Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 31, 2012

Otot pun pandai mogok kalau kasi kerja lebih masa..

Sakit sungguh bila kena 'Nyetok karung'
Orang kolumpo cakap 'Tarik tarik'
Prince Willian cakap 'Cramps'
Kejang Otot lah awakkk...
Cramp di betis ni boleh buat saya meraung.
Masa preggy dulu selalu juga lah cramp betis.
Tengah2 tidor, malam2 buta meraung kesakitan.
Tak tau nak buat apa kecuali tunggu cramp tu subside sendiri.
Lepas tu lenguh lah betis sampai pagi.
Hari ni saya banyak duk pi mai pi mai, ukur kawasan kat sekolah.
Buzy amat.
Last sekali bila nak masuk dlm kereta waktu pulang tu,
terasa berdesup di labu betis,
macam kena cengkam dek raksaksa.
Beku terus urat saraf.
keras labu betis.
Kawan2 sibuk duk tanya kenapa saya memeluk stering dan mengaduh.
Nak jawap pun tak leh...Sakit wei.
Berair mata...
Lama jugak la nak lembut kembali otot betis yg kejang tu
Ni pun masih lenguh2 di betis dan jln terhinjut hinjut.
Agaknya otot betis saya nak cakap " Give me a break "
Adoiii....Awak pernah rasa tak?

Tuesday, October 30, 2012

Tak baik merungut tau.....


Kerana saya manusia biasa maka saya seringkali membuat kesilapan..

Seringkali membuat pilihan yang salah,

Seringkali gagal,

Seringkali  kesal.

Seringkali merasakan yang orang lain jauh lebih bernasib baik dari saya.

Maka saya acaplah merasakan yang saya mungkin berada diantara orang2 yg terabai..

Saya tahu saya tidak sepatutnya begitu.

Tapi seperti saya kata tadi,

Saya manusia biasa yg banyak kekurangan, banyak khilaf nya..

Ampunkan daku Tuhan kerana aku adakalanya tidak mensyukuri nikmat Mu..

Sedangkan Kau tahu yg terbaik buat ku...   

Surah Al-Baqarah Ayat 216

“... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Monday, October 29, 2012

Spy tak berlesen....

Selain dari pakai tittle 'Ticer' saya juga boleh jadi 'Spy'
Spy menyepai.
Saya sedang menyiasat satu kes sekarang ni.
Siapa yg mengupah saya tu,tak leh lah saya beritau.
Rahsia..
Upahnya hanya lah kedamaian hati buat seorang kawan yg saya sayangi.
Siasat punya siasat, byk lah bukti dan fakta  yg saya dapat.
CSI pun tabek spring kat saya ni.
Sukanya saya bila terungkai lah segala tanda tanya.
Ringan rasa bahu yg dah lama memikul resah.
Kepala otak pun tak lah duk ligat dan sarat.
Pening tau jadi Spy nih...
Ada siapa2 nak khidmat 'Spy' jangan cari saya.
Tobat saya tak nak buat kerja ni lagi!


Sunday, October 28, 2012

Dia tak tau bersyukur agaknya...

Dia menipu saya.
Saya tau tu.
Dulu memang saya tak tau dan saya percaya.
Simpati nya saya kepada dia bukan main lagi.
Sekarang saya dah tau tapi saya buat2 tak tau.
Saya nak biarkan saja dia terus beranggapan saya tak tau cerita sebenar.
Saya belum puas tengok lakunan dia.
Teruskan,
Tak ada masaalah langsung bagi saya.
Saya nak biarkan saja..
Yang pasti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tergelak dalam hati.
Sekarang ni yang bermain dalam kepala saya hanya lah..
Simpati kepada keluarga dia.
Saya kenal keluarga dia dan saya tahu hati budi keluarga dia.
Tak seburuk itu,
Tak dasyat macam tu...
Kenapa ye, ada orang yg suka buka pekung di dada.
tak ada pekung reka/buat2 ada pekung..
Nak tutup kesalahan sendiri kot.

Tak faham saya lah.


Saturday, October 27, 2012

Takut

Tau takut.
Waktu mengadap daging tu tak takut?
Takut naik tekanan darah.
Takut sakit gigi.
Takut bertambah simpanan kolestrol.
Takut membiak anak lemak di bentuk rupabumi yg dah tak berbentuk mana dah ni.
Takut sungguh.
Tapi takut di hati sahaja.
Mulut tetap tak takut.
Makan buah dan sayur banyak banyak.
(Buah durian tak masuk list)
Kurangkan rasa bersalah tu.
Lepas makan cuba jangan jadi ular sawa.
Pas tu nak buat apa? Menoreh?
Hari ni anak saya pagi2 dah ke hospital.
Penat lah doktor, lepas raya mesti ramai pesakit.
Agak2 penyakit berkaitan terlebih makan daging lah tu.
Sah dah macam tu....



Thursday, October 25, 2012

Hari ni hari Wukuf di Arafah, di kampung hari 'Buat Ketupat' katanya...

Esuk Raya Haji..
Hari ni tetamu Allah berwukuf di Padang Arafah.
Yang kat sini buat hapa?
Tukang sembelih asah pisau.
Nenek nenek buat ketupat.
Mak mak pergi pasar.
Anak anak tido lah kalau time cuti...Grrrr...!
Bapak bapak jadi mesin ATM.
Semua orang sibuk dgn gaya bebas.
Ni lah agenda tetap saya kalau nak raya.
1. Siapkan senarai 'perlu beli'.Berjela jela.
2. Keluar beli.Jelajah Pasar besar, Tesco dan Kedai runcit India.
    ( Kenapa Kedai India? Suka hati saya laa..........)
3. Balik rumah mengeluh pasal penat, payah parking, barang mahal dan ramainya org kat pasar.
    Tak ada pendengar setia pun, tak macam suria FM..
    (Bik, ko tutup telinga sekali lagi, aku potong gaji tau!)
4. Mulakan persiapan untuk memasak juadah untuk esuk.Masak mana yang patut dahulu.
5. Makan
6. Masak
7. Makan
8. Masak
9. Makan
10. Masak Masak Masak
11. Makan Makan Makan.
12. Kalau ada kesempatan ambik gambar, buat N3 blog dan update status kat facebook.

Alhamdullilah, walau rutin ini dah berpuluh tahun duk ulang tayang, saya seronok sebenarnya.
Kami orang biasa biasa, sambut raya biasa biasa, bahagia dengan cara biasa biasa kami.



Wednesday, October 24, 2012

Bibik ni kalau nak cuti sekolah, nyanyi2 aje dia yer...

Bulan depan bibik saya balik Indon
Bulan disember adalah bulan dia bercuti balik kampung.
Sekarang pun dia dah kumpul2 barang untuk di bawa balik.
Balik naik Air Asia tau aje lah,
kena peka bab timbangan.
Setiap kali nak balik kampung dia serba salah.
semua benda dia nak bawa balik.
walhal dah berkotak dah barang yg di pos.
Saya tak pernah larang,
biarlah, saya cuba gambarkan saya di tempat dia.
pun macam tu jugak.
kadang kadang nak tergelak bila tengok dia mengemas.
Apa tak nya, segala benda ada.
Milo, syampoo, keropok, coklat, kueh...
Buah tangan yg dia dapat dari keluaga saya dan jiran2 pun kena bawak balik jugak.
Kain baju memang dia tak bawa kecuali pakaian untuk anak2 dia.
Suka sgt lah dia bila pakaian anak cucu saya, saya sedekahkan saja untuk anak2 dia.
macam mana dia balik ke Indon, macam tu lah bila dia datang nanti..
Segala mak nenek dia bawa,dari makanan hingga ke ubat ubatan.
Kata orang ...Yg merah itu saga, yg kurik itu kendi...
Saya dan dia saling memerlukan..
Semoga Tuhan panjangkan 'jodoh' saya dan dia.
(Sekarang dah masuk tahun ke 7 dia bekerja di bawah bumbung saya)

Tuesday, October 23, 2012

Kamu, kamu dan kamu buat hati ibu tua ini happy..lalalala...

Ada yang bagi ucapan
Ada yang bagi pelukan.
Ada yang nyanyi nyanyi
Ada yg kirim kad ganti diri.
Ada yang bagi hadiah
Ada yang hulur makanan
Bahagia sungguh, Syukur,
Saya tidak di lupakan

Bagi apa saja,
walau hanya sepatah ucapan 
sepatah campur sepatah
beribu patah ucapan yg di terima.
Semua nya berharga.
Semuanya mengembirakan hati ini.
Terasa masih dihargai.
Ingatan itu yang membuat hati munga munga
tak ternilai dgn wang ringgit.
Thank You everi bodih.
Kalau ada musuh, musuh bagi ucapan juga kah?
Agaknya ucapan macam mana yang musuh kita bagi di hari jadi..
Semoga pendek umur? rumah kata pergi, kubur kata mari?
Adusss...Sib baik tak der musuh.


Monday, October 22, 2012

Kalau saya ni pokok balak, kira muda lagi ni...Tapi saya manusia, kira tua dah laaa..

Bila umur tambah setahun lagi,
Banyak yg bertambah,
Pengalaman bertambah.
Cucu bertambah.
Pahala harap2 bertambah..
Syukur Alhamdullilah.

Uban bertambah...
Kedut bertambah...
Sakit situ sini bertambah...
Saya redha seadanya...

Yang saya risau ni,
Entah2 dosa  bertambah,
Timbangan lemak di badan pun rancak juga bertambah.

Apa yg berkurang bila kita sambut hari lahir?
Baki usia.
Bila bertambah lah umur, baki usia pun berkurang.
Makin hampir lah kita kembali ke asal nya.

Happy Birthday to Me....



Sunday, October 21, 2012

Bukan kaki bola.

Orang duk heboh Kelantan menang bola.
Saya hanya tau bila tengok N3 orang lain di blog.
Tak kira lah siapa menang ,saya ucapkan tahniah.
Adat bermain ada menang kalah.
Oleh kerana hari ni dah 21 hb dan hari gaji menghampiri,
saya sokong ATM.
ATM ATM ATM kesayangan ku.
Yes! esuk ke ATM ambik gaji.
ATM-Automatic Teller Machine
Dah berbau duit dah ni.....

Saturday, October 20, 2012

Pagi2 gini kalau call mintak bantuan ada ke yg nak tolong?

Bila enjin kereta tak nak hidup,
Awak tau tak nak buat macam mana?
Tak tau?
Saya pun tak tau jugak.
Terbakar.
Bukan kereta tapi hati saya.
Tau apa saya buat?
Saya scan wajah orang yg boleh bantu saya.
Tak ada sorang pun.
Akhirnya,
Apa lagi yg mampu di buat oleh seorang wanita yg tak tau pasal kereta?
Tinggalkan kereta di tepi jalan.
Balik jalan kaki.
Ukur jalan di pagi hari.


Friday, October 19, 2012

Tido lagi baik dari berkata kata...

Hai lah kucing,
Cuti cuti ni ko aje lah teman setia aku.
Teman no 1 ku
Hujan teman no 2
Boring teman no 3
Nasi kerabu teman no 4
Laptop teman no 5
Hset teman no 6
TV/Astro teman no7
Bantal teman no 8
Stering kereta teman no 9
Shopping Mall?
kalau kira Shopping Mall saya ada 10 teman.
Tapi,
akhir bulan gini shopping Mall tak sudi jadi teman dah...




Thursday, October 18, 2012

Rehat jari hari ni.

Tersumbat.
Buntu
Jari menari tarian sumbang.
Delete.
Menari lagi
Delete lagi.
Kacau bilau.
Mengintai intai dari jendela,
teroka laman orang.
Dah tak ada idea tu,
duk diam diam.
Tak payah buat N3 hari ni.
Istihar cuti untuk diri sendiri.

Wednesday, October 17, 2012

Berlapang dada lah duhai anak...

Hati seorang ibu, tak kira lah ibu mana pun akan turut merasai setiap susah payah yang di tanggung oleh anak anak..Dan sebenarnya, lebih rela payah itu berpindah di bahu ibu agar anak2 kembali tenang dan damai.

Yang di panggil payah itu dugaan
Yang di panggil sukar itu cobaan,
Cubalah bertapak ke hadapan
walau dalam seribu resah.
Jangan takut untuk jatuh.
Malah aku pun jatuh berulang ulang.
Bangkitlah semula dan tegakkan kepala.
Lihatlah peluang yg menunggu mu dalam diam.
gapailah awan walau jari mu keletihan.
Apalah ertinya kehidupan jika
tidak ada perit luka?
Nikmat ketawa hanya dirasai selepas berteman air mata.
Nikmat kemenangan hanya berganda selepas tewas tumbang..
Kita makhluk nya,
Dugaan2 begini lah
mendekatkan kita kepada Nya,
kerana kita insan terpilih,
insan kesayangan yg kuat dah tabah.
Dan mampu mengharungi segalanya.

Tuhan menduga dengan dugaan yg mampu di pikul oleh kita. tidak lebih, tidak kurang.



Tuesday, October 16, 2012

Lalalalalalalaaaaaaaaaa...............

Hati munga munga.
Mesin timbang saya macam mesra alam gitu.
Meter ada sikit kurang.
yer ke ni?
Ke mesin rosak?
Wahai mesin timbang, kalau kau bagi harapan palsu kat aku,
Aku campak kau ke luar pagar nanti.
Apa apa pun hari ni happy.
Jap lagi nak singgah beli nasi dagang.
2 bungkus.
Yes!

Monday, October 15, 2012

Selamat tinggal sayang.

Astaqfirullah..Astaqfirullah..Astaqfirullah...
Saya bermimpi malam tadi.
Bila tersedar saya ingat sebahagian saja dari mimpi tu.
Saya amat confused.Rumah siapa yg saya masuk?
Anak siapa yang saya pimpin?
Kenapa semua orang kat situ saya tak kenal.
Kenapa terang sangat lampu tu?
Kenapa sunyi sangat rumah tu walau berpenghuni.
Dua tiga kali saya cuba tinggalkan budak tu di situ,
dia tetap mengikuti saya.
Kenapa saya nak tinggalkan budak comel tu?
Tak tau. confused sungguh.
Pandangan mata dia mengganggu saya.
Pandangan mata dia menyebabkan saya terjaga.
dan saya masih ingat pandangan itu.
Adakan budak comel ini anak saya yg tak sempat saya pelihara?
Adakan dia yang akan menunggu saya di pintu syurga nanti?
Tuhan lebih sayangkan dia, saya tau dan redha begitu.
Teringat ketawa dia yang sangat manis, dan saya menangis.

...........Mimpi adalah mainan tidur......



Sunday, October 14, 2012

Nyampah.

Hari ni hari sibuk saya.
Dah berderet senarai benda perlu buat dan perlu siap hari ni.
Kah kah kah kahhh....
Kenapa tiba2 rasa nak tergelak?
Orang lain sibuk hari2 pun tak bising.
Saya sibuk sekali sekala saja,
canang satu dunia.
Saya betul2 akan sibuk hari ni tau.
Yang hari hari sibuk tu alasan jer...
Kenapa tak reply call?
Sibuk.Meeting.
Kenapa tak itu?
Sibuk Ada taklimat
Kenapa tak ini?
Sibuk.Ada hal.
Sibuk Sibuk Sibuk..
Pak Menteri pun tak sesibuk tu..
Kan Tok Jib kannnnn....?
Perasan tak,
Sebenarnya entri ni bukan nak cerita pasal saya yg akan sibuk hari ni,
tapi nak sindir orang lain yang siiiiiiiiiibuk jer manjang.
(Siapa makan cili dia lah yang berkemungkinan dapat Buasir...)



Saturday, October 13, 2012

Tip tap tip tap...Hujan dah turun...

Dah nak mula musim banjir.
Saya suka.
Opss..Bukan mendoakan supaya banjir,
tapi saya ikhlas cakap, saya suka musim hujan.
Saya suka bila hujan lebat.
Duk dalam rumah dan saksikan hujan lebat di luar.
Hujan itu rahmat, sejuk mendamaikan hati.
Bila hujan mencurah curah, perut jadi lapar.
Kopi panas dan ubi rebus cicah kelapa pun sedap
Kebetulan musim hujan pulak waktu cuti sekolah.
Sedap sungguh-Hibernate macam beruang..
Makan tido makan tido hasilnya betul2 jadi macam beruang.
Tau tau dah sebesar beruang kutub. 

Friday, October 12, 2012

Kes berat

Bila hidup tak lagi bererti
tak ada alasan untuk terus bernyawa.
Cukuplah usia yang ada.
Tak perlu berlama lama di sini.
Kehadiran yang tidak menambah
Kehilangan yang tak mungkin dicari
Yang ku kendong sudah lama keciciran,
Yang ku kejar hanya lah mimpi
yang bertaburan di kaki.

Hidup tidak pernah mudah
Bernafas dalam seribu payah.

Aduhhh....Kes berat nih, Kalau kes ringan macam ni...

Bila hidup tak bererti lagi,
Tidak ada alasan untuk mengeluh
Syukur usia masih ada
masih boleh membilang hari
takapa lah kalau tidak di ambil peduli
tidak terjejas apa apa pun
yang ku kendong adalah redha
yang ku kejar adalah belas ehsan Tuhan

hidup tidak pernah mudah
Tapi mati lagi payah wei.....

Berfikiran positif tu penting.








Thursday, October 11, 2012

Nak tanda tangan perjanjian tak?

Rumah tepi jalan ni satu hal jugak lah.
Sekarang di kiri kanan jalan tu sedang di baik pulih.
Nampak gaya macam dia orang nak buat pavement.
Bata, simen pasir dan pekerja kontrak menyebabkan jalan sedikit jem.
Tu tak per lagi...
Bila tiba shift selepas tengah malam, sakit kepala saya ni.
Siap dengan dung dang dung dang, kung kang kung kang.
Sekejap kreeennngggg krrrooonnggg...
sekejap gebebuk gedebak..
Bising.
Malam lah time mereka nak pasang jentera ratakan permukaan.
Malam lah time mereka nak kisar simen ke hapa tah.
Dah tu bising suara orang pun bukan main lagi
Ada saja sebab mereka nak gelak, nak bising2.
Dik,
Bilik tidur akak dekat jer dgn pagar ni.
Bila awak duk berkhemah di tepi pagar akak,
terasa macam awak duk sebilik dengan akak pulak.
Setiap patah perkataan akak dengar.
Bila nak siap ni dik?
Begini saja ok,
Malam ni akak hulurkan pula air kopi ais dlm jug
dan jemput pisang satu besin
dengan syarat awak perlahankan sikit sound effect tu.
Kalau kamu semua kurangkan teriak2 gurau2 dgn rakan sekerja,
Akak bagi nasi goreng bungkus siap dengan keropok lagi nak?
Sudu plastik pun akak bekalkan...
Nak tanda tangan perjanjian tak nih?

Wednesday, October 10, 2012

Kuli gomen pun Kuli gomen lahhh...

Baru 10hb poket dah nipis.
Saya ni kuli, kalau Big Boss tu lain lah.
Sebenarnya bukan salah skim gaji,
tapi saya ni pemboros agak nya.
Laju saja keluar duit kalau ada berbaki.
Ni, tengah2 bulan macam ni,
Saya banyak duk di rumah lah.
Rajin betul masak, urus rumah, isteri mithali gitu.
Extra rajin.
Mana tau ada orang kesian,
tempias sekeping dua jadi lah.
Kawan2 saya ramai yg berniaga.
Wahh maju jaya lagi mereka tu.
Saya nak niaga? Tak sanggup.
Menghabiskan modal ada lah.
Tak reti, tak pernah2 berniaga.
Time tak de duit ni otak ligat fikir yg bukan2
Nak menoreh?
Mana ada kebun, pisau toreh pun tak kenal.
Nak tanam padi?
Lintah wei....tak sanggup gak!
Nak tak nak..
Kira hari, tunggu cukup bulan.
Sementara tu buat muka kesian,
huhuhuhuuu.....!

Tuesday, October 9, 2012

Degil tak habis habis....

Mereka yg seangkatan dgn saya mesti ingat watak katun ni yg di siarkan di TV lama dulu.
Kisah Monyet dan Sang Kancil.
Monyet yg nak cuba makan cili.
Sang Kancil cakap, jangannnn monyettttt
Monyet tak hirau,
"Aku nak jugak, Aku nak jugak..."
Lepas makan, terlompat2 monyet kepedasan.
Dalam hidup kita memang ada kala nya kita nak buat sesuatu yg di larang.
Makin di larang makin nak.
Dah tu, siapa yang nak tanggung segala kemungkinan?
Sendiri tanggung la....
Semalam saya rasa nak ubah kedudukan perabut.
Hubby cakap tak payah.
Jangannn Monyetttt....
Saya ni degil.
Tapi saya nak jugakkk...Nak jugakk...
Saya heret perabut sorang sorang.
Puas hati.
Pagi ni saya rasa amat sakit dalam bahu.
Sengal sengal tulang?
Orang larang kita degil jugak.
Nak tak nak.
Simpan sakit sorang2..
Diam2..
Shyyyy.....!

Monday, October 8, 2012

Bila hantar org pergi haji, kita rasa nak ikuttttttttt.....

Musim haji dah bermula.
Bertuah lah mereka yg terpilih sebagai tetamu Allah.
Yang belum terpilih tu bawak bersabar,
bila sampai seru tu InsyaAllah berangkatlah juga kesana.
Banyak kenangan pahit manis di bumi berkat itu
Saya menunaikan haji di waktu saya masih muda.
Di usia 32 tahun saya menjejak kaki di bumi Ambia'.
Kata orang badan masih sihat dan gagah kuasa lagi masa tu
Sekarang saya mula merindui saat2 mengerjakan haji .
Teringat nyaman nya udara di masjid Nabawi
Terkenang indah nya MasjidilHaram.
Syahdunya doa di Padang Arafah.
Mina dan Muzdalifah yang terang benderang.
Tawaf,saie,umrah dan ziarah.
Sayang sekali untuk kesana buat kali kedua terasa mustahil.
melainkan dgn izin Allah, insyaAllah.
Maklumlah Tabung Haji lebih mengutamakan mereka yg belum bergelar haji
dan mereka yg usia emas, melebihi 70 tahun.
Tapi setiap kali Musim Haji datang..
Setiap kali itu lah saya berangan angan untuk
menunaikan haji buat kali kedua.

Sunday, October 7, 2012

TQ IM

'Insan Marhaen'
kawan yg saya kenali hanya di alam cyber menyapa
Saya baca setiap baris kata, setiap makna tersirat ..
Betul lah seperti kata dia
Adam dan hawa itu 
saling lengkap melengkap.
Terima kasih
kerana sudi meninggalkan jejak.
Terima kasih sekali lagi,
Komen dari tuan amat saya hargai.

Kata nya,
-
aku juga bukan dilahirkan sempurna
seperti adam sanggup memenuhi pinta hawa
aku juga bukan mampu untuk segalanya
kerana aku juga langit - ada menung dan panasnya.

aku hanya tebing yang mengalur air menjadi sungai
aku hanya tanah yang menyuburkan jika elok benih yang ditanam
aku hanya teh yang lebih lazat jika dicampur susu secukup rasa.

aku dan kau sebenarnya seperti bulan dan matahari.
saling lengkap melengkapi untuk membentuk 24 jam menjadi satu hari!

Kerana aku di ciptakan dari tulang rusuk mu yg paling bengkok

Aku bukan nak menjadi se pohon kayu,
Aku cuma berharap untuk tumpang berteduh di rimbun kasih mu.
Aku bukan nak menjadi gunung yg menyapa awan
Aku cuma nak berlindung di sebalik bayang mu
Aku bukan nak menjadi lautan yg dalam
Aku cuma nak menjadi ombak yg menghiasi pantai mu
Aku bukan nak menjadi hutan Khatulistiwa.
Aku hanya nak bertapa jauh di sudut hati mu
Aku tidak mau jadi apa apa,
Aku hanya ingin menyandarkan suka duka ku,
di bahu mu..
Dan sesekali aku ingin berasa tenang merebahkan kepala
di lengan mu...
Aku bukan di cipta dari dahi dan kepala mu,
kerana itu aku bukan ingin mengungguli mu
Bukan juga di cipta dari kaki mu untuk di pijak oleh mu.
Aku ini di ciptakan dari tulang rusuk mu yg paling bengkok dan paling atas,
paling dekat dengan hati mu...
Maka lindungi lah aku dengan kasih sayang mu.



Friday, October 5, 2012

Banyak channel ngalahkan Astro, awak nak tengok channel mana?

"Pasangan kita ialah jodoh kita, orang yg terbaik buat kita, 
maafkan kesilapan dia kerana dia insan biasa, 
kebagaimana dia menerima kekurangan kita maka kita pun harus menerima dia seadanya".
Ayat di atas ni di pakai guna bila hati munga munga, cuaca indah berseri, siaran tak tergendala dan enjin tak panas.

Bila ribut, siaran tergendala sebentar dan enjin nyala lampu merah berkelip tanda panas melampau, begini pulak lah ayat nya...
Awak tu tak boleh ke pot pet pot pet pot pet...
Saya ni pot pet pot pet pot pet..
Kalau macam ni lah pot pet pot pet pot pet..
Awak pot pet pot pet pot pet..@%&!!%@$#&%!!!.............!

Tapi kalau dah batu jemala keluar tanduk, nak cari sarung tangan boxing pun tak de pekdah dah...Senjata perang yg paling berkesan dan mujarab hanya lah satu. Sah menang punyer..

Jadi air batu
Diam
Bisu
Kaku
Nampak gayanya ada yang nak kena tidur atas sofa depan TV malam ni.
Bukan dia lah.
Entah2 saya.
Maklum lah merajuk tua2 ni tak de siapa nak pujuk dah...
Padan muka saya.


Tuesday, October 2, 2012

Kalau sudah jodoh begitu....

Semalam saya ke rumah seorang sahabat.
Seorang yang saya anggap bertuah.
Dia cantik, sentiasa senyum.
Sentiasa di hujani nikmat rezeki yg berlimpahan.
Kasih sayang juga melimpah ruah.
Rumah nya lengkap, di hiasi perabut mahal.
Hiasan nya gaya mewah walau usia dia sangat muda lagi.
Saya sempat duduk bersembang dgn mak mertua dia.
Betul lah, jarang ada mak mertua sebaik ini dengan menantu nya.
Dan jarang juga ada menantu yg sebaik ini dengan mertua nya.
Saling menghormati dan kasih sayang pun bukan plastik.
Kawan saya itu berasal dari kampung yg jauh di pedalaman,
bersuamikan seorang lelaki dari keluarga berada.
Kata orang tikus yg jatuh ke dalam guni padi.
Tak pelik?
Teruskan membaca yer..
Kawan saya ni segala urusan rumah tangga di bahu dia.
Dari menjadi drebar, tukang kebun, arkitek, tukang paip dan apa apa lah.
Bab bayar bil, finance kereta, urusan kerajaan dan sebagainya,
Letih nak senaraikan...Semua benda dia uruskan dgn jayanya.
Panjat pokok mempelam pun dia jugak.
Walau dari segi kewangan dia tidak perlu risau,
Urus mengurus tu, dia pikul segala.
Dia sentiasa sibuk...tak de istilah rehat bagi dia yg sgt rajin nih.
Bertuah lah suami dia ni.
Bertuah lah anak2 dia ni.
Bertuah lah mertua dan ipar duai dia ni.
Payah nak cari wanita seperti dia,
Dia lah seorang perempuan yang rela bersuamikan seorang lelaki,
yg cacat penglihatan,
yg memerlukan sokongan setiap masa,
yg perlukan kesabaran hati seorang isteri yang sempurna fisikal.
Perempuan yang saya anggap kawan ini,
kuatnya bukan hanya kuat fisikal..
Kukuh semangat dan gagah fikiran.
Cekal.
Sanggup kah anda berada di tempat nya?

Monday, October 1, 2012

Only in Msia dan hanya di rumah saya.

Aku ada, Ko ada?

Kalau tengokkan notis ni, memang dah lama benar duk terpampang kat sebelah mesin basuh.
Dah kena air sampai tulisan pun dah blurr.
Ni ingatan buat pengguna mesin basuh tu.
Something wrong dgn mesin tu
Kalau tekan butang start, rasa macam berderau gitu.
Macam kena cas letrik.
takut.
Tau bahaya
tapi tak baiki baiki lagi
Biasa lah,
bertangguh.
Bik, ko hati hati kang  apa apa terjadi kat kamu,
I will really miss u.
Cepat la baiki mesin ni wahai Tuan Pemerintah Republik ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...