Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 30, 2014

Entah hapa2 jer lah.

Di persimpangan traffic light.
Menunggu hijau.
Mata melilau tgok kenderaan lain lalu lalang di laluan sebelah.
" Owh, itu kawan mummy tu, yg drive kereta kancil tu,..."
Anis yg duduk di sebelah saya mencari cari.
"Yang mana satu ?"
"Itu, Aunty Lina neighbour kita dulu"
"Bukan mummy cakap dia dah meninggal tahun lepas?"
"Hmm, yer ke...Lupa...padan lah lama tak nampak."
Agaknya pelanduk dua serupa..
Agaknya byk benda yg saya tak ingat.
Tanda2 penuaan atau mungkin tanda
Otak terlalu sendat!

Semangat yg lebih..

Macam askar yg nak turun berperang..
Senjata kelengkapan siap sedia.
Jangan terencat kerja hanya kerana tak cukup peralatan.
Mau buka tanah rancangan ke ni?
Berapa ekar kebun dusun?
Loh la weiiiiii., asal bahagia.
Kasut, selipar dan stokin khas melindungi kaki
Topi mengadang panahan mentari
Sarung tangan membungkus jari
Tuala kecik menyerap keringat di dahi
Peralatan berkebun sebaldi
Tab tak tinggal senang nak rakam bukti
Minuman sejuk berais satu mug kadang2 satu jug.
Ubat nyamuk kena pasang, kalau tidak sang nyamuk kekenyangan.
Anak pokok mabuk baja
Benih bercambah sayangnya tidak ku tahu benih pokok apa.
Kata nak jadi Hang kebun,
Pokok terung pun tak kenal,
Rumput disiram, pokok ulam di cabut buang.
Pak pandir pun gelak tengok saya berkebun!
Gelak la Pak Pandir, Kang saya sembur racun serangga ni baru tau.
Owh best nya kalau racun serangga boleh membunuh segala kenangan.
Lagi best kalau lemak badan boleh dijadikan baja,
Gemuk lh pokok anggur saya nanti.
Saya berjanji, 3-4 bulan dari sekarang,
Taman saya akan siap sepenuhnya..
Wait n see, InsyaAllah kalau Hang Kebun x mati.

Tuesday, April 29, 2014

Sambil tunggu anak di luar pagar sekolah

Hello.......
Bukan ada maksud tersembunyi,
Sekadar ingin sembang usir bosan
Rawat hati dan nyahkan sunyi.
Sendirian di dalam kereta yg kaku,
Menunggu dan membilang waktu.
Jemunya melihat kenderaan lain yg lalu lalang.
Botol air mineral sudah kosong,
Kacang dan donat menjadikan perut kembung.
Juruhebah cuba sehabis mungkin untuk menghiburkan, tapi lawak2 bodoh itu menikam telinga.
Tutup saja media dengar itu.
Tab masuk beg, mata sudah lenguh menatap skrin,
Jadinya,
Tiba2 teringatkan mu
Teringatkan gelak tawa mu
Teringatkan segala galnya tentang mu.
Hello.....
Ros, aku ni..ko busy ke?
Saja jer aku teringatkan mu.
Takkk, aku bukan nak mintak kau bayar hutang pun,
Aku bosan ni, tunggu anak keluar dari sekolah.
Dah sejam menunggu.
Bla bla bla......
Pot pet pot pet...
Ros, ko gemuk ke kurus sekarang?
Aku diet tau, nnti ko sorang yg gemuk...
Teeetttt...........
Aik dah putus talian?
Line x ada ke?
Awak ni ros kalau aku bukak saja tajuk 'lemak', terus tutup suis.
Ke terbakar fius?
Best la usik awak, lama tak usik rasa nak usik.
Bye Ros, tq for listening.
Hutang aku tu kau jgn lupa bayar yer.....

Sunday, April 27, 2014

Sebenarnya

Walau pun udara masih perlu di sedut,
Nafas masih hangat di kerongkong, tapi
Diri terasa seperti sudah mati.
Kehidupan sudah tamat.
Begitulh,
bila segalanya bernoktah hati menjadi tawar.
Begitulh sebenarnya,
Bila tidak ada lagi yg mampu membahagiakan hati
Mau saja ku pejam mata dan tidor.
Tak perlu bangun lagi.

Bukan ibu mithali, jauh dari menjadi mithali.failed terus.

Sepatutnya saya besarkan anak2 sebagaimana saya dibesarkan.
Cara saya besarkan anak lah yg menghasilkan anak2 saya hari ni.
Jauh beza dgn 'product' yg di hasilkan oleh orang tua saya.

Wahai anak2,
Mummy di bawah pengawasan arwah Che dan arwah ayah dulu tak berani langsung bersuara.
Betul atau tidak, mereka sentiasa dapat permit ' betul'.
Apa pun yg keluar dari mulut mereka adalah arahan yg perlu di patuhi.
Wajib di patuhi.
Mulut sendiri mesti di kunci, jangan menjawap.
Kalau pun hati nak  memberontak, pandai2 lah sorok emosi.
Mana boleh nak tunjuk perasaan, tak berani.
Suara jangan meninggi, makan jangan mendahului, langkah jgn keras dan wajah jgn ada bayang marah...
Solat di kira, di tanya dan di soal siasat lima waktu sehari.
Yassin jgn beku dlm laci, quran di baca berulang kali.
Bila tamu berkunjung, keluar sekadar untuk tunjuk muka dan bersalam.
Lepas tu diam jgn ganggu orang tua brsembang, nak kelahi adik beradik pun kena KIV dulu, tunggu tamu pulang.
Kalau ada suara yg tidak menyenangkan dari kami, tengok lah siapa yg akan dapat cop biru di peha bila tamu nalik nanti.
Begiu juga jika kami bertamu ke rumah kenalan atau saudara.
Duk diam diam di kerusi, bersuara hanya bila di sapa, makan hanya bila dipelawa dan jgn gatal tangan nak sentuh apa2 perhiasan di rumah orang.
Dari dlm perjalanan lagi kami diingatkan, kalau engkar, tak tunggu balik rumah, dlm kereta dah kena pulas telinga.
Hormat orang tua sentiasa jadi tazkirah harian.
Depan org lebih tua,jalan jgn menyapu awan.
Kalau menziarah, tangan jgn kosong, bawalh buah tangan biarpun hanya sehiris kuih.
Sebelum pulang, brjabat tangan dn rendahkn kepala ke tangan.
Budak2 sekarang...
Sudah tidak kenal bahasa rotan
Tidak endah dgn jelingan mata walau kita jeling sampai terkehel biji mata.
Wahai anak2,
Kalau kamu merasakan mummy ni terlalu kejam,
Kamu sebenarnya tak tau pentingnya membesar dalam segala peraturan dan undang2 untuk menjadikan kamu manusia
Tanpa peraturan, tanpa adap sopan, kamu tak ada beza dgn itik ayam.
Ya, memang tak mudah membesar sebagaimana mummy di besarkan,
Tapi mummy begini hari ni adalh berkat didikan yg keras begitu dan
Kamu begini hari ni adalah kerana kelemahan mummy mendidik kamu
Oleh itu anak2,
Mummy sebenarnya rasa amat bersalah.
Bukan begini sepatutnya,
Bukan macam ni,
Bukan hanyut seperti ranting patah di telan arus sungai
Tapi jadilah pohon yg gagah rendang dan berbuah tempat mummy tumpang melepas lelah.
Failed. Mummy kah yg failed?

Thursday, April 24, 2014

Bila kodok membisu....

Panas dan kering.
Dah lama tak hujan.
Kalau hujan pun sekadar gerimis.
Tak mengurangkan dahaga bumi.
Musim kemarau sekarang ni, tapi tak lh segersang gurun.
Panas macam ni bukan manusia saja yg rindukn tangisan langit.
Haiwan pun nk kan hujan juga, kambing jer yg tak kisah.
Heran jugak kemana perginya kodok.
Apasal tak dipanggil nya hujan, dah pencen ke..
Kalau kodok dah nak bersara, saya ambil alih pun tak apa.
Saya ni kalau nyanyi, ngalahkn kodok, sah2 hujan lebat.
By the way, malam tadi tgok org sebaya saya menyanyi di kaca TV.
Hmm..Tak tau nk cakap apa, biarlh, asal mereka bahagia.
Saya tak ada kelebihan bab suara, kalau suara saya merdu, dah femes dah...
Maka saya seharusnya jangan jeles dgn orang yg ada suara.
Tak baik dengki tau....
Ada mata tgok, kalau tak nk tgok tukar channel tv.
Ada telinga dgr, kalau tak nk dgr, tutup tv
Ada mulut ? Ada mulut membebel lh sepanjang siaran keudara.
Hmm...panas lah, pasang aircond pun tak rasa.
Katak owhh katak kenapa kau panggil hujannn..
Mcm mana aku tak panggil.......
Owh, dah hujan yer....
Kan dah cakappp.......

Wednesday, April 23, 2014

Tak pernah serik!

Pernah rasa sakit perut yg memulas mulas?
Ngalahkan sakit nak beranak nih.
Betul awakkk, sakit macam ada gerudi di tulang belakang.
Berpeluh peluh..peluh kecik peluh besar ...
Aduiiii....Aduii.....Mak tolonggggg...!
Food poisoning gamak nya ni
Kerana mulut, perut menanggung seksa.
Bukan saya sorang, pagi ni bila dtg sekolah,
Ada geng sakit perut rupanya.
Sah la puncanya dari apa yg kami makan bersama semalam.
Padan muka,
Time makan lupa dunia.
Tak pasal2 toilet kerja lebih masa hari ni.
Serik? Nope!
If we were given that 'food' again,
We will never say no.
Sedap tau.....
Nak tau kami makan apa?
Rahsiaaaaaa......
(Saja nak buat sakit hati insan2 yg baik yg baca N3 ni......)

Monday, April 21, 2014

Hang Kebun lesen 'L'

Cerita pasal orang lain byk,
tapi x berminat untuk kongsi dosa mengumpat di sini.
Cerita pasal diri sendiri pun banyak tapi x semua perlu di kongsi,
Yang layak untuk di kongsi dah hari2 saya kongsi.
Memandangkn akhir2 ni saya 'gila berkebun',
Cerita berkisar pasal kebun.
Pasal pasu dan baja.
Pasal pucuk dan bunga.
Ni nak cerita pasal Hang Kebun yg sedang menaip ni.
Hang Kebun yg sanggup berpanas setiap petang.
Muka dah gelap warnanya, hangus di jilat mentari.
Setiap malam kena pakai lotion calamine sbb kulit jadi gatal2
Selipar getah dah kena beli yg baru, semalam putus dah yg lama.
Topi hari2 gilir mana yg ada...
Sarung tangan hilang, cucu buang entah ke mana.
Gadget berkebun selonggok, pantang tgok kat kedai, beli semua.
Semangat bukan main lagi...
Sayang sekali....
Tabur benih dan bila perlu di alih anak2 terung yg baru bercambah ke dalam pasu,
Hang kebun tak kenal mana anak terung mana anak rumput liar..
Ku cabut dan buang anak2 terung dan yg ku tanam pokok entah hapa2 rupanya.....
Okk alohhhhhlaaaaa.....!

Friday, April 18, 2014

Saya sgt2 rindukan dia,

24 jam sehari,
7 hari seminggu,
12 bulan setahun...
Esuk pun sama
Lusa pun serupa
Mungkin sampai akhir nyawa saya,
tetap tidak ada beza.
Hanya Tuhan yg tahu payahnya
Susahnya
Azab nya
Sengsaranya bila
rindu sentiasa singgah di hati...

Tuesday, April 15, 2014

Terapi hati

Di sini ku tanam jambangan luka
Suburlah pepohon payah yg berjuntai
Baja resah rindu yang ku tabur di harap dapat membantu.
Ku tumpahkan duka ku memenuhi pasu yg ternganga menanti
Tangisan adalah siraman harian.
Tumbuh subur lah ketenangan ..
Membiak lah lebih byk redha...
Pondok tempat ku tambat lelah,
Seakan mengerti..
Sekali sekala bunyi gemercing mainan angin senja
Semua yg ada di taman ini cuba memahami
Tapi
Bukan semua luka sembuh dgn sendiri
Ada derita yg masih basah..
Mentari memancar terik tika aku duduk2 di sini.
Panasnya menambah kemarau jiwa.
Aku menarik nafas dan hembus keluar segala payah
Ku harapkan tanah penjuru ini merawat sepi.
Kembang dan tunas baru adalah bahagia yg menanti.
Kodok di bawah pasu diam tidak berani menadah tangis ku.
Rumput menggelepar di bawah telapak kaki
Kadang2 pepohon lebih mengerti membaca bahasa duka.

Benih bahagia ku semai merata rata
Tumbuh lah...!
Dgn izin Tuhan segala nya kan baik2 belaka,
Sekali sekala sambil mengesat keringat di dahi,
Kaki terpijak duri dan sakit nya menyucuk jiwa
Aduhhh..berdarah hanya di sanubari
Begini lah bila berkebun..
Begini lah bila hati sudah retak
Begini lah
Begini lah

Monday, April 14, 2014

Berikan ku kekuatan....

Allah ya Allah...
Belum cukup apa yg di tanggung selama ini agaknya.
Yang aku pinta berulang kali untuk Kau hindari datang menjelma.
Tuhan, Kau tahu yg aku ini tidak mampu tapi apa lah hikmah yg tersembunyi buat ku,
Kau hadirkan dia dalam mimpi ku.
Allah, hampir putus tangkai jantung ku bila ku lihat dia perlahan lahan datang kepada ku,
Berbaju biru dan duduk di depan ku.
"Mami mimpi ke betul2 Ja dah boleh berjalan ni?"
3 kali ku ajukan soalan itu kepada mu anak.
Dan 3 kali lah kau hadiahkan senyuman mu yg sudah berkurun ku rindu.
Dalam hati sungguh hanya Tuhan yg tahu , gembira sungguh!
Luruh segala resah di hujung kaki...
Terlerai segala payah.
Ja, sukanya mami tgok Ja sihat...
Betul2 ke ni?
Sungguh ke ni?
Rupanya segala bahagia itu sementara.
Mimpi semata.
Tuhan,
Kenapa biarkn mimpi begitu hadir dlm tidur ku?
Aku tidak mau mimpi itu, tolong jauhkn mimpi begitu dari ku.
Aku ini lemah dan tidak gagah untuk kutip kembali kehampaan itu,
Kosongnya jiwa bila sedar yg segalanya hanya mainan tidor.
Kecewa.
Marah.
Mau rasanya aku teriak kuat2.
Memang aku nangis sungguh2 bila lihat dia masih terbaring di situ.
Mau baling bantal, mau koyak selimut...
Mau mengamuk sakan, seperti amuk seorang anak kecil yg di tinggalkn ibu...
Kenapa tambah derita, belum cukupkh segala kecewa yg sedia ada...
Mimpi itu mencakar hati.
Astaqfirullahhhh....
Dugaan apa lh ni.....
Allah ya Allah...
Seksanya berjumpa dia dlm mimpi begitu.
Pahitnya menelan rindu hanya Tuhan yg tahu.

Sunday, April 13, 2014

Senja

Bayangkan...
Seorang ibu tua
Terbongkok bongkok...
Mentari  menjilat dahi,
Keringat tumpah ke bumi
Tidak ada 'dolce gabana' yg mampu mengurangkan masam di badan
Tercunggap cunggap mengumpul udara
Jejari makin penat tapi perlu terus menari
Lutut makin lengguh tapi langkah perlu terus.
ADUHHHH.....Beratnya pasu berisi tanah ini..,
Dah tau tak  larat, siapa suruh tanam bunga jugak?
Okk alohhh laaa.....
Nafsu tak seimbamg dgn kuderat.
Nak tanam jugak! Nak tanam jugak!

bukan tak biasa

Dalam setiap langkah ku..
Tidak terlepas dari,
Diperbodohkan
Paling tidak,
Saya sendiri yang perbodohkan
diri sendiri.
Kenapa jadi macam ni?
Kenapa tak serik2?
Kerana ini lh saya yg sebenarnya.....

Tuesday, April 8, 2014

terus terang

Buzy.
Kalau saya mengaku buzy, tentu sah dan nyata saya menipu sebab kalau buzy mana ada masa update blog..
Penat,
Kalau saya cakap saya penat pun tak relevant sebab kalau penat tentu tak larat nak type N3 baru.
Tak sihat.
Ni satu lagi alasan murahan. Kalau tak sihat sah la nak tenung screen tab pun tak daya, pening gitu...
Malas.
Belum cukup malas lgi ni kalau duk ngadap benda ni dari tadi..
Habis idea?
Idea byk, byk sungguh benda nak di kongsi.
Cuma idea tinggal idea, berkulat dlm kepala.
Jadinya..
Kalau blog beku sehari dua bulan maknanya saya dah pencen berblog,
Sekadar hati terlalu bercelaru (alasan lagi nih!)
Tak suka tulis dlm keterpaksaan.
Jadi merapu meraban.
Mulalah kena tembak dgn komen yg pedas2.
Siapa yg dijatuhkan hukuman?
Akuuuuuuu jugak laaa...
Sekarang baru saya tau,
Walau pun blog ni blog saya, milik saya dan saya berhak tulis apa saja,
Saya kena imgat juga..
Yg tulis nya saya, yg baca nya ramai...
Kena jaga juga sensitiviti org lain.
Kang yg tak makan lada kepedasan,
Yg makan lada buat derk aje...tak rasa pedas pun..
Okalohlaa....peluru berpandu silap sasaran.
Maka
Kadang2 diam itu lebih baik.
Ok...Zip mulut sekejap.
Jap jerrrrr.....

Friday, April 4, 2014

Perasan singa rupanya ibu kucing..

Ikut hati saya jadi hitler.
Guna kuasa veto gitu.
Geram tahap gaban.
Tapi oleh kerana saya ni seorang yg baik hati(?),
Lembut hati (?)dan bodoh(tepat!),
Maka saya mengalah.
Pasal Si Mat tukang kabinet lh ni...
Dah masuk 4 bulan, bayang kabinet pun tak ada.
Bukan sikit, dah 8 ribu saya bayar.
Kerana kesian, bimbang dia tak ada modal untuk beli barang, tu pasal saya hulur bayaran awal2 lgi.
Mat ni seorang yg lurus sebenarnya.
Kerana kenal dan nk bantu dia maka saya sanggup upah dia.
Walhal dlm hati duk brkenan kabinet kat majalah2 hiasan dalaman tu.
Ingatkn bila simple tu cepat siap seperti kata Mat.
"Tiga minggu siap lh kakni"
Dah hampir 4 bulan...Hambekkk....!
Padan muka saya.
Semalam saya berkobar kobar nk sembur Si Mat nih.
Nak batalkn perjanjian.
Nak mintak balik duit saya.
Nak tazkirah pasal hukum 'berjanji'
Nak ungkit budi saya selama ni
Nak basuh Mat cukup2
Nak telan hidup2...
Ding donggggg....
Loceng pagar berbunyi.
Mat tercegat di situ.
Mat mcm biasa masuk bila pagar di buka.
" Kak nie, saya mintak maaf lah, saya bla bla bla bla....."
Tau apa mulut saya yg menderhaka pada hati ni cakap?
"Tak apa lh Mat, nanti Mat senang2 Mat dtg siapkn lah yer....."
Haishhhhh.....! Mulut ni punnnnn....
Hati terus cair bila orang mengalah gitu.
Istihar diri sendiri sebagai pengecut!
Buat malu Tok nenek yg sohor dgn keturunan lanun.
Aparaaaa..........

Tuesday, April 1, 2014

Nak jadi pembunuh dlm diam? Haah?

Caya tak?
Kadang kadang,
Kita ambik tahu pasal seseorang,
Bukan kerana kita sayang, tapi kerana kita terlalu benci.
Kita tidak mau melepaskan dia begitu saja kerana kita perlu tunggu dan lihat..
Kita nanti saat dia rebah terguling sebagaimana tersungkurnya kita dulu oleh perbuatan nya.
Kita simpan kenangan bersama dia bukan untuk di kenang kenang , sekadar untuk menternak dendam.
Kita senyum
Kita ketawa
Kita kata kita tak apa apa
Tapi sebenarnya kita tidak pernah maafkan dia, tidak pernah lupa bagaimana dia perah tangisan kita...
Kita amat terasa.
Masih merasa setiap pedih luka.
Sakit hati.
Benci.
Melekat kemas sampai mati.
Kata orang...
" The things that you want to forget are the ones that you remember most"
Jadinya...
Kalau suatu hari nanti kita tiba2 bersua di jalanan, hati2 mungkin saya akan tembak awak dgn senapang M16..
.Hambikkkkkk....!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...