Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 31, 2018

Sampai hati Harry

Selamat tinggal Harry.
Saya tgok Harry kaku pagi tadi.
Dia juga tinggalkan saya.
Apa lagi perlu saya kata?
Dah begini perancangan dari Tuhan.
Kehilangan demi kehilangan.
Rasa macam dah tak sanggup nak hadapi kehilangan seterusnya.
Sangat tak sanggup.

Wednesday, May 30, 2018

Apa pilihan yg saya ada?

Kawan2 datang ziarah
Mereka kata saya kuat.
Kuat ke?
Mereka nampak saya senyum
Nampak saya berinteraksi dgn mereka
Mungkin kekuatan seperti topeng
Saya pakai di muka.
Disebalik topeng, tak siapa tau apa saya rasa.

Kawan2 tengok pokok bunga saya basah.
Saya siram hari hari
Laman bersih, saya menyapu setiap pagi
Kucing, burung dan ikan tidak lapar.
Saya bagi makan ikut jadual biasa
Mereka kata saya tabah
Masih boleh bereskan rutin harian
Masih mampu aktif
Mereka tak tau sambil buat semua tu,
Saya telan tangisan yg menyumbat kerongkong
Cuba tahan air mata.
Kadang2 berjaya
Kadang2 teresak esak juga.

Kawan2 tanya saya
Macam mana saya hadapi dugaan ini?
Entah, tak reti nak jawap.
Redha itu mudah di sebut sebut.
Apa yg saya rasa, hanya yg pernah alaminya saja yg faham.
Saya sentiasa pesan pada hati
Sedih pilu kita hanya setakat kita.
Simpan dan pendam.
Dah tau tidak ada tempat nak ngadu, baik diam.
Kecuali bila bersimpuh di sejadah.
Menadah memohon ihsan belas kasihan
Merintih dalam diam
Di ribaan Mu Tuhan.

Tuesday, May 29, 2018

12 hari dah?

Hari selongkar kabinet fail.
Kumpul maklumat
Buru segala bil bil tertunggak
Check apa yg dah dibayar dan
Apa yg belum dibayar
Semak penyata kad kredit
Segala resip, invoice dan bil berkala dikaji
Mengasingkan sampah bertulis
Menyusun kembali nyawa di segenap keping kertas.
Yang masih bernafas perlu diambik tindakan
Yg dah mati perlu dilupuskan.
Banyak sungguh urusan hitam putih.
Tak sempat nak kongsi air mata dgn bantal.
Minda bekerja lebih masa.
Mujur bulan puasa, perut tak perlu di manja.
Lebih masa utk get organised.
Langkah ke depan biar pun tidak mudah.

Monday, May 28, 2018

11 hari tanpa dia

Sibukkan diri
Cari sibuk
Cipta sibuk
Walau tak leh keluar, byk benda boleh buat kat rumah.
Sibukkan diri
Cuci
Basuh
Lap
Kemas
Atur
Susun
Ubah
Alih
Heret
Tarik
Buat apa saja asal minda tak toleh ke belakang
Cuba untuk kuat demi anak2.
Pura pura kuat pun tak apa.
Janji nampak kuat.
Jadilah.

Sunday, May 27, 2018

Singgah melepas lelah hati di sini.

Dah 10 hari.
10 hari yg penuh emosi.
10 hari yg memenatkan minda
10 hari ini
Saya lupa masa dan waktu
Tau tau dah imsak
Tau tau dah berkumandang azan magrib
Tau tau dah 11 Ramadhan hari ni
10 hari yg lepas lepas ni,
Saya dikelilingi kasih sayang keluarga
Saya dilayan bak permaisuri
Hati saya cuba di ubati
Lelah saya pakat2 berbagi
Sepi tidak berani mendekati.
Tapi esuk dan hari hari seterusnya
Bila kehidupan mula kembali ke putaran biasa
Bagaimana saya nanti?
Mampu kah saya?
Boleh kah saya?
Larat kah saya?
Kuat kah saya?
Bila langit runtuh, bumi turut retak.

Tuhan, segala yang berlaku ini adalah dalam kuasa Mu.
Kuasa Mu lah juga yg akan menjadikan siapa pun aku nanti.
Kepada Mu ku berserah.
Aminnnnn.

Thursday, May 24, 2018

7 hari

7 hari.
Semoga tenanglah papa kami di sana.

Mummy, be strong.
Along n farah
Ja n wan
Chik n bella
Iffah
Anis.
Tuhan bersama kita.

Friday, May 18, 2018

Menjawap soalan seorang kenalan.

Kalau dulu dulu..
Bercakap sorang sorang di kira dah tak betul
Sewel
Gila
Sekarang ni bercakap sorang sorang seperti saya ni,
di panggil blogger.
Berblog ni seperti bercakap sorang sorang.
Kita lahirkan apa yg ada dlm minda
Tulis....
Orang baca ke tidak itu soal kedua.
Janji hati puas boleh lepaskan yg terbuku
Suratkan yg tersirat.
Hentam saja tajuk apa pun
Pedulikan apa komen orang
Kalau orang setuju, kita suka la, ada geng.
Kalau org x setuju pun tidak apa.
Tidak ada undang2 mengatakan kena ikut hati orang.
Blog kita suka hati kita lah nak cakap apa.
Merapu pun merapu lah.
Jangan banding blog orang dgn blog saya.
Setiap orang menulis dgn sbb yg tersendiri.
Kenapa saya berblog?
Ni sebab nya...
1. Nak keluarkan apa ada dlm kepala.
2. Nak kongsi kalau ada orang nak baca
3. Nak mengadu pada blog, nak ngadu pada orang tak ada siapa yg sudi nak ambik peduli pun.
4. Nak simpan catatan hati sebagai diari.
5. Nak jadikan pusaka buat anak cucu bila mati menjemput saya kembali ke ribaan Pencipta.
Blog ini ada saya. 100% saya,
Kehidupan saya dan pengalaman saya
Suka duka saya
Jatuh bangun saya.
Siapa yg ikuti blog saya lebih kenal saya dari yg berada di sebelah saya.
Sentiasa berdoa semuga Tuhan bagi saya kekuatan dan kesihatan untuk terus berblog.
Dulu dah beku sekejap kes hilang password, nasib baik boleh recover.
Kalau tidak ada blog siapa lah saya?
Hanya seorang wanita buruk rupa yg lanjut usia yg tidak memiliki apa2, tidak pernah berjaya dalam apa2,..
Tapi saya bersyukur kerana dalam payah saya tetap ada senang.
Tuhan sentiasa permudahkan,
Alhamdullilah.
Saya ada Tuhan.
Ya Rahman ya Rahim, ya Hayyum ya Qayyum
Hanya ada Tuhan.
Selamanya.



Thursday, May 17, 2018

Ja, ni Ramadhan ke6 Ja begitu, mummy begini.

1st day of Ramadhan.
Alhamdullilah.
Mlm tadi 1st terawikh bagi tahun ni.
Seperti biasa saya hanya solat sunat terawikh di rumah.
Dah 5 tahun solat di rumah sahaja.
Buat setakat daya.
Kalau ikutkan hati memang la merindui suasana berterawikh ramai2 di masjid
Rindu bersiap siap lepas berbuka untuk ke masjid.
Lepas solat keluar makan makan
Tapi apa daya saya..
Saya akur dengan perancangan Tuhan.
Ini adalah yg terbaik.
Sekarang bulan puasa bagi saya dah jauh berubah dari dulu.
Berbuka puasa sudah biasa2
Sudah tidak mengikut nafsu mata
Masak simple2 macam hari2 biasa saja
Alhamdullilah selera kami anak beranak masih baik.
Tak ada masaalah tak lalu nak makan.
Tidak sampai nak makan itu ini, craving itu ini
Pasar Ramadhan pun jarang saya kunjungi.
Tidak lagi membazir macam dulu.
Yes, tu saya akui. Tidak membazir.
Saya tidak merasakan kehidupan saya payah.
Walau tidak semeriah org lain menyambut Ramadhan,
saya amat bersyukur..amat2 bersyukur.
Ramadhan saya lebih bermakna sekarang.
Lebih sederhana.
Saya tidak lagi kalut utk persediaan itu ini.
Sekejap lagi insyaAllah selepas solat dhuha saya akan bertadarus.
Niat di hati nak khatam lebih dari sekali Ramadhan ni.
Semoga Tuhan permudahkan.
Jom, kita berwudhu' dan bentang sejadah.
Jom.

Wednesday, May 16, 2018

Breakfast terakhir sebelum tiba tiba Ramadhan.
Ni namanya 'Breakfast tunjuk'
Resipi nya macam ni.
Start enjin kereta, 
Berhenti di warong.
Masuk barisan.
Sampai giliran tunjuk...
Nak mihun goreng sambal paru 1
Telur mata nak?
Nak.
Air lada nak?
Nak
Nak air nescafe O beng 1, kurang manis ye dik.
Bayar. Jual beli.
Dah.
Balik duduk di meja buka bungkusan.
Selamat menjamu selera.
Esuk puasa.
Adakah menu 'tunjuk'  juga?
Wait n see.

Tuesday, May 15, 2018

Letih

Nak rehat.
Dalam hati sentiasa ada hasrat nak rehat.
Tapi belum ada masa utk betul betul rehat.
Masa sentiasa terlalu pendek buat saya.
Terkejar kejar.
Siang malan serupa, saya bertugas x kira masa.
Nak sangat rehat.
Rehat fizikal dan rehat minda
Tapi masih nampak macam mustahil
Entah lah...
Mungkin begini adalah yg terbaik buat saya.
Tuhan tahu yg terbaik buat saya.
Ada lah tu....
Pujuk hati untuk sabar
Untuk redha.

Monday, May 14, 2018

Bulan mulia dah menghampiri...

Dah banyak hari duk kalut pasal PRU.
Banyak kerja wajib dan kerja sunat tergendala..
Hari ni malas dah nak duk kutip baca posting pasal politik
Tumpu kepada keperluan peribadi pulak.
Esuk lusa dah nak puasa
Eluk la saya fokus kepada persediaan untuk saya hadapi
bulan keberkatan ni.
bulan yg lebih baik dari 1000 bulan .
Selalunya bila bulan Ramadhan,
Gaya hidup sedikit berubah.
Kalau hari biasa, pagi2 kalut nak keluar cari breakfast,
Bulan ramadhan pagi2 bila selesai kerja rumah,
boleh lah bertadarus.
Saya tak tau kenapa, tapi baca quran di pagi bulan Ramadhan
terasa lebih tenang, amat tenang.
Mungkin kerana dlm otak tak ada tugasan lain duk nanti.
Bukan macam hari biasa, waktu tu kita sibuk nak gi pasar lah,
nak buat itu nak buat ini..
Kadang tu ada tamu menyinggah.
Tidak pun kita yg keluar ke sana ke sini.
Bulan Ramadhan jadual berubah.
Tengahari tak perlu kalut ke dapur.
Dapur sunyi di siang hari Ramadhan.
Singki tak basah, pinggan mangkuk rehat.
Waktu tgahari boleh lah nak lelap sekejap..
Tenang dan aman jer rumah selepas zohor.
Waktu asar baru mula nak ke pasar ke, nak masak ke.
Petang sedikit baru sibuk di dapur sehingga lah selepas waktu berbuka
Kalau dulu lepas magrib bersiap siap utk ke masjid, berterawikh.
Sekarang, semenjak anak saya sakit saya tak pergi masjid dah.
Saya solat sunat dekat rumah saja.
Masa utk solat terawikh di rumah tak selama bila solat di masjid.
Dgn kata lain saya sempat bukak quran selagi lagi selepas tu.
Sebelum tidur saya kemaskan dapur dan
sediakan apa2 yg perlu untuk dimakan sahur nanti.
Hmm..tu rutin saya di tahun lepas lah,
Tahun ni belum tentu lagi
Semua nya bergantung atas perancangan Tuhan kerana
ketentuan dia mungkin tak serupa dgn perancangan kita.
Esuk lusa Ramadhan.
Sempat ke saya menghirup udara bulan mulia ini sekali lagi?
Masih ada baki nyawa kah?
InsyaaAllah.




Sunday, May 13, 2018

Mula tajuk baru

Dah la cerita pasal itu
Biarkan orang yg arif tentang itu saja yg urus.
Kita hanya pandai copy paste
Pandai panjangkan caci maki
Tau lah seronok share buruk nya orang
Tapi jangan lupa,
Kita pun ada dosa juga.
Dah la cerita pasal tu
Baik kita teruskan hidup kita
Yang kerja pejabat esuk gi kerja
Yang menoreh, hadap pokok tu juga
Yang basuh pakaian,sidai pakaian,lipat pakaian seperti saya ni
Masih rutin yg sama.....
Biarkan mereka buat kerja mereka
Kita doakan segala nya baik baik belaka.
Barang yang lepas usah di kenang, tu kata P.Ramlee
Maafkan kami...maafkan kami...
Sedangkan nabi maafkan umat! Tu kata P.Ramlee jugak.
Ok, tajuk baru.
Ahlan wasahlan duhai Ramadhan...
Bersedia lah mental dan fizikal utk menyambut kedatangan dia.
Bulan berkat bulan rahmat
Bersyukurlah kita masih berpeluang untuk berjumpa
Ramadhan kali ini, InsyaAllah.
Bersyukurlah negara kita masih aman untuk kita beribadat tanpa halangan.
Kita doakan yg terbaik.

Susah juga jadi orang besar.

Orang besar pangkat besar
Rumah besar kereta besar
Kuasa besar ....
Hebat, semua orang nak jadi orang besar.
Ramai yg kenal, ramai yg nak jadi kawan.
Tapi saya tak nak jadi orang besar.
Besar sikit2 tak apa jangan paling besar.
Sebab nya....
Jadi orang besar ni bila di malukan,
Malu nya amat besar...satu negara tau!
Bila di jatuhkan, jatuh nya saiz besar,
Terhumban, ter perosok kedalam bumi.
Bila di hina, hinaan nya besar sungguh
Hina peringkat malu nak ambik tau.
Besar sungguh saiz malu bila masuk berita dunia.
Habis segenap orang kecik besar duk jaja
Malu sebesar itu tak mampu nak di tutup dah.
Bangkai gajah pun kecik kalau nak dibandingkan lah.
Heran...
Mana pergi kawan2 yg ramai tu?
Mana?
Masing2 mula tak nak ngaku kenal dah.
Masing2 tak nak sama sama tanggung malu.
Tak besar mana dah....

Jadi orang biasa macam saya senang.
Kawan2 sentiasa ada untuk beri sokongan.
Tak ada kereta besar, tak berhutang besar.
Tak ada rumah besar yg perlu di kemas kini
Dan yg penting,
Mujurlah tidak pernah dimalukan sebesar itu.
Mujurlah aib saya saiz aib orang biasa biasa
Dunia tak tau,
mereka x nak tau pun  pasal aib kelas sederhana ni.
Mujur jugak kannnn
Tu lah, jangan jadi orang besar sangat mak kata.
Dosa pun besar.
Ye ke mak?
Tak semua orang besar dosa besar kan mak....
Tak baik mak cakap macam tu.
Ok ok mak, kita toksah discuss dosa orang lah.
Itu antara dia dgn tuhan.
Mak jom kita masak macam macam..
Kita makan besar.
Jamu si badan2 besar kat depan tv tuh.
Jom mak.

Allah hu Akhbar
Tuhan maha besar.
Jangan lupa itu.
Kita ni nampak baik selagi Tuhan masih menyimpan aib kita.
Tapi bila Tuhan buka aib kita...
Tau lah kita betapa hina nya kita sebenarnya.

Friday, May 11, 2018

Kes dera

Itik kena dera .
Bising mintak tolong.
Pajura suka sakat itik.
Suka gomol itik.
Sabar je lah itik.
Nanti kamu besar, kamu balas balik.
Tampar muka Pajura tu.
Jari kamu 7,
cukup besar untuk bagi sebijik tamparan hebat buat dia.
Pajura you just wait.

Thursday, May 10, 2018

Seperti menghirup udara baru kah kita?

Alhamdullilah.
Kita doakan yg baik2 saja buat malaysia
Buat kita
Siapa pun yg memerintah,
Tidak akan mampu memuaskan hati semua orang.
Cuba lah untuk buat yg terbaik demi masa depan malaysia.
Siapa pun yg berkuasa memimpin,
Pasti ada kelebihan tersendiri dan
kekurangan pun tetap ada.
Jangan terlalu harapkan malaysia boleh berubah sekelip mata.
Banyak lagi yg perlu kita lalui, hadapi..
Kita cuma berharap dan berdoa
Semoga hari ni lebih baik dari semalam.
Esuk lebih baik dari hari ni.
InsyaAllah.
Kita terima keputusan rakyat memilih dengan hati terbuka.
Kita rakyat, pilihan kita.
Jika ini adalah kemenangan,
Maka bersyukurlah.
Rapatkan dahi ke bumi dan sujud syukur.
Alhamdullilah.
Pohon lah agar pilihan ini menepati.
Agar diberkati
Agar dipermudahkan yg payah.
Agar masa depan anak cucu terbela.
Tahniah kepada yg menang.
Yang kalah cuba muhasabah diri dan perbaiki apa yg perlu diperbaiki.
5 tahun lagi kita mengundi lagi.
Hak kita untuk memilih
Hak Tuhan untuk menentukan.


Wednesday, May 9, 2018

Dah

Dah.
Walau payah saya tunaikn jugak tanggungjawab.
Lega.
Terpulanglah nanti,
Siapa yg menang, siapa yg kalah
Saya dah buat pilihan.
Mlm ni kita tunggu keputusan
Siapa pun memerintah, tidak mengubah nasib saya.
Saya dan ja terus bernafas selagi ada nyawa.
Masih terus diselubungi duka
Allah hu akhbar,
Hanya Tuhan yg tau segalanya

Tuesday, May 8, 2018

Malu nak ngaku wehhhhh...

Berlawan mesti nak menang.
Bila terdesak,
Bila dah habis cara,
Mula la cari salah orang lain,
Orang lain semua tak betul.
Reka kesalahan org supaya kita nampak betul
Kita saja yg terbaik.
Walhal,
Kita dah sedia maklum
Semua pun sama.
Demi diri sendiri,
Orang lain tu kedua.
Tak kira la yg jahil ke yg serban besar besen
Keutamaan mesti pada diri sendri.
Jangan tak mengaku.
Nak sangat menang tu sebenarnya
Di sebabkan oleh...
1. Power
2. Gaji
3.kedudukan di mata masyarakat
4. Peluang untuk cop duit.
5.benefits dlm kehidupan harian
6.gelaran
7, 8,9...demi kemudahan anak isteri dan keluarga
10 baru kerana nak berbakti demi bangsa dan agama.
Salah eh?
Ok, kalau no 1 tu untuk berbakti bagus lah.
Tapi ada ke yg begitu?
Hahahahaaa.....lawak PRU.
Kalau tak dapat no 1 hingga no 9 tu masih ke nak jadi wakil rakyat?
Kalau hanya untuk berbakti, berjasa dan berjuang ke jalan Allah ada ke yg masuk calon?
Ada?
Siapa nak masuk calon kalau yg dapat hanya lelah,
 tenaga, harta dan masa terbuang begitu saja...
Tak kiralagi bab kena maki hamun,
silap hari bulan kena sumpah seranah.
Tak ada ke orang nak ganjaran pahala?
Hanya pahala.
Kenapa pula nak nak?
Nak ke tak nak?





Monday, May 7, 2018

Kasut kita berbeza..nak cuba pakai kasut saya?

Saya mungkin tak mengundi kali ni
Saya mungkin tak akan balik kampung hanya untuk mengundi
Serahkan kepada org lain saja menentukan siapa yg akan memerintah
Redha
Biarkan saya dengan dunia saya
Cukuplah saya hadapi dugaan saya ni
Fikiran saya hanya untuk urus dia
Tumpuan saya pada keselesaan dia
Adakan keperluan dia
Menyayangi dia selamanya.
Bukan saya x ikuti perkembangan warna
Gelombang warna pilihan raya.
Tapi
Otak saya dah buta warna
Kerana warna apa pun tidak mampu mencuri perhatian saya
Masa saya tidak byk untuk pandang ke luar jendela
Mata lebih acap merenung dia dan menyulam rindu
Dalam redha pun ada kala sebak menjerut rasa
Di bawah bumbung ini saya lalui hari2 saya dgn dia
Hanya dgn dia..
Sokongan moral dari sanak saudara dan kawan2 menggagahkan langkah saya
Membuatkan saya kuat untuk terus senyum walau di hati bersarang duka
Ini lah yg lebih penting buat saya
Keutamaan saya.
Saya hanya doakan semoga orang lain bijak memilih
Bijak menentukan masa depan negara.
Kerana bagi orang lain masih byk agenda utk di realisasikan.
Sedangkan bagi saya, tidak ada beza, warna apa pun serupa.
Tidak ada warna yg boleh kembalikan bahagia di hati saya
Tidak ada warna yg mampu mengubah nasib kami berdua
Saya akan tetap begini dan dia begitu.
Hanya Tuhan yg mampu merubah segalanya.
Wahai manusia yg tidak berada di tempat saya,
Cakap la nak cakap apa pun.
Marah la kalau nak marah pun.
Hukum lah kalau nak hukum pun.
Saya tak kisah.
Hanya saya yg tau macam mana kehidupan saya sekarang.
Saya yg lalui segalanya.
Saya hanya berpegang pada satu prinsip.
TUHAN KAYA.
TUHAN TAHU SEGALANYA.

Sunday, May 6, 2018

Cuba kira ada berapa banyak....

Tak baik membazir.
Dari buang begitu saja
Baik pungut dan kitar semula.
Sebanyak tu bendera
Macam macam boleh buat.
Jahit sarung bantal, isi kekabu, sedekah ke rumah anak2 yatim
Kalau satu msia jahit sorang satu pun masih cukup rasanya.
Sambung 4,5 helai bendera, jadikan cadar.
Jadikan selimut pun boleh, jahit byk lapis biar tebal.
Buat langsir untuk raya..
Kalau kandang kucing tempias hujan, tutup dgn bendera
Kucing kering, tuan kucing x pening.
Makcik2 yg berjualan boleh guna kain2 tu buat lapik periuk kuali.
Buat lap pinggan, buat alas meja dan sebagai nya.
Sehari suntuk saya duk perah otak
Pikir apa buleh di buat dgn bendera yg lebat bergantungan.
Bukan sikit kos cetak bendera tu
Membazir kalau biarkan lori Majlis perbandaran musnahkan.
Siapa suruh saya tak pasal2 duk bazirkan sel otak fikir pasal bendera orang?
Kawan saya tu, dia tak suruh pun,
tapi dia ada sentuh pasal kibaran bendera yg bermusim ni
Sekarang bendera2 tu elok lagi berkibar
Selepas 9hb Mei nanti, apalah nasib segala bendera dan kain rentang tu.
Kakcik,
Saya ingat saya sorang jer yg terfikir pasal lambakkan bendera parti nih.
Biarlah saya sukarela tolong fikir, tlg bagi cadangan...
Warna apa pun tak jadi masaalah.
Gabung warna pun ok, cantik juga.
Buatlah apa pun, asal jgn jadikan sampah.
Cuma satu nak cakap....
Pandangan saya, pendapat saya..
Tuan punya bendera tu lah sepatutnya pakat2 kitar semula bendera2 tu.
Raya nanti semua wakil rakyat yg terpilih dan yg tak terpilih diwajibkan
Pakai baju melayu, baju kurung, alas meja, langsir lambang parti sendiri.
Pakai lambang parti lawan pun tak apa..
Lambang perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum dan bangsa
Bangsa Malaysia.
Setuju tak?

N3 ni khas buat Kakcik juariah yg tengah duk fikir pasal bendera2 tu.
Kita serupa dik, mcm la tak de benda lain kita nak fikir....hehehehe....

Saturday, May 5, 2018

Tak sihat

Malam tadi walau aircon terpasang, badan rasa x selesa.
Panas.
Rupanya nak demam.
Hari ni kepala berat.
Baru bangun ni, tido selepas telan ubat.
Mujur hari ni nurse jaga anak sampai petang.
Buleh la rehat.
Tak suka demam.
Tak suka bila tak boleh aktif mcm biasa
Ini tergolek depan tv, layan tenet dan astro
Rasa mcm x berguna.
Cepat la sembuh demam ni.
Saya perlu selesaikn byk kerja.
Tugas menanti
Dah tertangguh jadi bertimbun pulak.
Ngantuk laaaa
Nak sambung tido.
Byeeeeeee.

Friday, May 4, 2018

Dah mula dah membebel

Bukak tv.
Mata bukan fokus mana pun.
Sambil keluar msuk, sekali dua jeling juga.
Dah siap bancuh kopi, tangan capai tin biskut cap ping pong.
Nak duk depan tv lah sekejap.
Sambil rehat kan kaki yg sedikit lenguh.
Rancangan apa nih?
Hiburan?
Hentam jer lah, sementara habis kopi ni jer.
Opss..biar betul.
Siapa yg sedang melalak atas pentas tu?
Sebaya saya dah kot.
Baju pun sikit punya sendat.
Ini pasal la saya tak suka ngadap tv.
Silap channel tak pasal2 rasa nak membebel.
Tambah dosa kita, dosa dia tak perlu kita ulas sbb dia yg tanggung.
Hadoiii.....
Makcik, kenapa la kamu sanggup lagi tergedik gedik di usia begitu?
Sian anak cucu, malu nak ngaku mak.
Kalau yer pun tak nak gi belajar ilmu akhirat, duk diam kat umah boleh saja kan?
Dapat kumpul pahala juga urus keluarga.
Ok ok, tak nak ulas bab dosa pahala. Stop it!
Macam ni laa...
Di mata saya yg kekampungan ni,
Saya rasa tak yah la buat rancangan yg macam tu.
Tak kena sangat..
Orang agama lain bangsa lain buat takper..
Kita tak yah tiru, bukan budaya kita mcm tu pun.
Yang saya pelik tu..
Yg kecik2, elok jer masuk rancangan tahfiz, imam muda, PU dan macam2 lagi.
Sejuk mata nengok nya.
Apasal la yg tua ni terjebak dlm rancangan tak ingat mati ni?
Tak faham la....
Anak cucu ku sekelian,
Kalau satu hati tiba2 mummy yg terjebak, terkial kial menyanyi begitu,
Tolong, tolong sangat2
Tolong heret mummy turun dan bawak ke spital..
Something is not right upstairs.
Terbakar fius kot.
Please k, shoot me.
Astaqfirullahilazim
Semoga Tuhan jauhkan kita dari kejahilan yg melampau.
Jahil sikit2 sudah.

Thursday, May 3, 2018

The power of Doa.

Otak tersumbat.
Puas duk fikir apa perlu saya buat.
Katil sakit anak saya rosak.
Perlu di baiki.
Teknisyen cakap paling cepat 2,3 hari.
Hadoii...kalau katil tak leh guna, mcm mana saya nak ubah position dia?
Siapa nak bantu dudukkan dia utk feeding?
Saya urus dia sorang2 tak ada pembantu kalau malam.
Sorang2 memang tak mampu.
Siang hari tak apa, ada nurse, boleh pakat2 urus.
Malam macam mana?
Siapa nak sorongkan bantal bawah belakang dia bila saya angkat dia.
Sudah kijo laaaa....
Apa nak buat ni..
Buntu.
Malam tadi saya doakan semoga Tuhan permudahkan urusan saya.
Bantulah aku, Tuhan
Permudahkan dan jangan sampai anak saya x selesa.
Hanya Tuhan yg mampu selesaikan masaalah saya.
Daku menyerah diri memohon bantuan Mu Allah.

Pagi ni anak saya call.
Katanya esuk nak balik.
What?
WHAT???????
Biar betul....
Dia x tau pun masaalah saya.
Kebetulan pula ya..

God answered.
God knows.
God listens.
Alhamdullilah.
Tuhan, kepada Mu aku berserah....

Wednesday, May 2, 2018

Kenapa dgn Harry

Dah la penghuni negeri saya ni ramai yg uzur.
Kucing pun x sihat jugak hari ni
Nak bawak ke klinik la ni
Saya perhatikan dia lama benar dia duk dalam pasir.
Rasa2 payah nak kencing.
Ke penyakit batu karang?
Kesian tgok dia resah.
Jom Harry, kita gi jumpa doktor.
Harap2 jgn la mahal sgt kos rawatan.
Dompet saya nipis, kalau tak mampu berubat macam mana?
Takckan nak tgok saja dia seksa begitu.
Allah permudahkanlah urusan Harry ni...
InsyaAllah.

Tuesday, May 1, 2018

Nak cuti gak laaaaar

Cuti hari perkerja.
Betul le pekerja2 buleh cuti nih?
Saya nak cuti jugak lah
Boleh?
Kalau pekerja macam saya cuti,
siapa nak buat kerja2 saya tu?
Tergendala segala nya
Berbukit kena qada.
Lagi menyusahkan saya.
Usahkan nak cuti sehari,
cuti 1 jam pun byk dah bezanya
Bersusun lah kerjacperlu buat duk tunggu
Kerja wajib buat tu.
Kerja sunat buat tak masuk list lagi.
Apa kerja wajib buat?
Kerja utk memudahkan orang lain.
Apa kerja sunat buat?
Kerja untuk memudahkan saya.
That is what life is all about.
My life.
Kalau kerajaan betul2 nak bagi cuti buat pekerja seperti saya,
2 hari pun tak cukup
Seminggu pun tak ada beza
Cuti tak cuti,
Kerja.
Selagi hayat dikandung badan,
Selagi sihat dan berkemampuan.
Selamat hari pekerja untuk orang lain.
Selamat bercuti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...