Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 14, 2017

Baka keturunan...

Tadi anak saya share foto dia dan saya di facebook.
Hmm...seing her is seing myself 35 years ago.
Lama tuh!
For her, looking at my photo is like looking at her future self.
Ke mana tumpah nya kuah kannn..
When she was a little girl she used to complaint about her skin tone.
Yes, she is a shade darker than me.
And I am a shade darker than my mum.
Adil dah tu...
Jadi nya,
Saya cari foto mak saya dan foto cucu saya.
Buat collage.
Letak next to each other.
Amazingly.....we share the same smile.
Selama ni tak perasan pun.
Tersenyum sorang2 bila saya tatap collage wajah 4 generasi ni.
Maha kaya Tuhan, setiap orang tak serupa.
Tapi bila kami berkongsi darah...
Ada persamaan..
Ada iras.
The moral of the story- jgn lupa asal usul.
Keluarga adalah orang yg akan menerima kita seadanya.
Blood is thicker than water they say.
True.
So true.

Monday, March 6, 2017

Mulut tak de insyuran..

Musim orang berjualan nasi bungkus di tepi jalan.
Sepanjang jalan ada saja payung dan meja penuh pelbagai jenis nasi bungkus.
Nasi air dingin Husna dan yg sewaktu dgn nya
Nasi kakcik
Nasi ZNB
Nasi kakwok
Macam macam.
Nak makan mudah sgt, berhentikan kereta tepi jalan,
Turunkan cermin, tanya...
"Nasik air dingin husna ada?"
"Nasi kapit sambal ada?"
"Nasi tupe ada.?"
Penjual hulur melalui tingkap, tak payah turun dari kereta, tak payah bersusah payah berjalan dan berdiri dan cairkan lemak di badan.
Bayar saja.
Terus pandu pulang ke rumah.
Senang kan?
Balik buka bungkusan nasi..
Sedap ke tidak telan jer lah, jgn komplen.
Mulut mudah nak komplen tapi tau tak bukan senang nak jual nasi begitu.
Kul 12 masak 
Kul 3 pagi dah mula proses membungkus.
Sebelum subuh dah mula hantar ke tempat sepatutnya.
Yang si penjual kat tepi jalan tu pulak, lepas jer subuh dah kena siapkan tempat.
Duduk di tepi jalan berhabuk,kalau hujan tempias nya membasahi badan.
Tunggu..
Duduk bangun, tak sempat duduk dah kena bangun lagi.
Kena cepat kalau tak kena marah..
Senyum tak boleh mencuka.
Ragam pembeli di telan begitu saja.
Dia jual nasi bungkus tapi perut dia belum berisi nasi pun.
Sabar jer la...
So the moral of my story is....
Kalau nak sedap, masak sendiri...
Entah2 yg masak sendiri tu tak sesedap yg beli baru padan muka.
Komplen lagi.
Esuk2 saya taknak beli untuk kamu, kamu beli sendiri lah!
Haaaa....now you know why I am mad.

Musim bunga baru nak bermula

Ni lah bunga2 di daerah jajahan takluk ku.
Nasib ko lah bunga..
Ada kala aku trim ,letak baja, siram dan jaga sehabis baik.
Ada kala aku biarkan kurus kurang zat, kering merekah tanah.
Ada kala aku rasa nak keluar beli pokok2 baru tambah koleksi
Ada kala aku nak cabut buang saja mana2 yg aku dah tak sanggup bela.
Haduhhhh....mood berubah mengikut musim.
Musim rajin dan musim malas.
Esuk2 rasanya bunga tak semeriah tahun2 lalu.
Dah lama sgt aku abaikan pokok2 tu.
Entah kenapa sibuk sgt akhir2 ni..
Sibuk ke?
Ke alasan jer tu...
Biasa la kan, masa syg tu di belai belai..
Dah meluat tu mula lah bagi treatment 'ignore'
Orang pun macam tu jugak.
Thats why aku tak nak jadi bunga yg mekar mewangi.
Aku nak jadi kaktus.
Tak jaga,tak hirau,tak pandang pun tetap hidup.
Ada duri lagi..
Melukai tapi tidak dilukai.
Best kan gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...