Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 30, 2023

Nasi dage


 
Ibadah Qurban kat kampung lebih meriah.
Pakcik2 dan orang tua pegang tali lembu.
Orang muda muda pegang talipon.
Sibuk nak selfie dgn lembu
Sibuk nak upload video kat media sosial.


Wednesday, June 28, 2023

Doa

 Sempena waktu wukuf di Arafah petang kelmarin, aku panjatkan doa ke ribaan Sang Pencipta..Allah hu Akhbar.

Tuhanku

Doaku yang itu itu juga

Tidak ada doa baru.

Masih kupohon pedulimu

Masih kurayu belasmu

Menanti tanpa jemu

Mengharap

Tuhanku.

Adakah pintaku terlalu mendesak?

Ataukah mau ku tak bertempat?

Kuserahkan segalanya pada perancanganmu.

Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku.

Tuesday, June 27, 2023

Sunat

 Niat nak puasa sunat hari wukuf.

Hari ni hari wukuf bagi yg mengerjakan haji.

Selasa. Rabu Aidiladha.

Tu ketetapan bagi kerajaan Saudi Arabia.

Tapi bagi Msia telah ditetapkan wukuf pada hari rabu dan raya Aidiladha pada hari Khamis.

So camna?

To be safe, puasa dua hari.

Hari ni dan esuk.

No problem.

Takyah nak fikir pelik2..

Apa2 pun puasa sunat dapat pahala.

Puasa di hari wukuf, Allah hu Akhbar besar sungguh pahala nya.

Selamat berpuasa buat semua umat islam yg mampu.



Monday, June 26, 2023

Dah block dah

Lama dah block org ni
Tapi dia tak tau.
Mana nak tau sebab dia tak pernah nak call kita pun.
Wassup pun tak pernah.
Tu pasal la saya block.
Kawan walau baik macam mana pun jika kita saja yg terhegeh hegeh nak teruskan perhubungan baik tak payah!
Kalau taknak berkawan sudah!
Kita pun bukan rugi apa.
Kata orang pinggan tak retak nasi tak dingin!

 

Sunday, June 25, 2023

Thursday, June 22, 2023

Oyen


 Kemain kau ye..makan tido kerjanya. Gemuk. Berat dah nak dokong. 

Kedai mesti singgah

Murah sangat.
Bayangkan sehelai blouse rm25 ( yg dijual di kedai lain dlm rm35)
Jubah lace di tangan rm35.
Dah beli di kedai lain rm55.
Blouse sepasang dgn seluar atau skirt duyung harga rm45.
Kedai lain mau nya rm60.
Saya dah acap singgah. Beli utk kawan2 dan sedara.

Puas hati.

Cantik.

Hari ni singgah lagi.

Nak yg ni ke yg tu?

Fening batu jemalaku.
 

Takleh lawan

Cendol setambun Abelie
Meme sedap
Penuh mangkuk
Kalu nak habiskan tu agak makan masa
Kenyang
Puas
Sohor ni di Rantau Panjang
Sayang sekali ada orang Rantau Panjang tak tau
Mungkin sebab dia orang have have
Tak makan di warung macam ni
Tu dia tak tau
Kami orang koman ni main hentam jer
Janji bersih dan sedap
Ke dia takut nak ngaku tau sebab takut kami nak suruh dia belanja?
Mungkin jugak.
Hahaha...Jangan risau la awak
Walau kami makan tempat murah, kami tak harapkan orang lain bayar tau.
Mampu sangat lagi.
Anyway Abelie keep it up!
Jangan berubah k.
Nanti kami singgah makan lagi.

 

Monday, June 19, 2023

Temujanji

Belum bukak kaunter saya dah terconggok menanti utk ambil nombor.
Yes! Dapat nombor 3, akhirnya berjaya dpt giliran awal.
Cepat dipanggil, cepatla siap urusan nanti

 
Hadehhhh...sedih la pulak!
Ada penyakit baru hinggap ni.
Dah la yg sudah sedia ada berlambak.
Redha.
Tua kann
Menjadi tua itu satu rezeki, hadap jer la...
Bercupak ubat yg dibekalkan..free jer wak!

Kalau di spital swasta mau nya ratus2..

Mujurla dah warga emas semua free.

Dapat appointment lagi..dan lagi dan lagi..

Sehingga akhir nafas begini la hidup Si Tua ni.

Tuhan yg memberi penyakit dan Tuhan yg menyembuhkan.

Tak sembuh pun redha asal kalau boleh jangan lebih memudaratkan dah..

Tua dan sakit itu kembar siam. Melekat.


Sunday, June 18, 2023

CAFE CHERITA KITA

Thank you Iffah, bawak mummy lunch kat cafe ni.
Sedap
Reasonable price
Nice place

 


Saturday, June 17, 2023

Kena kuat, harus kuat dan mesti kuat.

Aku
Sendirian melalui hidup ini
Susah payah sendiri
Aku tidak apa apa
Tuhan ada.

Kamu!
Yang anggap aku tidak mampu hadap ujian ini
Yang anggap aku akan rebah
Yang anggap aku lemah
Hellooooo.....
Kamu silap!

Aku walaupun sendirian aku masih punya keluarga
Punya anak menantu cucu
Punya sanak saudara
Punya kawan kawan
Paling tidak punya jiran2 yg baik2 belaka.
Bukankah aku kata Tuhan sentiasa ada memerhatikanku, mengasihaniku dan tidak meninggalkanku sebagaimana kamu!

Kamu?
Kamu ada siapa?
Kamu seperti juga aku ada Tuhan.
Ingat tu
Tuhan ada.



 

Friday, June 16, 2023

Beringat


 

Tuala

Hadiah dari seorang yg ku anggap kawan.
Tapi entah kenapa aku tak sanggup nak guna.
Sayang sebab tuala mahal tu satu hal
Tapi ada sebab lain
Sebenarnya aku rasa tak sedap hati.
Tuhan saja yg tahu 
Perlukah aku pulangkan semula?

 

Aku yg tak muda

Tengok tv
Acap tv tengok aku
Awal cerita elok fokus
Tak sampai 10 minit lelap!
Terjaga
Terlelap
Ulang ulang
Tau tau cerita dah tamat
Hmm..pelik?
Taklah
Sejak tak berapa muda ni macam tu la gayaku nonton tv.

 

Wednesday, June 14, 2023

Sebebas merpati

Aku kah itu
Mencemburui bebas merpati

 

Malas

Ni la cara menghidang bagi orang malas
Hari ni hari malas saya
Periuk naik atas meja
Takde nak transfer dlm mangkuk bagai.
Siapa nak makan ceduk saja tau!
Kalau nak panaskan kuah pun senang.
Spaggeti bolognise bi hidang la slm periuk ke dalam tempurung ke tetap laku
Anak cucu suka
Sekali hadap jer ni.

 

Tuesday, June 13, 2023

My sista n I

Dua2 dah warga emas.
Dua2 dah ada keuzuran.
Tapi my sista laaagi uzur, dia sakit saraf susah nak bergerak.
Tapi kelmarin dia nak keluar.
Saya bawa dia jalan2 tepi pantai.
Dia belanja makan tosei, sedap.
Kami luangkan masa bersama.
Entah byk mana lagi masa yg ada buat kami bersama.
I love u to the moon and back sista dear.

 

Friday, June 9, 2023

Posting Iffah hari ni

Hahaha...tak ada tajuk lain
Bab makan tak habis habis
Terima kasih anak kerana suka menu yg mami masak hari ni

 

Thursday, June 8, 2023

Tak serik serik

Saya macam tu
Mudah percaya kat orang
Sedangkan ramai dah duh suruh saya berhati hati dgn dia ni
Tapi saya degil
Mana la tau kot dia nak jadi baik kann
Salah
Dia taknak jadi baik
Dia seronok mempermainkan orang lain
Dia seronok menipu saya
Siapa yang bodoh sebenarnya?
Sala laaa

 

Wednesday, June 7, 2023

Bekal

Anak saya hari hari bawak bekal ke tempat kerja.
Maka saya pagi pagi lagi dah siap masak.
Selalunya saya bekalkan untuk dimakan dengan kawan2 dia.
Lebihkan sikit supaya boleh share.

 Menu hari hari tak sama, bergantung pada rajin malas saya..kalau rajin beria masak lauk2 yg istimewa..kalau malas mcm ni la..gulai ikan makeral campur telur dan goreng kunyit ayam kacang panjang.

Makan la anak..selagi mummy sihat dan mampi masak mami masak..




Tuesday, June 6, 2023

Pc breakfast corner

Acap la duk melintas depan mata pasal kedai ni.
Dekat jer dgn rumah.
Dah acap singgah 
Tak pelik pun, biasa jer..
Orang memang ramai la sejak jadi viral ni
Apa yang sedap?
Kalau ada selera semua sedap!

 

Monday, June 5, 2023

Ton n I

Keluar dgn Ton hari ni.
Ton nak buat kenduri menyambut menantu.
Dia nak tempah langsir baru.
Kami ke kedai langsir.
Settle masaalah Ton.
Done.

 
Biasala lepas tu singgah di kedai makan.
Walau dah kenyang masih nak singgah makan.
Ini kedai Kak Su Kopitiam Panji.

Baru saya tau ada kedai ni berdekatan.
Tak payah cari cokelat di pengkalan kubur dah.
Kat sini semua ada.
Harga berpatutan.
Balik rumah dah azan zohor. Penat tapi seronok. Lama dah saya tak keluar dgn kawan jalan2 makan2 macam ni. Akhir2 ni saya acap tak sihat. Baru sehari dua ni saya rasa ok sikit. Dah dapat keluar dgn kawan ni rasa ok sangat. Hati senang jiwa tenang. Tq for the time Ton.

Friday, June 2, 2023

Cara melupakan

 Ajarkan aku

Cara melupakanmu

Padam semua kenangan

Hilangkan semua bayangan.

Bagaimana boleh aku melangkah ke depan

Jika mindaku sentiasa mengulang tayang

Hatiku sentiasa merindukan

Ingatan demi ingatan

Berputaran di akal fikiran.

Lebih menyakitkan

Bila aku sedar

Hanya aku yang tidak mampu melangkah ke depan

Hanya aku.

Hanya aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...