaikan diri bila berada di dalam circle Datin.
 Ok ok, dah panjang lebar saya ni. Saya rasa kunjungan saya ke kediaman Datin kali ni mungkin kali yg terakhir kerana seperti saya cakap tadi lah, saya rasa tak ada ketenangan minda bila berkawan dengan Datin walau pun saya tahu Datin ikhlas. Pipit biar lah terbang nya dengan pipit kan? Kita cubalah untuk hanya berkawan biasa2 saja..tak payah terlalu mengaharapkan persahabatan saya lagi..
Salam takziah buat Datin sekeluarga dan bersabar lah menghadapi hidup yang berbagai dugaan ini. Walau pun saya tidak lagi singgah nanti, setiap kali saya melewati pagar putih itu, saya tetap akan menggintai intai kelibat Datin..Datin jaga diri yer..Datin tidak pernah mencalarkan perasaan saya dan terima kasih kerana itu.
Sekian dulu, wassalmualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
(Allah kurniakan lah keberkatan buat sahabat saya ini, tenangkanlah ribut di hati dia, lapangkanlah dada dia dan berikan dia kekuatan untuk menempuh hari2 kemudian.Aku yakin dia tidak berseorangan kerana Allah, Kau sentiasa ada untuk dia...)

Friday, June 8, 2012

Sebab musabab saya tak suka tengok 'Drama' kat TV

Tak boleh ke, kalau buat drama tu biarlah seperti kehidupan di alam nyata?
Ini tidak..
(Ampun pengarah2 drama, bukan nak merendahkan kebolehan awak semua tapi pagi ni saya tak der modal nak buat N3 blog, tiba terlintas pula pasal ni..)
Betul saya cakap,
Awak perasan tak kalau dalam drama tu, yg lawa tu mesti hero dan heroin,
yg tak ada rupa sah jadi penyangak, jadi samseng, jadi penjahat.
Walhal di alam nyata tak macam tu...
(Kalaulah saya jadi pelakon, mesti dapat watak mak mertua Sabariah versi gemuk..Kan? 
Dalam drama selalunya hero/heroin tu punya lah sabar,
ribut badai segala boleh masih tetap maintain sabar...
Dah la lawa, baik hati pulak...ish, tak patut, tak patuttt..
Berlainan dgn di alam nyata,
di alam nyata bila kita heroin, sabar, sabar jugak..ada kala pancit jugak..
kita lah heroin yang tak lawa, tak kurus, tak sempurna mana pun. 
Kalau penjahat pulak, ngalahkan iblis pun tetap dpt bertahan hinggalah akhir cerita.
Kalau jahat tu jahat segala2 nya..Kadang2 kesian jugak dgn watak jahat tu.
Mentang2 lah jahat, tak kan tak de sekuman pun baik nya..
Masaalah2 yg di ketengahkan dlm drama dengan mudah berakhir bila cukup tempuh tayangan, se jam ke, 20 siri ke, maka dengan sendirinya dapat di selesaikan...
Tapi masaalah dalam kehidupan sebenar belum tentu selesai, ada yg makin lama makin kusut pun.
Ada masalah yg di bawa mati tak selesai2 jugak.
Bab mati pun satu hal jugak..
Dalam drama ni mati di jadikan kesudahan bila nak tamatkan watak.Senang cerita.
Ada titik bengang sikit, pengarah mati kan watak..mati mati mati..
Kalau di alam nyata mati hanya sekali,
kalau lah mati boleh di guna pakai setiap kali menemui jalan buntu,
saya rasa lah,
dah lebih dari sepuluh kali saya mati nih.
Itu pasal lah saya tak suka tengok drama.
kalau tengok pun sekadar ubat tidor..
zzzzzzzzzzzzzzzz..........

Thursday, June 7, 2012

Kenal ke tidak ni?

Buah ni masam.
Sekarang dah tak ada kot.
Dulu2 suka remdam isi buah ni dalam cuka,garam gula dan belacan
Makan dengan sudu..ada bijik kena hati2.
Buah apa? cer teka...

Buah ni mak mertua saya buat jem
Banyak boleh di kutip secara percuma di tepi rumah di kampung2.
Sedap, stail berry2 jugak la..
Cer teka jenis berry apa ni?

Ni buah ke kacang ke saya kurang pasti
yang pasti hanya lah saya tak suka makan buah ni
Takut.
Saya takut lipas dan buah ni mcm lipas.
Eiii..tak suka tengok pun.
Tau tak buah apa?











Buah ni pula ada depan kedai yg saya singgah makan di pekan Merapoh.
Saya kutip yg masak, penuh satu bekas.
Paksa anak cuba...tak terliur pun dia orang tu.
Puas saya iklan pasal kemanisan dan keenakan buah ni.
Failed.
"Dah mummy suka, mummy jer lah makan"
Adoii...ngada ngada pulak budak2 ni yer.
OK..buah apa ni?

Kalau tau sebut jer la...
Tidak la saya sorang yg ngaku pandai bab buah tempatan ni..
 Banyak lagi buah lain tapi ni aje buah yg saya tau dan nak canang satu dunia yg saya tau.

Awak nak tau...Tapi lepas tau, zip mulut dan rantai jari k.

Saya ada gosip panas menggelegak.
-
Kiranya rahsia besar bukit lah ni.
-
Wartawan pun tak leh hidu lagi
-
Saya tau sebab saya rapat dgn punca cerita
- ????
Puas di pesan supaya saya merahsiakan insiden itu
- ??????????
Shyyyyyy...!!!!!
-????????????????????????
-???????????????????????
- ??????????????????????
Zip mulut tu Hani.
- ??????????????
Tak baik buka cela orang.
- ????????????????
Rahsia.
- ????????????
-Rahsia apa?????????????
Artis?
Orang politik?
Suku sakat saya?
Suku sakat awak?
Sah la berkenaan dengan yg hidup, yg mati tak baik kita duk ngata dia lagi.
Hehehe, sabarrrr kalau nak tau pun sabar lah.
Saya rasa lah, rahsia ni,
tak lagi jadi rahsia bila di kongsi.
- ????????????????
Ubah fikiran.
- ??????????????????
Tak jadi lah nak kongsi kat sini..
- ????????????????
Sorrrryyyy.......
Sorryyyy
Sorrryyyyyyyy.....
Biarlah terus menjadi rahsia.
Kan?
Kan?
Kan?
Dan rasa best sangat2 bila boleh buat orang lain tertanya tanya..
La la la la la........Makan hati lah awak sumerrr...
Jangan marah2 nanti kena juallllll......
Muahahahaaaa.....Jahat tul lah saya nih.
Tu mesti ada yg tak puas hati lah tu.
Ampuuuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...!

Wednesday, June 6, 2012

Bila terdengar lagu Arwah Sudirman..Hati tiba2 menangis..

Jauh di sudut hati,
Kadang kadang, ada kala nya...
Sentiasa ada,
Selalu ada,
Makin cuba untuk melupakan makin acap adanya.
Kenangan pedih luka.
Tetap terulang tayang dalam benak fikiran.
Kadang kadang, ada kala nya..
Hidup perlu berpura pura..
Kalau tidak berpura pura,
entah macam mana lah jadi nya.


Tuesday, June 5, 2012

Saya dah tengok 'Jin dalam Botol' yang original.

Walau usia dah separuh abad, belum pernah saya tengok 'Jin dalam botol ' ni.
Sehingga lah semalam.
Kalau nak tau, ni lah rupa 'Jin dalam botol' yang mengganggu anak saya hari tu.
Punya lah terror Jin ni, anak saya yang aktif tu tiba2 jadi muram.
Diam kaku tak nak bergerak.
Sakitnya di ganggu Jin tu tergambar di wajah.
Kesian anak saya,kalau boleh nak tukar tempat, biar saya jer lah yg menangggung azab sakit tu.
Nasib baik cepat jumpa bomoh.
Jam tu jugak di sedut keluar Jin tu dari badan anak saya tu.
Alhamdullilah, dah sembuh dah sakit tu.
Jin tu dah di tangkap dan di masukkan didalam botol plastik ni.
Padan muka kau Jin, duk lah kat situ diam diam..!
Terima Kasih Dr Hasyim dari hosp Pakar Perdana.
Dr Hasyim menunjukkan "appendics' yg dikeluarkan dari perut anak saya  tu.
Merah menyala dan membengkak, nasib baik belum pecah kata doktor.
Hmm..Ni lah kali pertama saya tengok.
Dulu anak saya pernah buat pembedahan 'Tonsil'.
Dah di buang jugak tonsil tu.
Banyak juga assesori dari badan kita yg boleh di buang rupanya..
Agak2 apa lagi yg boleh di hapus kira dari badan manusia yer..
Buang hati lah, supaya tak payah duk tanggung emosi yg macam2...hehehe.
Kagum dengan dunia perubatan dan lebih kagum dgn kekuasaan Tuhan yg menjadikan.


Subhanallah...Syukur, anak saya dah kembali sihat macam biasa dah.
Bye bye 'Jin dalam Botol'.....

Sunday, June 3, 2012

Rinnnnnnduuuu...

Rindu adalah cerita basi.
Banyak perkara rindu yg ada di hati.
Rindu pada kawan2 lama adalah rindu yg nipis sahaja.
Rindu pada rasa enak masakan tertentu ada juga sekali sekala.
Rindu untuk mengulangi jalan kenangan menyesakkan dada.
Rindu untuk di rindui dan diambil peduli adalah rindu yg mustahil
Rindu yg paling sarat adalah rindu untuk kembali mengadap Mu.
Biar pun ku tau aku tidak layak untuk ke syurga mu,
dan aku takut ke neraka mu...
Namun aku tetap rindu untuk melapangkan dada ku dari rindu2 yg selainnya
melainkan hanya ada satu rindu..
Rindu menunggu panggilan dari Mu Allah.

Saturday, June 2, 2012

Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu...




Dagang tuan dagang bertempat, dagang saya menumpang lalu....
Bila menatap balik foto2 perjalanan saya ni, yang tersirat di hati hanya lah kesyukuran yang teramat sangat kerana di berikan kesihatan yang baik, rezeki halal yg mencukupi dan usia yang masih panjang untuk saya terus mengkagumi ciptaan Tuhan.
.Syukur Alhamdullilah.
Lain padang lain belalang..Tapi bagi saya semua nya serupa sahaja, makhluk Allah yg byk kelemahan dan kekurangan..Yang terbaik hanya lah dari Dia...
Amin.

Friday, June 1, 2012

Nak tau kenapa jadi berhabuk, bersawang blog saya ni..

Dah berhabuk bersawang rupanya...
Kenapa jadi macam tu?
Kes tuan tanah bercuti, jalan jalan cari makan lagi lah.
Meh nak cerita ke mana saya habiskan masa baru2 ni, tak tanya pun tak apa,saya peramah.
Saya ke Indonesia.
Dah acap benar ke bandar2 besar sekitar Jawa dan Sumatra, kali ni saya ke sini pula..
Ubah selera.
Saya ke Semarang.
Ada apa di Semarang? Ada Sea food yg best.
Ada ikan salai, siap beli buat balik Msia lagi tau.
Ada pelancong yg kepenatan jugak.
Saya juga ke Jepara..Tgok2 perabut.
Jamu mata tua ni.
Singgah minum air kelapa laut macam lah kat Msia tak der kelapa laut.
Lepas tu saya meneruskan perjalanan ke Yogjakarta.
Tengok seni batek yg halus.
Mahal giler!
Melawat ke kawasan istana 'Kraton'.
Singgah Pasar Sore,













Kali ni saya menyusuri kesan sejarah.
Saya ke Candi Borobudur,
Dulu tgok kat buku teks sejarah tingkatan satu jer,
Sekarang lihat dan rasai kehebatan seni bina lama.
Saya juga berkenalan dgn Molly.
Kesian molly, terpaksa tanggung lebih muatan.
Saya berterima kasih pada molly sebab Molly lah,
bila bergambar dgn molly saya nampak kecik sikit..
I Love U Molly..









Sekian dulu catatan perjalanan saya buat kali ni.
Tapi kan, yang paling best, bila tengok senyuman Hero Malaya ni sebaik saja saya sampai di rumah...
Alolooo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...