Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 25, 2017

Serabut

Terlalu byk nak luah di sini
Menjadikan jari kaku.
Biar saja segalanya berperang dlm minda
Tak perlu di biarkan terlepas dari kandang fikiran.
Kerana
Kadang kadang,
Diam lebih baik dari bersuara.

Sunday, February 19, 2017

Siapa tak sayang anak?

Aku lah ibu yg tak popular,
Kerana di mata anak anak,
Aku ngalahkan hitler.
Kuasa veto ditangan ku.
Tidak bererti jangan.
Jangan bererti kalau buat jugak
Brrbingkai kesan rotan di betis.

Aku ibu yang tak reti guna pendekatan saikologi.
Yang ku tau hanya lah mengawal dan memantau.
Mata ngalahkan helang..
Hidung cepat bau bahasa tipu.
Mulut tak ada tarikh tamat tempoh.
Bebel siang malam.
Pot pet pot pet pot pet

Anak2 tak merasa keluar dgn kawan2..
Tak merasa lepak lepak di shopping mall
Tak merasa main dgn kawan sebaya kecuali di sekolah.
Rombongan lawatan sambil belajar pun tak pernah ikut serta
Sedangkan aku cikgu bawa anak org lain kesana sini.
Nasib kamu la anak......

Tak apa lah kalau pun anak aku terkongkong.
Di bawah sayap ku mereka lebih senang untuk ku bentuk
Dari ku biarkan mereka panjang langkah.
Diam lah didalam negeri taklukkan ku.
Merungut dan menangis lah semau mu
Undang2 negeri harus di taati
Ini cara ku..
Ini cara didikan ibu mu .

Bila terbaca cerita anak2 masih di luar rumah di awal pagi
Masih bermain bergembira dgn kawan2 di waktu yg sepatutnya lena bertemankan mimpi .
Hati ku robek...
Bukan salah mereka, yakin bukan begitu.
Habis tu salah siapa?
Segala yang terjadi adalah pengajaran buat kita.
Bagi saya,
Tidak apa anak2 saya benci ibu mereka ini kerana berkuku besi.
Semoga bila mereka dewasa nanti dan mereka berkeluarga,
mereka tau lah,
kasih sayang yg sebenar nya adalah bahasa marah ayah ibu.
Wait n see la anak2 wei......

Sunday, February 12, 2017

Tak bertempat nak mengadu

Saturday, 11 February 2017


Setiap kali saya ke pasar saya perhatikan dia
Semakin hari semakin memboyot perut tu.
Entah kandungan ke berapa
Sekarang dia dah sarat.
Diam di penjuru pasar, tak aktif lagi.
Kalau ada orang hulur makanan, makan lah dia hari tu.
Kalau tidak, dia selongkar sampah berhampiran.
Hari ni sewaktu tunggu makcik timbang bawang saya tengok dia mengesot.
Laaaa....dia tak boleh jalan rupanya.
Kata akak yg jual sayur tu, dia memang dah tempang masa mula2 dtg menghuni di pasar ni.
Dari tempang lama2 dah mengesot..
Patah pinggang kot.
Atau pernah dijangkiti virus saraf yg melumpuhkan.
Apa2 pun atas dasar kasihan, saya pungut dia bawa balik.
Tau sangat kat rumah kucing dah ramai.
Saya pun bukan nya x ada kerja lain, bertimbun kerja wajib dan kerja sunat saya.
Tapi macam saya cakap tadi la, kesian.
Rupa buruk, kusam dan kotor.
Dah la preggy,
Cacat lagi...
Tak ada rumah, tak ada yang ambil peduli.
Tak ada yg sayang.
Ok lah wahai kucing terbuang,
Kita balik saja.
Biarpun kau impikan istana,
Hanya pondok yg mampu aku sediakan.
Tidak apa lah kalau tidak ada hati yg menyayangi mu,
Cukuplah kau terjaga makan minum dan anak2 mu tidak lahir di jalanan.
Itu saja yg mampu ku lakukan.
Semoga nanti kau doakan yg baik2 saja buat keluarga ku,
Semoga hadir mu memurahkan rezeki ku.
Murah rezeki ku murah lah rezeki mu..
Kita share ok.
Ko ni nama apa hah?
Nak panggil apa ya.....?

Thursday, February 9, 2017

Mati itu pasti.

Baru sekejap ambik gambar dia.
Duk perhatikan gelagat dia.
Niat nak cerita pasal aktif nya dia.
Tapi kena tukar tajuk.
Tak sampai sejam foto ni di rakam,
Dia dilanggar kereta di depan rumah.
Tamat dah riwayat dia.
Kesian.
Walau hanya seekor anak kucing,
Kematian dia mengundang rasa sedih sayu.
Umur dia dah sampai ke garisan penamat.
Tidak cepat sesaat atau pun lewat sesaat malaikat menjalankan tugas.
Itu kucing.
Kita?
Kita pun saat ini duk menaip di blog, sesaat lagi tak tau sama ada baki usia ada lagi ke tidak.
Dalam kepala merancang macam2.
Entah sempat ke nak laksanakan
Kucing mati terus ke syurga tanpa hisab.
Kita ni buku catatan penuh sendat.
Kalau penuh yg belah kanan takper jugak.
Kot buku belah kiri yg tebal.
Nampak gayanya, kucing lebih beruntung.
Mati terus ke syurga..
Harimau mati meninggalkan belang.
Jangan kita mati meninggalkan belang sudah!
Mana tau kannnnn.....

Tuesday, February 7, 2017

Anak2 sentiasa tidak dewasa, sentiasa kanak2, sentiasa bayi.

Kali terakhir urus pendaftaran anak ke asrama penuh.
Lega. Tamat dah musim kalut, musim poket pecah.
Lepas ni merdeka bab urus hal2 sekolah.
Dah habis dah musim pening kepala susun buku dlm bag sekolah.
Semua dah besar2, tak ada dah yg sekolah rendah.
Selesai masaalah?
Tak jugak.
Bila anak2 dah besar, yang selesai hanya masaalah susu dan pampers.
Bermula pula masaalah bedak gincu dan top up.
The begining of new problems.
Sampai bila pun tak habis bab urus anak.
Sebab tu lah tak kan pernah habis pesanan penaja.
Tazkirah dari penaja
Khutbah dari penaja
Pot pet pot pet
Bebel kata mereka
Apa apa lah gelaran yg mereka berikan.
Tak kan pernah habis, caya lah.
Bahasa ibu adalah bahasa kasih sayang.
Bahasa ingatan dan panduan.
Ulang ulang, sebut sebut.
Penuh telinga, tersumbat.
Bukan hanya yg masih di bangku sekolah,
Yang dah kerja,
Yang dah berumah tangga,
Yang dah beranak pinak pun kena.
Silap hari bulan, menanah telinga.
Oleh itu wahai anak2,
Berapa pun usia kamu selagi usia ku ada,
Bersedialah untuk sessi pesanan penaja.
Dan cubalah untuk tidak membuatkan mesin tutur ini ulang suara berkali kali kali kali
Cuba untuk tidak tergelincir dari landasan kalau tak mau di saman.
Ingat anak2....
Mummy ni bukan hanya merbahaya kepada perahu2 kecil,
Perahu besar pun mummy sentiasa perhati.
Kapal kontena pun mummy pastikan tak hilang dari radar.
Watch out!


Friday, February 3, 2017

Tak boleh nak buat keputusan.

Bukan mudah nak let go.
Tapi terpaksa let go juga.
Tak larat nak bela ramai sgt.
Jadi kena buat ujian saringan.
Siapa tak buang najis merata, stay.
Siapa sihat dan aktif, stay.
Siapa comel, stay.
Siapa tak nyusahkan saya,stay.
Bunyi macam zalim pulak .
Ni baru betul pilih bulu.
Begitu lah hidup ini.
Orang atau bukan orang sama saja.
Kalau bagus orang sayang.
Kalau x bagus orang buang.
Tapi faktor hati perlu di ambil kira
Kalau sayang, busuk pun jadi wangi
Kalau benci, cantik pun nampak jelik.
Betul tak?
Anak kucing saya ni sebenarnya saya sayang sangat2.
Kalau mampu nak bela semua.
Tapi saya ni kan sibuk ngalahkan perdana menteri,
mana la sempat nak urus mereka ni.
Terpaksa.
Tanpa rela.
Nasib siapalah diantara mereka ini yg akan membesar di bwh jagaan orang lain?
Entah lah, tak boleh decide lagi..
Wait n see....


Thursday, February 2, 2017

Dia kakak saya.

Kak,
Dia seorang perempuan hebat.
Dan dia sentiasa mengajar ku menjadi hebat.
Walau aku tak daya sehebat dia.
Kak,
Dia wanita cekal
Dan dia mahu aku cekal mengharungi dugaan yg melanda
Secekal dia.
Tapi aku tau aku tak seperti dia
Kak,
Dia ada di waktu aku memerlukan bahu nya
Ada sentiasa
Ada untuk aku merasakan aku bukan sendiri
Ada supaya aku tidak sepi.
Kak,
Di hari jadi mu,
Aku menadah jari sepuluh, mendoakan yg baik baik saja buat mu.
Semoga sentiasa bahagia.
Semoga dipanjangkan usia.
Happy birthday sista.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...